Monday, December 30, 2019

Berapa Banyak Kalsium Diperlukan Untuk Kesihatan Dan Menambah Ketinggian Badan?

Berapa Banyak Kalsium Diperlukan Untuk Kesihatan Dan Menambah Ketinggian Badan?

Menurut pakar nutrisi, 3 tahun pertama selepas seseorang remaja itu akil baligh merupakan waktu yang paling sesuai untuk menambah ketinggian. Pengambilan kalsium harus dititik beratkan pada waktu ini bagi memastikan tumbesaran tulang yang pesat dan sekaligus merangsang perkembangan dan ketinggian anak-anak remaja kita.

Keperluan Kalsium

Pengambilan ini perlulah kerap sehigga mencapai umur 20 tahun, kerana Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh kita, dengan 99% kalsium berada pada tulang dan gigi dan selebihnya berada di dalam darah dan sel-sel tubuh.

Keperluan harian kalsium adalah:
  • 800 mg untuk dewasa di atas 25 tahun
  • 1.000 mg setelah usia 50 tahun.
  • 1.200 mg Ibu hamil dan menyusu

Keperluan kalsium kanak-kanak dan remaja meningkat sesuai usia:
  • Bayi berumur sehingga 5 bulan : 400 mg
  • Bayi 6 bulan - 1 tahun : 600 mg
  • Kanak-Kanak 1 - 10 tahun : 800 mg
  • Remaja 11 -24 tahun: 1.200 mg

Fungsi kalsium bagi tubuh

Pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Kanak-kanak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka. Kekurangan kalsium dapat mengakibatkan pertumbuhan tulang anak tidak sempurna dan menderita penyakit rickets.

Orang dewasa memerlukan kalsium untuk terus-menerus menguatkan sistem tulang dan giginya. Mineral di tulang dan gigi kita diganti 100% setiap tujuh tahun sekali.

Mencegah osteoporosis. Bila tidak mendapat cukup kalsium dari makanan, tubuh akan mengambilnya dari “bank kalsium” pada sendi tangan, kaki dan tulang panjangyang lain. Kekurangan pengambilan kalsium dalam jangka masa yang lama akan mengakibatkan tubuh mengambilnya dari tulang-tulang padat.

Hal ini mengakibatkan tulang keropos dan mudah patah (osteoporosis). Bila seorang wanita dari umur 20 tahun setiap harinya mengamalkan kalsium 400 mg lebih rendah daripada yang diperlukan, pada umur 55 tahun tulang keropos adalah sebanyak 1/3.

Penyimpanan glikogen. Kalsium berperanan dalam proses penyimpanan glikogen. Bila tidak ada kalsium, tubuh akan merasa lapar terus-menerus atas sebab tidak dapat menyimpan glikogen.

Melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. Otot, otak dan sistem saraf memerlukan kalsium agar dapat berfungsi secara optimum. Kekurangan kalsium dapat menyebabkan kejang otot dan gangguan fungsi otak dan sistem saraf.

Punca kehilangan kalsium dalam badan

Minum berlebihan dan melakukan olahraga yang berat juga akan membuang banyak kalsium dan magnesium dari tubuh. Oleh itu tambahkan pengambilan kalsium setelah bekerja dan berolah raga berat dan jangan minum berlebihan.

Terlalu banyak kalsium juga membahayakan tubuh.Tubuh tidak dapat menyerap kalsium bila tidak memiliki cukup magnesium dan fosforus.

Magnesium dan fosforus mengubah bentuk kalsium sehingga dapat diserap tubuh. Kalsium dan magnesium diedarkan oleh tubuh melalui albumin dalam darah.

Terlalu banyak kalsium akan membuat magnesium terdesak dari albumin sehingga tidak tersalur ke dalam darah dan tubuh akan kekurangan magnesium.

Bila tidak cukup mendapat magnesium, ginjal tidak dapat memproses kalsium sehingga terjadi endapan batu ginjal. Selain fosforus dan magnesium, vitamin D, zinc dan zat besi juga diperlukan dalam pengolahan kalsium.

Pengambilan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc dan zat besi harus seimbang agar tubuh tetap sehat.

Supplement kalsium pilihan saya adalah Ostematrix kerana ia lengkap dgn unsur kalsium, magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dan Magnesium penting bagi memastikan penyerapan kalsium dalam darah lebih efektif.

Bagi mengalakkkan pertumbuhan tulang anda perlu mengelakkan pengambilan kafein, garam, gula, makanan bergoreng (minyak berlebihan) kerana ia akan mengganggu proses penyerapan kalsium untuk tubuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kenali Arabushi, Hadakabushi Dan Honkarebushi Makanan Pelik Popular Jepun

Kenali Arabushi, Hadakabushi Dan Honkarebushi Makanan Pelik Popular Jepun

Anda pernah mendengar sejenis perencah makanan daripada Jepun yang dikenali sebagai Katsuobushi? Bagaimana dengan Bonito? Tidak pernah? Jika anda peminat makanan Jepun, anda mungkin pernah merasai kelazatan makanan jalanan yang berasal dari matahari terbit itu yang kini banyak terdapat di Malaysia dikenali sebagai Takoyaki.

Kenali makanan Jepun

Di Jepun, Takoyaki adalah bebola yang berisi inti sotong kurita (tako) dan ditabur serbuk kasar rumpai laut (Aonari) dan kepingan halus Bonito kering.

Kebiasaannya ia dihidangkan bersama Mayonis dan Sos Takoyakinamun, tahukah anda bagaimana Bonito kering ini diproses.

Bonito kering diperbuat daripada ikan bonito atau tuna Skipjack (Katsuwowonus pelamis) yang disalai dan banyak terdapat di perairan laut Jepun. Ikan tuna yang telah disalai ini dikenali sebagai Katsuobushi.

Terdapat beberapa jenis Katsuobushi, bergantung kepada proses yang dilaluinya.

Arabushi

Arabushi adalah hasil pemprosesan Katsuobushi yang paling cepat dan murah.

Arabushi diproses selama lebih kurang 20 hari hingga sebulan dengan menggunakan ikan Bonito muda. Rasa dan baunya lebih kuat.

Arabushi pula dipasarkan secara meluas kerana harga yang murah. Kepala dan isi perut ikan akan dibuang kemudian ikan dipotong empat secara memanjang.

Kemudian, ikan direneh selama satu atau dua jam di dalam air panas pada suhu 85-95 darjah selsius bergantung kepada saiz ikan.

Setelah itu, ikan direndam dalam air sejuk untuk memudahkan proses mengikis kulit dan membuang tulang. Proses ini dilakukan dengan tangan secara pantas dan cermat untuk mendapatkan kualiti terbaik.

Kemudian, isi ikan yang dikisar halus akan disalut menutupi lubang yang terhasil ketika proses membuang tulang.

Seterusnya, ikan akan disalai dengan menggunakan pelbagai kayu daripada jenis oak, pasania atau casatopsis selama 4 hingga 6 jam sehari pada suhu sekitar 60 darjah bagi mengering, mendapatkan aroma yang unik serta menyahbakteria Katsuobushi.

Setiap dua jam sekali, Katsuobushi akan dikeluarkan dan disusun semula untuk memastikan kesemuanya disalai dengan baik.

Selepas semua proses ini berlangsung, ia akan dibiarkan dalam suhu bilik untuk menarik kelembapan dari dalam isi ke permukaan.

Proses ini sangat penting untuk mengurangkan kelembapan Katsuobushi dan ia akan diulang-ulang selama satu bulan.

Pada tahap ini, ia lebih dikenali sebagai Arabushi dan sudah boleh dipasarkan.

Karebushi

Manakala Karebushi kebiasaannya menggunakan ikan tuna Skipjack berkualiti tinggi yang memakan masa lebih kurang 6 bulan dan rasanya lebih sedap (savory, umami) dan baunya tidak terlalu kuat.

Hirisan Katsuobushi boleh dimakan begitu sahaja, ditabur pada makanan atau direbus sebagai stok asas sup yang dikenali sebagai Dashi.

Dashi kaya dengan Asid Inosinic (E630) dan digunakan sebagai penambah rasa makanan. Cara pemprosesan Katsuobushi sehingga kini masih sama sejak dari zaman Edo (1603-1868).

Hadakabushi

Sementara itu, Hadakabushi adalah daripada jenis Katsuobushi yang dibuat dengan mengikis lapisan luar lemak Arabushi dan mencantikkan rupa bentuknya.

Honkarebushi

Bagi mendapatkan Honkarebushi pula, Hadakabushi akan menjalani proses penapaian dan pematangan.

Lapisan luar yang telah dikikis dan disembur air yang mengandungi kulat kulinari daripada jenis Aspergillus. Beberapa hari selepas itu, kulit berwarna kebiruan akan muncul pada permukaan Hadakabushi.

Kulit ini akan menguraikan lemak kepada asid amino serta menyerap kelembapan yang akan menghasilkan rasa dan aroma yang lebih enak.

Salutan kulat ini juga akan menjauhkan micro-organisma yang lain daripada meracuni Katsuobushi.

Hadakabushi akan dijemur dibawah sinaran matahari selama dua hari dan akan disimpan selama dua minggu. Kaedah ini diulang selama beberapa bulan.

Fasa pertama kulat berwarna kebiruan, fasa kedua kulat bertukar warna kekuningan dan pada fasa terakhir, kulat sedikit keputihan seperti kayu mati yang kering.

Katsuobushi yang telah matang ini dikenali sebagai Karebushi atau Honkarebushi.

Tercipta Dari Kesilapan

Kaedah pengulatan ini sebenarnya terhasil daripada 'kesilapan' ketika penghantaran Katsuobushi pada zaman Edo.

Pada masa itu, Katsuobushi yang dihasilkan di kepulauan Kyushu dan Shikoku sebelum dihantar ke Edo yang kini dikenali sebagai Tokyo.

Perjalanan jauh yang memakan masa selama beberapa hari menyebabkan kulat mula tumbuh pada permukaan Katsuobushi.

Pada mulanya, mereka tidak mahu memakannya tetapi setelah dicuba, didapati bahawa rasa Katsuobushi yang berkulat lebih enak!

Sebelum digunakan, kulat pada Karebushi akan dikikis terlebih dahulu.

Kemudian, Katsuobushi akan dihiris halus dengan alat yang dipanggil Katsuobushi Kezuriki sebelum digunakan bagi mendapatkan rasa yang segar dan enak.

Hirisan Katsuobushi akan menjadi tidak segar dan lemau jika terdedah terlalu lama kepada udara.

Sangat Berharga

Tahukah anda, pada zaman dahulu Katsuobushi sangat berharga sehingga ianya digunakan untuk membayar cukai.

Pada asalnya Katsuobushi dihasilkan dengan teknik merebus dan dikeringkan dibawah sinaran matahari. Kemudian, proses menyalai mula diperkenalkan pada abad ke 15 untuk membolehkan ia disimpan dengan lebih lama.

Pada masa kini, teknologi pembungkusan menggunakan nitrogen diaplikasikan untuk menjamin kesegarannya. Ia juga terdapat di dalam bentuk serbuk dan cecair yang lebih popular dikalangan ibu-ibu moden.

Berkhasiat

Kandungan protein yang tinggi serta asid Docosaheaenoic (DHA) di dalam Katsuobushi membantu perkembangan otak dan kesihatan mata.

Ia juga kaya dengan vitamin B12, niacin, zat besi dan taurin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, December 28, 2019

YOO8: Bangunan Berkembar Tertinggi Di Dunia Yang Dibina Senget!

YOO8: Bangunan Berkembar Tertinggi Di Dunia Yang Dibina Senget!

Reka bentuk unik sebuah bangunan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur, yang condong dan kelihatan bengkok telah menimbulkan kekecohan pelayar laman sosial sebelum ini apabila disangka ia hampir runtuh menyembah bumi.

YOO8 tertinggi

Sebahagian warganet turut berkongsi gambar bangunan yang sedang dalam pembinaan itu di akaun Twitter dan Facebook tanpa mengetahui kesahihan cerita sebenar.

Beberapa warganet turut mendakwa menerima gambar berkenaan menerusi kiriman Whatsapp yang dihantar rakan dan kenalan mereka serta maklumat kononnya berlaku penutupan jalan berikutan dakwaan bangunan itu akan runtuh.

Pemaju projek, KSK Land menerusi satu kenyataan berkata, gambar bangunan yang tular itu antara menara berkembar tertinggi di dunia diberi nama Y008 di bawah projek 8 Conlay.

Menerusi kenyataan sama, KSK Land memaklumkan projek itu merangkumi kediaman servis Kempinski dan Y008.

Projek 8 Conlay

YOO8 senget
Senget yang disengajakan.

Projek pembangunan bercampur, 8 Conlay dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5.4 bilion yang dijangka selesai akhir 2020.

Pembangunan terbabit mempunyai 68 tingkat hotel lima bintang, suite servis dan komponen runcit.

8 Conlay menawarkan menawarkan kediaman dalam gaya hidup terkini yang lebih bergaya dan menampilkan kehidupan urban.

Fasa pertama 8 Conlay mengetengahkan ciri kediaman berjenama yang dikenali sebagai YOO8 dikendalikan oleh Kempinski dengan dua menara yang mempunyai 1,062 unit kediaman mewah dari satu hingga tiga bilik.

Menara A YOO8 dilengkapi perabot dan reka bentuk dalaman oleh pereka terkenal antarabangsa, Steve Leung dan YOO.

Menara A YOO8 mempunyai 564 unit daripada saiz 700 hingga 1,308 kaki persegi dengan harga RM3,200 setiap kaki persegi manakala Menara B mempunyai 468 unit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Dong Jiao Zong Rasis Dan Membenci Islam?

Dong Jiao Zong Rasis Dan Membenci Islam?

Menurut Tun Mahathir, Dong Zong tidak pernah berkata apa-apa yang baik tentang kaum lain di Malaysia meskipun negara ini berbilang kaum dan hanya membangkitkan isu berkaitan masyarakat Cina sahaja.

Dong Jiao Zong Haram

Dong Zong hanya bercakap tentang pendidikan masyarakat Cina. Bahkan semasa usul untuk mewujudkan Sekolah Wawasan untuk menyatukan rakyat, mereka menolak.

Dong Zong juga membantah apabila cadangan penubuhan Sekolah Wawasan yang bertujuan menyatukan rakyat.

Dong Zong membantah kerana ia mungkin membuat kanak-kanak Melayu bercampur dengan kanak-kanak Cina. Itu pemikiran yang sangat rasis.

Apa salahnya kalau orang Melayu dan Cina dan kaum lain pergi ke sekolah bersama-sama?

Begitupun, menurut Dong Zong, kaum yang berlainan tidak boleh berada berdekatan antara satu sama lain.

Disebabkan pemikiran sebegitu, Dong Zong secara jelas adalah sebuah pertubuhan yang rasis kerana menumpukan kepada mempertahankan komunitinya sahaja.

Dong Zong juga salah apabila mendakwa tindakan kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah sebagai satu bentuk gerakan Islamisasi.

Dong Zong juga tidak betul apabila mendakwa pembelajaran tulisan khat bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 di Sekolah Cina dan Tamil bermula 2020 sebagai permulaan Islamisasi.

Setuju Bersyarat

Kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong akhirnya menyokong rancangan memperkenalkan pengenalan seni tulisan Jawi atau khat Jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah-sekolah aliran tahun depan.

Keputusan itu dicapai secara konsensus dalam pertemuan melibatkan Dong Zong, Jiao Zong dan 10 NGO lain termasuk kumpulan pendidikan Tamil, bersama kementerian pendidikan.

Mereka bersetuju pengenalan kepada seni warisan bahasa Melayu itu diperkenalkan di sekolah aliran tetapi tidak bersetuju jika murid-murid diwajibkan belajar Jawi.

Kedua, pertubuhan rasis ini juga bersetuju apabila khat diperkenalkan kepada murid-murid pada tahun depan, mereka tidak akan diuji.

Mengapa Dong Zong, Jiao Zong Belum Diharamkan?

Dua pemuka Cina sudah bersuara mendesak kerajaan mengharamkan Dong Zong dan Jiao Zong.

Seorang daripadanya, Firdaus Wong Wai Hung, menulis: "Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengharamkan Dong Jiao Zong yang rasis ini sebelum keadaan menjadi lebih parah."

Seorang lagi, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, pula menulis: "Saya merayu kepada PM supaya segera mengharamkan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong yang sangat rasis sebelum sesuatu bencana kaum berlaku kepada negara tercinta ini."

Seorang pemuka Cina lain, Dr Ang Ming Chee, malah pernah menanyakan soalan dalam tesis PhD beliau dari National University of Singapore mengapa Kerajaan Malaysia hingga kini belum mengharamkan Jiao Zong dan Dong Zong.

Saya juga ingin mengulangi soalan Dr Ang Ming Chee: "Mengapa Kerajaan Malaysia hingga kini belum mengambil apa-apa langkah untuk mengharamkan Jiao Zong dan Dong Zong tatkala Perdana Menterinya sendiri sudah bersuara?"

Dua hari berturut-turut, iaitu pada 12 dan 13 Ogos 2019, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar keras Dong Zong dengan menyifatkannya sebagai rasis.

Bila ditanya apakah apa yang dilakukan oleh Dong Zong melanggar undang-undang, Tun Dr Mahathir berkata, “jika ia terus menghasut rakyat untuk bergaduh sesama sendiri sudah tentu ia melanggar undang-undang."

Bila ditanya apakah beliau berpendapat Dong Zong perlu diharamkan, Tun Dr Mahathir berkata ia bergantung kepada keputusan pihak berkuasa seperti pihak polis.

Tun Mahathir pernah memberi amaran bahawa Kongres Pertubuhan China anjuran Dong Jiao Zong akan mendatangkan huru-hara dan ketidakstabilan (chaos and instability).

Peliknya, mengapa pihak berkuasa seperti pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan belum kedengaran melakukan siasatan dan bertindak ke atas Dong Zong dan Jiao Zong.

Paling jelas adalah kuasa Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan di bawah Seksyen 13 (1) (b) dan (c) Akta Pertubuhan 1966, iaitu:

Seksyen 13 (1) (b): Atas perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Seksyen 5.

Seksyen 13 (1) (c) (ii): Bahawa pertubuhan itu mungkin digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di dalam Persekutuan.

Seksyen 13 (1) (c) (ii): Bahawa pertubuhan itu adalah berusaha hendak mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan.

Paling mudah adalah perintah Menteri di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966: “Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi bicaranya yang mutlak, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau akhlak.”

Sangat terang dan nyata, seperti disebut oleh Tun Mahathir sendiri, bahawa apa yang dibuat oleh Dong Zong dan Jiao Zong adalah memudaratkan dan bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan dan ketenteraman awam.

Sangat terang dan nyata juga bahawa apa yang dibuat oleh Dong Zong dan Jiao Zong adalah bercanggah dengan tujuan-tujuan yang ia didaftarkan, termasuk kononnya ia bertujuan untuk "memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum."

Apa lagi yang mahu ditunggu? Takkanlah mahu ditunggu Melayu mengamuk lagi?

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Fenomena Gerhana Matahari Cincin

Fenomena Gerhana Matahari Cincin

Gerhana matahari cincin atau Anulus, berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari dan disebabkan ketika itu, bulan berada sedikit jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.

Gerhana Matahari Cincin

Disebabkan saiz bulan yang kecil itu menyebabkan matahari seolah-oleh kelihatan seperti sebentuk cincin, menghasilkan cahaya terang pada lingkarannya.

Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Uniknya di Malaysia, fenomena ini yang berlaku setiap 20 tahun, hanya akan berlaku di kawasan Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.

Dua kawasan tersebut sangat istimewa kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari, berbanding lokasi lain.

Di kawasan lain di seluruh negara, kita akan hanya dapat menyaksikan gerhana matahari separa.

Anulus pernah terjadi pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor, pada 26 Disember 2019 dan fenomena sama dijangka berulang pada April 2042.

Jika berpeluang menyaksikan fenomena ini, anda sebaiknya tidak melihat gerhana Anulus secara terus dan disaran menggunakan peralatan yang sesuai bagi mengelakkan masalah penglihatan atau buta kekal.

Terdapat empat jenis gerhana matahari:

Fasa Gerhana Cincin

1. Gerhana Penuh

Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan mnyelubungi dengan sepenuhnya cahaya Matahari yang amat terang, dan dengan ini membolehkan korona matahari yang banyak lebih lembut dilihat.

Dalam mana-mana gerhana, kepenuhan paling baik pun hanya berlaku pada laluan terhad pada permukaan bumi.

2. Gerhana Cincin (Anulus)

Gerhana anulus/cincin berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-betul sebaris, akan tetapi saiz bulan kelihatan kecil daripada saiz Matahari—ini menyebabkan Matahari kelihatan seolah-olah sebentuk cincin yang amat terang atau anulus, yang mengelilingi cakera Bulan yang lebih gelap.

3. Gerhana Hibrid

Gerhana hibrid (juga disebut gerhana anulus-penuh) berubah antara gerhana penuh dan anulus.

Ia kelihatan seperti gerhana penuh di beberapa tempat pada permukaan Bumi sementara di tempat lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana anulus. Gerhana hibrid agak jarang berlaku.

4. Gerhana Separa

Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat sebaris dan Bulan hanya melitupi Matahari dengan separa.

Fenomena ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun penuh.

Walau bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak menyilangi permukaan Bumi.

Nisbah

Gerhana Separa

Jarak Matahari dari Bumi adalah lebih kurang 400 kali jarak Bulan (dari Bumi) sementara diameter Matahari pula lebih kurang 400 kali diameter Bulan.

Oleh sebab nisbah-nisbah ini agak sama, dari Bumi, saiz Matahari dan Bulan kelihatan agak sama: lebih kurang 0.5 darjah sudut dalam ukuran sudut.

Gerhana matahari penuh adalah fenomena semula jadi namun, pada zaman dahulu dan dalam sesetengah budaya hari ini, gerhana matahari telah dikaitkan dengan kuasa ghaib menyebabkan atau dianggap sebagai petanda tidak baik.

Gerhana matahari penuh boleh menakutkan orang yang tidak mengetahui penjelasan astronomi di sebaliknya, dengan Matahari seolah-olah hilang di tengah hari dan langit menjadi gelap dalam masa beberapa minit atau jam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Apa Itu Virus Influenza, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Virus Influenza, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Influenza atau flu sering dianggap sebagai selesema biasa, malah ramai yang masih keliru antara kedua-duanya, namun hakikatnya flu adalah jauh lebih berbahaya kerana dapat menimbulkan pelbagai komplikasi berbanding selesema biasa kerana boleh menyebabkan kematian.

Virus Influenza

Di negara Barat, influenza berkait dengan musim sejuk, dengan jumlah kes dan kematian akibat flu akan meningkat ketika musim sejuk.

Namun, sebaliknya di Malaysia, sebagai negara tropika, ia adalah penyakit tidak bermusim dan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Kebiasaannya, jenis influenza H1N1 dan H3N2 menjangkiti manusia dan dikenali sebagai influenza bermusim.

Jenis-jenis Influenza

Secara umumnya, virus influenza boleh terbahagi kepada beberapa jenis dan dikategorikan sebagai influenza A, B dan C;
  • Jenis A : Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, epidemik sangat teruk dan berbahaya.
  • Jenis A (H1N1): Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, kadangkala pandemik (seperti pada 2009 dan 2013) dan amat berbahaya.
  • Jenis B: Boleh menjangkiti manusia kerana ia sering berlaku dan kesannya berubah-ubah di mana ada kalanya tidak teruk, ada kalanya berbahaya dan tidak pandemik.
  • Jenis C: Boleh menjangkiti manusia. Ringan, jarang berlaku dan bukan epidemik.

Virus influenza tersebar melalui pembawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup, manakala ia juga berlaku melalui hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta tangan yang tercemar.

Jangkitan influenza ini hanya boleh disahkan melalui sampel cecair hidung, namun adakalanya ujian saringan sedemikian tidak 100 peratus tepat.

Simptom

Tanda dan gejala influenza tidak sama dengan selesema biasa, kerana flu biasanya lebih serius dan mungkin memerlukan pesakit berehat daripada tugas harian.

Gejala influenza pada kebiasaannya muncul secara tiba-tiba. Pesakit biasanya menghidap demam yang tinggi, batuk, sakit kerongkong, berhingus, sakit otot dan badan, sakit kepala dan keletihan. Gejala ini juga boleh membawa kepada kemurungan.

Kesan Terhadap Tubuh

Komplikasi yang disebabkan influenza antara lain termasuk pneumonia (jangkitan paru-paru), sinus dan telinga.

Jangkitan ini juga boleh memburukkan penyakit kronik sedia ada seperti asma, kegagalan jantung atau kencing manis.

Komplikasi ini boleh membawa maut dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Malangnya, jangkitan virus pernafasan akut yang boleh membawa maut seperti influenza sering diabaikan oleh rakyat di Malaysia.

Jangkitan influenza perlu diawasi kerana membawa banyak kesan buruk namun masih ramai yang bersikap sambil lewa terhadap penyakit itu.

Walaupun komplikasi influenza lebih teruk terhadap kumpulan berisiko tinggi seperti warga tua lebih 60 tahun, kanak-kanak lima tahun ke bawah, wanita hamil dan penghidap penyakit jangkitan paru-paru atau penyakit jantung, orang dewasa yang sihat juga tidak terlepas daripada jangkitan influenza.

Ada virus yang lebih teruk daripada influenza seperti virus korona yang menyebabkan penyakit MERS dan SARS.

Influenza dan selesema agak sukar dibezakan secara klinikal. Doktor tidak akan terus mengatakan ia sebagai influenza sebab ia sukar dibezakan.

Jika simptom atau kesakitan yang dialami amat teruk, pengamal perubatan hanya boleh syak saja kerana kebiasaannya tiada ujian di klinik untuk mengesan influenza sebaliknya ia perlu diuji di makmal.

Rawatan

Rawatan influenza adalah menerusi ubat antivirus. Sekiranya doktor di klinik dapat me­ngesan virus yang menyebabkan influenza, antivirus boleh diberikan terus kepada pesakit.

Berbeza dengan demam biasa, hanya parasetamol diberi untuk mengurangkannya dalam tempoh kurang seminggu.

Untuk individu sihat, influenza boleh sembuh dalam masa beberapa hari sehingga kurang dari dua minggu tetapi sebilangan akan mendapat komplikasi.

Siapa Berisiko Dijangkiti?

Influenza akan memberi kesan buruk kepada mereka yang dalam kelompok berisiko tinggi namun semua orang ada potensi dijangkiti.

Mereka yang berisiko tinggi akan dijangkiti dengan lebih teruk manakala individu sihat mungkin secara umumnya akan dapat kesan yang lebih ringan, tapi bergantung kepada respon imun badan masing-masing.

Kesan virus Influenza bergantung kepada status kesihatan seseorang secara umum. Kalau kita sihat, gejalanya tidak akan teruk, selain bergantung sama ada kita ada antibodi atau tidak terhadap influenza.

Terdapat dua cara penghasilan antibodi sama ada individu pernah dijangkiti influenza sebelum ini atau dengan pengambilan vaksinasi.

Vaksin influenza di negara ini biasanya diberi kepada golongan dewasa yang berisiko tinggi, berbanding di Amerika Syarikat yang mengesyorkan vaksinasi influenza rutin kepada semua individu berusia enam bulan ke atas, kecuali yang ada masalah tidak membenarkan mereka mengambil vaksin.

Di Malaysia, bila disebut influenza, masih terlalu kurang tahap kesedaran terhadapnya atau kita tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang serius, mungkin disebabkan kurangnya penyebaran data mengenai virus berbahaya ini.

Salah satu faktor juga adalah, tiada ujian makmal di klinik yang boleh mendapat keputusan penyakit ini serta merta, selalunya darah akan diambil terlebih dahulu sebelum diuji di makmal, yang dalam beberapa hari baru dapat keputusan ujian.

Langkah Pencegahan

Sebenarnya, influenza memberi implikasi tinggi dan serius, maka pengambilan vaksin adalah penting sebagai langkah pencegahan.

Kekurangan pengambilan vaksin influenza disebabkan kurangnya maklumat dari pihak berkuasa terhadap risiko dijangkiti influenza sedangkan penyakit ini memberi kesan serius terhadap mereka yang dijangkiti hingga boleh membawa maut.

Boleh dikatakan ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung mengenai influenza dan perbezaannya dengan selesema biasa sehingga mengabaikan langkah pencegahan termasuk pengambilan vaksin influenza.

Bagaimanapun, vaksin influenza memberi perlindungan selama satu tahun saja.

Oleh kerana virus influenza mudah tersebar, maka pengamal perubatan di klinik kesihatan perlu memberi maklumat yang tepat dan jelas kepada masyarakat.

Disebabkan virus ini sentiasa menjalani mutasi, kandungan vaksin juga berubah setiap tahun. Oleh itu, kita disyorkan untuk mengambil vaksin ini setiap tahun untuk perlindungan yang optimum.

Orang awam boleh mendapatkan nasihat daripada doktor klinik kerajaan atau swasta.

Selain itu, kebersihan yang baik boleh membantu mencegah demam dan menghalang penyebaran virus influenza. Ia termasuk mengelak bersentuhan dengan individu yang dijangkiti demam atau selesema.

Orang ramai juga perlu sentiasa mengamalkan amalan mencuci tangan dengan sabun dan mengelakkan memegang bahagian hidung atau mata tanpa membasuh tangan.

Berikut antara 5 tips yang boleh diikuti supaya tidak dijangkiti virus influenza:

1. Jaga kebersihan

Sering kali kita terlihat, ramai orang yang menutup mulut atau hidungnya ketika bersin dan juga batuk.

Tetapi perlu diingatkan juga supaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih yang mengalir supaya kuman di tapak tangan tidak tersebar di merata tempat.

Secara tidak langsung dapat mengelakkan virus influenza ini dijangkiti.

2. Pakai topeng muka

Tutup mulut atau hidung dengan tisu kering apabila batuk atau bersin. Selain itu, pakai topeng muka supaya titisan cecair dari mulut dan hidung tidak tersebar ke orang lain.

3. Jauhi tempat sesak

Apabila terkena jangkitan selesema ataupun flu, jauhkan diri daripada tempat yang sesak.

Juga elakkan diri daripada mendekati orang-orang yang batuk atau selesema dan hindari bersentuhan dengan orang luar negara atau pelancong asing yang dijangkiti influenza atau flu burung.

4. Pemakanan dan diet sihat

Jamah hidangan mengikut piramid makanan seimbang dan tidak membeli makanan luar yang terdedah di persekitaran kotor.

Selain itu, galakkan diri untuk lebih aktif bergerak dan berpeluh dalam kehidupan seharian.

5. Vaksin flu

Ibu bapa perlu prihatin terhadap anak-anak yang berumur di bawah lima tahun kerana kelompok itu lebih berisiko berbanding kategori yang lain.

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak udara, makanan dan minuman mengikut kuantiti pembesaran serta pertumbuhan diri.

Cara paling berkesan untuk mengubatinya ialah melalui vaksinasi kerana ia lebih selamat dan berkesan untuk kanak-kanak, malah pendekatan itu sudah digunakan sejak lebih 60 tahun.

Kesimpulan

Kelompok remaja dan dewasa dinasihatkan supaya sentiasa sedar dan menjaga kesihatan agar tidak dijangkiti virus influenza.

Bila imuniti badan rendah, kita senang dijangkiti penyakit. Imuniti badan boleh rendah jika kita kurang rehat, stres, pemakanan dan diet yang tidak seimbang serta waktu tidur yang tidak cukup.

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga perlu ingat, jika keimunan kanak-kanak dibawah lima tahun dan warga tua berusia 65 tahun ke atas ini pada tahap rendah, akan lebih senang dijangkiti demam, juga batuk dan selesema.

Jadi, amalkan gaya hidup sihat, dapatkan vaksin supaya kita dapat mengurangkan komplikasi dan tidak mudah dijangkiti virus influenza.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, December 27, 2019

Dong Jiao Zong: Siapa 'Kuasa Besar' Di Sebalik Pertubuhan Rasis Ini?

Dong Jiao Zong: Siapa 'Kuasa Besar' Di Sebalik Pertubuhan Rasis Ini?

Pada 7 Jun 2017, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon menulis di dalam Facebooknya berkenaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Dong Jiao Zong Syaitan

Tidak ada apa-apa yang menarik tentang isi kandungan status tersebut hinggalah terjemahan bahasa Inggerisnya dimuat naik.

Saya tidak pasti siapakah yang telah merujukkan saya kepada terjemahan tersebut.

Setelah membacanya, saya dapati bahawa rumusan dan telahan saya terhadap kaitan antara parti-parti politik Cina (DAP, MCA dan Gerakan) dengan Dong Zong serta kelompok ahli-ahli korporat, taikun-taikun bisnes dan pemuka-pemuka kaum Cina di negara ini tidak jauh tersasar.

Persepsi dan pandangan umum terhadap isu ini ialah DAP lah yang menjadi ‘kepala’ untuk perjuangkan kepentingan-kepentingan kaum Cina di negara ini.

Bagaimanapun, rencana/status yang ditulis oleh mantan pimpinan Gerakan Pulau Pinang ini menceritakan sebaliknya.

Tan Sri Koh Tsu Koon antara lain menulis:

“In early 1981, Dr Mahathir took over the helm as the fourth Prime Minister (PM), with Musa Hitam as his Deputy. The ‘2M’ Government with the slogan, ‘Clean, Efficient and Trustworthy,’ gave a new sense of hope to many.

“Meanwhile, the leadership of the Chinese Education Movement, Dong Jiao Zong (DJZ), propagated the concept of the “Three In One” combination, meaning that the ruling coalition, the opposition and the civil society (such as DJZ and other NGOs) should perform their respective positive and constructive roles and even work together on certain common and important issues.

“However, the DJZ leadership, after having taken into consideration the context of a strong Barisan Nasional (BN) expected to rule for a long time, felt that, at that juncture, consultation would be more effective in bringing about change in policy and practices, rather than through only confrontation.

"Hence, they decided to adopt a new strategy of “Reform From Within.”

"It entailed sending some Chinese education leaders to join and to be fielded as candidates of a BN component party, to work within the government, rather than continuing to oppose from outside.

"Based on the “Three In One” principle, this new strategy did not at all negate the role of the opposition.

“Instead of accepting the DJZ’s decision in the context of the “Three In One” ideal, DAP’s Lim Kit Siang was very enraged.

"He immediately lambasted the DJZ leaders for working with UMNO and the BN coalition led by Dr Mahathir who had been attacked by DAP as an “ultra” Malay extremist since the late 60s."

Terjemahan bebas:

Di awal tahun 1981, Dr Mahathir mengambilalih kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri Keempat (PM4) dan melantik Musa Hitam sebagai Timbalannya. Kerajaan ‘2M’ yang membawa slogan, “Bersih, Cekap dan Amanah” telah memberikan satu harapan baru kepada ramai orang.

Sementara itu, kepimpinan Gerakan Pendidikan Cina, Dong Jiao Zong (DJZ) telah menyebarluaskan konsep gabungan ‘Tiga Dalam Satu’, yang membawa maksud pihak kerajaan (BN), pihak pembangkang dan gerakan sivil (seperti DJZ dan lain-lain NGO) harus memainkan peranan mereka secara positif dan konstruktif dan malah saling berkerjasama pada isu-isu kebersamaan yang penting.

"Bagaimanapun, kepimpinan DJZ, setelah mengambilkira konteks Barisan Nasional (BN) yang kuat itu dijangka dapat memerintah untuk satu tempoh yang lama, merasakan bahawa, pada ketika itu, rundingan adalah lebih berkesan ke arah membawa perubahan di dalam polisi-polisi dan amalan-amalan, daripada hanya menuntut melalui konfrontasi.

"Justeru itu, mereka memutuskan untuk menggunapakai strategi baru iaitu ‘Reform From Within’ (Merubah Dari Dalam).

"Ini membawa maksud, menghantar beberapa pemimpin berpendidikan berbangsa Cina untuk menjadi ahli dan dipilih sebagai calon-calon bagi satu parti komponen BN, untuk bekerja dari dalam kerajaan, daripada berterusan membangkang dari luar.

"Berdasarkan prinsip ‘Tiga Dalam Satu’ ini, strategi baru ini bagaimanapun tidak menafikan sama sekali peranan pembangkang.

"Daripada menerima keputusan DJZ dalam konteks ideal “Tiga Dalam Satu”, Lim Kit Siang dari DAP menjadi sangat marah.

"Dia segera mengecam kepimpinan DJZ kerana berkerjasama dengan UMNO dan gabungan BN yang dipimpin oleh Dr Mahathir yang telah diserang oleh DAP sebagai ekstrimis Melayu ‘ultra’ sejak akhir tahun 60an."

Tamat terjemahan.

Apa yang kita dapat fahami daripada petikan di atas?

Pertama:

Konsep gabungan ‘Tiga Dalam Satu’ lahir daripada Dong Zong sebagai formula gerakerja yang disepakati oleh parti-parti politik Cina DAP, MCA dan Gerakan (sebagai komponen BN dan juga pihak pembangkang) dan juga gerakan-gerakan sivil (Dong Zong dan lain-lain).

Semuanya bergerak dan berfungsi untuk menjaga, memelihara, memperjuangkan dan mempertahankan (termasuk mendesak dan menuntut) agar kepentingan-kepentingan Cina dapat terjamin dan tidak diganggu gugat.

Anda akan dapati bahawa kesemua parti politik Cina (DAP, MCA dan Gerakan) tidak akan bercakaran atau berbalah sesama sendiri dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama masyarakat Cina.

Yang mungkin wujud adalah sedikit perbezaan dalam sekeras mana atau selantang mana kepentingan-kepentingan mereka diperjuangkan.

MCA dan Gerakan akan ‘menekan’ dan ‘menuntut’ secara diplomasi di dalam konteks sebagai komponen BN manakala DAP akan ‘mendesak’ secara lantang di luar Barisan nasional (BN) sebagai pembangkang.

Nota: Sekarang oleh kerana DAP sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH), maka misi dan tugas itu menjadi semakin mudah apabila pemimpin-pemimpin DAP menguasai pelbagai portfolio penting (Pendidikan, Kewangan dan seumpamanya).

Isu yang sangat menyerlah ialah kepentingan sekolah-sekolah vernakular, yang bukan setakat mendapat dana dari kerajaan melalui pembentangan Belanjawan Negara, malah tetap dipertahankan ‘identiti’ dan kewujudannya dari dicabar oleh mana-mana pihak.

Kedua:

Mitos bahawa DAP adalah pencatur kepentingan Cina di Malaysia tidak tepat. Yang lebih menonjol ialah Dong Zong sebagai payung kepada semua kepentingan Cina.

DAP hanya menjadi medium yang munasabah untuk menjuarai kepentingan-kepentingan Cina (dan kini diikuti rapat oleh MCA melalui wakil-wakil mereka di Parlimen).

Ketiga:

Mitos selanjutnya bahawa MCA adalah sebuah parti politik yang lemah dan mudah dikawal atau ‘dibereskan’ oleh UMNO juga jatuh berkecai.

'Kelemah-lembutan' MCA hanyalah strategi yang telah disepakati bersama melalui formula ‘Reform From Within’ (Merubah Dari Dalam) ini.

Peranan MCA dari dalam sebagai komponen BN tidak kurang penting berbanding DAP yang menjadi pembangkang yang lantang ketika BN memerintah.

Demikian juga peranan yang dimainkan oleh Gerakan. Ia tetap mewakili kepentingan kaum Cina dan peranan besar ini ditonjolkan ketika mana parti Gerakan ini menguasai negeri Pulau Pinang satu masa dahulu.

Hatta, dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai juga menyaksikan calon Gerakan masih diterima oleh masyarakat Cina dengan jumlah undi 1000 lebih.

Keempat:

Apabila dikatakan bahawa Dong Zong yang mencatur tokoh mana yang perlu bertanding atas platform parti mana di dalam mana-mana pilihanraya, adakah ini bermakna Dong Zong satu-satunya entiti yang berperanan besar dalam konteks kepentingan Cina di Malaysia?

Saya mengusulkan bahawa terdapat satu lagi elemen besar yang sangat berkait rapat dengan kepentingan Cina, iaitu kumpulan usahawan, tokoh-tokoh korporat, taikun-taikun bisnes dan jaringan-jaringan dalam ekosistem perniagaan Cina yang bertebaran di seluruh negara.

Hakikat di atas tidak disentuh langsung oleh Tan Sri Koh Tsu Koon.

Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa sebarang perbincangan mengenai sekolah-sekolah vernakular, isu-isu pendidikan, budaya, bahasa, adat resam dan kepentingan-kepentingan ekonomi orang-orang Cina akan tempang dan cacat, sekiranya mengabaikan keempat-empat komponen di atas – parti-parti politik, dunia korporat, institusi pendidikan dan juga gerakan-gerakan sivil mereka.

Prinsip ‘Tiga Dalam Satu’ sudah menjadi ‘Semua Dalam Satu’ sekarang.

Dalam konteks ini, saya mempunyai keyakinan bahawa tidak ada satu parti politik pun akan berani menyentuh, apatah lagi menjatuhkan atau menguburkan kewujudan sekolah-sekolah vernakular Cina, sekiranya mereka berkuasa.

UMNO yang pernah menerajui BN tidak berani 'mengharamkan' sekolah-sekolah vernakular.

PAS sendiri tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa akur, menerima dan mungkin juga akan mempertahankan kewujudan institusi-institusi seperti ini, sekiranya ia ditakdirkan berkuasa satu hari nanti.

Apakah terdapat satu "aura" kekebalan yang meliputi kepentingan-kepentingan kaum Cina yang bersemayam di atas ribaan keempat-empat elemen tadi?

Jawapannya ialah tidak.

Dong Zong sendiri adalah bagaikan satu spesis parasit yang pragmatik dalam memperjuangkan agenda rasis dan melampaunya.

Ia hanya ‘menumpang’ kekuatan BN kerana agendanya lebih mudah dicapai secara diplomasi berbanding ‘kekerasan’ yang dimanifestasikan oleh kelantangan pihak pembangkang dari parti cina.

Keempat-empat elemen pemegang pertaruhan ini boleh dominan dalam keadaan umat Islam dan bangsa Melayu saling bercakaran, berbalah dan berkhianat sesama sendiri.

Selagi mana umat dan bangsa ini kekal di dalam keadaan sentiasa berkonflik dan tidak menyarung kembali pedang-pedang perseteruan mereka, selama itulah peluang yang amat luas terbuka bagi mengaut sebanyak-banyak kepentingan dan manfaat bagi kaum Cina, dalam segala bidang dan dalam kapasiti apa sekalipun.

Kalau dahulunya mereka menguasai bidang ekonomi, sekarang mereka sudah menjejak kaki ke puncak-puncak kuasa politik.

Umat dan bangsa masih lagi leka, lalai dan tidak sedar langsung bahawa saki baki warisan dan kedaulatan mereka sedang ditarik perlahan-lahan dari bawah telapak kaki mereka.

Hanya apabila umat dan bangsa kembali sedar dan berpegang kembali kepada prinsip-prinsip dan tunjang-tunjang kekuatan Islam, tidak berkompromi dalam urusan-urusan melibatkan kepentingan Islam dan umatnya, tidak memilih ataupun melantik pemimpin yang berkhianat, tidak bergantung kepada pihak bukan-Islam sebagai wakil mereka dan enggan membiarkan masa depan ditentukan oleh pihak lain, maka pada waktu itulah dominasi puak kuffar akan berakhir.

Kekuatan dan dominasi yang kita lihat pada keempat-empat elemen yang rasis, cauvinis dan melampau di atas hanyalah kerana kita membiarkan diri kita berada dalam kedudukan yang lemah, tunduk, diperhambakan dan dibelenggu dengan segala ciri kelemahan dan kehinaan yang dikenali manusia.

Mereka kelihatan kuat dan perkasa bukan kerana diri mereka sendiri, akan tetapi berpunca dari diri kita sendiri.

Jaminan kekuatan, kemuliaan, keperkasaan, kedaulatan dan ketinggian tidak ditawarkan oleh Allah kepada kaum yang enggan berjihad, malas untuk mengislah diri sendiri dan mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah dan tokoh kepimpinan alam.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: ismaweb

Donald Trump Presiden Ketiga AS Pernah Di Pecat Dari Jawatan Presiden?

Donald Trump Presiden Ketiga AS Pernah Di Pecat Dari Jawatan Presiden?

Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ketiga dalam sejarah yang diundi oleh Dewan Perwakilan untuk didakwa menerusi perbicaraan di Dewan Senat atas kesalahan menyalah guna kuasa.

Donald Trump dipecat

Pengundian 230-197 pada Rabu (18/12/2019), berakhir dengan hampir kesemua wakil Demokrat mengundi untuk menyokong dakwaan, manakala kesemua wakil Republikan menolak. Donald Trump turut menghadapi tuduhan kedua iaitu menghalang Kongres.

Langkah seterusnya adalah perbicaraan bersejarah di Senat yang dijangka bermula awal tahun 2020 depan, sekali gus memberi ahli Senat kata akhir mengenai masa depan Donald Trump: Sama ada bebas daripada tuduhan atau dipecat dan disabit kesalahan.

Namun begitu, Senat yang dikawal oleh majoriti Parti Republikan dijangka memihak kepada Trump.

Tiada tarikh muktamad ditetapkan, namun ramai berpandangan bahawa perbicaraan bakal bermula seawal minggu kedua Januari 2020.

Menurut Ted Lieu, ahli Kongres Demokrat mewakili California, “Dakwaan ini kekal selamanya. Ia akan mengikutinya sepanjang hidup dan ia tercetak dalam buku sejarah. Orang ramai akan memahami mengapa beliau didakwa.

“Mudah sahaja. Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang.”

Kronologi Pemecatan Donald Trump

25 Julai (Trump-Zelensky berhubung melalui panggilan telefon)

Trump berbual selama 30 minit bersama Presiden baharu Ukraine, Volodymyr Zelensky yang dilantik pada Mei 2019 lalu.

Pada awal Julai, jutawan hartanah tersebut tanpa memberi penjelasan menyekat bantuan ketenteraan berjumlah ratusan juta dolar yang diluluskan Kongres.

12 Ogos (Pembocor maklumat failkan aduan)

Seorang pembocor maklumat tanpa nama dalam komuniti risikan AS memfailkan aduan dalaman tentang panggilan telefon antara Trump-Zelensky dan menyifatkan ia sebagai 'kebimbangan terdesak'.

11 September (Ukraine terima bantuan)

Rumah Putih memberikan bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

24 September (Siasatan dilancarkan)

Demokrat di Dewan Perwakilan mengumumkan siasatan ke atas Trump berhubung dakwaan salah guna kuasa dilancarkan selepas beliau didakwa mendesak Zelensky supaya menyiasat pesaingnya dalam Pilihan Raya Presiden AS 2020, Joe Biden dan anak lelakinya, Hunter.

25 September (Transkrip didedah)

Rumah Putih mengeluarkan transkrip kasar tentang panggilan Trump-Zelensky. Ia membuktikan Presiden terbabit beberapa kali meminta rakan sejawatannya di Ukraine supaya menyiasat Biden bersama peguam peribadinya, Rudy Giuliani dan Peguam Negara, Bill Barr.

26 September (Aduan pembocor maklumat didedah)

Jawatankuasa Risikan Senat mendedahkan aduan pembocor maklumat yang mendakwa Trump menggunakan kuasa beliau untuk mendapatkan campur tangan asing dalam Pilihan Raya Presiden AS 2020.

Ia juga mendakwa pegawai di Rumah Putih cuba untuk 'mengunci' akses kepada transkrip panggilan tersebut atas alasan bahan politik sensitif.

13-21 November (Pendengaran Awam)

Jawatankuasa Risikan Senat memulakan pendengaran awam susulan keterangan saksi secara tertutup pada Oktober lalu.

Mereka yang memberi keterangan yang turut disiarkan secara langsung menerusi TV termasuk bekas Duta AS ke Ukraine, William Taylor dan Marie Yovanovitch serta anggota Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Leftenan Kolonel, Alexander Vindman.

Duta AS ke Kesatuan Eropah dan sekutu Trump, Gordon Sondland memberitahu, dia mengikut arahan Trump untuk mendapatkan perjanjian 'quid pro quo'.

3 Disember (Laporan didedah)

Laporan setebal 300 muka surat berhubung siasatan ke atas Trump mendapati bukti luar biasa tentang salah laku dan tindakan beliau yang cuba menghalang siasatan Kongres.

10 Disember (Dua tuduhan)

Jawatankuasa Kehakiman Senat mengumumkan dua artikel pemecatan terhadap Trump (salah guna kuasa dan menghalang Kongres) yang menegaskan Presiden menyalahgunakan kuasanya dan wajar dipecat.

18 Disember (Donald Trump dipecat)

Dewan Perwakilan AS sebulat suara memecat Trump kerana menyalahgunakan kuasa dan menghalang siasatan Senat.

Beliau bakal dibicarakan di Senat untuk menentukan nasibnya selepas memegang jawatan di Rumah Putih selama tiga tahun.

Undi 230-197 menjadikan Trump sebagai Presiden ketiga AS dalam sejarah yang akan dipecat.

Andrew Johnson pada 1868, Bill Clinton pada 1998, manakala Richard Nixon meletak jawatan sebelum beliau didakwa pada 1974.

DONALD TRUMP TERSELAMAT DARI DIPECAT!
Kemaskini 7/2/2020)

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bebas daripada dakwaan salah guna kuasa dan menghalang Kongres dalam perbicaraan Senat yang dikuasai Republikan.

Dalam undian pertama berhubung tuduhan salah guna kuasa, undian memihak kepada Trump dengan 52 undi berbanding 48 yang menentang.

Senator Utah, Matt Romney antara anggota Republikan yang menyokong Demokrat dalam usaha menyingkirkan Donald Trump. Sementara keputusan 53-47 turut memihak Trump bagi tuduhan menghalang Kongres.

Senator Republikan, Lindsey Graham menyatakan kegembiraannya selepas pungutan suara memihak kepada Donald Trump.

"Sekarang baru saya rasa tenang," katanya.

Pada masa sama, beliau mengaku terkejut dengan tindakan Romney yang menyokong pendakwaan salah guna kuasa Trump.

Hujung tahun 2019 lalu, Dewan Perwakilan menetapkan satu perbicaraan Senat untuk menyingkirkan Trump daripada jawatannya selepas tiga tahun pentadbiran penuh gelora.

Dengan undian 230 menyokong berbalas 197 menentang dalam Kongres dikuasai Demokrat, Presiden AS ke-45 itu menjadi pemimpin Rumah Putih ketiga dalam sejarah negara itu bakal dipecat.

Undian Kongres itu dibuat empat bulan selepas seorang pembocor rahsia mendedahkan skandal Trump memberi tekanan kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky untuk menyiasat pencabar potensi Rumah Putihnya pada 2020, anggota Demokrat veteran, Joe Biden.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Kenali Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong

Kenali Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong

Adakah benar Dong Zong sebuah pertubuhan rasis? Apakah sebenarnya kumpulan Dong Zong dan Jiao Zong, pertubuhan yang menjadi payung pendidikan sekolah dan pendidikan bahasa ibunda Cina di negara ini?

Dong Jiao Zong Rasis

Kumpulan pendidikan sekolah Cina, Dong Zong menjadi tajuk utama berita apabila Tun Mahathir Mohamad melabelkannya sebagai "rasis" kerana menentang penambahan pelajaran Jawi untuk sekolah vernakular Cina.

Apa itu Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong?

Pada era awal Malaya, sekolah Cina ditubuhkan oleh komuniti Cina, terutamanya melalui persatuan mereka dan sumbangan derma orang ramai.

Lembaga pengurusan sekolah kemudiannya ditubuhkan untuk menubuhkan, mengurus dan mengendalikan sekolah-sekolah berkenaan.

Diasaskan pada bulan Ogos 1954, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zong, merupakan badan induk bagi pengurusan semua sekolah Cina di 13 buah negeri.

Walaupun pengurusan sekolah Cina individu ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan, Dong Zong dan ahli gabungannya didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan.

Jiao Zong atau Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia pula ditubuhkan pada tahun 1951, empat tahun lebih awal daripada Dong Zong.

Jiao Zong ditubuhkan sebagai maklum balas terhadap penggubalan Ordinan Pendidikan berdasarkan Laporan Barnes yang mencadangkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran untuk menggantikan pendidikan bahasa ibunda di sekolah bahasa Cina dan Tamil.

Jiao Zong menyokong supaya semua kaum sepatutnya mendapat hak yang sama terhadap pendidikan bahasa ibunda mereka.

Kedua-dua Dong Zong dan Jiao Zong merupakan pertubuhan pendidikan sekolah Cina yang paling tinggi dalam masyarakat itu.

Secara bersama, gabungan dua pertubuhan ini dikenali sebagai Dong Jiao Zong.

Apakah Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)?

Tidak lama selepas orang Cina berhijrah dan menetap di Tanah Melayu pada 1819, mereka mendirikan sekolah Cina pertama yang ditubuhkan paling awal kira-kira 200 tahun lalu.

Sekolah-sekolah ini kemudiannya dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 1950-an.

Laporan Penyata Razak pada tahun 1956, yang menggariskan dasar pendidikan negara selepas merdeka, mengiktiraf kewujudan pelbagai aliran pendidikan dan membenarkan penerapan bahasa ibunda sebagai medium pengajaran di sekolah.

Laporan itu juga menggolongkan sekolah rendah menjadi dua kategori - sekolah rendah standard dan sekolah rendah jenis standard, yang kedua-duanya menjadi prototaip Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK).

Sejak itu, sekolah rendah Cina dan Tamil telah menggunakan kurikulum biasa yang ditetapkan oleh kerajaan.

Setakat 2018, statistik Kementerian Pelajaran menunjukkan daripada 7,985 sekolah rendah di Malaysia, sejumlah 16.26 peratus atau 1,298 adalah sekolah rendah Cina.

Seramai 518,543 kanak-kanak belajar di sekolah rendah Cina dan ini merupakan 18.78 peratus daripada jumlah murid sekolah rendah pada tahun sama.

Statistik Dong Zong juga menunjukkan terdapat 1,298 SRJK Cina pada tahun 2018 berbanding 1,346 sekolah pada tahun 1970, pengurangan sebanyak 48 buah sekolah.

Walau bagaimanapun, jumlah sekolah kebangsaan meningkat sebanyak 1,601 sekolah antara 1970 dan 2018, manakala jumlah SRJK Tamil berkurangan sebanyak 133.

Mengapa terdapat ketakutan berterusan bahawa pendidikan sekolah Cina akan dimansuhkan?

Kewujudan dan bilangan sekolah Cina berkait rapat dengan dasar pendidikan kerajaan.

Walaupun Penyata Razak membenarkan pendidikan pelbagai aliran, Perenggan 12 Penyata Razak menyatakan:

"...tujuan terakhir dasar pelajaran hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur." (Laporan Razak 1956)

Penyata itu juga mengatakan bahawa kemajuan ke arah matlamat ini tidak boleh tergesa-gesa dan mesti beransur-ansur.

Perkara ini menerbitkan rasa ketakutan yang mendalam dalam pertubuhan pendidikan sekolah Cina mengenai masa depan sekolah Cina.

Selepas bantahan masyarakat Cina, menteri pelajaran ketika itu Abdul Razak Hussein memutuskan untuk tidak memasukkan 'tujuan akhir' laporannya ke dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Justeru itu, pendidikan negara tergolong menjadi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SRK).

Bagaimanapun, Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961 membenarkan menteri pendidikan untuk menukar SRJK menjadi SRK.

Peruntukan kontroversi ini hanya dimansuhkan 35 tahun kemudian selepas Najib Razak menjadi menteri pendidikan.

Seiring peredaran waktu, dengan mengambil kira faktor penghijrahan ke kota dan pembandaran, maka terdapat keperluan untuk membina sekolah Cina di kawasan bandar.

Sekolah-sekolah sedia ada sudah terlalu padat dengan kebanyakan sekolah menampung lebih 3,000 pelajar.

Walau bagaimanapun, pertubuhan pendidikan sekolah Cina sering mendapati menjadi suatu cabaran untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan untuk membina sekolah rendah Cina yang baru.

Senario di kawasan luar bandar cukup berbeza di mana sekolah-sekolah Cina menyaksikan kemerosotan yang cukup ketara dalam bilangan pelajar yang didaftarkan.

Sesetengah sekolah berkurangan muridnya dengan memiliki beberapa dozen pelajar sahaja dan terpaksa berjuang untuk hidup, manakala yang lain terpaksa ditutup.

Terdapat juga keadaan di mana sekolah-sekolah yang terletak di pusat-pusat bandar yang padat penduduk terpaksa berpindah ke kawasan kediaman kerana kesesakan atau pembangunan.

Dalam keadaan ini, muncul istilah baru (dan pelik) - 'Sekolah rendah Cina yang berpindah'.

Istilah ini merujuk kepada perpindahan sekolah bersaiz kecil (sekolah dengan kurang daripada 150 pelajar) dari kawasan luar bandar ke bandar atau kawasan separa bandar serta penempatan semula sekolah dari pusat bandar ke kawasan kediaman.

Sesetengah sekolah memilih untuk mengekalkan nama aslinya, manakala yang lain meletakkan nama baru.

Itulah sebabnya ada beberapa sekolah yang berpindah dari Imbi ke Cheras (di Kuala Lumpur) yang masih dipanggil SJK (C) Imbi.

Apakah "sekolah persendirian Cina"?

Sebelum tahun 1961, kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada sekolah menengah berbilang kaum tanpa mengira aliran pendidikan mereka.

Walau bagaimanapun, Akta Pelajaran 1961 menyatakan bahawa hanya sekolah dengan kata pengantar bahasa Melayu dan Inggeris sahaja yang dapat terus menikmati peruntukan tersebut.

Sekali lagi, kumpulan pendidikan sekolah Cina membantah dan sebagai akibatnya kerajaan melucutkan kewarganegaraan presiden Jiao Zong, Lim Lian Geok dan mengharamkan buku-bukunya.

Sesetengah sekolah kemudian membuat keputusan yang sukar untuk menuruti keputusan kerajaan dan menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan Cina.

Walau bagaimanapun, terdapat juga sekolah lain yang memutuskan untuk mencuba dan terus hidup berdikari supaya mereka dapat meneruskan pendidikan dalam bahasa ibunda dan akhirnya mereka dikenali sebagai "sekolah persendirian Cina".

Asal usul Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)

Apabila Akta Pelajaran 1961 berkuat kuasa, kerajaan tidak lagi menyediakan pembiayaan kepada sekolah menengah vernakular.

Dalam keadaan itu, Dong Jiao Zong mula mengambil peranan penting di kalangan sekolah-sekolah persendirian Cina dalam kapasiti yang serupa dengan Kementerian Pendidikan.

Dong Jiao Zong terpaksa merangka sukatan pelajaran untuk sekolah-sekolah persendirian ini.

Pada tahun 1975, ia memperkenalkan ujian piawaian Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Sehingga tahun 2018, terdapat 60 buah sekolah persendirian Cina dengan pendaftaran seramai 66,723 pelajar atau tiga peratus pelajar sekolah menengah Malaysia.

Kurang dua peratus pelajar sekolah persendirian Cina ini terdiri daripada pelajar bukan Cina.

Daripada 3,003 sekolah menengah di seluruh negara, sejumlah 2,426 merupakan sekolah menengah kebangsaan.

Apakah mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah Cina?

Mungkin ada yang ingin tahu subjek apa yang diajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.

Sebenarnya, semua sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil menggunakan kurikulum yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan.

Kurikulum untuk kedua-dua sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan adalah mirip, perbezaannya adalah pada masa yang diperuntukkan untuk setiap mata pelajaran.

Sebagai contoh, tempoh pembelajaran bahasa Inggeris dan pendidikan moral (atau pengajian agama) di sekolah rendah jenis kebangsaan adalah lebih pendek daripada sekolah kebangsaan.

Di sekolah jenis kebangsaan yang mana bahasa Tamil dan Cina menjadi subjek teras, murid akan menghabiskan masa lima hingga enam jam seminggu dalam bahasa tersebut.

Sekolah kebangsaan yang mengajar bahasa tambahan memperuntukkan dua jam untuk kelas-kelas tersebut.

Bahasa tambahan yang diajar termasuk bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban, Kadazan atau Semai.

Adakah sekolah persendirian Cina menggunakan kurikulum dari China atau Taiwan?

Sesetengah orang mungkin mengandaikan bahawa pengasas sekolah menengah Cina telah menggunakan kurikulum dari China atau Taiwan tetapi tanggapan ini tidak benar sama sekali.

Dong Jiao Zong telah menetapkan kurikulum sekolah dan menjalankan ujian UEC untuk sekolah menengah rendah (bersamaan dengan tingkatan satu hingga tingkatan tiga di sekolah-sekolah kerajaan) dan pelajar menengah atas (Tingkatan 4 sampai Tingkatan 6).

Bagi peperiksaan UEC, pelajar sekolah menengah perlu mengambil lapan mata pelajaran untuk peperiksaan mereka (beberapa adalah pilihan), manakala terdapat 22 mata pelajaran (termasuk mata pelajaran wajib dan pilihan) dalam peperiksaan menengah atas.

Bahasa Malaysia adalah mata pelajaran wajib bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah Cina.

Selain belajar Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, para pelajar sekolah menengah juga mempelajari subjek matematik, sejarah dan geografi.

Apabila memasuki peringkat menengah atas, pelajar akan memilih aliran yang mereka mahu, sama ada sains, sastera dan perdagangan, perdagangan atau lain-lain.

Kontroversi sering timbul mengenai subjek sejarah yang diajar di sekolah persendirian Cina kerana terdapat pihak yang mempersoalkan sejarah mana yang diajar kepada pelajar.

Pelajar menengah rendah diajar sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, China dan Eropah serta tamadun dan agama kuno.

Pelajar sekolah menengah atas pula perlu belajar sejarah Malaysia dan negara-negara jiran di Asia Tenggara.

Ini termasuklah prasejarah rantau ini, akulturasi dalam peradaban purba Cina dan India, kedatangan Islam di Malaysia dan kemunculan kesultanan Melayu Melaka.

Para pelajar juga berpeluang untuk mempelajari sejarah moden Malaysia, termasuk gerakan reformasi 1998 susulan pemecatan bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim, tsunami pilihan raya pada tahun 2008 dan penubuhan 1MDB.

Perlu dimaklumkan, walaupun Dong Jiao Zong menetapkan dasar pendidikan keseluruhan untuk sekolah persendirian Cina, setiap sekolah diberi autonomi untuk mengurus pentadbiran dan hal ehwalnya serta menyusun sukatan pelajarannya.

Walau bagaimanapun, hal ini telah membawa kepada perbezaan dalam sistem sekolah persendirian Cina.

Misalnya, sesetengah sekolah hanya akan mengajar sukatan pelajaran UEC, manakala yang lain pula mengajar sukatan pelajaran UEC dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, ada sekolah mengajar kedua-dua sukatan pelajaran tetapi lebih menumpukan kepada UEC.

Kenapa ada budaya kutipan derma untuk penyelenggaraan sekolah Cina?

Sering kali terjadi, keluarga yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina akan diminta oleh anak-anak mereka untuk menghulurkan sumbangan derma bagi tujuan penyelenggaraan sekolah.

Mengapakah ini berlaku ketika sekolah Cina menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan?

Terdapat dua jenis sekolah rendah Cina:
  1. Sekolah subsidi penuh yang mendapat peruntukan kerajaan penuh (dengan tanah sekolah milik kerajaan).
  2. Sekolah separa subsidi yang hanya menerima separuh jumlah peruntukan (dengan tanah sekolah dimiliki lembaga pengurusan sekolah atau pemegang amanah).

Pentadbiran BN sebelumnya telah berulang kali menggesa sekolah separa subsidi untuk menyerahkan tanah sekolah mereka dan menjadikan sekolah mereka sebagai sekolah subsidi penuh.

Walau bagaimanapun, sekolah rendah Cina yang telah mengubah pemilikan tanah mereka kepada kerajaan sering mendapati mereka tidak mempunyai peruntukan yang diperlukan untuk membaiki dan mengekalkan kemudahan serta infrastruktur mereka.

Apabila Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching masih menjadi sebahagian daripada pembangkang pada tahun 2017, dia pernah melawat sekolah Cina yang dipenuhi dengan anai-anai walaupun dengan status sekolah subsidi penuh.

Beliau juga menyarankan supaya semua sekolah Cina menerima peruntukan yang sama tanpa mengira status pemilikan tanah dan berkata kerajaan tidak boleh melayan sekolah-sekolah Cina secara berbeza hanya kerana status tanah mereka.

Malah, tiada sebutan "subsidi penuh" atau "separa subsidi" dalam Akta Pendidikan 1996 dan tidak ada peruntukan yang membabitkan layanan berbeza yang mesti diberikan kepada sekolah mengikut status tanah mereka.

Seksyen 16 Akta Pendidikan hanya mengklasifikasikan sekolah, termasuk sekolah rendah Cina, kepada tiga kategori - sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan atau sekolah swasta.

Kadang-kadang, sekolah Cina mendapati mereka kekurangan dana untuk membayar bil kemudahan awam, pengembangan bangunan sekolah atau bilik darjah, penyelenggaraan serta pembelian peralatan dan perabot baru.

Inilah sebabnya sekolah Cina mengumpul sumbangan dana daripada orang ramai. Terutamanya bagi sekolah-sekolah persendirian Cina yang tidak "diiktiraf" oleh kerajaan kerana diklasifikasikan Kementerian Pendidikan sebagai "sekolah swasta."

Oleh itu, kerajaan tidak menyalurkan apa-apa peruntukan kepada sekolah-sekolah ini.

Empat sekolah persendirian Cina di Selangor hanya mula menerima peruntukan selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kuasa di negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.

PR yang turut memerintah Perak pada 2008 telah memperuntukkan 1,000 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian Cina untuk menjana pendapatan dan membebaskannya daripada bergantung sumbangan dana kerajaan.

Sementara itu, kerajaan Sarawak turut berbuat hal yang sama dengan memperuntukkan 2,000 hektar tanah bagi tujuan serupa untuk sekolah persendirian di negeri itu.

Sekolah-sekolah ini menikmati peruntukan belanjawan persekutuan pertama mereka ketika Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya tahun lepas dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pernah mengulas bahawa sekolah-sekolah persendirian Cina tidak akan diberi pembiayaan kerana mereka bukan sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

Tetapi selepas dikritik, menteri itu kemudian menjanjikan peruntukan untuk sekolah-sekolah persendirian Cina di bawah belanjawan pembangunan persekutuan.

Walau apa pun, peruntukan sedemikian masih tidak cukup untuk membiayai operasi sekolah-sekolah persendirian Cina. Sekolah-sekolah ini sangat bergantung kepada sumbangan awam.

Oleh itu, pelajar mereka sering muncul di restoran dan tempat-tempat awam lain untuk meminta derma serta mereka turut mengambil bahagian dalam majlis kutipan dana yang lain.

Makanya, sekolah-sekolah berkenaan telah menamakan bangunan, dewan atau bilik darjah mereka dengan nama penderma.

Ke mana lepasan sekolah rendah Cina melanjutkan pelajaran?

Kebanyakan lepasan sekolah rendah Cina tidak akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah persendirian Cina.

Perangkaan Kementerian Pendidikan menunjukkan pada tahun 2018, sekitar 18.78 peratus murid sekolah rendah belajar di sekolah rendah Cina, tetapi hanya dua peratus penuntut yang mendapat pendidikan menengah mereka di sekolah persendirian Cina.

Ke mana pelajar lepasan sekolah menengah Cina pergi?

Satu kajian yang dibuat Dong Zong pada 2017 mengesan 8,655 lepasan pelajar 60 sekolah persendirian Cina pada tahun 2015, menunjukkan 76.18 peratus atau 6,593 lepasan sekolah melanjutkan pengajian mereka.

Di antara mereka yang memilih untuk melanjutkan pengajian mereka, sebanyak 56.24 peratus belajar di peringkat tempatan.

Daripada jumlah itu, 81.31 peratus menuntut di universiti atau kolej swasta tempatan, manakala 14.67 peratus di kampus tempatan bagi universiti asing, 0.19 peratus di universiti awam dan 3.83 peratus tidak diketahui.

Beberapa pelajar yang mengambil SPM melanjutkan pelajaran mereka ke tingkatan enam atau matrikulasi.

Daripada 40.41 peratus pelajar yang melanjutkan pendidikan di luar negara, sebanyak 60.66 peratus daripada mereka belajar di Taiwan, diikuti oleh Singapura (13.89 peratus), China (6.5 peratus) dan Australia (6.5 peratus).

Walaupun UEC tidak diiktiraf oleh universiti awam tempatan, sijil itu diterima pakai banyak universiti di seluruh dunia, termasuk di Australia, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Perlu dimaklumkan beberapa institusi pengajian tinggi swasta yang telah memakai bahasa Cina sebagai bahasa pengantarnya juga telah ditubuhkan oleh masyarakat Cina.

Nanyang University merupakan universiti pertama di Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1956 ketika pulau itu masih sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu.

Universiti tersebut kemudian memakai bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan seterusnya bergabung dengan University of Singapore untuk membentuk National University of Singapore (NUS).

Pada tahun 1990-an, masyarakat Cina menubuhkan tiga institusi pengajian tinggi - Southern University College di Johor Baru, Kolej Universiti New Era di Kajang dan Kolej Komunikasi Universiti Han Chiang - semuanya telah dinaik taraf kepada status kolej universiti.

Kira-kira separuh daripada pelajar ketiga-tiga kolej universiti berkenaan merupakan lulusan sekolah Cina persendirian.

Apa kata pengkritik mengenai Dong Zong dan Jiao Zong?

Semasa era pemerintahan BN, Dong Zong kerap dilemparkan kritikan, terutamanya daripada pemimpin Umno.

Ini termasuk beberapa pemimpin yang menjadi sebahagian daripada kerajaan PH seperti Dr Mahathir dan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Semasa kontroversi isu pelajaran pengenalan tulisan Jawi, Tun Mahathir menyifatkan Dong Zong sebagai "rasis" selepas mendakwa langkah kerajaan untuk memperkenalkan pelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular sebagai "Islamisasi".

"(Dahulu) kita buat sekolah satu kampus – Sekolah Wawasan – sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan di dalam satu kampus.

“Dia tak mahu (kerana) takut anak dia konon bercampur dengan orang Melayu. Jadi dia (Dong Zong) tak suka orang Melayu.

“Semua dia bantah. Tak pernah setuju dia dengan apa-apa pun (keputusan kerajaan)."

Selain itu, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mahu masyarakat di negara ini digemblengkan untuk menggempur kumpulan pelampau yang menentang pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks subjek Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.

“Kumpulan pelampau seperti ini sepatutnya disenaraikan di bawah anasir subversif dalam negara. Mereka hendaklah dianggap sebagai satu ancaman kepada negara setaraf dengan ancaman terrorisme.

“Masyarakat Malaysia hendaklah digemblengkan untuk menggempur kumpulan pelampau ini sehingga mereka pulih atau keluar meninggalkan negara ini,” katanya pada satu hantaran di Facebook.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, tetapi Dr Mohd Asri turut melampirkan keratan berita Malaysiakini yang bertajuk “Dong Zong rasis, tak pernah setuju apa-apa pun, kata Mahathir.”

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Aminuddin Yahaya mengecam DongZong sebagai kumpulan yang hanya mementingkan perasaan kaum Cina sahaja tetapi tidak peduli perasaan kaum-kaum lain.

Adakah Dong Zong menolak integrasi kebangsaan?

Tidak dapat disangkal, matlamat asal pendidikan Cina adalah untuk menyediakan pendidikan dalam bahasa ibunda kepada semua kanak-kanak kaum Cina.

Tetapi, seiring perkembangan zaman, sekolah yang dianggap sebagai pendidikan bahasa ibunda itu tidak lagi eksklusif kepada pelajar Cina sahaja kerana ia mula mengambil para pelajar daripada kaum lain.

Kajian Dong Zong pada 2017 menunjukkan penurunan jumlah murid Cina di sekolah rendah Cina dari 2010 hingga 2017, manakala murid bukan Cina meningkat daripada 11.8 peratus kepada 18.2 peratus dalam tempoh yang sama.

Contohnya, semua pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chuen di Changkat Jering, Perak, terdiri daripada orang Melayu.

Walaupun sekolah rendah Cina menerima murid-murid bukan Cina, mereka masih menolak pelaksanaan pendidikan satu aliran yang menurut mereka akan menghakis hak pendidikan bahasa ibunda.

Ketakutan kumpulan pendidikan sekolah Cina berpunca daripada perkembangan sejarah mengenai dasar pendidikan di negara ini.

Mereka begitu sensitif terhadap rancangan intergrasi dan perpaduan yang disarankan kerajaan ketika Laporan Penyata Razak 1956 menyebut bahawa matlamat utamanya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kementerian Pendidikan pertama kali menganjurkan program "integrasi sekolah" pada tahun 1985 dan merangka Pelan Integrasi Siswa untuk Perpaduan (Rimup) pada tahun berikutnya.

Mahathir kemudian mencadangkan konsep "Sekolah Wawasan" yang menyepadukan murid sekolah pelbagai aliran melalui perkongsian bersama kemudahan seperti kantin, padang dan dewan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada tahun 2000, Dong Zong tidak bersetuju bahawa sekolah wawasan dapat mempromosikan perpaduan melalui interaksi murid-murid pelbagai kaum.

"Sekiranya ini tidak dibina di atas premis kesaksamaan dan keadilan, interaksi pelajar berbilang kaum tidak akan membantu meningkatkan persefahaman antara kaum.

"Ia akan mewujudkan keraguan dan perselisihan kerana ketidakadilan dan akan memisahkan masyarakat serta mencetuskan konflik," katanya.

Bagaimanapun, Dong Zong juga menyedari bahawa sekolah-sekolah persendirian Cina - di mana pelajar Cina adalah majoriti - tidak mempunyai persekitaran untuk interaksi pelbagai kaum.

Ini telah mendorong kumpulan pendidikan itu untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi pembangunan pelbagai kaum dan budaya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta sekolah agama untuk mengadakan aktiviti pelbagai kaum yang melibatkan sekolah-sekolah persendirian Cina.

Bukti Dong Zong, Jiao Zong Rasis

Antara dosa-dosa Dong Zong dan Jiao Zong kepada negara termasuk:
  1. Menentang Penyata Barnes 1951.
  2. Menentang Ordinan Pelajaran 1952.
  3. Menentang Kertas Putih Pelajaran 1954.
  4. Menentang Penyata Razak 1956.
  5. Menentang Ordinan Pelajaran 1957.
  6. Menentang Penyata Rahman Talib 1960.
  7. Menentang Akta Pelajaran 1961.
  8. Mengetuai Gerakan Universiti Merdeka 1968 dan 1969.
  9. Menentang arahan membatalkan UEC pada 1975.
  10. Menuntut penubuhan Universiti Merdeka dari Yang di-Pertuan Agong pada 1978.
  11. Mencabar tindakan Yang di-Pertuan Agong menolak penubuhan Universiti Merdeka di mahkamah pada 1980.
  12. Menentang Dasar Kebudayaan Negara pada 1983.
  13. Menentang Rancangan Sekolah Integrasi pada 1985.
  14. Menentang lantikan guru tidak berbahasa Cina pada 1987.
  15. Menghidupkan semangat Universiti Merdeka yang ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong dan mahkamah, dengan menubuhkan New Era College di tapak yang dimaksudkan untuk penubuhan Universiti Merdeka pada 1998.
  16. Mengetuai Suqiu membuat 17 tuntutan rasis pada 1999.
  17. Menentang Rancangan Sekolah Wawasan pada 2000.
  18. Menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002.
  19. Melancarkan kempen mengembalikan kerakyatan mendiang Lim Lian Geok yang ditarik balik oleh kerajaan, kerana mengetuai penentangan ke atas Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 pada 2011 dan menuntut layanan saksama kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam kempen ini.
  20. Menentang pengajaran tulisan jawi di SJK pada 2019.

Kesimpulan

Walaupun negara ini menghormati kebebasan bersuara, tetapi ia tidak boleh disalahgunakan sewenang-wenangnya.

Jika Dong Jiao Zong sentiasa menyerang kaum lain, atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, hasilnya adalah ketidakstabilan dan kacau-bilau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala

15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala

Antara tanda-tanda akhir zaman ialah apabila berlakunya maksiat secara berleluasa dan pelakunya juga tidak berasa malu dengan perbuatan dilakukan itu, dan ketahuilah terdapat 15 perkara termasuk maksiat yang Allah turunkan bala.

Maksiat punca turun bala

Daripada Saidina Ali karramallahu wajhah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila umatku melakukan 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila kekayaan negara beredar dalam kalangan orang yang tertentu sahaja

Maksudnya, apabila sesuatu ekonomi dikuasai oleh segolongan sahaja dan tidak dibahagi-bahagikan kekayaan sesebuah negara kepada semua rakyat malah jurang antara orang miskin dan kaya semakin jauh dan melebar. Ini terjadi apabila sesebuah negara mengamalkan selain daripada ekonomi Islam.

2. Amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

Sesuatu jawatan yang disandang adalah amanah yang telah dipertangggungjawabkan tetapi dijadikan sebagai batu loncatan untuk menjadikan diri sendiri kaya-raya.

3. Zakat dijadikan hutang

Nabi SAW mengingatkan jika sesuatu masyarakat menahan diri daripada membayar zakat, Allah akan menahan hujan daripada turun dan kalaulah bukan kerana kasihankan binatang nescaya Allah tak akan menurunkan hujan setitik pun.

4. Suami mengikut kemahuan isteri

Dalam satu hadis nabi SAW bersabda: Tiga orang yang Allah tidak mahu melihat mereka pada hari Kiamat: Orang yang derhaka kepada ibu-bapanya, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus. [HR Ahmad, Nasa’I dan Hakim].

Dayus bermaksud seorang lelaki yang membiarkan keluarganya melakukan zina, sama ada ibunya, isteri atau anaknya kemudian dia mati dalam keadaan begitu.

Dia tidak menegur dan menasihati anak isteri daripada melakukan dosa bahkan, lagi teruk dialah yang mengajak melakukan maksiat.

Bukankah dia berhak menerima penghinaan daripada Allah? Sekarang istilahnya ‘quen control’, sepatutnya lelakilah sebagai ketua keluarga bukan semata-mata mengikut kemahuan isteri. Mengambil pendapat isteri dan berbincang tentang sesuatu perkara adalah sangat digalakkan.

5. Anak derhaka kepada ibunya

Di mana-mana kalau kita perhatikan betapa anak-anak sekarang sebahagiannya derhaka dengan ibu seperti bercakap kasar bahkan mengherdik ibu, tidak menghormati ibu. Paling menyedihkan menghantar ibu ke rumah-rumah kebajikan orang tua sebab tidak sanggup menjaga mereka.

10 orang anak dapat dijaga oleh ibu tetapi 10 orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu bahkan ada ibu yang makan minumnya daripada bantuan zakat. Nauzubillah.

Nabi SAW mengatakan bertuahlah bagi sesiapa yang ada ibu bapa yang menyebabkan mereka ke syurga tetapi apa yang berlaku menyebabkan mereka ke neraka kerana derhaka dengan ibu bapa.

6. Sedangkan ia baik dengan temannya

Dengan ibu bapa mereka derhaka tetapi dengan kawan-kawan amat baik. Boleh belanja kawan-kawan makan tetapi nak belanja ibu bapa tak ada bajet kena berjimat zaman ekonomi meleset tetapi sebenarnya akhlaknyalah yang meleset.

7. Anak menjauhkan dirinya daripada ayahnya

Hatta dengan ayah pun mereka menjauhkan diri dan tak bertegur sapa, kalau bertegur pun sebab nak minta duit belanja. Sedangkan pengorbanan seorang ayah Allah sahajalah yang tahu, terpaksa mengikat perut sebab nak bagi belanja sekolah anak.

Kerja siang malam nak menyekolahkan anak, nak bayar yuran sekolah, yuran kolej dan sebagainya.

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid

Maksudnya manusia bercakap pasal dunia di dalam masjid dengan suara yang tinggi seperti gelak ketawa yang kuat.

9. Ketua susatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka

Seseorang yang jahat dan tidak berakhlak dilantik menjadi pemimpin yang mana sepatutnya orang yang mulia akhlaknya.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kerana kejahatannya

Maksudnya seeorang itu disanjung bukan kerana kebaikan dan jasanya tetapi kerana ditakuti kejahatannya.

11. Minuman keras sudah diminum di segenap tempat

Hari ini arak dijual di merata-rata tempat kerana permintaan dan pelangannya ramai dan di mana-mana sahaja.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

Sutera dikhususkan untuk kaum wanita sahaja tetapi kalau kita perhatikan pada zaman sekarang dalam masyarakat kita ramai lelaki telah memakai sutera sama ada dijadikan baju batik dan sebagainya dipakai untuk majlis kenduri-kendara atau majlis rasmi dan sebagainya.

13. Para artis disanjung-sanjung

Artis yang dimaksudkan adalah artis yang mengajak dan menyebarkan maksiat kepada Allah. Merekalah yang menjadi idola dan ikutan dalam cara berpakaian, berfesyen serta gaya rambut, cara bercakap walaupun tidak sesuai dengan adab dan adat ketimuran apatah lagi melanggar etika dalam Islam.

Sepatutnya baginda nabi SAW lah menjadi idola dan ikutan kita sebab akhlak nabi SAW adalah seperti dalam Al-Quran yang menjadi panduan hidup kita mencapai kebahagiaan dan keredhaaan Allah di dunia dan akhirat, tapi lain yang kita ikut.

14. Muzik banyak dimainkan

Zaman ini adalah zaman muzik, seolah-olah manusia tak boleh hidup tanpa muzik. Yang dimaksudkan di sini ialah muzik-muzik yang diharamkan dalam Islam yang melalaikan.

Di rumah ada muzik, di tempat kerja, kenduri-kendara ada muzik, masa joging, menunggu bas, LRT, hatta masa tidur pun mereka mendengar muzik.

15. Generasi akhir zaman melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Ini sebagaimana yang berlaku kepada ajaran sesat seperti Syiah yang mengutuk sahabat–sahabat nabi SAW walaupun nabi SAW telah menjamin mereka syurga, tetapi dikutuk dalam khutbah-khutbah Jumaat mereka sehingga ada yang mengkafirkan para sahabat seperti saidina Abu Bakar, saidina Umar, saidina Uthman dan lain-lain radhiallaahu anhum.

Pada akhir hadis ini nabi SAW bersabda: “Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.” - [HR Tirmizi].

Oleh itu marilah sama-sama kita menjauhkan diri kita daripada melakukan maksiat tersebut di atas. Jom kita kongsikan hadis ini semoga menjadi sebahagian dari amalan baik kita.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar