Friday, March 02, 2018

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Februari 2018

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Februari 2018

Assalaamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca tersayang dan rakan-rakan blogger terbaik di Malaysia yang selalu datang berkomentar di blog ini.

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Februari 2018
Gambar hiasan.

Tanpa sedar, bulan Mac sudah tiba membawa bersama kesibukan dunia mengakhiri perayaan Tahun Baru Cina.

LAMAN PENGIKLANAN ALTERNATIF ADSENSE

Kali ini, kami ingin menjemput blogger-blogger sekalian untuk menyertai laman web pengiklanan terbaik alternatif ADSENSE, MGID.com, bagi yang belum memiliki akaun google adsense atau telah di banned.

Jika dibandingkan dengan kaman pengiklanan Innity dan Nuffnang, MGID mampu menjana pendapatan lebih lumayan, pembayaran pantas dan sangat mudah untuk memasang kod pada template.

Jangan tunggu lama. Daftar segera; MGID.

ANDA MENCARI JODOH?

Buat para pembaca yang masih single, duda ataupun janda dan ingin mencari jodoh, laman web BaitulJannah yang berpusat di Malaysia menjemput anda untuk mendaftar secara percuma. Siapa tahu ketemu jodoh kan?

Jemput daftar di BaitulJannah.com.

BLOG TERBAIK MALAYSIA

Buat para pembaca sekalian, anda sangat dialu-alukan untuk berkunjung ke blog-blog terbaik Malaysia dibawah untuk membaca maklumat terbaik yang mereka kongsikan. Semoga memberi manfaat.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA FEBRUARI 2018

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Hans Hanis - Hanshanis.com

3. Arzmoha - arzmoha.com

4. ABD KADIR Rusdi - ABD KADIR Rusdi

5. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

6. Hakimramli - Hakimramli.com

7. White Barley - Whitebarley.blogspot.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, February 15, 2018

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Januari 2018

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Januari 2018

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat sekalian pembaca serta rakan-rakan blogger terbaik paling popular di Malaysia yang kini berada di bulan kedua, Februari tahun 2018.

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Januari 2018

Agak terlewat ruangan blog dan blogger terbaik untuk bulan ini disebabkan oleh kesibukan yang tidak putus-putus.

Begitu juga nampaknya dengan rakan-rakan blogger kali ini, ketara sekali kesibukan sehinggakan rutin blogwalking berkurangan berbanding bulan sebelumnya.

Buat blogger dan pembaca yang belum tahu bagaimana dan untuk apa ruangan blog popular dan terbaik ini diwujudkan, ia sebenarnya ditujukan khusus buat pemilik blog yang selalu berkomentar ke blog ini yang akan disenaraikan dalam senarai blogger paling mesra dan terbaik Malaysia dibawah.

Pembaca dan blogger bolehlah datang berkunjung ke blog-blog dibawah untuk berkomentar juga berkunjung untuk membaca maklumat yang mereka kongsikan.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA JANUARI 2018

1. Cikgu Etuza - Madey09.blogspot.my

2. Khir Khalid - Khirkhalid.com

3. ABD KADIR Rusdi - College-school-business.blogspot.my

4. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, January 02, 2018

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Disember 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Disember 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera buat semua pembaca, rakan-rakan blogger terbaik dan paling popular di Malaysia yang selalu sudi hadir berkomentar di blog ini.

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Disember 2018

Akhirnya, tahun 2018 tiba juga meninggalkan 2017 dengan penuh kenangan. Ada yang manis namun tidak kurang pahitnya.

Jadi, apa azam baru anda untuk tahun baru ini? Terus dengan sifat rajin membaca? Menjadi seorang blogger yang semakin bersemangat untuk berkongsi idea dan informasi bermanfaat? Atau anda sebagai pembaca yang mahu belajar banyak perkara melalui pembacaan di blog?

Apa sekalipun azam anda teruskan, semoga bertambah ilmu dan pengetahuan.

Kepada semua rakan-rakan blogger terbaik di Malaysia ini yang sering berkunjung di blog sentiasapanas, terima kasih diatas kerajinan anda bertandang.

Buat pembaca sekalian, sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih kerana sokongan hebat dan luarbiasa yang anda berikan.

Untuk artikel terakhir diruangan blog popular dan terbaik di Malaysia ini, disenaraikan khas buat anda blogger terbaik Disember 2017.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA DISEMBER 2017

1. Cikgu Etuza - Madey09.blogspot.my

2. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

3. ABD KADIR Rusdi - College-school-business.blogspot.my

4. Mein The Swim - Meintheswim.blogspot.com

5. Lokman Hakim - Hakimramli.com

6. Khir Khalid - Khirkhalid.com

7. Mr Hanafi - Mrhanafi.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, December 02, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia November 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia November 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera buat semua rakan-rakan dalam senarai blog terbaik dan popular yang selalu sudi hadir berkomentar di blog ini.

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia.jpg

Tanpa sedar tinggal sebulan lagi untuk mengakhiri tahun 2017. Semoga 2018 bakal menjanjikan sesuatu yang lebih mengujakan bagi dunia blog.

Seperti biasa, senarai dibawah adalah blog milik blogger-blogger terbaik dan popular di Malaysia dalam senarai blog SENTIASAPANAS.

Pembaca semua dijemput berkunjung untuk membaca informasi terbaik yang dikongsikan.

Buat rakan-rakan blogger, terima kasih kerana selalu datang berkomentar.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA NOVEMBER 2017

1. Cikgu Etuza - Madey09.blogspot.my

2. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

3. Lokman Hakim - Hakimramli.com

4. Mein The Swim - Meintheswim.blogspot.com

5. CSB - CSB

6. Cikgu Iza - Ezaiza.blogspot.my

7. Mr Hanafi - Mrhanafi.com

8. Khir Khalid - Khirkhalid.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, November 01, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Oktober 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Oktober 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera buat semua rakan-rakan blogger terbaik dan pembaca yang sentiasa sudi singgah membaca post di blog ini.

Daun sukun

Begitu pantas rasanya masa berlalu. Tanpa sedar kita sudah pun hampir dipenghujung tahun 2017. Begitu juga senarai blog dan blogger terbaik ini, sudah pun berlanjutan selama 2 tahun.

Tujuannya untuk memberikan pengiktirafan kepada rakan-rakan blogger yang terus sudi hadir berkomentar setiap masa di blog ini.

Respek buat blogger Khir Khalid, otai blogger berbisa paling mesra sejak hampir 5 tahun lalu. Setiap masa pasti hadir memberikan komen.

Untuk pembaca yang suka bacaan ilmiah, jenguklah blog beliau. Seorang perunding strategik sosial dalam segmen motivasi pembangunan sosio-remaja dan antara content manager media.

Manatau tuan-tuan perlukan khidmat Khir Khalid. Senang dirunding. :)

Begitu juga beberapa orang blogger baru, mula menunjukkan taring. Pasti berjaya dalam beberapa tahun.

***

Ada satu perkongsian menarik kali ini. Khasiat daun sukun.

Kalau anda semua ada keluarg atau rakan yang punya sakit kencing manis, dapatkan segera sehelai daun sukun. Ambil yang masih diatas pokok, paling tua atau sudah menguning. Jemur sehingga kering, rebus dengan air 1.5 liter selama 10-15 minit dan minum rebusannya 2-3 gelas sehari.

Amalkan sehingga penyakit kencing manis sembuh. Insyaa Allah.

Saya sendiri ada bertemu anak seorang penghidap kencing manis kronik yang berjaya sembuh sepenuhnya dengan meminum rebusan daun sukun. Tapi ingat, ubat hospital jangan sekali-kali ditinggalkan.

Melalui carian di google, daun sukun juga menjadi rawatan alternatif penyakit jantung dan sakit buah pinggang. Tapi saya tak pernah jumpa lagi.

Selamat mencuba.

***

Untuk makluman pembaca, senarai dibawah ini adalah blog milik blogger-blogger terbaik dan popular di Malaysia di dalam senarai blog SENTIASAPANAS.

Pembaca semua dengan sukacitanya dijemput berkunjung. Banyak info terbaik yang dikongsikan.

Buat rakan-rakan blogger, datanglah selalu berkomentar. Insyaa Allah akan dimasukkan ke dalam senarai blog popular dan terbaik di Malaysia.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA OKTOBER 2017

1. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

2. Mein The Swim - Meintheswim.blogspot.com

3. Khir Khalid - Khirkhalid.com

4. Cikgu Etuza - Madey09.blogspot.my

5. Lokman Hakim - Hakimramli.com

6. CSB - CSB

7. Lokman Amirul - Lokmanamirul.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, October 04, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia September 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia September 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera buat semua rakan-rakan blogger terbaik dan pembaca yang sentiasa sudi singgah membaca post di blog ini.

5-Year-Blog

Untuk makluman semua pembaca, tanggal 25 September 2017 lalu adalah Sambutan Ulang Tahun yang ke 5 blog SentiasaPanas.

Tanpa sedar, masa berlalu begitu pantas. Blog ini mula melangkah ke alam 'persekolahan'. Dalam dunia sebenar pun, rupa-rupanya baru menjangkau usia Pra-Sekolah atau Tadika.

Yang sebenarnya, begitu juga pengalaman berblog. Satu-persatu pengetahuan dan pengalaman baru mula bertunas. Bukannya senang walaupun nampak mudah. Benar-benar memerlukan kesabaran, minat dan tidak mahu berputus-asa.

Blog SENTIASAPANAS masih lagi 'kanak-kanak' berbanding banyak lagi blog terbaik dan popular di Malaysia. Kami hanyalah sebuah blog yang sekadar menambah perisa buat pembaca dan pencari informasi online.

Pembaca, pastinya tanpa anda selama ini kami sudah lama berkubur. Penghargaan dan ribuan terima kasih tidak terhingga buat anda semua.

Rakan, blogger, anda inspirasi kami untuk terus sama berkongsi maklumat. Sahabat dan rakan untuk berkongsi kepayahan dalam kegundahan perasaan mengharungi alam maya. Terima kasih.

Adakah kita akan bertemu lagi 5 tahun akan datang? Kami serahkan kepada anda untuk terus bersahabat dan sama berkongsi semua maklumat di dalam ini kepada rakan-rakan anda.

***

Macam biasa, senarai ini adalah blog milik blogger-blogger terbaik dan popular di Malaysia di dalam senarai blog SENTIASAPANAS. Anda semua dijemput berkunjung. Banyak info terbaik yang dikongsikan.

Kepada rakan-rakan blogger, datanglah selalu berkomentar. Insyaa Allah akan dimasukkan ke dalam senarai blog popular dan terbaik di Malaysia.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA SEPTEMBER 2017

1. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

2. Khir Khalid - Khirkhalid.com

3. Lokman Hakim - Hakimramli.com

4. Cikgu Etuza - Madey09.blogspot.my

5. Mein The Swim - Meintheswim.blogspot.com

6. CSB - CSB

7. Susah Senang Blogger - Susahsenangblogger.com

8. Sabree Hussin - Sabreehussin.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, September 05, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Ogos 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Ogos 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera, selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger terbaik di Malaysia yang dikasihi.

Selamatkan Rohingya

Rasanya belum terlambat lagi untuk kami ucapkan tahniah buat kontijen Sukan SEA 2017 Malaysia yang telah mencapai kemenangan terbesar sepanjang penglibatan negara dalam sukan terbesar di Asia Tenggara ini.

Walaupun tidak dapat mengikuti sepenuhnya perjalanan semua acara Sukan SEA kali ini, pastinya yang paling mengujakan bagi kami adalah Raja Kirin Dunia Azizulhasni Awang, tanpa tandingan menggondol beberapa pingat emas buat Malaysia. Hebat!

Dan paling mengecewakan pastilah pasukan bola sepak Malaysia. Corak permainan masih lagi di takuk lama, sama seperti 20 tahun lalu. Hampir tiada beza langsung.

Malah, mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa tahap permainan bola sepak seluruh negara di Asia Tenggara seperti ketinggalan puluhan tahun di belakang.

Untuk menguasai peringkat Asia pun belum tentu dalam 30 tahun akan datang, jauh sekali Piala Dunia. Kalau dalam mimpi pun nampak sukar, mungkin sekadar angan-angan.

Terbabas sikit kali ni. Haha.

***

Buat semua pembaca tidak kira apa anutan dan bangsa, mari kita bersama-sama berdoa, semoga Allah selamatkan bangsa Rohingya yang sedang disembelih dan berusaha dihapuskan oleh pengganas Myanmar.

Tiada agama mengajar kepada kita untuk membunuh dan menganiaya insan lain.

Semoga pembasmian Rohingya yang berlaku di tanah Arakan ini memberi pengajaran berguna kepada kita semua.

***

Dan seperti biasa, senarai dibawah ini adalah blog milik blogger-blogger terbaik dan paling popular di Malaysia. Datanglah berkunjung. Banyak info terbaik kat situ.

Kepada rakan-rakan blogger, datanglah selalu berkomentar. Insyaa Allah akan dimasukkan ke dalam senarai blog popular dan terbaik di Malaysia.

Selamat Hari Raya Korban, Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA OGOS 2017

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

3. Lokman Hakim - Hakimramli.com

4. Cikgu Etuza - Madey09.blogspot.my

5. Mein The Swim - Meintheswim.blogspot.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, August 01, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Julai 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Julai 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera diucapkan buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger terbaik yang amat dikasihi sekalian..

Jalur Gemilang

Dengan cuaca panas yang melanda negara sekarang ini, diharapkan anda semua dapat menjaga kesihatan dengan meminum sky juice sebanyak-banyaknya.

Dan saya hendak berkongsi dengan pembaca semua satu topik yang ditanyakan kepada saya beberapa hari yang lalu oleh seorang responden yang kebetulan menjalankan bisnes dari mulut ke mulut dan Whatsapp. Macam cara nak buat blog sendiri?

Kalau anda berminat untuk membuat blog sendiri sebenarnya agak mudah. Tapi biasalah sebagai orang baru, kenalah belajar asasnya terlebih dahulu.

Berkecimpung dalam dunia blog memerlukan sedikit masa dan pengalaman. Tapi lama-kelamaan nanti pandai la tu.

Untuk panduan asas membuat blog sendiri kami ada post artikelnya di sini, panduan belajar buat blog cara paling mudah.

Ada yang kata, memiliki produk yang hebat macamana pun kalau tiada blog atau laman web tidak akan ke mana hasil jualannya.

Mungkin betul untuk sesetengah produk, namun tidak dinafikan blog amat penting untuk menjual produk dan memudahkan promosi.

Contohnya? Ye la. Siapa la yang larat sangat nak scroll page Facebook dan Whatsapp yang penuh dengan promosi produk. Kalau dengan blog jauh lebih mudah.

Yang berminat tu, cubalah. Tak susah pun sebenarnya. Yang penting rajin belajar dan bertanya. Senarai link blogger dibawah tu pun anda boleh minta tunjuk ajar.

Hari Kemerdekaan 2017

Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.

Untuk tahun ini ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Jangan lupa kibarkan bendera Jalur Gemilang ye.

***

Akhir kalam, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca. Jangan lupa follow kami ya.

Buat rakan-rakan blogger terbaik yang selalu datang berkomentar, datanglah selalu.

Terima kasih, jumpa lagi.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA JULAI 2017

1. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

2. Klinik New Life - Kliniknewlife.com

3. Mein The Swim - Meintheswim.blogspot.com

4. Lokman Amirul - LokmanAmirul.com

5. Hanafi Abdullah - Mrhanafi.com

6. Liyoskin Ciamis - Liyoskin Ciamis


BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, July 05, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Jun 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Jun 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera buat dan rakan-rakan blogger. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam.

aidilfitri

Bagi senarai blogger dan blog popular bulan lepas, nampaknya ada sedikit penurunan kerana blogwalking tidak dapat dijalankan seperti biasa.

Buat pengetahuan semua, senarai dibawah adalah blogger hebat yang sering datang berkunjung ke blog ini untuk memberi komen.

Pembaca semua dijemput untuk berkunjung dan membaca blog diorang ye. Banyak sangat maklumat berguna yang dikongsikan.

Terima kasih, jumpa lagi.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA JUN 2017

1. Khir Khalid (KK) - Khirkhalid.com

2. Hanafi Abdullah - Heroborneo.com

3. Lokman Amirul - LokmanAmirul.com


BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, May 03, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia April 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia April 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera semua pembaca, pengunjung dan rakan blogger, ketemu sekali lagi kita di dalam helaian senarai blog dan blogger terbaik di Malaysia bagi bulan April.

Blog terbaik April 2017

Senarai blog dan blogger terbaik yang tersenarai dibawah ini adalah pemilik blog mahupun website yang sudi mampir berkomentar di blog ini. Kenapa pengomen diberikan penghargaan?

Mungkin ramai pembaca masih tidak tahu kepentingan untuk komen di blog orang lain. Sebenarnya, selain dapat mempromosikan blog, ia juga dapat meningkatkan rangking Alexa yang membuat penarafan blog-blog paling popular di sesebuah negara dan juga di seluruh dunia.

Berkomentar di blog orang lain juga dapat menambah rakan online selain menyedut pengalaman mengenai banyak maklumat.

Melawat blog orang lain juga akan mendedahkan kita dengan informasi yang sangat banyak dan tidak mampu dibayangkan jumlahnya.

Tiada siapa yang mampu menjadi blogger yang baik dengan hanya melihat blog sendiri.

Kenapa saya kagum dengan blogger?

Untuk menghasilkan blog yang baik bukanlah mudah. Ia memerlukan pengalaman dan ilmu yang dipelajari selama bertahun-tahun.

Menulis, mengedit, copy paste (dengan berhemah) blog bukanlah semudah yang anda lihat. Ia memerlukan usaha yang tidak berbelah bahagi dan memakan masa serta menguji kesabaran yang sangat tinggi.

Menjadi seorang blogger yang baik juga bukannya senang. Perlu jujur, rajin, ikhlas, tak boleh (terlalu) sakit hati, tak boleh macam-macam-macam.

Seorang blogger pantang berputus asa. Seorang blogger yang mencintai blog tidak tidak akan berundur semata-mata kerana satu-dua rintangan. Cuma mungkin jumlah artikel yang diterbitkan sedikit berkurangan.

Seorang blogger menghabiskan banyak waktu untuk menyediakan artikel, apatah lagi jika isi kandungannya mampu memberi nilai tambah kepada kehidupan orang lain, sebagai penenang jiwa, penghibur hati yang duka, mencari lebih kegembiraan atau sedang membuat kertas kajian huhu..

Dan, seorang blogger amat memerlukan sokongan pembaca (baca peminat ~hehe). Sokongan rakan blogger yang lain dan segala sokongan yang anda sendiri, pembaca, perlukan seperti dalam kehidupan sehari-hari.

Semua blogger juga saling melengkapi, saling memeriahkan dunia blog.

Akhirnya, blogger yang selalu datang membuat komen sama seperti rakan anda yang selalu bertanya khabar. Mereka baik hati dan mesra.

***

Khusus buat rakan-rakan blogger, maaflah kerana ketandusan masa untuk blogwalking, tapi semua komen saya baca ye. Datang la selalu, terutamanya pengomen tegar ~KK~ :)

***

Jadi, pembaca semua, kini anda tahu serba sedikit siapa itu blogger kan. Jemputlah membaca blog-blog dibawah tu, banyak maklumat berguna.

Terima kasih kerana sudi membaca dan jumpa lagi.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA APRIL 2017

1. Khir Khalid (KK) - Khirkhalid.com

2. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

3. Hanafi Abdullah - Heroborneo.com

4. Mohd Aswad - Ppk.com

5. Seri - Ummiseri.com

6. Vita - Vitavitamin.blogspot.my

7. Lokman Hakim - Penggaliilmudunia.blogspot.com


BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, April 07, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Mac 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Mac 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera buat semua pembaca blog dan rakan blogger diruangan bulanan, bagi senarai terkini blog dan blogger terbaik di laman ini.

Blog terbaik Mac 2017

Saya doakan semoga semuanya sihat seperti biasa walaupun mungkin ada sedikit rasa 'gembira' dihati dengan peningkatan harga barang dan perkhidmatan, sesuai dengan kehendak negara maju disamping ekonomi negara yang terus stabil, cemerlang, gemilang, terbilang dan sebagainya.

Seperti biasa, senarai blog dan blogger terbaik ini adalah himpunan setiap bulan blogger-blogger yang sangat rajin datang berkomentar di ruang komen blog ini.

Jadi, pembaca sekalian dijemput secara percuma untuk membaca info-info yang mereka ini kongsikan. Memang syok-syok belaka.

Disamping itu, saya dengan begitu berat hati untuk mengumumkan bahawa senarai bloglist rakan-rakan blog telah hilang secara misteri beberapa ketika yang lalu.

Agak menyedihkan kerana semuanya telah lama berpaut diruangan sidebar, yang kebanyakannya 'membesar' sejak dari mula blog ini ditubuhkan.

Maaf, saya tiada 'backup' untuk semua senarai bloglist, dan dengan sedihnya saya mohon agar link blog ini rakan-rakan blogger 'remove' dari sidebar (supaya adil untuk anda), hingga suatu masa yang tidak ditetapkan.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA MAC 2017

1. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

2. Khir Khalid - Khirkhalid.com

3. Hanafi Abdullah - Heroborneo.com

4. Mohd Aswad - Ppk.com

5. aRzMoHa - Arzmoha.com

6. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

7. Maria Firdz - Mariafirdz.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, February 28, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Februari 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Februari 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger diruangan blog dan blogger terbaik dengan tambahan popular di blog ini.

Blog popular Malaysia

Macam biasa la, sibuk sangat dengan rutin kerja seharian sampaikan post kali ini menghimpunkan blog paling popular dan terbaik di Malaysia bagi bulan Januari dan Februari 2017.

Selamat menyambut bulan Mac 2017 dan semoga pembaca dan rakan-rakan pemilik blog-blog popular sudi untuk terus bersama sentiasa panas sampai bila-bila.

Terima kasih atas sokongan semua kepada blog ini dan semoga jalinan mesra ini akan terus berkekalan dan dalam suasana yang terbaik.

Mohon maaf kerana blogwalking kurang lancar dan reply komen juga tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya. Saya baca semua tu ye..:)

Untuk makluman para pembaca, senarai dibawah ini adalah blog-blog yang paling popular dan terbaik di Malaysia dalam blog ini kerana sering berkumandang diruangan komen.

Jadi, jika anda juga seorang blogger, datanglah selalu berkomentar, Insyaa Allah akan dimasukkan ke dalam senarai blog popular dan terbaik di Malaysia pada setiap bulan.

Jangan lupa lawat dan bacalah hasil nukilan blogger-blogger yang baik hati dan rajin menulis artikel ni ya. Semua hebat dan popular belaka.

Terima kasih kerana sudi berkunjung, jangan lupa datang selalu. Sebarang teguran amat dialu-alukan.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA JANUARI & FEBRUARI 2017

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Aiman Najmy - Imnajmi.com

3. Jie Susanos - Jiesusanos.com

4. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

5. Hanafi Abdullah - Heroborneo.com

6. aRzMoHa - Arzmoha.com

7. Datoksir Kronik 65 - Datoksirkronik.blogspot.my

8. Lokman Amirul - Lokmanamirul.com

9. Mommy Muhaimin - Diarimommymuhaimin.blogspot.my

10. Nurhaziq Abdul Hafiz - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

11. Titan - Ahmadfaizal.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, September 30, 2016

Blog Terbaik Malaysia September 2016

Blog Terbaik Malaysia September 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blogger dan pembaca blog diruangan blog dan blogger terbaik di Malaysia di blog ini.

Sep2016

Dengan kesibukan yang bukan alang kepalang, senarai blog terbaik bagi bulan Julai dan Ogos tidak dapat kami kongsikan.

Alhamdulillah, bagi bulan September ini, kami berjaya 'mencuri' sedikit masa untuk menyenaraikan blog dan blogger terbaik di Malaysia yang pembaca sekalian wajib kunjungi sebab banyak info dan perkongsian menarik yang mereka sajikan.

Buat rakan-rakan blogger, anda sentiasa kami jemput pada bila-bila masa untuk datang berkomentar dan pasti kami pautkan nama anda diruangan Blog Terbaik Malaysia setiap bulan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan dan pembaca juga, genap 25 September yang baru berlalu beberapa hari ini, genaplah usia blog SENTIASAPANAS.COM 4 tahun.

Blog ini rasanya benar-benar masih mentah jika dibandingkan dengan banyak lagi blog hebat di Malaysia kan.

Kiranya usia baru nak masuk tadika tahun depan, terlalu banyak perkara lagi yang perlu dipelajari.

Dalam jejak usia setahun jagung ini juga, ketika artikel ini ditulis, blog sentiasapanas baru mampu berkongsi 8,739 artikel (termasuk artikel ini) dan paparan sebanyak 19,166,723 pageviews.

Yang pasti, blog sentiasapanas tidak akan pergi sejauh ini dalam berkongsi informasi tanpa sokongan luarbiasa dari anda semua. Tanpa anda, blog picisan ini akan hanya sekadar menjadi perhiasan di alam maya.

Kami juga sangat mengalu-alukan teguran dan sokongan daripada anda semua untuk menambah baik lagi cara perkongsian dalam melalui liku perjalanan dunia blog yang cukup mencabar.

Tegurlah jika ada yang perkara yang sepatutnya ditegur. Kami sentiasa terbuka dan berlapang dada menerima segala teguran dan nasihat.

Dan jangan lupa berkunjung ke blog sahabat dibawah tu ya.

Akhir kalam untuk tinta kali ini, salam sayang dan salam hormat yang tidak terhingga buat semua. Terima kasih.

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA SEPTEMBER 2016

1. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

2. Khir Khalid - Khirkhalid.com

3. Lokman Amirul - Lokmanamirul.com

4. Hakim Mahmud - Hakimmahmud.com

5. Lokman Hakim - Penggaliilmudunia

6. Mrs A - Mrsablogstori.blogspot.my

7. Bang Ali - Anwariz.com

8. Mohd Sharifuddin Omar - Notabelajarsaya.blogspot.my

9. Nurhaziq Abdul Hafiz - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

10. Zarul Farhana - Sayazarulfarhana.blogspot.my

BACA INI JUGA: Blog Terbaik Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, July 12, 2016

Blog Terbaik Malaysia Jun 2016

Blog Terbaik Malaysia Jun 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan rakan blogger. Ketemu lagi kita di dalam ruangan "blog dan blogger terbaik di Malaysia" bagi bulan Jun 2016 di blog ini.

Kad+Raya+Abam+Kie
Kad raya kiriman blogger Zukidin.com

Buat pembaca-pembaca tersayang, senarai blog di bawah ini adalah kumpulan blog-blog terbaik di Malaysia yang anda wajib kunjungi.

Dikesempatan ini juga, saya ingin berkongsikan buat pembaca dan rakan blogger semua Kad Hari Raya sempena Aidilfitri 2016 ini yang dikirimkan oleh rakan blogger, Abam Kie dan blognya boleh anda tatap di sini, Zukidin.com

Kad+Raya+Abam+Kie [2]

Diucapkan jutaan terima kasih buat Abam Kie diatas kesudian mengirimkan kad raya ini dan pastinya nostalgia telah terpahat, kad raya yang bakal digantung dalam tempoh masa yang sangat lama di dinding buat tatapan, sebab terasa sangat janggal pula nak gantung smartphone tu kat dinding kan..haha

Buat semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf diatas segala kesalahan dan kesilapan yang ada.

Buat rakan-rakan blogger semua, terima kasih kerana sudi berkunjung di blog ini.

Semoga ketemu lagi, terima kasih dan selamat membaca buat semua, puonsikou dikoyu.. :)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA JUN 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

3. Afif Rayyan - Mediasensasi.com

4. Nurhaziq Abdul Hafiz - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

5. Normi Nieza - Norminieza.blogspot.my

6. Mommy Muhaimin - Diarimommymuhaimin.blogspot.my

7. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

BACA INI JUGA: Blog Terbaik Malaysia April Dan Mei 2016

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, June 11, 2016

Blog Terbaik Malaysia April Dan Mei 2016

Blog Terbaik Malaysia April Dan Mei 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan rakan blogger. Akhirnya sempat juga menyenaraikan "blog dan blogger terbaik di Malaysia" bagi bulan April dan Mei 2016 di blog ini.

Blog terbaik April & Mei 2016.jpg

Nampaknya bulan April yang lalu benar-benar menguji kesabaran dan masa terluang yang cukup terhad sehingga tidak sempat nak buat senarai blog dan blogger terbaik untuk bulan April.

Jadi terpaksalah dihimpunkan sekali bersama di dalam bulan Mei, itupun hampir dipertengahan bulan Jun baru dapat dikongsikan.

Buat rakan-rakan blogger, saya benar-benar ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian berkomentar di blog picisan ini.

Anda semua sememangnya "blogger-blogger terbaik di Malaysia!"

Mohon maaf juga dipinta kerana batasan waktu benar-benar menghimpit ruang untuk berkunjung balas ke blog anda semua buat masa ini.

Buat pembaca-pembaca tersayang, senarai blog di bawah ini adalah kumpulan blog-blog terbaik di Malaysia yang anda patut kunjungi.

Jika anda suka membaca di blog saya ini, anda semua pasti lebih teruja bila berkunjung ke blog-blog diorang.

Semoga ketemu lagi, terima kasih dan selamat membaca buat semua, puonsikou dikoyu.. :)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA APRIL & MEI 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

3. Nurhaziq Abdul Hafiz - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

4. mSelim3 - mSelim3.blogspot.my

5. Dr. Macho - Megawealthvet.blogspot.my

6. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

7. Keladi Ubi - Keladionline.com

8. Mrhanafi - Mrhanafi.com

9. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

10. Media Admin - Eyfawriter.blogspot.my

11. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

12. Normi Nieza - Norminieza.blogspot.my

13. Striderbuzz - Striderbuzz.com

14. aRz MoHa - Arzmoha.com

15. Maria Firdz - Mariafirdz.com

16. Zul Hilmi Tempoyak - Zulhilmitempoyak.com


BACA INI JUGA: "Arkib Senarai Blog Terbaik Malaysia"

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, April 02, 2016

Blog Terbaik Malaysia Mac 2016

Blog Terbaik Malaysia Mac 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera, ketemu lagi kita diruangan blog terbaik Malaysia bagi bulan Mac 2016 di blog ini.

Blog terbaik Malaysia Mac 2016

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan blogger dan pembaca yang sentiasa sudi berkunjung dan berkomentar macam selalu.

Dan nampaknya dibulan Mac ini kesibukan dengan kerja rutin masih lagi menghambat seperti biasa lalu membataskan aktiviti blogwalking ke blog rakan-rakan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan dan pembaca, blog ini juga sedang dalam proses menukar template. Jadi jangan terkejut beruk nanti hehe..

Saya senaraikan dibawah ini, blogger-blogger hebat di Malaysia dengan blog mereka yang berkongsikan info-info semasa dan juga tips-tips yang berguna buat pembaca. Pembaca sekalian, sila terjah!!!

Kepada blogger yang ingin tersenarai disini, datanglah berkomentar, pasti masuk dalam senarai. Tiada had blog, tiada limit komentar.

Cuma, blog yang mengkhusus kepada blog jualan sebarang produk tidak dapat saya masukkan disini.

Buat semua blogger-blogger hebat dan pembaca tersayang, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA MAC 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

3. Nurhaziq Abdul Hafiz - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

4. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

5. Maria Firdz - Mariafirdz.com

6. Bin Muhammad - Dammahumnib.com

7. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

8. Noriza Rahman Momma Vogue - Mommavogue.com

9. Calrase Patrick - Calrasepatrick.blogspot.com

10. Media Admin - Eyfawriter.blogspot.my

11. Mrhanafi - Mrhanafi.com

12. aRz MoHa - Arzmoha.com

13. Akif Imtiyaz - Akifimtiyaz.com

14. Ummar Farouk - Nukeufo89.com

15. Dr. Macho - Megawealthvet.blogspot.my

16. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my


BACA INI JUGA: MALAYSIA BEST BLOG

Thursday, March 03, 2016

Blog Terbaik Malaysia Februari 2016

Blog Terbaik Malaysia Februari 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera, masih lagi dipanjangkan usia dan sekali lagi masih ada pertemuan diruangan blog terbaik Malaysia bagi bulan Februari 2016 di blog ini.

Blog terbaik Malaysia - Februari

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua rakan blogger dan pembaca yang begitu sudi berkunjung dan berkomentar di blog ini.

Blog Terbaik Malaysia ini didedikasikan khusus buat blogger-blogger yang memberikan komen.

Kesibukan di bulan Februari nampaknya menghalang kunjungan balas ke blog rakan-rakan.

Buat semua blogger-blogger hebat dan pembaca tersayang, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA FEBRUARI 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

3. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

4. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

5. Muhammad Shahril - Muhammadshahril97.blogspot.my

6. Muhammad Nizam - Bahejabella.com

7. Lokman Hakim - Penggaliilmudunia.blogspot.my

8. Anajingga - Anajingga.com

9. Abam Kie - Zukidin.com

10. Hasrul Yah - Notaaswaja.blogspot.my

11. Ummar Farouk - Nukeufo89.com

12. Titan - Ahmadfaizal.com

13. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

14. Bin Muhammad - Dammahumnib.com


BACA INI JUGA: MALAYSIA BEST BLOG

Thursday, February 04, 2016

Blog Terbaik Malaysia Januari 2016

Blog Terbaik Malaysia Januari 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera, bertemu lagi kita diruangan blog terbaik Malaysia bagi bulan Januari 2016 di blog ini.

Jan_2016

Buat rakan-rakan blogger, saya ucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kerana sentiasa sudi bertandang ke blog ini untuk berkomentar.

Kepada para pembaca yang sentiasa dihargai dan amat disayangi, semoga sokongan anda terus berterusan, tanpa 'peminat' sekalian, siapalah kami ini..:(

Anda semua juga dijemput untuk bertandang ke blog-blog dibawah ini, banyak sangat info dan perkongsian yang boleh dimanfaatkan disana.

Adminnya ramah-tamah, disoal satu, dijawap tiga..;)

Pada entri kali ini juga, penghargaan khusus buat Blogger Cikgu Etuza (Madey09) diatas kesudian memberikan hadiah yang sungguh berharga kepada saya, sekotak minuman kesihatan Chocolate with Milk dan sebungkus Nescafe yang sungguh sedap produk Elken.

Dapat hadiah hanya kerana berkomentar di blog beliau. Terima kasih Cikgu Etuza yang hensem. Lain kali bagi lagi ya haha..

BLOGGER+ETUZA
Hadiah istimewa Blogger Etuza.

Kalau nak dapat hadiah istimewa macam ni, datang la selalu berkomentar di blog Cikgu Etuza, tapi khusus buat pengomen yang ada blog saja.

Siapa tahu, mungkin nanti ada segmen khusus untuk pembaca pula..:)

Sebelum ditunda coretan tinta buat kali ini, sekali lagi buat semua, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA JANUARI 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

3. MNH - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

4. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my

5. aRz MoHa - Arzmoha.com

6. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

7. Azlan Strider - Striderbuzz.com

8. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

9. Anajingga - Anajingga.com

10. Hero Borneo - Heroborneo.com

11. Ummar Farouk - Nukeufo89.com

12. Matdin - Notabelajarsaya.blogspot.my

13. Abam Kie - Zukidin.com


BACA INI JUGA: MALAYSIA BEST BLOG

Thursday, December 31, 2015

Blog Terbaik Malaysia Disember 2015

Blog Terbaik Malaysia Disember 2015

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blogger terbaik Disember 2015 dihalaman sentiasapanas dan para pembaca tersayang sekalian.

Blog terbaik Malaysia Disember

Pembaca semua dijemput datang ke blog-blog ini kerana ianya sangat berbaloi untuk anda baca segala informasi yang dikongsikan.

Dikesempatan terakhir untuk tahun 2015 ini, saya ingin mengucapkan bilion terima kasih buat semua pembaca yang begitu sudi menyokong blog ini.

Sudi-sudilah berkunjung selalu ye..:)

Buat rakan-rakan blogger, terima kasih kerana sama-sama menyokong perjuangan hidup sebagai seorang blogger.

Mungkin ramai tak tahu bahawa menjadi seorang blogger bukanlah semudah yang disangka. Banyak masa dan pengorbanan terpaksa dilalui untuk terus memberikan info buat pembaca.

Semoga tahun 2016 yang sudah menjelang tiba mampu membawa satu lagi sinar baru, sama menyinar bersama sinar-sinar yang sedia terpancar.

Mohon maaf dipinta andai kata banyak kasar pada bahasa, rasa tersindir, atau macam dihina, walhal tiada niat dihati..

Hanya fahami satu perkara, kita disini untuk berkongsi ilmu dan mencari sinar buat penyuluh jalan gelap agar terang, menyuluh hati jiwa minda.

Akhir kata, selamat datang 2016, buat semua, sekali lagi, TeRimA kaSiH..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA DISEMBER 2015

1. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

2. Mizz Aiza - Mizzaiza.com

3. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my

4. Bin Muhammad - Dammahumnib.com

5. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

6. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

7. aRz MoHa - Arzmoha.com

8. Khir Khalid - Khirkhalid.com

9. Panduan Malaysia - Panduanmalaysia.com

10. Idea Berita - Ideaberita.com

11. Eyfa Writer - Ohpilihanku.blogspot.my

12. Calrase Patrick - Calrasepatrick.blogspot.my

13. Anajingga - Anajingga.com

BACA INI JUGA: Blog Terbaik Malaysia 2015

Tuesday, December 01, 2015

Blog Terbaik Malaysia November 2015

Blog Terbaik Malaysia November 2015

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua pemilik blog terbaik November 2015 dihalaman sentiasapanas dan para pembaca tersayang sekalian.

Blog terbaik Malaysia

Buat pengetahuan pembaca, blog-blog ini sangat berbaloi untuk anda lawati, dan baca segala informasi yang dikongsikan.

Banyak pengetahuan dan maklumat yang boleh diperolehi, sungguh, anda semua dijemput dan pasti disambut dengan hamparan permaidani merah, terlebih lagi jika rajin berkomentar..

Kepada rakan-rakan blogger, sentiasa dihampar tapak selebar bumi, untuk anda datang berkunjung, Inshaa Allah, silaturrahim pasti berkekalan...

Dengan jalinan maya ini, semoga kita semua mendapat manfaat seadanya.

Sudi-sudilah berkunjung, selamat membaca, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA NOVEMBER 2015

1. Mizz Aiza - Mizzaiza.com

2. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

3. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my

4. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

5. Deanna Morni - Kameqdeanna.blogspot.my

6. Khir Khalid - Khirkhalid.com

7. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

8. aRz MoHa - Arzmoha.com

9. Bin Muhammad - Dammahumnib.com

10. Mselim3 - Mselim3.blogspot.my

11. Eyfa Writer - Ohpilihanku.blogspot.my

12. Anajingga - Anajingga.com

13. Zukidin - Zukidin.com

14. Hujan-petang - Hujan-petang.blogspot.my


BACA INI JUGA: Blog Terbaik Malaysia 2015