Thursday, November 02, 2017

20 'James Bond' CIA Berjaya Di Bunuh China!


Kerajaan China membunuh atau memenjarakan antara 18 hingga 20 pengintip Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam tempoh dua tahun yang melumpuhkan operasi intipan Amerika Syarikat di negara itu.

CIA

Menurut The New York Times, pemberi maklumat CIA itu dibunuh atau dipenjara antara 2010 hingga 2012 dan sehingga kini, CIA masih gagal mengenal pasti bagaimana identiti pengintip terbabit bocor.

CIA tidak dapat memastikan sama ada pengintip dalam agensi itu yang membocorkan identiti atau China berjaya menggodam sistem perhubungan CIA.

Menurut akhbar itu yang memetik sumber pegawai yang masih bertugas dan bekas pegawai Amerika, China membunuh sekurang-kurangnya 12 orang yang memberi maklumat kepada CIA antara 2010 hingga 2012, memusnahkan rangkaian intipan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina.

Seorang pengintip CIA ditembak mati di depan bangunan kerajaan di Beijing, kejadian yang dijadikan contoh untuk memberi amaran kepada sesiapa yang bekerja dengan Amerika.

CIA enggan mengulas mengenai laporan The New York Times Mei 2017 lalu.

Amerika mula mendapat maklumat penting mengenai China pada 2010 daripada pengintipnya yang berada dalam kerajaan, termasuk rasuah membabitkan pemimpin kanan China.

Namun, tidak lama kemudian maklumat semakin berkurangan dan pengintip CIA hilang mulai 2011.

Apabila semakin ramai pengintip dibunuh, FBI dan CIA melakukan siasatan bersama, memeriksa semua operasi membabitkan pengintipan di China serta menyiasat setiap kakitangan kedutaannya di China.

Walaupun siasatan membawa kepada penumpuan terhadap seorang ejen CIA yang mengendalikan operasi di China, namun tiada cukup bukti untuk menahannya.

Akhbar kerajaan China yang berpengaruh, China's Global Times, memuji kejayaan menghapuskan rangkaian pengintipan Amerika melalui ruangan lidah pengarangnya yang dianggap sebagai kemenangan besar China.

“Jika laporan itu betul, kami memberi pujian besar kepada aktiviti anti-pengintipan China.

"Bukan hanya memusnahkan rangkaian pengintip CIA, Washington juga tidak tahu apa yang berlaku dan apa kesilapan mereka,” lapor akhbar itu.

Namun, akhbar itu menyatakan laporan mengenai pengintip CIA ditembak di depan bangunan adalah tidak benar dan menganggap ia sengaja diada-adakan berdasarkan ‘khayalan ideologi gaya Amerika’.

BACA INI JUGA: PANAS! CIA Dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370

sumber: hmetro

1 comment

  1. Susah nak percaya zaman fitnah .

    Apa yang penting berusaha meningkatkan iman dan takwa jelah..

    Moga iman terpelihara dan tidak taksub dengan urusan Dunia semata mata..

    Sorry admin.

    Komen lari tajuk

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon