Ahad, Februari 25, 2018

10 Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia


Skim ponzi atau skim cepat kaya pertama diasaskan oleh Charles Ponzi, dari seseorang yang tidak dikenali menjadi jutawan Boston terkenal dalam tempoh enam bulan melalui skim cepat kaya pada tahun 1920.

Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

Keuntungan sepatutnya datang dari pertukaran kupon jawapan pos antarabangsa dengan dia menjanjikan 50% faedah (pulangan) keatas pelaburan dalam tempoh 45 hari atau “gandakan wang anda” dalam tempoh 90 hari.

Sekitar 40,000 orang melabur $15 juta (sekitar $150 juta dalam nilai dolar 2006), akhirnya hanya satu pertiga wang tersebut dipulangkan semula kepada pelabur.

Selain skim Ponzi, skim piramid lain paling terkenal dalam sejarah termasuk:

1. Sindiket Franklin

Sebelum Ponzi, pada tahun 1899 William "520 Peratus" Miller membuka perniagaannya sebagai "Sindiket Franklin" di Brooklyn, New York.

Miller menjanjikan faedah 10% seminggu dan menggunakan sebahagian tema utama skim Ponzi, seperti pelanggan melabur semula faedah yang mereka terima.

Dia menipu pelabur sebanyak $1 juta dan dihukum penjara selama 10 tahun. Apabila dibebaskan, dia membuka kedai runcit di Long Island.

Semasa siasatan, Miller diwawancara oleh Boston Post untuk membandingkan skimnya dengan Ponzi's — wawancara mendapati caranya hampir sama tetapi Ponzi menjadi lebih mahsyur kerana mendapat tujuh kali ganda wang.

2. Dona Branca

Antara 1970 dan 1984 di Portugis, seorang wanita dikenali sebagai Dona Branca menjalankan skim cepat kaya yang membayar faedah 10% sebulan.

Pada tahun 1988 dia dipenjarakan selama 10 tahun dan sentiasa mendakwa bahawa dia hanya membantu orang-orang miskin, tetapi semasa perbicaraan terbukti dia menerima bayaran sebanyak 85 juta Euro.

3. MMM

MMM adalah syarikat Rusia yang muncul pada tahun 1990-an dan dianggarkan antara 5-10 juta orang kehilangan semua wang simpanan mereka.

Skim cepat kaya ini menjanjikan pulangan antara 3,000 - 30,000 peratus setahun.

Kerugian dianggarkan antara 500 juta dolar sehingga 1.5 bilion dollar.

4. European Kings Club (EKC)

Pada musim gugur 1994, European Kings Club (EKC) runtuh, menyebabkan kerugian sekitar AS$1.1 bilion. Penipuan ini diketuai oleh Damara Bertges dan Hans Günther Spachtholz.

Dalam siri penipuan ini, 1 daripada sepuluh orang dewasa melabur dalam EKC.

Penipuan ini adalah dengan cara membeli "surat" bernilai 1,400 francs yang membolehkan pembeli menerima bayaran sebanyak 200 francs sebulan selama 12 bulan.

Organisasi ini berpangkalan di Gelnhausen, Jerman.

5. Yayasan Kedermawanan Era Baru

Pada Mei 1995, pendakwa raya Pennsylvania bertindak membekukan aset Yayasan Kedermawanan Era Baru dan menahan pengerusinya, John G. Bennett, Jr. Organisasi ini telah mengaut wang melebihi USD500 juta dari 1,100 penyumbang.

Ahlinya termasuk Palang Merah, percaya mereka terbabit di dalam program matching-gifts melalui New Era tetapi, sebenarnya ia adalah skim Ponzi.

Kerugian dianggarkan sekitar $135 juta.

6. Bennett Funding Group

Pada awal tahun 1996, SEC mengfailkan saman umum (civil action) terhadap Bennett Funding Group, pegawai ketua kewangannya (chief financial officer), Patrick R. Bennett dan syarikat lain yang dikawal Bennett, berkaitan dengan skim Ponzi berskala besar.

Syarikat itu secara menipu mengaut beratus juta dollar, dengan mengaku membeli jaminan sewa peralatan dan promissory notes.

7. Albania

Pada tahun 1997, kerajaan Albania secara rasmi mengesahkan beberapa siri dana pelaburan skim piramid.

Apabila kerugian tidak lagi dapat dielakkan, penduduk Albania yang kerugian hampir USD1.2 bilion, menunjuk perasaan di jalanan dalam pemberontakan yang menggulingkan kerajaan.

8. Reed Slatkin

Pada tahun 2000, skim Ponzi yang diuruskan oleh Reed Slatkin, paderi Gereja Saintologi, terbongkar apabila pegawai Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat menyedari bahawa Slatkin bukannya seorang penasihat pelaburan berlesen.

Reed Slatkin telah mengutip kira-kira AS$600 juta daripada lebih 500 orang pelabur kaya, dengan kebanyakan mereka merupakan tokoh-tokoh terkenal Hollywood.

9. Larry Toshio Osaki

Pada bulan Disember 2005, Larry Toshio Osaki yang mengendalikan sebuah skim Ponzi di Los Angeles, California menawarkan pelaburan-pelaburan palsu dalam "pemfaktoran" akaun belum terima, walaupun telah diperintahkan oleh seorang hakim persekutuan supaya menghentikan kegiatannya, dipenjarakan di penjara persekutuan selama 20 tahun.

Kerugian dianggarkan sebanyak USD200 juta dari lebih 1,000 pelabur.

Selain hukuman penjara, Hakim Stephen V. Wilson juga memerintahkan Larry supaya membayar AS$145 juta kepada mangsa-mangsanya.

10. SwissCash

Pada bulan Oktober 2006, dua individu terkenal di Malaysia, bersama-sama orang lain, ditahan oleh pihak berkuasa kerana mengendalikan SwissCash atau Dana Bersama Switzerland (1948) yang dikatakan bersifat komplot.

SwissCash menawarkan pulangan sehingga 300% dalam tempoh pelaburan selama 15 bulan.

Difahamkan skim pelaburan haram itu menerima deposit antara RM380 juta sehingga RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.

Pelaburan HYIP tersebut ditawarkan kepada warganegara Malaysia, Singapura dan Indonesia, dengan penganjur skim cepat kaya ini mendakwa bahawa dana-dana pelabur disalurkan ke dalam perniagaan yang merangkumi cari gali minyak, perkapalan dan pertanian di Caribbean.

Syarikat ini mendakwa bahawa mereka berpusat di New York dan diperbadankan di Dominica.

BACA INI JUGA: Skim Cepat Kaya 'Pak Man Telo' Yang Pernah Menggegar Malaysia!

sumber: wikipedia

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon