Saturday, January 07, 2017

3 Sebab Kenapa Sudah Tidur Tapi Masih Rasa Penat

3 Sebab Kenapa Sudah Tidur Tapi Masih Rasa Penat

Kadang-kala kita ada terasa extra letih ataupun lesu walaupun kita rasa macam dah cukup tidur. Ingin tahu mengapa?

Mengantuk

Antaranya adalah:

1. Diet pemakanan yang tidak teratur

Pemakanan yang berlemak dan berkabohidrat berlebihan. Apabila terlebih lemak dalam badan kita, badan akan mula rasa lesu.

Kurang pengambilan air juga antara punca yang akan menjadikan badan kita berasa cepat letih.

2. Kurang bersenam

Bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu agar badan kita dapat udara segar dan mengeluarkan segala peluh, yang juga boleh membakar lemak!

Dengan kerap bersenam, tidur akan lebih tenang malah kita akan berasa aktif keesokkan harinya.

3. Stress

Mengalami kemurungan dan tekanan boleh menyebabkan diri kita penat kerana banyak menggunakan tenaga untuk mengawal minda serta emosi.

Masalah ini boleh dikurangkan dengan bersenam dan bersosial dengan masyarakat sekeliling.

BACA INI JUGA: Pekerja Malaysia Dan Singapura ‘Paling Tidak Bahagia’ Di Asia!

Sumber: volipops

Angelica Kenova Terlalu Cantik Punca 'Dikurung' Selama 26 Tahun!

Angelica Kenova Terlalu Cantik Punca 'Dikurung' Selama 26 Tahun!

Hanya kerana kecantikan luar biasa yang dimiliki seorang anak gadis, sepasang ibu bapa di Rusia bersikap protective hingga sanggup ‘mengurungnya’ selama 26 tahun daripada menikmati dunia luar.

Angelica Kenova

Mereka mendakwa kononnya merasa gusar perkara buruk akan menimpa anak perempuan mereka yang berusia 26 tahun itu, menurut laporan sebuah laman media antarabangsa.

Angelica Kenova

Gadis cantik dikenali sebagai Angelica Kenova, tidak pernah keluar dari rumahnya melainkan ditemani beberapa pengawal peribadi dan pengiring sekiranya keluar bertemu janji (dating).

Angelica Kenova

Ibu bapa Angelica sangat melindunginya kerana kecantikan yang dimiliki gadis itu dan jika diamati betul-betul, gadis itu saling tidak tumpah seperti watak kartun atau patung kegemaran kanak-kanak perempuan iaitu Barbie.

Angelica Kenova

Angelica memberitahu, rupa paras dan sosok tubuh seksi umpama Barbie yang dimilikinya itu asli dan bukannya hasil daripada mana-mana pembedahan plastik.

Angelica Kenova

“Pembedahan plastik hanya perlu jika seseorang itu mengalami kecacatan yang serius pada wajah dan badan mereka sahaja,” ujarnya.

Angelica Kenova

Tambah Angelica lagi, kedua-dua orang tuanya membesarkannya tidak ubah seperti seorang puteri dan mengawal setiap pergerakannya sehinggakan dia tidak merasai nikmat yang dirasai gadis seusianya.

Angelica Kenova

Perkara itu menyebabkan Angelica berasa sedih dan hidupnya ibarat sebuah patung perhiasan di dalam cermin pameran.

Angelica Kenova

Walau bagaimanapun, ketika usia menginjak 26 tahun, Angelica berharap dia dapat keluar dari rumahnya dan hidup berdikari tanpa dikelilingi pengawal atau pengiring.

“Ibu bapa saya telah mengurung saya di sebuah ‘istana kaca’ sepanjang hidup saya tetapi satu hari mudah-mudahan, saya akan dapat membebaskan diri dan hidup berdikari,” luahnya.

BACA INI JUGA: 5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik

Sumber: mynewshub

WhatsApp Tidak Lagi Boleh Digunakan Bagi Model Lama Telefon Pintar Mulai Julai 2017

WhatsApp Tidak Lagi Boleh Digunakan Bagi Model Lama Telefon Pintar Mulai Julai 2017

Berjuta-juta pengguna aplikasi mesej WhatsApp tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan tersebut bermula pada Julai tahun 2017.

Whatsapp+error

Malah, jika mahu terus menggunakan aplikasi WhatsApp, pengguna perlu menukar smartphone yang lebih canggih dan menepati spesifikasi minimum yang diperlukan.

Ia berikutan beberapa perubahan yang dilakukan pada WhatsApp, aplikasi yang digunakan lebih satu bilion pengguna dan tidak sesuai bagi model lama telefon pintar.

Bermula 1 Julai 2017, aplikasi WhatsApp tidak lagi boleh berfungsi pada telefon pintar jenis;
  • BlackBerry OS
  • BlackBerry 10
  • Nokia S40
  • Nokia Symbian S60
  • Android 2.1
  • Android 2.2
  • Windows Phone 7
  • iPhone 3GS/iOS 6

WhatsApp menerusi satu kenyatan berkata, walaupun telefon pintar memainkan peranan penting terhadap pembangunan aplikasi WhatsApp, tetapi perubahan ciri yang lebih canggih perlu dilakukan.

"Keputusan ini amat sukar buat kami tetapi ia perlu dilakukan bagi memastikan pengguna memiliki cara yang lebih baik untuk berhubung sesama keluarga, kawan dan insan tersayang menerusi WhatsApp.

"Jika anda menggunakan model yang disenaraikan, kami mencadangkan anda menukar kepada model Android, iPhone atau Window Phone yang lebih canggih," kata kenyataan itu.

***

Mungkin sudah tiba masanya beralih kepada aplikasi lain kan..

BACA INI JUGA: 6 Aplikasi Hebat Setanding Whatsapp

Sumber: mStar

Friday, January 06, 2017

Iraq Lebih Aman Bersama Saddam, CIA Sahkan Iraq Tiada Senjata Pemusnah!

Iraq Lebih Aman Bersama Saddam, CIA Sahkan Iraq Tiada Senjata Pemusnah!

Individu pertama yang ditugaskan menyoal siasat Saddam Hussein selepas Presiden Iraq itu ditahan oleh pasukan tentera AS pada 2003, mengakui bahawa pemimpin tersebut tidak membangunkan senjata pemusnah seperti yang didakwa oleh Washington.

Saddam Hussein

Malah bekas penganalisis Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Nixon turut mengakui bahawa rantau Arab akan lebih aman sekiranya Saddam tidak digulingkan oleh tentera penceroboh.

Nixon ditugaskan oleh kerajaan AS untuk menyiasat Saddam selepas pemimpin itu ditemukan bersembunyi dalam sebuah lubang pada Disember 2003.

Menurut Nixon, White House mahukan jawapan sama ada terdapat sebarang bukti menunjukkan Saddam membangunkan senjata pemusnah yang boleh mengancam keselamatan AS atau rantau Arab ketika itu.

Namun selepas menyoal Saddam dan penasihatnya, Nixon mendapati bahawa program nuklear Iraq sudah dihentikan beberapa tahun sebelum tentera AS bersama sekutunya menceroboh Iraq atas alasan mahu memusnahkan senjata tersebut.

"Pasukan siasatan saya dilabel sebagai gagal oleh kerajaan AS apabila memberitahu tentang kebenaran tersebut.

"Malah saya tidak dijemput untuk menjelaskan keputusan siasatan kepada Presiden ketika itu, George W Bush sehingga 2008, dua tahun selepas Saddam dihukum gantung," katanya kepada portal berita BBC.

John Nixon
John Nixon.

Selain itu, Nixon mendedahkan bahawa beliau lebih sanggup menghabiskan masa bersama Saddam berbanding Bush yang lebih menyakitkan hati kerana enggan menerima keputusan siasatannya.

Malah katanya, Bush enggan menerima kenyataan dan penasihatnya hanya tahu menurut perintah.

"Saya fikirkan Presiden akan mendengar nasihat CIA tetapi sebenarnya tidak kerana politik sentiasa mengatasi perisikan," katanya.

Nixon juga mengakui beliau berasa malu dengan pergolakan yang berlaku di Iraq pada hari ini selepas kejatuhan Saddam.

Jelasnya, kerajaan AS yang dipimpin Bush tidak pernah fikirkan kesan yang bakal berlaku apabila menceroboh Iraq.

"Pergolakan turut menyebabkan kebangkitan militan Daesh dan rantau Arab mungkin lebih baik jika Saddam masih hidup," katanya.

BACA INI JUGA:

Sumber: mstar

'Raja Tuna' Menang Bidaan Seekor Ikan Bernilai RM2.69 Juta!

'Raja Tuna' Menang Bidaan Seekor Ikan Bernilai RM2.69 Juta!

Raja Tuna Jepun dari Jepun sekali lagi melakar kejutan apabila mengeluarkan belanja sebanyak AS$600,000 (RM2.69 juta) semata-mata membeli seekor ikan.

Kiyoshi Kimura

Usahawan produk sushi, Kiyoshi Kimura membuat bidaan paling tinggi dalam acara lelongan pertama bagi tahun baharu di pasar ikan Tsukiji di Tokyo, untuk membawa pulang ikan tuna sirip biru dengan nilai 74.2 juta yen (RMRM2.69 juta).

Pemilik rangkaian kedai sushi Sushizanmai kini boleh berbangga kerana berjaya memiliki ikan seberat 212 kilogram tersebut.

Pada harga tersebut, Kimura boleh mengenakan bayaran sebanyak AS$85 (RM381) bagi sepotong sushi tuna di 51 buah cawangan kedainya di seluruh Jepun.

Kiyoshi Kimura

"Saya rasa harga itu agak mahal tetapi saya gembira kerana berjaya membida ikan tuna yang memiliki saiz dan bentuk yang baik," katanya.

Kimura membina rangkaian perniagaannya sehingga menjadi jenama kebangsaan dengan mengeluarkan belanja besar setiap kali acara lelongan diadakan di Tsukiji dan kemenangan tersebut merupakan yang keenam berturut-turut.

Tahun lalu, Kimura tidak mempunyai masalah untuk mengenepikan pencabarnya dan membayar AS$117,000 (RM525,452) bagi mendapatkan seekor tuna seberat 200 kilogram.

Harga tersebut mungkin melampau tetapi Kimura sentiasa memastikan bahawa nilai ikan itu berbaloi untuk memberi pulangan kepadanya.

Kiyoshi Kimura

Setiap tahun, acara lelongan tersebut yang diadakan dalam tempoh singkat akan menjadi perhatian media di Jepun.

Pada Khamis, Kimura memberitahu media Jepun bahawa ikan tuna terbabit akan dipotong dan diagihkan ke rangkaian restorannya.

Acara lelongan pada tahun ini mungkin yang terakhir diadakan di Tsukiji, pasar ikan paling besar di dunia.

Sepatutnya acara itu beralih ke lokasi baharu pada September lalu tetapi perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran kebimbangan pencemaran toksik di tapak baharu berkenaan.

BACA INI JUGA: Kelebihan Makanan Sushi Yang Ramai Tidak Tahu!

Sumber: mstar

Suami Coco, 'Datuk' Azrin Anas Pengasas Skim Penipuan Pelaburan Emas Pegasus Bullion?

Suami Coco, 'Datuk' Azrin Anas Pengasas Skim Penipuan Pelaburan Emas Pegasus Bullion?

Instafamous yang popular gara-gara pelat mat sallehnya, Coco telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Azrin Anas, Ahad lalu.

Coco - Azrin Anas

Dan selepas Coco mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang dikenali sebagai Azrin Anas dan telah menjadi isteri kedua, pasangan ini telah mula dikecam oleh netizen.

Rata-rata netizen agak marah dengan tindakan Azrin berkahwin dengan Coco, sedangkan isteri pertama beliau didakwa sedang sarat hamil anak pertama mereka.

Ada beberapa pihak telah mula menjadi ‘penyiasat’ untuk mendedahkan perkara yang sebenar. Coco atau nama sebenarnya Marshairah Ismail yang mula viral selepas videonya bercakap pelat Mat Salleh yang agak ‘pelik’ telah menjadi bualan netizen.

Semenjak itu, populariti Coco semakin meningkat hari demi hari dan kini telah bergelar instafamous.

Dek kerana populariti ‘sekelip mata’ yang dimilliki oleh Coco ini, ada pihak mendakwa Azrin telah cuba untuk mengambil kesempatan atas populariti yang dimiliki isterinya itu.

Azrin yang didakwa menggunakan gelaran 'Datuk' palsu, merupakan bekas kepala besar skim penipuan ‘Pelaburan Emas PEGASUS BULLION’ dan ‘Pelaburan Forex GT NETWORK’.

Menurut laporan oleh unit Military Intelligence, Section 6 (Mi6), Azrin telah melarikan diri ke London dan menetap di sana semenjak skim ‘Pegasus Bullion telah ditutup sekitar tahun 2014-2015 lalu.

Kini, Azrin telah kembali semula ke Malaysia untuk berkahwin dengan Coco dan menjadikan wanita itu sebagai isteri keduanya.

Tujuan sebenar Azrin berkahwin dengan Coco hanyalah untuk mendapatkan marketing murahan dan membantu melariskan jualan skim penipuannya yang terbaru.

Lihat sahaja populariti yang telah dikecapi oleh Azrin apabila mendirikan rumah tangga dengan Coco?

Walaupun dikritik oleh netizen tetapi Azrin sudah mula mendapat nama dan dikenali oleh orang ramai. Azrin juga dikatakan bakal mewujudkan skim baru yang diberi nama BTCPIPS iaitu skim pelaburan berasaskan Bitcoin.

Sementara itu, Coco juga sudah mula dilihat mempromosikan skim pelaburan berasaskan Bircoin di akaun Instagramnya.

Untuk pengetahuan semua, Azrin ini bukan juruterbang tetapi hanyalah bekas juruterbang.

BACA INI JUGA: Oksana Neveselaya Guru Matematik Paling Cantik Di Dunia!

Sumber: utaranews

Sunnah Nabi Yang Mudah Namun Sering Diabaikan

Sunnah Nabi Yang Mudah Namun Sering Diabaikan

Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW berkaitan percakapan, perbuatan mahupun senyap diamnya (persetujuan) oleh Nabi Muhammad SAW.

Sunnah

Ia juga bererti sesuatu yang pelakunya mendapat ganjaran pahala dan tidak berdosa bagi yang meninggalkannya.

Di antara perbuatan sunah yang jarang dilakukan kaum muslimin adalah sebagai berikut.

1. Mendahulukan kaki kanan ketika memakai selipar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jika kamu memakai sandal/selipar, maka dahulukanlah kaki kanan dan jika melepaskannya dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya, maka hendaklah memakai kedua-duanya atau tidak memakai kedua-duanya sama sekali. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dapatlah difahamkan memakai kasut/sepatu juga atau lain-lainnya hendaklah dimulakan dengan yang sebelah kanan, kerana ada keberkatannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “"Apabila seseorang daripada kamu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya, hendaklah ia minum dengan tangan kanannya, hendaklah ia mengambil dengan tangan kanannya dan hendaklah ia memberi dengan tangan kanannya." (riwayat al-Hasan bin Sufiyan)

Daripada keterangan hadis-hadis yang lain, Nabi SAW telah mengamal dan membuktikan disiplin lebih luas iaitu meliputi kaki kanan, lambung kanan dan sebelah kanan.

Nabi SAW memulakan langkahnya dengan kaki kanan dan melangkah kaki kiri apabila memasuki tandas dan melangkah kaki kiri apabila keluarnya.

Baginda mendahulukan kaki tangan sebelah kanan apabila bersuci untuk wuduk dan menyisir rambut atau memakai kasut dan seumpamanya.

Solat juga diakhiri dengan memulakan salam ke sebelah kanan. Displin didahulukan kanan adalah lambang gerak-geri para mukmin dalam semua aktiviti harian mereka yang mulia.

2. Menjaga dan memelihara wuduk

Diriwayatkan daripada Thauban r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Istiqamahlah (konsistenlah) kamu semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kamu tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan Allah berikan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik perbuatan adalah solat, dan tidak ada yang selalu memelihara wuduknya kecuali seorang mukmin." (riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

3. Bersiwak (menggosok gigi dengan kayu siwak)

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Siwak dapat membersihkan mulut dan saranan untuk mendapatkan reda Allah." (riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud, Andai kata tidak memberatkan umatku necaya aku memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersiwak disunahkan setiap saat, lebih-lebih lagi ketika hendak berwuduk, bersolat, membaca al-Quran, ketika mulut berbau, pagi ataupun petang, ketika bangun daripada tidur dan hendak memasuki rumah.

Bersiwak merupakan perbuatan sunnah yang hampir tidak pernah dilakukan oleh kebanyakan orang kecuali yang mendapat rahmat daripada Allah SWT dan mendapatkan pahala yang sangat besar dan mulia.

4. Solat istikharah

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. bahawa ia berkata, "Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita tatacara solat istikharah untuk segala urusan, sebagaimana Baginda mengajarkan surah-surah al-Quran kepada kami." (Riwayat Bukhari)

Oleh itu, lakukanlah solat ini dan berdoalah dengan doa yang sudah lazim diketahui dalam solat istikharah.

5. Berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah SAW berkumur-kumur dan menghisap/menghirup air ke hidung secara bersamaan daripada satu ceduk air dan itu dilakukan sebanyak tiga kali (ketika berwuduk). (riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Berwuduk sebelum tidur dan tidur dengan posisi miring ke kanan

Diriwayatkan daripada Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah seperti hendak solat, kemudian tidurlah dengan posisi miring ke kanan dan bacalah: “Ya Allah, aku pasrahkan jiwa ragaku kepada-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, aku lindungkan punggungku kepada-Mu, kerana sayang sekali gus takut kepada-Mu, tiada tempat berlindung mencari keselamatan daripada (murka-Mu) kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dan dengan nabi yang Engkau utus." Jika kamu meninggal, maka kamu meninggal dalam keadaan fitrah. Dan usahakanlah doa ini sebagai akhir perkataan kamu." (riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Sujud syukur ketika mendapat nikmat atau terhindar daripada bencana

Sujud ini hanya sekali dan tidak terikat oleh waktu. Diriwayatkan daripada Abu Bakrah r.a. ia berkata, "“Jika Rasulullah SAW mendapatkan sesuatu yang menyenangkan atau disampaikan khabar gembira, maka Baginda langsung sujud dalam rasa bersyukur kepada Allah." (riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

8. Berlumba-lumba untuk mengumandangkan azan, bersegera menuju solat, serta berusaha untuk mendapat saf pertama

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Andai kata umat manusia mengetahui pahala di sebalik azan dan berdiri pada saf pertama kemudian mereka tidak mendapatkan bahagian kecuali harus mengadakan undian terlebih dahulu nescaya mereka membuat undian itu. Andai kata mereka mengetahui pahala bergegas menuju masjid untuk melakukan solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukannya."

"Andai kata mereka mengetahui pahala solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, nescaya mereka datang meskipun dengan merangkak." (riwayat Bukhari dan Muslim)

9. Berdoa ketika memakai pakaian baharu

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia berkata, "Rasulullah SAW jika mengenakan pakaian baharu, maka Baginda menamakan pakaian itu dengan namanya, baju, serban, selendang ataupun jubah, kemudian Baginda membaca: “Ya Allah, hanya milik-Mu semua pujian itu, Engkau telah memberiku pakaian, maka aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan tujuannya dibuat dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan tujuannya dibuat." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

10. Mengucap salam kepada semua orang Islam

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a. ia menceritakan, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Apa ciri keislaman seseorang yang paling baik? Rasulullah SAW menjawab: Kamu memberikan makanan (kepada orang yang memerlukan) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa ia menuturkan, "Rasulullah SAW berjalan melalui kumpulan kanak-kanak, lalu Baginda mengucapkan salam kepada mereka semua." (riwayat Muslim)

Ibnu Rajab menuturkan:, "Orang yang beramal sesuai ajaran Rasulullah SAW, meskipun amal itu sangat kecil, maka itu akan lebih baik daripada orang yang beramal tidak sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW walaupun dia sangat bersungguh-sungguh."

***

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mengikuti sunnah Rasul-Mu dan mengikuti jejaknya.

Ya Allah, kumpulkan kami dan kedua orang tua kami dan kaum muslimin semuanya ke dalam syurga-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Amin Ya Rabbal Alamin.

BACA INI JUGA: Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang!

Sumber: Utusan

Mufti Perlis Kata BR1M Bukan Rasuah

Mufti Perlis Kata BR1M Bukan Rasuah

Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut berpendapat bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan berunsur rasuah, malah rakyat tidak perlu mempersoal status halal atau haramnya.

Mufti Perlis

Beliau berkata masyarakat perlu jelas tentang makna rasuah yang bermaksud sesuatu pemberian berupa wang atau barangan daripada individu kepada seseorang yang lain bagi mendapat suatu ganjaran untuk kepentingan pemberi.

“Dalam soal bantuan BR1M, pihak yang memberi itu tidak pula menyatakan mereka mahu sesuatu ganjaran atau timbal balik daripada penerima, sebaliknya memaklumkan ia merupakan pemberian berupa bantuan.

“Malah bantuan itu diberi khusus bagi meringankan beban penerima, jadi konsep berkenaan bukanlah satu rasuah,” katanya pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan jemaah.

Mohd Asri berkata seseorang penerima sumbangan tidak wajar bertanyakan pihak pemberi tentang sumber wang berkenaan.

“Sebagai contoh, seseorang peniaga bertanya pembeli daripada mana wang yang digunakannya untuk membayar barang yang dijual kepadanya dan adakah wang itu halal atau haram.

“Sebagai penerima mereka boleh menerima wang daripada seseorang sama ada atas urusan jual-beli, pemberian bantuan atau sedekah tanpa perlu mencari asal usul daripada mana wang itu diperolehi,” katanya.

Beliau turut memberi contoh Nabi Muhammad SAW juga pernah menerima sumbangan wang daripada pemimpin Yahudi dan tidak bertanya dari mana sumber pemberian itu diambil. -bernama

Kalau BR1M Rasuah, Bagaimana Untuk Menerima Tetapi Tetap 'Halal'?

BR1M Rasuah

Pemberian BR1M dikaitkan dengan unsur rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang berikutan Najib sendiri dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu mengatakan pengagihannya akan dilakukan melalui pejabat UMNO bahagian-bahagian di seluruh negara.

Duit BR1M adalah duit rakyat yang diperolehi melalui cukai, termasuk GST. Ia bukan duit UMNO atau wang derma yang diperolehi oleh Najib. Bermakna, bukan saja semua rakyat yang layak berhak menerimanya, bahkan ia tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan UMNO, BN atau mana-mana parti politik.

Apabila diberikan melalui pejabat UMNO, ia sudah mengarah kepada unsur rasuah. Sudah tentu ia diberikan dengan harapan dibalas dengan undi.

Ketua-Ketua UMNO bahagian yang menyampaikan sumbangan pasti akan mengambil kesempatan bercakap atau memberikan sepatah dua kata kepada penerima BR1M dalam bentuk merayu serta meminta undi daripada mereka.

Kepada penerima BR1M yang dikenal pasti tidak menyokong UMNO dan BN, ia akhirnya turut terdedah kepada unsur ugutan atau kata-kata yang kasar agar wang yang diterima dibalas dengan sokongan.

Dengan yang demikian, BR1M adalah merupakan pemberian yang diminta balasannya, bukan lagi untuk semata-mata membantu rakyat yang kesusahan. Jadi, unsur rasuah tidak lagi dapat dielakkan.

Tidak seperti bantuan tunai kepada warga emas atau bekalan air percuma yang diberikan di Pulau Pinang dan Selangor, ia disalurkan secara terus atau melalui pejabat kerajaan yang berkaitan tanpa melibatkan sama sekali sama ada DAP dan PKR.

Untuk mengelakkan BR1M dikaitkan dengan unsur rasuah atau penerimanya mungkin berasa was-was kerana bimbang menerima wang haram, jalan mudahnya ialah mereka mesti tidak memberi undi kepada BN dalam pilihanraya akan datang.

Mereka mesti membuktikan bahawa sekali pun diberikan BR1M, undi tetap tidak diberikan kepada BN. Ia dengan sendirinya menyebabkan wang BR1M itu terkeluar daripada definisi rasuah. -shahbudin

BACA INI JUGA: Kenapa Tun Mahathir Menganggap Pemberian BR1M Rasuah Kepada Rakyat?

Thursday, January 05, 2017

5 Pelaburan Terbesar Alibaba Sepanjang 2016

5 Pelaburan Terbesar Alibaba Sepanjang 2016

Tahun 2016 sememangnya merupakan tahun yang bersejarah buat Alibaba dan Jack Ma. Beliau lebih dikenali orang ramai berbanding sebelum ini, serta lebih banyak bekerjasama dengan syarikat yang terkenal di dunia.

Jack Ma

Dengan kepakaran beliau menguasai pasaran e-commerce, syarikat ini semakin mendapat perhatian orang ramai.

Selain itu, Jack Ma juga telah dilantik sebagai penasihat Kerajaan Malaysia melalui sektor ekonomi digital.

Alibaba nampaknya semakin berminat untuk menguasai pasaran global. Sepanjang 2016, pelbagai pelaburan kos besar yang telah dilaburkan Alibaba.

Berikut merupakan 5 pelaburan terbesar Alibaba sepanjang tahun 2016.

1. Ucar – $561 Juta USD

Ucar

Kami mulakan dengan pelaburan Alibaba paling kecil dalam senarai. Bermula dengan startup, syarikat Ucar ini menjalankan bisnes seumpama ‘Uber’ di China.

Pelaburan sebanyak $561 juta (~RM2.52 billion) ini bakal memberikan Alibaba sebanyak 10% share di dalam syarikat tersebut.

Pelaburan kepada syarikat Ucar ini merupakan pelaburan kedua Alibaba bagi industri ride-sharing di China selain daripada Didi Chuxing.

2. Magic Leap – $793 Juta USD

Magic Leap

Syarikat yang semakin meningkat naik ini berjaya mencuri hati Jack Ma. Untuk pengetahuan anda, Magic Leap merupakan sebuah syarikat yang membangunkan teknologi melibatkan augmented reality atau lebih dikenali dengan AR.

Kerjasama Magic Leap bersama Alibaba ini turut mendorong syarikat teknologi China menggunakan khidmat mereka.

Walaubagaimanapun, syarikat ini masih jauh dibelakang syarikat-syarikat besar seperti Microsoft.

Suntikan dana sebanyak $793 juta USD ini juga bakal memberikan Magic Leap untuk tampil lebih kompetitif.

3. Lazada – $1 Bilion USD

Lazada

Rasanya tidak perlu lagi untuk memperkenalkan syarikat yang semakin meningkat naik ini. Kaki shopping online mesti kenal sangat dengan syarikat ini.

Alibaba mula sedar kehadiran syarikat Lazada selepas syarikat ini berjaya menguasai pasaran ecommerce untuk untuk Asia Tenggara.

Pelaburan sebanyak $1 bilion USD (~RM4.49 billion) ini bakal memberi peluang buat Alibaba sebagai controlling stake di dalam Lazada.

Dengan pelaburan besar yang dibuat, dijangkakan Alibaba juga bakal lebih serius dengan e-commerce untuk pasaran Asia Tenggara.

4. Ele.me – $1.25 Bilion USD

Ele.me

Pelaburan kedua terbesar Alibaba nampaknya sebuah syarikat yang menawarkan servis penghantaran makanan.

Pelaburan sebanyak $1.25 bilion USD ini agak mengejutkan kami berikutan jumlahnya yang besar serta nama syarikat yang pada kami tidak begitu popular.

Dikatakan syarikat Ele.me ini berjaya menjadi pioneer di dalam servis yang ditawarkan serta turut mengambil pesanan daripada restoran-restoran yang diminta pelanggan.

Pelaburan besar daripada Alibaba ini bakal memberi akses buat Alibaba menguasai aplikasi Ele.me serta operasi anak syarikat Ele.me iaitu Koubei.

5. Didi Chuxing – $4.5 billion USD

Didi Chuxing
Tim Cook bersama President Didi Chuxing.

Tahun yang gemilang buat Didi Chuxing, ‘Uber’ versi China ini berjaya menjadi pilihan rakyat China berbanding Uber.

Selain itu, masalah syarikat Uber yang gagal beroperasi di beberapa wilayah di China turut menjadi advantage buat Didi Chuxing.

Dixi Chuxing telah dipilih sebagai syarikat yang menerima wang pelaburan tertinggi daripada Alibaba sebanyak $4.5 billion (~RM20.22 billion)

Syarikat ini juga turut menerima dana daripada Syarikat Apple sebanyak $1 billion USD.

Melihatkan kepada jumlah dana yang diterima, kami amat teruja untuk melihat perjalanan Didi Chuxing untuk mengembangkan bisnes mereka.

BACA INI JUGA: Billionaire Jack Ma Pernah Ditolak 30 Permohonan Kerja Termasuk KFC

Sumber: thevocket

Samsung Lancar Galaxy A5 Dan Galaxy A7 Series Terbaru 2017

Samsung Lancar Galaxy A5 Dan Galaxy A7 Series Terbaru 2017

Samsung membuka tirai tahun baru 2017 dengan pelancaran telefon pintar terbaharu, Galaxy A Series 2017, telefon pintar kelas pertengahan dari Samsung.

Samsung Galaxy A5 & A7 (2017)

Galaxy A Series baharu itu diperkenalkan dalam dua varian iaitu Samsung Galaxy A5 dan Samsung Galaxy A7 yang masing-masing dijual pada harga runcit RM1,699 serta RM1,899.

Samsung Galaxy A5 dan Samsung Galaxy A7 merupakan edisi terbaharu dan ia akan melengkapi keperluan generasi abad baru yang sentiasa menginginkan kehidupan sosial yang aktif dan spontan.

Samsung pada julung-julung kali memperkenalkan Samsung Galaxy Siri A Series terbaharu yang tampil muda, trend terkini dan penuh bergaya demi memenuhi keghairahan generasi abad baru.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah menempah telefon masing-masing bermula 6 Januari hingga 15 Januari. Tempahan boleh dilakukan melalui pengedar sah yang berdekatan.

Anda juga akan menerima set kepala Samsung Level U Pro percuma yang bernilai RM399 jika anda membuat tempahan dalam tempoh tersebut. Tempahan akan mula diedar pada 25 Januari 2017.

Pilihan Warna

Menariknya, Samsung Galaxy A5 dan Samsung Galaxy A7 didatangkan dengan pilihan warna 'Black Sky' serta 'Gold Sand'.

Siri baru Galaxy A kalis air

Kalis air

Mengenai keunikan reka bentuk Samsung Galaxy A Series terbaharu itu, ia menampilkan pelbagai manfaat utama termasuk kalis air dan debu (IP68) yang merupakan pertama dalam kelas seumpamanya.

Antaranya, kelengkapan IP68 yang bermakna kalis air dan debu jadi kalau setakat telefon anda basah ketika musim hujan, banjir ataupun mahu digunakan dalam kolam renang pun tidak akan mendatangkan masalah.

Samsung Galaxy A Series (2017) Telefon Samsung Pay Termurah Dalam Pasaran

Jika diamati helaian spesifikasi, Samsung Galaxy A Series terbaharu ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama kecuali pada saiz paparannya.

Samsung Galaxy A7 (2019) menampilkan paparan Super AMOLED beresolusi HD penuh bersaiz 5.7 inci. Samsung Galaxy A9 menggunakan panel paparan yang lebih kecil iaitu 5.2 inci daripada jenis Super AMOLED dengan resolusi HD penuh.

Bateri

Galaxy A7 (2017) yang lebih besar mempunyai bateri yang 3,600 mAh manakala Galaxy A (2017) menggunakan bateri sedikit kecil, pada 3,000 mAh. Kedua-duanya boleh dicas pantas.

RAM & Storan

Selain paparan dan kapasiti bateri, Samsung Galaxy A Series berkongsi komponen-komponen lain. Masing-masing menggunakan cip pemproses kuadteras 1.9 GHz dengan RAM 3 GB serta storan dalaman 32GB.

Kamera

Camera

Pada kamera, Samsung Galaxy A Series memiliki kemudahan kamera 16 megapiksel berserta lensa f1.9 yang mampu merakamkan imej dalam keadaan cahaya malap dan malam dengan baik.

Bukan itu sahaja, bagi memudahkan untuk merakam selfie, ia turut disertakan dengan butang kamera terapung pada skrin telefon serta bateri yang tahan lama.

Kemudian, satu lagi ciri yang wujud dalam peranti ini ialah kemudahan kamera yang mampu merakam dalam pencahayaan rendah. Syok untuk selfie pada waktu malam!

Samsung turut melengkapkan aplikasi kamera dengan penggunaan cahaya skrin, bagi mengambil gambar swafoto yang lebih cerah.

Selain itu, ia mampu menghasilkan kualiti video yang awesome jadi kepada kaki-kaki video yang kerap membuat penampilan secara langsung di Facebook, ia berita baik!

Skrin

Skrin Galaxy A Series (2017) menggunakan paparan Super AMOLED dan akan menyokong fungsi Paparan Sentiasa Hidup (Always On Display).

Ia boleh memaparkan pelbagai info seperti masa dan kalendar, tanpa perlu menghidupkan skrin, sekaligus menjimatkan masa dan tenaga.

Pembesar Suara

Satu perkara yang agak pelik, adalah pembesar suara yang terletak di sisi kanan telefon. Ia dipergunakan oleh Samsung dalam model Galaxy J7 Prime.

Tetapi ia mungkin lebih baik dari terletak di bawah, jika menonton skrin secara mendatar, bunyi akan kedengaran lebih rata dari atas, berbanding dari sebelah tepi sahaja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Bagaimana Perang Salib Pertama Tercetus Dan Baitulmaqdis Ditawan

Bagaimana Perang Salib Pertama Tercetus Dan Baitulmaqdis Ditawan

The Crusades: Satu perspektif Arab di dalam dokumentari empat siri yang menceritakan kisah dramatik perang salib menerusi mata Arab.

Perang Salib

Dari rampasan Baitulmaqdis (Jerusalem) oleh Pope Urban II pada 1099, penawanan semula oleh Salahuddin Al-Ayubi (turut dikenali sebagai Saladin), cubaan rampasan semula oleh Richard the Lionheart's dan tamatnya perang suci pada 1291.

Siri ini bersumberkan siri yang sama yang dikeluarkan oleh Al-Jazeera dan digubal supaya bersesuai dengan bahasa Melayu.

Bahagian Satu: Kejutan - Perang Salib Pertama dan Penaklukan Baitulmaqdis

Perang Salib juga dikenali sebagai perang suci namun, akar umbi konflik 200 tahun ini terletak bukan sahaja pada agama, malah pada keadaan ekonomi di zaman pertengahan Eropah.

"Pada masa sekitar perang salib, Eropah mengalami musim kemarau beberapa kali yang menyebabkan penduduknya hilang kepercayaan kepada segala-galanya", kata Antoine Domit, professor sejarah di Universiti Lebnon.

Selepas berabad-abad menguasai Eropah, yang sebahagian besarnya menerusi tentera empayar Rom, lembangan Mediterranean telah jatuh ke dalam kawalan orang Muslim.

Disebabkan itu, Muslim berada dalam kedudukan mengepung Eropah, dari Sepanyol di barat kepada timur Mediterranean di timur.

"Bagi orang Eropah, kawasan timur adalah 'A Thousand and One Nights (Seribu Satu Malam)'. Ia melambangkan kekayaan, pakaian yang cantik-cantik, gundik-gundik muda, kehidupan yang berkembang maju, muzik dan kebudayaan", kata Elias al-Kattar, yang juga professor sejarah di Universiti Lebnon.

Ketika orang Muslim hidup dalam kemakmuran, Eropah pula telah jatuh miskin dan dilanda pelbagai konflik.

"Masyarakat barat medieval merupakan masyarakat feudal, yang bermakna ketika itu golongan bangsawan bertanggungjawab ke atas sekumpulan ramai orang yang tidak mempunyai tanah," kata Jan Vendeburie, dari School of History, Universiti of Kent.

Ishaaq Abaid, professor sejarah di Universiti Ain Shams menjelaskan bahawa "hanya satu peratus dari masyarakat mempunyai gelaran 'count', 'duke' atau 'baron', yang mempunyai tanah untuk pertanian. 99 peratus dari penduduk Eropah dipanggil serfs dan bekerja di atas tanah-tanah ini".

Kebanyakan penduduk Eropah pada abad ke-11 ini berada dalam kemiskinan dan berhempas pulas untuk hidup, disamping perang dan konflik antara kesatria menjadi rutin kehidupan seharian mereka.

Pope Gregory VII dan idea perang suci

Pope Gregory IV
Lakaran Pope Gregory IV. Foto: Wikipedia.

Di sebelah Mediterranean, hidup pula orang Muslim yang hidup dalam kemakmuran dan kebudayaan tinggi, namun disebalik kegemilangan itu, tersembunyi perpecahan politik dan agama yang mendalam.

Muslim Turki Seljuk mula mengembangkan empayar mereka di setiap arah. Perkembangan yang paling serius adalah di Asia Minor menentang Empayar Kristian Byzantine.

Dan selepas pertarungan Manzikert pada 1071, Seljuks semakin menghampiri ibu kota Empayar Byzantine, Istanbul. Disebabkan itu, Emperor Alexios Komnenos meminta bantuan dari Eropah Barat.

"Pope Gregory VII melihat perkara ini sebagai peluang sempurna untuk merealisasi impiannya untuk mengawal Gereja Holy Sepulchre dan mengumpulkan semua angkatan tentera dibawah kepimpinan pope dalam satu kempen yang dinamakan 'projek Tuhan'", kata ketua bahagian sejarah Universiti Zaqaziq, Qassem Abdu Qassem.

Professor sejarah di Universiti Helwan, Zubeida Atta berkata, "Pope Gregory menghasilkan idea perang suci. Dia merupakan individu yang memberikan idea untuk membuat satu kempen ke timur bagi menuntut semula kubur Jesus Christ (Nabi Isa) dari tangan orang Muslim, yang dia percaya diambil secara paksa".

Namun, Pope Gregory meninggal pada 1085 sebelum dia dapat merealisasikan projek itu bagaimanapun, pewarisnya, Pope Urban II menyahut untuk menyambung projek terbabit.

"Dia (Pope Urban II) seorang yang fanatik dan mempunyai kepercayaan yang mendalam untuk mengeksport keluar Katolik dan 'mengtenterakan Kristian'", kata professor sejarah di Universiti Sharjah, Moenes Awad.

Perang Suci Pertama: 'Ia adalah kehendak Tuhan'

Panggilan untuk Perang suci yang pertama dibuat pada November 1095 oleh Pope Urban II di bandar Clermont, Perancis - di mana dia telah mengadakan satu majlis gereja katolik.

Namun, perhimpunan yang pada mulanya bersifat keagamaan bertukar secara dramatik apabila Pope Urban membuat ucapan yang menjadi titik mula peperangan berdarah dua abad ini.

Di perhimpunan itu, Pope Urban memberi ucapan yang sangat spiritual serta berjanji penebusan dosa bagi sesiapa yang pergi dan berjuang di dalam perang suci.

"Berlawan adalah tanggungjawab kamu, kamu mesti terus berlawan untuk mempertahankan harta kita, tanah kita.

"Harta kita kepunyaan kamu. Kita mesti melawan mereka yang tidak percaya ini dan mengambil semula tanah suci kita. Ianya kehendak Tuhan".

Pope Urban II menyusun jadual rapi untuk kempen pertama itu yang sepatutnya dijalankan pada musim panas tahun 1096.

Tetapi ada juga yang tidak sabar lalu mengabaikan perintah jadual itu dan menemui seorang pemimpin yang akan membimbing segera mereka untuk ke timur, seorang rabib tua bernama Peter Hermit.

Kumpulan yang bersemangat besar, tetapi tidak berdisiplin itu bergerak menuju ke Baitulmaqdis namun di hancurkan oleh Muslim Seljuks di Asia Minor.

Kini, pada musim panas 1096, kumpulan yang patuh dan tersusun dibawah Pope Urban II menjadi semakin kuat dan besar apabila dikumpulkan sedikit demi sedikit. Askar-askar ini membentuk kumpulan perang salib pertama dan diketuai oleh tokoh-tokoh bangsawan Eropah.

"Askar-askar ini bertolak dari Eropah barat dan bergerak menuju ke tanah suci. Ada yang pergi untuk mempertahankan reputasi mereka dan ada juga yang pergi untuk mendapatkan tanah baru dan membina empayar", kata Abdu Qassem.

Askar
Askar perang salib.

Pada penghujung 1096, tentera Eropah tiba di bandar Byzantine, Istanbul.

Kata Professor al-Bishawy dari Open University Jerusalem, tentera-tentera itu bersumpah setia kepada emperor Byzantine, Alexios Komnenos dan berjanji akan memulangkan tanah yang diambil oleh Muslim Seljuk. Tawaran ini penting buat mereka (tentera eropah) supaya dapat kebenaran untuk bergerak ke timur.

Selepas merentasi Bosporus, tentera salib berbaris menuju ke kota Seljuk, Bandar Nicaea, di Asia Minor.

Berpegang kepada sumpah kepada emporer sebelum ini, mereka memulangkan kembali Nicaea kepada Byzantines namun, ketika gerombolan tentera itu menuju ke Asia Minor, ada beberapa dari mereka 'mengetepikan matlamat suci mereka' apabila mengambil keputusan untuk ke bandar Edessa.

Salah seorang komander, Baldwin of Boulogne, bergerak menuju ke Edessa yang kemudiannya menjadi negeri pertama tentera salib di timur.

"Penawanan Edessa menunjukkan tentera salib tidak dibimbing oleh apa-apa telunjuk agama.

"Tentera salib menggunakan dalih untuk membebaskan Holy Sepulchre dari 'mereka yang tidak percaya'.

"Tetapi Edessa bukannya berada di laluan Baitulmaqdis, tidak mempunyai makam mana-mana pengikut Jesus dan bukannya tempat untuk diziarah", kata Muhammad al-Makhzoumy, professor sejarah di Universiti Lebnon.

Bagaimanapun, sebahagian besar tentera salib, berarak ke arah Antioch, satu bandar yang diberi gelaran the cradle of Christianity, memandangkan perkataan Christian berasal dari situ.

Pada Jun 1098, Antioch ditawan dan dipimpin oleh Bohemond the Norman, Price of Taranto namun, tentera salib tidak memulangkan Antioch kepada emperor Byzantine sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.

Selepas Antioch, tentera itu menghala ke selatan, ke arah Baitulmaqdis.

Penawanan Baitulmaqdis

Selepas tiga tahun menempuhi perjalanan panjang, pertarungan berdarah, wabak dan kebuluran, tentera salib akhirnya memasuki Baitulmaqdis.

"Akhirnya, ketegangan mereka selama tiga tahun (perjalanan) terlerai dan mereka akhirnya mencapai matlamat spiritual mereka.

"Kini, situasinya adalah tentera salib ingin menyucikan bandar itu dan mengambilnya untuk diri mereka," kata Jonathan Philips, professor sejarah di Royal Holloway, Univerisiti London.

Menurut Antoine Domit, mereka mulakan (proses itu) "dengan satu pembunuhan beramai-ramai, mereka bunuh semua orang di jalanan, dalam rumah dan dilorong-lorong."

Venderburie menjelaskan bahawa ianya sukar untuk tentera salib membezakan antara Kristian tempatan, Muslim dan Yahudi kerana mereka semua kelihatan sama sahaja, seperti orang Arab.

"Kejayaan perang salib pertama untuk menawan Baitulmaqdis bukan sahaja penting dalam merialisasikan impiah Eropah, malah ia juga menghukum Muslim dan orang Arab kerana perpecahan dan pergaduhan dalaman mereka," kata Abdu Qassem.

Dengan penawanan Baitulmaqdis, perang salib pertama mencapai matlamat mereka, namun kejayaan ini tidak kekal lama. Ia adalah pembukaan kepada siri dramatik bagi satu peperangan yang panjang.

BACA INI JUGA: Damascus, Pedang Lagenda Paling Tajam Di Dunia

Sumber: siakapkeli