Dec 1, 2015

Benarkah Animasi Shin Chan Adaptasi Kisah Benar Yang Menyedihkan?

Kartun animasi Shin Chan karya Yoshito Usui sebenarnya sudah lama diterbitkan. Ia bermula dari komik yang diedarkan secara mingguan dalam majalah Weekly Manga Action oleh syarikat penerbitan Futaba pada tahun 1990.

Shin Chan

Oleh kerana permintaannya yang tinggi, sekitar tahun 1992 kartun animasi itu kemudiannya diadaptasi ke siaran televisyen menerusi TV Asahi.

Crayon Shin Chan juga turut dibeli dan dialih suara kepada lebih dari 26 bahasa termasuk bahasa Malaysia.

Terkorban Dalam Kemalangan Jalan Raya

Kembali kepada persoalan, menurut beberapa carian mendakwa kisah Shin Chan sebenarnya diadaptasi dari kisah benar.

Ia bermula apabila penerbitnya Yoshito Usui tertarik dengan kisah seorang ibu, Misae yang sangat merindui anak-anaknya, Shinosuke dan Himawari. Mengikut kisah, adik beradik ini meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Ketika kejadian, si abang ternampak adik sedang bermain berhampiran jalan raya. Kemudian datang sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

Sedar bahaya yang menanti, Shinosuke berlari ke arah adiknya dengan harapan dapat menyelamatkan Himawari dari rempuhan kereta terbabit.

Malangnya, mereka berdua terkorban di tempat kejadian.

Krayon dan Imaginasi Misae

Satu hari, Misae dan suaminya menemui krayon milik Shinosuke di dalam keretanya dan menjadikan krayon itu sebagai barang peninggalan paling disayangi mereka berdua.

Oleh kerana terlalu rindukan Shinosuke dan Himawari, Misae kemudiannya melukis watak-watak anak kesayangannya seolah-olah mereka masih hidup sambil berkhayal.

Dipercayai, krayon itulah yang menjadi tajuk animasi Crayon Shin Chan.

Jalan cerita, watak, karekter dan sebagainya dikatakan dibuat berdasarkan imiginasi ibunya yang terlalu sedih atas kehilangan anak-anaknya.

Misae berharap dengan terhasilnya lukisan-lukisan sedemikian membuatkan dia merasakan anak-anaknya masih hidup.

Apalagi watak-watak Shin Chan yang degil, gatal, mengada-ngada dan sebagainya kelihatan sangat dekat dan begitu mesra dengan kita semua.

Kisah Benar, Rekaan atau Sebenar?

Sungguh pun begitu, hakikat kisah tersebut masih lagi menjadi perdebatan antara peminat dan penonton di Jepun.

Ada yang mengandaikan kisah itu hanyalah rekaan semata-mata dan ada juga yang menganggap ia benar-benar berlaku.

Apa yang pasti, Crayon Shin Chan lebih ditonton oleh orang dewasa berbanding kanak-kanak kerana mesej yang cuba disampaikan.

Selain kenakalan Shin Chan yang menghiasi kartun animasi itu, keunikan lain seperti gaya bahasa turut menjadi tarikan ramai.

Ini kerana banyak bahasa yang digunakan amat sukar diterjemahkan ke dalam bahasa lain selain bahasa Jepun Oleh kerana itu, kartun itu sangat dekat dengan jiwa mereka.

Walaupun kartun animasi Crayon Shin Chan mendapat tarikan di seluruh dunia, namun pada September 2009 negara matahari terbit itu digemparkan dengan kematian Yoshito Usui.

Dia dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh ketika mendaki di pergunungan Arafune, Jepun. Ramai yang percaya Yoshito Usui mati akibat membunuh diri selepas mengalami tekanan perasaan sebelum itu.

Walau bagaimanapun, kematiannya masih menjadi misteri hingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: Teori Konspirasi Illuminati Disebalik Filem Minions dan Despicable Me

Sumber: Thehypemedia

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Hebat tu ya SP dsapat informasi lain dari blogger lain.tahniah SP tersenarai komentar unggul Nov di laman Etuza kali ini klik2 juga ya

Waa..terima kasih, nanti saya melawat ke blog cikgu etuza..:)

Cik akak dari dulu sampai sekarang...memang suka nonton kartun nie.
Gelak2 dengan keletah cincan yang banyak ragam.
Pernah juga denar cerita ini dulu...tapi kebenaran sukar kita ketahui..

ada juga terbaca mengenai kisah ini...tapi tak tahu nak percaya atau tidak

Kartun Shin Chan memang dekat dengan kita kerana kisah2nya berkait rapat dgn kehidupan sebenar sebuah keluarga. Tak mahu menafikan... Saya pun suka tengok! haha

Aiza suka juga tengok.. tak pasti ia realiti atau rekaan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon