Ahad, Februari 25, 2018

Fenomena Ekuinoks Akibat Cuaca Panas


Ekuinoks adalah suatu keadaan di mana matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa dan merupakan fenomena yang berlaku dua kali setiap tahun disebabkan bumi berputar mengelilingi matahari pada sudut 23.50 dan seterusnya menyebabkan empat musim.

Fenomena Ekuinoks Akibat Cuaca Panas

Fenomena berkenaan berlaku pada 20 atau 21 Mac di seluruh kawasan khatulistiwa pada pertengahan musim bunga dan 22 atau 23 September di pertengahan musim luruh setiap tahun.

Ketika itu matahari akan berada betul-betul di garisan khatulistiwa dan menyebabkan matahari berada pada sudut tepat 900 terutama pada waktu tengah hari.

Ini menyebabkan negara yang berada berhampiran garisan berkenaan akan mendapat pancaran matahari yang terik.

Namun, ekuinoks merupakan fenomena biasa yang berlaku akibat putaran bumi mengelilingi matahari.

Ekuinoks berlaku apabila bumi menerima cahaya matahari lebih panjang berbanding kadar biasa (di khatulistiwa) iaitu 12 jam dan biasanya, di kawasan ini matahari menerima cahaya matahari kira-kira 13 jam.

Oleh itu, tidak banyak berlaku perubahan suhu ketara semasa fenomena Ekuinoks ini tetapi akan berlakunya cuaca panas terutama pada waktu malam.

Ia berlaku kerana bumi yang secara semula jadinya memindahkan haba keluar dalam bentuk gelombang panjang tidak dapat berbuat demikian kerana beberapa faktor lain.

Antaranya ialah keadaan berjerebu yang seolah-olah membentuk lapisan penghalang kepada gelombang panjang ini keluar menyebabkan haba terperangkap.

Selain itu, kekurangan litupan awan semasa ekuinoks juga menyebabkan cuaca panas berlaku di Khatulistiwa.

Pencemaran

Pada masa sama, ketika fenomena Ekuinoks ini terjadi ialah penghujung musim Monsun Timur Laut dan akan memasuki peralihan musim antara monsun sebelum musim memasuki Monsun Barat Daya.

Penghujung Monsun Timur Laut juga menyebabkan keadaan kering berlaku.

Bagaimanapun yang membimbangkan ialah keadaan berjerebu sepatutnya disedari oleh pihak tertentu supaya mengambil langkan mengatasinya, kerana cuaca panas dalam suasana berjerebu akan memburukkan keadaan.

Walaupun Ekuinoks adalah sesuatu yang semula jadi tetapi ia diburukkan lagi dengan faktor-faktor lain.

Biarpun ekuinoks berlaku dua kali setiap tahun, ia jarang menyebabkan perubahan suhu yang melampau.

Suhu di negara ini biasanya hanya hanya berada di antara 28 hingga 34 darjah selsius sepanjang tahun.

Sebenarnya, banyak faktor lain yang menyumbang kepada pemanasan global yang berlaku di kebanyakan bahagian dunia.

Misalnya beberapa kawasan di Eropah berubah kepada panas yang melampau manakala beberapa negara di Timur Tengah diselaputi salji.

Perubahan cuaca yang melampau banyak juga dipengaruhi oleh aktiviti manusia, merujuk kepada kemusnahan hutan yang diteroka tanpa mengambil kira pembangunan mapan.

Kemusnahan hutan iaitu perubahan guna tanah, pembakaran bahan fosil dan juga peningkatan gas karbon dioksidal.

Pembangunan yang tidak mengambil kira mengenai alam sekitar akan mengganggu sistem saliran serta ekosistem sesuatu kawasan.

Oleh itu, lebih banyak kawasan perlu ditanam dengan pokok-pokok serta kawasan hutan simpan dan tadahan hujan dijaga agar suhu tempatan dapat dikurangkan.

Proses evapotranspirasi terutamanya oleh tumbuhan boleh bertindak membantu menyederhanakan suhu.

Selain tumbuhan, awan juga memainkan peranan penting dalam mengawal suhu.

Awan penting kerana bertindak melindungi ruang angkasa dan permukaan bumi daripada mendapat sinaran matahari secara berterusan.

Malangnya, antara kesan pemanasan global adalah peningkatan peristiwa suhu melampau, banjir dan kemarau.

Kesan daripada fenomena berkenaan tidak dapat diramalkan dengan tepat sama ada ia akan terus kekal atau tidak.

Bagaimanapun banyak perubahan cuaca yang melampau sukar diramalkan seperti peristiwa hujan lebat, panas melampau atau ribut tropika.

Kita tidak tahu sama ada perubahan berkenaan akan kekal atau akan berubah kepada keadaan asalnya, manakala cuaca kering akan menjadi bertambah buruk dengan keadaan jerebu yang menyebabkan kualiti udara rendah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon