Feb 17, 2015

Siti Nurhaliza Wanita Ketiga Terkaya Di Malaysia

Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.

Siti Nurhaliza

Wanita berusia 36 tahun ini memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan perniagaannya.

Senarai tersebut merupakan laporan asal sebuah laman sesawang kewangan, SaveMoney.my baru-baru ini yang meletakkan isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua sebagai wanita yang mempunyai aset kekayaan paling tinggi disusuli aktres antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh.

Siti dilahirkan pada 11 Januari 1979 memulakan kerjaya seninya seawal usia 16 tahun.

Berasal dari Kuala Lipis, Pahang, beliau telah menghasilkan lebih 15 album studio yang mempunyai lagu dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Jawa, Inggeris, Mandarin, Arab, Hindi dan Jepun.

Penyanyi yang juga penulis lagu bersuara emas ini pernah mendapat pengiktirafan sebanyak dua kali daripada Malaysia Book of Records (MBOR) kerana pencapaiannya di peringkat tempatan dan juga mengharumkan nama negara di persada muzik nusatara serta antarabangsa.

Pelantun lagu hits seperti Jerat Percintaan, Siti Situ Sana Sini, Bukan Cinta Biasa, Cindai, Aku Cinta Padamu, Seindah Biasa, Jaga Dia Untukku dan yang terkini, Terbaik Bagimu juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik sebanyak 37 anugerah, Anugerah Bintang Popular (23 anugerah), Anugerah Planet Muzik (26 anugerah), Anugerah Juara lagu (18 anugerah), 4 anugerah di Anugerah MTV Asia dan tiga anugerah di Anugerah Muzik Dunia.

Siti merupakan anak Malaysia kedua selepas Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang mengadakan konsert di pentas berprestij dunia iaitu Royal Albert Hall, London pada tahun 2005.

Sebagai seorang figura umum, Siti bukan saja mempunyai ramai peminat malah sangat dihormati serta keperibadiannya sentiasa menjadi contoh kepada umum.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, selebriti ini juga bijak menangani gosip atau kontroversi setiap kali namanya dikaitkan dengannya.

Siti juga salah seorang artis tanah air yang mempunyai seramai 1.2 juta pengikut di laman Instagram.

Pemilik jenama produk kecantikan SimplySiti ini mendirikan rumahtanga dengan usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Bagaimanapun, pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

5 Wanita Terkaya Malaysia

1. Puan Seri Lee Kim Hua

Puan Seri Lee Kim Hua

Semenjak kematian suaminya yang merupakan pemilik pusat keriangan Genting Highland, Puan Seri dilaporkan telah mewarisi harta peninggalan mendiang sebanyak RM21.32 bilion!

2. Datuk Michelle Yeoh

Datuk Michelle Yeoh

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Datuk Michelle Yeoh, 53, yang telah berjaya menempa nama di Hollywood.

Kejayaannya bermula selepas mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik 1983 disusuli kecemerlangan dalam bidang lakonan apabila dipilih menjadi Gadis Bond menerusi filem Tomorrow Never Dies dan filem-filem blockbusterlain antaranya Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Memoirs of a Geisha.

Kekayaan yang dimiliki Michele dianggarkan berjumlah RM245 juta pada 2013.

3. Datuk Siti Nurhaliza

Memulakan karier seninya pada usia 16 tahun, Datuk Siti Nurhaliza terus mengembangkan bakat sehingga namanya sangat popular dan dikenali penduduk di seluruh Asia.

Pada 2013 Siti, 36, dianggarkan mempunyai aset bersih sebanyak RM50 juta dan tersenarai sebagai salah seorang jutawan dalam bidang seni hiburan di Asia Tenggara.

4. Pauline Chai

Pauline Chai

Kes tuntutan penceraian Pauline Chai, bekas Ratu Cantik Malaysia 1969 boleh dikatakan paling mahal pernah direkodkan di mahkamah United Kingdom.

Pauline menuntut setengah aset bekas suaminya, Tan Sri Dr. Khoo Kay Peng yang memiliki kekayaan sebanyak RM2.3 bilion.

Suaminya merupakan ahli perniagaan yang memiliki rangkaian perniagaan kelengkapan perabot, Laura Ashley.

Dalam tuntutannya, Pauline menuntut sebanyak RM463,700 sebulan daripada bekas suaminya itu, yang mana merupakan perbelanjaan untuk tiket kelas pertama, resort lima bintang dan perbelanjaan untuk salon rambut sahaja pun sudah memakan belanja sebanyak RM2,444 sebulan!

5. Datuk Nicol David

Datuk Nicol David

Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David, 32, dianggarkan mempunyai aset sebanyak RM1.4 juta pada 2013.

Selain bergelar atlet, Nicol juga laku dilantik menjadi jurucakap serta duta beberapa produk sekaligus menjadikannya antara wanita paling kaya di Malaysia pada masa ini.

BACA INI JUGA: 10 Minyak Wangi Paling Mahal 2014

Sumber: Beritapantas92.blogspot.com/Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

blh la siti buat rumah utk mangsa banjir yg x de rumah ... ermmm

Begitulah yang sepatut dan sebaik-baiknya..

sorang je melayu yang tersenarai? tak sangka siti lagi kaya dari Datuk Nicol David.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon