Tuesday, March 29, 2022

Felda Bukan Gagal, Tetapi Dirompak Oleh Ahli Politik!

Felda Bukan Gagal, Tetapi Dirompak Oleh Ahli Politik!

Felda dibangunkan pada tahun 1956 melalui pembiayaan kerajaan Persekutuan, Bank Dunia dan institusi kewangan lain dengan nilai RM8.7 bilion. Felda kemudian berjaya melunaskan pinjamannya pada tahun 2000 yang mana terdapat pinjaman tempoh matangnya ialah pada 2020.

Rasuah Halal

Tiba-tiba, pada tahun 2009, Felda mula membuat pinjaman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk program tanam semula dan pelaburan FGV Holdings Bhd (FGV) serta Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Pada tahun 2018, hutang terkumpul Felda meningkat kepada RM10.67 bilion berbanding RM1.5 bilion pada 2009.

FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012 walaupun mendapat tentangan daripada sebahagian warga peneroka kerana kaedah penyenaraiannya yang dipertikaikan. Ia juga dianggap merisikokan sumber kewangan Felda.

Kebimbangan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila laporan kewangan pada tahun 2017 merekodkan kerugian sehingga RM4.9 bilion serta beban hutang RM12 bilion.

Usaha pemulihan berterusan

Isu hutang peneroka dibangkitkan sejak awal 2000 oleh NGO generasi Felda. Pada tahun 2015, tuntutan memuktamadkan hutang peneroka semakin kuat dengan gerakan beberapa NGO dari generasi Felda.

Proses tuntutan itu berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi berkaitan audit dan kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara yang berakhir pada 31 Disember tahun 2018 merumuskan bahawa sejumlah RM6 bilion yang direkodkan sebagai hutang peneroka tidak dapat dikenal pasti dan disahkan.

Nilai itulah yang menjadi keraguan dan pertikaian di antara peneroka dan generasinya dengan pihak pengurusan Felda.

Pada 10 April 2019, Kertas Putih Felda dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika itu, Azmin Ali, merangka beberapa langkah pemulihan termasuk memuktamadkan hutang peneroka.

Kerajaan selepasnya menyaksikan usaha memuktamadkan hutang peneroka diteruskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed dan Pengerusi Felda, Idris Jusoh.

Akhirnya penghapusan hutang peneroka dapat dilaksanakan melalui pengumuman perdana menteri ketika itu, Muhyidin Yassin pada 15 Julai 2021 ketika sambutan Hari Peneroka Kebangsaan.

Langkah pemulihan itu ditambah lagi dengan penerbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion serta usaha pengambilalihan FGV. Ia adalah langkah yang besar dan berani daripada Idris.

Peneroka dan generasi kemudian masih menunggu penyata kewangan Felda bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 untuk memastikan penghapusan yang dibuat benar-benar terzahir dalam laporan kewangan.

Mereka juga menunggu penyata kewangan interim dan tahunan sebagaimana termaktub dalam perjanjian tanam semula yang telah mereka tandatangani.

Usaha pemulihan diteruskan lagi melalui Belanjawan 2022 apabila Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan RM1.3 bilion untuk pakej pemulihan dan program pembangunan peneroka.

Kembali ke landasan asal

Melalui garis masa ini, warga Felda boleh menilai siapa sebenarnya juara. Ianya juga menunjukkan bahawa semua yang terlibat dalam kerajaan - sepanjang proses pemulihan, sama ada pemulihan urus tadbir dan juga sosioekonomi peneroka - adalah usaha merentasi sempadan politik kepartian.

Hal itu kerana semua pihak bersetuju bahawa Felda perlu dipulihkan daripada kerosakan teruk yang sudah berlaku.

Felda bukan gagal, tetapi ia dirosakkan oleh masalah tadbir urus dan kepentingan individu dan pihak tertentu pada satu tempoh yang singkat, oleh para penyamun yang agamanya Islam!

Pada hari ini, warga Felda telah matang dengan pengalaman. Semua proses pemulihan dilakukan dengan libat urus di semua peringkat.

Menjadi tanggungjawab bagi sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan untuk memastikan proses pemulihan berkenaan diteruskan.

Ia perlu bagi mengembalikan Felda ke landasan asal serta kegemilangannya.

Warga Felda menghargai dan menyokong segala usaha yang dibuat oleh kerajaan yang peka dengan mereka sama ada kerajaan ini, sebelumnya atau yang akan datang.

Hero sebenar Felda ialah warga Felda itu sendiri jika mereka cakna dan sentiasa bermuafakat agar tiada pihak dapat mengambil kesempatan sehingga memungkinkan kerosakan yang pernah berlaku kembali berulang.

NEGARA PENGAMAL RASUAH

Di Malaysia saat ini, apa yang berlaku ialah seolah-olah rasuah menjadi nadi penggerak negara. Begitulah bayangan jenayah rasuah di Malaysia. Ianya telah meresap ke dalam seluruh sistem pentadbiran awam dan sektor swasta.

Kesimpulan paling mudah dan ringkas untuk memahami gejala rasuah di Malaysia ialah apabila tokoh-tokoh politik dan pemimpin masyarakat terlibat dengan rasuah, bermakna ia merupakan pencetus kepada penyebaran rasuah.

Pemimpin dari serendah-rendah kedudukan hingga setinggi-tingginya terlibat dengan rasuah, telah cukup menjadikan amalan rasuah nadi dan pencetus penyebaran rasuah.

Tidak cukup hanya dengan kempen antirasuah dan amaran dari pihak berkuasa bahawa rasuah telah berada pada tahap amat kritikal. Amaran dan kempen tersebut ibarat debu yang berterbangan.

Apa yang peliknya, pengamal rasuah di Malaysia masih bebas berbicara, bahkan mereka sedikitpun tidak berasa bersalah.

Mereka masih tamak untuk berada di puncak kepimpinan dan masih diberi kepercayaan untuk memimpin negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini

Monday, March 28, 2022

Will Smith Tampar Chris Rock di Pentas Oscar!

Will Smith Tampar Chris Rock di Pentas Oscar!

Pelakon Will Smith mengejutkan ramai setelah naik ke pentas dan menampar pelawak Chris Rock ketika anugerah Oscar pada Ahad (27/3/2022), yang menjadi penyampai untuk anugerah dokumentari terbaik menyindir penampilan isterinya, Jada Pinkett Smith dalam acara itu.

Will Smith Tampar Chris Rock

Insiden itu dilihat seperti dirancang pada mulanya namun menjadi serius selepas Will Smith selepas itu menjerit dari tempat duduknya agar Chris Rock tidak menyebut nama isterinya.

"Keep my wife's name out of your f***ing mouth (Jangan sebut nama isteri aku)," katanya.

Acara itu disiarkan lambat beberapa saat di Amerika Syarikat dan audionya dipotong daripada siaran ekoran bahasa kasar yang digunakan.

Ia bermula apabila Chris Rock menjadikan beberapa calon sebagai bahan jenakanya dan menyebut "Jada, saya sukakan anda. Saya tak boleh tunggu untuk tonton G I Jane II."

Dia merujuk watak utama dalam filem G I Jane pada 1997 yang berambut botak. Jada Pinkett Smith mengalami masalah keguguran rambut sejak 2018.

Ketika itulah Will Smith naik ke pentas dan menampar Chris Rock dan hadirin dilihat ketawa kerana memikirkan insiden itu dirancang.

"Oh wow! Will Smith baru saja lempang aku. Ia cuma jenaka GI Jane," katanya diiringi ketawa hadirin.

Will Smith mengulangi kata-kata agar nama isterinya tidak disebut dan turut berpaling ke arah hadirin di belakang dan menjeri ke arah mereka, yang kemudian berhenti ketawa dan kelihatan terkejut.

Will Smith barangkali menjadi perhatian utama dalam acara itu memandangkan dia juga kemudian menang trofi pelakon lelaki terbaik anugerah berprestij itu.

Anugerah itu menerusi lakonannya dalam King Richard sebagai Richard Williams, bapa kepada dua jaguh tenis, Venus dan Serena Williams.

"Saya ingin memohon maaf kepada Academy. Saya ingin memohon maaf kepada semua calon yang lain," katanya dalam ucapan kemenangan.

Dia bagaimanapun tidak memohon maaf kepada Chris Rock.


BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini

Wednesday, March 02, 2022

Wajah Berubah Menjadi Keldai Kerana Memakan Riba

Wajah Berubah Menjadi Keldai Kerana Memakan Riba

Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak, keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.

Keburukan Riba

"Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut.

"Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja."

Wajah mayat bertukar jadi himar

"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu.

"Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu beritahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

"Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, "Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?"

Maka saya menjawab, "Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?"

"Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.

"Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu.

"Saya yang terpilih (Muhammad)."

"Saya lantas memegang jarinya dan berkata, "Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?"

Rahsia selawat 100 kali

"Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.

"Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu."

(Dipetik Dari Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah SAW)

Gambaran Himar (Keldai) Dalam Al-Quran

Himar atau keldai adalah binatang yang sering menjadi gambaran sebuah kedunguan. Di dunia Arab, binatang ini adalah binatang yang paling rendah di mata mereka. Untuk itulah al-Qur'an pun ketika menyebut himar untuk perumpamaan sesuatu, itu bererti sesuatu tersebut adalah merupakan hal yang sangat rendah dan hina.

Seperti ketika al-Qur'an mengabadikan nasihat Luqman, di akhir dari nasihat tersebut, Luqman menyampaikan kepada anaknya agar bersuara yang baik.

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." (Luqman 31:19)

Begitu pula ayat yang akan kita renungi berikut ini;

"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telah pun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim." (Al-Jumu’ah 62:5)

Ayat ini menyindir, memerli, menghina dan mencerca orang-orang Yahudi yang diberikan Allah Kitab Taurat tetapi tidak mengamalkannya.

Mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal di punggungnya tetapi tidak mengerti sama sekali isi kitab-kitab tersebut dan tidak mengambil manfaat sama sekali.

Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu.

Imam Ibnu Katsir menjelaskan, "Allah ta'ala berfirman menyebutkan keburukan Yahudi yang diberikan kepada mereka Taurat untuk diamalkan tetapi mereka tidak mengamalkannya.

"Perumpamaan mereka seperti himar (keldai) yang membawa kitab-kitab tebal. Mereka lebih buruk keadaannya daripada himar. Kerana himar tidak mempunyai pemahaman, sementara mereka boleh memahami tetapi tidak mengamalkannya." (Tafsir Ibnu Katsir 8/117, MS)

Ayat ini disampaikan kepada umat Muhammad SAW agar menjadi pelajaran bahawa generasi umat ini tidak boleh seperti generasi himar Yahudi.

Generasi yang mempunyai ilmu, wawasan, pengetahuan tentang baik dan buruk bahkan mereka memahami ilmu itu dengan baik, tetapi ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi mereka.

Mereka faham bahawa kebaikan harus dilakukan, tetapi tidak mereka lakukan. Mereka pun faham bahwa keburukan dan kejahatan harus dijauhi, tetapi tetap keburukan merupakan sebahagian yang tidak terpisahkan dari kehidupannya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: hafiz

Tuesday, March 01, 2022

Kronologi Perang Antara Rusia Dan Ukraine

Kronologi Perang Antara Rusia Dan Ukraine

Rusia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangan awal bermula lewat pagi pada 24.2.2022, dengan serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu dan mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di selatan.

Perang Rusia Dan Ukraine

Situasi ini adalah yang paling getir dalam sejarah 30 tahun Ukraine kerana terperangkap dalam persengketaan antara Rusia dan Amerika Syarikat serta sekutu Eropahnya.

Ukraine yang dilihat membelakangi Rusia dan menyokong perikatan Barat seperti NATO dan Kesatuan Eropah kini berhadapan dengan ujian terbesar mereka.

Perang Rusia-Ukraine bermula pada Februari 2014, terutamanya melibatkan Rusia dan tentera pro-Rusia di satu pihak dan Ukraine di pihak yang lain.

Sengketa tersebut awalnya tertumpu pada kedudukan Krimea dan bahagian-bahagian di Donbas, yang diiktiraf antarabangsa sebagai bahagian Ukraine.

Sengketa tersebut termasuk pengilhakan Rusia ke atas Crimea (2014), Perang Donbas (2014–sekarang), kejadian laut, perang siber, ketegangan politik dan peningkatan jumlah tentera Rusia berdekatan sempadan Ukraine dari tahun 2021.

Berikut adalah kronologi bagaimana Ukraine berada dalam keadaan getir seperti yang kita lihat pada hari ini.

1990-an: Kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet

Protes anti-komunis melanda Eropah Tengah dan Timur yang bermula di Poland sehingga ke seluruh negara Kesatuan Soviet. Pada Januari 1990, lebih daripada 400,000 rakyat Ukraine berganding bahu berpegangan tangan membentuk human chain sepanjang 400 batu sambil mengibarkan bendera kuning biru yang telah diharamkan pemerintah Soviet.

Malah, pihak berkuasa Ukraine yang baru juga memanggil semula tentera mereka yang menyertai Kesatuan Soviet dan mengundi untuk menutup loji nuklear di Chernobyl yang terletak di utara negara itu.

Pada 24 Ogos 1991, parlimen Ukraine mengisytiharkan kemerdekaan mereka buat kali kedua dan meraikan tarikh itu sebagai Hari Kemerdekaan. Kesatuan Soviet dibubarkan pada 26 Disember tahun yang sama dan pada tahun 1992, Ukraine mula menjalinkan hubungan rasmi dengan NATO walaupun belum menyertai perikatan itu.

Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, Ukraine ditinggalkan dengan simpanan nuklear ketiga terbesar di dunia dan melalui perjanjian yang dipanggil Memorandum Budapest, Ukraine bersetuju untuk menukar semua senjata nuklear sebagai jaminan perdamaian antara tiga penandatangan bersama iaitu AS, UK dan Rusia.

Dari tahun 1994 hingga 2004, Presiden Leonid Kuchma berjaya membantu peralihan Ukraine daripada sebuah republik Soviet kepada negara kapitalis dengan menswastakan perniagaan dan menambah baik peluang ekonomi antarabangsa.

2000-an: Hubungan goyah antara Barat dan Rusia

Pilihan raya presiden untuk menggantikan Kuchma diadakan di antara Viktor Yanukovych (dipilih oleh Leonid Kuchma sendiri) dan disokong oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, menentang pemimpin pembangkang yang popular dan pro-demokrasi iaitu Viktor Yushchenko.

Ketika penghujung kempen pilihan raya, Yushchenko tiba-tiba jatuh sakit dan disahkan oleh doktor bahawa dia telah diracun.

Victor Yanukovych memenangi pilihan raya itu walaupun dituduh melakukan penipuan. Rakyat Ukraine mengadakan bantahan secara besar-besaran yang dikenali sebagai Orange Revolution.

Setelah melakukan pengundian buat kali ketiga, Viktor Yushchenko memperolehi kemenangan dan menjadi Presiden Ukraine ketiga setelah negara itu bebas daripada Kesatuan Soviet.

Pada tahun 2008, Presiden Yushchenko dan Perdana Menteri Tymoshenko telah memohon agar Ukraine menjadi anggota pertubuhan NATO, dengan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W. Bush, menyokong penyertaan Ukraine tetapi Perancis dan Jerman menolak setelah Rusia menyatakan ketidakpuasan hati dengan tindakan itu.

Pada 1 Januari 2009, syarikat gas asli milik kerajaan Rusia iaitu Gazprom, berhenti mengepam gas ke Ukraine setelah rundingan mengenai harga bahan mentah itu gagal. Bahkan, beberapa negara Eropah lain yang bergantung pada saluran paip melalui Ukraine turut terjejas berikutan krisis itu.

Krisis itu selesai setelah Perdana Menteri Tymoshenko membuat rundingan baru dengan Vladimir Putin dan gas kembali disalurkan pada 20 Januari tahun yang sama.

2014: Revolusi Maidan

Viktor Yanukovych yang kalah pada 2004 telah memenangi pilihan raya presiden pada tahun 2010 dan dilantik menjadi presiden Ukraine yang baru. Dia menyatakan bahawa Ukraine perlu menjadi 'negara berkecuali' dan bekerjasama dengan kedua-dua pihak iaitu Rusia dan Barat.

Pada tahun 2011, Yanukovych telah menyiasat bekas Perdana Menteri Tymoshenko atas tuduhan salah guna kuasa dalam rundingan krisis gas dengan Rusia.

Tymosheko didapati bersalah dan dihukum penjara selama tujuh tahun dan keputusan itu dilihat Barat sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Yanukovych.

Pada tahun 2014, Yanukovych tidak mahu menandatangani perjanjian dengan Kesatuan Eropah dengan alasan mendapat tekanan daripada Rusia. Keputusan itu mencetuskan bantahan besar-besaran sejak Orange Revolution.

Atas arahan Yanukovych, pihak berkuasa mula menyerang penunjuk perasaan yang berhimpun di Maidan Square dan bangunan kerajaan sehingga menyebabkan lebih 100 orang terkorban. Sementara itu, Yanukovych melarikan diri ke Rusia.

Keadaan itu menyebabkan parlimen Ukraine menyingkirkan Yanukovych sebagai presiden dan menubuhkan kerajaan interim. Mereka memaklumkan akan menandatangani perjanjian Kesatuan Eropah dan membebaskan bekas Perdana Menteri Tymoshenko dari penjara.

2014: Pengilhakan Crimea dan Konflik Donbas

Rusia menganggap perubahan itu sebagai rampasan kuasa haram. Hampir serta-merta, pasukan bersenjata muncul di semenanjung Crimea yang merupakan salah satu sempadan Ukraine-Rusia. Putin pada mulanya menafikan mereka adalah tentera Rusia tetapi kemudian mengakuinya.

Setelah ditawan tentera Rusia, parlimen Crimea mengundi untuk berpisah dari Ukraine dan menyertai Rusia. Putin memuktamadkan pengilhakan Crimea dalam pengumuman pada 18 Mac 2014 kepada parlimen Rusia.

Sebagai tindak balas, AS dan sekutu di Eropah mengenakan sekatan ke atas Rusia dan tidak mengiktiraf pengilhakan Crimea. Ia adalah satu-satunya perubahan sempadan negara Eropah sejak Perang Dunia II.

Sejak itu, ketegangan antara Ukraine-Rusia semakin meningkat. Pertempuran antara tentera Rusia dan Ukraine terus berlanjutan terutamanya di wilayah Donbas. Walaupun beberapa perjanjian damai telah dibuat, ia tidak dapat menghentikan keganasan daripada berlaku.

Rusia juga berterusan menyerang Ukraine dalam beberapa siri serangan siber termasuklah ke atas grid kuasa pada 2016 dan 2017 sehingga menyebabkan blackout besar-besaran. Serangan siber dari Rusia masih berterusan sehingga hari ini.

2021: Krisis semakin meruncing

Rusia menghantar kira-kira 100,000 tentera ke sempadan Ukraine kononnya untuk latihan tentera. Presiden Volodymyr Zelensky yang dilantik pada 2019 menggesa NATO untuk menerima keahlian Ukraine sebagai ahli persatuan itu.

Walaupun Presiden AS, Joe Biden, komited menyokong Ukraine dan mengutuk serangan Rusia tetapi dia berulang kali mendakwa bahawa negara itu belum mempunyai kelayakan yang cukup untuk menyertai NATO.

Pada Disember 2021, Presiden Biden melalui panggilan telefon bersama Putin menggesa agar Rusia tidak menyerang Ukraine dan memberi amaran akan ada 'kesan' jika ia diteruskan. Sementara itu, Putin pula meminta agar NATO mengharamkan Ukraine daripada menjadi ahli jika mahu tentera Rusia berundur.

2022: Di ambang peperangan

Januari 2022: Pemimpin dan diplomat dari AS, Rusia dan negara Eropah bertemu berulang kali untuk mengelakkan krisis. Pada awal Januari, Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov, memberitahu bahawa Rusia tidak mempunyai rancangan untuk menyerang Ukraine.

Namun, ketegangan yang masih tinggi menyebabkan pihak kerajaan mengarahkan kakitangan semua kedutaan meninggalkan Ukraine pada 23 Januari. Pada keesokannya, NATO menempatkan pasukannya termasuk tentera AS seramai 8,500 orang.

Februari 2022: Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Chanselor Jerman, Olaf Scholz, telah mengembara ke Moscow dan Kyiv untuk berunding. Sementara itu Presiden Joe Biden menambah lagi 1,000 tentera di Romania dan 2,000 tentera di Poland.

10 Februari: Rusia dan Belarus menempatkan kira-kira 30,000 lagi tentera di sepanjang sempadan utara Ukraine bagi tujuan latihan.

11 Februari: AS dan UK menggesa rakyatnya di Ukraine untuk meninggalkan negara itu dan tidak akan menghantar sebarang bantuan menyelamat sekiranya tercetus peperangan.

24 Februari 2022: Rusia menggerakkan tentera ke dalam rantau yang dikawal puak pemisah pada 22 Februari 2022 dan peristiwa ini memuncak dengan pencerobohan penuh oleh Rusia ke atas Ukraine.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: 1

Wednesday, February 16, 2022

Berdosa Jika Jujur Berpolitik Di Negara Musang Berjanggut!

Berdosa Jika Jujur Berpolitik Di Negara Musang Berjanggut!

Ahli parlimen Parti Konservatif Britain, Michael Bates, ialah keturunan penjajah. Manalah layak sebenarnya untuk ditulis lalu dibaca oleh bangsa yang mulia lagi hebat seperti Melayu di tanah bertuah ini.

Negara Musang berjanggut

Tetapi dengan berat hati saya menukilkan juga nama dia yang menawarkan diri meletak jawatan hanya kerana terlewat beberapa minit tiba di parlimen untuk menjawab soalan dikemukakan pembangkang.

Kemudian ada pula nama Iain Lees-Galloway yang terpaksa dipetik juga. Dia ialah seorang menteri bagi kerajaan New Zealand sehinggalah dipecat oleh seorang perempuan bernama Jacinda Ardern pada 22 Julai 2020.

Puncanya, Lees-Galloway menjalin hubungan dengan seorang wanita yang juga kakitangan di pejabatnya selama 12 bulan sehingga ia dikhuatiri boleh menjejaskan tanggungjawab sebagai menteri.

Ya, benar. Tidak ada bukti lelaki berusia 43 tahun itu sudah menyalahgunakan kuasa apabila bercinta dengan kakitangan bawahannya. Tetapi dia diketepikan daripada jawatan sebagai menteri imigresen New Zealand.

Sebelum Lees-Galloway dihukum, dunia menyaksikan kerajaan New Zealand menguruskan seorang lagi menterinya yang melanggar peraturan yang dibuat mereka sendiri.

Cuma kali ini Jacinda, tidak perlu memecat sesiapa, kerana David Clark sendiri yang berundur dan meletakkan jawatannya sebagai menteri kesihatan.

Hal itu dilakukan ahli parlimen Dunedin itu selepas didapati melanggar prosedur operasi standard berkenaan perintah kawalan pergerakan.

Negara yang malang

Sebelum meletak jawatan, Jacinda sudah menurunkan pangkat David Clark selepas membawa keluarganya ke pantai ketika orang lain dilarang untuk bergerak bebas kerana Wellington mahu memastikan Covid-19 dapat dikalahkan.

Pada 2 Julai Clark menawarkan diri untuk meletak jawatan dan Jacinda dengan senang hati menerimanya.

Dengan neraca kita, ternyata New Zealand sebuah negara yang disumpah malang dan terkutuk kerana satu demi satu menterinya berundur kesipuan selepas terbabas melanggar undang-undang.

Asas perbuatan itu adalah moral, bukannya suatu jenayah. David Clark dan Lees-Galloway tidak mencuri duit rakyat pun. Mereka juga tidak merompak, atau melanggar lampu merah.

Tidak ada sebarang bukti juga mereka berkonvoi ke mana-mana sambil anggota keselamatan mengarahkan kenderaan lain berhenti atau ke tepi bagi memberi laluan kepada VVIP.

Tetapi mereka meletak jawatan. Alangkah malang dan buruknya nasib negara itu.

Sebenarnya ada banyak lagi nama orang kafir yang boleh disebut dan dipetik untuk menunjukkan bagaimana malangnya bangsa mereka kerana selalu bertindak berdasarkan persoalan moral.

Mereka sepatutnya belajar dari negara ini untuk berpolitik.

Kita di sini menjadi begitu maju dan terkedepan dari aspek menekuni siapa peserta siri pertandingan TV yang layak untuk jadi penyanyi, misalnya.

Atau siapa yang perlu dikipas - atau dijilat - agar peluang menjadi calon tidak padam ketika PRU semakin menghampiri.

Moral di negara ini ialah sibuk mengendap pengunjung hotel murah untuk diserbu.

Berniaga sambil bekerja sebagai penjawat awam berjawatan tinggi tidak ada kaitan dengan moral. Membeli saham pada harga yang zahirnya tidak sepadan dengan gaji bulanan seseorang juga tiada kaitan dengan moral. Itu adalah persoalan 'undang-undang' yang perlu diuruskan dengan 'betul'.

Semuanya tak perlukan moral

Kalau didakwa di mahkamah, seseorang itu tidak dianggap bersalah sehinggalah hukuman dijatuhkan.

Apabila hukuman dijatuhkan, dia masih tidak boleh dianggap bersalah sehinggalah rayuannya didengar dan diputuskan.

Selepas rayuan ditolak, dia masih tak bersalah kerana di sana ada mahkamah yang lebih tinggi untuk mendengar permohonan rayuannya.

Kalau takdirnya nanti dia disabitkan bersalah juga, ingatlah bahawa tuan-tuan guru sudah berpesan: itu semua hanyalah mahkamah dunia. Sebagai Muslim kita ada mahkamah akhirat.

Sementara hidup, tidak ada apa-apa yang harus dimalukan. Dalil? Mahu dalil yang bagaimana - semuanya ada. Ia bukan saja di hujung jari, tapi sentiasa melekat di hujung lidah!

Seperti 'fatwa' Datok Nikah Kahwin kepada Puspawangi dalam Musang Berjanggut: "Eehh, salah jugaklah, tapi itu tak jadi apa sebab undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin. Itu semua boleh padam!"

Negara ini sudah berpuluh-puluh tahun bergerak tanpa pertimbangan moral. Sama ada dalam kerajaan, badan korporat, syarikat bermodal RM1 atau penjaja jajan. Semuanya tidak perlukan moral.

Menghabiskan masa berborak dan menikmati teh tarik lebih lama - atau hampir sama - dengan waktu bekerja adalah suatu kemestian untuk bangsa yang terpilih ini.

Kerana menimbang sesuatu dengan perkiraan moral itu ajaran Barat yang sudah pasti akan ke neraka pada akhirnya. Itulah kesudahan yang amat buruk.

Itik yang patah kakinya pun tidaklah seburuk kesudahan itu.

Jika di negara luar kebanyakan orang politiknya sibuk menjaga maruah dan integriti kerana ia sentiasa boleh dipersoalkan oleh rakyat, kita di sini sibuk mencari dalil untuk membersihkan diri sendiri.

Dan pada akhirnya kita pun akur bahawa ia adalah keputusan yang tepat. Kerana jika kita mengambil aspek moral sebagai neraca, barangkali akan kosonglah semua pejabat menteri yang ada sekarang.

Jika itu berlaku, siapa nanti yang akan mempengerusikan mesyuarat kabinet, kan? Dan siapa pula yang akan menjadi korum mesyuarat?

Hendak berharap kepada menteri kanan, menteri kanan pun langgar SOP!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini

Monday, February 07, 2022

SPRM Sekadar Senjata Politik Dan Rasuah Yang Semakin Menjengkelkan!

SPRM Sekadar Senjata Politik Dan Rasuah Yang Semakin Menjengkelkan!

SPRM, yang berikrar memberi perhatian serius terhadap penurunan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara selama dua tahun berturut-turut, bukanlah penyelesaian kepada isu rasuah tetapi sebaliknya merupakan masalah itu sendiri.

Rasuah Malaysia

Ini kerana SPRM digunakan sebagai senjata politik terhadap ahli politik pembangkang dan ia gagal bertindak sewajarnya dalam beberapa kes salah guna kuasa yang ketara.

Malaysia merekodkan prestasi terburuk dalam penarafan TI-CPI dan SPRM hanya mampu berkata bahawa akan memberikan perhatian serius serta mengemukakan cadangan yang serius terhadap penurunan CPI negara selama dua tahun berturut-turut sejak kerajaan pintu belakang menggantikan kerajaan yang dipilih rakyat pada 2020.

Yang pelik adalah, SPRM masih tidak tahu punca penurunan kedudukan CPI daripada tangga 51 dalam Laporan TI-CPI 2019 dengan 53 mata berbanding kedudukan semasa iaitu tangga 62 dengan hanya 48 mata dalam Laporan 2021.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, SPRM secara konsisten dan berterusan membenarkan badan tersebut digunakan sebagai senjata politik terhadap ahli politik pembangkang dengan ancaman penyiasatan dan pendakwaan yang hanya akan gugur secara ajaib apabila ahli parlimen pembangkang tersebut berpaling tadah dan menyokong perdana menteri yang tidak dipilih.

SPRM telah gagal melaksanakan kewajipan undang-undangnya untuk bertindak secara adil, bebas dan profesional dalam cara yang telus tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Lebih teruk lagi, SPRM sendiri dipenuhi dengan salah guna kuasa dan amalan rasuah apabila penguatkuasa undang-undang menjadi penjenayah.

CPI 2021, yang dikeluarkan oleh Transparency International-Malaysia (TI-M) pada 25 Jan, menunjukkan skor negara merosot kepada 48, berbanding 51 pada tahun sebelumnya dan 53 mata pada 2019.

Malaysia juga turun lima anak tangga dalam CPI 2021, ke kedudukan ke-62 daripada 180 negara dari segi rasuah sektor awam.

Dalam maklum balas segera, SPRM berikrar memberi perhatian serius mengenai perkara itu dan berkata ia akan menyemak semula penemuan laporan TI-CPI 2021 dan mengeluarkan cadangan.

Setakat ini juga, ada 17 kes salah guna kuasa yang ketara, tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya oleh SPRM.

Ini termasuk kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, kertas Pandora, dakwaan kes melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun, Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ahli Parlimen Tajuddin Abdul Rahman dan Dr Xavier Jeyakumar.

SPRM mesti tampil membersihkan namanya dan menjelaskan mengapa masih tiada tindakan terhadap 17 kes ini.

Kegagalan untuk melaksanakan tugas secara profesional dan bertanggungjawab, hanya akan menyebabkan kedudukan CPI Malaysia merosot lagi tahun 2022 ini dan menyebabkan keyakinan pelabur dan daya saing Malaysia semakin merosot.

SEMAKIN MENJENGKELKAN!

Sementara itu, Gerakan Anti Rasuah Nasional (GARAS) menyifatkan kemerosotan negara untuk Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 adalah satu keputusan memalukan dan menjengkelkan seluruh rakyat Malaysia.

Pengerusinya, Dr Maimunah Sargeant berkata, kajian dapatan yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) itu bukan sahaja memalukan rakyat, malah imej kerajaan di mata dunia

Keputusan tersebut menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah kemerosotan dari segi membanteras rasuah, menyokong hak asasi manusia dan demokrasi secara keseluruhannya.

Kedudukan Malaysia yang terus merosot iaitu di tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 amat menjengkelkan dan pastinya ini amat mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.

Antara menjadi penyebab utama menyumbang kepada kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021 adalah tindakan terpilih dan berhati-hati oleh pihak kerajaan dalam membendung aktiviti rasuah politik yang semakin 'membarah' dalam masyarakat.

Selain itu, kemerosotan CPI negara juga terjadi akibat kegagalan berterusan pihak kerajaan dalam mengukuhkan hak asasi manusia di peringkat Parlimen.

Malah, isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengenai 'integriti' telah menambah luka kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021.

Isu Azam menjadikan SPRM seolah-olah sebuah institusi yang benar-benar tidak bebas, di samping kurangnya ketelusan dalam hal berkepentingan awam seperti kontrak rundingan langsung disebabkan tafsiran longgar mengenai Akta Rahsia Rasmi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2

Friday, January 28, 2022

8 Ahli Sukan Wanita Paling Kaya 2021

8 Ahli Sukan Wanita Paling Kaya 2021

Setiap tahun, majalah bisnes terkemuka, Forbes sentiasa mengemas kini senarai atlet yang menerima bayaran paling tinggi di dunia dan kebiasaannya ia sering berubah-ubah.

Kali ini, kami menyenaraikan lapan atlet wanita yang menerima bayaran tertinggi sepanjang tahun 2021 sama ada dari segi hadiah kemenangan mahupun hasil sebagai duta produk.

1. NAOMI OSAKA

NAOMI OSAKA KAYA

Umur: 25 tahun
Negara: Jepun
Sukan: Tenis
Pendapatan dalam padang: AS$2.3 juta (RM9.64 juta)
Pendapatan luar padang: AS$55 juta (RM230.61 juta)

Hampir semua pendapatan Naomi Osaka berjumlah AS$57.3 juta (RM239.87 juta) datang daripada kerjasama yang dilakukan bersama lebih 10 jenama terkemuka dunia seperti Louis Vuitton, Sweetgreen dan Tag Heuer.

Walaupun mengharungi musim suram dalam saingan tenis pada 2021, namun dia tetap mengungguli carta atlet wanita yang menerima bayaran tertinggi sepanjang tahun lalu.

2. SERENA WILLIAMS

SERENA WILLIAMS KAYA

Umur: 41 tahun
Negara: Amerika Syarikat
Sukan: Tenis
Pendapatan dalam padang: AS$900,000 (RM3.77 juta)
Pendapatan luar padang: AS$45 juta (RM188.69 juta)

Meskipun sekadar menyertai enam kejohanan WTA pada musim lalu, namun Serena Williams boleh diibaratkan seperti pisang goreng panas kepada syarikat-syarikat gergasi untuk melantiknya sebagai duta produk.

Tahun lalu, dia juga menjadi penerbit eksekutif untuk filem King Richard selain memiliki pelaburan dalam syarikatnya, Serena Ventures.

3. SIMONE BILES

SIMONE BILES KAYA

Umur: 25 tahun
Negara: Amerika Syarikat
Sukan: Gimnastik
Pendapatan dalam padang: AS$1 juta (RM4.19 juta)
Pendapatan luar padang: AS$10 juta (RM41.93 juta)

Walaupun dia dikritik hebat pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lalu kerana menarik diri dalam lima acara, namun Simone Biles sudah pun memahat namanya sebagai legenda.

Dia bekerjasama dengan Autograph untuk mengeluarkan token NFTs pada Ogos lalu selain imejnya digunakan dalam Jelajah Gimnastik di Amerika Syarikat.

4. VENUS WILLIAMS

VENUS WILLIAMS KAYA

Umur: 42 tahun
Negara: Amerika Syarikat
Sukan: Tenis
Pendapatan dalam padang: AS$300,000 (RM1.26 juta)
Pendapatan luar padang: AS$11 juta (RM46.12 juta)

Kelibat bekas pemain No. 1 dunia ini jarang-jarang dapat dilihat dalam kejohanan WTA sejak kebelakangan ini.

Pendapatan pemain biasa mungkin terjejas teruk sekiranya tidak banyak menyertai kejohanan, namun tidak bagi Venus Williams memandangkan dia memiliki jenama pakaian sendiri, EleVen yang berkolaborasi dengan K-Swiss.

Seperti adiknya Serena, dia juga merupakan penerbit eksekutif filem King Richard.

5. GARBINE MUGURUZA

GARBINE MUGURUZA KAYA

Umur: 29 tahun
Negara: Sepanyol
Sukan: Tenis
Pendapatan dalam padang: AS$2.8 juta (RM11.74 juta)
Pendapatan luar padang: AS$6 juta (RM25.16 juta)

Dalam saingan antara 2018 sehingga 2020, prestasi Garbine Muguruza dianggap kurang memuaskan biarpun berjaya menjadi naib juara Terbuka Australia pada 2020.

Bagaimanapun, kebangkitan yang ditampilkan tahun lalu dengan memenangi tiga kejohanan selain berada pada ranking ketiga dunia membolehkan dia menerima bonus daripada penaja.

Selain itu, dia juga memiliki perjanjian penajaan dengan Jaguar, Nivea, Adidas dan Babolat.

6. KO JIN YOUNG

KO JIN YOUNG KAYA

Umur: 27 tahun
Negara: Korea Selatan
Sukan: Golf
Pendapatan dalam padang: AS$3.5 juta (RM14.68 juta)
Pendapatan luar padang: AS$4 juta (RM16.77 juta)

Ko Jin Young meraih hadiah wang tunai AS$1.5 juta (RM6.28 juta) selepas memenangi Kejohanan CME Group Tour pada November lalu walaupun akur status sebagai pemain No. 1 dunia hampir dua tahun dirampas Nelly Korda.

Walaupun tidak mendapat tajaan tetap untuk kelengkapan kayu golf, namun dia masih menjana pendapatan lumayan hasil perjanjian dengan LG Electronics, Korean Air, air mineral Jeju SamDasoo serta produk penjagaan kulit Rejuran.

7. P. V. SINDHU

P. V. SINDHU KAYA

Umur: 27 tahun
Negara: India
Sukan: Badminton
Pendapatan dalam padang: AS$200,000 (RM838,600)
Pendapatan luar padang: AS$7 juta (RM29.35 juta)

Nama P. V. Sindhu tidaklah terlalu popular dalam arena sukan dunia, namun dia adalah jaguh di gelanggang badminton selain pernah berada dalam carta ini pada 2018.

Selepas memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, perseorangan wanita India ini menerima empat tajaan baharu daripada Byju’s, Spinny, Li-Ning serta Bank of Baroda.

8. ASHLEIGH BARTY

ASHLEIGH BARTY KAYA

Umur: 26 tahun
Negara: Australia
Sukan: Tenis
Pendapatan dalam padang: AS$3.9 juta (RM16.35 juta)
Pendapatan luar padang: AS$3 juta (RM12.58 juta)

Tidak ada pemain tenis wanita lain yang meraih hadiah kemenangan lebih tinggi daripada Ashleigh Barty pada musim 2021.

Malah, pemain No. 1 dunia ini baru sahaja menandatangani perjanjian penajaan dengan Marriot Bonvoy. Satu pencapaian menakjubkan apabila sebahagian besar pendapatannya musim lalu hadir menerusi hadiah wang kemenangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: kosmo

Thursday, January 20, 2022

Ayahanda Stroke Selepas Vaksin Booster, Mufti Perlis 'Perli' Pihak Berkuasa!

Ayahanda Stroke Selepas Vaksin Booster, Mufti Perlis 'Perli' Pihak Berkuasa!

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, KKM dan kerajaan Malaysia tidak seharusnya menafikan kesan mudarat serius yang menimpa orang ramai susulan mengambil suntikan penggalak vaksin Covid-19.

Bapa Dr Asri Kena Strok Selepas Vaksin Booster

Katanya, dia tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang telah mengurangkan penularan wabak Covid-19 dan mereka yang mengalami kesan buruk adalah golongan minoriti tetapi menegaskan kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap nyawa.

"Banyak aduan tentang kesan yang serius selepas dos ketiga. Ia bukan kisah dongeng tapi memang ramai yang mengalami atau melihat sahabat atau ahli keluarga alami. Tidak guna untuk menafikan.

"Benar, majoriti yang ambil tiada masalah. Saya dah ambil dos ketiga, tiada masalah. Ibu saya pun ambil, tiada masalah. Alhamdulillah.

"Namun ramai juga yang datang jumpa saya cerita kesan yang mereka alami. Ada mendakwa kematian berlaku mengejut selepas dos ketiga. Oleh kerana mereka orang kampung, mereka tiada saluran aduan rasmi," katanya.

Justeru, Dr Asri mencadangkan penangguhan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan garis panduan dengan jelas mengenai siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga atau penggalak itu.

"State of denial (berada dalam penafian) tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka. Biar ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini," katanya.

KKM Siasat Bapa Mufti Perlis Diserang Strok Selepas Vaksin Penggalak (Booster)

KKM Bohong Kesan Bahaya Vaksin

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kesan adverse - mudarat - susulan kes imunisasi (AEFI) membabitkan bapa Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin.

Dr Asri sebelum itu menyatakan kebimbangan kerana bapanya telah dimasukkan ke hospital selama lebih seminggu selepas keadaan kesihatannya menjadi lebih teruk selepas mendapat dos penggalak vaksin Covid-19.

"Pihak NPRA telah menghubungi hospital yang berkenaan dan mereka dalam proses menyiasat dan menyediakan laporan AEFI," kata Program Perkhidmatan Farmasi KKM pada satu kenyataan ringkas.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (singkatan NPRA) bertanggungjawab terhadap ujian, kelulusan dan pengawasan produk kesihatan termasuk penggunaan vaksin di Malaysia.

Dr Asri berkata bapanya muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 yang ketiga.

Menurutnya, seorang doktor menyatakan bapanya sekali lagi diserang angin ahmar di bahagian sensitif kepalanya.

Menulis di Instagram, asri membangkitkan soalan jika ia ada kaitan dengan vaksin.

"Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak? Saya tidak pasti.

"Hanya pakar yang dapat menjelaskan," kata mufti itu pada hantaran gambar dia menziarahi bapanya di hospital.

Dr Asri tidak menyatakan bila bapanya menerima dos penggalak atau jenis vaksin yang diterimanya.

Dia juga menggesa KKM supaya mengambil aduan yang serius mengenai AEFI dan menjalankan siasatan mengenai kesan sampingan vaksin terutamanya melibatkan kes vaksin didapati tidak sesuai kepada penerima.

Menurut Dr Asri, dia bimbang selepas mengetahui beberapa kes penerima vaksin meninggal dunia selepas mendapat dos penggalak.

Apa Harapan Yang Ada?

Negara Rasuah

Ahli politik yang mencuri terang-terangan didepan seluruh rakyat pun boleh terlepas dari hukuman, inikan pula setakat nyawa warga yang hina.

Lagipun, KOMISEN dari bisnes nyawa ini sangatlah lumayan.

Kerajaan haram tidak akan pernah peduli nyawa rakyat. Apa sangatlah kalau setakat 2-3 nyawa.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2

Friday, January 14, 2022

Cara Memohon Moratorium URUS B50 Tahun 2022

Cara Memohon Moratorium URUS B50 Tahun 2022

Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS), telah diumumkan pelaksanaannya bagi membantu peminjam, pelanggan B50 meringankan beban kewangan akibat pandemik COVID-19 dan memberikan bantuan menyeluruh untuk ketahanan kewangan jangka panjang selama 2 tahun bermula 2022.

URUS B50

Pelanggan yang layak boleh membuat permohonan untuk program URUS melalui salah satu daripada bank mereka (jika meminjam lebih dari 1 bank), dengan proses memohon bermula dari 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.

URUS menyediakan pelan kewangan peribadi yang mengambil kira keadaan kewangan dan kemampuan anda untuk membayar semua tanggungan kewangan. Sokongan aliran tunai memberi anda ruang bernafas untuk mengukuhkan keadaan kewangan anda.

KATEGORI B50

B50 atau kumpulan 50% terendah negara adalah individu yang berpendapatan kasar kurang dari RM5,880 sebulan.

Sekiranya dilihat pada carta pengelasan kelas pendapatan isi rumah Malaysia, kumpulan peminjam ini terdiri daripada;

B40
  • B1 – Kurang daripada RM2,500
  • B2 – RM2,501 – RM3,170
  • B3 – RM3,171 – RM3,970
  • B4 – RM3,971 – RM4,850

M40
  • M1 – RM4,851 – RM5,880

Tempoh Moratorium Selama 2 Tahun

Jika anda LAYAK Di bawah program moratorium 2 tahun ini, anda sama sekali tidak akan dikenakan apa-apa tindakan daripada pihak bank selama tempoh 2 tahun jika anda gagal buat bayaran asal dan anda disarankan berbincang dengan pihak daripada masa ke semasa untuk menstruktur semula pinjaman dengan pihak bank.

Syarat Kelayakan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan:
  • Gaji dan pendapatan anda mestilah tidak lebih dari RM5880 sebulan.
  • Anda telah hilang pekerjaan.
  • Anda telah kehilangan gaji dan pendapatan sebanyak 50 peratus disebabkan tindakan majikan anda.
  • Anda merupakan salah seorang daripada yang telah berjaya menikmati moratorium di bawah program PEMERKASA PLUS, PEMULIH dan lain-lain yang telah dilaksanakan sebelum ini).

Siapa yang layak mendapatkan bantuan di bawah URUS?

Pelanggan/peminjam B50 yang memenuhi semua kriteria berikut semasa tarikh permohonan:
  • Mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM5,8801;
  • Kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%;
  • Pinjaman/pembiayaan telah pun berada di bawah program bantuan bayaran balik sedia ada (seperti Bantuan Bayaran Balik Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, penjadualan dan penstrukturan semula oleh bank dsb) pada 30 September 2021; dan
  • Pinjaman/pembiayaan tanpa tunggakan melebihi 90 hari pada tarikh permohonan URUS.

Nota: Pihak bank boleh meminta dokumen yang relevan untuk mengesahkan kelayakan anda.

Apakah pinjaman/pembiayaan yang layak di bawah URUS?

Pinjaman/pembiayaan yang layak di bawah URUS termasuk:
  • Pinjaman/pembiayaan perumahan.
  • Pinjaman/pembiayaan peribadi (termasuk pinjaman/pembiayaan ASB, pinjaman/pembiayaan pendidikan dsb).
  • Pinjaman/pembiayaan kenderaan
  • Sewa beli.
  • Baki kad kredit/kemudahan kredit pusingan (cth. overdraf/kemudahan kredit dan kredit perdagangan) yang telah ditukar kepada pinjaman/pembiayaan bertempoh.

Apakah bantuan yang saya boleh dapat di bawah URUS?

Anda akan menerima pelan kewangan peribadi yang menyatakan jumlah bayaran balik bulanan yang dijadualkan sehingga 24 bulan yang meliputi:
  • Pengecualian faedah/keuntungan untuk tempoh 3 bulan dan/atau;
  • Penangguhan bayaran serta pilihan lain termasuk pengurangan ansuran untuk membantu mengurus hutang keseluruhan selaras dengan kemampuan anda; dan
  • Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat untuk membantu anda mengurus kewangan agar lebih berdaya tahan.
  • Pelan ini akan mengambil kira semua tanggungan hutang sedia ada dan jumlah pendapatan yang anda mampu peruntukkan untuk membayar hutang setelah mengambil kira perbelanjaan sara hidup.

Bolehkah saya terus menggunakan kemudahan kredit/pembiayaan dengan bank jika saya menyertai URUS?

Ya, anda boleh terus menggunakan kemudahan kredit/pembiayaan yang belum digunakan.

FAQ PERMOHONAN URUS

Bilakah boleh saya memohon untuk menyertai URUS?

Permohonan untuk menyertai URUS dibuka mulai 15 November 2021 sehingga 31 Januari 2022.

Bagaimanakah cara memohon untuk memohon URUS jika saya mempunyai pinjaman/pembiayaan dengan lebih daripada satu bank?

Jika anda mempunyai pinjaman/pembiayaan dengan satu bank sahaja, anda perlu memohon terus kepada bank anda dengan mengisi borang permohonan URUS.

Jika anda mempunyai pinjaman/pembiayaan dengan lebih daripada satu bank, anda perlu memohon dengan mengisi borang permohonan URUS melalui salah satu bank yang mana anda mempunyai pinjaman/pembiayaan berbayar dan yang berada di bawah program bantuan bayaran balik.

Perlukah saya menyenaraikan semua pinjaman/pembiayaan saya dalam borang permohonan URUS?

Sebaiknya, anda perlu menyenaraikan semua pinjaman/pembiayaan anda semasa permohonan.

Ini akan membolehkan AKPK menggabungkan perincian pinjaman/pembiayaan anda antara bank dan membentuk pelan bantuan bayaran balik yang holistik dan wajar berdasarkan kemampuan anda.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan menyertai URUS?

Dokumen pendapatan diperlukan untuk menghasilkan pelan kewangan peribadi yang menyeluruh berdasarkan pendapatan dan hutang anda.

Bagi tujuan ini, anda perlu mengemukakan salah SATU daripada dokumen berikut:
  • penyata KWSP; ATAU
  • penyata bank; ATAU
  • borang cukai pendapatan; ATAU
  • Slip gaji/baucar bayaran; ATAU
  • Surat pemberhentian kerja daripada majikan terakhir.

Dokumen ini mestilah dokumen terkini yang menunjukkan pendapatan semasa atau status pekerjaan anda. Jika tiada, rujuk bank anda untuk mengetahui dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti kelayakan anda.

Berapa lama permohonan URUS akan diproses?

Pihak bank akan menghantar pemberitahuan serta merta bahawa permohonan anda telah diterima.

Sekiranya anda layak menyertai URUS, AKPK akan menghubungi anda melalui e-mel bersama pelan kewangan peribadi (PKP) dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan penerimaan permohonan anda oleh pihak bank.

PKP ini meliputi semua pinjaman/pembiayaan yang layak kecuali Sewa Beli kerana ia tertakluk kepada syarat-syarat perundangan tertentu di bawah Akta Sewa Beli. Untuk Sewa Beli, pihak bank akan memaklumkan sendiri butiran terma bayaran balik kepada anda.

Sekiranya anda tidak layak untuk menyertai URUS, pihak bank akan memaklumkan anda dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan penerimaan permohonan anda oleh pihak bank. Anda boleh berbincang dengan pihak bank untuk penyelesaian alternatif.

Adakah rekod kredit (CCRIS) saya akan terkesan di bawah URUS?

Akaun pinjaman/pembiayaan di bawah URUS akan dikenal pasti dalam laporan kredit Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS). Ini akan memudahkan usaha susulan dan pemantauan oleh pihak AKPK dan bank untuk memberikan sebarang sokongan lanjut yang mungkin anda perlukan.

Pengenalpastian ini akan dikeluarkan setelah program tamat, atau paling awal, 6 bulan dari tarikh penyertaan ke dalam URUS. Dalam tempoh ini, anda akan mendapat sokongan melalui program pendidikan dan khidmat nasihat kewangan, termasuk sebarang bantuan yang diperlukan untuk berurusan dengan bank anda.

Bolehkah saya memohon pinjaman/pembiayaan baharu jika saya menyertai URUS?

Boleh. Untuk makluman, permohonan pinjaman/pembiayaan baharu adalah tertakluk kepada proses penilaian kredit yang sedia ada oleh pihak bank.

CARA MEMOHON URUS SECARA ONLINE

URUS 2022

Anda boleh nemohon dengan pihak bank secara online melalui link pautan di bawah ini:

Semakan Keputusan Permohonan URUS B50

Semakan status permohonan URUS B50 anda lulus atau tidak:
  • Pihak AKPK sendiri akan memaklumkan kepada anda keputusan permohonan terus ke emel dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh bank menerima permohonan.
  • Atau anda boleh semak secara online melalui link pautan ini https://www.akpk.org.my

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-SENTIASAPANAS.COM

Monday, January 10, 2022

Aplikasi Scammer Melalui WhatsApp Mampu 'Sedut' Duit Dalam Akaun Bank!

Aplikasi Scammer Melalui WhatsApp Mampu 'Sedut' Duit Dalam Akaun Bank!

Berupaya mencipta pelbagai aplikasi khas khusus digunakan untuk menggodam telefon pintar mangsa selain menyedut duit simpanan di dalam akaun bank dalam tempoh masa singkat, kegiatan jenayah licik kian menjadi-jadi selepas ramai mangsa diperdaya penjenayah scammer profesional yang juga pakar membuat aplikasi khas untuk tujuan jenayah terancang itu.

Aplikasi Scam

Terbaharu, seorang ahli perniagaan, Samantha, 40, mendakwa rugi RM4,255 selepas telefon miliknya digodam scammer ketika dia cuba menempah perkhidmatan pembersihan.

Menurutnya, dia mengetahui perkhidmatan itu secara secara dalam talian bulan Disember 2021 lalu sebelum menghubungi melalui WhatsApp.

"Suspek kemudiannya menghantar pautan dan meminta saya memuat turun aplikasi khas untuk membuat temu janji. Tanpa curiga, saya masukkan butiran peribadi ke dalam aplikasi itu.

"Saya diarah bayar deposit RM20. Saya cuba buat pembayaran transaksi menggunakan nama dan kata laluan bank di telefon pintar.

"Namun skrin paparan pada pautan perbankan internet itu menjadi kosong. Saya cuba guna akaun bank lain namun perkara sama berlaku," katanya,

Menurutnya, dia terkejut mendapati berlaku pemindahan wang tanpa kebenaran RM3,655.40 melalui satu akaun bank miliknya.

"Saya terkejut mendapati RM600 dari akaun bank lain turut dipindahkan tanpa pengetahuan.

"Saya segera membuat laporan polis pada hari sama kerana mengesyaki seseorang menggodam telefon saya apabila saya memuat turun aplikasi itu," katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amran, 35, kerugian RM5,670 selepas memuat turun aplikasi khas dihantar pihak kononnya menawarkan khidmat menjual kereta di bawah harga pasaran.

Menurutnya, dia yang tertarik membeli kereta model Audi A5 ditawarkan pada harga serendah RM40,000.

"Saya diminta memuat turun aplikasi khas kononnya bagi urusan tempahan kereta. Beberapa hari selepas memuat naik aplikasi itu pada Disember lalu, saya sedar wang simpanan saya hilang tanpa diketahui punca.

"Saya syak individu menawarkan kereta berkenaan menggodam maklumat peribadi saya," katanya,

Sementara itu seorang penyelia tapak binaan menjadi mangsa selepas memuat naik aplikasi ciptaan scammer ini yang turut mencuri data dan gambar peribadi mangsa bagi tujuan ugutan.

Mangsa, Mohamad Zulkaria, 40-an, memaklumkan menjadi mangsa sindiket ketika mahu memohon pinjaman peribadi baru-baru ini.

Dia mendakwa melihat iklan pinjaman wang berlesen sebelum menghubungi nombor tertera.

"Individu yang menjawab panggilan minta saya muat turun aplikasi nama Easy.., kononnya bagi memudahkan permohonan pinjaman dilakukan," katanya yang membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.

Menurutnya, dia mengikut segala arahan diberi dengan memasukkan maklumat peribadinya ke dalam aplikasi dimuat turun itu.

Dia terkejut menerima panggilan rakan memberitahu mereka menerima mesej mendakwa saya ada pinjaman tertunggak. Malah salinan MyKad serta gambar intim bersama tunang didedahkan scammer terbabit kepada rakan saya.

"Saya terima panggilan telefon dari individu tidak dikenali menuntut hutang walaupun pinjaman belum diperoleh.

"Saya mengesyaki sindiket itu menggodam telefon saya menggunakan aplikasi itu," katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sementara itu Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong memaklumkan pihaknya menerima aduan membabitkan modus operasi sama dengan kerugian lebih RM500,000 sejak awal tahun 2021 lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: hmetro