Thursday, January 26, 2017

Skandal BMF Dan Misteri Pembunuhan Jalil Ibrahim

Skandal BMF Dan Misteri Pembunuhan Jalil Ibrahim

Skandal BMF telah menggemparkan Malaysia pada awal 1980an selepas ia mendedahkan cawangan banknya di Hong Kong menyediakan “pinjaman tidak lancar” kepada beberapa syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat diterajui George Tan.

Skandal BMF

Ratusan juta dolar hilang sekelip mata apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, menjadi kebankrapan paling teruk di Hong Kong.

Seorang juruaudit Bank Bumiputera yang menyiasat skandal itu dibunuh dan kerajaan membawa masuk berbilion ringgit untuk membantu Bank Bumiputera.

Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal itu tetapi berakhir tanpa sebarang pendakwaan. Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan sehingga kematiannya di London pada 2011.

Generasi sekarang mungkin tak kenal nama Jalil Ibrahim, tapi pembunuhannya sama seperti pembunuhan Altantuya juga.

Yang membabitkan skandal:
  • Rasuah dan korupsi.
  • Jenayah pecah amanah.
  • Salah urus syarikat kewangan.
  • Pengauditan yang tidak sekata bagi menutup penyelewengan dan pinjaman yang telah diluluskan.

Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), kini dikenali sebagai CIMB selepas melalui proses penjenamaan, pengabungan dan restructure organisasinya bersama Rashid Hussain Berhad dan itulah di mana bank tempat Jalil Ibrahim berkhidmat.

Jalil Ibrahim dikenali sebagai seorang yang:
  • Jujur
  • Amanah
  • Rajin bekerja
  • Sangat suka kepada kerja-kerja siasatan berkaitan audit account syarikat

Jalil Ibrahim berkhidmat dengan cemerlang, lalu prestasi yang baik itu membolehkan Jalil naik pangkat kerana disenangi oleh pegawai atasannya.

Jalil kemudian dihantar ke Hong Kong bagi menjalankan kerja-kerja audit untuk cawangan kepada BBMB yang dikenali sebagai BMF iaitu Bumiputra Malaysia Finance (ketika itu) di Hong Kong.

Sepanjang 6 bulan berada di Hong Kong, Jalil kemudiannya menemui kecelaruan dalam akaun syarikat, bahkan menemui beberapa keputusan salah yang diluluskan oleh pegawai atasan ke atas beberapa pinjaman bernilai besar kepada ahli perniagaan, George Tan yang mewakili kumpulan Carrian.

Untuk pengetahuan, BBMB pada ketika itu juga dibiayai oleh pembayar cukai dan juga keuntungan yang diraih oleh PETRONAS.

Matlamat BBMB ketika ditubuhkan ialah:
  • Untuk menaikkan ekonomi bumiputera dan memberikan peluang kepada golongan bumiputera mengasah kemahiran, bakat dan berkongsi kepintaran mereka dalam bidang kewangan dan perbankan.
  • Membantu mengembangkan ekonomi negara berikutan Malaysia menemui minyak (sumber baru) dan mendapat keuntungan berbilion-bilion ringgit kerananya.

BBMB ketika itu juga berjaya menjadi bank terbesar di Malaysia sebelum bersabit dengan krisis kewangan terbesar dalam negara dan dunia melalui anak syarikat BMF pada tahun 1983 dengan kematian pegawai audit yang amanah, Jalil Ibrahim.

Sebelum kematian Jalil Ibrahim

Jalil Ibrahim

Pada tahun 1980, Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) menerima bayaran RM50 juta sebulan daripada Petronas sebagai sebahagian daripada perjanjian meningkatkan tabungan bank berkenaan, yang ditubuhkan khas bagi membantu Bumiputra.

Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pula ditubuhkan di Hong Kong sebagai platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.

Sejumlah pinjaman bernilai RM2.5 bilion diberikan kepada Kumpulan Carrian bagi pelaburannya di sektor hartanah di Hong Kong.

Bagaimanapun, pada 1983, syarikat itu jatuh apabila pasaran saham di Hong Kong merundum, menyebabkan pinjaman berkenaan tidak dapat dilunaskan.

Ini mendorong BBMB menghantar penolong pengurusnya di bahagian audit, Jalil Ibrahim, 35, ke Hong Kong untuk menyiasat akaun BMF.

Anak kelahiran Melaka itu terpaksa berulang alik beberapa kali ke tanah jajahan British itu dengan meninggalkan isteri dan empat anak yang masih kecil bagi mengaudit aliran keluar-masuk wang ke dalam akaun Carrian.

Menurut dokumentari yang mencatitkan kematian Jalil Ibrahim:

1. Jalil Ibrahim adalah individu yang bertanggungjawab untuk meluluskan apa jua jenis pinjaman disebabkan BMF sedang melalui proses pengauditan

2. Pada hari Jalil Ibrahim mati dibunuh, pegawai tertinggi Carrian Group termasuk George Tan telah hadir ke pejabat BMF dan mendesak rakan sejawat Jalil Ibrahim, Henry Chin untuk segera meluluskan pinjaman bernilai 4 juta bagi menyelamatkan Carrian Group yang menghadapi masalah kewangan akibat kejatuhan pasaran saham.

3. Henry Chin pada mulanya enggan, namun akhirnya tunduk atas tekanan. Selepas beberapa jam menangguhkan proses kelulusan bagi menunggu ketibaan Jalil Ibrahim, yang mana akhirnya Jalil tidak pulang ke pejabat buat selama-lamanya.

4. Menurut siasatan polis, Henry Chin juga mengakui bahawa kedatangan 2 pegawai tertinggi Carrian ke pejabat BMF adalah kedatangan mengejut. Tanpa temujanji awal.

5. Sebelum ini memang Jalil sendiri menegaskan tidak akan memberikan apa-apa pinjaman tambahan kepada Carrian Group. Apatah lagi Carrian Group juga gagal melunaskan bayaran pinjaman terdahulu.

Bukan sahaja gagal membayar semula bahkan proses meluluskan pinjaman juga tidak mematuhi etika kerja yang sepatutnya. Senang cakap, berlaku kes pecah amanah ketika meluluskan beberapa pinjaman terdahulu.

Maka, Jalil mahu menghentikan perkara tersebut dari terus berlaku. Sungguhpun ianya juga didalangi oleh pegawai tertinggi BMF sendiri, Lorrain Esme Osman.

6. Sebulan lebih sebelum Jalil dibunuh, terdapat satu petikan ayat yang memberikan teka teki kepada team pendakwaraya Hong Kong. Ianya tertera dalam diari milik Jalil.

Jalil dikatakan telah menulis, "Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it."

7. Seperti Altantuya, kes pembunuhan Jalil Ibrahim juga gagal menemui motif disebalik pembunuhan.

8. Individu yang dikatakan bertanggungjawab membunuh Jalil Ibrahim dikenali sebagai Mak Foon Than.

9. Apa yang menarik perhatian ialah, ketika disoal siasat pada awalnya, Mak mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia. Nama orang kenamaan tersebut didedahkan kepada pegawai penyiasat.

10. Yang dimaksudkan mengutip wang itu sebenarnya merujuk kepada SOGOKAN.

11. Pada tahun 1986, Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria, bekas ketua juruaudit negara mengatakan, "Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit."

12. Sepanjang dipenjarakan sebelum dijatuhkan hukuman, Mak seringkali menerima postcard yang menulis perkataan 'Diam itu lebih baik'.

13. Pasukan penyiasat mempercayai postcard itu bertujuan memastikan Mak tidak mendedahkan dalang sebenar kepada punca kenapa Jalil diarahkan bunuh.

14. Mak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah Hong Kong pada tahun 1984 dan sepatutnya menjalani hukuman mati yang mana kemudiannya ditukar kepada penjara seumur hidup.

15. BBMB menerima tempias yang teruk berikutan apa yang berlaku kepada anak syarikatnya BMF.

BBMB akhirnya terpaksa menanggung berbilion-bilion kerugian disamping intergriti perbankan yang tercalar teruk apabila BMF bukan sahaja dikaitkan dengan skandal pecah amanah, rasuah, penyelewengan bahkan pembunuhan salah seorang pegawainya yang jujur dalam menjalankan tugas.

16. Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.

Bagaimana Jalil mati?

1. Dibunuh pada 18 Julai 1983.

2. Menggunakan tali pinggang kain.

3. Ketika mati dibunuh, Jalil dilaporkan membawa wang sebanyak 38,000 ribu matawang Hong Kong.

4. Amalan itu dikatakan biasa bagi pegawai bank atasan yang mana akan serve sendiri client bertaraf VVIP mereka.

5. Transaksi perniagaan berlaku di Hotel Regent, Hong Kong.

6. Apa yang Jalil tidak tahu, 'perniagaan' berkenaan adalah palsu. Ia bertujuan untuk mengaburi niat sebenar kenapa Jalil diumpan ke hotel berkenaan pada waktu itu.

7. Jalil kemudiannya dibunuh dan mayatnya dialih keluar dari hotel menggunakan beg pakaian berwarna hitam.

Mayatnya dibuang ke kebun pisang di kawasan perkampungan di Hong Kong dan ditemui 24 jam selepas dibunuh.

Jalil dipindahkan melalui teksi dan Mak kemudiannya menggunakan kereta sewa bagi membawa mayat Jalil ke kebun pisang di kawasan perkampungan untuk membuang mayat Jalil.

8. Henry Chin adalah individu terakhir yang bercakap dengan Jalil sebelum melaporkan kehilangan Jalil kepada penguatkuasa Hong Kong pada hari yang sama.

9. Perbualan terakhir mereka berkisarkan kepada larangan Jalil kepada Henry untuk mengesahkan pinjaman bernilai 4 juta kepada Carrian. Panggilan kali kedua terputus ketika Henry dan Jalil sedang berbual atas perkara tersebut.

10. Skandal kematian Jalil dianggap kes pembunuhan bertaraf antarabangsa di Hong Kong kerana membabitkan 3 negara iaitu Singapura, Malaysia dan Hong Kong. Identiti George Tan sebenarnya ramai yang keliru.

George Tan ialah:
  • Warganegara Singapura.
  • Lahir di Malaysia = Sarawak.
  • Ahli perniagaan Hong Kong.

Itu yang membuatkan pihak media dari 3 buah negara mengikuti rapat kes pembunuhan Jalil Ibrahim.

Di Hong Kong sendiri, kes pembunuhan Jalil Ibrahim dan siasatan berkenaan merupakan satu kes terbesar dan terpanjang dalam sejarah negara (ketika itu) tersebut.

210 juta Hong Kong dihabiskan dengan memakan masa sehingga 17 tahun untuk selesai. Dengan penahanan Lorrain dan Mohammed Hashim Samsudin kes berkenaan di anggap selesai. Secara protokolnya.

Namun, kes berkenaan sebenarnya tidak pernah selesai bagi pemerhati dan mereka yang mengikuti perbicaraan pembunuhan Jalil Ibrahim. Kenapa?

1. Motif pembunuhan Jalil sehingga kini tidak dapat dirungkai.

2. Mak ialah ahli perniagaan (kononnya) yang tidak pernah berurusan langsung dengan BMF ataupun BBMB serta Jalil.

3. Tidak pernah didedahkan apakah jenis perniagaan yang diuruskan oleh Mak Foon Than. Tiada nama syarikat, alamat ataupun jenis perniagaan direkodkan.

4. Mak pernah membuat pengakuan bahawa dia ialah orang tengah yang menerima sogokan untuk menteri (orang kenamaan dari Malaysia). Dia akan berulang-alik dari Hong Kong ke Malaysia bagi mengambil wang berkenaan. Namun. Dokumentasi pengakuan berkenaan hilang dalam siasatan polis Hong Kong. Apabila disoal siasat dalam kamar mahkamah, Mak menafikan pernah membuat pengakuan berkenaan.

5. Ketika kejadian, Jalil dilaporkan membawa 38,000 HK Dollar. Ini satu jumlah yang besar dan amat mustahil untuk juruaudit yang nekad mahu menghapuskan salah laku dalam pentadbiran BMF akan membuat tindakan berkenaan.

Lorrain juga dilaporkan mengeluarkan 2 kenyataan berkenaan tindakan Jalil. Katanya, Jalil mungkin diugut. Ini kerana Jalil seringkali menemui orang tertentu sehingga lewat malam di hotel.

Mak Foon Than sehingga kini tidak pernah mengakui bersalah membunuh Jalil. Bukti ditempat kejadian yang menyebabkan dia didapati bersalah oleh juri ketika perbicaraan.

6. Selepas kematian Jalil, satu siasatan khas ditubuhkan di Malaysia bagi memahami dan menyiasat kes pembunuhan berkenaan.

Siasatan berkenaan diwakili oleh 3 individu iaitu Tan Sri Ahmad Nordin, Chooi Mun Shou dan Ramli Ibrahim.

Sebanyak 6,000 mukasurat dengan 13 bab laporan disediakan bagi merungkai misteri kematian Jalil Ibrahim.

Ini antara apa yang didedahkan menerusi laporan berkenaan:

a. Pihak atasan BBMB enggan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang diketuai oleh Tan Sri Ahmad Nordin.

b. Carrian Group tidak akan wujud tanpa BMF. Ini berdasarkan kepada rekod dalam BMF sendiri. Jawatankuasa siasatan BMF juga mendedahkan ada 3 pelan utama dirancang bagi memanfaatkan pelaburan dari BBMB iaitu;

Tahap pertama - Ambil alih syarikat Mai Hoon kemudiannya dijenamakan semula sebagai Carrian Investiment Limited.

c. Membeli Gammon House pada nilai 200 juta US, kemudian menjualkan kepada kerajaan Malaysia pada nilai 250 juta US.

d. Menubuhkan Plesley Investment Limited sebagai 'alat tengah' bagi menyalurkan semua pinjaman BMF kepada Carrian Group.

Tahap kedua - Membeli Grand Marine Holdings Limited pada harga 800 juta US, yang kemudiannya dijual semula kepada kerajaan Malaysia pada nilai 1 bilion US.

Tahap ketiga - Tidak berjaya dilaksanakan apabila Carrian mengalami masalah aliran modal tunai dan dirumitkan lagi dengan skandal pembunuhan Jalil Ibrahim.

7. Pengerusi BBMB (ketika itu) Dr. Nawawi Mat Awin bertemu Gabenor Bank Negara Tan Sri Abdul Aziz Taha sekitar bulan November 1982 dan mendedahkan bahawa dia bertindak atas arahan menteri kewangan ketika itu iaitu Tengku Razaleigh merujuk kepada urusniaga Gammon House. Ku Li bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

8. Apa yang berlaku ialah, rakyat tertanya kenapa kerajaan membeli Gammon House dan Grand Marine menerusi Carrion sedangkan urusniaga tersebut boleh dilakukan secara rundingan terus antara kerajaan dengan pihak yang terbabit. Kenapa peranan third party = Carrion Group digunakan?

9. Kenapa BBMB memberikan pinjaman mudah kepada Carrian Group yang mana akhirnya pinjaman berkenaan digunakan untuk membeli Grand Marine dan Gammon House dan dijual semula kepada kerajaan Malaysia dan menguntungkan Carrian Group?

10. Sudahla meniaga dengan zero modal dan itupun Carrian Group gagal membayar semula hutang perniagaan ke atas BMF? Carrian Group sekurang-kurangnya mencatatkan 2 keuntungan berturut-turut apabila kerajaan membeli 2 aset dari syarikat berkenaan.

11. Pada 26 Oktober 1982, Carrian mengumumkan mereka menghadapi masalah aliran tunai dan gagal membuat bayaran namun selepas 3 hari, BMF meluluskan pinjaman yang dimohon oleh Carrian. Carrian meminta pinjaman sebanyak 30 juta namun BMF memberikan pinjaman sebanyak 30.2 juta.

12. BMF juga cuba 'menutup pinjaman' dari 7 syarikat yang dikaitkan dengan George Tan. 7 syarikat berkenaan membuat pinjaman sebanyak 138 juta US dan 100 juta US.

Pada awalnya, pihak BMF menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut pinjaman yang tidak berbayar kepada 7 syarikat berkenaan menerusi writ saman, namun bank induk BBMB mengarahkan BMF agar 'menutup kes'.

Tindakan ini sekaligus membuktikan yang Jalil bukan sekadar berperanan mengaudit akaun syarikat BMF dan menghalang urusniaga yang tidak sepatutnya bahkan ketika proses pengauditan berlaku, Jalil sebenarnya telah menemui sesuatu.

Selepas memproses bukti, laporan lengkap dihantar kepada bank induk untuk merungkai persoalan-persoalan yang direkodkan oleh Jalil.

Namun akhirnya, jawapan yang diharap tak kunjung tiba. Jalil akhirnya mati dibunuh. Itulah kata penyiasat.

Jalil Ibrahim, seorang pegawai bank yang tahu terlalu banyak rahsia. Kematiannya, menutup jenayah korupsi terbesar negara ketika itu.

Mak Foon Than, yang membunuh dipenjara seumur hidup dan enggan mengaku bersalah.

Larrione, selepas melalui hukuman penjara 2 bulan akhirnya memilih mati bersama rahsia.

Mohammed Hashim juga memilih untuk membisu dan menjalani hukuman penjara dengan tenang.

Jalil Ibrahim tidak mati bersendirian. Salah urus niaga yang membabitkan kerajaan dan BBMB juga turut mati bersama-samanya.

Misteri, unsolved.

BACA INI JUGA: 5 Jawapan 'Padu' Kartunis Zunar Selepas Dituduh Cuba Jatuhkan PM!

Sumber: amenoworld

Gambar Rumah Presiden Filipina Umpama Pondok Buruk Jika Di Malaysia!

Gambar Rumah Presiden Filipina Umpama Pondok Buruk Jika Di Malaysia!

Rasanya semua orang kenal Presiden Filipina yang terbaru, Rodrigo Duterte, berikutan keputusan berani matinya menghapuskan penyalahgunaan dadah yang melibatkan rakyat Filipina.

Filipina

Bagi menghapuskan masalah dadah di negara itu;

1. Rodrigo telah memberikan amaran kepada semua penagih dadah, ditembak mati di jalanan atau bersedia ke penjara untuk proses perundangan.

2. Semua pengedar dadah diburu habis-habisan tanpa kompromi.

3. Rakyat yang mengetahui jika ada mana-mana individu yang terbabit dengan dadah, boleh mengambil tindakan sendiri.

Tindakan Rodrigo Duterte itu turut mendapat kecaman antarabangsa terutamanya oleh NGO pro kemanusiaan namun majoriti rakyat Filipina dibelakang presiden itu.

Hasil tinjauan yang dijalankan, lebih dari 90% rakyat Filipina bersetuju dengan cara presiden menangani masalah dadah di negara tersebut.

Baru-baru ini Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, telah melakukan lawatan ke Filipina dan Perdana Menteri Jepun telah melawat ke rumah yang didiami oleh Presiden Filipina bagi satu sesi santai, bersarapan bersama-sama.

Dan gambar-gambar dibawah inilah rumah yang diduduki oleh Presiden Filipina itu. Bersedia?

Rumah dua tingkat dengan hiasan dalaman yang biasa-biasa sahaja. Perabot pun tidakla semewah mana.

Presiden Filipina

Inilah antara faktor kenapa Rodrigo Duterte disokong oleh rakyat di negaranya. Gaya hidup serdahana yang ditunjukkan oleh presiden tersebut disenangi oleh rakyat jelata.

Presiden Filipina

Sudah tentu kita tertanya-tanya, tidakkah Rodrigo Duterte merasa takut tinggal di kediaman yang biasa-biasa berbanding jawatan besar yang dipegangnya?

Presiden Filipina

Kalau di Malaysia, ada menteri mengaku terus-terang bimbang anak dan isteri mungkin diculik jika dia mengisytiharkan hartanya. Fuh! Menteri Islam di negara Islam.

Presiden Filipina

Kesimpulan yang boleh kita fikirkan ialah, jika anda pemimpin yang baik dan tinggal di kampung tanpa ada pengawal peribadi pun anda tetap merasa selamat kerana disayangi rakyat, maka rakyat akan melindungi anda, tidak akan membiarkan musuh membunuh anda.

Presiden Filipina

Namun, jika anda seorang pemimpin yang jahat, tinggal di banglo atau kediaman rasmi sebesar padang sekalipun dikelilingi oleh ratusan pengawal keselamatan sehingga takut nak menggunakan penerbangan biasa untuk pergi bercuti atas alasan ancaman keselamatan, pemimpin itu tetap tidak akan merasa selamat kerana dibenci rakyat jelata.

Satu pengajaran yang para pemimpin yang mengaku Islam patut belajar untuk disayangi rakyat.

Belajar hidup sederhana dengan pembuktian tindakan, bukan sekadar kata-kata yang kita semua tahu setakat omongan palsu.

Sekian.

BACA INI JUGA: Anakku, Lampu Ini Milik Kerajaan..

Sumber: amenoworld

Kisah John Thuo, Pengemis Cilik Yang Berhati Mulia

Kisah John Thuo, Pengemis Cilik Yang Berhati Mulia

Seperti kelaziman, seorang budak lelaki miskin yang dikenali sebagai John Thuo, menjalankan rutin hariannya sebagai pengemis dengan menghabiskan hari-harinya di sekitar jalan Nairobi, Kenya, untuk meminta wang.

John Thuo
Kisah John Thuo dan Gladys Kamande yang mendapat perhatian dunia.

Pada tanggapan umum, Thuo dianggap sebagai pemalas, pencuri dan pelbagai lagi tanggapan negatif lain, namun John Thuo membuktikan bahawa dia bukan seperti yang disangka oleh masyarakat.

Segala-galanya bermula dengan satu kejadian ketika John Thuo memulakan harinya dengan mendekati sebuah kereta untuk meminta wang, tetapi apabila dia melihat 'isi' di dalam kereta itu, perasaan John Thuo mula bertukar.

Mana tidak, John Thuo melihat seorang pemandu kereta wanita yang berada dalam keadaan yang sungguh menyedihkan, bersama wanita itu terdapat satu tiub dan sebuah tangki oksigen.

Wanita yang dikenali sebagai Gladys Kamande, 32, menjelaskan kepada John Thuo bahawa dia mengalami masalah paru-paru dan perlu membawa tangki oksigen bersamanya untuk meneruskan hidup.

Tersentak dengan bicara wanita itu, John Thuo akhirnya menyerahkan kesemua wang yang diperolehnya pada hari itu kepada Gladys.

Namun, dengan deraian air mata, Gladys enggan mengambil wang itu dan memegang tangan John Thuo di tingkap kereta supaya dia mengambil semula wangnya itu, dan tanpa mereka sedari adegan ini dirakam oleh mereka yang lalu lalang di situ.

Selepas itu, kejadian ini tersebar luas dalam media sosial melalui perkongsian gambar dan cerita mereka menjadi buah mulut masyarakat setempat.

Sejak dari itu, kehidupan kedua-dua mereka berubah, bantuan datang tanpa disangka, hinggakan Gladys Kamande berjaya mendapat sumbangan untuk membolehkannya mendapatkan rawatan di India.

Sementara itu, Thuo pula memulakan kisah kehidupan baharu apabila dia dimasukkan ke rumah kanak-kanak yang membolehkan Thuo menjalani kehidupannya sepertimana budak-budak seusianya yang lain.

Yang mana di antaranya Thuo mula mendapat pendidikan sepertimana yang selayaknya.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH

Wednesday, January 25, 2017

Matlan Marjan, Legenda Bola Sepak Sabah Yang Dihukum 'Mati'

Matlan Marjan, Legenda Bola Sepak Sabah Yang Dihukum 'Mati'

Bagi peminat tegar bola sepak yang sudah lama mengikuti perjalanan Liga Malaysia sejak zaman semi-pro, nama Matlan Marjan cukup legenda di negara ini kerana kehebatannya menggelecek bola melepasi benteng pertahanan lawan.

Matlan-Marjan

Nama beliau sebaris dengan nama-nama besar ketika itu seperti Mubin Mokhtar, Zainal Abidin Hassan, Nizam Adza Yusoff, Afendi Julaihi dan beberapa nama besar tempatan yang lain.

Kebanggaan Sabah

Jika nama Matlan Marjan ditanyakan kepada peminat bola sepak Sabah, nama ini mungkin setaraf legenda Diego Maradona yang sinonim dengan bola sepak Argentina. Jasa Matlan Marjan pada kebangkitan bola sepak Sabah sangat dikenang.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1968, legenda Sabah ini memulakan karier bola sepaknya bersama skuad Piala Presiden Sabah pada tahun 1987 hingga 1988. Setahun selepas itu dia mula menyarung jersi skuad senior Sabah.

Percaya atau tidak, Matlan Marjan adalah satu-satunya pemain Malaysia yang berjaya membolosi gawang skuad England dan juga pemain asia pertama menjaringkan gol menentang skuad utama England!

Skuad England ketika itu bukan calang-calang, diketuai oleh penjaring berbisa England Gary Lineker dan 2 gol Matlan Marjan berjaya dipahat meskipun skuad negara tewas 4-2 pada perlawanan tersebut.

Dari segi pencapaian domestik pula, tidak banyak yang dicapai oleh Matlan Marjan.

Namun seperti yang dikatakan, beliaulah antara pencetus kebangkitan bolasepak Sabah yang digelar The Rhinos atau Badak.

Gandingan beliau bersama Scott Ollerenshaw mencetuskan kegerunan pada mana-mana pemain pertahanan lawan ketika itu.

Pada perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 1995, Matlan Marjan antara penyumbang gol yang menewaskan seorang lagi legenda penjaga gol negara, Muadzar Mohamed.

Ini membolehkan skuad kendalian Kelly Tham membawa pulang Piala FA Malaysia merentasi Laut China Selatan menewaskan Pahang dengan jaringan 3-1.

Tersilap langkah

Matlan-Marjan

Berakhir kejuaraan Piala FA 1995, rata-rata peminat bola sepak negara sudah meramal akan kejaguhan Sabah pada tahun-tahun mendatang.

Nama Matlan Marjan disebut-sebut bakal membawa pulang piala keramat yang menjadi rebutan semua pasukan - Piala Malaysia.

Tetapi bukan itu yang berlaku, sebaliknya kesilapan membuat keputusan saat karier diambang puncak telah membunuh karier beliau.

Matlan Marja dikaburi dengan wang ringgit. Mungkin juga kelemahan persatuan yang tidak menjaga kebajikan pemain, Matlan Marjan dituduh mengambil rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.

Beliau bersama 5 rakan dari skuad utama Sabah yang lain akhirnya disabitkan bersalah dengan tuduhan itu.

Matlan Marjan menerima hukuman penggantungan seumur hidup oleh FAM dan dilarang terlibat sama sekali dengan bola sepak secara profesional.

Lebih perit lagi dia juga dibuang daerah ke Semporna untuk suatu jangka masa yang ditetapkan.

Hukuman ini seolah hukuman mati, membunuh terus karier beliau sebagai pemain bola sepak.

Dan nama Matlan Marjan terus tenggelam ditelan masa. Difahamkan beliau masih terlibat dalam dunia bola sepak di Sabah, mungkin sebagai penasihat dan jurulatih kelab tidak profesional.

Matlan-Marjan

Adakah hukuman ini berbaloi untuk bola sepak negara? Untuk Matlan Marjan sendiri? Kita sendiri tidak pasti.

Yang pasti, kes seperti ini harus dijadikan pengajaran buat semua pemain dan juga pihak pengurusan mana-mana persatuan bola sepak di Malaysia.

Selepas ‘kehilangan’ Matlan Marjan, bola sepak Sabah cuba untuk melahirkan ‘The Next Matlan’ seperti Harun Laban, Mohamad Jaya Kasim dan adik beliau sendiri iaitu Zainizam Marjan namun kesemuanya gagal memahat nama sehebat Matlan.

Diatas kertas, pemain Sabah yang dibanggakan seluruh negara mungkin hanyalah Hasan Sani dan James Wong, tetapi dihati peminat The Rhinos, nama Matlan Marjan takkan pernah padam dalam sejarah bola sepak Sabah.

Terima kasih legenda Matlan Marjan!

BACA INI JUGA:

sumber: sb

Motosikal Enjin Diesel Sudah Dicipta Tapi Kenapa Tidak Dikomersilkan?

Motosikal Enjin Diesel Sudah Dicipta Tapi Kenapa Tidak Dikomersilkan?

Pernahkah anda terfikir, ada tak motosikal menggunakan enjin diesel? Sebenarnya memang wujud motosikal sebegitu.


Ada beberapa syarikat telah mengeluarkan motosikal berkuasakan enjin diesel sebelum ini dan yang paling popular ialah Royal Enfield, namun terpaksa ditamatkan pengeluarannya disebabkan akta dan undang-undang pencemaran udara.

Saya tidak bercadang untuk berkongsi secara terperinci dari sudut kejuruteraan kenapa motosikal enjin diesel hampir mustahil untuk dikomersialkan secara besar-besaran seperti kereta dan kenderaan lain.

Anda boleh buat pencarian sendiri mengenai enjin diesel berbanding enjin petrol yang ada di pasaran.

Cuma saya boleh ringkaskan seperti berikut kenapa ianya agak mustahil untuk dikomersialkan secara besar-besaran:

1. Torque Dan RPM

Enjin diesel menghasilkan torque tinggi tetapi RPM rendah di mana bertentangan dengan tujuan motosikal yang mensasarkan kelajuan yang tinggi.

2. Gas Karbon Dioksida

Salah satu sebab Royal Enfield menamatkan pengeluaran motosikal enjin diesel adalah kerana ia mengeluarkan gas karbon dioksida lebih tinggi berbanding enjin petrol. Ia tidak sesuai untuk alam sekitar.

Tapi untuk teknologi kereta dan kenderaan berat, ianya bukan masalah utama kerana industri kereta dan kenderaan berat diesel sudah maju dalam pengeluarkan enjin diesel.

3. Penyelenggaraan

Enjin diesel memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Kos penyelenggaraan mungkin meningkat.

4. Saiz Dan Berat

Enjin diesel agak besar dan berat. Ia semestinya tidak sesuai dengan motosikal yang mementingkan kelajuan dan keselesaan.

5. Kos Pembuatan

Disebabkan saiz enjin agak besar dan berat, maka semestinya harga pembuatannya meningkat. Maka harga motosikal anda lagi mahal.

Saya percaya tidak mustahil untuk mengkomersialkan motosikal berkuasakan enjin diesel memandangkan sains dan teknologi telah membuktikan ia boleh berlaku dengan penyelidikan dan pembangunan yang berpanjangan.

Sesiapa yang meminati enjin diesel mesti tidak sabar untuk menunggu kelahiran semula motosikal enjin diesel di jalan raya.

BACA INI JUGA: Sungguh Luarbiasa Orang Buta Pandu Motosikal!

Sumber: thevocket

Rawatan Paling Pelik Menggunakan Lidah

Rawatan Paling Pelik Menggunakan Lidah

Seorang wanita yang berasal dari Bosnia memiliki kelebihan merawat yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun di dunia ini dengan menggunakan lidahnya.

Lidah

Kelebihan merawat dengan cara yang pelik ini dimiliki seorang nenek bernama Have Cebic ini boleh menyembuhkan penyakit mata hanya dengan menggunakan lidahnya.

Wanita yang berusia 80 tahun ini mengaku boleh menyembuhkan semua jenis sakit mata yang dialami oleh pesakit hanya dengan satu jilatan sahaja.

Have Cebic mengakui sudah menjalankan kaedah rawatan pelik ini selama 40 tahun dan mendakwa sudah menyembuhkan ramai pesakit yang mengalami penyakit mata seperti mata bengkak, infeksi konjungtivitis, mata kering, sehinggalah penyakit katarak.

Rawatan

Untuk mencegah jangkitan selepas merawat mata pesakitnya, Have Cebic akan mencuci lidahnya dengan menggunakan alkohol untuk membunuh kuman.

Sejak kecil, Have Cebic sudah mengetahui kelebihan lidahnya. Pada mulanya dia hanya menyembuhkan penyakit mata yang dideritai saudaranya dengan jilatan lidahnya.

Selepas dijilat oleh Have Cebic ketika dia masih kecil, mata saudaranya itu sembuh dan kembali normal.

Sejak itulah Have Cebic mengetahui kehebatan lidahnya dan turut cuba melakukan penyembuhann pada penyakti mata yang lebih teruk.

Have Cebic

Sejak saat itu, Have Cebic membantu ramai orang yang mengalami sakit mata.

Malah, penyakit mata yang tidak boleh disembuhkan oleh doktor juga boleh disembuhkan hanya dengan satu jilatan oleh Have Cebic.

Selama menjalankan rawatan ini, Have Cebic tidak pernah menentukan bayaran untuk sekali rawatan.

Dia ikhlas apabila merawat sesiapa dan ada pesakit yang hanya membayarnya mengikut kemampuan mereka.

Have Cebic

Have Cebic berharap setelah dia meninggal dunia, lidahnya akan dipotong dan digunakan untuk menyembuhkan penyakit mata yang diderita oleh semua orang.

BACA INI JUGA: Tujahan Lidah Sesumpah Terpantas Di Dunia

Sumber: zamrispoon

Cubalah 5 Petua Ini Kalau Nak Bulu Mata Anak Lentik

Cubalah 5 Petua Ini Kalau Nak Bulu Mata Anak Lentik

Ibu-ibu yang ada bayi terutama bayi perempuan tentu sahaja mengidamkan bulu mata anak lentik dan lebat.

lentik

Apa kata cuba petua mudah secara tradisional. Senang dan selamat dicuba pada si comel.

1. Jilat bulu mata anak

Dengar macam menjijikkan tapi hakikatnya dengan menjilat bulu mata anak setiap pagi ternyata dapat membantu melentikkan bulu matanya. Tetapi petua ini lebih efektif jika dilakukan pada bayi baru lahir sahaja.

2. Menyapu serbuk kacang walnut

Kacang walnut dipercayai boleh merangsang pertumbuhan rambut termasuklah bulu mata.

Caranya dengan membakar dua biji kacang walnut, biarkan sejuk kemudian tumbuk sampai halus dan sapukan serbuk kacang pada bulu mata anak.

Tetapi perlu berhati-hati supaya tiada butiran serbuk kacang walnut masuk ke dalam mata anak ya.

3. Lidah buaya dan daun sirih

Hancurkan dua helai daun sirih, kemudian campurkan dengan lendir daun lidah buaya. Gaulakan sehingga menjadi masker.

Sapukan sedikit pada bulu mata bayi dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air suam.

4. Sapukan minyak zaitun

Sapukan sedikit minyak zaitun pada bulu mata anak sebelum tidur. Sentiasa berhati-hati semasa menyapukannya supaya tidak membahayakan mata anak anda.

5. Titisan susu ibu

Bagi yang menyusukan anak dengan susu ibu, bolehlah ambil beberapa titis perahan susu ibu untuk disapu pada bulu mata bayi. Ia dikatakan boleh melentikkan bulu mata anak anda.

Mungkin ada lagi lain-lain petua yang anda sendiri sudah amalkan dan menunjukkan hasil.

BACA INI JUGA: Gambar Comel Cicit Rasulullah SAW

Sumber: majalahpama

Model Kamera Terbaharu 'Leica M10' Berharga RM30,000!

Model Kamera Terbaharu 'Leica M10' Berharga RM30,000!

Leica sememangnya popular dalam mengeluarkan kamera-kamera yang sangat berkualiti tinggi dan juga berharga premium.

Leica M10

Tidak hanya menjual fungsi yang ada pada kamera, syarikat yang berpangkalan di German ini nampaknya berjaya menjual jenamanya kepada orang ramai.

Manakan tidak, model terbaru daripada Leica M series iaitu Leica M10 kini mula dijual dengan RM30 ribu.

Harga yang diumumkan ini juga sedikit sebanyak telah mengejutkan peminat Leica yang umum tahu kamera keluaran jenama ini sangat mahal harganya.

Dikatakan kualiti pembinaan yang dititikberatkan antara yang membuatkan model ini tampil eksklusif.

Dari segi fungsi, Leica M10 disertai dengan sensor CMOS 24-megapixel dengan kebolehan untuk mengambil gambar dengan ISO 100-50,000.

Leica M10

Melihat kepada range ISO yang tinggi, Leica M10 berupaya mengambil gambar tanpa sebarang noise sesuai dengan tanda harga yang ada padanya.

Buat jenama lain, kebolehan untuk menukar lens mungkin bukanlah sesuatu yang baru, namun bagi Leica ini merupakan pertama kali siri digital rangefinder keluaran mereka tampil dengan fungsi seperti ini.

Selain itu, penyertaan built-in Wi-Fi bagi memudahkan pengguna mendapatkan gambar yang diambil melalui smartphone mereka antara yang disertakan.

Ketiadaan fungsi video adalah disengajakan menurut Leica. Hal ini berikutan Leica mahu model keluaran mereka ini memfokuskan kepada image processing yang terbaik semata-mata.

Memandangkan model ini merupakan keluaran Leica, pengeluaran yang limited sudah menjadi tradisi buat jenama ini.

Leica M10

Wajar juga model ini dikeluarkan dengan bilangan yang sedikit berikutan harganya yang ‘premium’.

Leica M10 bakal mula dijual dengan dengan harga $6595 USD (~RM29,327.97) dan tempahan boleh dibuat melalui laman web Leica manakala lens Leica M10 pula dijual dengan harga berasingan.

BACA INI JUGA: Sejarah Kegagalan Kodak, Syarikat Gergasi Yang Tidak Berani Berubah

Sumber: thevocket

Tuesday, January 24, 2017

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Sambutan Hari Chap Goh Meh biasanya dikenali sebagai festival tanglung atau dalam dialek Hokkien disebut, Chap Goh Meh yang jika diterjemahkan bermaksud 'malam ke 15 Tahun Baru Cina'.

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Sebelum Chap Goh Meh, sambutan Tahun Baru Cina bermula selama 15 hari pada bulan pertama kalendar masyarakat Cina, dengan setiap hari membawa makna berbeza dan disambut dengan cara tertentu.

Sebagai tanda berakhirnya perayaan 15 hari itu, ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan malam, membunyikan mercun dan bermain mahjung selain upacara sembahan dilakukan dalam kadar yang lebih besar iaitu Chap Goh Meh.

Persembahan kebudayaan Cina juga akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina dan mengimbang bendera besar "Chingay".

SAMBUTAN HARI ISTIMEWA

Semasa zaman keemasan Baba dan Nyonya di Malaysia tidak lama dulu, Chap Goh Meh lazimnya disambut secara besar-besaran dengan cara istimewa khususnya di Pulau Pinang dan Melaka.

Masyarakat Pulau Pinang yang lebih berusia mungkin masih ingat betapa meriahnya hari Chap Goh Meh yang disambut dengan perarakan Chingay merentasi jalan-jalan di Georgetown.

Kini, kesesakan yang sentiasa teruk di jalan-jalan utama Georgetown antara sebab tradisi itu kurang sesuai diteruskan, namun ia masih diadakan di Esplanade atau Padang Kota Lama pada hari Chap Goh Meh setiap tahun.

Di Melaka pula, antara acara menarik tetapi telah pun pupus ditelan zaman ialah kumpulan-kumpulan Dondang Sayang yang berdendang dan berpantun mengelilingi bandar dari atas kenderaan berhias khas.

HARI MENCARI JODOH

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Dikatakan bahawa pada zaman dahulu, hari Chap Goh Meh adalah satu-satunya hari di mana anak gadis yang sudah mencapai usia perkahwinan dibenarkan berjalan-jalan keluar dari rumah dengan dandanan dan pakaian paling cantik.

Pada hari yang sama, lelaki bujang yang mahu mencari pasangan hidup juga akan keluar berkumpul untuk mengerling gadis-gadis berkenaan dengan harapan dapat memilih dan meminang gadis yang diminati.

Menurut legenda, dewa dari langit akan turun pada hari berkenaan untuk mengikat kaki pasangan lelaki dan gadis yang berjodoh dengan benang merah di kaki agar mereka akan sentiasa bersama sehingga ke akhir hayat mereka.

Memandangkan hajat pada malam Chap Goh Meh dianggap makbul, gadis-gadis yang telah berdandan akan menuju ke tokong-tokong pinggir laut bagi melontarkan limau mandarin dan membuat hajat bagi mendapatkan suami yang baik.

Pada waktu itu, gadis-gadis tersebut juga akan ditemukan dengan telangkai (orang tengah), yang kemudian membantu mencari dan mengaturkan perkahwinan dengan lelaki dari keluarga bersesuaian.

CARA MODEN

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Bagaimanapun kini, tiada lagi adat resam perkahwinan yang diatur telangkai, malah anak gadis boleh dilihat di merata tempat tidak kira siang atau malam.

Namun demikian, tradisi melontar limau masih lagi dilakukan untuk mengembalikan semula semangat kasih sayang dan perkahwinan Chap Goh Meh dalam bentuk acara tahunan yang menyeronokkan bagi golongan bujang lelaki dan wanita, selain mampu menarik pelancong asing.

Ribuan wanita akan menulis nama dan nombor telefon masing-masing untuk dilontarkan ke dalam tasik yang kemudian akan dikutip secara rawak oleh pengunjung lelaki.

Dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, acara sambutan Chap Goh Meh menjadi lebih meriah apabila mereka memulakan tradisi pengunjung lelaki pula menulis dan melontar pisang untuk dikutip oleh kaum perempuan.

Di Malaysia, festival mencari jodoh sempena sambutan Chap Goh Meh pertama kali dianjurkan pada tahun 2000 dengan jumlah pengunjung hanya 350 orang dan terus meningkat beberapa kali ganda pada tahun berikutnya.

CHAP GOH MEH SIMBOLIK HARAPAN TAHUN BARU

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Festival Chap Goh Meh di Malaysia, biasanya berlangsung di Taman Tasik Permaisuri di Bandar Tun Razak, Cheras, sebagai simbolik harapan permulaan baru kepada mereka yang masih belum berkahwin, apatah lagi hari yang turut dikenali sebagai Festival Tanglung adalah malam bulan penuh yang pertama pada tahun baru.

Bezanya jika pada zaman dahulu, anak gadis akan menunggu dengan sabar dan penuh harapan agar limau yang hanyut selepas dilontar ke sungai atau laut akan dikutip orang supaya hajatnya termakbul.

Sebaliknya kini, peserta yang mengutip limau atau pisang, boleh terus menghubungi dan bertemu individu bujang yang bernasib baik serta menghayati bulan penuh pertama tahun baru bersama.

CHAP GOH MEH TRADISI KASIH SAYANG

Chap Goh Meh dikenali sebagai Hari Kekasih bagi kaum Cina, disambut pada hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina.

Chap Goh Meh juga dikenali sebagai Hari Kekasih bagi kaum Cina, merupakan hari di mana ramai gadis muda percaya bahawa dengan membuang limau mandarin ke dalam laut, mereka akan menemui seorang suami yang baik.

Pada zaman dahulu, pesta Chap Goh Meh memberi peluang kepada para kekasih untuk bertemu, manakala bagi mereka yang masih bujang, pesta ini merupakan peluang yang baik untuk berkawan dan berkenalan antara satu sama lain.

Pada zaman moden ini, unsur romantik dalam perayaan Chap Goh Meh diungkapkan dengan aktiviti melontar limau oleh perempuan dan lelaki bujang pada malam perayaan Chap Goh Mei dengan hasrat mendapat pasangan yang secocok.

Aktiviti melontar limau untuk mencari pasangan dalam perayaan Chap Goh Mei sebenarnya berasal daripada kata pepatah orang Hokkien iaitu "Dim gam ga ho ang, dim go chua ho bo" yang bermaksud melontar limau boleh mendapat suami yang baik manakala melontar buah boleh mendapat isteri yang baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal Usul Dan Adat Pemberian Ang Pau

sumber: mstar | astroawani

Nokia 6 Habis Dijual Seawal 60 Saat Pertama!

Nokia 6 Habis Dijual Seawal 60 Saat Pertama!

Jenama yang baru sahaja membuat ‘comeback’ pada tahun 2017 iaitu Nokia menerima durian runtuh apabila smartphone mid-range keluarannya iaitu Nokia 6 berjaya dijual dengan begitu laris sekali dalam masa yang singkat.

Nokia 6

HMD Global selaku pengeluar telefon Nokia mengesahkan perkara ini dimana penjualan Nokia 6 habis selepas 60 saat penjualan dibuka.

Lebih hebat, pihak HMD Global turut menerima lebih 250,000 tempahan sepanjang 24 jam pertama.

Ternyata orang ramai masih memberi kepercayaan kepada jenama telefon lagenda Nokia ini.

Melihat kepada permintaan smartphone Nokia yang dijual dengan begitu cepat dalam masa singkat, tidak hairanlah pihak HMD Global cuma mengehadkan model terbaru mereka ini dijual di China setakat ini.

Untuk pengetahuan anda, Nokia 6 merupakan smartphone mid-range yang mula dijual dengan harga sekitar 1699 Yuan (~RM1100).

Nokia 6

Pihak Nokia turut menjanjikan lebih banyak smartphone termasuk telefon flagship mereka yang bakal diumumkan hujung bulan Februari ini pada MWC 2017.

Dikatakan, smartphone Nokia bakal memfokuskan kepada kamera dan audio.

Tiba-tiba rasa rindu pula dengan kamera Nokia yang pernah gah dengan lens carl-zeiss suatu masa dahulu.

BACA INI JUGA: Nokia 6, Smartphone Pertama Android Nokia!

Sumber: thevocket

Bayi Pelik Dilahirkan Memiliki 4 Kaki, 2 Alat Sulit

Bayi Pelik Dilahirkan Memiliki 4 Kaki, 2 Alat Sulit

India digemparkan sekali lagi dengan kelahiran bayi yang berkeadaan pelik apabila seorang wanita selamat melahirkan seorang bayi lelaki tetapi memiliki empat kaki dan dua alat sulit.

Lalitamma

Walaupun memiliki keadaan yang sangat pelik dan luar biasa itu, bayi tersebut dilahirkan secara normal di Pusat Kesihatan Dhadeasugure (PHC) di Raichur pada Sabtu (21/1/2017) lalu.

Bagi ibu bayi ini, Lalitamma, keadaan pelik anak lelakinya itu dianggap sebagai kurniaan tuhan.

Kerana itu juga, pada mulanya Lalitamma dan suaminya, Chennabasava, enggan membawa bayi mereka ke Institut Sains Perubatan Vijayanagara (VIMS), namun setelah dinasihatkan doktor, pasangan ini kemudiannya bersetuju anak mereka diberi rawatan lanjut.

Sementara itu, doktor yang ditugaskan memantau bayi berkenaan sedang berbincang dengan pakar bedah yang lain untuk menilai keadaan untuk membuang anggota dan organ berlebihan itu.

Sebelum ini, Lalitamma pernah melahirkan anak sulung yang normal.

BACA INI JUGA: Dianggap Dewa Kerana Ditumbuhi Ekor!

Sumber: mynewshub