Thursday, January 26, 2017

Kisah John Thuo, Pengemis Cilik Yang Berhati Mulia

Kisah John Thuo, Pengemis Cilik Yang Berhati Mulia

Seperti kelaziman, seorang budak lelaki miskin yang dikenali sebagai John Thuo, menjalankan rutin hariannya sebagai pengemis dengan menghabiskan hari-harinya di sekitar jalan Nairobi, Kenya, untuk meminta wang.

John Thuo
Kisah John Thuo dan Gladys Kamande yang mendapat perhatian dunia.

Pada tanggapan umum, Thuo dianggap sebagai pemalas, pencuri dan pelbagai lagi tanggapan negatif lain, namun John Thuo membuktikan bahawa dia bukan seperti yang disangka oleh masyarakat.

Segala-galanya bermula dengan satu kejadian ketika John Thuo memulakan harinya dengan mendekati sebuah kereta untuk meminta wang, tetapi apabila dia melihat 'isi' di dalam kereta itu, perasaan John Thuo mula bertukar.

Mana tidak, John Thuo melihat seorang pemandu kereta wanita yang berada dalam keadaan yang sungguh menyedihkan, bersama wanita itu terdapat satu tiub dan sebuah tangki oksigen.

Wanita yang dikenali sebagai Gladys Kamande, 32, menjelaskan kepada John Thuo bahawa dia mengalami masalah paru-paru dan perlu membawa tangki oksigen bersamanya untuk meneruskan hidup.

Tersentak dengan bicara wanita itu, John Thuo akhirnya menyerahkan kesemua wang yang diperolehnya pada hari itu kepada Gladys.

Namun, dengan deraian air mata, Gladys enggan mengambil wang itu dan memegang tangan John Thuo di tingkap kereta supaya dia mengambil semula wangnya itu, dan tanpa mereka sedari adegan ini dirakam oleh mereka yang lalu lalang di situ.

Selepas itu, kejadian ini tersebar luas dalam media sosial melalui perkongsian gambar dan cerita mereka menjadi buah mulut masyarakat setempat.

Sejak dari itu, kehidupan kedua-dua mereka berubah, bantuan datang tanpa disangka, hinggakan Gladys Kamande berjaya mendapat sumbangan untuk membolehkannya mendapatkan rawatan di India.

Sementara itu, Thuo pula memulakan kisah kehidupan baharu apabila dia dimasukkan ke rumah kanak-kanak yang membolehkan Thuo menjalani kehidupannya sepertimana budak-budak seusianya yang lain.

Yang mana di antaranya Thuo mula mendapat pendidikan sepertimana yang selayaknya.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH