Wednesday, October 07, 2015

Nokia 1100 Telefon Paling Laku Di Dunia!


APPLE telah memberitahu dunia bahawa set iPhone 6s mereka yang baharu laku bak goreng pisang panas di pasaran.

Nokia 1100

Mana taknya, iPhone 6s telah mencipta rekod apabila 13 juta unit terjual hanya dalam masa tiga hari dilancarkan.

Sambutan terhadap peranti buah ini sememangnya dijangka kerana ia memperkenalkan fungsi 3D touch serta RAM yang lebih besar berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun, telefon mudah alih yang paling laku dalam sejarah dunia hingga sekarang bukanlah sebuah iPhone tetapi berjenama Nokia 1100.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, sebanyak 250 juta set Nokia 1100 telah terjual, juga merupakan telefon mudah alih ke 1 billion yang dijual oleh Nokia pada tahun 2005.

Telefon ‘tidak pintar’ ini sudah dihentikan pengeluarannya sejak 2009 tetapi kini masih popular terutamanya di kalangan penggodam.

Perisian Nokia 1100 boleh diubah suai bagi membolehkan ia memintas panggilan ataupun mesej pesanan ringkas peranti lain.

Data yang dicuri kemudian boleh digunakan untuk kegiatan yang melanggar undang-undang.

Terdapat laporan sebuah Nokia 1100 dengan perisian yang sudah diubahsuai boleh dijual pada harga mencecah €20,000 (RM98,800) di pasaran gelap.

Ini amat menakjubkan kerana harga asalnya cuma sekitar USD100 sebuah.

BACA INI JUGA: Cas Nokia 130 Mampu Bertahan 36 Hari

Sumber: amanz

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon