Monday, November 28, 2016

Kanser Punca 14 Peratus Kematian Di Malaysia!


Kanser merupakan punca yang menyumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia pada tahun 2015, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kanser Di Malaysia

Kanser menjadi penyebab ketiga kematian di negara ini selepas penyakit pada sistem pernafasan iaitu 18.54 peratus dan penyakit pada sistem peredaran 22.77 peratus.

Berdasarkan MNCR (Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan) 2007-2011, seramai 103,507 kes kanser baharu didiagnosis di Malaysia bagi tempoh berkenaan, yang mana 46,794 kes (45.2 peratus) merupakan pesakit lelaki manakala wanita sebanyak 56,713 kes (54.8 peratus).

Seperti yang dinyatakan dalam laporan MNCR itu, risiko lelaki mendapat kanser ialah satu dalam 10 manakala wanita satu dalam sembilan.

Lima jenis kanser yang paling biasa dihidapi lelaki ialah kanser kolorektum sebanyak 16.3 peratus, paru-paru (15.8 peratus), nasofarinks (8.1 peratus), limfoma (6.8 peratus) dan prostat (6.7 peratus).

Bagi wanita pula, lima kanser yang biasa dikesan golongan itu ialah kanser payudara sebanyak 32.1 peratus, kolorektum (10.7 peratus), serviks uteri (7.7 peratus), ovari (6.1 peratus) dan paru-paru (5.6 peratus).

Laporan MNCR adalah bagi data dari tahun 2012 hingga 2014 dan kini ia sedang dalam proses menyiapkan pengumpulan data.

Daftar Kanser Malaysia menuju ke arah automasi pemberitahuan kanser dengan menggunakan Sistem Maklumat Daftar Pesakit (PRIS).

Sistem itu merupakan aplikasi web dibangunkan oleh Health Informatics Centre (HIC) Kementerian Kesihatan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

PRIS merupakan aplikasi web yang mana data boleh didaftarkan secara elektronik dan akhirnya disalurkan ke Gudang Data Kesihatan Kebangsaan (MyHDW).

Sistem ini dijangka akan membantu pengumpulan data lebih cepat dan memudahkan penerbitan laporan pendaftaran itu.

BACA INI JUGA: Daun Rerama, Daun Ajaib Penawar Penyakit Kronik!

Sumber: Bernama

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon