Jan 13, 2016

Dato' Seri Vida Tolak Permintaan Supaya Taja Belajar!

Berikutan menjadi viral status-status dilaman sosial yang meminta supaya Pengasas Vida Beauty, Dato' Vida, menaja pelajar untuk sambung belajar, akhirnya jutawan kosmetik terkenal berkenaan tampil memberi jawapan.

Dato' Seri Vida

Menurut Dato Vida yang terkenal dengan tagline produknya, "Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh", begitu ramai yang meminta derma dan sumbangan supaya beliau menaja pelajar menyambung pelajaran, namun baginya ada perkara yang lebih bermanfaat.

"Contoh, kalau taja seorang pelajar sambung belajar, kos yang diperlukan adalah RM50,000 tapi hanya seorang yang mendapat manfaat"

"Jika RM50,000 itu diberikan kepada rumah anak yatim, betapa bermakna untuk kegunaan anak-anak kecil ini, lebih 500 orang nak makan 5 bulan pun boleh, satu lagi, kejayaan bermula masa saya belajar."

"Masa saya berlajar dahulu, saya berniaga, berdagang, tambah duit poket, kadang-kadang saya lakukan 3 kerja dalam satu masa, siap kerja kilang lagi," kata Datuk Vida di dalam akaun Instaram miliknya.

Beliau juga memberitahu bahawa dia juga mencari sumber untuk menampung perbelanjaannya, tetapi semua usaha dan ikhtiarnya itu membuka mindanya lebih kreatif dan lebih banyak merancang.

"Sekarang berkat usaha itu, saya mampu miliki apa yang diidamkan, maaf jika terasa, sekadar berkongsi," tulis Datuk Vida menamatkan statusnya.

BACA INI JUGA: 10 Harta Karun Yang Masih Belum Ditemui!

Sumber: Siakapkeli.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Betul lah apa yang dia cakap tu...
Nak berjaya..kena usaha sendiri...Tak payah nak meminta sana sini kan..
Cik akak salute dengan dato vida...dia tak nak tolong pelajar sebab mereka ada kudrat daya dan akal yang bijak untuk berfikir..hihi

Org selalu memandang kejayaan dan bercerita ttg nya tapi jarang nak menyelidiki dan memahami saat2 mereka susah hingga mampu bangkit berjaya. Memang patut beliau kaya raya dan berjaya kan...

kalau kita pandang dari sudut yang berbeza, apa dia cakap tu betul juga. takpelah...duit dia. suka hati dialah nak guna macam mana.

Dan dari sudut berbeza juga, kalau boleh taja pasukan bolasepak, kenapa tidak pelajar kan..:(

Sekarang ni semua nak free, walhal tak salah mencuba kan..hehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon