Thursday, November 02, 2017

20 'James Bond' CIA Berjaya Di Bunuh China!

20 'James Bond' CIA Berjaya Di Bunuh China!

Kerajaan China membunuh atau memenjarakan antara 18 hingga 20 pengintip Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam tempoh dua tahun yang melumpuhkan operasi intipan Amerika Syarikat di negara itu.

CIA

Menurut The New York Times, pemberi maklumat CIA itu dibunuh atau dipenjara antara 2010 hingga 2012 dan sehingga kini, CIA masih gagal mengenal pasti bagaimana identiti pengintip terbabit bocor.

CIA tidak dapat memastikan sama ada pengintip dalam agensi itu yang membocorkan identiti atau China berjaya menggodam sistem perhubungan CIA.

Menurut akhbar itu yang memetik sumber pegawai yang masih bertugas dan bekas pegawai Amerika, China membunuh sekurang-kurangnya 12 orang yang memberi maklumat kepada CIA antara 2010 hingga 2012, memusnahkan rangkaian intipan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina.

Seorang pengintip CIA ditembak mati di depan bangunan kerajaan di Beijing, kejadian yang dijadikan contoh untuk memberi amaran kepada sesiapa yang bekerja dengan Amerika.

CIA enggan mengulas mengenai laporan The New York Times Mei 2017 lalu.

Amerika mula mendapat maklumat penting mengenai China pada 2010 daripada pengintipnya yang berada dalam kerajaan, termasuk rasuah membabitkan pemimpin kanan China.

Namun, tidak lama kemudian maklumat semakin berkurangan dan pengintip CIA hilang mulai 2011.

Apabila semakin ramai pengintip dibunuh, FBI dan CIA melakukan siasatan bersama, memeriksa semua operasi membabitkan pengintipan di China serta menyiasat setiap kakitangan kedutaannya di China.

Walaupun siasatan membawa kepada penumpuan terhadap seorang ejen CIA yang mengendalikan operasi di China, namun tiada cukup bukti untuk menahannya.

Akhbar kerajaan China yang berpengaruh, China's Global Times, memuji kejayaan menghapuskan rangkaian pengintipan Amerika melalui ruangan lidah pengarangnya yang dianggap sebagai kemenangan besar China.

“Jika laporan itu betul, kami memberi pujian besar kepada aktiviti anti-pengintipan China.

"Bukan hanya memusnahkan rangkaian pengintip CIA, Washington juga tidak tahu apa yang berlaku dan apa kesilapan mereka,” lapor akhbar itu.

Namun, akhbar itu menyatakan laporan mengenai pengintip CIA ditembak di depan bangunan adalah tidak benar dan menganggap ia sengaja diada-adakan berdasarkan ‘khayalan ideologi gaya Amerika’.

BACA INI JUGA: PANAS! CIA Dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370

sumber: hmetro

Friday, January 06, 2017

Iraq Lebih Aman Bersama Saddam, CIA Sahkan Iraq Tiada Senjata Pemusnah!

Iraq Lebih Aman Bersama Saddam, CIA Sahkan Iraq Tiada Senjata Pemusnah!

Individu pertama yang ditugaskan menyoal siasat Saddam Hussein selepas Presiden Iraq itu ditahan oleh pasukan tentera AS pada 2003, mengakui bahawa pemimpin tersebut tidak membangunkan senjata pemusnah seperti yang didakwa oleh Washington.

Saddam Hussein

Malah bekas penganalisis Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Nixon turut mengakui bahawa rantau Arab akan lebih aman sekiranya Saddam tidak digulingkan oleh tentera penceroboh.

Nixon ditugaskan oleh kerajaan AS untuk menyiasat Saddam selepas pemimpin itu ditemukan bersembunyi dalam sebuah lubang pada Disember 2003.

Menurut Nixon, White House mahukan jawapan sama ada terdapat sebarang bukti menunjukkan Saddam membangunkan senjata pemusnah yang boleh mengancam keselamatan AS atau rantau Arab ketika itu.

Namun selepas menyoal Saddam dan penasihatnya, Nixon mendapati bahawa program nuklear Iraq sudah dihentikan beberapa tahun sebelum tentera AS bersama sekutunya menceroboh Iraq atas alasan mahu memusnahkan senjata tersebut.

"Pasukan siasatan saya dilabel sebagai gagal oleh kerajaan AS apabila memberitahu tentang kebenaran tersebut.

"Malah saya tidak dijemput untuk menjelaskan keputusan siasatan kepada Presiden ketika itu, George W Bush sehingga 2008, dua tahun selepas Saddam dihukum gantung," katanya kepada portal berita BBC.

John Nixon
John Nixon.

Selain itu, Nixon mendedahkan bahawa beliau lebih sanggup menghabiskan masa bersama Saddam berbanding Bush yang lebih menyakitkan hati kerana enggan menerima keputusan siasatannya.

Malah katanya, Bush enggan menerima kenyataan dan penasihatnya hanya tahu menurut perintah.

"Saya fikirkan Presiden akan mendengar nasihat CIA tetapi sebenarnya tidak kerana politik sentiasa mengatasi perisikan," katanya.

Nixon juga mengakui beliau berasa malu dengan pergolakan yang berlaku di Iraq pada hari ini selepas kejatuhan Saddam.

Jelasnya, kerajaan AS yang dipimpin Bush tidak pernah fikirkan kesan yang bakal berlaku apabila menceroboh Iraq.

"Pergolakan turut menyebabkan kebangkitan militan Daesh dan rantau Arab mungkin lebih baik jika Saddam masih hidup," katanya.

BACA INI JUGA:

Sumber: mstar