Saturday, May 16, 2015

Salahkah Rakyat Mengeluh Isu 1MDB, TH Dan GST?


Sikap ambil berat rakyat Malaysia terhadap isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB), Tabung Haji (TH) dan GST, adalah disebabkan mereka sayangkan negara dan prihatin ekonomi negara.

GST

Kritikan dan serangan rakyat terhadap isu tersebut bukan disebabkan ingin menjatuhkan kerajaan. Sebaliknya, rakyat ingin mendapat jawapan konkrit daripada kerajaan, selain jaminan kerajaan mengenai keadaan ekonomi semasa.

Rakyat mengeluh kerana mereka tidak mendapat jawapan kepada isu yang timbul, tetapi alasan semata. Susah sangatkah untuk memberi jawapan yang boleh meyakinkan rakyat?

Banyak isu ekonomi yang timbul sekarang begitu menggusarkan rakyat terutamanya isu tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tentang GST, rakyat tidak akan marah jika pelaksanaannya sama seperti yang dijelaskan oleh kerajaan. Kerajaan menyatakan GST tidak akan membebankan rakyat kerana harga keperluan asas tidak naik; GST hanya untuk orang kaya; GST menurunkan cukai SST dari 10+6 peratus kepada hanya 6 peratus sahaja.

Realitinya, apabila dilaksanakan, harga barang keperluan naik. Hatta, harga kad prabayar yang dijanjikan tidak naik pun dikenakan GST.

Kerajaan berjanji akan menyelesaikan masalah kad prabayar ini dengan Telco, dan kemudiannya diumumkan bahawa telco memerlukan masa hampir satu tahun untuk mengkonfigurasi sistem seperti sedia kala.

Apabila harga keperluan meningkat, rakyat marah dan menuntut penjelasan, maka dipersalahkan pula rakyat.

Apabila rakyat mengeluh, keluarlah kenyataan rakyat tidak berterima kasih; pembangkang mengambil kesempatan dan lainnya. Isu rakyat telah ditukar menjadi isu politik kepartian. Mengapa sampai begitu?

Rakyat turut bingung dengan kebuntuan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin, yang mana sebelum ini, Muhyiddin ketika bercakap di Milan tentang isu 1MDB berkata, beliau sendiri buntu untuk menjawab isu tersebut.

Apa sudah jadi dengan slogan, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

Adakah rakyat dikorbankan dahulu demi pencapaian dan kepentingan pemimpin dan suku-sakat?

Salahkah rakyat mengeluh?

BACA INI JUGA: Hukum GST Adalah Harus, Tapi Yang Kaya Terus Kaya

Sumber: SH

2 comments

  1. Bagi saya bila rakyat ramai yg mengeluh, itu menunjukkan kepincangan dalam kepimpinan.. mana boleh salahkan rakyat sbb pemimpin dipilih oleh rakyat... wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin kita perlu muhasabah diri. Kesian rakyat dibawah ni..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon