Wednesday, January 25, 2017

Motosikal Enjin Diesel Sudah Dicipta Tapi Kenapa Tidak Dikomersilkan?

Pernahkah anda terfikir, ada tak motosikal menggunakan enjin diesel? Sebenarnya memang wujud motosikal sebegitu.


Ada beberapa syarikat telah mengeluarkan motosikal berkuasakan enjin diesel sebelum ini dan yang paling popular ialah Royal Enfield, namun terpaksa ditamatkan pengeluarannya disebabkan akta dan undang-undang pencemaran udara.

Saya tidak bercadang untuk berkongsi secara terperinci dari sudut kejuruteraan kenapa motosikal enjin diesel hampir mustahil untuk dikomersialkan secara besar-besaran seperti kereta dan kenderaan lain.

Anda boleh buat pencarian sendiri mengenai enjin diesel berbanding enjin petrol yang ada di pasaran.

Cuma saya boleh ringkaskan seperti berikut kenapa ianya agak mustahil untuk dikomersialkan secara besar-besaran:

1. Torque Dan RPM

Enjin diesel menghasilkan torque tinggi tetapi RPM rendah di mana bertentangan dengan tujuan motosikal yang mensasarkan kelajuan yang tinggi.

2. Gas Karbon Dioksida

Salah satu sebab Royal Enfield menamatkan pengeluaran motosikal enjin diesel adalah kerana ia mengeluarkan gas karbon dioksida lebih tinggi berbanding enjin petrol. Ia tidak sesuai untuk alam sekitar.

Tapi untuk teknologi kereta dan kenderaan berat, ianya bukan masalah utama kerana industri kereta dan kenderaan berat diesel sudah maju dalam pengeluarkan enjin diesel.

3. Penyelenggaraan

Enjin diesel memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Kos penyelenggaraan mungkin meningkat.

4. Saiz Dan Berat

Enjin diesel agak besar dan berat. Ia semestinya tidak sesuai dengan motosikal yang mementingkan kelajuan dan keselesaan.

5. Kos Pembuatan

Disebabkan saiz enjin agak besar dan berat, maka semestinya harga pembuatannya meningkat. Maka harga motosikal anda lagi mahal.

Saya percaya tidak mustahil untuk mengkomersialkan motosikal berkuasakan enjin diesel memandangkan sains dan teknologi telah membuktikan ia boleh berlaku dengan penyelidikan dan pembangunan yang berpanjangan.

Sesiapa yang meminati enjin diesel mesti tidak sabar untuk menunggu kelahiran semula motosikal enjin diesel di jalan raya.

BACA INI JUGA: Sungguh Luarbiasa Orang Buta Pandu Motosikal!

Sumber: thevocket

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon