Tuesday, November 28, 2017

Amalan Mandi Bunga Membuang Kuasa Jahat

Loading...

Bagi masyarakat Melayu apabila disebut mandi bunga selalunya dikaitkan dengan perkahwinan, sama ada seseorang itu lambat mendapat jodoh atau untuk menaikkan seri wajah.

Amalan Mandi Bunga Membuang Kuasa Jahat

Mandi bunga sebenarnya bukanlah amalan atau upacara dikalangan masyarakat Melayu sahaja.

Anak gadis yang lambat berkahwin melakukan mandi bunga adalah untuk meringankan jodohnya, sementara bagi isteri adalah untuk menaikkan seri wajah.

Amalan mandi bunga bukanlah perkara baru, malah telah dilakukan sejak ratusan tahun lamanya bukan sahaja ada kaitan dengan perkahwinan tetapi juga untuk kesihatan dan kesegaran badan.

Walaupun ada doa dibacakan untuk mandi bunga, tetapi sekiranya tidak dibacakan apa-apa pun, mandi bunga boleh dilakukan kerana bunga mempunyai aura tersendiri yang dapat membantu menyegarkan aura manusia.

Ketika mandi bunga, hanya bunga-bunga yang segar dan harum sahaja digunakan untuk upacara ini kerana simbolik bunga sangat disukai orang.

Sebab itulah bunga-bunga harum dan segar digunakan untuk mandi bunga agar seri dan baunya naik ke wajah, ditambah pula dengan bacaan doa tertentu memohon kepada Allah agar wajahnya berseri.

Selepas mandi bunga, wajah tidak berubah tetapi pancaran serinya akan bersinar atau auranya akan hidup semula.

Selain bertujuan untuk menaikkan seri wajah, mandi bunga juga adalah bagi membuang sihir yang selalu dikenakan kepada wanita dinamakan pelalau.

Seseorang yang terkena pelalau, jodohnya akan lambat.

Misalnya, ada lelaki yang sukakannya tetapi dia menolak. Apabila dia sukakan lelaki, orang yang disukainya pula menolak.

Ada sesetengah wanita yang sudah berusia tetapi belum berkahwin gara-gara disihir menggunakan pelalau.

Dengan mandi bunga, sihir itu akan iawarkan dan seri wajahnya akan dinaikkan semula dan dengan izin Allah akan meringankan jodohnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Mandikan Kereta Dengan Air Yasin Amalan Khurafat

-SENTIASAPANAS.COM

1 comments so far

Ada yang kata amalan mandi bunga ni kepercayaan yang syirik.. betul ke?

Sebab saya belum pernah lagi mandi bunga..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon