Aug 20, 2014

Cas Nokia 130 Mampu Bertahan 36 Hari

Nokia 130 dilihat memfokuskan kepada pengguna di negara-negara membangun, disamping bagi mereka yang inginkan telefon kedua pada harga rendah.

Nokia 130

Jadi, sama ada anda inginkan telefon mudah alih ‘kedua’ anda atau sebagai ‘telefon kecemasan’ anda dikala bercuti, Nokia 130 sememangnya sebuah peranti yang anda harus miliki.

Dengan fungsi kad-SD, pengguna boleh menyimpan video dan fail multimedia lain, dan menikmatinya melalui peranti ini walaupun skrin boleh dikatakan agak kecil untuk tujuan tersebut.

Ia hadir dengan variasi dwi-SIM, dimana ia turut menyertakan beberapa fungsi menarik termasuk pemain MP3, radio FM, serta sokongan kad SD.

Peranti ini hadir dalam pilihan warna merah, hitam, dan putih, serta menyertakan skrin berwarna bersaiz 1.8-inci.

Untuk tujuan memainkan lagu, ia dikatakan boleh memainkan sehingga selama 46 jam dengan satu cas penuh.

Selain daripada itu, masa bertahan bateri untuk Nokia 130 adalah sehingga 36 hari untuk versi satu SIM, dan sehingga 26 hari untuk versi dwi-SIM.

Microsoft dilihat akan terus mengeluarkan peranti pada harga rendah ini memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang siri peranti untuk bahagian telefon asas ini.

Nokia 130 dijangka akan dijual pada harga €19 (RM81.13), dan akan mula ditawarkan dalam masa beberapa bulan lagi di beberapa negara terpilih.

BACA INI JUGA: Keburukan Peranti Android OS Yang Anda Perlu Tahu

[Sumber]

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon