Tuesday, February 07, 2017

Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia

Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia

Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia, World Wetland Day, disambut bagi memperingati tarikh Konvensyen Ramsar yang ditandatangani pada tahun 1971 di bandar Ramsar, Iran, dengan lebih 96 buah negara di dunia telah menandatangani konvensyen itu.

World Wetlands day

Idea sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia di Malaysia dicetuskan oleh akvitis alam sekitar rakyat Malaysia, Datuk Dr Anwar Fazal dari USM/CAP yang disambut pada 2 Februari setiap tahun.

Konvensyen Ramsar 1971

Konvensyen Ramsar adalah perjanjian antarabangsa mengenai tanah lembab yang menyediakan rangka untuk kerjasama antarabangsa dalam pemuliharaan habitat tanah lembab dan Malaysia menandatangani konvensyen itu pada 10 Mac 1995.

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, Wetlands mempunyai pejabat-pejabat cawangan di Australia, Kemboja, China, India, Indonesia, Jepun dan Thailand.

Latar belakang Hari Tanah Lembab Sedunia

Laporan Alam Sekitar Malaysia Suku Penggal 1997 menunjukkan keadaan pencemaran sungai yang semakin serius.

Pencemaran sungai meningkat sebanyak 16 peratus di 45 buah sungai yang dipantau dengan hanya 7 batang sungai dianggap bersih, 25 adalah sederhana cemar dan 13 batang sungai adalah tercemar. Sungai dianggap sebagai pengangkut sampah!

Penilaian menyeluruh sumber bekalan air bersih dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan hanya 0.26% daripada bekalan air dunia boleh digunakan sebagai air bersih. Selebihnya, 97.5% adalah lautan atau air yang terperangkap sebagai ketulan ais, glasiar atau air dalam tanah.

Dari tahun 1900 hingga 1995, permintaan terhadap air bersih meningkat sebanyak enam hingga tujuh kali ganda dan menjelang tahun 2025, PBB meramalkan dua pertiga penduduk dunia akan menghadapi masalah air dan konflik air akan meningkat.

Misi Hari Tanah Lembab Sedunia

Misi Konvensyen Hari Tanah Lembab Sedunia adalah untuk memapan dan memulihkan tanah lembab, sumber dan biodiversiti untuk generasi akan datang melalui penyelidikan, pertukaran maklumat dan aktiviti pemuliharaan, di seluruh dunia.

Wetlands menjalin hubungan rapat dengan agensi kerajaan dalam mewujudkan perancangan yang tidak memudaratkan alam sekitar.

Tahap kesedaran orang ramai mengenai kepentingan tanah lembab masih agak rendah dan keadaan itu harus diperbetulkan memandangkan tanah lembab adalah seumpama jantung ekosistem.

Sekiranya jantung ini tidak berfungsi, ekosistem akan terjejas dan banyak spesis yang akan terjejas atau juga pupus, termasuk manusia.

Hari Tanah Lembab Sedunia cuba memaparkan suatu perkara positif yang boleh dilakukan masyarakat.

Biasanya, orang awam tidak mengambil berat akan isu alam sekitar sehinggalah ada perkara buruk berlaku terhadap mereka. Umpamanya kejadian jerebu teruk pada September 1998.

Sebenarnya masalah jerebu itu berpunca daripada kelemahan pengurusan hutan paya gambut di Indonesia.

Cawangan Wetlands di Indonesia telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan serta lain-lain agensi memperkenalkan Sistem Pengurusan Bersepadu - pembangunan secara terkawal dan mapan - di kawasan paya gambut itu.

Tasik Bera adalah satu-satunya kawasan Ramsar di Malaysia yang melibatkan Wetlands secara langsung bersama DANCED (Kerjasama Denmark Untuk Pembangunan Alam Sekitar) dan kerajaan Pahang. Tasik Bera diisytiharkan sebagai kawasan Ramsar pada 10 November 1994.

Pulau Kukup sebuah pulau berpaya di barat daya Johor pula menjadi tempat persinggahan burung hijrah dan disiytiharkan sebagai kawasan Ramsar.

Global Environment Facility (GEF - Dana Alam Sekitar Sedunia) meminta Wetlands Malaysia mengenal pasti kawasan-kawasan yang memerlukan pemuliharaan segera untuk dijadikan projek GEF.

Wetlands juga telah menemui dan memilih beberapa kawasan di Sabah, Sarawak, Selangor dan Pahang. Tanah lembab itu akan menjadi tarikan pelancong dan dimasukkan dalam agenda aktiviti eco-tourism.

Cara sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia

Di Kanada, Ducks Unlimited akan mengadakan majlis memungut derma untuk Pusat Pemuliharaan dan Interpretatif Paya Oak Hammond di Winniepeg.

Di Indonesia, buku Pelan Strategi dan Tindakan Nasional Untuk Pengurusan Tanah Lembab Indonesia telah dilancarkan. Kempen kesedaran tanah lembab di kalangan kanak-kanak sekolah di sekitar Sungai Ciliwung turut diadakan.

Di Thailand, satu kelas daripada sebuah sekolah daerah di selatan Thai diberikan sesi istimewa pendidikan tanah lembab oleh Wetlands International-Thailand.

Mereka dibawa ke pejabat Wetlands di Universiti Putera Songkla, Hat Yai, untuk menonton dokumentari Wet Wonderland dan The Forgotten Forest serta dibawa melawat Pusat Pemuliharaan dan Pengeluaran Benih Hutan Bakau di Satun. -wikipedia

Apa itu tanah lembab?

Florida's Everglades
Florida's Everglades.

Tanah lembap ialah sejenis kawasan darat yang tanihnya tertepu dengan kelembapan secara berkekalan atau bermusim. Kawasan sebegini juga boleh dilitupi separa atau sepenuhnya oleh takungan air yang cetek.

Antara jenis-jenis tanah lembap termasuk paya, rawang dan bencah. Air yang ditemui di tanah lembap mungkin berasa masin, tawar atau payau.

Tanah lembap terbesar di dunia ialah Pantanal yang merentangi negara-negara Brazil, Bolivia dan Paraguay di Amerika Selatan.

Tanah lembap dianggap sebagai ekosistem yang paling besar sekali kepelbagaian biologinya dan diperkaya dengan flora seperti pokok bakau, telipuk, mensiang, rusiga, sipres, pokok gam dan banyak lagi, serta fauna yang terdiri daripada pelbagai spesies amfibia, reptilia, burung, serangga dan mamalia.

Di pelbagai tempat seperti United Kingdom, Iraq, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, tanah lembap menjadi tempat usaha pemuliharaan dan Rancangan Tindakan Biodiversiti.

Tanah lembap juga berfungsi sebagai sistem penulenan air buangan semula jadi, misalnya di Kolkata, India dan Arcata, California, AS.

Kajian tanah lembap kini juga diberi istilah paludologi dalam bahan-bahan bacaan.

Takrifan Tanah Lembab

Tanah lembap telah dikategorikan sebagai biom dan ekosistem, namun sesebidang daratan yang mendapat takungan air selepas ribut hujan tidak wajar dikira sebagai "tanah lembap" semata-mata kerana tanahnya menjadi lembap.

Tanah lembap memiliki ciri-ciri yang unik, yang mana ia dibezakan dengan jasad air atau bentuk bumi yang lain berasaskan paras airnya dan jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalamnya.

Tanah lembap tertentu juga disifatkan mempunyai aras air bumi yang berdiri di atas atau dekat permukaan tanah selama satu musim setahun yang cukup lama untuk menampung tumbuhan air.

Secara ringkasnya, tanah lembap ialah tanah yang terbentuk daripada tanah hidrik dan juga diperikan sebagai sejenis ekoton yang menyediakan peralihan antara tanah kering dan jasad air.

Mitsch dan Gosselink menulis bahawa tanah lembap wujud "...di ruang hubung kait antara ekosistem daratan dan perairan sejati, oleh itu memang berbeza dengan satu sama lain, tetapi amat bergantung pada kedua-duanya."

Takrifan Tanah Lembab Konvensyen Ramsar

Mengikut perjanjian pemuliharaan tanah lembap antarabangsa Ramsar, tanah lembap ditakrifkan seperti berikut:

Perkara 1.1: "...kawasan paya, rawa, tanah gambut, baik secara semula jadi atau buatan, tetap atau sementara, dengan air tergenang atau mengalir, air tawar, payau atau masin termasuk juga perairan laut yang dalamnya tidak melebihi enam meter pada waktu air surut."

Perkara 2.1: "[Tanah lembap] boleh mengandungi kawasan tebing dan tepi pantai yang bersebelahan dengan tanah lembap, serta pulau atau jasad air laut yang dalamnya melebihi enam meter pada waktu air surut di dalam tanah lembap".

Takrifan Tanah Lembab di Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, tanah lembap ditakrifkan sebagai "kawasan yang dibanjiri atau tertepu dengan air tanah pada kekerapan dan jangka masa yang cukup untuk menampung dan dalam keadaan normal boleh menampung, tersebar luasnya tumbuh-tumbuhan yang lazimnya tersesuai dengan kehidupan dalam keadaan tanah tepu.

Tanah lembap secara amnya termasuk paya, rawa, bencah dan kawasan seumpamanya.

Sesetengah negeri seperti Massachusetts dan New York mempunyai takrifan berasingan yang mungkin berbeza dengan peraturan persekutuan AS.

Suhu Tanah Lembab

Tanah lembap jelas berbeza dengan rupa bumi yang panas dan gersang di keliling Middle Spring, Fish Springs National Wildlife Refuge, Utah.

Suhu di tanah lembap banyak berbeza-beza mengikut tempat letaknya. Kebanyakan tanah lembap di dunia berada di tempat beriklim sederhana (di tengah jalan antara kutub dan khatulistiwa).

Dalam zon-zon sedemikian, musim panasnya panas dan musim sejuknya sejuk, cuma suhunya tidak melampau, namun begitu, tanah lembap yang ditemui di zon tropika, iaitu di sekitar khatulistiwa, sentiasa panas.

Misalnya, suhu tanah lembap di Semenanjung Arab, boleh mencapai 50 °C (122 °F). Di Siberia timur laut yang beriklim kutub, suhu tanah lembap boleh menjunam serendah −50 °C (−58 °F). Di kawasan iklim sederhana pula, seperti Teluk Mexico, suhunya sekitar 11 °C (51 °F).

Fungsi Tanah Lembab

Tanah lembap melakukan dua fungsi penting yang berkaitan dengan perubahan iklim. Ia mempunyai kesan tebatan menerusi kebolehannya untuk menadah karbon, serta kesan penyesuaian melalui kebolehannya untuk menakung dan mengawal air.

Tebatan

Hutan dan tanih paya gambut disalir, dibakar, digali dan diragut secara berlebihan sehingga menyumbang kepada perubahan iklim yang teruk.

Oleh sebab tanah gambut hanya membentuk 3% kawasan darat sedunia, maka degradasi tanah ini bersamaan dengan 7% lepasan karbon dioksida (CO2) bahan api fosil sedunia.

Kesan daripada penyaliran gambut, karbon organik yang dikumpul selama ribuan tahun yang lalu dan biasanya berada di dasar air, tiba-tiba terdedah kepada udara, lalu terurai dan bertukar menjadi karbon dioksida (CO2) yang terlepas ke dalam atmosfera.

Kebakaran tanah gambut juga menyebabkan proses sebegitu, apatah lagi menghasilkan kepulan asap besar yang merentasi sempadan antarabangsa dan begitulah yang terjadi di Asia Tenggara setiap tahun.

Dengan membina empangan, Wetlands International sedang menambat penyaliran tanah gambut di Asia Tenggara, sekaligus menghindari pengeluaran CO2 yang berlebihan.

Usaha pemulihan hutan dengan spesies pokok asli serta pasukan bomba tetangga juga terlibat dalam pendekatan yang bersepadu dan berjimat, seperti yang diamalkan di Kalimantan Tengah dan Sumatera, Indonesia.

Penyesuaian

Kota-kinabalu-wetlands
Kota kinabalu wetlands.

Pokok bakau, dataran banjir, tanah tinggi dan tanah lembap lain boleh mengurangkan kesan kerpasan berlebihan, ribut, peleburan glasier dan juga kenaikan paras air.

Fungsi tanah lembap mengawal dan menadah adalah penting untuk menyesuaikan diri dengan iklim yang berubah oleh itu, untuk melindungi orang-orang yang hidup berdekatan atau jauh di hilir sungai dari kawasan tanah lembap dan punca mata pencarian mereka, tanah lembap harus dipelihara dan dipulihkan supaya ia boleh terus memainkan peranan pentingnya.

Pemuliharaan Tanah Lembab

Tanah lembap sering menjadi mangsa kegiatan penyaliran besar-besaran untuk pembangunan hartanah, atau pembanjiran untuk dijadikan tasik rekreasi dan pada tahun 1993, separuh jumlah tanah lembap di dunia sudah tersalir.

Semenjak 1970-an, usaha pemeliharaan tanah lembap demi fungsi semula jadinya lebih banyak diberi penekanan, walaupun adakalanya boleh mendatangkan belanja yang lebih.

Tanah lembap memberikan fungsi kawalan banjir yang berharga dan juga berkesan sekali dalam penapisan dan pembersihan air yang tercemar (yang selalu berpunca dari air larian pertanian dari ladang yang menggantikan tanah lembap pada mulanya).

Untuk menggantikan khidmat ekosistem tanah lembap ini, sejumlah besar wang telah dibelanjakan untuk membina loji penulenan air dan langkah-langkah pemulihan, pembinaan empangan, tetambak dan bermacam-macam lagi kawalan banjir buatan manusia.

Kesimpulan

Konvensyen Ramsar, ialah sebuah perjanjian antarabangsa yang dicipta untuk menangani kebimbangan sedunia mengenai kehilangan dan degredasi tanah lembap.

Tujuan utama perjanjian ini adalah untuk menyenaraikan tanah lembap yang berkepentingan diperingkat antarabangsa serta memupuk penggunaannya secara bijak, selaras dengan matlamat utamanya untuk memelihara tanah lembap sedunia.

Antara cara-caranya termasuk menyekat kemasukan ke sebahagian besar kawasan tanah lembap, serta mendidik orang ramai untuk membasmi tanggapan salah bahawa tanah lembap ialah tempat pembuangan sampah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sejarah Tuntutan Pulau Batu Puteh Antara Malaysia Dan Singapura

Sejarah Tuntutan Pulau Batu Puteh Antara Malaysia Dan Singapura

Apabila ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh pada tahun 2008, walaupun Pulau Batu Puteh hanya terletak 7.7 batu nautika (14.33 kilometer) dari pantai Tanjung Penyusuh, Johor, berbanding jaraknya sejauh 46 kilometer (25 batu nautika) dari Singapura, ramai merasa kecewa.

Pulau Batu Puteh

Pulau Batu Puteh yang dalam bahasa Portugis digelar Pedra Branca, juga ditulis Pulau Batu Putih mengikut ejaan baru Bahasa Melayu, merupakan sebuah batu tunggul yang mempunyai keluasan sebuah padang bola sepak, terletak di Selat Singapura yang menghadap ke arah Laut China Selatan.

Rumah Api Horsburgh yang terdapat di tunggul batu Pulau Batu Putih ini dibina oleh pihak British pada tahun 1851.

Pertikaian mengenai isu status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada tahun 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru, dengan memasukkan Pulau Batu Puteh di dalam perairan wilayahnya.

Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang).

Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 kilometer (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Puteh.

Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada tahun 1844.

Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit.

Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu.

Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia.

Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di dalam penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Perjalanan Kes Tuntutan Batu Puteh

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mendengar kes pertikaian antara Malaysia dengan Singapura berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge), yang terletak di perairan luar pantai Johor, pada 6 November 2007 di The Hague, Belanda.

Pendengaran bermula dengan ucapan pembukaan oleh kedua-dua pihak sebelum penyampaian hujah lisan oleh Singapura pada hari pertama.

Singapura diberikan empat hari (6-9 Nov) untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama, sementara Malaysia diberikan giliran pada minggu berikut iaitu pada 13-16 Nov 2007.

Ini diikuti dengan hujah lisan dua hari pusingan kedua oleh Singapura pada 19 dan 20 Nov dan Malaysia pada 22 dan 23 Nov.

Keputusan penghakiman diumumkan pada 23 Mei 2008.

Akhirnya, dengan persetujuan 12-4 memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia, manakala status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.

Hujah Malaysia

Pelbagai bukti seperti peta dan dokumen berdasarkan latarbelakang sejarah dan prinsip undang-undang antarabangsa seperti penemuan, pemisahan, pertambahan, serahan, serta peraturan "uti possidetis" iaitu sempadan negara-negara baru merdeka berdasarkan sempadan wilayah jajahan lama, kesinambungan dan kesamaan sempadan.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor diberi taklimat oleh Wisma Putra dan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada 20 Ogos 2006. Malaysia sebagai sebuah negara yang matang terhadap proses mahkamah akan menerima dengan baik sebarang keputusan yang akan ditetapkan oleh ICJ.

Sebelum ini Malaysia meminta Indonesia menerima hakikat bahawa Pulau Sipadan di perairan Laut Sulawesi adalah milik Malaysia setelah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Alasan sejarah

Istilah Malaysia hanya wujud pada 1963. Sebelum itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Dari 1402 - 1511 dikenali dengan nama Kesultanan Melaka. Apabila British menjajah, ia dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (Strait Settlement).

Singapura yang dikenali sebagai Temasek pernah dijajah oleh kerajaan Siam melalui pemerintah Temagi. Parameswara yang lari dari Palembang telah singgah sekejap dan menukar nama Temasek kepada Singapura. Parameswara telah mengasaskan Empayar Melaka yang merupakan kesinambungan Empayar Srivijaya di Palembang.

Apabila Empayar Melaka runtuh pada 1511 oleh Portugis, Empayar Johor-Riau-Lingga telah ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah pada 1528. Logiknya Pulau Batu Puteh dalam lingkungan pentadbiran Empayar Johor-Riau-Lingga ini.

Alasan Malaysia berdiam diri

Singapura banyak berhujah tentang sikap kerajaan dan rakyat Malaysia yang berdiam diri. Taktik 'pengantin perempuan Melayu' ini digunakan oleh Singapura secara habis-habisan.

Rakyat dan kerajaan yang bersuara dan membantah dianggap mendapat hak yang lebih. Sebelum 1979 memang Malaysia tidak pernah 'berdetik' tentang pembinaan dan pentadbiran Rumah Api Horsburgh ini.

Oleh kerana Malaysia sebagai 'anak tiri' British yang pasif sedangkan Singapura 'anak angkat' British yang agresif, Singapura mendakwa berhak menjadi pewaris sah pulau-pulau peningalan Empayar British itu. Dalam sistem demokrasi Barat, kumpulan yang banyak bersuara akan mendapat lebih banyak.

Setakat pacak dan mengibarkan bendera tidaklah bermasalah sangat bagi Malaysia. Empayar British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris pernah mengibarkan bendera mereka.

Singapura juga mengibarkan bendera Singapura di pulau Batu Putih. Malaysia juga pernah mengibarkan bendera Malaysia di Woodland, Singapura dan di stesen keretapi Tanjung Pagar.

Alasan pentadbiran Rumah Api Horsburgh

Rumah api yang khusus untuk membantu pelayaran kapal dagang di Pulau Batu Puteh tidak diperlukan pada zaman Melaka atau zaman kerajaan Johor-Riau.

Tetapi rumah api Tanjung Tuan di sempadan Melaka-Negeri Sembilan telah wujud sekian lama untuk membantu kapal berlabuh di Pelabuhan Melaka. Bukit Melaka (Bukit St. Paul) sendiri mempunyai 'rumah api'.

Kerajaan Portugis dan Belanda di Melaka tidak pernah membina rumah api di Pulau Batu Puteh. Istilah 'Pedra Branca' merupakan istilah Portugis kerana ahli pelayaran Portugis memang aktif dan bijak dalam aktiviti pemetaan/kartografi diseluruh dunia.

Hanya kerajaan Negeri-negeri Selat yang merasakan keperluan membina rumah api di Pulau Batu Puteh mulai 1847.

Banyaknya kemalangan kapal dagang dan aktiviti lanun yang berleluasa di kawasan itu memerlukan sebuah rumah api dibina, jika tidak lebih banyak kapal dagang akan terlanggar batu karang disekitar Pulau Batu Puteh.

Pentadbiran dan tindakan Singapura di Pulau Batu Puteh sejak pembinaan Rumah Api Horsburgh oleh Kapten James Horsburgh dari Scotland, British pada 1847-1851 tidak dibantah oleh kerajaan negeri Johor/Empayar Johor-Riau.

Diam tidak bererti setuju dan mengiktiraf pulau itu hak Singapura, bagaimanapun pembinaan dan pengurusan rumah api Horsburgh hanya dengan kebenaran Sultan Johor pada 1844.

Singapura membina tapak pendaratan helikopter pada 1992 dan rumah radar pada 1989 di Pulau Batu Puteh dengan tujuan mengawal kegiatan lanun. Semua pembinaan selepas 1979 adalah dibantah secara rasmi oleh Kerajaan Malaysia.

Surat pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 1953 menyatakan kerajaan negeri Johor tidak membuat sebarang tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh yang ditadbir Singapura ketika itu. Perlembagaan Malaysia telah menetapkan kerajaan negeri tidak berkuasa membuat perjanjian dengan kerajaan luar melainkan melalui kerajaan pusat.

Alasan empayar

Jelas sekali Portugis, Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu Puteh. Dalam hikayat Melayu lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau Singapore sekarang.

Singapura amat bergantung bukti, dokumen, surat-menyurat, pentadbiran pulau itu oleh Empayar British.

Secara analogi, jika Selat Tebrau pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura. Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah Empayar British, Empayar Belanda, Empayar Portugis, Empayar Johor-Riau, Empayar Melaka, Empayar Srivijaya atau sebelum itu lagi.

Alasan jarak

Daratan yang paling dekat dengan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) ialah Johor, Malaysia. Jaraknya hanya 7.7 batu nautika, sedangkan jarak dengan Singapura 25 batu nautika.

Terra Nullius

Terra Nullius merujuk kepada tempat tidak dituntut oleh negara berdaulat yang disahkan oleh kuasa Barat - "unclaimed by a sovereign state recognized by European powers".

Singapura menyatakan Pulau Batu Puteh berkeluasan sebuah padang bola sepak itu tidak berpenghuni, rakyat Malaysia tidak menghuni pulau itu sejak sekian lama. Oleh itu Singapura berhak menuntut pulau itu.

Sebaliknya Malaysia mendakwa pulau itu bukanlah terra nullius kerana pulau itu menjadi tempat nelayan untuk berlindung apabila berhadapan dengan ribut kencang dan ancaman lanun.

Malah, perairannya menjadi kawasan penangkapan ikan yang strategik bagi Orang Laut di Pengerang dan Teluk Ramunia, Johor.

Jika mereka tidak berlindung di Pulau Batu Puteh, bot nelayan akan hanyut ke Pulau Bintan, Indonesia, untuk mendapatkan sebarang bantuan, tentunya lebih sukar.

Pada 1621 dalam carta ahli pelayaran China, Wubei Zhi mencatatkan saudagar China menamakan pulau ini sebagai 'Pia Chiao'. Ini menunjukkan pulau ini penting dan bukanlah terra nullius.

Artikel 1843 pula ada menyatakan kegiatan lanun yang merujuk kepada Batu Puteh. Begitu juga peta 1928, jelas sekali dinamakan sebagai 'Batu Puteh'.

Saiz pulau itu juga amat terhad untuk Malaysia menjalankan aktiviti bagi menyaingi aktiviti Singapura. Separuh dari pulau itu telah pun dipenuhi dengan binaan rumah api dan kemudahan sampingannya. Adakah Malaysia perlu membina sebuah lagi rumah api di situ sebagaimana kehendak Singapura?

Alasan Perjanjian 1824

Empayar British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Stamford Raffles telah 'membuka' dan mendapatkan pulau Singapura dari Sultan Husain dari Kesultanan Johor pada 1819.

Apabila Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani antara Empayar British dengan Belanda pada 17 Mac 1824, dengan jelas Singapura termasuk/tertakluk di dalam Empayar British.

Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 hanya melibatkan pulau Singapura dan wilayah di selatan Selat Singapura.

Great Britain dan Singapura tidak pernah menuntut kedaulatan ke atas tiga kawasan itu pada bila-bila masa sebelum tarikh penting berkaitan pertikaian sekarang (1980 bagi kes Pulau Batu Puteh dan 1993 bagi kes dua kawasan lain itu).

Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) serta pulau lain di sekitar Selat Singapura adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor sebelum 1824.

Undang-undang dan amalan perjanjian yang diguna pakai oleh Singapura, penerbitan serta petanya dan kenyataan oleh pegawai-pegawai Singapura yang berpengetahuan, kesemuanya mengesahkan bahawa tiga tempat berkenaan bukan wilayah negara itu, tetapi ditadbir sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura.

Perjanjian Crawfurd

Perjanjian Crawfurd atau Crawfurd Treaty ditandatangani pada 2 Ogos 1824 antara Great Britain dengan Kesultanan Johor.

Melalui perjanjian ini, Kesultanan Johor menyerahkan pulau Singapura bersama-sama pulau-pulau dan batu-batu dalam lingkungan 10 batu sahaja kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Sedangkan Pulau Batu Puteh 25.5 batu nautika dari Singapura.

Surat Temenggung Johor

Pada 25 November 1844, surat kebenaran membina Rumah Api Horsburgh telah diberikan oleh Temenggung dan Sultan Johor.

Pembinaan operasi rumah api dibenarkan 'berdekatan dengan Titik Romania' atau di mana-mana yang sesuai. Pulau Batu Puteh ini berdekatan dengan Titik Ramunia tersebut. Dana dari pihak swasta telah dikumpulkan sejak 1836 untuk membina rumah api itu.

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Profesor Shunmugam Jayakumar yakin surat ini berada disimpan oleh kerajaan Johor atau waris Sultan Ali atau Temenggong berkenaan. Pihak arkib Singapura juga telah berusaha mengesannya tetapi tidak berjumpa.

Operasi Rumah api dari Singapura

Semua sistem rumah-rumah api ditadbir oleh Negeri-negeri Selat/Penempatan Selat iaitu di stesen Singapura, Melaka atau Pulau Pinang. Sejak 1912 Persekutuan Tanah Melayu turut menyumbang kos operasi rumah api apabila swasta enggan membiayai rumah-rumah api itu.

Rumah api yang lain termasuklah di Pulau Pisang, Pulau Undan, Cape Ricardo, Muka Head dan Pulau Rimau. Operasi dari Singapura tidak berubah dan diteruskan tanpa sebarang masalah.

Tentera Laut Malaya kemudian dinamakan Tentera Laut Diraja Malaysia bertanggungjawab terhadap Singapura sehingga 1975 apabila Singapura mempunyai tentera lautnya sendiri.

Tentera Laut Diraja Malaysia terus beroperasi di pangkalan Woodland, Singapura sehingga tahun 1980-an tanpa sebarang masalah. Woodland hanya diserahkan kepada Singapura pada 1997.

Sebelum dan selepas pembentukan tentera laut Singapura, pasukan British dan Malaysia berterusan mengawal perairan Selat Melaka, Laut China Selatan, termasuk Pulau Batu Puteh.

94,000 kapal melalui Selat Melaka pada 2004 dan akan meningkat kepada 141,000 buah pada 2020. Pada 16 November 1971, tiga negara yang intim iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura sepakat untuk menguruskan Selat Melaka.

Anehnya, kini Singapura agresif mengubah karakter dan penampilannya di Pulau Batu Puteh.

Pada 1969 Malaysia secara rasmi meminda wilayah pentadbiran daripada 3 kepada 12 batu nautika. Tentunya termasuk Pulau Batu Puteh. Tetapi Singapura tidak pula memprotes.

Hanya sejak 1986, Singapura menghantar kapal tentera laut mengawasi Pulau Batu Puteh dan meronda 24 jam. Sebelum itu tidak ada rondaan 24 jam.

Sejak itu nelayan Johor sentiasa berada dalam bahaya, dihalau dan mungkin diancam dan ditembak jika 'menceroboh'.

Pihak Malaysia tidak mengambil pendekatan konfrontasi terhadapi situasi tegang itu dan Malaysia kemudiannya mendapat tahu Singapura telah menempatkan peralatan komunikasi tentera sejak 1977 lagi.

Peta Malaysia 1979

Pada 20 Disember 1979, Kementerian Luar Malaysia menghantar telegram kepada semua Misi Asean tentang keputusan Malaysia untuk mengeluarkan peta baru.

Peta baru tidak bermaksud tuntutan baru, tetapi hanya petunjuk mengenai hak Malaysia di perairan laut wilayah dan pelantar benua Melaysia berdasarkan perjanjian-perjanjian sedia ada dan perundangan antarabangsa.

Malaysia telah memaklumkan peta Malaysia 1979 kepada 7 negara jiran iaitu Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan China. Semua 7 negara ini telah membantah kerana Malaysia cuba mengubah status quo.

Pada 21 Disember 1979, mesyuarat pertama antara Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian luar Malaysia dengan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, namun ketika itu masih tidak ada bantahan dari Singapura.

Pada 13 Mei 1980, Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Malaysia ketika itu ada memberi maklum balas terhadap kenyataan Lee Kuan Yew berhubung dokumen yang disimpan oleh Singapura. Tetapi sehingga kini dokumen definitif itu tidak ditunjukkan di mana-mana mahkamah.

Pada 14 Februari 1980, Singapura membuat bantahan rasmi menuntut Pulau Batu Puteh sebagai miliknya. Dan nota inilah yang telah mencetuskan pertikaian.

Tarikh kritikal ini penting dari sudut undang-undang persempadanan dan selepas tarikh ini, Singapura tidak lagi bertindak secara normal berbanding fungsinya sebagai pengendali rumah api.

Singapura hanya menuntut Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) hanya selepas 6 Februari 1993.

Surat Gabenor Butterworth

Surat Gabenor Butterworth yang dirujuk dalam Perjanjian Crawfurd tidak terdapat di mana-mana arkib Malaysia. Malangnya, pada tahun 1994, Singapura enggan membenarkan pihak Malaysia akses ke arkib di negara tersebut. Surat ini dirujuk sebagai 'Letters of Native Rulers'.

Dokumen bertulis

Singapura tidak mengemukakan sebarang dokumen bertulis, sebaliknya Malaysia mengemukakan 8 dokumen bertulis iaitu:
  1. Surat dari Residen British di Singapura pada 10 Januari 1824 kepada pentadbiran di India mengenai jajahan Johor.
  2. Perjanjian Crawfurd antara Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan Sultan dan Temenggung Johor yang berlangsung pada 1824. Artikel II Perjanjian Crawfurd menyatakan Sultan dan Temenggong Johor menyerahkan kawasan berupa perairan, selat dan pulau-pulau terletak 10 batu dari pantai.
  3. Surat Crawfurd bertarikh 3 Ogos 1824 yang mengiktiraf kedaulatan Johor ke atas pulau-pulau kecil dalam longkungan 10 batu dari Singapura.
  4. Surat Crawfurd pada 1 Oktober 1824.
  5. Laporan Presgrave (Edward Presgrave) bertarikh 5 Disember 1828 mengenai kegiatan lanun di Selat Melaka serta sempadan empayar Johor termasuk di Pulau Batu Puteh.
  6. Peta tahun 1842 yang disediakan atas arahan kerajaan Belanda.
  7. Rencana dalam Singapore Free Press pada 25 Mei 1843 menyebut Pulau Batu Puteh antara pulau dikaitkan dengan kegiatan lanun terletak di bawah kuasa kerajaan Johor.
  8. Surat-surat antara Gabenor Butterworth dengan Sultan dan Temenggong Johor pada 1944 berhubung cadangan pembinaan rumah api di pulau-pulau di muara Laut China Selatan.

Berkongsi Selat Melaka dan Laut China Selatan

Sejak sekian lama Malaysia, Indonesia dan Singapura berkongsi perairan dan pengurusan di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Secara geografi dan sejarah kolonial British, Malaysia dan Singapura juga berkongsi dalam banyak perkara.

Implikasi keputusan penghakiman

Malaysia pemilik asal Pulau Batu Puteh

Hujah Malaysia telah diterima dan pemilikan dari segi sejarah sebagai sebahagian dari Johor disahkan, tetapi keputusan mahkamah 16-ahli, dengan majoriti 12-4, kebanyakannya berdasarkan aktiviti Singapura selama 100 tahun terakhir.

Selain itu ICJ turut mengambil kira dakwaan Singapura mengenai surat oleh wakil setiausaha Johor pada 1953 kepada kerajaan Singapura mengenai “tiada tuntutan oleh kerajaan Johor berhubung dengan permilikan Pedra Branca”.

Hujah Singapura berdasarkan doktrin terra nullius (tanah yang tidak berpenghuni) atau pembinaan rumah api tidak menunjukkan Singapura sebagai tuan asal Batu Puteh, menurut penghakiman ICJ.

Reaksi kerajaan Malaysia

Keputusan itu dianggap situasi menang-menang oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Rais Yatim ketika ditemuramah secara langsung sejurus selepas keputusan diumumkan.

Sementara itu, Najib Tun Razak menganggap keputusan ini seimbang dan memihak kepada Malaysia. Keluasan Singapura tentunya akan bertambah 22 batu nautika.

Bagaimanapun perundingan lanjut akan diteruskan kerana kedua negara mempunyai hak dan kedaulatan untuk terus beroperasi pada kedua kawasan yang berdekatan.

Baginda Sultan Johor pula ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada 19 Jun 2008 menegaskan bahawa pulau berkenaan bukan milik Singapura sebaliknya hak milik kerajaan Johor.

"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda.

Reaksi rakyat Malaysia

Kes ini telah membuka mata semua pihak tentang peri pentingnya pihak berwajib untuk mendokumentasi secara teratur, tersusun dan selamat segala sejarah serta rekod-rekod penting kerajaan.

Semua kakitangan kerajaan juga disarankan agar lebih teliti dan berhati-hati dalam menyedia dan menandatangani sebarang dokumen bagi pihak kerajaan dengan tujuan untuk memelihara kewibawaan kerajaan supaya tidak mengulangi kesilapan pihak-pihak yang terdahulu.

Kerajaan Malaysia disarankan agar lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang perjanjian dengan pihak berkuasa Singapura.

Terma dan syarat-syaratnya perlulah diperhalusi agar tidak berat sebelah dan akhirnya hanya merugikan seperti kes Tuntutan bertindih mengenai Pulau Batu Puteh ini.

Dalam kebanyakan perjanjian antara Malaysia dan Singapura yang sering mencetuskan ketegangan diplomatik termasuklah berkaitan harga air mentah, tanah KTM Bhd, pengeluaran wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta pemindahan Kompleks Kastam dan Imigresen di Tanjung Pagar.

Sentimen rakyat juga terutamanya di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia juga sudah semakin berubah.

Walaupun diketahui rakyat Johor, Melaka dan Negeri Sembilan adalah di antara penyokong kuat parti pemerintah, namun kini sudah ada asas untuk mereka meragui dan mencurigai kewajaran pelaksanaan Iskandar Malaysia (dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar; sebelumnya SJER) oleh pihak kerajaan.

Berdasarkan perjalanan kes Tuntutan bertindih mengenai Pulau Batu Puteh yang memihak kepada Singapura, penglibatan berlebih-lebihan Singapura di kawasan terbabit dikhuatiri akhirnya akan hanya mengulangi kisah tuntutan kedaulatan yang berskala lebih besar daripada republik berkenaan dikemudian hari.

Hubungan diplomatik Malaysia-Singapura

Hubungan diplomatik di antara kerajaan Malaysia dan Singapura dijangka terus terjalin erat meskipun ada waktu pasang dan surutnya.

Perdana Menteri serta Menteri Luar Malaysia berulang kali cuba mengingatkan rakyat agar menerima apa juga keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Pihak kerajaan cuba untuk menyakinkan rakyat supaya menerima bulat-bulat keputusan penghakiman ini dengan alasan sebarang keputusan yang diputuskan oleh ICJ tidak boleh dirayu lagi.

Kepentingan dokumentasi

Sejak dari dahulu lagi Singapura telah menjadi pusat pentadbiran British dan sekaligus mempunyai kelebihan. Banyak sekali media cetak, penerbitan dan filem yang bertapak di Singapura berbanding dengan Kuala Lumpur sehinggalah Singapura berpisah dari Malaysia.

Lantaran itu Singapura mempunyai kelebihan memiliki pelbagai dokumen seperti rekod, surat-surat perjanjian, peta lama, buku-buku klasik, nota catatan, diari dan laporan syarikat dan laporan kerajaan. Semua bahan bertulis ini menjadi bahan artifak yang sahih dan terbukti berguna kepada Singapura untuk menguatkan hujah mereka.

Malaysia juga ada institusi sejarah seperti Arkib Negara, Jabatan sejarah dan muzium, tetapi Malaysia pernah berhadapan dengan kebakaran bangunan yang menyimpan rekod lama.

Sempadan maritim

Sebelum ini nelayan Johor dihalang daripada mendekati serta menangkap ikan di perairan tersebut. Singapura juga sejak 1986, mengawal ketiga-tiga fitur itu sebagai kawasan mereka dengan tidak membenarkan sesiapa masuk tanpa kebenaran mereka. Malaysia sama sekali tidak membantah atas semangat setiakawan ASEAN.

Dengan keputusan ini, para nelayan kembali bebas bagi melakukan aktiviti perikanan di kawasan Batuan Tengah dan Tubir Selatan, sebaik sahaja persempadanan perairan kedua negara ditetapkan.

Walaupun boleh dikatakan keputusan Mahkamah Antarabangsa memberi separuh kemenangan kepada Singapura dengan mendapat Pulau Batu Puteh, kemenangan Malaysia ke atas Batuan Tengah dan kemungkinan besar juga kedaulatan ke atas Tubir Selatan bermakna sempadan maritim Singapura kini hanya terbatas kepada Batu Puteh sahaja.

Tubir Selatan yang terletak dalam lingkungan 12 batu nautika Batuan Tengah milik Malaysia. Besar kemungkinan Tubir Selatan juga menjadi milik Malaysia kerana ini.

Jika Tubir Selatan ditentukan milik Malaysia, kerajaan Malaysia boleh mendapat 12 batu nautika lagi bagi kawasan maritimnya, selari dengan Artikel 13 UNCLOS 1982 yang menganggap objek seperti Tubir Selatan adalah juga tanah semulajadi, lalu berhak mendapat 12 batu nautika sebagai sempadan maritimnya.

Dengan keputusan ini juga sebarang kemalangan, jenayah laut, aktiviti lanun dan sebagainya di Batu Puteh hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa Singapura, termasuklah aktiviti pelayaran dan aliran kapal kargo dan kapal tangki dari Laut China Selatan ke Selat Melaka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Hak Filipina Untuk Menuntut Sabah? Adakah Tuntutan Sah Dibawah Undang-undang Antarabangsa?

Sumber: wikipedia

'Saya Pilih Islam Kerana Agama Ini Menjawab Semua Persoalan Saya'

'Saya Pilih Islam Kerana Agama Ini Menjawab Semua Persoalan Saya'

Seorang lelaki warga Jepun mendapat hidayah selepas berusaha selama bertahun-tahun mendalami dan mempelajari semua agam samawi sebelum akhirnya memilih untuk memeluk Islam.

Yamamoto Qaym Naoki
Yamamoto Qaym Naoki bersama isteri membaca al-Quran.

Satu perkongsian dalam sebuah wawancara yang disiarkan dalam sebuah video, Yamamoto Qaym Naoki, memberitahu bahawa selepas dia mempelajari semua agama, hanya Islam yang telah menjawab semua persoalannya.

"Sejak dari kecil saya berminat dengan agama-agama samawi, dan mula mempelajarinya sejak dari muda terutamanya agama Kristian," katanya yang juga merupakan mahasiswa di Universiti Kyoto.

Ujarnya sejak dari itu, dia aktif mendalami ilmu berkaitan agama yang terdapat di dunia ini.

"Ketika di Sekolah Tinggi, ibu saya telah membeli buku berkaitan agama, saya membacanya tetapi masih mahu mengetahui lebih lanjut," katanya lagi.

Setelah dewasa beliau dinasihati oleh seorang profesor untuk mempelajari Islam di bumi Arab.

"Saya memeluk Islam di Mesir, di masjid Al-Azhar dihadapan Sheikh Hassan dan Sheikh Ali Go'ma, selepas memeluk Islam saya rasakan satu perasaan yang sungguh damai," katanya.

Dia benar-benar mahu mengetahui kebenaran tentang sesebuah agama selepas dia ditimpa satu penyakit kronik.

"Saya mula berfikir kepada diri saya sendiri semasa sakit, mengapa saya perlu melalui ini? Dan kenapa saya sakit dan tidak ada yang menolong?

"Dan selepas pulih, saya merasakan seperti saya perlu mengucapkan terima kasih, kepada DIA yang menyelamatkan saya dari penderitaan.

"Dan kemudian saya mula berfikir, mesti ada kuasa bergerak di dunia ini! Mesti ada ALLAH!" katanya.

Selepas itu, katanya beliau terus belajar tentang agama, untuk mencari kebenaran.

"Kemudiannya saya tahu bahawa Univerisiti Doshisha menawarkan kursus-kursus dalam agama, Kristian, Yahudi dan Islam dan pengajian saya diteruskan disana.

"Semasa mengkaji, saya mendapati bahawa Islam mempunyai banyak jawapan kepada soalan-soalan ketika saya sakit, jadi saya putuskan untuk bersama Islam," katanya.

BACA INI JUGA: Mengapa Allah Mendatangkan Bahagia Sesaat Tapi Derita Berpanjangan?

Sumber: SH

Jet Jho Low Berharga RM133 Juta Dirampas Singapura Berkaitan 1MDB!

Jet Jho Low Berharga RM133 Juta Dirampas Singapura Berkaitan 1MDB!

Sebuah jet peribadi yang berharga USD30 juta (RM133 juta) milik Jho Low yang disyaki pihak berkuasa Singapura dibeli menggunakan duit hasil curian daripada 1MDB, dilaporkan tersadai di salah sebuah lapangan terbang Singapura.

Jet+Jho+Low

Jet jenis Bombardier Global 5000 milik Jho Low itu dikatakan sudah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura sejak dua minggu lalu, di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Jet tersebut dilapor merupakan sebahagian daripada aset-aset haram yang dibeli menggunakan wang curi daripada 1MDB bernilai lebih USD1 bilion dan sedang dalam proses rampasan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ (Department of Justice).

DOJ pada Julai tahun 2016 lalu telah mengeluarkan satu arahan untuk merampas jet berkenaan di dalam satu fail mahkamah yang menyenaraikan aset-aset bernilai lebih USD1 bilion yang didakwa telah dibeli oleh Jho Low dan rakan-rakan subahatnya menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB.

Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat itu antara lain turut menyebut butiran jet peribadi jenis Bombardier Global 5000 dengan nombor siri 9265 dan nombor pendaftaran N689WM, yang memiliki dua enjin Rolls Royce bernombor siri 12487 dan 12488 lapor theedgemarket.

BACA INI JUGA: Kenapa Tun Mahathir Bawa Kes 1MDB Ke Peringkat Antarabangsa?

Sumber: milosuam

Monday, February 06, 2017

Pamela Anderson Berwajah Baru Selepas Pembedahan Plastik!

Pamela Anderson Berwajah Baru Selepas Pembedahan Plastik!

Anda kenal gambar pelakon Hollywood dibawah ini? Pasti tak kenal kan? Inilah 'wajah baru' pelakon simbol 'dewasa' paling hangat suatu ketika dahulu, Pamela Anderson!

Pamela-Anderson

Gambar terbaru pelakon sensasi Hollywood, Pamela Anderson, benar-benar mengejutkan peminat kerana wajahnya hampir berubah sepenuhnya.

Penampilan terkini Pamela ketika menghadiri majlis gala di Paris, Perancis, pada 27 Januari 2017 lalu benar-benar menimbulkan seribu tanda tanya di kalangan peminat dan pihak media.

Pamela-Anderson
Pembedahan terbaharu (wajah asal kiri).

Raut wajah Pamela Anderson berubah paling drastik selepas dia dipercayai menjalani prosedur pembedahan plastik yang serius.

Penampilan terbaharu Pamela Anderson kali ini dikatakan jauh lebih santai tanpa sebarang solekan tebal pada raut wajahnya seperti sebelum ini sehinggakan para hadirin yang hadir terkejut melihat kehadirannya.

Pamela-Anderson
Pembedahan pertama (wajah asal kiri).

Wajah terbaharu Pamela Anderson ini mungkin sebagai menebus semula 'kesilapan' ketika pembedahan plastik pertama yang merubah wajahnya menjadi 'buruk'.

Ramai peminatnya juga memuji penampilan terbaru ini kerana Pamela Anderson tampak lebih muda berbanding usianya yang kini sudah menginjak 50 tahun.

'Mengubah wajah' seperti ini juga pernah dilakukan oleh pelakon gred A, Renee Zellweger, apabila tampil dengan wajah baru yang berubah 100 peratus dan tidak ramai yang mengenalinya langsung.

Renee
Wajah sebenar Renee Zellweger (kiri) sebelum pembedahan plastik.

Selepas ni agaknya siapa lagi akan menkukar wajah pula?

BACA INI JUGA: Jennifer Aniston Dinobat Wanita Tercantik Dunia 2016

-SENTIASAPANAS.COM

Anak Kucing Pelik Ada Dua Kepala Dan Tiga Biji Mata!

Anak Kucing Pelik Ada Dua Kepala Dan Tiga Biji Mata!

Seekor anak kucing yang pelik telah dilahirkan dengan mempunyai dua pasang kepala dan tiga biji mata di Shenyang, China.

Cat+Mutan

Pemilik kucing pelik itu, Xiao Wei mendakwa bahawa anak kucing tersebut hidup dan dalam keadaan baik namun tidak pasti berapa lama ia boleh hidup.

Selain itu, anak kucing pelik itu yang diberi nama 'mutan' juga boleh makan menggunakan satu mulutnya sahaja sementara mulutnya yang satu lagi tidak boleh berfungsi langsung.

Terkejut dengam penemuan pelik ini, Xiao Wei memuat naik gambar anak kucing itu di Laman Weibo (media sosial China) dan mendapat banyak respon daripada netizen.

Kebanyakannya berasa lega apabila diberitahu anak kucing itu berupaya makan dan mengharapkan agar ia dapat hidup lebih lama.

BACA INI JUGA: Video Kucing Baca Doa Sebelum Makan Jadi Viral

Sumber: SH

Kos Dan Caj Rawatan Kanser Hospital Kerajaan Bakal Naik?

Kos Dan Caj Rawatan Kanser Hospital Kerajaan Bakal Naik?

Selepas hampir semua barangan dan perkhidmatan dinaikkan dengan penarikan sejumlah besar subsidi, kini giliran caj rawatan kanser di hospital kerajaan pula dalam peringkat kajian untuk dinaikkan.

kanser

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang dalam perancangan untuk mengkaji semula kadar caj yang dikenakan kepada pesakit kanser di semua hospital kerajaan yang menawarkan rawatan kanser.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S.Jeyaindran, kajian itu akan mengambil kira beban rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah (B40), orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

Bayaran yang dikenakan di hospital kerajaan sangat minimum dan disubsidi sepenuhnya iaitu hampir percuma, berbanding hospital swasta yang mengenakan caj rawatan antara RM20,000 hingga ratusan ribu ringgit bergantung kepada jenis rawatan dan tahap keseriusan penyakit.

Ada pesakit yang dirujuk dari hospital swasta ke hospital kerajaan yang mana mereka mampu dan sanggup membayar tetapi hospital kerajaan tiada struktur yuran untuk rawatan ini, katanya kepada pemberita selepas Program Fun Walk 2017 anjuran Institut Kanser Negara (IKN).

Menurutnya lagi, yuran yang mungkin dikenakan kepada mereka yang berkemampuan adalah tidak membebankan dan berada dalam lingkungan 20 peratus daripada kos sebenar rawatan kanser.

Pada masa yang sama, Dr Jeyaindran berkata bagi pesakit yang tidak berkemampuan seperti golongan B40, OKU dan warga emas, mereka boleh merujuk kepada pegawai kebajikan kementerian di setiap hospital bagi mendapatkan pengecualian pembayaran.

Ketika ini terdapat enam hospital rujukan untuk rawatan kanser di seluruh negara iaitu IKN, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Likas di Kota Kinabalu.

Ramai yang datang mendapatkan rawatan apabila kanser sudah memasuki tahap tiga atau empat kerana mereka malu untuk menjalankan pemeriksaan pada peringkat awal, menyebabkan kos rawatan tinggi.
Ketika ini kanser payudara adalah kanser yang paling tinggi ditemui dalam kalangan wanita, manakala kanser paru-paru paling banyak ditemui dikalangan lelaki akibat amalan merokok.

Kerajaan juga menjalankan pelbagai program bagi mengurangkan risiko kanser kepada rakyat antaranya program suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) bagi mencegah kanser serviks dikalangan pelajar perempuan berusia 13 tahun yang kini telah mencapai 98 peratus.

Mengenai rawatan tradisional dan kontemporari untuk pesakit kanser yang sering ditemui di media sosial, Dr Jeyaindran berkata mereka mestilah mempunyai bukti kukuh secara saintifik yang menunjukkan rawatan itu benar-benar berkesan dan bukan sekadar testimoni yang diragui kesahihannya.

Di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013, pengamal perubatan tradisional harus berdaftar dan mereka akan diberi kursus etika perubatan.

Di IKN, ada rawatan seperti akupuntur dan herba tradisional Cina untuk merawat kesan sampingan yang mungkin timbul akibat rawatan kanser seperti loya-loya dan sebagainya, jelas Dr Jeyaindran lagi.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH

'Angin Beranak' Punca Bisikan Ghaib Suruh Ibu Kelar Bayi!

'Angin Beranak' Punca Bisikan Ghaib Suruh Ibu Kelar Bayi!

Penyakit 'gila meroyan' juga disebut 'angin beranak' disyaki sebagai punca seorang ibu sanggup mengelar anaknya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian terbaru di Kelantan.

Anak

Ahli keluarga seorang wanita yang tergamak menyembelih anaknya sendiri di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kota Bharu, mendakwa suri rumah berusia 32 tahun itu bertindak di luar kawalan selepas mendengar bisikan ghaib.

Ibu suspek, Mariam Ismail, 56, yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, anaknya mendakwa suara-suara tersebut menyuruhnya menutup muka, Nur Areesa Sofea Jiry, dua bulan, dengan bantal dan mengelarnya dengan menggunakan pisau.

Mariam berkata, dia percaya anaknya yang hanya dipanggil sebagai Fadhilah, tidak berniat untuk bertindak demikian kerana cukup menyayangi anak bongsunya, Nur Areesa.

“Seluruh ahli keluarga reda dengan kejadian tersebut dan menyifatkan ia sudah ditakdirkan.

"Saya sempat bertemu dengan Fadhilah selepas kejadian itu dan dia memberitahu ada terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya bertindak demikian.

“Fadhilah beritahu saya, suara itu menyuruhnya menutup Nur Areesa menggunakan bantal.

"Bukan itu sahaja, suara tersebut juga menyuruh Fadhilah mengelar anaknya itu menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jal Kechik, Tumpat.

BACA INI JUGA: Jangan Biarkan Isteri Stress Walaupun Sedikit Selepas Bersalin!

Sumber: kosmo

Sunday, February 05, 2017

Kenapa Sakit Dan Ngilu Ketika Bersetubuh?

Kenapa Sakit Dan Ngilu Ketika Bersetubuh?

Hubungan seks tidak sepatutnya menyakitkan, seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, bukan sebaliknya. Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Seks

Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan.

Bagaimanapun, lelaki jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh berlaku kepada mereka.

Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, jangan terkejut! Berdasarkan kajian, lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka.

Namun demikian, seperti biasa, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekaligus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dalam dilema.

Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan

“Aku tak normal, tiada apa yang boleh dilakukan,’’ mungkin itu yang wanita fikirkan sekalipun hakikatnya, ia sama sekali tidak benar.

Harus ditekankan bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya.

Usah bimbang. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor cuba mempermudahkan kesakitan anda.

Pertama sekali, kita perlu memahami organ reproduksi kaum Hawa. Faraj merupakan satu laluan dari pangkal rahim ke permukaan luaran badan. Pangkal rahim adalah satu bahagian anatomi rahim yang sempit yang berhubungan dengan faraj.

Kawasan luaran jantina perempuan dinamakan vulva. Dua pasang lipatan berdaging dinamakan bibir luar (labium major) dan bibir dalam (labium minor) mengelilingi bukaan faraj dan uretra dan menjulur ke depan hingga ke klitoris.

Klitoris adalah bahagian atas bibir-bibir ini yang hampir sama dengan zakar lelaki, mengandungi tisu erektil yang menjadi tegak apabila menerima rangsangan seksual – memberikan keseronokan dan kenikmatan semasa hubungan kelamin.

Mengapa Kesakitan Berlaku?

Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Wanita akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah:

1. Fasa keinginan nafsu berahi

Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin.

2. Fasa kebangkitan nafsu berahi

Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembap, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, klitoris mengembang serta membengkak, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar. Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki (penis).

3. Fasa puncak syahwat

Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut – menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak

4. Fasa resolusi/ketetapan

Faraj, rahim serta klitoris kembali ke struktur asal. Jika fasa-fasa di atas tidak berlaku, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan.

Jenis-Jenis Kesakitan & Langkah-Langkah yang Perlu Diambil

Kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj.

Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakang, pinggul, rahim dan juga pundi kencing.

Kesakitan vulva

Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang digunakan.

Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan.

Kesakitan Faraj

Kekeringan faraj berlaku apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana isteri tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku.

Kehamilan, penyusuan badan dan awal menopaus turut mempengaruhi kelembapan semula jadi di dalam faraj.

Pada permulaan menopaus, hormon wanita – estrogen mengurang. Akibatnya, tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin.

Hormon gantian boleh diambil bagi mengurangkan kesakitan itu.

Wanita harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala.

Kekeringan ini boleh diatasi dengan penggunaan pelincir berasaskan air. Lubrikasi yang berasaskan minyak boleh merosakkan kondom yang mungkin dipakai sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana lapisannya boleh melarut dan akhirnya pecah.’

Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria

Vaginismus

Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut.

Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama pengantin baru.

Antara penyebab-penyebab vaginismus
  • Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan.
  • Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom.
  • Jangkitan vulva dan faraj.

Kesakitan serius di bahagian dalam faraj merupakan masalah dalaman yang serius, berlaku apabila keseluruhan organ reproduktif suami berada di dalam faraj.

Kemungkinan penyebabnya adalah;
  • Penyakit keradangan pelvis
  • Masalah dengan rahim
  • Endometriosis
  • Ketumbuhan di kawasan pelvis
  • Penyakit yang melibatkan pundi kecing dan juga usus
  • Organ-organ di bahagian pelvis yang melekat-lekat sesama sendiri, mungkin angkara jangkitan atau pembedahan lampau
  • Ketumbuhan telur reproduksi

Pemeriksaan lanjutan fizikal perlu dijalankan manakala pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui faraj dan juga laparoskopi, mungkin disarankan.

Berikut antara soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh doktor semasa pemeriksaan:
  • Ciri-ciri kesakitan contohnya, darjah kesakitan, berapa lama dan di bahagian tubuh mana ia berlaku?
  • Bilakah anda berasa sakit?
  • Lain-lain simptom yang mungkin ada seperti sakit kepala, loya atau lemah, tidak bermaya?
  • Sejarah perubatan?
  • Sejarah keluarga.

Pilihan Rawatan

Bagi kes-kes jangkitan, rawatan dengan ubat-ubatan selalunya tidak mengecewakan.

Penggunaan krim atau jel membantu dalam kes-kes di mana pelincir semula jadi tidak mencukupi.

Latihan relaksasi berupaya mengembalikan semula kawalan otot-otot faraj.

Sekiranya ujian diagnostik mengesahkan kewujudan masalah fizikal seperti endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan oleh doktor anda.

Peranan Emosi

Ketakutan untuk mengandung boleh menghasilkan vaginismus atau mungkin timbul perasaan bersalah kerana melakukan hubungan jenis.

Ada yang takut pada penyakit tularan seks, trauma akibat kecederaan atau pengalaman berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks kanak-kanak, diperkosa dan sumbang mahram.

Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan.

Nasihat

Wanita tidak harus berseorangan terseksa dengan pengalaman ini. Berbincanglah dengan doktor, jururawat serta kaunselor bertauliah.

Suami pula, sebagai teman hidup wanita, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh si isteri, peka pada kesakitan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.

Misalnya, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin.

Kelembutan dan cumbuan yang memadai dapat memastikan kelinciran semulajadi faraj.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: jalanakhirat

10 Rahsia Cara Penyediaan Makanan Sihat Ketika Memasak

10 Rahsia Cara Penyediaan Makanan Sihat Ketika Memasak

Gaya hidup berkualiti merupakan cermin kepada diet yang sihat. Sebab itulah anak yang bijak dan aktif lahir daripada keluarga yang mengutamakan pengambilan makanan seimbang, bersih dan berkhasiat.

Makanan

Kali ini kami ingin berkongsi kepada anda rahsia cara penyediaan makanan yang sihat dan selamat ketika memasak yang dipetik daripada Institut Makanan Malaysia (FIM).

1. Basuh

Sayur perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak, namun sebaik-baiknya elakkan daripada melakukannya selepas sayur dipotong kecil supaya kandungan vitamin larut air di dalamnya dapat dikekalkan.

2. Jangan Rendam Terlalu Lama

Merendam sayur di dalam air boleh membantu menyingkirkan kotoran yang ada padanya.

Namun, jangan direndam terlalu lama terutamanya jika sayur tersebut sudah dipotong-potong.

Ini kerana vitamin B kompleks dan vitamin C pada sayur akan mudah larut di dalam air rendaman.

3. Elakkan Haba

Pendedahan terhadap haba boleh menyebabkan sayur mudah layu sekaligus menjejaskan kandungan nutriennya.

Oleh itu, ia tidak sesuai dimasak di atas api untuk tempoh yang terlalu lama.

4. Jangan Potong Terlalu Kecil

Memotong sayur agar ia bersaiz kecil acap kali dilakukan oleh ibu dirumah. Namun, semakin kecil saiz potongan, bertambah mudah nutriennya menyusut.

5. Terlalu Banyak Minyak

Menggunakan banyak minyak ketika memasak makanan boleh memberikan impak yang tidak baik terhadap kesihatan.

Cuba kurangkan penggunaan minyak masak dalam masakan. Jika ingin menumis, sedikit minyak sudah memadai.

6. Rebus Terlalu Lama

Merebus merupakan antara teknik penyediaan makanan yang sihat berbanding menggunakan minyak.

Meskipun begitu, elakkan daripada merebusnya terlalu lama sehingga menyebabkan kandungan nutrien dalam sayur hilang.

7. Minum Sup

Apabila merebus terlalu lama, banyak nutrien pada sayur akan terbebas ke dalam air rebusan.

Jangan buang air (sup) tersebut, sebaliknya nikmatilah ia bersama dengan sayur yang telah direbus supaya pembaziran nutrien khususnya vitamin B kompleks dan vitamin C yang bersifat larut air dapat dielakkan.

8. Kukus

Merebus bukanlah satu-satunya kaedah memasak tanpa minyak. Makanan yang dikukus juga boleh menjadi menu sihat pilihan keluarga.

9. Panggang

Untuk mengekalkan zat sedia ada, disarankan supaya memanggang sumber-sumber makanan yang mengandungi protein seperti ayam, daging dan ikan berbanding menggorengnya.

10. Frozen Food

Mudah dan cepat, makanan beku (frozen food) acap kali menjadi pilihan. Walau bagaimanapun, pastikan ia tidak disejuk bekukan berulang-kali.

BACA INI JUGA: Rahsia 10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol

-SENTIASAPANAS.COM

Bagaimana Sebenarnya Kerajaan Membayar Hutang Negara?

Bagaimana Sebenarnya Kerajaan Membayar Hutang Negara?

Kedudukan terkini jumlah hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Hutang Malaysia

Daripada jumlah berkenaan, 95.9% atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik (51% daripada KDNK), sementara 4.1% lagi atau RM26.9 bilion (2.2% daripada KDNK) merupakan pinjaman luar pesisir.

Artikel ini cuba membawa kita berfikir bagaimana untuk melunaskan hutang negara yang sebanyak ini dan titik peluh siapa yang akan membayarnya.

Ada dua cara untuk melunaskan hutang. Yang pertama melalui kenaikan inflasi yang tinggi. Kedua melalui kutipan cukai.

1. Inflasi Mengecilkan Hutang

Duit hari ini akan menyusut nilai umpama anai-anai memakan kayu, begitu juga dengan nilai hutang.

Pada kadar inflasi 4%, hutang RM740 bilion akan susut nilai kepada RM472 billion sepuluh tahun akan datang (andaian hanya bayar bunga tanpa usik prinsipal).

Jika inflasi pada kadar 10%, hutang RM740 bilion akan susut nilai kepada hanya RM269 bilion. Penyusutan nilai sebanyak 64%.

Inflasi yang tinggi di US dan Britain selepas perang dunia kedua membantu melunaskan hutang akibat perang.

Walaubagaimanapun, cara ini akan menyebabkan nilai pendapatan rakyat juga merudum dan kesannya kepada ekonomi amat buruk.

Tidak kira lapisan masyarakat, semua akan terkena kesannya. Ini adalah pilihan terakhir dan pilihan paling terdesak.

Namun, Bank Negara pula diunjurkan akan terus merendahkah lagi OPR. Langkah ini dilihat bersifat pro-inflasi dan menyebabkan pengaliran keluar modal yang bakal melemahkan lagi nilai ringgit

2. Tingkatkan hasil cukai untuk bayar hutang

Cara yang lebih baik ialah melalui progessive tax. Progressive tax bermaksud cukai dikenakan lebih tinggi kepada mereka yang kaya berbanding yang miskin.

Cukai pendapatan antara contoh cukai yang progressive. Lagi tinggi pendapatan lagi tinggi cukai.

Namun, apa yang kita kena pada hari ni ialah GST yang lebih bersifat regressive. Regressive bermaksud lebih banyak cukai diambil daripada orang miskin daripada orang kaya.

Orang miskin hampir 100% pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan. Ada pula yang guna sehingga 120% daripada pendapatan untuk meneruskan hidup. Bermakna 20% lagi datang daripada hutang.

Orang kaya pula mungkin 30% - 60% pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan. Selebihnya menjadi simpanan dan pelaburan. Ataupun membeli kemewahan.

Disebabkan GST adalah cukai berdasarkan perbelanjaan dan orang miskin pendapatannya digunakan hampir sepenuhnya untuk perbelanjaan, maka orang miskin dipaksa menggunakan sebahagian pendapatannya hanya untuk membayar GST. Kesan kepada yang kaya hanya berkurang simpanan dan pelaburan atau kurang melancong.

Bermakna, orang miskin akan menggunakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk menanggung beban hutang negara ini.

BACA INI JUGA: 10 Perkara 'Menakutkan' Apabila Nilai Mata Wang Negara Jatuh!

Sumber: eliasabllah