May 24, 2016

5 Jawapan 'Padu' Kartunis Zunar Selepas Dituduh Cuba Jatuhkan PM!

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila gambar pameran kartun kartunis terkenal, Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar dimuatnaik di Facebook yang mana karya tersebut 'menceritakan' keadaan politik di negara kita

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar)

Sebagai penerima "2016 cartooning For Peace Award", karya-karya Zunar telah dipamerkan di dalam satu pameran di Lake Lac Leman, Geneva, Switzerland yang dianjurkan 'Cartooning For Peace' selama sebulan.

Setelah gambar-gambar tersebut dimuat naik di Facebook, ternyata ia mendapat perhatian begitu ramai pihak. Pelbagai komen telah dilontarkan para netizen.

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [2]

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tindakan beliau itu dianggap memalukan negara

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata selain didakwa memalukan negara, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur gabungan yang mahu menjatuhkan perdana menteri.

"Saya kesal dengan perbuatannya. Kalau ada pun perbezaan pendapat dan sebagainya, uruslah dalam Malaysia," katanya.

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [3]

Tambahnya lagi, Malaysia adalah negara demokrasi yang tidak menyekat mana-mana pihak untuk memberikan pendapat namun perlulah secara berhemah

"Tidak salah jika kita berbeza pendapat, bahkan tidak salah juga jika tak setuju dengan pandangan kerajaan tapi kenapa perlu libatkan negara lain," katanya kepada pemberita selepas sesi meja bulat dan dialog kementerian berkenaan. -SH

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [4]

Sambungnya lagi, tindakan tersebut bukan sahaja memberi gambaran negatif tentang Malaysia kepada negara luar, malah ia juga dilihat mensabotaj ekonomi negara yang secara tidak langsung membantutkan keyakinan pelabur ke Malaysia.

Setelah mendapat kritikan tersebut, nampakanya kartunis Zunar tidak hanya mendiamkan diri dan memberi jawapan balas pada setiap komen dan kritikan yang telah dilemparkan Salleh Keruak

Jawapan balasnya itu dibuat di laman Facebook miliknya.

Kenyataan balas Zunar kepada Salleh:

1. SALLEH: Salleh berkata dia tidak menafikan kemungkinan ada usaha kolektif dari kartunis Zunar untuk menjatuhkan PM

ZUNAR: Kalau kartunis boleh jatuhkan PM, itu bukan kesalahan tetapi kelucuan.

2. SALLEH: Malaysia adalah negara demokratik yang tidak menghalang sesiapa dari mengeluarkan pendapat, tetapi ia harus dilakukan melalui saluran yang betul

ZUNAR: Siapa yang kamu cuba perbodohkan? Mahkluk asing dari Marikh pun tak akan percaya kata-kata kamu.

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [5]

Kalau Malaysia begitu demokratik, kenapa lebih dari 100 individu telah sama ada disiasat, ditangkap atau dihukum di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana mengeluarkan pendapat mereka sejak 2014?

Mengeluarkan pendapat mestilah melalui saluran yang betul? Saya sendiri telah ditangkap, diganggu, pejabat diserbu dan berterusan ditekan pihak berkuasa semata-mata kerana menzahir pendapat melalui cara kreatif! Apakah melukis kartun dan menerbitkan buku kartun bukan saluran yang betul?

3. SALLEH: Tidak salah untuk mempunyai pendapat yang berbeza atau tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kenapa melibatkan negara luar?

ZUNAR: Sebagai pemenang anugerah "2016 Cartooning for Peace", saya telah dijemput oleh "Cartooning for Peace Foundation" dan Datuk Bandar Geneva untuk mempamerkan 10 karya-karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei lalu.

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [6]

Karya bersaiz besar itu dipamerkan di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun. Antara pengunjung termasuk bekas Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari Perancis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Mr Guillaume Barazzone.

Sebagai Menteri komunikasi, Salleh harus sedar bahawa kita sekarang hidup dalam dunia tak bersempadan. Semua isu telah menjadi masalah sejagat.

Untuk pengetahuan, saya juga telah dijemput untuk berucap di PBB ketika di Geneva kerana bagi mereka kebebasan bersuara adalah isu gobal.

Dunia telah menjadi rapat. Kerana itu, media seperti The Wall Street Journal di New York boleh membuat laporan mengenai apa yang berlaku di Malaysia.

Kerana itu juga Perdana Menteri boleh menyaman mereka dari Malaysia, cuma dia masih menunggu hari Selasa datang!

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [7]

Adakah kamu telah melihat pameran saya, Salleh? Jika tidak, biar saya beritahu kamu bahawa isu yang terkandung ialah Rasuah, Kebebasan Bersuara, Konspirasi terhadap Anwar dan National Security Council.

Adakah ada diantara kartun ini tidak menceritakan kebenaran? Kalau kamu masih tak jelas mengenai kartun-kartun saya, dipersila datang ke pelancaran buku baru saya, WASABI (Wa Sapu Billion) hari Sabtu ini (14 Mei) dan beli satu.

Sila ke link ini untuk maklumat lengkap https://wp.me/p3l0XP-1Hr. Tidak, kamu tidak boleh mendapatkannya di kedai buku kerana kerajaan 'demokratik' kamu telah mengharamkannya.

4. SALLEH: Pameran Zunar adalah satu penghinaan kepada pemimpin yang dipilih rakyat

ZUNAR: Ketika di Geneva, orang-orang di sana telah mengetahui mengenai isu rasuah di Malaysia kerana ia telah disiarkan secara besar-besaran oleh media antarabangsa.

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [8]

Soalan popular ialah, "Kenapa RM2.6 billion dikatakan sebagai derma?". Jadi sebenarnya Perdana Menteri dan seluruh kabinet telah memalukan diri mereka sendiri dan negara. Bukan saya.

Saya ingin mengulangi bahawa menjadi tanggungjawab seorang kartunis untuk mendedahkan korupsi dan saya akan terus melukis hingga ke titisan dakwat terakhir!

5. SALLEH: Disamping memberi imej buruk kepada negara, pameran Zunar juga dilihat sebagai sabotaj kepada ekonomi negara dan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia

ZUNAR: Lebih dari RM42 billion wang rakyat lesap dalam skandal 1MDB, kamu masih menyalahkan kartunis kerana masalah ekonomi. Kamu adalah menteri yang sangat lucu, Salleh!

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [9]

Zunar
Kartunis Politik 13 Mei 2016

BACA INI JUGA: 'Malaysia Menjadi Begitu Hina Oleh Perdana Menterinya Sendiri!'

Sumber: Says

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon