Sunday, January 28, 2018

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Loading...

Banyak cubaan negara besar untuk membina bangunan tertinggi di dunia tetapi menemui pelbagai bentuk kegagalan kerana selalunya, projek pembangunan terpaksa dihentikan atas beberapa faktor kritikal seperti kekurangan dana dan suntikan kewangan yang lemah, bencana alam yang berlaku secara tiba-tiba, pergolakan politik dan banyak lagi.

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Sebagai rakyat Malaysia kita boleh tumpang berbangga kerana negara kita yang baru meningkat naik ini sudah mampu mempunyai beberapa bangunan tertinggi di dunia yang sangat awesome!

10 bangunan yang disenarai dibawah ini merupakan Top 10 bangunan tertinggi di dunia jika ianya berjaya disiapkan seperti yang dirancang.

1. Nakheel Tower, Dubai

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Tinggi puncak bangunan ini menjangkau sehingga 1 kilometer. Mula dibina pada tahun 2008, tetapi proses pembinaan terhenti setahun kemudian.

2. India Tower, Mumbai

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Tapak pembinaan terletak ditengah-tengah bandaraya Mumbai, India. Projek pembinaan dimulakan pada tahun 2010 malangnya, ianya terbantut setahun selepas itu iaitu pada tahun 2011.

3. Russia Tower, Moscow

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Kerja pembinaan terhenti pada tahun 2008. Semenjak itu, tapak pembinaan bangunan ini dijadikan tempat meletak kenderaan bagi penduduk setempat.

4. Chicago Spire

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Terhenti kerana krisis kewangan yang tidak dapat diselesaikan. Ketinggian yang mahu dicapai adalah 2,000 kaki.

5. Doha Convention Center Tower

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Salah satu cubaan Doha untuk bersaing rapat dengan jiran kaya mereka, tetapi turut menjadi satu lagi kegagalan apabila projek ini terhenti pada tahun 2012 hanya selepas dimulakan 5 tahun sebelum itu, iaitu pada tahun 2007.

6. Burj Al Alam, Dubai

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Dimulakan pada tahun 2009 dan berakhir pada tahun yang sama, berpunca daripada masalah pekerja asing yang berkait rapat dengan status ekonomi Dubai ketika itu.

7. Palace of Soviets, Moscow

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Projek ini diilhamkan sendiri oleh Joseph Stalin yang mula dibina pada tahun 1937 dan apabila siap ia akan menjadi bangunan tertinggi dunia ketika itu, mengatasi Eiffel Tower di Perancis.

Menjadi Gajah Putih pada tahun 1941 kerana Perang Dunia Ke-2.

8. Lam Tara Tower 1, Dubai

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Bangunan setinggi 454 meter ini mula dibina pada tahun 2008 tetapi terpaksa dihentikan dua tahun kemudian (2010). Kemungkinan besar kerana krisis kewangan.

9. Lighthouse Tower, Dubai

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Seperti projek-projek mega yang lain di Dubai, Lighthouse Tower ini turut terabai atas faktor ekonomi.

Terhenti pada tahun yang sama ianya dimulakan, iaitu pada tahun 2009 dan jika berjaya disiapkan, ketinggian bangunan ini adalah 402 meter.

10. Fairwell International Center, Xiamen

10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Disiapkan

Direka untuk menaikkan nama China dipersada dunia, malangnya pembinaan terbantut pada tahun 1997.

Selain mensasarkan ketinggian 397 meter, tiada info lain yang dapat kami kongsikan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Tiang Bendera Paling Tinggi Di Dunia

sumber: thevocket

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon