Tuesday, February 16, 2021

Kisah Legenda Golem

Kisah Legenda Golem

Konsep mencipta manusia buatan oleh seorang manusia sebenar tanpa penglibatan Tuhan bukanlah suatu perkara yang janggal dalam norma masyarakat terdahulu. Sebagai contoh dalam ilmu hitam Yahudi iaitu ilmu Kabbalah, terdapat beberapa legenda dan kisah yang menceritakan kewujudan makhluk kecil berupa manusia (homunculus) dan makhluk yang diperbuat daripada tanah liat (golem) menerusi amalan magis dan mistik, yang menggambarkan keupayaan manusia "berkongsi" kuasa Tuhan.

Golem
Gambar hiasan.

Penganut Kristian dan Yahudi pada ketika itu melarang perbuatan menghidupkan makhluk atas keupayaan sendiri, dan menganggap ia amalan syirik (blasphemy), melanggar batas kemanusiaan dan mempercayai ianya suatu perjanjian yang dibuat bersama Syaitan.

Sebelum kebangkitan ilmu sains, (iaitu zaman pra-sains), idea pembentukan manusia buatan (homunculus dan golem) sudah lama bertapak dalam amalan masyarakat lama.

Menurut sejarah, masyarakat ketika itu sudah pun mempunyai teknologi mekanikal, iaitu pergerakan automatik yang menggunakan kuasa stim dan pergerakan pasir.

Pada ketika itu, patung mekanikal (puppetry) sudah lama diamalkan, seperti burung mekanikal, patung ukiran bergerak dan teater patung mekanikal kecil.

Malah, selain dicipta sebagai suatu bentuk hiburan, patung-patung ini juga digunakan dalam ritual penyembahan mereka.

Agama Theurgy

Mereka mempercayai bahawa pembentukan manusia buatan oleh seorang manusia sebenar (puppetry) bukanlah untuk membentuk suatu bangsa manusia yang baru atau memberi "nyawa" kepada benda tidak hidup, akan tetapi sebaliknya merupakan penyediaan untuk kefahaman keagamaan Theurgy.

Theurgy adalah kefahaman agama yang mana mengamalkan ritual menyeru atau memanggil para 'Tuhan' untuk memasuki dan bersemadi didalam jasad seseorang manusia demi mencapai henosis (kesempurnaan diri).

Ia didirikan oleh aliran kefahaman NeoPlatonism pada era Zaman Pertengahan, dengan penggunaan patung (artificial intelligence) dalam amalan keagamaan ini seakan menjemput Tuhan mereka untuk bersemadi didalam jasad buatan ini.

Seperti magnet yang menarik kuasa Tuhan, lebih kurang, bahkan Pope Sylvester II pernah direkod berkomunikasi dengan suatu "kepala yang bergerak".

Golem

Golem merupakan makhluk mistik dari kepercayaan Yahudi yang dicipta oleh manusia melalui tanah liat atau lumpur, untuk melakukan tugasan dan melindungi tuannya.

Golem tidak mempunyai bentuk tubuh yang spesifik, hanya digambarkan sebagai makhluk tidak berbentuk.

Golem dipercayai boleh dikawal oleh penciptanya sendiri, atau diwariskan kepada orang lain.

Golem mempunyai kekuatan luarbiasa melebihi kemampuan manusia, akan tetapi tidak mempunyai kecerdasan otak, sekadar patung kosong yang menurut perintah sahaja.

Sejarah kisah golem awalnya diceritakan didalam kitab Talmud secara singkat dan agak kabur, menceritakan kisah Adam pada awalnya diperbuat daripada lumpur dan tanah liat tanpa sebarang bentuk manusia, hanya untuk 12 jam pertama kewujudannya.

Kemudiannya golem diceritakan pernah dicipta oleh Rava, seorang rabbi di Mahoza, yang menghantar golemnya berjumpa Rav Zeira di Israel.

Apabila ditanya soalan oleh Rav Zeira kepada golem tersebut, ia tidak menyahut akibat dari ketidakupayaannya untuk bersuara.

Lantas Zeira berkata, "Engkau diciptakan oleh yang berilmu, maka kembalilah engkau menjadi debu".

Akan tetapi kisah golem yang paling signifikan adalah berkenaan Golem Chelm yang dicipta oleh Rabbi Eliyahu (Elijah) dari Chelm.

Dikhabarkan, seorang pengamal ilmu Kabbalah pernah ternampak Rabbi Eliyahu mencipta sebuah golem dan mengarahkannya melakukan tugasan berat bagi pihaknya.

Pada dahi golem tersebu terdapat perkataan אמת (Emet) yang membawa maksud Kebenaran.

Akan tetapi, lama-kelamaan golem tersebut menjadi semakin besar dan Rabbi Eliyahu risau sekiranya golem ini menjadi terlampau besar, ia boleh memusnahkan dunia ini.

Maka Rabbi Eliyahu bertindak memadamkan satu huruf pada perkataan Emet menjadi מת (Met) yang membawa maksud Kematian dan sejurus memadam huruf tersebut, golem itu berderai menjadi debu semula. Kisah ini juga direkodkan oleh Rabbi Jacob Emden.

Golem juga dikatakan boleh dikawal dengan meletakkan satu skrol kecil yang mengandungi beberapa huruf membentuk shem, iaitu nama-nama Tuhan Judaism ke dalam mulut golem.

Dan Golem secara ringkasnya adalah makhluk yang diberi nyawa, tapi tidak memiliki roh.

ETIMOLOGI HOMUNCULUS DAN GOLEM

Homunculus berasal dari perkataan Latin homo (manusia) dan -culus (kata nama bagi sesuatu alatan atau pekakas).

Gabungan kedua perkataan ini membentuk homunculus (homunculi jika banyak) yang bererti, manusia kerdil.

Golem pula diambil dari perkataan Hebrew, gólem dan Yiddish, goylem yang membawa maksud objek tidak berbentuk (shapeless mass).

SAINS DISEBALIK HOMUNCULUS

Homunculi (homunculus) digambarkan sebagai jasad yang dibentuk oleh manusia melalui amalan magik.

Homunculi, seperti yang direkodkan oleh Paracelsus (1493-1541), adalah seorang manusia yang dibentuk melalui sperma laki-laki tanpa menjalani proses 'mengawan' bersama wanita mahupun melibatkan jasad seorang wanita (yang dipercayai adalah sumber sihir black magic, witchcraft).

Menurut beliau lagi; "Seorang homunculus boleh dicipta dengan cara meletakkan sperma didalam sebuah bekas kaca kedap udara, dan ditanam didalam baja (najis) kuda selama 40 hari, nescaya ia akan mula hidup dan bergerak.

"Beberapa seketika, ia akan mula membentuk seperti bentuknya jasad manusia, akan tetapi ia masih lut cahaya dan tiada badan yang sebenar.

"Jika ia kekal diberi Arcanum sanguinis hominis sehingga minggu ke 40, dan masih dibiarkan didalam baja kuda dengan suhu yang terkawal, ia akan tumbuh sepertimana tumbuhnya seorang kanak-kanak dari rahim wanita, lengkap dengan anggota. Akan tetapi ia bersaiz lebih kecil berbanding kanak-kanak biasa.

"Kami menggelarkannya homunculus. Ia boleh dibesarkan dan membesar, diajar dan belajar, membentuk logik, rasional dan mampu menjaga dirinya sendiri."

Ada yang berpendapat bahawa, "Arcanum sanguinis hominis" bermaksud darah manusia, manakala ada yang berpendapat ianya adalah sperma manusia, selain ia mungkin merujuk kepada ovum wanita.

Ada juga yang berpendapat bahawa Paracelsus sebenarnya sedang menerangkan tentang proses persenyawaan manusia diluar rahim (vitrofertilization), akan tetapi menggunakan konsep mistik dan magis untuk kefahaman masyarakat eranya.

Ini tidak jauh bezanya dengan amalan membentuk embrio melalui test tube yang diguna pakai hari ini, dimana baja diibaratkan sebagai inkubator meregulasikan suhu, berlarutan sehingga 40 hari sepertimana diperlukan embrio didalam rahim, dan melibatkan dua gametes (sperma dan ovum).

Amalan membentuk homunculus ini sebenarnya sudah dinyatakan dalam ilmu alchemy, suatu ilmu purba yang dibangunkan di Mesir.

Alchemy asasnya merupakan ilmu spiritual yang mengkaji rahsia pembentukan alam semulajadi, melalui kesedaran spiritual dan kepercayaan bahawa diri si pengkaji dan alam adalah satu.

Ilmu ini kemudiannya berubah mengikut zaman sehinggalah ia kini dikenali sebagai sains kimia.

SAINS DISEBALIK GOLEM

Kisah kewujudan golem banyak diimplementasi didalam karya fiksyen moden, seperti filem Frankenstein karya Mary Shelley atau tulisan bersiri The Lord Of The Rings, karya J.R.R. Tolkien.

Namun, adakah golem itu mampu dihidupkan secara saintifik?

Diteorikan bahawa ketika era agama Yahudi, golem hanya diciptakan daripada tanah liat dan lumpur, kerana besar kemungkinan pada ketika itu, masih tiada lagi mineral yang cukup kuat untuk dijadikan tubuh makhluk ini.

Pendek kata, lumpur dan tanah liat merupakan bahan paling banyak dan paling kukuh yang boleh digunakan untuk membentuk sebuah golem.

Manakala imej yang sering ditunjukkan didalam filem moden pula menggambarkan golem tercipta daripada objek-objek keras seperti kerikil, batuan bukit, berlian, magma, atau batu besar seperti yang dipertontonkan dalam siri Supernatural.

Sebenarnya, imej golem sudahpun bertapak dalam dunia serba moden kita ini, walaupun tidak diciptakan menggunakan batuan dan tanah liat, manusia sudahpun mencipta golem menggunakan besi, aloi dan campuran bahan metalik.

Ya, kita tidak memanggilnya sebagai golem, akan tetapi menggelarkannya sebagai robot yang dicirikan sebagai makhluk ciptaan manusia yang diberi nyawa tetapi tiada roh.

Robot acapkali ditugaskan untuk melindungi pemilik dan ahli keluarganya, habitatnya (rumah, bangunan, negara), dan diberikan tugasan-tugasan untuk dilengkapkan oleh tuannya.

Robot tidak berakal, dan tidak mampu bertutur (berkomunikasi). Ia perlu dikawal oleh manusia untuk beroperasi. Ia mempunyai keupayaan luarbiasa melebihi kemampuan manusia. Sama seperti golem, bukan?

Berkenaan penggunaan tulisan untuk mengaktifkan, mengawal dan mematikan golem, ini juga digunapakai ketika mengendalikan robot.

Walaupun tidak menggunakan nama Tuhan, tulisan-tulisan ini boleh diibaratkan seperti memasukkan kod atau data bagi menghidupkan, mengawal, dan mematikan robot-robot ini.

Data dan kod ini dicipta dalam bentuk kata kunci, analog dan lain-lain bentuk, dan ia mempunyai "kuasa" tersendiri, sama seperti penggunaan nama Tuhan.

Bahkan, terdapat suatu konferens bertajuk Beyond Artificial Intelligence telah dijalankan di Czech Republic pada tahun 2013 berkenaan pembuatan atau penciptaan artificial intelligence berdasarkan pembentukan golem, dan sebuah kertas kerja telah dihantar, bertajuk "Artificial Golem Intelligence".

PENUTUP

Ringkasnya, pembentukan homunculus dan penciptaan golem sebenarnya selari dengan pembentukan embrio daripada proses vitrofertilization dan penciptaan robot pada masa kini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: fb

Kisah 'Majistret Korup' Di Malaysia

Kisah 'Majistret Korup' Di Malaysia

Firdaus Ramlan, 39, merupakan hakim majistret di Kelantan apabila kes rasuahnya terbongkar lebih satu dekad lalu dan dalam satu temu bual dengan wartawan, lulusan UiTM itu menceritakan kisah hidupnya agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

Firdaus

Firdaus melakukan kesalahan itu ketika berkhidmat sebagai majistret di Mahkamah Majistret Gua Musang.

Sebelum itu, dia pernah bertugas sebagai penasihat undang-undang untuk Majlis Bandaraya Klang dan pendaftar kanan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

"Sistem yang korup tu dah ada. Saya mewarisinya. Ini merupakan rahsia terbuka," tambahnya.

Mengakui bahawa dia tidak dipaksa untuk menerima rasuah, Firdaus berkata "broker" adalah antara mereka yang 'menyambutnya' ketika dia melaporkan diri sebagai hakim.

"Ini adalah orang tengah antara saya dan penjahat. Ketika saya melapor bertugas untuk pertama kalinya, mereka membayar makanan saya dan menyediakan tempat untuk saya tinggal," tambahnya.

Gaji permulaan Firdaus bagi jawatan gred F41 adalah sebanyak RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, bekas majistret itu berkata dia tidak menyentuh 'satu sen pun' gaji berkenaan kerana boleh mendapat sehingga RM10,000 bagi setiap kes.

"Bayangkan berapa banyak yang akan saya dapat sekiranya ada tiga atau empat kes dalam sehari?" katanya sambil mengatakan godaan itu terlalu besar untuk dihindari.

Firdaus menceritakan dia menggunakan wang itu untuk membeli barangan mewah seperti jam tangan dan kasut berjenama.

“Ketika dah buat duit, giliran kamu melayani broker. Saya juga kirimkan wang kepada ibu bapa saya," tambahnya.

Bagaimana ia disepakati

Pada tahun 2009, Firdaus mengendalikan kes melibatkan pesalah dadah yang sebelumnya didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada masa itu, dia dikenali di kalangan orang tertentu sebagai majistret yang korup.

Tertuduh menawarkan untuk membayar RM5,000 untuk dibebaskan dengan bon bagi mengelakkan dipenjara.

Menceritakan bagaimana ia disepakati, Firdaus berkata tertuduh akan menyatakan hasratnya kepada anggota polis yang bertugas di mahkamah.

Anggota polis kemudian akan menyampaikan mesej itu kepada ketua inspektor yang akan mendekati tertuduh untuk mengesahkan kesepakatan itu.

Setelah perkara itu disahkan, ketua inspektor, yang bertemu majistret setiap pagi, akan menyampaikan tawaran itu kepada Firdaus.

Sekiranya disepakati, tertuduh akan mengupah peguam untuk merayu hukuman yang lebih ringan di hadapan majistret.

Namun, dalam kes ini, tertuduh tidak menjelaskan bayarannya dan ini menyebabkan rasuah itu terbongkar.

"Ketua inspektior mengugut tertuduh bahawa dia akan mengemukakan rayuan dan mengembalikan hukuman penjara. Oleh itu, tertuduh buat laporan polis dan dedahkan kami semua.

"Tertuduh dilindungi di bawah Akta SPRM sebagai pemberi maklumat," tambah bekas hakim itu.

Firdaus ditangkap pada 11 Oktober 2009 ketika isterinya mengandung anak pertama mereka.

Ketika perkara itu didengar di Mahkamah Rayuan, Firdaus mengaku dia cuba melarikan diri.

"Saya tahu ia dah berakhir.

"Saya melihat nama panel hakim termasuk Abdul Wahab Patail dan Jeffrey Tan. Peguam saya sudah bersedia tapi kes ini kuat. Para hakim tak akan tertipu," katanya.

Fridaus menceritakan dia mengambil kunci keretanya dan keluar dari bangunan mahkamah melalui pintu belakang ketika bertemu peguamnya.

"Dia tanya ke mana saya nak pergi. Saya beritahu saya nak lari. Tapi dia nasihatkan saya untuk berdepan masalah ini dan saya mendengar nasihat dia.

"Seperti dijangka, para hakim mengekalkan hukuman. Saya masih ingat wajah sedih isteri dan ibu mentua saya," tambahnya.

Firdaus berkata dia masih meratapi kematian ibu, ayah tiri dan adiknya yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

"Mayat ibu saya rentung. Saya tak dapat berhenti daripada memikirkan bahawa saya telah memberi makan keluarga saya dengan hasil haram," tambahnya.

Firdaus dijatuhi hukuman tiga tahun penjara tetapi dibebaskan dengan parol selepas 19 bulan.

Pada bulan Jun 2014, Firdaus bertemu pegawai SPRM yang menyiasat kesnya.

"Saya nampak dia di sebuah restoran. Dia kenal saya ketika saya perkenalkan diri sebagai 'majistret korup.'

"Saya beritahu dia bahawa saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pegawai kerajaan yang lain untuk mengelakkan mereka mengalami nasib yang serupa," tambahnya.

Dengan bantuan pegawai itu, Firdaus menemui pengarah SPRM negeri untuk mengemukakan cadangan tersebut.

"Pengarah setuju dengan idea itu. Sesi perkongsian pertama saya adalah di institut perguruan di Kota Bharu. Di situlah ia bermula. Inilah apa yang saya lakukan sekarang," tambahnya.

Ketika ditanya apakah dia merindui profesion perundangan, Firdaus menjawab:

"Jika saya dapat mengundurkan waktu, saya akan menjadi majistret yang menegakkan keadilan, bukan majistret yang korup."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini

Tuesday, February 09, 2021

Wabak Demam Borneo Dan Sejarah Menara Jam Atkinson

Wabak Demam Borneo Dan Sejarah Menara Jam Atkinson

Sekiranya anda bertandang ke Kota Kinabalu, kunjungan anda pastinya tidak lengkap sekiranya tidak melawat menara jam Atkinson yang terletak di Bukit Bendera, yang dahulunya juga dikenali sebagai 'Signal Hill' namun, apa kaitan menara bersejarah ini dengan wabak demam Borneo?

Atkinson

Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut mengenai menara jam bersejarah ini molek rasanya kita menyentuh terlebih dahulu mengenai wabak demam Borneo yang pernah meninggalkan igauan ngeri kepada para penjajah yang pernah bertapak di pulau ketiga terbesar dunia ini.

Wabak demam Borneo bukanlah endemik atau 'eksklusif' di kepulauan Borneo sahaja, sebaliknya wabak ini telah dikenali dan memiliki sejarah yang cukup panjang selari dengan sejarah ketamadunan manusia di masa lampau.

Hari ini kita mengenali istilah yang diberikan penjajah British ketika itu kepada wabak ini dengan sebutan demam Malaria.

Selama ribuan tahun lamanya wabak ini menghantui manusia di serata dunia.

Bapa perubatan agung Yunani, Hippocrates, turut merekodkan mengenai wabak malaria ini dalam salah satu teks perubatan karyanya sekitar kurun ke empat sehingga kelima Sebelum Masehi dengan gambaran sebagai salah satu daripada jenis penyakit demam.

Bagi kalangan orang-orang Rom pula, demam ini juga dikenali dengan tanda-tanda 'suhu panas tubuh yang meningkat'.

Pada era moden, orang Perancis menamakan demam Malaria ini sebagai demam yang menyebabkan tubuh menggigil kesejukan.

Bagi orang-orang Inggeris, mereka mengenali demam ini sebagai demam bermusim dan pada era pemerintahan Raja Oslo di Norway, penyakit ini dikatakan kerap kali muncul pada musim panas atau luruh.

Sebelum kurun ke 19, kebanyakan masyarakat di Eropah percaya punca kepada malaria adalah akibat hawa udara tidak sihat yang terbentuk dari kawasan berpaya.

Idea ini pada awalnya digagaskan oleh orang-orang Rom, bahkan perkataan Malaria itu sendiri berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud 'udara tidak sihat'.

Walaupun pendapat ini sebenarnya tidak masuk akal namun ia tetap diterima lebih-lebih lagi apabila seorang doktor dari Itali pada kurun ke 18, Giovanni Maria Lancisi mendapat pujian hebat selepas memaklumkan mengenai kewujudan pigmentasi hitam pada organ-organ mangsa yang meninggal dunia akibat Malaria, sekali gus kononnya mmbuktikan tanggapan ini.

Namun, akhirnya pada abad ke 19, tepatnya pada tahun 1882 sewaktu sidang mesyuarat bagi Persatuan Falsafah Washington dianjurkan, kesemua yang hadir sepakat dengan kenyataan bahawa nyamuk adalah antara ejen penyebaran yang bertanggungjawab kepada wabak Malaria walaupun selepas itu wujud cadangan tidak masuk akal daripada jurucakap bagi persidangan berkenaan agar memasang satu kelambu gergasi bagi menutup keseluruhan Washington.

Walaupun cadangan ini tidak praktikal bahkan langsung tidak boleh digunakan, namun kesannya ia berjaya mengubah persepsi ke atas punca wabak malaria yang diyakini selama ini.

Sungguhpun demikian, sebenarnya dua tahun sebelum itu, iaitu pada tahun 1880, salah seorang pakar bedah Perancis, Alphonse Laveran, telah menemui cara bagaimana wabak Malaria tersebar.

Hal ini terjadi sewaktu beliau bertugas sebagai pakar bedah tentera di Algiers yang merupakan ibu negara kepada Algeria yang terletak di Utara Afrika pada hari ini.

Menerusi pemerhatian ke atas pesakit, beliau berjaya mengesan sejenis parasit yang bergerak di dalam sel darah merah.

Penemuan ini telah melayakkan beliau untuk memenangi anugerah Nobel dalam bidang perubatan pada tahun 1907.

Ya, anda tidak salah baca, punca kepada wabak malaria bukanlah daripada bakteria ataupun virus seperti pandemik virus korona 19 yang sedang kita hadapi saat ini.

Sebaliknya ia berpunca daripada sejenis parasit yang dinamakan Palsmodium dan menjadikan nyamuk tiruk betina sebagai perumah.

Apabila parasit ini dipindahkan ke tubuh menerusi gigitan nyamuk ia akan menyebabkan demam, diiringi simptom-simptom berkaitan yang sekiranya tidak dirawat dengan betul boleh mendatangkan kematian.

Demikianlah serba sedikit penerangan mengenai Malaria, jadi apa kaitannya dengan pembinaan menara jam Atkinson?

Pada tahun 1888 Borneo Utara atau dikenali sebagai Sabah pada hari ini menjadi Wilayah Naungan kepada Empayar British.

Sungguhpun demikian pentadbiran masih dijalankan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara sehinggalah tahun 1946 pasca kemusnahan teruk yang diakibatkan oleh perang dunia ke dua.

Sehubungan itu seorang Pegawai Pentadbir bagi daerah Kota Kinabalu atau Jesselton pada masa itu, daerah Papar dan kawasan yang dinamakan Daerah Keppel Selatan, Francis George Atkinson telah dilantik sebagai Pegawai tadbir Daerah yang pertama berkuatkuasa 24 Januari 1901 dan 23 Mei 1901.

Malangnya, Pegawai Pentadbir muda yang baru berusia 28 tahun itu hanya dapat menjalankan tanggungjawab beliau selama 16 bulan sahaja, bermula pada tahun 1901 sehingga 1902.

Beliau meninggal dunia pada 16 Disember 1902 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian di Labuan.

Punca kepada kematian beliau adalah disebabkan oleh wabak Malaria atau pihak kolonial pada ketika itu menamakannya sebagai 'Demam Borneo'.

Ibu kepada mendiang, Puan Mary Edith Atkinson yang sedih dengan berita itu kemudiannya berhasrat untuk membina sebuah memorial sebagai kenangan bagi memperingati anaknya.

Bukit Bendera dipilih sebagai lokasi bagi menempatkan sebuah menara jam bermuka dua.

Pembinaan dimulakan oleh Syarikat kontraktor Williams Potts & Sons yang berpangkalan di Leeds, England. Kayu dari jenis Meribau dipilih bagi mendirikan menara setinggi 50 kaki.

Akhirnya, menara jam yang turut berfungsi sebagai 'rumah api' kepada kapal-kapal yang belayar di luar pantai Jesselton siap sepenuhnya pada 20 April 1905.

Pada masa lalu, Stesen Radio Sabah pernah bersiaran berhampiran menara jam Atkinson.

Bunyi dentingan loceng dari menara ini setiap satu jam jelas kedengaran sebagai sebahagian daripada bunyi latar belakang sekali gus memberikan maklumat yang cukup berguna buat para pendengar stesen radio berkenaan waktu pada masa itu.

Bermula pada tahun 1946, Syarikat Perniagaan Jam Yick Ming yang diasaskan Mendiang Wah Kai Yung diberikan tanggungjawab untuk menyelenggara jam gergasi pada menara dan legasi tersebut berterusan sehingga ke hari ini.

Kerja-kerja membaik pulih menara jam bersejarah ini dimulakan pada tahun 1959 sempena sambutan penubuhan Jesselton, yang kini kita kenali sebagai Kota Kinabalu.

Kayu yang rosak kesan pengaruh cuaca tropika kemudiannya diganti dengan kayu lebih keras dan atap yang terbuat daripada kayu juga diganti sebelum menara ini dicat dengan warna putih yang baharu.

Malangnya, plak batu asas yang diletakkan di bawah bangunan ini telah hilang sewaktu kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Pada tahun 1983, tapak ini telah digazetkan sebelum diletakkan di bawah Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1997 dan Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977 Sabah.

Pada 23 Febuari 2018, Menara Jam Atkinson diletakkan sebagai salah satu daripada 24 lokasi bersejarah yang diletakkan di bawah Enakmen Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (Pindaan) 2017.

Sewaktu sambutan ulang tahun ke 100 tahun pembinaan menara jam ini, pihak muzium cuba menghubungi waris dan kaum keluarga mendiang Francis George Atkinson untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah berkenaan namun tidak berjaya.

Bangunan bersejarah ini juga dianggap unik kerana mampu bertahan daripada kesan perang dunia ke dua yang banyak membinasakan bandar-bandar utama di Borneo utara pada masa itu.

Namun, apakah pengajaran paling penting yang kita boleh perolehi daripada tragedi ini?

Ya, jangan sesekali memandang remeh pada penyakit berjangkit yang boleh membawa maut seperti Malaria.

Bahkan tahukah anda, Sabah secara purata telah mencatatkan peningkatan mendadak kepada sejenis lagi jangkitan Malaria daripada monyet yang dikenali sebagai Palsmodium Knowlesi.

Nyamuk betina dari spesies Apholeus dikenal pasti memindahkan parasit ini daripada monyet kepada manusia.

WHO dalam salah satu daripada laporan mereka pernah menyatakan jangkitan Malaria di Malaysia khasnya Malaria Monyet banyak dilaporkan berlaku di Sabah dan Sarawak.

Sehingga September 2018 pula sebanyak 1,975 jangkitan Malaria Monyet dicatatkan melibatkan kawasan pedalaman dan berhampiran ladang atau hutan.

Antara individu berisiko dijangkiti wabak ini adalah golongan penoreh getah, peladang dan mereka yang tinggal berhampiran hutan.

Menara jam Atkinson adalah bukti betapa berbahayanya impak sesuatu wabak kepada individu yang dijangkiti tidak kira punca dan bagaimana ia tersebar.

Sikap sambil lewa masyarakat yang memandang ringan hal penting seperti ini juga turut menjadi sebahagian daripada punca, selain faktor seperti gaya hidup, lingkungan tempat tinggal dan jenis pekerjaan yang menjadi punca rezeki.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: fb

Thursday, February 04, 2021

Bajau Laut, Suku Yang Tidak Mempunyai Negara

Bajau Laut, Suku Yang Tidak Mempunyai Negara

Bajau Laut sering dipanggil 'gipsi laut' yang dikatakan dikesan sejak 300 tahun lalu dengan menjadikan perahu sebagai rumah dan hidup secara nomad di laut dan uniknya, mereka merupakan satu-satunya suku kaum di rantau ini yang tidak mempunyai taraf mana-mana warganegara atau orang memanggilnya sebagai kumpulan manusia yang stateless.

Bajau

Etnik ini juga dikenali dengan nama suku kaum Pala'u, dengan kehidupan mereka dengan cara membina pondok di atas air dan menjadikan bot sebagai tempat untuk berteduh.

Etnik ini yang dikatakan hanya boleh ditemui di Sabah, masih mengamalkan budaya pelaut dipercayai berasal dari kepulauan Riau, Johor khususnya Pulau Lingga sebelum berhijrah ke kepulauan selatan Filipina dan Borneo Utara sejak 100 tahun lalu selepas kejatuhan empayar Melaka.

Paling mengujakan, ada antara mereka yang masih memilih untuk menjalani kehidupan secara nomad dan akan berpindah-randah, mencari penempatan baru samada hidup di kawasan perairan Filipina dan Indonesia.

Kaum Bajau Laut yang menetap di perairan sekitar Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Kudat dikatakan tidak tenang hidup tanpa perahu yang dibuai ombak.

Berdasarkan cerita lisan, etnik itu mengikut pantang larang nenek moyang mereka untuk menetap di darat dan siapa melanggarnya, tidak hidup aman selama tujuh keturunan.

Ada juga menyatakan, sepanjang masa mereka mengejar pergerakan angin sehingga berkebolehan menadah pusaran puting beliung untuk mendapatkan air minuman ketika di laut.

Walaupun penuh keunikan dari segi budaya dan gaya hidup, kehidupan kaum ini masih jauh ketinggalan daripada peredaran zaman yang serba moden hari ini.

Berpandukan kedudukan matahari sebagai waktu

Suku kaum ini langsung tidak tahu menggunakan sistem waktu yang biasa kita gunakan dan bagi mereka, kedudukan matahari sahaja sudah cukup sebagai panduan untuk mengetahui waktu pagi, tengah hari, petang dan malam.

Kedudukan matahari di timur, bererti pagi bagi mereka. Seandainya matahari sudah berada di atas kepala, bermakna ianya telah memasuki waktu tengah hari.

Kalau kedudukan matahari berada di barat, itu tanda bahawa sudah menuju ke waktu petang yang menghampiri malam, kata salah seorang anggota kumpulan etnik Bajau Laut dari Semporna yang pernah dihubungi suatu ketika dahulu.

Mabuk darat

Jika anda yang tidak biasa turun ke laut, pasti ada antara kita yang akan pening disebabkan mabuk laut, namun situasinya berbeza pula bagi Bajau Laut di mana mereka akan mengalami mabuk darat seandainya mereka naik ke darat.

Disebabkan sudah terbiasa tinggal di atas laut yang bergelora, malah sejak bayi lagi, suku kaum Bajau Laut tidak mampu bertahan untuk kekal berada di daratan bagi tempoh yang lama.

Mereka akan cepat pening kepala dan mabuk darat, berjalan pun terhuyung-hayang tidak betul.

Mereka hanya akan naik ke darat sekiranya ada keperluan seperti membetulkan atau menghasilkan bot yang baharu dan tujuan ritual keagamaan untuk mengebumikan ahli keluarga yang meninggal dunia.

Laut sebagai tempat permainan untuk anak Bajau Laut

Bajau Laut

Walaupun hidup serba kekurangan, etnik ini telah dinobatkan sebagai perenang dan penyelam paling mahir di dunia tanpa menggunakan sebarang bantuan peralatan alat pernafasan scuba diving.

Mereka sangat hebat kerana mampu menyelam hingga kedalaman 20 meter tanpa bantuan tangki oksigen dan boleh menahan nafas di dalam air selama 10 minit.

Bayi-bayi Bajau Laut yang baru dilahirkan akan direndam ke dalam laut untuk membiasakan mereka dengan air laut atau simbolik kepada keserasian dan keberanian hidup di laut.

Difahamkan, temuni bayi-bayi Bajau Laut akan ditanam di dasar laut bertujuan untuk mengekalkan adat resam kepercayaan bahawa ada penjaga roh laut yang akan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya dan tidak akan mati sewaktu menyelam.

Menyelam sambil memburu hasil makanan laut

Kemahiran menyelam yang diamalkan ini mampu mengajar keturunan mereka untuk memburu hasil laut seperti ikan, sotong dan udang kara dengan menggunakan lembing kayu.

Jika tidak berjaya menangkap ikan atau udang, mereka akan mencari kima (orang Bajau Laut menyebutnya sebagai tehe-tehe) iaitu sejenis kerang atau landak laut sebagai sumber asas makanan mereka.

Khabarnya, rata-rata suku kaum Bajau Laut ini tidak mampu bertutur dalam Bahasa Melayu, malah mereka juga dikatakan tidak mempunyai agama yang tetap dan sering bersilih ganti agama.

Tentang suku Bajau Laut, hari ini mereka masuk muslim, esok lusa mubaligh kristian datang, mereka masuk Kristian pula. Pendakwah perlu tinggal bersama mereka dan mengajar tentang agama.

Untuk pengetahuan, suku Bajau Laut hidup secara nomad.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: thevocket

Maksud Mimpi Melihat Najis Ayam

Maksud Mimpi Melihat Najis Ayam

Hampir setiap orang pernah mengalami mimpi, dan mungkin ada yang menganggapnya sebagai penghias tidur saja, namun ternyata mimpi juga mempunyai maknanya yang tersendiri, kerana mimpi merupakan salah satu bentuk "komunikasi" alam bawah sedar tentang "sesuatu" yang akan terjadi atau akan kita alami dalam waktu terdekat.

Mimpi ayam

Jadi, jika sekiranya kali ini anda bermimpi melihat najis ayam, apa maknanya?

1. Maksud Mimpi Najis Ayam Untuk Lelaki Yang Sudah Berkahwin

Tafsir najis ayam adalah petanda yang sangat baik, terlebih lagi jika dialami oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Kononnya, ini adalah gambaran bahawa yang mengalaminya akan mendapat kenaikan jabatan atau kenaikan pangkat.

Tentunya ini adalah khabar yang menyenangkan dan tidak ada salahnya bila kita sentiasa bersyukur kepada Allah atas semua nikmat-Nya.

2. Maksud Mimpi Najis Ayam Untuk Lelaki Bujang

Tidak jauh berbeza dengan mimpi diatas, tafsir najis ayam juga merupakan petanda yang baik bagi orang yang belum berkahwin.

Mimpi ini adalah petanda bahawa orang yang mengalaminya akan mendapat kemudahan dalam mencari pekerjaan atau mencari pendapatan.

3. Maksud Mimpi Najis Ayam Untuk Remaja Lelaki

Sama dengan dua erti mimpi diatas, tafsir najis ayam juga adalah sebuah petanda yang cukup baik bila di alami oleh remaja lelaki.

Mimpi ini merupakan isyarat bahawa akan ada kemudahan dalam segala urusan yang sedang dilakukan.

4. Maksud Mimpi Najis Ayam Untuk Wanita Hamil

Tafsir najis ayam jika dialami oleh wanita yang sedang hamil maka ini adalah isyarat akan mendapat kelancaran dan keselamatan saat melahirkan.

5. Maksud Mimpi Najis Ayam Untuk Wanita Yang Sudah Berkahwin

Tafsir najis ayam jika di alami oleh seseorang yang sudah berkahwin adalah isyarat bahawa orang yang mengalaminya akan berjumpa dengan saudara yang sudah lama tidak ditemuinya.

6. Maksud Mimpi Najis Ayam Untuk Perempuan Bujang

Dipercayai bahawa tafsir najis ayam jika dialami oleh perempuan yang sudah cukup umur tetapi masih bujang, maka ini adalah petanda bahawa akan ada lelaki yang tertarik dengannya.

Dan bila anda mahu atau bersedia 'membuka hati', boleh saja dia adalah jodoh yang dinanti-nantikan.

7. Maksud Mimpi Najis Ayam Untuk Remaja Perempuan

Tafsir najis ayam bila dialami oleh seorang remaja perempuan, maka ini adalah petanda yang cukup baik.

Dipercayai bahawa mimpi ini adalah gambaran akan mendapat teman baru atau sahabat baru yang mampu memahami anda.

Meski demikian, tidak ada salahnya bila lebih teliti dalam memilih teman, kerana terkadang ada yang punya niat tersembunyi.

8. Maksud Mimpi Najis Ayam Untuk Wanita Janda

Tafsir najis ayam jika dialami oleh seorang janda, maka ini juga petanda atau isyarat yang cukup baik.

Kononnya mimpi seperti ini adalah gambaran akan mendapat anugerah atau rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.

9. Maksud Mimpi Najis Ayam Untuk Lelaki Duda

Tafsir najis ayam bila dialami oleh seorang lelaki duda, juga mempunyai makna yang cukup baik.

Mimpi seperti ini adalah gambaran bahawa keinginan-keinginan lama yang belum sempat tertunai akan terkabul atau terlaksana.

TAFSIR LAIN

1. Membahagiakan Orang Lain

Kehadiran anda ternyata telah membuatkan orang lain merasa bahagia, mungkin ini disebabkan anda termasuk orang yang dermawan atau orang yang mereka selalu berasa senang bersahabat.

2. Pilihan Yang Sukar

Setiap wanita tentunya menginginkan kehidupan yang lebih baik, maka makna mimpi yang dialami ini adalah, anda akan dihadapkan pada sebuah pilihan yang membingungkan, semuanya seolah-olah cukup baik dan menginginkan semuanya, namun hal itu tidak mungkin berlaku.

3. Keluarga Bahagia

Maksud mimpi najis ayam juga merupakan petanda akan adanya kebahagiaan dalam keluarga dan anda mempunyai peranan yang besar dalam kebahagiaan tersebut.

4. Berjaya Dengan Bantuan Sahabat

Usaha akan berjaya dengan bantuan orang yang pernah rapat dengan anda, maka dari itu cubalah jalin kembali hubungan anda bersama teman, sahabat atau keluarga terutamanya yang tinggal berjauhan.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Monday, January 25, 2021

Nobita Dan Shizuka Akhirnya Berkahwin!

Nobita Dan Shizuka Akhirnya Berkahwin!

Akhirnya, Nobita dan Shizuka melangsungkan perkahwinan dan gambar ini pastinya menggamit memori bagi mereka yang mengikut rapat siri kartun tersebut. Gambar ini adalah sebahagian momen di dalam filem Stand By Me Doraemon 2 yang awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di Jepun pada 7 Ogos 2020, tetapi ditunda kerana gelombang virus Covid-19.

Nobita+Shizuka

Filem ini akhirnya dilancarkan di Jepun pada 20 November 2020, yang mana Nobita akan kembali menemui neneknya, yang meninggal dunia ketika dia masih bayi, ditemani oleh Doraemon, sambil memerhati dan mengikuti aktiviti neneknya tanpa disedari.

Pada satu ketika, Nobita secara diam-diam mendengar keinginan neneknya yang tersembunyi, iaitu untuk dapat melihat cucunya berkahwin pada masa akan datang.

Nobita juga pergi ke masa depan untuk menyaksikan hari perkahwinannya dengan Shizuka namun, pada hari perkahwinan itu, Nobita yang dewasa tiba-tiba melarikan diri.

Apa yang menjadi persoalan adalah, adakah Doraemon masih bersama Nobita semasa dia melangsungkan perkahwinan?

Persoalan ini turut ditanya oleh beberapa orang netizen yang lain, dan yang meminati siri kartun ini pastinya ingin melihat perkahwinan Nobita dan Shizuka bersama-sama dengan kehadiran Doraeman yang selalu menjadi tempat Nobita meluahkan rasa hatinya.

"Waktu berjalan sangat pantas, walaupun ketika saya masih kecil, hari saya ditemani oleh Nobita. Tahniah atas perkahwinan anda Nobita dan Shizuka. Kenapa Doraemon tidak ada?" tanya salah seorang netizen.

"Doraemon adalah robot dari era cucu Nobita, yang ditugaskan untuk membuat Nobita bahagia. Jadi kebahagiaan Nobita berkahwin dengan Shizuka. Sekiranya Nobita sudah gembira, Doraemon kembali pada abadnya," jawab salah seorang netizen.

Manakala yang lain pula membalas, "Pasti sedih jika Doraemon tidak ada di hari perkahwinan Nobita."

Tidak pasti ke mana perginya Doraemon, tetapi jika benar dia kembali ke abadnya dan tidak hadir di hari paling bahagia Nobita, ia pastinya sesuatu yang menyedihkan.

Namun, jawapan itu hanya mampu dijawab jika kita menonton filem Stand By Me Doraemon 2.

Mungkin kita akan tahu dimanakah Doreamon atau mungkin dia sebenarnya hadir, tetapi ditugaskan untuk mengambil gambar.

Filem ini masih belum memasuki Malaysia, tetapi akan ditayangkan terlebih dahulu di negara jiran, Indonesia.

Rumah Nobita di Tokyo bernilai RM2 juta di dunia nyata!

Nobita

Hampir semua rakyat Malaysia dibesarkan dengan siri Doraemon yang sering bermain di layar tv sewaktu cuti hujung minggu. Kita dihidangkan dengan telatah Nobita, seorang budak lelaki berkacamata yang hidupnya ditemani kucing robot dari abad ke-22, Doraemon.

Sekiranya anda adalah peminat kartun Doraemon, anda pasti sudah terbiasa dengan selok belok kehidupan mereka, termasuk tempat tinggal Nobita dan Doraemon.

Rumah Nobita sering dipotretkan dengan 'mood' yang sederhana, mempunyai 2 tingkat dengan ruang tamu, bahagian dapur dan bilik Nobita yang direka dengan konsep minimalis.

Tahukah anda, walaupun kartun ini dibuat pada tahun 1962, tetapi rumah ini masih dianggap mahal pada zaman sekarang dengan nilai rumah Nobita 70 juta yen bersamaan dengan RM2 juta!

Di dalam satu ciapan yang ditulis oleh seorang penulis novel Jepun, SOW, di akaun Twitter miliknya, @sow_LIBRA11, dia membuat bebenang khas yang mengandungi pengiraan harga rumah yang terdapat di dalam anime Jepun.

"Untuk tahun 70-an, rumah keluarga Nobi dianggap sebagai 'rumah biasa' dua tingkat yang terletak di Nerima Ward, Tokyo, yang harganya sekitar 70 juta yen.

Jumlah pembayaran pinjaman adalah sekitar 200 ribu yen sebulan. Bapa Nobita tentu mempunyai gaji yang tinggi.

"Mungkin anda akan berkata, 'bukankah mereka menyewa rumah itu?' berdasarkan harga pasaran, rumah jenis ini mungkin disewa dengan harga 160 ribu yen [RM6,407]," kata SOW.

Bukan hanya rumah Nobita, SOW juga membuat pengiraan rumah keluarga Sazae-san yang sudah 'berdiri' sejak tahun 1946 dengan harga mencecah 150 juta yen atau RM60 juta.

Kemudian rumah Usagi Tsukino, Sailor Moon, harganya lebih tinggi pada 450 juta yen atau RM18 juta.

Dan yang terakhir, rumah keluarga Nohara aka Shin chan, yang harganya 20 juta yen atau RM800,000.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2

Monday, January 18, 2021

7 Bunga Paling Mahal Di Dunia

7 Bunga Paling Mahal Di Dunia

Keindahan bunga sememangnya tidak ternilai dan dikagumi ramai, yang datang dengan pelbagai bentuk, saiz dan warna namun pernahkah anda menilai bunga itu dengan harga?

Selalunya kita hanya tahu harga orkid paling mahal, tetapi tidak tahu bunga lain juga memiliki harganya yang tersendiri.

1. Lily of The Valley

Lily

Percayakah anda salah satu bunga termahal di dunia adalah bunga yang berbahaya dan beracun?

Itulah Lily of The Valley, bunga yang memiliki berry merah kecil dan boleh menyebabkan muntah-muntah, sakit perut, meningkatkan tekanan jantung dan boleh menyebabkan kematian.

Pada abad ke 17 di Belanda, ia menjadi bunga yang diminati ramai kerana bergaya bagi wanita Belanda dan menjadi simbol masyarakat ketika itu.

Pada waktu itu, bunga ini dijual dengan harga $5,700 dan sehingga kini masih lagi menjadi antara bunga termahal dunia.

Bunga ini juga dikenali dengan nama Our Lady's Tears atau Mary's Tears.

Lily of The Valley juga digunakan sebagai bunga hiasan ketika perkahwinan William dan Catherine Middleton.

2. Lisianthus ($4 Setangkai)

Lisianthus

Eustoma grandiflorum atau lebih dikenali sebagai Lisianthus, adalah bunga yang mekar setiap tahun.

Ianya tumbuh secara semulajadi di kawasan panas di Amerika Selatan Selatan, Mexico, Caribbean dan Amerika Selatan utara, dengan pelbagai warna seperti ungu, putih, lavender dan biru.

Akan tetapi perlu diketahui bahawa bunga yang relatif mahal ini adalah bunga yang sukar dipelihara kerana memerlukan perhatian lebih dan rawatan ekstra, jika tidak ia akan mudah layu.

Bunga ini juga cukup sukar untuk dibiakkan kerana apabila batangnya dipotong, ia hanya dapat bertahan 2 hingga 3 minggu.

3. Hydrangea ($7 Setangkai)

Hydrangea

Sejak 150 tahun lalu, hydrangea atau bunga Siti Zubaidah ditanam secara meluas di negara beriklim sederhana.

Bunganya mampu bertahan selama tiga bulan sebelum gugur menyebabkan ia turut dikenali sebagai bunga tiga bulan.

Bunga ini mempunyai lebih 70 hingga 75 spesies dan asalnya dikenali sebagai tumbuhan di kawasan pedalaman timur dan selatan Asia seperti China, Korea, Jepun dan kawasan sekitar Himalaya, malah ia banyak ditemui di benua Amerika Selatan dan Utara.

4. Gloriosa ($10 Setangkai)

Gloriosa

Salah satu bunga hiasan yang sangat langka dan jarang ditemui kerana hanya tumbuh di Afrika.

Jika cuba ditanam pun, tumbuhnya sangat sukar, menjadi punca harganya sangat mahal.

Bunga Gloriosa juga memiliki banyak nama dimulai dari Flame Lily, Fire Lily, Glory Lily, Superb Lily, Climbing Lily dan juga Creeping Lily, yang semua ini merujuk kepada bentuk bunganya yang seperti api.

5. Gold of Kinabalu Orchid ($6,000)

Orchid

Memerlukan waktu yang cukup lama untuk mekar, bunga ini dikategorikan sebagai bunga yang menagih kesabaran dalam menanamnya.

Diperlukan waktu 8 hingga 10 tahun untuk bunga Gold of Kinabalu Orchid menjadi matang, menjadi sebab mengapa bunga ini sangat mahal.

Anda dapat menikmati pemandangan hamparan bunga ini di Kinabalu National Park, Malaysia, dan kerana itu bunga ini dinamakan Gold of Kinabalu Orchid, salah satu bunga anggrik termahal di dunia.

Jika anda ingin menyaksikan pemandangan bunga ini, datanglah pada bulan April atau Mei.

6. Juliet Rose ($15.8 juta)

Rose

Warnanya hanya satu sahaja iaitu peach pucat yang sangat elegan dan memukau hati ramai orang di dunia ini.

Rupanya yang cantik dan anggun membuatkan harga jualan menjadikannya bunga paling mahal di dunia.

Dikembangkan oleh David Austin, ia memerlukan waktu sehingga 15 tahun lamanya untuk menghasilkan bunga Juliet Rose, sebelum akhirnya dipublikasikan ke seluruh dunia.

Anda boleh memesan bunga ini untuk acara tertentu di laman web David Austin, dengan harga USD$82 untuk 10 tangkai.

7. Shenzhen Nongke Orchid ($202,000)

Orchid

Anda pasti cukup terkejut mendengar harga bunga ini kan? Ya, dalam lingkungan RM800,000! Harga tersebut diperolehi ketika acara lelongan bunga pada tahun 2005.

Sebenarnya, orkid ini sendiri adalah bunga hibrid yang dikembangkan oleh seorang ilmuwan di Universiti Shenzhen Nongke.

Dalam pengembangnnya, ia memerlukan tempoh 8 tahun dan bunga ini mengambil masa 4 hingga 5 tahun lamanya untuk mekar.

Alasan mengapa harganya sangat mahal adalah kerana kelangkaan, cara pembiakannya, latar belakang dan juga penampilannya.

Ketika dimakan, bunga ini juga disebut-sebut memberikan rasa yang sangat enak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 177: Jumpa Di Kubur Lama

SBDJ Siri 177: Jumpa Di Kubur Lama

Si gadis jelita termenung sejenak tetapi, sepasang matanya yang lembut terus menatap wajah Andi Kamarool dan sekilas senyum berlari di kelopak bibir, tentunya untuk Andi Kamarool yang muka di dakap keresahan.

Toyol jadi-jadian

"Begini saja, awak ikut saya berjalan-jalan di sini."

"Untuk apa?" Andi Kamarool gugup.

"Melihat keindahan dan kecantikan kawasan ni. Lagipun awak orang baru di sini. Saya kira, jalan bersama tak salah. Macam mana, awak setuju?"

Andi Kamarool jadi serba salah. Sekejap garu kepala, sekejap garu leher, sekejap lagakan gigi atas dengan bawah sekali. Dia masih ragu untuk membuat keputusan.

"Bagaimana? Kamu ragu-ragu dengan aku?" desak si gadis.

"Ayuh, saya temankan awak," jawab Andi Kamarool penuh semangat.

"Bagus, kita menuju ke sungai," si gadis jelita memulakan langkah. Mereka berjalan beriringan.

Seperti apa yang saya lalui, Andi Kamarool juga turut mengalaminya. Dia melihat air sungai yang melimpah ruah tetapi mengalir tenang mengarah dengan dedaun kering dan kumpulan bunga teratai dari hulu.

"Mari kita mandi," si gadis jelita sambil menanggalkan pakaian. Cuma yang tinggal coli dan seluar dalam. Si gadis jelita terjun ke dalam sungai.

"Mari kita mandi," ajaknya lagi sambil melentangkan badan di permukaan air sungai yang tenang.

"Kenapa menung, jangan tunggu lama-lama. Terjun dan berenang sekarang," desak si gadis jelita.

Dan kali ini, Andi Kamarool bersedia memenuhi permintaan itu. Dia segera terfikir, mungkin apa yang sedang dilaluinya ini adalah tipu helah pengawal rumah batu lama untuk memerangkapnya. Andi Kamarool tergesa-gesa berpatah balik.

"Kenapa kamu berpatah balik? Kamu takut dengan air," jerit si gadis dengan rasa kesal yang amat sangat.

Andi Kamarool mempersetankan suara si gadis itu. Dia cuma senyum dan berpatah balik ke tebing sungai.

Berdiri kaku di situ, melihat si gadis jelita berenang dan menyelam sesuka hati. Tubuh si gadis yang segar jadi sasaran biji mata Andi Kamarool.

Payu dara yang keras dan tajam menolak coli yang nipis. Rambut yang panjang bagaikan tebaran jala bila si gadis yang memusingkan kepala dengan cepat.

Si gadis terus berenang dan menyelam bagaikan puteri duyung. Semua gerak-geri yang dipamerkan seolah-olah berusaha membangkitkan nafsu berahi Andi kamarool. Ternyata Andi Kamarool tidak mudah untuk digoda.

Andi Kamarool terus menanti di pinggir tebing.

"Kenapa kamu tak pergi?" soal si gadis sebaik saja dia menghampiri tebing.

Tangan kirinya memegang akar yang terjuntai ke dalam sungai, tubuhnya terus digerak-gerakkan dalam air sungai yang jernih.

Andi Kamarool dapat menikmati seluruh kulit tubuhnya yang putih melepak. Di bahagian tengah belakangnya bertenggek seketul tahi lalat hidup.

"Kamu menanti sesuatu dari aku," tambah si gadis, dia terus berenang ke tengah sungai dengan cara terlentang.

"Lihat sini," jeritnya sambil melambai-lambaikan tangan ke arah Andi Kamarool. Dengan sekelip mata dia terus menyelam ke dasar sungai.

"Ke mana dia?" hati kecil Andi Kamarool berkata sendirian.

Cukup lama si gadis itu menyelam, hampir kecewa Andi Kamarool dibuatnya.

Tiba-tiba si gadis muncul di permukaan sungai. Berenang dengan tenang ketepian. Dia melompat ke atas tebing.

Dengan sekelip mata coli dan seluar dalamnya terus kering dengan serta merta.

"Anehnya," bisik batin Andi Kamarool.

Si gadis terus senyum, seolah-olah tahu apa yang bergolak dalam dada anak muda di bibir tebing dan mata beningnya terus menatap sekujur tubuh Andi Kamarool.

Si gadis terjun ke dalam sungai kembali. Menyelam untuk beberapa saat dan muncul kembali dengan sebilah keris lama agak pendek, tetapi mempunyai lima luk tanpa hulu dan sarung.

Semasa ditayangkan kepada Andi Kamarool, mata keris lama mengeluarkan cahaya kekuning-kuningan hanya untuk beberapa saat sahaja.

TEBING

Si gadis melompat atas tebing, sepasang kakinya dari paras lutut hingga ke hujung kaki berada dalam air sungai. Andi Kamarool melihat air sungai.

Andi Kamarool melihat air dari hujung rambut jatuh meleleh perlahan di permukaan kulit dada dan belakang sebelum jatuh ke bumi.

"Cantik dan antik," si gadis menggerak-gerakkan keris lama berluk lima, dari kanan ke kiri di depan mata Andi Kamarool.

"Berikan pada saya."

"Buat apa?"

"Untuk kenang-kenangan," jawab Andi Kamarool.

"Mudahnya nak minta harta orang. Permintaan dan ajakan orang tak dilayan."

"Apa permintaannya?"

"Buat lupa pula, bukankah tadi aku ajak kamu mandi bersama."

"Oh..!" Mulut Andi Kamarool separuh terlopong.

"Sudahlah."

Secepat kilat si gadis jelita mengangkat kaki dari sungai. Dia terus berdiri. Tubuhnya yang jadi sembilan puluh peratus bogel segera ditutupinya dengan tuala besar.

Entah dari mana tuala itu menjelma? Semuanya membuat kepala Andi kamarool pening.

"Kita pulangkan keris ini ke tempatnya. Kalau kamu berhajat, silalah cari sendiri dalam sungai. Selamat tingggal orang muda."

"Jangan dibuang, nanti dulu."

Si gadis buat tidak kisah dengan permintaan Andi Kamarool. Keris lama berluk lima segera dicampakkannya ke dalam sungai. Dia terus berlalu dan Andi Kamarool tersedar.

Kerana sudah ternyata apa yang dilakukan tidak mendatangkan hasil, kami memutuskan untuk pulang saja ke rumah papan.

Tetapi, kami mengalami kejutan yang lain pula. Kami tidak dapat tidur, badan terasa panas, gatal dan berpeluh seperti berada dekat dengan unggun api.

Apa yang peliknya, menjelang subuh rasa panas, gatal dan peluh di badan hilang serta merta. Dan kami dapat menunaikan sembahyang subuh dengan sempurna.

Sepuluh minit setelah menunaikan sembahyang subuh. Kami diserang rasa mengantuk yang amat sangat.

Bagaimana tidak terdaya membuka kelopak mata dan akhirnya kami terlena di hadapan sejadah dan terjaga bila terdengar ketukan yang bertalu-talu di pintu.

Saya suruh Andi Kamarool bangun dan membuka pintu. Sebaik saja daun pintu terbuka, sinar matahari yang terang benderang terus masuk ke dalam rumah papan.

Di muka pintu, tercegat Kak Sun menatang setalam makanan untuk sarapan pagi. Dia senyum penuh rasa ramah.

"Pukul berapa sekarang Kak Sun?" sambil menggosok-gosok mata Andi Kamarool bersuara.

"Dah pukul sembilan."

"Dah tinggi hari baru terjaga," keluh Andi Kamarool.

"Apa macam? Berjaya malam tadi?"

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Andi Kamarool. Dia menyambut talam yang dihulurkan oleh Kak Sun. Saya yang sudah berdiri di sisinya menggigit jari.

"Tamar, letakkan di sana."

Setalam makanan untuk sarapan pagi segera bertukar tangan. Dari Andi Kamarool ke tangan saya. Talam segera saya letakkan atas lantai tanpa membuka tudung saji yang menutupnya.

"Usaha kami malam tadi gagal kak!" kata saya memberi jawapan, bukannya Andi Kamarool.

Saya lihat Andi Kamarool anggukkan kepala. Tidak merasa tersinggung dengan tindakan saya itu.

"Agaknya kamu berdua tidur di sini, bukannya di anjung rumah batu. Sedapnya tidur hingga terpaksa dikejutkan," dalam senyum Kak Sun cuba menyindir kami.

"Ramalan kak tak tepat, kami balik ke rumah ni pukul tiga pagi. Lepas sembahyang subuh baru kami terlelap," terang saya bersungguhsungguh. Andi Kamarool terus tersengih.

"Apa yang kau orang berdua rasa?"

"Macam-macam, nanti lain kali kami ceritakan pada kak," Andi Kamarool mencelah. Jawapan itu ternyata tidak menyenangkan hati Kak Sun.

"Ceritalah sekarang, apa salahnya."

"Saya berjanji esok atau lusa saya cerita pada Kak," saya melahirkan sebuah janji. Kak Sun menarik nafas panjang.

"Kak bukan apa-apa. Mia yang suruh tanya."

"Jawapannya tetap sama kak," tingkah Andi Kamarool.

"Mia cuma nak tahu, bila kamu berdua gagal, apakah kamu nak teruskan juga?"

"Malam ni, kami cuba lagi hingga hati kami puas. Sampaikan salam kami untuk Mia kerana mengambil berat tentang diri kami. Beritahu dia, sebelum berjaya kami tetap mencuba," tambah saya lagi.

"Baiklah."

Dan Kak Sun pun segera meninggalkan kami.

PERSIAPAN

Kerana tidak mahu mengalami kegagalan, kami segera membuat persiapan rapi. Petua dan ilmu yang ada dalam diri Andi Kamarool segera di satukan dengan petua dan ilmu yang saya miliki.

Pelbagai jenis bunga dicari dan pelbagai jenis ramuan pula diburu. Demi mencari bahan-bahan tersebut, bukit kecil di belakang rumah papan jadi sasaran.

Di saat saya menyusun dan memilih barang-barang yang perlu dan didakwa boleh memanggil makhluk halus, Andi Kamarool menghilangkan diri entah ke mana.

Kira-kira satu jam kemudian baru muncul kembali dengan wajah yang berseri-seri.

"99 jenis bunga kau dah bungkus Tamar?"

"Sudah."

"Serai wangi, kemenyan putih, pucuk pisang hutan di mana kamu letakkan?"

"Dekat bendul."

"Tulang lembu yang kita pesan dengan tukang kebun dah hantar?" soal Andi kamarool, sambil matanya merenung kiri dan kanan.

"Ada, aku letak di kaki tangga. Kamu ke mana tiba-tiba hilang."

"Maafkan aku Tamar, tiba-tiba tergerak hatiku nak jumpa Mia. Aku terus cari dia."

"Jumpa di mana?"

"Aku jumpa di kubur lama di bawah pokok buluh kuning. Dia terkejut bila aku datang."

"Apa yang kamu berdua buat di situ," tanya saya sambil membayangkan yang Andi Kamarool menjelma menjadi harimau jantan dan Mia harimau betina.

"Dia ajak aku pergi ke sebatang anak sungai," kata-kata yang diluahkan oleh Andi Kamarool membuat saya cemas. Mukanya saya renung.

"Jauh dari sini, Andi?" tanya saya lagi

"Aku tak dapat pasti berapa jauh. Anak sungai tu di kaki gunung, kami bercakap saja Tamar."

"Macam sungai.." saya tidak meneruskan kata-kata.

Andi Kamarool yang dapat menangkap maksud kata-kata saya itu, terus tersenyum.

"Bukan macam sungai yang aku dan kamu tengok tu," nada suara Andi Kamarool cukup lemah.

"Kalau serupa, kita terus saja ke situ Andi."

"Serupa atau tidak, malam ni kita teruskan usaha kita Tamar."

"Sudah tentu," balas saya penuh keyakinan.

DATANG

Malam itu, kami datang lagi ke rumah batu lama. Kali ini kami memilih ruang tamu sebagai tempat pertemuan. Mia merestuinya.

Caranya sama seperti apa yang kami lakukan pada malam semalam. Cuma masanya saja dipercepatkan setengah jam lebih awal.

"Kita mulakan," kata saya sambil memegang bahu kanan Andi Kamarool.

"lya," balasnya lemah. Ada getaran keresahan bermain di dadanya.

"Dengan izin Allah kita berjaya," kata saya memberi semangat. Andi Kamarool mengangguk.

Saya segera memberi arahan kepadanya supaya bergerak seiringan menuju ke sudut kanan.

Di situ kami duduk, saling membelakangi menghadapi taburan bunga dan dupa yang mengeluarkan asap kemenyan.

Bau kemenyan terus menyumbat lubang hidung. Saya memperkemaskan sila dan menegakkan badan. Begitu juga dengan Andi Kamarool. Suasana terasa amat sepi sekali.

Beberapa orang yang ditemui siang tadi menyatakan, dalam waktu tertentu, (terutama menjelang senja dan subuh) mereka pernah terlihat tongkat bergerak sendiri dan bunyi gelas berlaga sesama sendiri yang dituruti dengan suara orang batuk.

Mengingati semuanya itu, saya jadi cemas sendirian.

Dengan penuh tenang, kami terus menunggu. Mana tahu mungkin sebentar lagi ada kejadian aneh menjelma.

Saya berusaha dengan sedaya upaya agar tidak terleka, mengantuk atau terkhayal. Andainya perkara sedemekian terjadi, pasti kegagalan yang diraih.

Saya kira, Andi Kamarool juga berbuat seperti apa yang saya buat. Masa terus berlalu, tidak ada apa-apa yang menjelma di depan mata.

Suara lolongan anjing, suara burung hantu, suara kucing jantan mengiau manja memanggil kucing betina. Semuanya tidak kami endahkan.

Saya menahan nafas dan dada terus berdebar. Seekor kucing hitam, entah dari mana datangnya berdiri betul-betul di hujung kepala lutut.

Matanya yang bercahaya merenung tajam ke arah saya. Lidahnya menjilat-jilat lantai simen rumah batu lama. Ketakutan dan kebimbangan segera berakhir, bila kucing hitam itu berlalu.

Ternyata sepanjang malam itu saya tidak mengalami sebarang kejadian aneh atau ganjil. Saya berjaya mengekang biji mata hingga pagi tetapi, apa yang saya alami tidak sama dengan apa yang dirasakan oleh Andi Kamarool.

"Pengalaman yang sungguh hebat," Andi Kamarool membuka mulut di saat sarapan pagi bermula. Saya berhenti menghirup air kopi, sepasang biji mata saya arahkan ke wajahnya.

"Ceritakan, aku nak dengar," saya mendesak.

"Baik," balasnya lalu berhenti mengunyah makanan.

Andi Kamarool pun menceritakan apa yang dialaminya. Setelah menumpukan seluruh kalbu dan pancaindera untuk berdepan dengan pengawal rumah batu lama, dia merasai badannya terhinjut-hinjut seperti berada di atas pelana kuda yang sedang berlari kencang.

Dan dalam masa yang sama, macam ada seseorang yang sengaja memulas kepalanya hingga mukanya berada di belakang.

Sakitnya bukan kepala, tidak dapat diceritakan atau dibayangkan kepada sesiapapun.

Andi Kamarool meronta dan melawan. Mungkin kerana marah, orang yang tidak dikenali mula bertindak kasar.

Andi Kamarool terus dihumban ke tanah lapang, seluruh tubuh terasa sakit dan tulang-temulang bagaikan hancur.

Andi Kamarool terjaga dan dia mendapati dirinya berada di tempat asal. Tidak berubah ke mana-mana dan sakit yang dialami hilang serta merta.

"Dahsyat juga," kata saya.

Andi Kamarool mengangguk perlahan sambil meneguk air kopi.

Saya menggigit bibir dan membuat kesimpulan, walaupun belakang kami bertemu tetapi, peristiwa yang kami alami tidak sama.

Apakah semuanya itu sebagai petanda yang kami akan berhadapan dengan masalah yang lebih rumit lagi?

Atau itu hanya sebagai ujian untuk menduga sejauh mana kesungguhan kami berdua dalam pencarian untuk bertemu dengan pengawal atau penunggu rumah lama? Macam-macam persoalan yang muncul di benak saya.

Sesungguhnya, sarapan pagi itu terlalu banyak menimbulkan persoalan yang buat kami terpaksa berfikir panjang.

"Lupakan apa yang kamu alami," nasihat Andi Kamarool, bila melihat saya kurang ghairah menjamah hidangan yang tersedia.

"Entah," saya mengeluh.

Andi Kamarool tersenyum panjang. Entah apa yang difikirkannya. Saya sendiri tidak tahu.

KEJUT

Petang itu, di saat saya dan Andi Kamarool berehat di halaman rumah papan. Dia muncul, kedatangannya memang di luar dugaan kami berdua.

"Main catur?" matanya menjunam kepada papan catur yang kami buat sendiri.

"Nak menghilangkan rasa jemu," saya menjawab.

Sebenarnya di samping main catur, kami juga berbincang sama ada mahu meneruskan usaha mencari pengawal rumah batu lama atau membatalkan saja. Dengan kehadiran Mia, perbincangan terpaksa dihentikan.

"Bagaimana? Dah dua malam mencuba, apa hasilnya?"

Mia renung muka saya dan secara tidak langsung pertanyaan itu memang ditujukan untuk saya. Tidak kuasa saya menjawabnya.

Tetapi, Andi Kamarool tidak mahu menghampakan hati orang yang disenanginya.

"Tidak berhasil," kata Andi kamarool.

Segaris senyum berlari di kelopak bibir Mia. Anehnya, pandangannya tidak bembah masih merauti saya, tidak kepada Andi Kamarool.

"Mahu diteruskan?" Mia ajukan pertanyaan. Dia tidak puas hati, kerana pertanyaan tadi tidak saya jawab.

"Iya, tetap diteruskan," balas saya.

"Di tempat yang sama Tamar?"

"Tidak."

"Habis di mana pula Tamar," Mia menjengilkan biji mata.

Saya dan Andi Kamarool berpandangan. Mia menanti penuh debar, wajahnya membayangkan keresahan.

Saya masih buntu, tidak tahu apakah jawapan yang harus saya tuturkan kepada Mia.

Dan wajah Andi Kamarool membayangkan rasa serba salah. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan tindak-tanduk saya ketika itu.

Sebenamya, apa yang saya buat memang di luar pengetahuan Andi Kamarool. Tidak ada perbincangan atau permuafakatan sebelumnya. Semuanya berlaku secara spontan.

Apa yang saya ucapkan kepada Mia, adalah kemahuan hati saya sendiri. Tidak hairanlah, kalau Andi Kamarool nampak serba salah.

"Mahu ke mana kita Tamar?"

Kata-kata yang terpancut dari kelopak bibir Andi Kamarool meletakkan saya dalam keadaan serba tidak kena.

Bagi mengatasinya saya hanya bersandiwara dan diharapkan Andi Kamarool dapat memahaminya.

"Kau dah lupa dengan keputusan yang kita buat Andi?"

"Aku dah lupa Tamar."

Ternyata Andi kamarool dapat memahami situasi yang terjadi. Dia segera mengikuti irama yang saya mainkan. Kami pun berbalas senyum.

"Bukankah sudah aku cakapkan yang aku mahu bersendirian. Aku mahu bermalam di depan pintu masuk ruang tamu. Kau tidur seorang diri di rumah papan. Kamu cepat sangat lupa pada janji Andi."

Andi Kamarool makin cemas dan gawat. Dia menggigit bibir, mungkin dia berfikir, kenapa saya bertindak demikian.

"Satu cara yang baik, bila kau orang berdua, penunggu rumah takut nak jumpa," Mia terus ketawa.

Dia bagaikan meyindir kami. Tetapi, saya tetap memperlihatkan wajah yang serius.

"Tamar bersungguh-sungguh Mia, dia bukan berjenaka," bisik Andi Kamarool telinga Mia.

Dan ketawa Mia berhenti dengan serta-merta. Wajahnya mula menampakkan kesungguhan.

Dengan niat mencipta suasana aman, Andi Kamarool menceritakan pengalaman yang dilaluinya, Mia mendengar penuh khusyuk.

Sesekali kelihatan dia menggigit bibir dan menelan air liur. Barangkali, dia juga turut merasa kecewa dengan kegagalan demi kegagalan yang kami raih.

"Memang aku mengharapkan sangat-sangat yang kau orang berdua dapat berjumpa dengan apa yang aku cari.

"Selama ini hanya mendengar ceritanya saja. Ada dua tiga kali aku melihat bebayang manusia yang tidak tentu rupanya. Macam-macam cerita ganjil terjadi di sini aku dengar," Mia meluahkan apa yang tersembunyi dalam hatinya selama ini.

"Jadi, kami sudah buat keputusan nak tangguh depan tangga Tamar."

"Iya, Mia."

"Teruskan Tamar," Mia memberi semangat.

Dan dia mengubah topik perbualan ke arah lain. Mia banyak bercerita tentang tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan tanah ladangnya.

Dan petang itu juga, dia membawa saya dan Andi Kamarool meninjau ke kawasan ladang getah, kebun pala, cengkih.

Seperti hari-hari sebelumnya, bila berjalan bersama Mia, saya pasti merasakan ada sepasang mata yang mengawasi gerak langkah saya dengan Andi Kamarool.

Bau hamis harimau mula terhidu, seiring dengan itu, terdengar seperti dedaun gerah kering dipijak sesuatu malah, ada dedaun itu yang pecah.

Makhluk yang memijaknya tidak dapat di lihat. Bila hati kecil saya memaki hamun benda yang tidak kelihatan, saya menerima padah yang tidak diduga.

Belakang saya terasa seperti dicakar-cakar. Tetapi, baju saya tidak pula koyak.

"Maafkan saya," cetus batin saya.

Dengan serta merta, badan saya tidak dicakar lagi. Namun begitu bunyi telapak kaki makhluk ghaib terus mengiringi langkah saya.

Melihat dari gaya langkah, ayunan tangan Mia dan Andi Kamarool yang rancak itu, ternyata mereka tidak diganggu makhluk ganjil.

Sudah hampir separuh kawasan ladang yang luas itu dikelilingi. Mereka berdua (Mia dan Andi Kamarool) tidak memperlihatkan rasa cemas atau bimbang. Masih rancak berbual dan ada ketikanya ketawa mesra.

Di saat matahari berubah warna menjadi kekuning-kuningan serta bergerak perlahan ke arah balik bukit nan menjulang, kawasan ladang yang luas itu segera ditinggalkan.

Kami berjalan perlahan menuju ke halaman rumah batu lama. Di situ, Mia bagaikan tidak mahu berpisah, dia masih bercerita tentang rumah papan, tentang tanah ladang peninggalan orang tuanya.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 177/284

BACA: SBDJ Siri 176: Memanggil Makhluk Halus
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Tanda Anda Mengalami Kemurungan Tanpa Disedari

Tanda Anda Mengalami Kemurungan Tanpa Disedari

Kemurungan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah, lebih-lebih lagi jika kemurungan yang dialami tidak disedari oleh diri sendiri kerana ini secara tidak langsung membuatkan orang di sekeliling anda juga tidak tahu akan keberadaan diri anda, yang telah terbukti sangat berbahaya dan mengundang padah.

Kemurungan

Jika anda atau orang yang dikenali mempunyai tanda-tanda tersembunyi ini, jangan teragak-agak untuk berbuat sesuatu.

1. Mempunyai tabiat makan dan tidur yang tidak normal

Tidak normal di sini bermaksud insomnia atau keletihan yang berterusan, malah hilang selera makan atau sentiasa berasa lapar, merupakan tanda-tanda anda kemurungan.

Anda biasanya akan meyakinkan diri anda bahawa anda boleh mengawal amalan harian yang "biasa" ini, tapi cara yang anda lakukan ini adalah tidak sihat.

2. Rasa fobia ditinggalkan

Bagi individu yang mengalami kemurungan, mereka akan berasakan bahawa mereka sebagai satu beban kepada orang yang tersayang.

Mereka biasanya tidak akan mendedahkan bahawa dalaman mereka sedang terseksa kerana bimbang tekanan seperti ini akan membuatkan orang yang mereka sayang meninggalkan mereka.

3. Sangat berbakat dan kreatif

Orang yang tidak sedar mereka mengalami kemurungan biasanya akan cuba untuk mencari emosi di mana mereka boleh melawan rasa tertekan yang jahat yang menyeksa diri dari dalam.

Kebanyakan daripada mereka ini sangat kreatif dan berbakat, cemerlang dalam seni, muzik, kepimpinan dan lain-lain.

Terdapat banyak kajian yang mengaitkan kepintaran dengan kemurungan.

4. Melakukan perkara yang tidak menjadi kebiasaan

Bagi mereka yang mengalami kemurungan yang tidak disedari, tidak semua berkelakuan dengan cara yang sama.

Anda mungkin mendapati diri anda mengubah gaya hidup dan atau menjadikan sesuatu yang di luar norma sebagai tabiat untuk melawan gangguan dalaman ini termasuklah joging, mengangkat berat, berjalan-jalan di taman, membeli belah dan lain-lain.

5. Pandai menyembunyikan cerita

Apabila berhadapan dengan masalah ini, kebolehan berbohong dan menipu berkenaan emosi anda atau tanda-tanda lebam pada badan anda akan berlaku secara semulajadi seolah-olah ia sangat mudah bagi anda.

Walaupun jiwa anda sedang bergelut untuk terus hidup, anda secara tak langsung akan berbohong mengenainya apabila ditanya.

Ini adalah salah satu cara untuk tidak mahu membebankan rakan atau ahli keluarga anda dengan kesedihan anda.

6. Bersungguh-sungguh untuk kelihatan gembira

Ini adalah salah satu tanda besar bahawa seseorang itu mengalami kemurungan.

Kemurungan bukan sahaja sejenis mood, tetapi ia merupakan kuasa sangat kuat yang mampu mengubah tingkah laku anda. Emosi sebenar disembunyikan dan memaksa tingkahlaku yang sangat ceria ketika berinteraksi dengan orang lain kerana mereka tidak mahu sesiapa pun berasa sedih atau tak selesa.

Juga, ia merupakan respon automatik dan sudah menjadi rutin kerana dilakukan dalam satu tempoh yang lama.

7. Seorang yang suka kesempurnaan

Anda sentiasa mencari cinta dan kasih sayang, yang merupakan satu lagi faktor yang membuatkan anda tak mahu mengambil risiko untuk membuatkan orang yang anda sayang berasa tidak selesa.

Menunjukkan yang diri anda tidak sempurna kepada orang tersayang bermakna anda membiarkan kelemahan diri terserlah. Jadi, anda akan berusaha untuk melakukan semua perkara dengan sempurna.

8. Hilang minat terhadap perkara yang digemari

Apa yang selama ini membawa kegembiraaan kepada anda, namun kini tidak lagi. Anda berasakan seperti anda sedang menantikan sesuatu, tetapi anda tak pasti apa. Dan pada masa yang sama anda menyedari bahawa hidup anda terus berlalu begitu sahaja.

9. Kerap fikirkan tentang hidup dan mati

Memang kita akan memikirkan tentang kematian dari masa ke semasa, namun berurusan dengan kemurungan tersembunyi bermakna anda akan sentiasa mempersoalkan tujuan hidup dan berhadapan dengan kematian.

Jika anda kerap kali memikirkan untuk membunuh diri, jangan teragak-agak untuk memberitahu mereka yang rapat atau berjumpa dengan pakar. Anda tidak keseorangan!

10. Tak selesa melihat orang lain berduka

Disebabkan anda tahu bagaimana rasanya, melihat orang lain dalam kesedihan atau kekecewaan adalah faktor yang membuatkan anda cuba tidak menunjukkan perkara sebenar.

Anda tidak mahu orang lain berasa kesal atau kecewa atau membuatkan mereka kasihankan anda. Dengan ini, anda berasa ia sangat penting untuk memastikan orang di sekeliling anda selesa dan gembira.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: iluminasi

Monday, January 11, 2021

IQ Ahmad Maslan

IQ Ahmad Maslan

Kita sudah membaca kenyataan Lim Guan Eng, Khairy Jamaludin dan A Kadir Jasin mengenai kenyataan Ahmad Maslan yang mengulas isu desakan parti Umno untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) dengan membuat perbandingan di antara tukang parut kelapa dengan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD).

Ahmad Maslan

Kenyataan Ahmad dianggap suatu kesombongan dan menghina pekerja biasa yang menolak idea agar PRU diadakan semasa Covid-19 masih menyerang.

Ahmad ditunjukkan temu bual media dengan seorang pemarut kelapa yang tidak bersetuju PRU diadakan kerana Covid-19.

"Saya dipertontonkan dengan Astro Awani atau TV3, tidak pasti, dia ada temu bual seorang pemarut kelapa. Tak pastilah (individu) itu daftar undi atau tidak. Dia cakap tak boleh lakukan PRU kerana COVID-19.

"Tapi saya jawab kenapa perlu PRU, kerana banyak negara yang sudah lakukan, antaranya di Amerika Syarikat, Singapura dan kita juga dah laksana pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

"Sabah itu kes tinggi pun punca mereka kerana orang-orang pulau naik motorbot masuk tanpa saringan dan sebagainya. Itu antara punca saya difahamkan, dan ia merebak di pulau sekitar itu.

"Kita perlukan PRU kerana kerajaan ini juga merupakan kerajaan yang paling tipis (majoriti) di dunia. Kerusi parlimen ada 222, kalau nak jadi kerajaan kena ada 111 campur satu (kerusi) lagi minima. Haa, dan itu yang kerajaan Malaysia ada sekarang.

"Rasanya yang parut kelapa tadi itu dia tidak perasan, yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot. Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD, saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat."

Begitu kata-kata Ahmad Maslan. Program TV dianjurkan oleh Umno Tanjung Malim.

Ucapan Ahmad terus dibidas ramai pengguna media sosial secara lantang dan terbuka.

Kerajaan Penyamun

Sebelum itu, Ahmad Maslan mendakwa salah satu sebab utama Umno tidak berpuas hati dengan kerajaan PN sebab langkah gabungan itu meneruskan kes mahkamah. Kes untuk Umno dan para pemimpinnya.

Ahmad Maslan menekankan faktor itu mengatasi faktor tidak puas hati ahli UMNO terhadap pengagihan jawatan yang sudah terasa, memperlihatkan kes-kes tersebut merupakan kezaliman zaman PH.

Kes diteruskan di mahkamah maka kata Ahmad Maslan, PRU perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru supaya tiada lagi pendakwaan.

Khairy Jamaluddin juga mengkritik kenyataan Ahmad Maslan dan menggesanya tidak menggambarkan Umno kecewa dengan kerajaan PN kerana isu mahkamah.

Khairy berkata kenyataan itu memberi gambaran Umno ingin melihat berlaku campur tangan pihak eksekutif dalam proses kehakiman yang tidak sepatutnya berlaku.

Tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin juga mengatakan Ahmad tidak berfikiran 'pisang goreng' namun lebih sesuai kalau dikatakan 'pecal basi'.

Menurut A Kadir, pisang goreng sangat digemari ramai dan sudah menjadi hidangan ikonik Nusantara, berbanding dengan pecal basi jika dimakan sakit perut.

"Kalau Khairy sifatkan pemikiran Ahmad Maslan sebagai pecal basi lain ceritalah. Pecal sangat sedap. Tapi kalau basi amat mengecewakan orang yang meminatinya dan boleh menyebabkan cirit-birit," kata Kadir menerusi tulisan di dalam Facebook.

"Kita kena faham pasal apa otak YB Pontian lulusan Victoria University, Wellington, New Zealand ini jadi macam pecal basi. Harapan dia kalau PRU diadakan awal dan Umno/BN menang lepaslah dia daripada tuduhan."

New Zealand 'Negara Islam' Terbaik

Bagi Kadir, Ahmad Maslan ini mengaji saja di New Zealand tapi nampaknya dia tak belajar apa-apa yang baik daripada negara itu.

Di New Zealand, menteri dan ahli politik buat salah sikit pun mereka cepat-cepat minta maaf dan letak jawatan.

Tapi mereka bukan Melayu-Islam macam Ahmad Maslan. Bukan Melayu dan bukan orang Islam.

Sesungguhnya Malaysia dan New Zealand adalah dua negara berbeda dalam segala hal, termasuk dari segi politik.

Ahli politik di sana lebih berkredibiliti dan dipercayai daripada hampir semua kepimpinan politik di Malaysia.

Namun di New Zealand, ragbi dianggap sukan utama yang lebih dahsyat dari politik dan dianggap sebagai agama.

Orang New Zealand tidak bersolat, berpuasa, berzakat, naik haji tetapi selain itu, tindakan dan perbuatan mereka lebih kepada amalan orang Islam.

Semua itu menjadi ukuran bagaimana kita harus melakukan pembaharuan sewajarnya untuk memastikan perubahan politik selepas 2020 di mana orang tua terus memimpin.

Kita mahukan orang baru untuk memimpin Malaysia dan mungkin parti baru yang tiada isu korupsi dan rasuah.

Sebagai wahana untuk melakukan reformasi secara damai dan membawa perubahan yang bermakna untuk rakyat Malaysia tidak bergantung kepada parti, namun kita masih dengan parti lama untuk sekian kali.

Kita tidak nampak perubahan menjelang PRU 15 ini dan dengan wabak Covid-19 terus mengancam negara, orang politik terus sibuk berpolitik untuk melepaskan diri dari mahkamah.

Sehingga itu, New Zealand, tetap menduduki tempat tertinggi sebagai 'negara Islam no 1 di dunia'!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini