Sunday, July 30, 2017

27 Jenis Hantu Dalam Masyarakat Di Malaysia

27 Jenis Hantu Dalam Masyarakat Di Malaysia

Dalam masyarakat Melayu dan orang asli istilah hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah ada sejak zaman animisme lagi.

Hantu
Gambar hiasan.

Ketika itu, semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami "penunggu" atau tunggu yang perlu dihormati dengan baik. Ini dilakukan agar penunggu tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar.

Malah, jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai Dukun, Pawang, Tok Bathin bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman.

Amalan ini masih kekal di kalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Ada pelbagai jenis-jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini. Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini.

Berikut adalah 27 jenis-jenis hantu paling popular, paling terkenal dan paling menyeramkan di Malaysia.

Antara jenis-jenis hantu ini ialah:

1. Pontianak, Puntianak, Kuntilanak

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.

Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Polong

Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh.

Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.

Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang.

Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol.

Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan.

Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.

3. Toyol

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri.

Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.

Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.

Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam.

Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari, setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak".

Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.

4. Pelesit

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, menurut kepercayan melayu ianya hantu yang dipelihara bagi tujuan sebagai pelaris dan pemanis.

Hantu ini dikatakan secara cerita lisan bahawa sangat berusaha menjadikan tuannya disukai ramai.

Ia dinamakan pelesit kerana ia melesetkan (menyesatkan) melalui tujuan melaris diri.

5. Hantu Air, Hantu Laut

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.

Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.

Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya dan bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun.

Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai, main pantai.

6. Hantu Raya

Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat, juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya.

Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah dan ia boleh menjelma sebagai manusia.

7. Hantu Bungkus, Pocong, Hantu Punjut

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu Cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.

Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak.

8. Langsuir

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.

Kononnya jika dipaku di belakang tengkoknya, langsuir akan berubah menjadi seorang wanita yang cantik.

9. Bota

Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.

10. Bajang

Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir.

Bajang biasanya perlu diwarisi dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup.

Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

11. Bunian

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul makhluk bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin.

Pendapat kedua menyatakan mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.

Dan pendapat ketiga dan yang sebenarnya, Bunian adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan dari keturunan manusia, jin maupun malaikat.

12. Hantu Jepun

Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.

Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.

Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.

Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.

13. Hantu Bukit

Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk; lihat Hantu, yang dipercayai berkeliaran di kawasan berbukit-bukau. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

Hantu ini tinggal di bukit dan sekiranya seseorang daripada kaum Semai bermimpi melihatnya, dia harus menjadi Halak (Dukun).

14. Hantu Kubur

Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran di kawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti di kalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit.

Hal ini adalah antara sebab orang asli berpindah-randah sekiranya berlaku kematian malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh Selat Melaka.

Hantu kubur sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

15. Pari-pari

Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, syaitan, yang terdapat dalam hutan.

Kepercayaan terhadap pari-pari juga terdapat dalam masyarakat barat seperti di England dan Amerika Syarikat.

Pari-pari biasanya digambarkan sebagai berbentuk seperti manusia dan mempunyai masyarakat tersendiri.

Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

Asal mereka tidak jelas dalam cerita rakyat, dengan pelbagai kelakuan dan bentuk syaitan atau spesies yang bebas sepenuhnya dari manusia atau malaikat.

Pakar cerita rakyat barat telah mencadangkan bahawa asal mereka dari ras ditakluk yang hidup secara bersembunyi, atau dalam kepercayaan yang tersingkir dengan kedatangan agama Kristian.

Penjelasan ini tidak selalunya serasi dan ia mungkin dapat dijejak dari pelbagai sumber.

Pari-pari dipercayai mempunyai kuasa ajaib dan mampu membantu menyembuhkan penyakit atau memberi kekayaan.

Secara ilmiah, pari-pari kemungkinan berasal daripada kepercayaan animisme atau Hindu, (meskipun teori ini tidak berasas) yang mempercayai bahawa kesemua benda, seperti pokok besar, batu berbentuk pelik, mempunyai penunggu, dewa yang dipercayai mempunyai kuasa bagi membantu manusia.

16. Jerangkung

Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menganiaya orang lain.

Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

Jerangkung bisanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya melindung diri atau bagi memusnahkan musuh.

17. Hantu Galah

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan.

Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya atau ketika melalui celah kangkangnya.

Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

Hantu galah dipercayai hanya mengusik tetapi tidak membahayakan orang.

18. Jin Tanah

Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).

Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan.

Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak, sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.

19. Hantu Keramat

Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

Hantu Keramat dikatakan akan berada di sesuatu tempat tertentu dan mampu membantu mereka yang datang membuat permintaan dari mereka.

Hantu keramat biasanya dikaitkan dengan batu besar, pokok besar atau sesuatu kawasan seperti dipersimpangan. Keramat dipercayai akan mengkabulkan permintaan seseorang yang memberikan persembahan kepada mereka.

Contohnya, dengan mempersembahkan sebiji telur, seseorang itu mampu menang loteri untuk membeli rumah besar.

20. Hantu Kum-Kum

Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari, sesetengah cerita menyatakan sebulan.

Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir.

Akibatnya mukanya menjadi buruk dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah vagina perawan.

Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

Matlamat hantu kum-kum dikatakan memulihkan wajah penuntutnya yang terlanggar pantang.

21. Orang Minyak

Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis.

Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.

Orang minyak bertujuan bagi memudahkan menceroboh ke dalam rumah bagi matlamat tertentu dan mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah.

Sekiranya seseorang itu tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidurnya harus ditaburi dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira.

22. Puaka

Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.

Hantu puaka dipercayai sering mengikuti fenomena alam dan mendatangkan kerosakan kepada harta benda.

Hantu puaka adalah sejenis makhluk halus yang ada di air yang menyeramkan.

23. Penanggalan, Hantu Tenggelong

Hantu Penanggalan, Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan.

Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai.

Rawatan paling biasa dalam kisah rakyat bagi melindungi dari serangan Penanggal adalah dengan menyelerak daun mengkuang atau limau yang memiliki daun berduri yang akan mencederakan atau memerangkap isi perut, jantung, perut, paru-paru Penanggal yang terdedah ketika ia terbang mencari mangsa.

24. Hantu Bidai

Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan, yang suka menganggu manusia.

Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air juga mampu menyerupai tikar dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

25. Hantu Tetek, Hantu Kopek

Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan, yang suka menganggu manusia.

Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib dan malam-malam, dengan cara menyembunyikan mereka di bawah kopek (buah dada) mereka.

26. Harimau Jadian

Harimau jadian atau juga dikenali sebagai harimau akuan dalam budaya Melayu dan orang asli, antaranya orang Semai, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki.

Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.

Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal dan sekiranya tidak dibuang, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

27. Jembalang Tanah

Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut.

Mengapa hantu

Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui.

Contohnya:
  • Mengapa seseorang itu sakit mengejut padahal sebelum ini kelihatan sihat sebelum berpindah?
  • Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam?
  • Mengapa sesebuah rumah itu ditinggalkan oleh penghuninya, dan orang yang baru berpindah masuk tidak kekal lama. Ada bunyi orang mengilai?
  • Mengapa kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam?
  • Mengapa mayat seseorang dijumpai berkecai-kecai ketika berladang?

Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya agar tidak keluar waktu malam atau waktu maghrib. Mungkin cerita hantu mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.

Berdasarkan gambaran umum (tidak semestinya tepat kebenarannya), kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah lantaran kesan-kesan darah.

Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas menghisap darah.

Takut?

BACA INI JUGA: 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia

sumber: wikipedia

Fakta Sebenar Tentang Viking Yang Anda Tidak Tahu

Fakta Sebenar Tentang Viking Yang Anda Tidak Tahu

Jika anda menonton filem-filem mengenai Viking sekitar 10 ke 20 tahun dahulu apa yang sering di paparkan adalah mereka memakai topi besi bertanduk, begitu juga kalau anda menonton kartoon.

Viking

Tapi tahukah anda bahawa ini adalah falasi. Sebenarnya tiada lansung dalam catatan sejarah atau jumpaan arkeologi yang menunjukkan bahawa mereka pakai helmet bertanduk.

Helmet perang mereka sebenarnya sama seperti helmet tentera-tentera berkuda rohan dalam trilogy the lord of the ring.

Sedangkan helmet bertanduk tersebut adalah untuk bomoh atau dukun sahaja. Topi bertanduk ini dipopularkan oleh filem-filem Hollywood sekitar awal abad 20.

Satu lagi mitos tentang Viking adalah mereka bangsa yang tak bertamadun dan kotor. Sebenarnya dalam banyak-banyak suku eropah, Viking adalah diantara yang paling pembersih. Lebih bersih dari orang Inggeris.

Dalam penggalian yang dibuat terhadap kubur mereka, dijumpai banyak alat-alat untuk berdandan dan membersihkan diri antaranya pengorek telinga, pisau cukur, sikat rambut dan pencungkil gigi yang dibuat dari tanduk atau tulang-tulang.

Orang Viking juga mandi lebih kerap dari orang eropah lain pada zamannya yakni sekali seminggu terutama hari sabtu kerana hari sabtu adalah hari grooming atau berhias bagi orang Viking terutama lelaki. Mereka juga suka berendam dalam hot spring. Ini menunjukkan mereka adalah metroseksual.

Tahukah anda seperti orang melayu, kaum Viking juga sangat memandang tinggi golongan wanita. Suri rumah Viking mempunyai lebih hak dan kuasa berbanding wanita-wanita berkahwin dari kaum lain.

Apabila suaminya pergi perang atau berlayar si isteri mempunyai kuasa untuk menguruskan ladang serta buruh-buruh dan hamba.

Mereka juga ada bahagian dalam harta pusaka, boleh menceraikan suami mereka jika suami gagal menjalankan tanggungjawab dan berhak ambil balik mas kahwinnya. Malah kaum lelaki terpaksa membayar wang sara hidup untuk bekas interinya.

Pernah tercatat dalam sejarah Viking bahawa seorang wanita telah menceraikan suaminya kerana suaminya mempunyai bulu dada yang terlalu tebal dan tidak mahu mencukur, menarik bukan.

Satu lagi mitos ialah orang viking sepanjang hidup mereka adalah menjarah dan berperang serta merampas harta orang.

Sebenarnya, sebahagian besar hidup mereka, orang viking adalah petani dan nelayan. Mereka menanam oats, barley dan gandum. Mereka juga menternak lembu, kambing dan babi. Hanya sebahagian sahaja dari Viking yang selalu melanun dan menjarah.

Satu perkara yang kita tak tahu tentang Viking adalah kaum lelaki mereka suka mewarnakan rambut mereka blonde. Bagi mereka rambut blonde adalah cantik.

Lelaki yang berambut merah biasanya akan menggunakan sejenis bancuhan kapur untuk bleach rambut mereka hingga jadi blonde, malah janggut juga di warnakan blond.

Dengan meletakkan solusi kapur dan mewarnakan rambut ini juga, orang Viking dapat mengelakkan masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum lain di eropah yakni kutu.

Orang Viking sangat diplomatik dan berdiplomasi sesama sendiri. Jika terdapatnya seorang pemimpin yang jahat atau kejam, satu majlis timbang tara akan dibuat dan pemimpin tersebut akan dibuang negeri.

Hal ini berlaku pada raja yang bernama Eric The Red yang suka dengan kekejaman sehingga orang viking sendiri tak suka. Dia dibuang dari Norway dan Iceland.

Orang Viking sangat sukakan hikayat, lagu-lagu tradisi dan cerita-cerita penglipur lara. Berbanding dengan kaum-kaum eropah lain diet pemakanan orang Viking juga adalah yang paling seimbang dan sihat kerana mereka suka makan ikan terutama ikan kod yang banyak omega 3 dan mereka juga makan pelbagai bijirin dan sayuran. Orang viking juga hanya makan 2 kali sehari iaitu makan siang dan makan malam.

Sepertimana kegemaran mereka akan rambut yang blonde, mereka juga sukakan pakaian yang berwarna terang seperti biru muda, kuning dan merah.

Orang Viking mempunyai cara menegur seseorang. Setiap kali mereka berjumpa mereka akan berkata “ey wassup!” Wassup yang digunakan oleh anak muda pada hari ini sebenarnya berasal dari budaya Viking.

Orang viking ada tandas luar rumah dan bersuci dengan bulu kambing atau lumut setiap kali mereka membuang air besar.

Ey wassup!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Plot Membunuh Napoleon Yang Gagal

sumber: thepatriots

Apa Itu Blockchain?

Apa Itu Blockchain?

Beberapa tahun selepas Bitcoin menjadi cryptocurrency yang diguna orang ramai, teknologi blockchain menjadi satu topik yang hangat dikaji oleh para penyelidik.

Blockchain

Blockchain terdapat pelbagai kegunaan antara nya pendaftaran nama dan smart contracts. Kaedah konsensus seperti proof-of-work (PoW) dan proof-of-stake (PoS) juga ada diterapkan dalam teknologi ini bagi membantu prinsip decentralization berjalan dengan lancar.

Namun, walau advanced macam mana pun, masih lagi terdapat lubang lubang sekuriti yang tidak di kenalpasti pada awal waktu ia dilahirkan.

Apa itu Blockchain?

Blockchain merupakan sistem lejar elektronik awam yang menyimpan database data para pengguna. Data ini meliputi segala aspek termasuk maklumat individu, status kewangan, status kesihatan dan sebagainya.

Setiap rekod ini disimpan secara rapi dan cuma beberapa pihak sahaja yang mampu mengaksesnya.

Secara kasarnya, cuba bayangkan buku accounting yang penuh dengan transaksi sesebuah syarikat, di mana terdapatnya dari mana duit tu datang dan ke mana duit tu pergi. Begitu juga blockchain. Ia menyimpan segala data transaksi user dari awal sampai, kiamat kot (inshallah).

Bagi menjadikan sistem ini lebih sistematik, segala industri ini berkongsi pangkalan data yang sama bagi mengelakkan daripada sebarang kecelaruan maklumat. Setakat ini anda mungkin sudah mempunyai gambaran sedikit sebanyak mengenai blockchain.

Bitcoin pula merujuk kepada matawang digital yang beroperasi dibawah sistem blockchain. Matawang digital menjadi perantara buat para pengguna dalam melakukan urusan transaksi secara terus dan selamat menerusi sistemnya.

Teknologi yang mula diperkenalkan hampir sedekad lalu kini mula mencuri perhatian ramai setelah matawang yang tersedia dalam sistemnya iaitu bitcoin mula melonjak tinggi.

Maka tidak hairanlah carian di laman web google mengenai blockchain sahaja meningkat hampir 2000% sejak beberapa tahun lepas.

Selain itu, banyak jenis blockchain selain yang digunakan oleh Bitcoin. Maklumlah, codenya open source. Manusia pula kreatif nak tukar tukar ikut sukahati. Maka evolusi blockchain ni jadi semakin bertambah.

Perlu di ingatkan juga, Blockchain bukan sahaja mampu menyimpan data kewangan, tetapi juga data data lain seperti kontrak peguam, surat cinta, or even vote rakyat Malaysia untuk PRU akan datang. You name it, sumbat aje dalam block tu.

Adakah blockchain dan bitcoin merupakan perkara yang sama?

Berikut merupakan kupasan kami mengenai kedua-dua terma ini dan bagaimana blockchain bakal mengubah cara pengguna melakukan transaksi serta menguntungkan pelbagai pihak khususnya para peniaga.

Bagaimanakah urusan transaksi berlaku?

Penggunaan matawang yang sama secara tidak langsung membolehkan urusan pemindahan wang ini berlaku dengan pantas tanpa perlu pengesahan pihak ketiga sepertimana yang dilakukan pihak bank.

Kos transaksi pemindahan wang (meskipun ke negara yang lain) juga sudah pastinya lebih rendah berbanding transaksi di bank.

Method pemindahan wang yang encrypted antara sebab membuatkan orang ramai lebih percaya untuk melakukan transaksi melalui sistem blockchain.

Buat para peniaga, mungkin ini merupakan salah satu sebab anda boleh mula berjinak dengan sistem berteknologi tinggi ini.

Adakah blockchain cuma tertakluk kepada bitcoin semata-mata?

Meskipun matawang crytocurrency bitcoin sering dikaitkan bersama blockchain, sebenarnya terdapat beberapa lagi crytocurrency lain turut diperdagangkan seperti Litecoin (LTC), Ethereum (ETH), Zcash (ZEC, Peercoin, Namecoin, New Economy Movement (NEM) dan juga Ripple.

Walaubagaimanapun, Bitcoin (BTC) dan Litecoin (LTC) antara terpopular ketika ini.

Mengapa blockchain masih belum menjadi pilihan ramai?

Penggunaan sistem decentralized mungkin bakal memudahkan orang ramai berikutan ketiadaan administrator atau pemantau.

Tetapi, blockchain juga mungkin memakan diri sekiranya sistem yang dibina ini berjaya diceroboh penggodam.

Selain itu, terdapat penganalisa komputer yang berpendapat blockchain bukanlah solusi paling selamat.

Masalah ini menjadi lebih rumit selepas dikatakan individu terawal yang memperkenalkan sistem melibatkan blockchain ini menyimpan lebih 1 juta bitcoin yang bersamaan dengan $1.1 juta (~RM4.72 juta) sekaligus memperlihatkan sistem ini seolah tidak lebih sekadar skim Ponzi besar-besaran.

Walaubagaimanapun, setakat tiada bukti kukuh mengesahkan sistem ini merupakan skim Ponzi. Penggodam juga masih belum berjaya menggodam sistem ini berikutan ciri keselamatan yang ada padanya.

Bagaimana blockchain dapat memanfaatkan para peniaga

Meskipun sudah hampir sedekad dilancarkan, teknologi ini boleh dikatakan masih baru berdasarkan kadar penggunaan orang ramai lebih-lebih lagi apabila melibatkan peniaga tempatan.

Berdasarkan kajian yang dibuat, tidak mustahil untuk melihat sistem yang berteknologi tinggi ini bakal mengambil alih urusan pemindahan wang serta percukaian tidak lama lagi.

Itulah penjelasan Blockchain secara ringkas. Moga faham.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

5 Kisah Kematian Paling Pelik Di Dunia

5 Kisah Kematian Paling Pelik Di Dunia

Dalam banyak ajaran agama dan kepercayaan, kematian adalah sesuatu yang tidak boleh diramal. Bila, di mana dan bagaimana; tiada siapa yang tahu.

Lima kisah kematian di bawah mungkin antara yang paling pelik (dan mungkin juga ironik) yang pernah berlaku di seluruh dunia.

1. Mati Di Majlis Pengebumian Sendiri

Fagilyu Mukhametzyanov

Seorang wanita Rusia, Fagilyu Mukhametzyanov disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantung.

Namun, dia 'bangun' ketika majlis pengebumiannya sedang berjalan.

Dia hidup untuk tempoh 10 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir. Kali ini, untuk selama-lamanya.

2. Mati Selepas Cuba Membuktikan Cermin Tak Pecah

CERMIN TAK BOLEH PECAH

Gary Hoy seorang peguam yang sangat berjaya namun punya kegemaran 'mengenakan' pekerja baru. Ketika mengiringi sekumpulan pelatih guaman, Gary bergurau dengan memberitahu satu tingkap di pejabat mereka tidak boleh dipecahkan.

Untuk membuktikannya, Gary bertindak menghentam dirinya sendiri ke arah cermin tingkap tersebut.

Cermin tersebut tidak pecah, tetapi tercabut dan Gary 'terhumban' ke luar tingkap dan meninggal dunia.

3. Penggemar Makanan Organik Mati Sakit Jantung

MAKANAN ORGANIK

J.I Rodale seorang yang sangat obses dengan produk organik; dari makanan sehinggalah barangan keperluan harian.

Malah, dia juga tak percayakan perubatan moden dan tradisional sebaliknya punya alternatif sendiri dengan menggunakan barangan organik.

J.I mengakui dia melakukan semua itu kerana mahu hidup sehingga usia 100 tahun namun, dia meninggal dunia pada usia 72 tahun kerana serangan jantung.

4. Juruterbang Pelatih Mati Dalam Flight Simulator

FLIGHT SIMULATOR

Tiga juruterbang pelatih maut ketika sesi latihan dalam flight simulator, apabila sebuah pesawat Beechcraft King Air 200, terhempas di atas bangunan Keselamatan Penerbangan Kansas, yang menempatkan simulator tersebut.

5. Mati Terkena Kejutan Elektrik Dalam Penjara

Kejutan elektrik

Lawrence Baker didakwa kerana membunuh, namun dia terselamat daripada hukuman mati. Sebaliknya dia dipenjara seumur hidup.

Satu hari, dia menggunakan tandas dan membawa fon kepala kerana sedang mendengar lagu.

Aliran elektrik dari fon berkenaan dikatakan mengalir dan menyebabkan litar pintas pada tandas jenis duduk itu, dan Lawrence mati akibat terkena kejutan elektrik.

Pelik kan?

BACA INI JUGA: Pelbagai Cara Kematian Yang Sangat Pelik

sumber: astroawani

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Julai)

Tarikh 30 Julai merupakan hari ke 211 (hari ke 212 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 154 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Pulau Malden
Pulau Malden.
 
Hari ini merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Vanuatu (1980).

Peristiwa

762 - Khalifah Al-Mansur mengasaskan Baghdad bagi menjadi ibu negara empayar Islam di bawah pemerintahan Abbasiyyah.

1619 - Dewan Burgesses di Virginia yang merupakan dewan undangan pertama yang dipilih di benua Amerika, bersidang buat pertama kali.

1825 - Pulau Malden, kini sebahagian Kepulauan Line Kiribati, ditemui di Lautan Pasifik.

1864 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan gagal mematahkan barisan Gabungan dalam Pertempuran Kawah di Petersburg, Virginia.

1930 - Tuan rumah Uruguay menewaskan Argentina 4–2 di Stadium Centenario untuk memenangi Piala Dunia bola sepak pertama.

1945 - Perang Dunia Kedua: Penjajap berat Tentera Laut A.S. USS Indianapolis ditenggelamkan oleh kapal selam Jepun I-58.

2003 - Kereta Volkswagen Beetle gaya lama yang terakhir dikeluarkan di Puebla, Mexico.

2006 - Perang Lubnan: Tentera Udara Israel menyerang sebuah bangunan tiga tingkat berhampiran Qana, Lubnan Selatan, membunuh sekurang-kurangnya 28 orang awam, termasuk 16 kank-kanak.

2008 - Parti pemerintah Turki Parti Keadilan dan Pembangunan terselamat daripada diharamkan oleh mahkamah atas tuduhan anti-sekular.

2010 - Ratusan orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir teruk di utara Pakistan.

2011 - Satu siri serangan, dipercayai oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur, terjadi di kawasan Xinjiang, China, dua minggu selepas serangan serupa.

2012 - Kegagalan grid kuasa di 20 negeri di India menyebabkan 600 juta orang tiada elektrik.

2013 - Mamnoon Hussain terpilih sebagai Presiden Pakistan baharu.

Kelahiran

1974 - Hilary Swank, pelakon Amerika Syarikat.

Kematian

1811 - Miguel Hidalgo Costilla, pemimpin Perang Kemerdekaan Mexico.

1912 - Maharaja Meiji dari Jepun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Julai)

sumber: wikipedia

Saturday, July 29, 2017

Nama Bapa Wajib Dikekalkan Apabila Masuk Islam, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis

Nama Bapa Wajib Dikekalkan Apabila Masuk Islam, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis

Apabila isu nama bapa wajib dikekalkan seperti yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis, ramai yang cuba mengambil bahagian memperkatakannya.

Isu Bin, Binti Bukan Bapa

Sehingga orang yang telah lama disepikan pun, termuncul membuat kenyataannya di dada media. Emosi dan sentimen juga dengan aktifnya menempatkan diri.

Ada yang menunggu ‘bola tanggung’ merasakan barangkali inilah peluang yang dinantikan. Saya katakan: sabar dulu.

Isu ini sebenarnya bukanlah fatwa saya secara individu. Sebaliknya keputusan sebulat suara ahli jawatankuasa yang terdiri daripada dua belas anggota yang hadir.

Sebahagian besar mereka adalah pensyarah universiti dalam bidang-bidang pengajian Islam yang berbagai dan ramai yang memiliki Ph.D mereka yang tersendiri.

Alhamdulillah, Perlis mempunyai anggota fatwa yang teramai. Maka, tidak wajar untuk dianggap ia sesuatu yang dibincangkan sepintas lalu tanpa penelitian.

Hanya Di Malaysia

Memang, isu ini agak unik dan istimewa. Antara yang paling menyebabkannya istimewa, adalah penukaran nasab seorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara melayu kita ini.

Yang pasti, hal seperti ini tidak berlaku di negara-negara Arab atau Indonesia yang besar itu.

Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya, maka kesemua mereka pasti ber‘bin’ yang sama, iaitu ‘Abdullah’.

Jika ada sepuluh yang bernama Ahmad, maka amatlah keliru untuk ditentukan Ahmad yang mana satu, kerana kesemua mereka ‘Ahmad bin Abdullah’.

Maka –barangkali- terpaksalah pihak pengurus persatuan menghafal nambor kad pengenalan mereka.

Begitu juga jika sepasang suami isteri menganut Islam, maka bertukarlah mereka menjadi insan-insan yang nama bapanya sama; Abdullah.

Tidak Pada Zaman Sahabat

Pada zaman Nabi s.a.w., jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabah akan ber’bin’kan Abdullah. Maka tidak adalah lagi disebut ‘Umar bin al-Khattab, sebaliknya ‘Umar bin Abdullah, tidaklah lagi Uthman bin ‘Affan, sebaliknya ‘Uthman bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi ‘Ali bin Abi Talib, sebaliknya ‘Ali bin Abdullah. Sebab, kesemua bapa mereka tidak menganut Islam.

Namun apa yang berlaku tidak sedemikian rupa. Ya, baginda menukar nama-nama buruk individu yang menganut Islam tetapi mengekalkan hakikat ‘bin’ mereka.

Sedangkan orang Arab begitu menjaga dan menyebut titis keturunan mereka sehingga ke beberapa peringkat.

Umpamanya, jika kita membuka kitab yang masyhur, Riyadh al-Salihin, karangan al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) hadith pertama daripada ‘Umar bin al-Khattab.

Al-Imam Al-Nawawi menyebut: “Amir al-Mukminin, ‘Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza…” ‘Abd al-‘Uzza bermaksud hamba berhala al-‘Uzza. Jika lihat nama datuk nabi “… bin Kilab”. Kilab bermaksud anjing-anjing. Islam tidak mengubah sesuatu hakikat yang pasti.

Kaitan Akidah

Ada yang cuba mengaitkan isu ini dengan akidah. Seakan Fatwa Perlis tidak fikir tentang akidah. Bimbang jika bapanya bernama dengan nama syirik maka akan menjejaskan akidah anaknya yang menganut Islam.

Alangkah lemah cara fikir yang seperti itu. Tidakkah dia tahu, bapanya itu bukan sahaja bernama dengan nama yang syirik, bahkan pengamal kesyirikan.

Apakah jika Gopal a/l Subramaniam yang menganut Islam maka setelah nama Gopal ditukarkan kepada Marwan umpamanya, maka Subramaniam yang tidak meredhai Islam ini juga hendak ditukar?!

Maka setiap kali kita berjumpa Subramaniam, kita kena panggil dia ‘Wahai Abdullah’, kerana bimbang jika dipanggil Subramaniam maka rosak akidah anaknya Marwan?!

Sesungguhnya kesyirikan tiada kaitan dengan semua itu! Kalau kerana nama Subramaniam menyebabkan Marwan rosak akidahnya, apakah jika Subramaniam pergi ke kuil, Marwan anaknya yang masuk Islam pun menjadi kufur?! Tidakkah itu lambang pemikiran yang langsung tidak faham konsep akidah!

Kenapa Ditimbulkan?

Ada yang tanya kenapa hendak ditimbulkan isu ini? Dah lama dah kita amalkan. Kita beritahu bahawa sesuatu perkara yang dibawa ke perbincangan fatwa negeri tentu ada sebabnya.

Sama ada ia disebabkan pertanyaan, atau kekeliruan orang ramai mengenai soal hukum-hakam syarak. Maka ia pun dibahaskan.

Di sini saya sebutkan secara ringkas dua alasan utama keputusan tersebut dibuat. Pertama; Nas al-Quran dan al-Sunnah yang melarang hal tersebut.

Firman ALLAH s.w.t:

(maksudnya): Panggilah mereka itu (dengan ber”bin”kan) kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai “maula-maula” kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab: 5).

Kata al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) dalam Tafsir al-Tabari menyebut, “Ayat ini adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan seseorang kepada bukan bapanya. Hadith-hadith juga begitu keras menegahnya”.

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w., hal ini banyak disebut.

Antaranya, “Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Juga sabda baginda, “Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya.” (Riwayat al-Bukhari).

Menghormati Hak

Kenapa Islam melarang hal ini? Sebabnya kerana Islam ialah agama menghormati dan memelihara hak manusia. Islam ialah agama yang tidak pernah menipu hakikat.

Seorang bapa, walau siapapun dia, dia tetap bapa sebab, benihnya yang sah itulah yang menghasilkan keturunannya. Bukan benih orang lain. Maka anak yang lahir itu berkait dengannya.

Selepas itu adanya hukum-hakam berhubung dengan hak, perkahwinan dan harta.

Menolak bapa yang hakiki, atau menidakkannya seakan dia tidak wujud boleh menyebabkan kekeliruan keturunan manusia, bercelaru dalam perkahwinan dan penafian tanggungjawab kekeluargaan.

Sedangkan Islam adalah agama penegak keadilan hak dan penyebar kesejahteraan insan.

Kata Dr Wahbah al-Zuhaili dalam karya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, “Keadilan dan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan kepada bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan…sesiapa yang ada bapa yang diketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Sesiapa yang tidak diketahui bapanya, maka dipanggil maula atau saudara seagama. Ini semua demi mencegah pengubahan hakikat sebenar”. (7/674, Damsyik: Dar al-Fikr 1989).

Inilah agama yang lurus. Sehingga Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar al-Tafasir menyebut, “Wajib membinkan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor kaldai”.

Justeru itu, baginda Nabi s.a.w hanya mengubah nama individu yang menganut Islam, jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak mengubah bapanya.

Umpamanya baginda mengubah nama sahabah Abd al-Syams bin Sokhr kepada Abd al-Rahman bin Sokhr. Ini kerana ‘Abd al-Syams bermaksud hamba matahari. Namun Sokhr yang bermaksud batu dikekalkan.

Bahkan baginda tidak mengubah bapa seorang sahabah yang bernama Abdullah bin ‘Abd al-Asad. Bapanya bernama ‘Abd al-Asad yang bermaksud hamba singa. Baginda tidak mengatakan diubah nama bapa kerana takut rosak akidah.

Sesiapa yang mahu pendetilan boleh tanya kepada ahli-ahli hadis yang menguasai Kutub al-Tarajim atau dia sendiri boleh merujuk kepada buku-buku al-Tarajim yang membincangkan biodata tokoh-tokoh yang disebut dalam sejarah Islam.

Ini seperti kitab Al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, atau Siyar A’lam al-Nubala, karangan al-Hafiz al-Zahabi dan puluhan yang lain.

Jika demikian tindakan Nabi s.a.w dan para sahabah, apakah kita lebih faham Islam dibandingkan baginda dan para sahabahnya?!

Apakah kita ingin katakan baginda tidak menjaga akidah sehingga membiarkan sahabahnya kekal berbinkan “hamba singa”?!

Aduhai para pengulas isu ini! Luaskan bacaan kita dan janganlah terlebih lajak dari lajunya.

Jaga Imej Islam

Kedua; isu ini timbul kerana kita ingin memelihara nama baik Islam. Pada zaman ini Islam diserang dengan berbagai tuduhan. Sering disalahanggap kononnya Islam tidak menghormati hak.

Di negara kita ramai bukan Islam menganggap Islam tidak adil kerana menghapuskan hubungan antara anak dan bapa.

Ada bapa yang sebut kepada anaknya yang baru masuk Islam, “awak masuk Islam, saya yang berjasa pada awak pun awak buang. Nama saya pun sudah tidak ada lagi. Siapa itu Abdullah bapa baru awak?!!”

Maka mereka bertambah anti kepada Islam dan takut jika anak-anak mereka menganut Islam. Ada yang ingin masuk Islam, tersekat disebabkan bantahan atau sayangkan keluarga. Lebih parahlah jika nama keluarganya disuruh buang!

Islam sebenarnya menyuruhkan anak melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa sekalipun keduanya tidak menganut Islam.

Bahkan sekalipun kedua berusaha agar anaknya keluar meninggalkan Islam. Namun perintah ALLAH agar seorang anak berbuat baik dengan kepada ibubapanya terus kekal. Cuma jangan taat dalam perkara syirik, kufur dan maksiat.

Lihat firman ALLAH dalam Surah Luqman ayat 15:

(maksudnya) “Dan jika kedua ibubapa mendesakmu supaya engkau mensyirikkan denganku sesuatu yang engkau (dengan fikiran warasmu) tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada kedua; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik...”

Soalan yang wajar diajukan; apakah termasuk dalam bergaul dengan ibubapa secara baik dalam urusan dunia ini -seperti yang diperintahkan dalam ayat di atas- jika kita menanggalkan ‘berbinkan’ mereka.

Atau menukar nama mereka tanpa pengiktirafan mereka atau mereka menafikan ‘bin’ yang baru itu sebagai nama mereka.

Tidakkah tindakan itu mengguris hati mereka tanpa sebab yang diizinkan. Sedangkan seseorang diperintahkan berbuat baik kepada kedua ibubapa sekalipun keduanya bukan muslim. Islam agama yang mengenang jasa dan hak.

Lebih dari itu, tidakkah tindakan itu boleh menjadikan mereka membenci dan bersangka buruk terhadap Islam?! Bukankah menjadi kewajipan kita mempertahankan imej Islam ini?!

Maka, perbincangan Fatwa Perlis itu bagi saya mempunyai kemunasabahan yang kuat. Sekalipun amalan itu sudah lama, bukan bererti ia mesti dikekalkan dan tidak boleh diubah.

***

Kata tokoh melayu yang disanjung, Pendita Za’ba, dalam bukunya yang hebat, “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” yang ditulis pada tahun 30-an;

Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu.

Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta!

Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu – iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi.

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).

***

Nota editor: Keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh penulis selaku Mufti Kerajaan Negeri Perlis bertarikh 10 Mac 2007. Keputusan itu telah menimbulkan isu hangat di seluruh media negara termasuk di Singapura.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tiada Dalil Menukar Nama Bapa Apabila Masuk Islam

sumber: drmaza

3 Perkhidmatan KeretaApi Paling Hebat Di Asia

3 Perkhidmatan KeretaApi Paling Hebat Di Asia

Kereta api atau tren menjadi trend pengangkutan prominan dalam kemudahan perhubungan antara tempat ke tempat.

Mari kita kenali 3 perkhidmatan tren paling hebat di Asia.

Tokaido Shinkansen

Tokaido Shinkansen

Di Jepun, khidmat tren menjadi satu kemudahan awam harian. Penggunaan kenderaan peribadi sudah dianggap ketinggalan zaman.

Bagi yang mengikuti perkembangan teknologi, siapa yang tidak pernah kenal kehebatan Shinkansen atau lebih dikenali dengan nama bullet train.

Shinkansen memulakan perkhidmatan pada Oktober 1964 bagi laluan Tokyo-Osaka.

Pada awal pembukaannya, perjalanan dari Tokyo ke Osaka mengambil masa kira kira 4 jam, namun setelah satu tahun operasi tempoh masa dapat disingkatkan kepada 2 jam 10 minit.

Hari ini tempoh masa perjalanan dianggarkan cuma 2 jam 25 minit.

Shinkansen digunakan lebih 151 juta pengguna setiap tahun menjadikan Tokyo-Osaka sebagai laluan paling sibuk di Jepun.

Menggunakan teknologi gegelung superkonduktor yang menghasilkan medan magnet antara landasan dengan kereta api, Shenkansen mampu bergerak dengan halaju 320km/j (lebih laju mengikut laluan).

Shanghai Maglev Train

Shanghai Maglev Train

Manakala di China, Shanghai Maglev Train merupakan kebanggaan warga China yang memulakan perkhidmatan awam pada 1 Januari 2004.

Shanghai Maglev turut menggunakan teknologi yang sama seperti Shinkansen di mana wujud medan magnet di antara kereta api dan landasan.

Tarikan ektromagnet yang terjadi daripada medan magnet yang kuat membenarkan kereta api untuk terapung di atas trek kerana tiada sentuhan antara kereta api dan landasan.

Dengan kelajuan operasi maksimum 431 km/j, Shanghai Maglev yang beroperasi di antara jalan Long Yang dan lapangan terbang antarabangsa Pudong mengambil masa hanya 7 minit dan 20 saat untuk melengkapkan keseluruhan perjalanan.

Ia mampu menampung 574 penumpang dan beroperasi di antara setiap 15 minit.

Hebatnya Shanghai Maglev kerana ia mampu mencapai kelajuan maksimum iaitu 431 km/j dari 0 km/j dalam masa 4 minit sahaja.

Landasan kereta api Maglev 30.5km panjang, Shanghai merupakan satu-satunya Maglev yang dikendalikan secara komersial di dunia.

Shanghai Maglev dibina oleh syarikat Siemens dan Thyssen Krupp dan dikendalikan oleh Pembangunan Pengangkutan Shanghai Maglev Co.

Korea Train Express (KTX)

Korea Train Express (KTX)

Dan tren paling hebat di Asia yang ketiga ialah Korea Train Express (KTX) yang dikendalikan oleh KORAIL.

Pembinaan landasan KTX telah bermula pada tahun 1992 pada laluan Seoul-Busan dan memulakan operasi pada tahun 2004.

KTX cuma mencatatkan kelajuan tertinggi 305 km/j dalam perkhidmatan tetap pada waktu itu walaupun infrastrukturnya direka untuk kelajuan 350 km/j.

Namun selepas beberapa pembaharuan dilakukan, generasi KTX, Hemu-430X mampu untuk mencapai 421.4 km/j pada tahun 2013, menjadikan Korea Selatan sebagai negara keempat di dunia selepas Jepun, Perancis dan China untuk membangunkan kereta api kelajuan tinggi berjalan pada landasan konvensional melebihi 420 km / h.

KTX menyediakan dua line utama iaitu line Seoul-Busan dan line Seoul-Jeolla Province (Mokpo/ Gwangju).

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Terlalu Menjaga Kebersihan Punca Imunisasi Anak Lemah

Terlalu Menjaga Kebersihan Punca Imunisasi Anak Lemah

Sekumpulan profesor dalam satu kajian yang dijalankan memberitahu, tindakan memakan makanan yang jatuh ke atas lantai oleh kanak-kanak sebenarnya baik untuk membantu membina sistem imunisasi si kecil dengan lebih baik.

Anak main kotor

Menurut Prof. Jack Gilbert dari Universiti Gothenburg, Sweden yang juga merupakan penulis buku memberitahu, ibu bapa yang terlalu mementingkan kebersihan dalam gaya hidup anak mereka sebenarnya melemahkan sistem pertahanan dalam tubuh kanak-kanak terbabit.

“Kebanyakan ibu bapa berpendapat bahawa semua kuman itu tidak sihat dan ternyata ia tidak benar,” ujar Gilbert.

Tambahnya lagi, memakan makanan yang jatuh ke lantai serta membiarkan anak-anak bermain dengan tanah sebenarnya membantu merangsang sistem kekebalan tubuh badan mereka dan menjadikan kanak-kanak itu lebih kuat.

Dalam kajian tersebut, Gilbert memberitahu, walaupun rumah seseorang itu dijaga kebersihannya seperti sebuah hospital, ia sebenarnya menyebabkan kanak-kanak mengalami sistem imunisasi yang sangat sensitif dan cenderung untuk mendapat asma serta masalah perkembangan neuroderma.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Jangan Seksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal

sumber: kosmo

Memang Seronok Bercinta Dengan Officemate, Tapi Apa Risikonya?

Memang Seronok Bercinta Dengan Officemate, Tapi Apa Risikonya?

Jatuh cinta itu ialah satu perkara yang kita tak dapat nak elakkan dalam hidup. Setiap orang mahukan pasangan hidup yang boleh terima baik buruk dirinya.

Bercinta dengan officemate

Tapi macam mana pula kalau bercinta dengan rakan sekerja? Mula-mula cuma berkawan rapat, tapi lama kelamaan mesti akan ada rasa cinta yang mula berputik.

Lain pulak halnya bila jodoh tak panjang dan akhirnya putus. Rasa awkward tu mesti akan ada dalam diri masing-masing.

Ada positive side dan negative side bila kita menjalinkan cinta dengan rakan sekerja. Lagi-lagi kalau orang tu kita memang akan selalu jumpa dekat ofis, satu department dan satu bilik kerja. Wow macam mana nak handle ni?

Jom kita tengok apa negative side dan positive side tu.

Apa yang negatifnya kalau bercinta satu pejabat?

1. Tengok dulu adakah ofis anda mempunyai polisi yang mana staf tidak dibenarkan bercinta sesama sendiri. Bukan apa, kadang-kadang ada majikan yang tak suka stafnya bercinta di pejabat sebab takut ganggu kerja.

2. Dah fikirkan apa kesan buruk kalau dah bercinta, kemudian jodoh tak lama? Contohnya macam mana nak handle bila kena pulak satu team untuk assignment? Parah kalau tengah kerja bergaduh pulak! Waktu bercinta, korang share rahsia. Sekali dah putus, masing-masing bocor rahsia. Tak ke datang masalah nanti?

3. Ingat ya, jangan tunjuk sangat yang korang ni tengah bercinta. Sorok-sorok sikit jangan obvious sangat rasa sayang tu. Jangan asyik nak cemburu je kalau pasangan kena buat kerja dengan perempuan/lelaki lain.

4. Ego! Ini masalah utama orang bercinta kan? Bila korang gaduh, dibawanya pula masalah peribadi tu ke tempat kerja. Semua benda jadi tak betul, satu kerja pun tak jalan sebab masing-masing ego taknak mengalah.

Apa pula yang positifnya kalau bercinta dengan officemate?

1. Bila cinta depan mata, mestilah korang akan jadi semangat nak pergi kerja, datang awal lah, kerja overtime lah sebab seronok sangat bila pasangan tu satu ofis.

2. Anda akan rasa disayangi dan dilindungi. Officemate yang lain takkan berani nak kacau anda sebab semua dah tahu yang anda ni sudah berpunya dan pasangan tu pulak satu ofis!

3. Kerja akan jadi lebih mudah sebab dua-dua faham kerja masing-masing. Takde rasa cemburu, nak serkap jarang pun takde.

Tapi, apa pun kalau nak bercinta, kita kena kenal dulu hati budi bakal pasangan tu. Selidik dulu sama ada dia sudah ada kekasih atau belum? Atau dia sekadar jadikan anda sebagai tempat melepaskan bosan atau tempat dia lepaskan perasaan.

Kadang-kadang depan kita orang tu nampak je baik. Tapi hakikatnya, kena kenal dulu kemudian baru tahu dia tu jenis yang macam mana.

Kalau dapat yang jujur tu baguslah. Tapi kalau dapat yang tak jujur, yang dah ambil hati kita kemudian dia ronyokkan.

Waktu tu baru tahu sakitnya harapan palsu. Soal hati bukan benda mainan, lagi-lagi bila libatkan percintaan satu pejabat.

Jadi untuk para gadis atau jejaka di luar sana, jangan bercinta kalau belum bersedia. Kenal dulu hati budi, fikir apa kesannya kalau jodoh tak panjang, macam mana nak hadap dekat ofis.

Apa pun, be professional okay? Kalau dah bercinta bagai nak rak, kemudian rak patah… Jangan nak bermasam muka bila buat kerja tu. Act like normal. Sentiasa berfikiran matang dalam urusan kerja dan teruskan hidup anda!

BACA INI JUGA: Benarkah Usia Bukan Penentu Kebahagiaan Rumah Tangga?

sumber: mynewshub

Apa Itu Kas-kas (Popi) Dan Sejarahnya Dalam Rempah Masakan

Apa Itu Kas-kas (Popi) Dan Sejarahnya Dalam Rempah Masakan

Kas-kas adalah biji daripada bunga pokok popi (Papaver Somniferum) yang sudah masak ranum dan tidak mengandungi bahan kimia narkotik (opium) kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya.

Apa itu kas-kas

Kas-kas diambil apabila bunga popi sudah masak dan tidak mengandungi bahan opium, tetapi ada kandungan yang sedikit bahan alkaloid daripada bunga popi, kira-kira 50 bahagian bagi setiap juta.

Kas-kas banyak ditanam dan berasal dari Timur Tengah, kini banyak tumbuh di China, Indo-China, India dan Afghanistan.

Mendengar nama Kas-kas teringat bagaimana pernah kerajaan kita mengambil tindakan terhadap jualan makanan di kedai mamak yang dikatakan menggunakan biji Kas-kas sehingga ramai pelanggan yang disaring kencingnya mengandungi dadah dan ada yang ketagih.

Biji Kas-kas dikatakan apabila dicampurkan ke dalam kari, kuah, minuman dan masakan seperti nasi kandar, ramai yang akan ketagih masakan tersebut.

Apa sebenarnya Biji Kas-kas?

Biji Kas-kas sebenarnya adalah biji popi atau nama saintifiknya 'Papaver Somniferum' membawa makna ‘pencetus tidur’ dimana kesan yang agak mengkhayalkan.

Lebih dikenali sebagai biji Kas-kas oleh masyarkat Malaysia dahulu, ia banyak digunakan untuk tujuan masakan (mungkin kini masih ada yang gunakan tanpa diketahui oleh pelanggan).

Biji popi (Kas-kas) dari timur tengah ini menghasilkan lebih kandungan candu kerana cuaca disana ketika musim bunga pokok popi banyak menghasilkan biji Kas-kas berkualiti.

Hasil kajian menunjukkan biji Kas-kas yang ditanam di negara barat menghasilkan kurang candu dan getah serta kesan dadahnya kurang apabila bunganya berkembang.

Kajian mendapati juga biji popi putih yang banyak ditanam di India, Timur Tengah atau Asia banyak digunakan dalam masakan di negara-negara tersebut.

Sebenarnya ada dua jenis tumbuhan kaskas iaitu jenis eropah dan timur tengah namun tidak banyak perbezaan antara jenis Kas-kas biru (Eropah) dan Kas-kas putih (Timur tengah) dari segi kandungan kimianya.

Bagi mengenali biji popi memang tidak sukar kepada mereka yang biasa dengannya.

Bijinya dikatakan amat kecil dan keras dengan rasa dan tekstur yang hampir sama.

Kas-kas Dalam Masakan Dan Perubatan

Biji popi akan matang dalam kapsulnya selepas bunganya kering dan gugur boleh diperolehi dengan mudah dalam bentuk kering dan amat keras untuk dihancurkan.

Jika anda tidak mempunyai pengisar khas biji popi, lazimnya apa yang dilakukan adalah memanggang bijinya terlebih dahulu sebelum menggunakan lesung batu untuk menghancurkannya.

Biji popi boleh digunakan sama ada dalam bentuk asal atau serbuk yang hancur dalam masakan dan industri bakeri.

Apabila digunakan dalam masakan yang tidak dimasak seperti salad, anda perlu membakar bijinya terlebih dahulu kerana cara ini mampu menaikkan rasa dan aromanya.

Apabila biji popi digunakan untuk pastri, lazimnya ia perlu direndam terlebih dahulu dalam air mendidih dan dibiarkan selama satu hingga tiga jam sebelum dikisar.

Biji popi putih memang biasa digunakan dalam masakan India seperti kari dan rempah mengandungi sejumlah kecil biji popi yang mampu menambah kelazatan makanan tersebut.

Kas-kas berfungsi untuk 'memekatkan' kuah dan menambah rasa dalam kari.

Di negara barat pula dilaporkan bahawa minyak biji popi atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai 'oillette' sering digunakan untuk tujuan masakan dan pengganti kepada minyak zaitun.

Jenis biji popi Eropah atau dikenali dengan Papaver rhoeas pula sering digunakan membuat cecair pekat atau sirap dan digunakan dalam sup dan kordial.

Jenis ini juga turut dikenali sebagai ubat ‘sakit kepala’ kerana apabila menghidunya boleh menyebabkan rasa pening sementara.

Sirap biji popi barat memiliki ciri-ciri anodin (mereda dan melegakan sakit) dan ekspektoran (menggalak rembesan kahak dalam saluran pernafasan supaya lebih mudah untuk dikeluarkan).

Manakala sirap biji popi timur memiliki ciri-ciri anodin dan narkotik (melegakan kesakitan).

Ramuan ubat batuk dan sirap juga banyak dibuat daripada jenis biji popi timur.

Ramuan daripada air rendaman biji popi dikatakan mampu digunakan untuk melegakan kesakitan telinga dan juga sakit gigi.

Kandungan Kas-kas

Satu sudu biji popi mengandungi kira-kira 1.6 gram protein, 3.7 gram lemak, 2.5 gram karbohidrat dan 46 kalori.

Biji popi juga mengandungi sumber mineral yang baik seperti Manganese, Kalsium, Magnesium, Fosforus, Ferum, Zink, Kalium dan Selemium.

Kas-kas juga kaya dengan serat dan mengandungi Asid lemak omega-3 dan Asid lemak omega-6.

Ia dilaporkan boleh meredakan masalah asma dan batuk.

Tidak dapat dinafikan bahawa biji popi amat tinggi khasiatnya tetapi ia juga diketahui mampu memberi kesan pada ujian dadah.

Pengambilan biji popi yang kerap mungkin boleh membawa kepada ujian dadah yang positif kerana kajian yang pernah dijalankan menunjukkan ujian telah mengesan bahan dadah seperti candu dalam air kencing.

Ini adalah kerana biji popi dan heroin datang dari tanaman yang sama, Kas-kas.

Namun begitu, punca sebenar bukanlah dari biji popi tetapi latex daripada biji tidak matang yang terkena bijinya Kaskas.

Semasa aktiviti menuai atau pun ketika mengumpul popi, bahan candu daripada kapsul itu telah dipindahkan kepada biji popi, lalu biji popi turut mengandungi sejumlah codeine dan morfin.

Malah, ada juga dilaporkan jika anda memakan kari mamak yang mengandungi biji popi dan kemudiannya melakukan ujian dadah, ia boleh membawa kepada keputusan positif.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat biji popi namun pengguna perlulah berhati-hati dan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Kas-kas diambil apabila bunga popi sudah masak dan tidak mengandungi bahan opium, tetapi ada kandungan yang sedikit bahan alkaloid daripada bunga popi, kira-kira 50 bahagian bagi setiap juta.

Kaskas Sebagai Perisa Makanan

Apa Itu Kas-kas

Kas-kas telah digunakan sebagai perasa makanan sebelum masalah penagihan opium bermula pada kurun ke-17.

Ada laporan yang mengatakan Kas-kas mula digunakan sebagai perasa makanan di Eropah sekitar 4,000 tahun yang lalu.

Di negara Barat, selain digunakan dalam pembuatan roti terutamanya bread roll dan kek, kas-kas banyak dijual di pasar raya sebagai bahan perasa campuran salad.

Sementara itu, di negara-negara Asia Selatan, ia dihancurkan dan digaul di dalam kari untuk meningkatkan rasa serta memekatkan kari.

Ada kalanya Kas-kas direndam di dalam air untuk dijadikan minuman herba bagi kurangkan sakit badan.

Ia juga boleh dibuat losen untuk melembutkan kulit.

Kas-kas yang terdapat di dalam pasaran tempatan diimport dari beberapa negara luar seperti India kerana selain iklim Malaysia yang tidak sesuai bagi penanaman pokok popi, mengikut undang-undang, ia juga tidak boleh ditanam di negara ini.

Mereka yang cuba menanam tumbuhan ini pula boleh didakwa dibawah undang-undang Akta Dadah Merbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Bahaya Dadah Amfetamin Yang Kita Wajib Tahu

sumber: animhosnan

Sambutan Hari Harimau Antarabangsa, International Tiger Day

Sambutan Hari Harimau Antarabangsa, International Tiger Day

Sambutan Hari Harimau Antarabangsa, International Tiger Day disambut pada 29 Julai setiap tahun bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pemuliharaan harimau di dunia.

Hari Harimau Antarabangsa

Sambutan Hari Harimau Sedunia ini mencerminkan keperluan setiap lapisan masyarakat untuk memainkan peranan memastikan harimau liar hidup sejahtera di habitat asal dan menghalang kepupusan.

Kerajaan juga memperbaharui komitmen dalam ‘United Nations Sustai­nable Development Goals’ yang bermatlamat memerangi dan menamatkan pemburuan haram dan penyeludupan hidupan liar.

Antara strategi yang dikenal pasti adalah termasuk perlindungan habitat, spesies, penyelidikan dan pengurusan konflik.

Kesedaran awam terhadap usaha pemuliharaan harimau di negara ini perlu diper­tingkatkan dan disemai terutamanya kepada generasi muda.

Dalam satu persidangan yang diadakan beberapa tahun lalu, 13 negara termasuk Malaysia telah bersetuju untuk mempergiatkan usaha pemuliharaan harimau liar untuk menggandakan populasi harimau liar di negara masing-masing menjelang tahun 2022.

Selamat menyambut hari harimau antarabangsa.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa

sumber: utusan