Monday, March 25, 2019

Bekam Untuk Merawat Penyakit Sunnah Rasulullah SAW

Bekam Untuk Merawat Penyakit Sunnah Rasulullah SAW

Bekam atau al-hijamah (berasal dari bahasa Arab hijama yang bererti pelepasan darah kotor) adalah teknik rawatan dengan cara membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Dalam bahasa Inggeris disebut cupping dan dalam bahasa Melayu dikenali dengan istilah Bekam.

Manfaat Bekam
Gambar hiasan.

Bekam adalah kaedah rawatan purba yang telah digunakan dalam merawat pelbagai jenis keadaan dan penyakit di dalam tubuh manusia yang telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu.

Selain itu, antara kelebihan lain berbekam adalah, ia sebenarnya bertujuan untuk mengeluarkan toksik, sel darah mati, sel darah rosak, radikal bebas dan kolesterol dalam darah.

JENIS BEKAM

Terdapat banyak jenis terapi bekam, walau bagaimanapun, dua jenis yang utama adalah bekam kering dan basah.

1. Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik.

Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira- kira tiga hari.

2. Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukakan permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik kemudiannya dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam.

Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih.

Rawatan bekam basah digalakkan sebanyak tiga atau empat bulan sekali kerana jika darah kotor tidak dibersihkan dan hanya mengalir di sekitar saluran darah, kesannya boleh menyebabkan saluran tersumbat.

Terdapat 2 pendekatan untuk memahami mekanisme bekam, iaitu:

Dari perspektif Perubatan Tradisional Cina, bekam dipercayai mengawal aliran chi dan keseimbangan yin dan yang. Persamaan dengan akupunktur.

Dari perspektif perubatan barat, bekam dipercayai memberi tekanan fizikal yang merangsang refleks neural dan tindak balas endokrin.

Tidak Menyakitkan

Namun, ramai yang tidak berani mencubanya kerana beranggapan rawatan bekam menyakitkan, mungkin kerana mereka membayangkan proses mengeluarkan darah menggunakan pisau atau jarum tanpa diletakkan ubat bius terlebih dulu.

Mereka yang mahu berbekam hanya akan mengalami rasa sakit seakan digigit semut manakala kesan rawatan pula bergantung kepada pesakit itu sendiri.

Ada pesakit langsung tidak rasa apa-apa, ada rasa sedikit geli ketika dicucuk jarum, kerana bekam tidak menggunakan ubat bius, namun proses sedutan angin pada permulaan rawatan menjadikan kulit kebas.

Proses sedutan ini juga akan menebalkan kulit dan sebenarnya bertindak sebagai bius secara semula jadi.

Bekam buang darah

Bekam adalah rawatan yang begitu digalakkan, membabitkan proses membuang darah bertoksik yang ada di bawah permukaan kulit.

Pembuangan itu bertujuan melancarkan peredaran darah selain membuang angin dalam badan yang menimbulkan rasa tidak selesa.

Rawatan bekam juga mempunyai banyak faedah termasuklah meringankan otot yang kejang, mengatasi ketegangan berpanjangan serta membebaskan angin kotor dan toksik dalam badan.

Rawatan bekam yang merupakan amalan sunnah Rasulullah SAW mampu membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diatasi dengan rawatan perubatan moden di samping menyegar dan menyihatkan badan.

PANTANG SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN

SEBELUM

Makan Berat

Jangan makan berat sekurang-kurangnya dua jam sebelum berbekam. Sebaiknya berbekam dalam keadaan perut kosong.

Ini kerana apabila perut penuh, darah akan tertumpu pada bahagian perut untuk proses pencernaan.

Mandi Air Sejuk

Jangan mandi air sejuk sebelum berbekam kerana ia akan menyebabkan pengaliran darah di bawah permukaan kulit menjadi perlahan. Sekiranya perlu mandi, gunakan air suam.

Maklumkan kepada jurubekam (sekiranya ada):
  • Pengalaman berbekam.
  • Sejarah penyakit yang dialami.
  • Alahan kulit.
  • Jenis ubatan yang diambil.

SELEPAS

Mandi

Jangan mandi satu jam selepas berbekam bagi mengelakkan luka tusukan terkena air mandian seterusnya menyebabkan jangkitan bakteria yang boleh bahayakan kesihatan.

Kesan lebam

Akan hilang dalam masa dua hingga lima hari, bergantung kepada kesihatan individu.

Amalkan minum madu

Dinasihatkan minum sedikit madu untuk mengembalikan tenaga.

MERAWAT KENCING MANIS

Prosedur bekam basah atau bekam darah dilakukan mengikut syarat asas bagi membantu mengurangkan derita penyakit seperti darah tinggi, jantung, diabetes, migrain dan kolesterol dalam darah.

Namun disebabkan kurang maklumat, sebahagian besar pesakit diabetes umpamanya mengelakkan khuatir membawa kesan luka yang lebih serius.

Pesakit kencing manis mengaku mereka tidak berani melakukannya kerana terlalu percaya andaian diabetes menjadi lebih serius, selain trauma terhadap darah.

Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya antara rawatan untuk mengurangkan masalah kencing manis dengan menurunkan paras gula dalam darah.

10 TITIK BEKAM

Terdapat 10 titik bekam tradisional mengikut sunnah pada seluruh tubuh tetapi boleh lebih banyak mengikut mengikut masalah yang dihadapi berdasarkan keperluan setiap individu.

Biarpun titik bekam boleh dilakukan diseluruh tubuh, namun rawatan itu tidak boleh dilakukan terlalu banyak untuk satu sesi. Pesakit disaran melakukannya pada kuantiti lima hingga 10 cawan untuk satu sesi rawatan.

Pesakit juga dinasihat mengambil vaksin terlebih dulu sebelum melakukan prosedur berkenaan.

Jumlah darah yang keluar dari tubuh juga tidak boleh terlalu banyak. Dianggarkan antara 50 hingga 60 mililiter (ml) sekali rawatan kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan.

Selain lebam dan luka mengambil masa lama sembuh, kesan lebih buruk yang tidak diingini boleh berlaku selepas prosedur bekam ialah penyakit hepatitis B dan C serta HIV yang merebak melalui darah.

Setakat ini, tiada laporan dan tidak pernah berlaku kematian kerana berbekam.

BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW

Daripada Ibn Abbas r.a. Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga hal: dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan aku melarang umatku dengan besi panas." -Riwayat alBukhari

Jadi, tidak mungkin Rasulullah SAW berbohong tentang kebenaran bahawa bekam mampu menyembuhkan sebahagian penyakit.

Justeru, di sini kami ingin kongsikan beberapa lagi info atau maklumat berkaitan dengan amalan sunnah iaitu bekam dalam Islam.

#1 – Apa Itu Bekam?

Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam yang melibatkan proses membuang darah kotor dan bertoksik yang berada di bawah permukaan kulit. Ianya adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW.

#2 – Bilakah Waktu Dibolehkan Berbekam?

Waktu terbaik berbekam ialah pada 15, 17, 19 dan 21 bulan Qamariyah. Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.” — Hadis Riwayat Abu Daud

Mengenai hari-hari dalam seminggu, dari Nafi’ dari Umar r.a yang berkata.

"Wahai Nafi’ berbekamlah dengan berkat dari Allah SWT pada hari Khamis, berusahalah menghindari berbekam pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa kerana itu merupakan hari di mana Ayub disembuhkan dari penyakit dan Allah SAW menimpakan penyakit padanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang biasanya muncul pada hari Rabu atau malam Rabu.” — Riwayat Ibnu Majah

#3 – Adakah Terdapat Pantang Larang Dalam Berbekam?

Ya. Terdapat beberapa pantang larang antaranya; tidak boleh berbekam bagi mereka yang mengalami penyakit kulit, orang tua yang lemah fizikal, kanak-kanak dehidrasi, pesakit kanser darah, sering keguguran, orang gila, pesakit Hepatitis A dan B yang parah.

Juga dilarang kepada pesakit yang baru mencuci darah, wanita hamil 3 bulan pertama, mereka yang baru menderma darah, tidak digalakkan bekam ketika sangat kenyang atau sangat lapar, wanita yang sedang haid, penyakit radang usus, ibu yang baru melahirkan anak dan lain-lain mengikut keadaan seseorang.

Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

#4 – Bagaimana Kaedah Bekam Menurut Islam?

Pada zaman Rasulullah SAW, bekam menggunakan kaca atau mangkuk tinggi. Manakala pada zaman Cina kuno, mereka menggunakan tanduk. Manakala orang-orang Eropah pada abad ke-18, mereka menggunakan lintah sebagai alat bekam.

Kini, zaman semakin canggih dan kaedah berbekam juga telah mengalami transformasi, iaitu menggunakan sayatan pisau, gelas udara kaca, gelas vakum – cupping set dan jarum lancet.

#5 – Apa Hikmah dan Kelebihan Bekam?

Hikmah dan kelebihan bekam, antaranya;
  • Menyahut seruan dan sunnah Rasulullah SAW.
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Mengeluarkan dan membuang angin, toksik, darah kotor, darah beku serta darah berpenyakit dalam badan.
  • Meringankan otot-otot yang kejang dan tegang, menyegarkan dan menyihatkan badan.
  • Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit kencing manis/diabetes).
  • Tidak memberi peluang kepada mahkhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka.
  • Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit gout).
  • Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah (untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan dan masalah jerawat).
  • Membuang racun atau sihir dalam badan dan banyak lagi manfaatnya.

#6 – Adakah Orang Bukan Islam Boleh Berbekam?

Ya. Bahkan, sejarah mencatatkan bahawa penduduk di negara China sudah lama mengamalkan kaedah rawatan ini dalam pengubatan penyakit di sana, selain negara Eropah.

#7 – Selamatkah Bekam?

InsyaAllah selamat. Ini kerana kaedah ini adalah sunnah Rasulullah SAW bahkan kaedah yang dijalankan pada zaman sekarang turut diakui oleh Jabatan Kesihatan.

Namun begitu, perlu diingatkan sebelum berbekam, adalah lebih baik anda memilih tempat atau pusat rawatan bekam yang diakui oleh Jabatan Kesihatan, tidak melanggar syarak dan juru bekam yang benar-benar terlatih serta diakui kemahirannya.

Kesimpulan

Moga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua mengenai salah satu sunnah Rasullah SAW yang jarang diwar-warkan.

Jika orang bukan Islam meyakini kaedah rawatan ini, mengapa kita sebagai umat Islam perlu takut dan meraguinya?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2019

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2019

Berikut adalah senarai individu paling kaya Forbes yang dikeluarkan pada bulan Mac 2019 berdasarkan kepada jumlah nilai bersih harga saham dan kadar pertukaran mata wang ketika penutupan pasaran pada 28 Februari 2019.

Richestin-the-World-2019

Siapa manusia paling kaya di dunia dalam senarai majalah Forbes untuk tahun 2019?

1. Jeff Bezos (US$130.5 Billion)

Jeff Bezos, lelaki kelahiran Amerika Syarikat, dikenali sebagai pengasas dan pemilik laman web e-dagang terbesar saat ini, Amazon.com.

Berdasarkan data yang dikeluarkan majalah Forbes, kekayaan bersih Jeff Bezos pada tahun 2019 adalah sebanyak US$130.5 bilion.

Perkembangan trend berbelanja secara online yang semakin meningkat memberikan sumbangan terbesar terhadap peningkatan kekayaannya.

2. Bill Gates (US$92.2 Billion)

Sekadar tempat kedua manusia paling kaya di dunia pada tahun 2019 disandang oleh Bill Gates, usahawan kelahiran Amerika Syarikat, pengasas sekali gus pemilik Microsoft, melalui syarikat teknologi yang terkenal dengan sistem operasi Windows.

Menurut majalah Forbes, untuk tahun 2019 ini, jumlah kekayaan bersih Bill Gates adalah US$92.2 bilion.

3. Warren Buffett (US$91.3 Billion)

Usahawan berasal dari Amerika Syarikat, Warren Buffet, terkenal dengan kepintarannya dalam menjalankan pelaburan menerusi syarikatnya, Berkshire Hathaway.

Menurut majalah Forbes, Warren memiliki jumlah kekayaan bersih sebanyak US$91.3 bilion.

4. Bernard Arnault (US$75.7 Billion)

Di tangga ke empar sebagai orang terkaya di dunia adalah Bernard Arnault, usahawan kelahiran Perancis.

Menurut majalah Forbes, CEO sekali gus pemegang saham majoriti syarikat fesyen Moet Hennessy ini ditaksir memiliki kekayaan bersih sebanyak US$75.7 bilion.

5. Mark Zuckerberg (US$74.6 Billion)

Nilai kekayaan bersih Mark Zuckerberg bertambah sebanyak US$6.2 bilion selepas Facebook merekodkan keuntungan yang lebih besar berdasarkan analisis Wall Street.

Skandal pelanggaran privasi Facebook terbukti tidak mampu menjauhkan para pengiklan dari raksasa media sosial ini.

Nilai pendapatan Facebook dilaporkan mencapai US$16.91 bilion pada suku ke empat 2018, lebih tinggi dari ramalan penganalisis.

Menurut majalah Forbes, jumlah kekayaan Mark Zukerberg untuk tahun 2019 ditaksir sebanyak US$74.6 bilion.

6. Carlos Slim Helu (US$70.5 Billion)

Posisi ke enam sebagai orang terkaya di dunia diduduki oleh usahawan berasal dari Mexico, Carlos Slim Helu.

Beliau yang merupakan taikun bidang telekomunikasi melalui 2 syarikatnya yang terkenal (Telefonos de Mexico dan America Movil), berjaya menjadikannya sebagai salah seorang individu paling kaya di dunia.

Menurut majalah Forbes, jumlah kekayaan bersih Carlos pada tahun 2019, berjumlah US$70.5 bilion.

7. Amancio Ortega (US$70.5 Billion)

Usahawan keturunan Sepanyol, Amancio Ortega, terlibat dalam bidang aksesori dan pakaian berjaya menjadikannya sebagai salah seorang individu terkaya di dunia.

Pemilik syarikat Zara ini ditaksir memiliki kekayaan sebanyak US$70.5 bilion.

8. Larry Ellison (US$64.1 Billion)

Usahawan kelahiran Amerika Syarikat ini dikenali sebagai pengasas sekali gus pemilik Oracle Corporation, sebuah syarikat teknologi.

Menurut majalah Forbes, jumlah kekayaannya untuk tahun 2019 ditaksir sebanyak US$64.1 bilion.

9. Charles Koch (US$61.8 Billion)

Orang terkaya di dunia ditangga ke sembilan diduduki oleh Charles Koch (saudara kandung David Koch), yang sama-sama memimpin Koch Industries.

Nilai kekayaannya ditaksir sebanyak US$61.8 bilion.

10. David Koch (US$61.8 Billion)

Bersama-sama dengan saudaranya, Charles Koch membangunkan syarikat Koch Industries yang sudah tersebar jaringannya di seluruh dunia.

Perniagaannya menyasarkan pelbagai bidang seperti; minyak, mineral, pelaburan, pembuatan dan komoditi.

Forbes menganggarkan kekayaan bersih yang dimiliki David Koch adalah sebanyak US$61.8 bilion.

25 MANUSIA PALING KAYA 2019

11. Larry Page
  • Pengasas Google.
  • Kekayaan: $53.5 Billion

12. Michael Bloomberg
  • CEO Bloomberg.
  • Kekayaan: $52.1 Billion

13. Ma Huateng
  • Pengasas syarikat Tencent.
  • Kekayaan: $50.9 Billion

14. Sergey Brin
  • Pengasas Google.
  • Kekayaan: $49.6 Billion

15. Francoise Bettencourt Meyers
  • Pemilik L’Oreal.
  • Kekayaan: $44.5 Billion

16. Jack Ma
  • Pengasas Alibaba.
  • Kekayaan: $42.2 Billion

17. Jim Walton
  • Pengarah Walmart.
  • Kekayaan: $41.9 Billion

18. S. Robson Walton
  • Pengarah Walmart.
  • Kekayaan: $41.8 Billion

19. Alice Walton
  • Pengarah Walmart.
  • Kekayaan: $41.6 Billion

20. Sheldon Adelson
  • CEO Las Vegas Sands Corporation.
  • Kekayaan: $40.1 Billion

21. Steve Ballmer
  • Pemilik NBA Los Angeles Clippers.
  • Kekayaan: $40 Billion

22. Mukesh Ambani
  • Pengarah Reliance Industries Limited (RIL), India.
  • Kekayaan: $39.6 Billion

23. Hui Ka Yan
  • Hong Kong-listed real estate developer, China Evergrande Group, of Shenzhen.
  • Kekayaan: $35.5 Billion

24. Li Ka-Shing
  • Pemilik CK Hutchison Holdings dan CK Asset Holdings.
  • Kekayaan: $34.9 Billion

25. Lee Shau Kee
  • Pengasas Sun Hung Kai (Pembinaan).
  • Kekayaan: $31.6 Billion

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Amaran Kumpulan Hacker Anonymous Kepada Pengganas Selepas Tragedi Tembakan Christchurch

Amaran Kumpulan Hacker Anonymous Kepada Pengganas Selepas Tragedi Tembakan Christchurch

Kes tembakan di masjid di Christchurch, New Zealand yang telah menggegarkan seluruh dunia menunjukkan betapa dahsyatnya masalah perkauman ketika ini. Ketika mana seluruh dunia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ini dan dianggap sebagai satu serangan pengganas, kumpulan penggodam terkenal dunia, Anonymous, telah tampil ke hadapan.

Amaran Kumpulan Hacker Anonymous
Gambar hiasan.

Mereka berasa bertanggungjawab untuk memberi perhatian dan membantu menyelesaikan masalah ini, serta telah memberikan mesej kepada pengganas dan bakal di luar sana, seperti berikut:

"Salam sejahtera.

Minggu ini, serangan yang dahsyat dan tidak masuk akal dilakukan oleh individu yang digambarkan sebagai seorang nasionalis putih dan telah meminta berlakunya keganasan lebih lanjut untuk memajukan agendanya dan agenda rakan-rakannya dalam jenayah.

Serangan di New Zealand menunjukkan bahawa ini adalah masalah global yang kita hadapi ketika ini.

Penyerang itu berharap dapat mencetuskan perang saudara baru di antara orang-orang kaum dan etnik yang berbeza dan dia menggunakan kehangatan media yang menyelubungi "perang budaya" yang telah menguasai politik barat sejak beberapa tahun yang lalu.

Media arus perdana memainkan peranan dalam serangan pengganas ini juga, dengan menjadi batu api antara kumpulan politik dan budaya yang berbeza yang dapat berdampingan dengan perbezaan mereka tidak lama dahulu.

Kehebatan liputan terhadap kepercayaan politik pinggiran kini telah memberikan kuasa kepada kepercayaan-kepercayaan ini dan membantu merekrut ahli baru.

Walaupun dengan liputan tragedi yang paling terbaru ini, penyerang tersebut dapat menyebarkan mesejnya yang boleh memberi inspirasi kepada ramai untuk mengikuti jejaknya.

Malah, dalam manifesto penyerang New Zealand, dia mengakui bahawa dia diilhamkan untuk menjalankan pembunuhan beramai-ramai oleh penembak besar-besaran lain, yang turut menerbitkan manifesto.

Penyerang insiden di New Zealand dan ramai yang lain dalam golongan perkauman global percaya bahawa mereka berperang melawan keganasan, atau serangan mereka adalah tindak balas terhadap keganasan yang dilakukan oleh orang-orang dari pelbagai negara.

Walau bagaimanapun, apa yang gagal dilihat oleh orang-orang ini ialah mereka adalah sebahagian daripada keganasan, dan memastikan bahawa keganasan berterusan.

Dalam keadaan sedemikian rupa, banyak kumpulan ini mahukan pertempuran berterusan dan keganasan yang berterusan, sehingga mereka dapat dibenarkan dalam menyerang pihak lain dan melakukan keganasan terhadap musuh mereka.

Dalam manifesto tersebut, penyerang itu mengatakan bahawa dia mahukan lebih banyak pertempuran dan banyak kumpulan ini melihat hal ini sebagai satu-satunya penyelesaian kepada masalah di dunia.

Malangnya, terdapat ramai orang di luar sana yang tidak melihat ini sebagai tragedi tetapi meraikannya kerana mereka fikir mereka sedang memenangi pertempuran dalam peperangan.

Ekstremis di pihak lain pula kini mengancam untuk melakukan tindakan balas, yang akan meneruskan kitaran keganasan dan memberi ketuanan putih apa yang mereka mahu, iaitu satu alasan untuk keganasan yang lebih dahsyat dan berlanjutan.

Sudah cukup dengan keganasan ini dan kita telah sampai ke tahap di mana tak lama lagi kes tembakan dan serangan pengganas sebagai tindak balas bakal menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita.

Sekarang adalah masa kita untuk menghentikan fasisme sebelum terlambat.

Penerimaan yang semakin meningkat terhadap fasisme yang semakin mainstream adalah satu isu yang Anonymous tidak boleh benarkannya untuk terus berlaku.

Tindakan kumpulan ini mengancam keamanan dan keselamatan di seluruh dunia dan bahkan di dunia maya.

Ruang siber adalah domain Anonymous, dan kumpulan perkauman nasionalis telah mula mencetuskan masalah dalam domain kami.

Tahun lalu, Anonymous dikreditkan ke atas penggodaman beberapa laman web nasionalis putih terbesar di internet termasuk stormerAltRightTV.com, VanguardAmerica.online dan AmericanNaziParty.com.

Pengambilalihan ini adalah sebahagian daripada #OpDomesticTerrorism, yang masih merupakan operasi Anonymous yang berterusan, bersama dengan ratusan orang lain.

Kebebasan bersuara dalam talian mesti dipertahankan, tetapi orang-orang Anonymous sedang mengawasi keadaan dan mengawasi potensi ancaman.

Apabila ancaman ini dikenal pasti, mereka akan mendedahkannya untuk dilihat oleh seluruh dunia.

Pada masa lalu, Anonymous telah terbukti jauh lebih hebat dalam menjejaki orang jahat berbanding kerajaan dan agensi perisikan yang paling berkuasa di dunia.

Kumpulan ini mungkin berfikir bahawa mereka tahu selok-belok di internet kerana mereka "melepak" di laman 4chan dan 8chan dan mengetahui sesuatu atau sedikit tentang enkripsi, tetapi Anonymous adalah profesional berpengalaman yang berpangkalan di setiap penjuru dunia dalam pelbagai variasi kedudukan tinggi dan rendah, semuanya berdedikasi untuk mencari dan mendedahkan mana-mana kumpulan yang menyokong perang dan keganasan terhadap orang yang tidak bersalah.

Ini telah menjadi mesej kepada pengganas dan bakal pengganas yang berusaha membahayakan orang-orang yang hidup aman dan tidak bersalah di dunia. Ini telah menjadi mesej dari Anonymous.

Kami Anonymous. Kami adalah Legion. Kami tidak memaafkan. Kami tidak lupa. Tunggu kedatangan kami."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sambutan Peringatan Hari Polis Di Malaysia

Sambutan Peringatan Hari Polis Di Malaysia

Sambutan Peringatan Hari Polis disambut setiap tahun di seluruh Malaysia dengan penuh rasa bangga dan meriah oleh semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang dijalankan secara serentak di seluruh negara.

Peringatan Hari Polis

Majlis perbarisan akan diadakan di semua kontinjen negeri dan ibu pejabat polis daerah sebagai menghormati dan mengenang tarikh bersejarah 25 Mac, yang merupakan tarikh penubuhan pasukan itu di Malaysia.

Oleh itu, anggota polis adalah digesa agar seluruh Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan anjakan paradigma agar PDRM kekal sebagai institusi penguat kuasa ulung di negara ini dengan menjadikan keselamatan negara dan masyarakat sebagai fokus utama.

PDRM juga perlu akur dengan kehendak rakyat dan harapan kerajaan yang mahukan jenayah dihapuskan.

Malah, ekspektasi rakyat yang tinggi terhadap PDRM merupakan tanggungjawab yang mesti diberikan keutamaan.

PDRM perlu merangka strategi-strategi baru dalam usaha mengurangkan jenayah termasuklah melalui pendekatan strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang berlandaskan prinsip kepolisan berinovatif dan kreatif.

Dan pastinya, rakan strategik utama pihak polis adalah masyarakat itu sendiri.

Jadi, kerjasama yang erat serta kesepakatan yang padu antara polis dan masyarakat perlu terus diperkasakan demi mewujudkan negara yang aman dan sejahtera.

Anggota PDRM juga digesa agar sentiasa bersikap tegas, adil dan berhemah kerana ianya akan menjadikan anggota PDRM seorang yang berintegriti tinggi dan tidak akan sekali-kali melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Bagi mereka yang telah memilih kerjaya ini sebagai profesion, mereka sepatutnya telah bersedia untuk memikul tangunggjawab yang diamanahkan dengan komitmen dan akauntabiliti serta integriti yang tinggi.

TUGU PERINGATAN POLIS DIRAJA PERSEKUTUAN

Tugu Peringatan Polis Diraja Persekutuan
Tugu Peringatan Polis Diraja Persekutuan.

Pada 11 Mac 1959, Tugu Peringatan Polis Diraja Persekutuan Jalan Gurney, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Turut hadir dalam upacara itu ialah Pemangku Perdana Menteri Pertahanan Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Pesuruhjaya Polis C.M. Fenner, bekas Pesuruhjaya Polis W.L.R Carbonnel dan wakil-wakil persatuan penanam getah Malaya, Dewan Perniagaan Lombong Negeri-Negeri Melayu Bersekutu serta wakil dari persatuan bekas pasukan keselamatan Malaya.

Tugu ini dibina untuk memperingati kira-kira 1,345 orang anggota polis tetap dan tambahan yang telah terkorban dalam usaha menentang pengganas-pengganas komunis.

Tugu ini juga adalah untuk mengenang jasa anggota-anggota pasukan pengawal keselamatan dalam negeri yang telah terkorban semasa menjalankan tugas, semenjak pasukan ini ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1806.

Tugu Peringatan yang bertempat di pusat Latihan Polis ini adalah sebagai satu peringatan kepada rekrut-rekrut dan anggota-anggota lain di dalam latihan terhadap semangat berkhidmat dan rela mengorbankan jiwa, yang telah menjadi suatu kemegahan dalam sejarah perkhidmatan polis di Malaya.

Tugu ini dibina dengan harga $160,000 iaitu hasil kutipan derma daripada setiap anggota dan kakitangan perkhidmatan polis, Persatuan Penanam-penanam getah Malaya, Dewan Perniagaan Pelombong Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan bantuan kerajaan.

Tugu ini berdiri tegak setinggi 25.9 meter. disebelah atas dinding tugu ini diletakan dengan lencana perak pasukan polis Diraja Persekutuan, sementara disebelah bawahnya terdapat sekeping gangsa yang menunjukkan gambar-gambar enam rupa bangsa iaitu Melayu, Cina, Sikh, Punjabi, India dan Eropah yang berkhidmat dalam pasukan polis.

‘Mereka Yang Terkorban Kerana Negara” dan berbaris dari kiri kekanan lambang-lambang kebesaran 11 buah negeri di Persekutuan Tanah Melayu.

Empat batang tiang bendera dipasangkan disitu untuk digunakan pada tiap-tiap kali diadakan upacara memperingati keperwiraan anggota-anggota polis yang terkorban itu.

CABARAN PDRM

1. Cabaran Dalaman

Dalamannya, yang Pertama, adalah modal insan yang kita tahu elemen paling penting yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.

Dengan penambahan nisbah penduduk di Malaysia, memerlukan penglibatan anggota polis mencukupi agar keseimbangan dapat dipertingkat selaras dengan standard piawaian Interpol - 251 polis : 250 penduduk.

Mengikut statistik sehingga Februari tahun 2015, kekuatan personel PDRM adalah 126,800 orang. Ini termasuk pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan pegawai awam.

Dengan penduduk berjumlah 32 juta sekarang ini, ada sedikit kurang kalau ikut nisbah itu, tapi kita akan melaksankaan tanggungjawab kita mengikut nisbah yang ada sekarang ini. Kerajaan melalui manifestonya akan memberi 4,000 orang tambahan setiap tahun dan perlu merekrut lebih kurang enam hingga tujuh ribu orang setiap tahun bagi menggantikan yang bersara dan juga untuk penuhi 4,000 jawatan yang diluluskan setiap tahun.

Kedua, yang menjadi cabaran adalah permasalahan logistik. Ini satu kekangan utama untuk melaksanakan tanggungjawab pihak polis, tambahan pula dengan perbelanjaan berhemah yang diamalkan semua jabatan kerajaan, yang memaksa untuk menangguh beberapa program pembangunan yang telah dirancang. Juga dalam menggantikan peralatan logistik seperti kenderaan dan sebagainya. Logistik bukan sahaja kenderaan tapi termasuk kediaman pekerja.

2. Cabaran Luaran

Cabaran luaran pula berkenaan keselamatan sempadan khususnya Malaysia-Thailand, Sarawak-Kalimantan, Sabah-Kalimantan.

Keadaan geografi sempadan terdiri daripada sungai, daratan dan bukit bukau dan ini merupakan satu cabaran kepada pasukan keselamatan negara untuk memantau keluar-masuk rakyat di kedua-dua negara di mana ada di antaranya mengambil kesempatan menyeludup dadah, senjata, manusia dan sebagainya.

Jadi kita terpaksa meletak banyak anggota kita di sempadan negara untuk memastikan ia tidak dibolosi. Kita pun tahu ada juga sempadan kita merupakan lautan, contohnya sempadan Sabah dengan selatan Filipina.

Pantainya timur Sabah itu panjangnya 1,700km, merupakan sempadan laut, ini satu kawasan yang bukan sedikit untuk kita kawal dan ini merupakan antara cabaran untuk kita dalam memastikan keselamatan negara.

Seterusnya adalah 'jenayah' yang menjadi ancaman tradisi kita. Di bawah program transformasi kerajaan, PDRM bertanggungjawab mengurangkan kadar jenayah indeks.

Pada hari ini dalam NKRA mengurangkan jenayah kita mensasarkan pengurangan jenayah indeks pada kadar lima peratus setiap tahun sehingaga 2020, bermula 2009.

Pelan tindakan susulan bagi mengurus tadbir pencegahan jenayah termasuklah dalam hal-hal meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat yang akan menjadi pemangkin kepada sebuah negara yang aman selamat dan sejahtera.

Antara isu-isu utama berkaitan jenayah adalah jenayah bersindiket, jenayah merentasi sempadan, pemerdagangan manusia, jenayah warga asing dan jenayah sosial.

Seterusnya ancaman siber yang menunjukkan peningkatan mendadak dalam satu bulan. Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2014, jumlah keseluruhannya adalah 8,140 kes.

Oleh itu ancaman siber berupaya menjejaskan keyakinan masyarakat dan menganggu kestabilan politik, sosio ekonomi semasa jika tak dibendung dan jika tak ditangani dengan serius.

Isu-isu berkait dengan jenayah siber antaranya masalah dalam mengenal pasti ‘origin of offender' kerana dalam siber ia mungkin dilakukan di luar negara, kelemahan undang-undang yang ada dan pendakwaan, termasuklah peningkatan kes cetak rompak dan pencabulan harta intelek.

Jenis kesalahan ini dari segi statistiknya, penipuan siber 3,376, spam 1,710 kes, cubaan ceroboh laman web dan sebagainya 1,744 kes, fitnah melalui siber 645 dan sebagainya.

Seterusnya, ancaman dalam konteks keselamatan negara dan keselamatan rakyat. Ancaman ini telah mengubah landskap tindakan punitif dan pencegahan dalam PDRM.

Fahaman politik dalam agama dan ekstremisme serta radikalisme adalah penyumbang kepada kewujudan ancaman keganasan dari dalam dan luar negara serta mengganggu gugat perpaduan nasional.

Antara isu-isu utama yang perlu dihadapi PDRM dalam hal ini antaranya hasutan melalui media sosial, penyebaran ajaran sesat, ekstremis kaum, kegiatan anti kerajaan, kumpulan pelampau agama, pengganas dan liberalisme.

Selamat menyambut Hari Polis.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, March 20, 2019

Asal-usul Perkataan Millionaire Dan Skim Ponzi Disebaliknya

Asal-usul Perkataan Millionaire Dan Skim Ponzi Disebaliknya

Tahukah anda, daripada mana datangnya asal usul perkataan millionaire? Istilah yang sering menjadi idaman ramai orang itu sebenarnya tercetus hasil dari sebuah peristiwa yang berlaku di Perancis pada kurun ke-18 yang lalu.

John Law (1671-1729)
John Law (1671-1729).

Peristiwa ini sebenarnya adalah sebuah kisah yang sangat menarik untuk diceritakan, bukan sahaja kisah tentang asal usul istilah ini, tetapi juga tentang seorang ahli ekonomi yang bermula dari seorang pembunuh, kemudian dilantik sebagai orang paling berkuasa di Perancis, tetapi akhirnya menjadi pelarian dan mati dalam kemiskinan.

Kisah John Law dan Mississippi Bubble mempunyai banyak pengajaran yang boleh kita pelajari. Selain itu ianya juga satu gambaran yang jelas tentang keadaan ekonomi dunia moden hari ini dan kemungkinan juga nasibnya di masa akan datang.

Segalanya bermula sebaik sahaja kemangkatan Louis XIV pada tahun 1715, yang juga digelar sebagai Louis The Great dan merupakan Raja Perancis yang memerintah sejak 1643.

Di bawah pemerintahannya, Perancis merupakan kuasa dominan di Eropah dan terlibat dalam banyak kempen ketenteraan, dari Perang Perancis-Belanda, Perang Perwarisan Sepanyol, sehinggalah ke Perang Perikatan Besar.

Istana Versailles yang besar dan tersergam indah itu juga dibina dibawah pemerintahan beliau. Disebabkan itulah beliau mendapat gelaran tersohor seperti Louis The Great dan juga The Sun King, namun disebalik kemegahan itu, beliau meninggalkan Perancis dalam keadaan gawat.

Disebabkan oleh kempen peperangan yang berterusan dan juga pembinaan istana Versailles, Perancis menanggung beban hutang yang menggunung.

3 billion livres adalah jumlah hutang yang perlu ditanggung oleh pewaris Louis XIV berbanding hanya 145 juta hasil pungutan cukai yang diperolehi.

Perancis yang ketika itu diperintah oleh Bupati Phillipe II, Duke of Orleans (oleh kerana pewaris Louis XIV masih lagi kecil) kini didalam krisis.

Phillipe II buntu mencari penyelesaian kepada krisis tersebut yang semakin lama semakin mencengkam Perancis dan tanpa penyelesaian yang jitu, Perancis mungkin akan terjerumus ke dalam kancah krisis ekonomi.

Dalam tidak sedar, penyelesaian kepada masalah Perancis itu datang dari sumber yang tidak disangka.

Ianya muncul dari seorang lelaki kebanyakan dan bukannya kerabat diraja mahupun golongan bangsawan dan orang yang dimaksudkan itu adalah John Law.

Kaki Judi, Pembunuh dan juga Ahli Ekonomi

Siapa sangka tiga perkataan ini boleh berada dalam satu ayat yang ditulis bagi menggambarkan seseorang, namun ini adalah sesuatu yang amat sesuai sekali bagi menggambarkan John Law dan juga kisah hidupnya.

John Law dibesarkan di bawah bumbung seorang tukang emas di Edinburgh. Pada ketika itu, tukang emas merupakan bentuk terawal bank di mana ia mampu mengeluarkan pinjaman melalui cagaran emas.

Disebabkan itulah John Law mahir tentang selok-belok perbankan melalui pemerhatiannya pada perusahaan ayahnya sendiri.

John Law juga seorang yang cekap dalam pengiraan dan matematik, malangnya kebolehan yang ada tidak digunakan untuk tujuan yang baik, sebaliknya digunakan untuk berjudi. Ini menjadikan hidupnya serba tidak kena.

Apabila ayahnya meninggal dunia beliau dihalau dari rumah kerana tabiatnya yang gemar berjudi itu menyebabkan beliau menghabiskan sisa peninggalan harta ayahnya.

Kemudian, ketika berumur 23 tahun, beliau telah membunuh seorang pesaing kerana berebutkan seorang wanita.

Berpelacaranlah beliau di serata Eropah sebagai seorang kaki judi dan juga seorang pelarian undang-undang.

Namun begitu, dengan pengalaman yang ada dan kecekapannya, ia sedikit sebanyak membantu Law dalam memahami institusi perbankan dan juga kewangan.

Untuk pengetahuan anda, John Law adalah antara pejuang awal wang kertas dan pada tahun 1705, beliau menerbitkan sebuah buku bertajuk, Money and Trade Considered: With a Proposal for Supplying the Nation with Money.

Di dalam buku tersebut John Law menyatakan kritikan beliau terhadap wang emas dan perak.

Baginya wang kertas adalah sesuatu yang lebih sesuai untuk digunakan sebagai suatu medium untuk transaksi kerana lebih senang dibawa.

John Law juga menganggap kekayaan sesebuah negara itu lebih bergantung kepada hasil pengeluaran sesuatu negara dan bukannya nilai emas serta perak yang dimiliki.

Konsep yang dibawakan John Law itu terkedepan daripada zamannya. 70 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang menjadikan idea itu sebagai kontemporari melalui bukunya Wealth of Nations.

John Law mencadangkan agar sesebuah negara menggantikan wang emas dan perak yang ada kepada wang kertas yang disandarkan melalui kredit dan bon kerajaan.

Cadangan Law itu pada mulanya dipersembahkan pada Parlimen Scotland, kerana krisis yang dialami oleh negara itu disebabkan kegagalan perusahaan mereka di Panama.

Namun cadangan John Law ditolak kerana ahli parlimen Scotland kurang yakin dengannya.

Tetapi berbeza dengan Perancis, cadangan John Law nampak memberikan harapan. Begitulah terdesaknya Perancis mahu menyelesaikan masalah hutang yang mereka hadapi.

Malapetaka Bermula

Bupati Perancis, Phillipe II menerima cadangan dari John Law, untuk mengeluarkan wang kertas sebagai alternatif kepada wang emas dan perak.

Atas kebenaran kerajaan Perancis, John Law menubuhkan Banque General yang beroperasi menggunakan ¼ modal dari pelabur (emas dan perak) dan selebihnya menggunakan bon hutang kerajaan yang ingin dimansuhkan.

Dalam masa tidak sampai setahun, usaha John Law membuahkan hasil kerana wang kertas yang dikeluarkan oleh Banque Generale mula digunakan dengan sangat meluas.

Melihat populariti wang kertas John Law, kerajaan Perancis membenarkan agar cukai kerajaan dibayar menggunakan wang kertas.

Tetapi, apabila semakin ramai orang menggunakan wang kertas John Law, semakin berisiko perusahaannya.

John Law sedar yang beliau tidak mempunyai modal dan aset yang cukup untuk meneruskan perusahaannya dan dianggarkan pada ketika itu, semua wang kertas yang dikeluarkan hanya disandarkan kepada 10% sahaja jumlah emas dan perak yang dimiliki oleh Banque Generale.

Jika pada suatu ketika, kesemua orang yang menggunakan wang kertas Johm Law ingin menukar wang kertas itu kepada emas, Banque General pastinya akan jatuh bangkrap.

Melihat masalah tersebut, John Law menubuhkan sebuah syarikat perdagangan yang dinamakan sebagai Company of the West.

Sepertimana East India British Company pada zamannya, Company of The West ditubuhkan untuk “membangunkan” wilayah Mississipi yang ketika itu dimiliki oleh kerajaan Perancis.

John Law menawarkan saham kepada sesiapa yang berminat untuk melabur dalam perusahaan “membangunkan” wilayah paya bakau tersebut dan disinilah kita melihat kebijaksaan perancangan beliau.

Bagi mendapatkan aset dan modal bagi meneruskan operasi banknya, beliau menggunakan modal yang diambil dari pembelian saham Company of The West.

Dengan modal tersebut, beliau boleh mengeluarkan lebih banyak wang kertas dan dengan lebih banyak wang kertas, maka lebih banyak orang boleh membeli saham Company of The West.

Kesemua ini ditambah dengan permintaan saham yang tinggi, membuatkan saham syarikat itu melonjak naik.

Dari 500 livre ia melonjak naik sehingga 3000% kepada 15,000 livre.

Kejayaan John Law dalam kedua-dua perusahaannya (Banque General dan juga Company of The West) menjadikan beliau antara orang yang paling berkuasa di Perancis.

Kepercayaan Bupati Phillipe II juga membolehkan beliau dilantik sebagai Controller of General Finances (lebih kurang macam Menteri Kewangan Perancis).

Kenapa kesemua ini boleh berlaku?

Sebenarnya ini merupakan antara perancangan licik John Law, dimana beliau menggembar-gemburkan cerita tentang kekayaan hasil bumi yang terdapat di Mississipi.

Katanya di situ ada emas, perak, dan hasil bumi yang tidak terkira banyaknya yang memberi pulangan keuntungan yang lumayan buat pelabur.

Tetapi di sebalik kisah gebang John Law, Mississipi sebenarnya adalah kawasan berpaya yang gersang dari sebarang kekayaan. Yang ada hanyalah ular dan buaya.

Company of The West sudah tentu tidak mampu memberi sebarang keuntungan pun dari perusahaan mereka di Mississippi. Ia hanyalah satu skim Ponzi.

Namun begitu, pada ketika inilah istilah “millionaire” wujud buat pertama kalinya dalam sejarah kerana mereka yang sempat menjual saham Company of The West ketika ia sedang mencanak naik akan sempat menjadi jutawan. Tetapi, bagi mereka yang lain, malang besar menimpa.

Khabar angin mula tersebar yang sebenarnya Company of The West tidak mempunyai sebarang perusahaan yang menguntungkan. Dan apabila orang ramai mula berspekulasi, harga saham Company of The West jatuh merundum.

Hasilnya? Malapetaka. Harga saham Company of The West jatuh ke paras 500 livre.

Mereka yang terlibat dan memiliki saham syarikat tersebut mula panik dan bertebaran ke bank bagi menukar kembali wang kertas mereka kepada emas. Tetapi nasi sudahpun menjadi bubur.

Banque General tidak mempunyai emas dan perak yang cukup dan akhirnya terpaksa menghentikan pengeluaran wang kertas sepenuhnya.

Ramai orang jatuh miskin kerana wang kertas yang mereka miliki sudah tidak mempunyai nilai lagi.

Pengajarannya

John Law kini menjadi orang yang paling dibenci di Perancis. Daripada hero yang kononnya telah menyelamatkan Perancis dari kancah krisis ekonomi, beliau menjadi penjahat yang menjerumuskan Perancis dan seluruh rakyatnya dalam kemiskinan. Harga barang meningkat naik sehingga 60 kali ganda.

Rakyat menjadi berang dan mula mencari John Law untuk melepaskan geram tetapi dia sudah melarikan diri seminggu selepas jatuhnya Company of The West.

Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari dari kisah John Law dan Mississipi Bubble.

Dari buruknya sifat tamak, pembohongan, kepentingan ilmu untuk menilai pembohongan dan juga tentang sistem mata wang kita sendiri.

Walaupun eksperimen John Law untuk menukar semua mata wang emas kepada mata wang kertas gagal, ianya menjadi batu asas kepada sistem sekarang.

Segala kelemahan dan kesilapan John Law diambil sebagai pengajaran bagi menambah baik penggunaan mata wang yang kita gunakan pada masa kini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

7 Spesis Ular Kapak Di Malaysia, Berbisa Dan Mampu Membawa Maut

7 Spesis Ular Kapak Di Malaysia, Berbisa Dan Mampu Membawa Maut

Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae dan di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular Kapak Bodoh, Ular Kapak Sumatra, Ular Kapak Gunung, Ular Kapak Tokong, Ular Kapak Hidung Pipeh, Ular Kapak Bakau, Ular Kapak Hijau.

Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga.

Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Bisa

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh.

Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.

Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari.

Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini.

Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

Kedudukan taring Viperidae

Ular dalam keluarga Viperidae yang berbisa biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan.

Kesan gigitan

Antara tanda-tanda dipatuk ular Kapak ialah:
  • Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit)
  • Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
  • Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
  • Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
  • Darah tidak membeku.
  • Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.

ULAR KAPAK TOKONG

Ular Kapak Tokong
Ular Kapak Tokong.

Ular Kapak Tokong (Trimeresurus wagleri) merupakan sejenis Ular Kapak berbisa, mampu melahirkan 15-40 ekor anak yang mampu menjaga diri sebaik sahaja dilahirkan.

Ciri-ciri

Sebagai mana kebanyakan haiwan beracun lain, ular Kapak Tokong mempunyai warna badan yang terang dan mudah dilihat. Ular Kapak Tokong betina dewasa mempunyai kepala yang besar dan berwarna hijau, firus atau hitam dengan jalur kuning, hijau muda dan bintik hitam.

Sesetengah ular jantan dewasa dan juga anak ular berwarna hijau terang. Jalur berwarna perang yang terdapat di mata ular adalah untuk penyamaran.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh

Habitat

Terdapat di selatan Thailand, Malaysia Barat, Indonesia di Sumatera, di kepulauan Riau, Pulau Bangka, Belitung, Nias, Pulau Mentawai (Siberut), Natuna, Karimata, Borneo (Sabah, Sarawak dan Kalimantan), Sulawesi dan Buton, dan di Filipina di pulau Balabac, Basilan, Bohol, Dinagat, Jolo, Leyte, Luzon, Mindanao, Negros, Palawan, Samar dan Tumindao.

Sifat bisa

Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.

Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak sertamerta dan ia akan berterusan selama beberapa hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.

2. ULAR KAPAK SUMATRA

Ular Kapak Hijau
Ular Kapak Sumatra.

3. ULAR KAPAK BODOH

Ular Kapak Bodoh
Ular Kapak Bodoh.

4. ULAR KAPAK HIDUNG PIPEH

Ular Kapak Borneo

Ular Kapak Borneo atau juga dikenali sebagai Ular Kapak Hidung Pipeh (Trimeresurus borneensis) ialah salah satu dari ular berbisa dalam keluarga Ular Kapak.

5. ULAR KAPAK BAKAU

Ular Kapak Bakau
Ular Kapak Bakau.

Ular Kapak Bakau (Trimeresurus purpureomaculatus) atau ular lumpur biasanya berada di kawasan seperti muara sungai atau pokok bakau.

6. ULAR KAPAK GUNUNG

Ular Kapak Gunung

7. ULAR KAPAK HIJAU

Ular Kapak Hijau Ekor Merah
Ular Kapak Hijau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Kesihatan Pergigian (Oral) Sedunia

Sambutan Hari Kesihatan Pergigian (Oral) Sedunia

Sambutan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia diraikan bersama lebih 130 buah negara di seluruh dunia yang menjadi anggota Kesatuan Pergigian Sedunia atau World Dental Federation (FDI) pada 20 Mac setiap tahun.

Hari Kesihatan Pergigian Sedunia

Tujuan sambutan ini adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bagi menitikberatkan keperluan seseorang individu untuk memainkan peranan dalam menjaga kesihatan pergigian sepanjang hayat.

Kesihatan mulut yang baik adalah amat penting bagi menjamin kesihatan tubuh badan. Hakikatnya, masalah pergigian dan masalah penyakit kesihatan tertentu berkongsi faktor dan risiko yang sama, seperti tabiat pemakanan yang tidak baik.

Bersempena kempen tersebut, adalah penting untuk mengetahui mengenai penjagaan gigi, apa yang boleh dan tidak boleh.

Nampak mudah, tetapi jangan pandang sebelah mata kerana jika hilang satu gigi pun boleh jejaskan penampilan anda!

Awas terhadap makanan dan minuman yang boleh merosakkan gigi. Makan terlalu banyak gula dan pendedahan yang lama boleh merosakkan gigi.

Selain itu beberapa faktor lain juga boleh menyebabkan kerosakan gigi seperti:

1. Ais

Ais adalah penyejuk bukan untuk dikunyah. Mengunyah ais mampu merosakkan enamel gigi.

2. Sitrus

Sitrus seperti limau atau lemon adalah berasid dan pendedahan yang lama akan menyebabkan pereputan gigi.

3. Kopi

Kopi meninggalkan warna pada gigi selain daripada kandungan gula dalam kopi yang tinggi.

4. Makanan melekit

Kebanyakan jeruk kering adalah melekit yang mampu melekat lama pada gigi berbanding makanan lain.

5. Keropok

Contohnya seperti kerepek kentang yang tinggi kandungan kanji. Ia mudah menyaluti bahagian enamel gigi dan menyebabkan pembentukan plak gigi.

6. Air berkarbonat

Kuman plak menggunakan gula untuk membentuk asid dan menyerang lapisan gigi.

7. Alkohol

Alkohol menyebabkan dehidrasi dan mengeringkan mulut. Ini boleh mengakibatkan pereputan gigi, infeksi oral dan pembentukan kanser mulut.

8. Minuman isotonik

Minuman ini memberi kesan baik bagi atlet tetapi bukan pada yang tidak memerlukan. Ia mengandungi gula yang tinggi.

Langkah-langkah pencegahan:
  • Gosok gigi sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan.
  • Banyak minum air kosong.
  • Berkumur selepas makan.

Kesimpulan

Kawalan penyakit pergigian perlu dilihat dari sudut yang lebih luas atau menyeluruh dan bukan secara berasingan agar promosi penjagaan kesihatan pergigian dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Ia juga penting dalam memastikan rakyat menyedari bahawa masalah penyakit pergigian adalah sebahagian daripada masalah kesihatan tubuh badan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, March 19, 2019

Kisah Kegagalan Microsoft Dan OS Windows Phone

Kisah Kegagalan Microsoft Dan OS Windows Phone

Windows. Ia sebuah nama yang sudah tidak asing lagi bagi pengguna PC di seantero dunia, mendominasi platform OS sejak dari 1985 dengan menguasai lebih dari 90% bahagian pasaran dan tidak tercabar kedudukannya sehingga sekarang. Namun begitu, di era digital dan mobile computing ini, dominasi Windows makin lama makin terhakis.

Microsoft Phone

PC bukanlah lagi satu keperluan yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Kebanyakan orang merasa cukup dengan hanya memiliki telefon pintar. Kewujudan platform iOS dan Android walaupun berlainan medan pertarungannya memberi tamparan dan risiko yang hebat kepada Windows secara khususnya dan Microsoft secara amnya.

Melihatkan risiko tersebut, Microsoft mula mengatur strategi bagi memastikan yang platform Windows akan terus relevan di era mobile computing ini. Pada Oktober tahun 2010, Microsoft melancarkan Windows Phone, OS Microsoft yang direka khusus untuk telefon pintar.

Windows Phone menawarkan reka bentuk dan antara muka yang unik dan sangat berbeza dari reka bentuk grid yang ditunjukkan Android mahupun iOS. Windows mempamerkan konsep live tile, di mana setiap app boleh memaparkan maklumat yang penting kepada pengguna umpama widget tetapi dalam rekabentuk dan antara muka yang lebih mesra pengguna.

Microsoft kemudiannya menjalinkan kerjasama dua hala jangka masa panjang dengan Nokia bagi memastikan yang Nokia mengeluarkan telefon pintar yang eksklusif menggunakan OS Windows Phone.

Kerjasama dua hala ini akan memastikan yang telefon pintar Windows Phone yang dikeluarkan itu berkualiti tinggi dan diiringi oleh perkakasan yang canggih. Nokia pada ketika itu merupakan jenama yang disegani di seluruh dunia dengan barisan telefon-telefon bimbit yang bertakhta menguasai pasaran bertahun lamanya.

Namun begitu, usai Apple melancarkan siri iPhonenya, kedudukan Nokia mula tergugat. Oleh kerana itu kedua-dua syarikat (Microsoft dan Nokia) yakin, yang kerjasama yang mereka jalinkan ini sudah cukup untuk menghalang dominasi Apple dan juga Android dalam pasaran telefon pintar.

Ketika Windows Phone pertama kali diperkenalkan kepada dunia, seluruh mata memandang dan memuji usaha Microsoft. Konsep live tile yang diperkenalkan Microsoft nampak terkedepan dan lebih moden berbanding Android mahupun iOS.

Telefon Pintar Nokia Lumia 800 yang dilancarkan bersama juga merupakan telefon pintar yang unik dan nampak berbeza berbanding iPhone dan juga telefon pintar Android.

Dengan buatan dan rekaan yang baik, Nokia Lumia 800 berjaya terjual sebanyak lebih dari sejuta unit di seluruh dunia, mengatasi apa yang para pemerhati dan para pelabur ramalkan.

Ini membolehkan Microsoft membolot 2.6% peratus bahagian pasaran telefon pintar dalam hanya 5 bulan sahaja selepas Windows Phone diperkenalkan. Usaha Microsoft tidak terhenti pada takat itu sahaja.

Microsoft terus menerus membuat perubahan dan penambahbaikan pada Windows Phone 7.5 yang baru dilancarkannya itu. Pada tahun 2012, Microsoft melancarkan Windows 8 dengan beberapa ciri-ciri baru yang diinginkan oleh orang ramai.

Mengiringi pelancaran Windows 8, Nokia juga melancarkan siri Lumia-nya yang terbaharu. Antaranya adalah Nokia Lumia 920 yang merupakan flagship telefon pintar pertama Nokia yang datang dilengkapi dengan fungsi wireless charging dan juga Nokia Lumia 1020 yang merupakan telefon pintar yang dilengkapi dengan kamera yang sangat canggih dengan kemampuan 41 MP ( 5 tahun lebih awal dari Huawei P20).

Strategi Microsoft tampak berjaya. Penggunaan OS Windows Phone memberikan pengguna pengalaman yang selesa dalam menggunakan telefon pintar.

OS Windows Phone sangat lancar apabila digunakan dan ianya dilengkapi sekuriti yang boleh melindungi telefon pintar dari sebarang virus dan anasir yang menceroboh.

Dilengkapi juga dengan perkakasan yang canggih yang ditawarkan oleh Nokia, membolehkan Microsoft sedikit demi sedikit menguasai pasaran telefon bimbit sehingga ke 3.6% pada tahun 2013.

Microsoft menawarkan alternatif yang terbaik kepada pengguna kerana pada ketika itu, Android selalu dibelenggui masalah lag dan juga sekuriti yang tidak mampan.

Namun begitu, di penghujung tahun 2013, peratusan bahagian yang dipegang oleh Windows Phone mula jatuh sedikit demi sedikit. Microsoft yang mula tampak risau akan penurunan jualan Windows Phone mula mengatur langkah.

Pada tahun 2014, Microsoft mula mengambilalih Nokia bagi meneruskan legasi perkakasan berkualiti yang dibawa oleh Windows Phone.

Pada tahun 2015 pula, Microsoft mula memperkenalkan Windows 10, satu konsep yang akan menyeragamkan pengalaman semua pengguna pada semua platform tidak kiralah PC, telefon pintar mahupun wearables (smart wartch, VR dan sebagainya).

Microsoft berharap yang langkah tersebut mampu menarik pengguna PC yang sudah setia menggunakan Windows untuk menggunakan perkhidmatan yang sama pada telefon pintar dan juga gajet-gajet digital yang lain.

Berserta dengan langkah tersebut, Microsoft menjenamakan semula telefon pintar keluaran Nokia kepada jenama Microsoft bagi menawarkan kepada pengguna jenama yang memang sudah dikenali di seluruh dunia.

Berserta dengan Windows 10, Microsoft mengeluarkan Microsoft Lumia 950, flagship terbaru telefon pintar Windows Phone yang disertai dengan ciri Continuum.

Continuum membolehkan Lumia 950 disambungkan kepada mana-mana monitor menjadikan Lumia 950 benar-benar komputer kompak yang boleh dimuatkan di dalam poket. Ia konsep yang sama yang diperkenalkan oleh Samsung melalui Samsung Dex, 2 tahun selepas itu.

Namun disebabkan Continuum berfungsi di atas Windows, ia benar-benar boleh berfungsi sebagai komputer mini berbanding Samsung Dex yang beroperasi menggunakan Android.

Namun begitu,hasil penjualan Windows Phone makin lama makin merudum. Windows Phone hanya memiliki 0.3% daripada keseluruhan pasaran telefon pintar pada penghujung tahun 2016.

Walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk Microsoft bagi mengekalkan kehadiran mereka di dalam pasaran telefon pintar, namun pengguna tetap tidak berminat untuk memilih Windows Phone sebagai telefon pintar kegunaan mereka.

Akhirnya pada Oktober 2017, Microsoft menaikkan bendera putih dan mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi menyokong platform Windows Phone menandakan pengakhiran usaha mereka bagi menembusi pasaran telefon pintar.

Di manakah silapnya? Langkah yang diambil Microsoft tampak strategik dan tiada cacat celanya. Pun begitu, setiap langkah yang diambil mereka tidak menjadi.

Android dan iOS terus mendominasi pasaran telefon pintar sehinggalah mereka menguasai sehingga lebih daripada 90% bahagian pasaran pada tahun 2014. Ramai pemerhati bersetuju dan berpendapat bahawa wujud 3 sebab utama mengapa usaha Microsoft di dalam menembusi pasaran telefon pintar menemui kegagalan.

Telefon Pintar bukan Fokus Utama Microsoft

Ketika Steve Jobs melancarkan iPhone mereka pada tahun 2009, Apple pada ketika itu merupakan sebuah syarikat yang memberikan fokus sepenuhnya pada perkakasan (hardware).

Beberapa tahun sebelum itu, Apple sudah pun melancarkan iPod yang merupakan antara produk mereka yang sangat popular dikalangan peminat. iPod memberi sumbangan keuntungan majoriti kepada Apple.

Selepas pelancaran iPhone, produk itu pula dikenalpasti oleh Apple sebagai penyumbang utama kepada keuntungan syarikat.

Disebabkan itulah, Apple memberi sepenuh fokus dan tumpuan mereka kepada iPhone yang merupakan sumber pendapatan utama syarikat.

Berbeza pula dengan Microsoft, perisian Windows dan juga Microsoft Office merupakan sumber utama keuntungan syarikat tersebut. Telefon pintar pula merupakan projek sampingan Microsoft yang kurang diberikan perhatian dan juga dana yang cukup bagi merealisasikan visi Microsoft.

Projek telefon pintar Microsoft hanyalah dicanangkan dengan tujuan untuk menghalang pengaruh Apple dan Android yang semakin meluas.

Namun, walaupun setelah melancarkan Windows Phone, Microsoft masih lagi memberikan lebih banyak fokus dan perhatian mereka pada perisian berbanding perkakasan telefon pintar. Dan ini menyukarkan usaha Microsoft bagi bersaing dengan Apple mahupun Android.

OS yang terlalu eksklusif

Windows Phone mengambil inisiatif yang sama seperti yang dilakukan oleh Apple, iaitu menyeragamkan pengalaman semua pengguna Windows Phone melalui OS yang sama reka bentuknya.

Namun begitu, Microsoft yang tidak mempunyai kemampuan untuk membangunkan perkakasan sendiri membuat kerjasama dengan pengeluar telefon pintar seperti Nokia, HTC.

Samsung dan juga Huawei. Strategi ini membolehkan Microsoft melancarkan Windows Phone mereka pada pelbagai jenama telefon pintar bagi membolehkan mereka membolot lebih banyak bahagian dalam pasaran telefon pintar.

Namun begitu, tidak seperti Android, OS Windows Phone adalah bersifat eksklusif dan terlindung. Ianya tidak boleh diubahsuai mengikut cita rasa pengeluar telefon bimbit dan juga datang dengan kos perlesenan.

Berbeza dengan Android yang menawarkan perisiannya secara percuma kepada pengeluar telefon bimbit, Windows Phone adalah OS tertutup dan terlindung dari sebarang bentuk pengubahsuaian.

Ini sebenarnya menyebabkan para pengeluar telefon bimbit kurang menunjukkan minat untuk melancarkan telefon pintar Windows Phone kerana limitasi yang terdapat pada OS itu sendiri.

Ketiadaan App

Microsoft Nokia

Masalah utama yang platform Windows Phone alami adalah ketandusan app-app yang berkualiti. Ini disebabkan oleh kekangan yang diletakkan sendiri oleh pembina app tersebut keatas platform Windows.

Sebagai contoh, Google yang memilki OS Android, juga merupakan syarikat yang sama yang memilki YouTube. Melihatkan ancaman yang dibawa oleh Windows Phone, Google sendiri tidak menyediakan app YouTube untuk platform Windows Phone.

Begitu juga dengan Facebook, Instagram, Whatsapp dan juga Snapchat yang merupakan app popular yang sangat diingini oleh pengguna kerana ianya sudah bagaikan satu keperluan kepada pengguna di era digital ini.

Namun begitu, tiada pembina app yang sanggup menghabiskan masa dan tenaga bagi menghasilkan app untuk platform Windows Phone kerana kurangnya pengguna di platform ini.

Dan ketiadaan app-app yang sangat diinginkan oleh pengguna ini menyebabkan ramai orang mula meninggalkan platform Windows Phone. Ia satu kitaran yang kejam dan realiti yang terpaksa dihadapi oleh Microsoft yang sudah terlalu lambat langkahnya dalam cuba untuk menembusi pasaran telefon pintar.

Rumusan

Jika dilihat secara keseluruhan, di era digital ini, apabila membicarakan tentang telefon pintar, yang menjadi pilihan dan penentu kepada dominasi pasaran telefon pintar adalah perisian dan ekosistem OS itu sendiri.

iOS dan Android adalah merupakan satu ekosistem yang telah matang dan berintegrasi dengan banyak sistem yang dapat membantu pengguna dalam kehidupan seharian. Perkakasan sahaja bukan lagi satu fokus utama yang patut diberi perhatian sepenuhnya.

Lihat sahajalah iPhone, walaupun perkakasannya tertinggal satu atau dua generasi dibelakang telefon pintar Android, namun ekosistem yang ditawarkan iPhone adalah yang terbaik pada hemat saya dan memberikan pengguna satu pengalaman yang berbeza.

Oleh kerana itulah, langkah yang diambil oleh Microsoft menemui kegagalan. Microsoft sepatutnya memberi lebih fokus kepada perisian yang ditawarkan dan memastikan ekosistem Windows Phone itu matang dan mengandungi perkhidmatan dan app yang diinginkan oleh pengguna.

Dengan cara itu, pengguna akan lebih tertarik untuk menggunakan Windows Phone dan mungkin juga membolehkan Microsoft untuk mendominasi pasaran telefon pintar.

Namun begitu, nasi sudahpun menjadi bubur. Kisah kegagalan Microsoft membuktikan yang syarikat gergasi juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Monday, March 18, 2019

Bahaya Gelombang Haba Akibat Cuaca Terlalu Panas

Bahaya Gelombang Haba Akibat Cuaca Terlalu Panas

Gelombang haba adalah suatu tempoh dan keadaan di mana cuaca dirasakan terlalu panas dan mungkin disertai dengan kelembapan yang tinggi terutamanya di negara-negara beriklim lautan. Meskipun takrifan tepat yang diberikan adalah berbeza, gelombang haba diukur relatif kepada cuaca yang biasa dialami di kawasan itu serta suhu-suhu normal pada musim yang sedang dialami.

Gelombang Haba

Suhu yang dirasakan biasa bagi penduduk kawasan beriklim yang lebih panas boleh dianggap termasuk dalam gelombang haba di kawasan yang lebih sejuk jika ia berada luar daripada corak iklim kawasan tersebut yang biasa.

Istilah ini digunakan untuk kedua-dua perubahan cuaca panas dan bahang luar biasa yang mungkin terjadi hanya sekali dalam satu abad.

Gelombang haba yang dahsyat telah menyebabkan bencana kegagalan tanaman, ribuan kematian akibat hipertermia, serta meluasnya gangguan bekalan elektrik disebabkan peningkatan penggunaan penghawa dingin.

Fenomena ini dianggap cuaca ekstrim serta suatu ancaman kerana kepanasan dan cahaya matahari ini boleh memanaskan tubuh manusia pada tahap yang membahayakan.

Pembentukan

Tekanan tinggi di atmosfera atas memerangkap haba berdekatan permukaan tanah lalu membentuk gelombang haba.

Gelombang haba terbentuk apabila tekanan tinggi di udara (setinggi 10,000–25,000 kaki atau 3,000–7,600 meter) bertambah kuat dan kekal meliputi sesebuah kawasan dari beberapa hari sehingga beberapa minggu.

Ia merupakan kebiasaan di musim panas (dalam kedua-dua Hemisfera Utara dan Selatan) ketika arus panas 'mengikut peredaran matahari'.

Kawasan yang bertekanan tinggi ini terletak di lapisan atas atmosfera kawasan belahan Khatulistiwa.

Pola cuaca musim panas biasanya lambat berubah berbanding dengn pola cuaca pada musim sejuk.

Berikutan itu, tekanan tinggi lapisan atas ini juga bergerak secara perlahan-lahan. Tekanan yang tinggi ini menyebabkan udara tenggelam ke permukaan, menghangat dan mengeringkan persekitaran secara adiabatik.

Udara panas yang tenggelam ini mewujudkan suatu songsangan tahap tinggi yang bertindak seakan kubah menutup atmosfera, menghalang perolakan haba seterusnya memerangkap udara panas berkelembapan tinggi di bawahnya.

Pergolakan ini biasanya hadir bersama-sama pinggir puncak di mana tekanan menjadi kurang.

Perolakan sisi ini, bagaimanapun, menguatkan kubah tekanan tinggi dengan mengalihkan udara ribut petir ke dalamnya.

Haba terkumpul secara berterusan pada permukaan seterusnya mewujudkan gelombang haba yang dirasai penghuni di permukaan Bumi.

Pemanasan global meningkatkan kemungkinan tinggi rendah cuaca melampau seperti gelombang haba dengan lebih banyak daripada fenomena serupa tahap sederhana.

KESAN BURUK

Kesihatan manusia

Antara komplikasi yang boleh terzahir akibat fenomena ini kepada badan manusia termasuk ruam panas, ruam yang diiringi keradangan akut serta pembengkakan liang peluh; kejang haba iaitu kelesuan yang menyebabkan kejangan otot akibat kehilangan air dan garam dari badan melalui aktiviti senaman.

Hipertermia juga boleh berlaku iaitu pengumpulan haba dalam badan pada kadar lebih cepat daripada pengeluaran haba.

Strok Haba

Cuaca panas memberi tekanan atau kesan fizikal kepada tubuh badan manusia, akan menyebabkan kesihatan daripada tahap sederhana kepada tahap bahaya atau boleh mendatangkan masalah kesihatan yang ringan dan juga ada yang boleh menyebabkan maut seperti strok haba.

Tanda-tanda awal kesan cuaca panas kepada yang mudah terdedah, seperti pening kepala yang berpanjangan, mual dan muntah, keletihan dan lesu seluruh tubuh badan.

Infrastruktur

Jika sesebuah gelombang haba itu muncul sewaktu cuaca kemarau, kebakaran hutan boleh berlaku berpunca daripada tumbuhan yang mengering sewaktu musim ini.

Misalnya, pada tahun 2003, sebuah gelombang haba yang merebak ke serata Eropah menyebabkan api besar di Portugal yang memusnahkan lebih daripada 3,010 kilometer persegi atau 740,000 ekar hutan dan 440 kilometer persegi atau 110,000 ekar tanah pertanian, menyebabkan kerugian yang dianggarkan sebanyak €1 bilion.

Gelombang haba juga boleh menyebabkan jalan raya mengembang dan cair, paip air pecah serta transformer kuasa meletup yang boleh mengakibatkan kebakaran.

Landasan kereta api turut terjejas di mana pelengkokan (buckling) dan pemundingan (kinking) akan berlaku yang boleh menyebabkan trafik menjadi perlahan.

Malah, perjalanan yang dirancang sama ada akan ditunda mahupun dibatalkan kerana keadaan landasan yang terlalu bahaya untuk digunakan oleh gerabak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Mahkamah Khas Perkahwinan Berkuasa Sita Harta Suami Enggan Bayar Nafkah Bekas Isteri

Mahkamah Khas Perkahwinan Berkuasa Sita Harta Suami Enggan Bayar Nafkah Bekas Isteri

Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang dijangka beroperasi pada Mei 2019 ini mempunyai kuasa menyita harta lelaki yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri dan setakat ini, pengoperasian mahkamah tersebut berada di peringkat penilaian terakhir dengan satu kertas Kabinet dijadual dibentangkan bulan depan.

Mahkamah Khas Perkahwinan
Gambar hiasan.

Penubuhan mahkamah ini juga telah mendapat maklumat dan pandangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewa­ngan dalam melengkapkan kajian terhadap pengoperasian tersebut.

Kertas Kabinet ini antara lain akan memberi kuasa undang-undang kepada mahkamah khas syariah ini untuk menyita harta suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.

Kerajaan komited menubuhkan mahkamah ini kerana hampir semua lelaki tidak mematuhi perintah mahkamah membayar nafkah kepada bekas isteri.

Inisiatif penubuhan mahkamah khas itu dirancang bagi mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, selain membantu mengurangkan kes isteri digantung tidak bertali.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan