Wednesday, June 06, 2018

Bekas Pekerja Dedah Siapa Sebenarnya Tommy Thomas, Peguam Negara Baharu Malaysia!

Bekas Pekerja Dedah Siapa Sebenarnya Tommy Thomas, Peguam Negara Baharu Malaysia!

Seorang bekas pekerja di firma guaman Tommy Thomas berkongsi cerita bagi mendedahkan siapa sebenarnya individu yang baharu dilantik sebagai Peguam Negara itu.

Rahsia Tommy Thomas

Ashikin Rahim yang berkongsi di laman Facebooknya berkata, perkongsian cerita itu dibuat kerana mahu menceritakan siapa sebenarnya TT, gelaran yang diberikan kepada Thomas, berbanding menilainya berdasarkan agama atau penulisan yang dianggap berat sebelah sebelum ini.

Memulakan cerita, Ashikin berkata, dia menyertai firma guaman pada 2009 dan ketika itu dia tidak tahu firma tersebut milik Tommy.

“Saya ingatkan dia Cina, jadi anda dapat bayangkan macam mana saya terkejut ketika melangkah masuk ke bilik mesyuarat.

“Saya memohon kerja sebab kebanyakan senior saya beritahu bahawa dia merupakan pengamal litigasi terbaik dalam negara.

"Jadi bermula daripada itu saya bersemangat untuk litigasi ini,” tulisnya.

Menurutnya, ketegasan Tommy dapat dilihat di mana beliau tidak akan membiarkan telefonnya berbunyi tiga kali dan beliau akan sentiasa memberi perkembangan kepada pelanggan sebelum kes mahkamah dijadualkan.

Katanya, Tommy juga merupakan seorang yang tegas, berprinsip, menepati masa, pemurah dan sentiasa mengambil berat terhadap pekerja bawahannya.

“Secara peribadi beliau merupakan bos terbaik sepanjang saya bekerja di lima firma guaman sebelum itu.

"Dia tidak hirau mengeluarkan duit buat pekerjanya.

"Dia selalu beli makanan buat kami di tempat mahal, membawa kami bercuti dan memberikan wang saku, duit raya dan duit dapat anak.

“Saya juga dapat duit untuk majlis perkahwinan, dapat bonus di tahun terakhir walaupun saya akan berhenti pada April untuk memberi tumpuan kepada bayi yang baru lahir,” katanya.

Ashikin berkata, Tommy bukanlah seorang peguam yang mengejar keuntungan dan kemasyhuran semata-mata malah beliau juga sanggup ‘kutip’ kes yang tidak mendatangkan keuntungan selain mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai anak guamnya.

“Apa yang paling penting ialah, dia pasti memberi perhatian berat kepada litigasi kepentingan awam.

"Saya banyak ditugaskan untuk kes seperti itu. Kami buatnya secara percuma.

“Kami berjuang untuk hak persatuan penduduk, negeri yang dipimpin kerajaan pembangkang (sebelum ini) dan orang miskin yang tertindas oleh keputusan kerajaan, orang miskin yang tertipu dalam pelaburan.

"TT memberitahu seseorang perlu berjuang untuk semua itu,” katanya.

Jadi menurutnya, dia mengerti mengapa bekas majikannya itu dipilih menjadi Peguam Negara oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, orang ramai tidak perlu khuatir dengan pelantikan Tommy ini kerana tidak akan ada apa-apa yang terjejas terutamanya berkaitan Islam di negara ini.

“Dalam hal ini, sudah pasti Peguam Negara akan terlibat dalam merangka segala undang-undang, tetapi peranannya terhad kerana undang-undang di negara ini mempunyai unit khas untuk menggubal Undang-Undang Syariah.

"Maka itu, beliau tidak mengawal undang-undang Islam di negara ini.

“Bagi permasalahan yang tidak biasa diuruskannya, terdapat ramai pakar dalam Pejabat Peguam Negara yang boleh menasihatkannya.

"Bukan semua orang tahu semua benda. Bukan sahaja kita, Perdana Menteri juga begitu,” katanya.

Menurutnya, pada ketika ini orang ramai tidak harus mempertikaikan terhadap apa yang sudah diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, memperkenankan pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara.

“Jadi sejak kita tidak boleh membuat apa-apa yang sudah diputuskan oleh Istana, mari kita terimanya dengan persefahaman dan minda terbuka.

"Mengapa cuba menimbulkan huru-hara terhadap sesuatu yang belum terbukti akan berlaku.

“Untuk orang Islam, ingatlah, semuanya adalah ketentuan ALLAH.

"Mari menjaga keamanan negara bersama-sama,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Akhirnya ahli pasukan Autobot Bumblebee telah mendapat filemnya sendiri untuk filem spinoff Transformers, Bumblebee yang merupakan reboot daripada filem Transformers: The Last Knight sebelum ini yang kurang mendapat sambutan.

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Bumbleebee bakal mengambil tempat di sebuah bandar kecil di California pada era penghujung 80an.

Hailee Steinfeld yang membawa watak sebagai Charlie merupakan seorang mekanik.

Pada suatu hari dia membawa balik sebuah kereta antik VW ke rumah untuk dibaiki dan dia secara tidak sengaja telah mengaktifkan Bumblebee.

Filem spinoff Tranformers: Bumblebee bakal menemui peminat pada 21 Disember 2018 ini.

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah John Cena, Peter Cullen, Kenneth Choi, Pamela Adlon, Jorge Lendeborg Jr dan Martin Short.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: thevocket

Mengembalikan Maruah Institusi Dan Kakitangan Awam

Mengembalikan Maruah Institusi Dan Kakitangan Awam

Pada pertemuan pertama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri selepas beliau kembali berkuasa, Dr Mahathir membangkitkan isu yang sangat mustahak di negara kita ini – mengembalikan maruah dan kepercayaan terhadap kakitangan dan institusi awam.

Mengembalikan Maruah Institusi Dan Kakitangan Awam

Dr Mahathir mula dengan mengingatkan kembali kepada konsep pentadbiran yang paling asas – perpisahan antara pembuat undang-undang (legislatif), pelaksana undang-undang (eksekutif) dan pentafsir undang-undang (kehakiman).

Apa kaitan antara tiga badan ini dengan integriti kakitangan awam? Di mana letaknya kakitangan awam antara tiga badan ini?

Kakitangan awam adalah jentera yang menggerakkan operasi ketiga-tiga badan ini yang berperanan sebagai semak imbang kepada perjalanan kerajaan.

Maka kepatuhan kakitangan awam bukan kepada mana-mana badan ini tetapi kepada kedaulatan undang-undang – bukannya tuan politik atau political master (istilah yang Dr Mahathir gunakan dalam majlis itu).

Hal ini bukan perkara baharu, sebab itulah dalam sebarang urusan rasmi, kita akan mendapati adanya ayat ‘Urusan Seri Paduka Baginda’ dicetak di atas surat rasmi – kerana kakitangan awam tidak mewakili kepentingan politik mana-mana pihak dan hanya patuh kepada negara yang diketuai oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Atas sebab itulah surat rasmi kerajaan tidak berbunyi ‘Urusan Perdana Menteri’ kerana beliau hanya mewakili eksekutif sahaja.

Ya, konsep ini sangat asas dan mudah, namun ternyata konsep mudah ini lebih senang diucapkan berbanding dilaksanakan.

Terpaksa akur pada ugutan

Tanpa pemisahan yang efektif antara tiga badan tadi, tidak mungkin akan wujud kedaulatan undang-undang.

Kakitangan awam tidak mampu untuk akur kepada undang-undang kerana ketiga-tiga badan ini tidak bertindak secara bebas daripada satu sama lain.

Jika kakitangan ini berdepan dengan arahan political master yang berlawan dengan undang-undang, kakitangan ini tidak dapat mengadukan halnya kepada mana-mana institusi lain akibat tiadanya pemisahan kuasa yang berkesan.

Maka, kakitangan kita terpaksa akur sama ada melalui sogokan atau ugutan.

Tambahan pula, sekian lama Malaysia ini diperintah oleh satu parti yang secara sengaja mahupun tidak menghilangkan garis pemisah antara parti pemerintah, kerajaan dan negara.

Oleh yang demikian, tidaklah adil untuk memukul rata bahawa semua kakitangan kerajaan ini secara sedar memilih untuk memihak kepada parti pemerintah.

Anehnya, Dr Mahathir baru-baru ini mengulang rungutan – yang seakan-akan berbaur ugutan – terhadap sikap tidak berpihak kakitangan kerajaan ini sedangkan amalan ini bukanlah baharu, kerana turut diamalkan sejak lama dahulu termasuk secara terang-terangan pada zaman pemerintahan perdana menteri keempat juga.

Akibatnya, kakitangan dan institusi awam di negara kita tidak dapat mengekalkan ketidakberpihakan mereka.

Mereka bukan lagi ‘tangan terkuat dalam melaksanakan segala urusan pembangunan negara’ sebagaimana yang disebut oleh Dr Mahathir, tetapi menjadi alat politik kepada parti pemerintah.

Tanpa kefahaman konsep mudah ini, kita tidak mungkin akan dapat mengekang kakitangan dan institusi awam di negara kita ini daripada menjadi alat politik kepada parti pemerintah yang baharu – meskipun tanpa kerelaan mereka.

Bayangkan jika kakitangan yang seharusnya melakukan tugas membangunkan komuniti, masyarakat dan negara diarahkan untuk mengelola aktiviti DAP, AMANAH, PKR atau BERSATU.

Tidak semuanya mendapat laba daripada tindakan ini, kebanyakannya hanya menurut arahan.

Berapa banyak sumber kerajaan terpaksa dibazirkan dan berapa banyak masa serta tenaga kakitangan kerajaan diperas untuk keuntungan parti dan bukannya rakyat?

Inilah antara pelecehan yang dihadapi oleh kakitangan awam kita.

Mereka dituduh tidak cekap dan bertanggungjawab, sedangkan hakikatnya mereka dipergunakan oleh political master ini.

Akhirnya kini penjawat awam berada dalam keadaan tersepit.

Ketidak berpihakan dengan pembangunan

Dr Mahathir beberapa kali menyebut tentang kakitangan yang mampu menyumbang kepada pembangunan.

Apakah kaitan antara keduanya?

Apabila kakitangan dan institusi awam bertindak tanpa berpihak, bukan sahaja sumber kerajaan akan dapat digunakan dengan lebih cekap – peruntukan sampai kepada sasaran, mengurangkan kemungkinan korupsi, dan penyelewengan – malah akan meningkatkan keyakinan pelabur.

Apa pula kaitan dengan pelabur?

World Economic Forum dalam menilai daya saing 114 buah negara melihat kepada set institusi, dasar dan faktor yang menentukan tingkat produktiviti.

Daripada 12 faktor, institusi awam adalah yang paling utama. Mengapa?

Institusi awam yang kuat (kuat dalam erti kata bebas untuk melakukan keputusan berdasarkan undang-undang tanpa dijejaskan oleh pertimbangan politik) akan memastikan pelabur berasa yakin dengan persekitaran ekonomi yang bebas, undang-undang yang menjamin hak pelabur (dan pekerja), serta dasar awam yang jelas.

Institusi awam bukan sebagai pemain aktif dalam pasaran tetapi sebagai pemboleh (enabler ) kepada pasaran yang sihat.

Kemakmuran ekonomi ini akan diterjemahkan kepada peningkatan kuasa beli oleh pengguna dan seterusnya meringankan kos hidup.

Namun, hal ini tidaklah boleh berlaku dalam sekelip mata.

Terdapat banyak dasar yang harus diperkemas dan ditambah baik bagi mengukuhkan institusi awam termasuklah yang berkaitan dengan kebertanggungjawaban, kecekapan dan ketelusan.

Hanya melalui reformasi institusi ini, kakitangan awam kita turut dapat menghayati dan melaksanakan kebertanggungjawaban, kecekapan dan ketelusan di peringkat individu.

Kerajaan telah menunjukkan hasrat ke arah matlamat ini dengan membubarkan beberapa badan yang berkepentingan politik sempit kepartian dan seperti JASA dan JKKKP, namun kita tidak harus selesa untuk berhenti di situ.

Agensi-agensi lain harus dibebaskan juga daripada kerosakan politik kepartian ini.

Kebertanggungjawaban, kecekapan dan ketelusan ini bererti rakyat maklum akan perjalanan kerajaan dan berhak untuk menuntut jawapan terhadap sebarang keputusan yang meragukan.

Ertinya rakyat harus dilibatkan bukan sahaja secara aktif, malahan juga bermakna.

Secara operasinya, mungkin dengan memastikan beberapa badan kerajaan yang stratergik membentangkan terus laporan kepada parlimen (dan dewan undangan negeri).

Hal ini kerana dalam sistem demokrasi berperwakilan, parlimen merupakan wakil kepada suara rakyat yang bukan hanya mewakili kerajaan tetapi juga pembangkang.

Semoga kita akan terus konsisten dalam mengembalikan maruah dan kepercayaan orang ramai serta pasaran terhadap kakitangan dan institusi awam di negara kita.

Kerajaan yang baik bukan kerajaan mahu memantau tetapi lebih penting lagi berani untuk dipantau.

*HARIS ZUAN merupakan pensyarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Asus ROG Phone Smartphone Gaming Terbaik Pernah Dilancarkan!

Asus ROG Phone Smartphone Gaming Terbaik Pernah Dilancarkan!

Ketika acara Computex 2018 yang berlangsung di Taipei, Asus telah melancarkan sebuah smartphone gaming yang berjaya mengujakan ramai iaitu Asus ROG Phone.

Asus sememangnya dilihat semakin rancak dalam menawarkan smartphone berasaskan gaming, bermula dengan penawaran smartphone game mampu milik sehinggalah kepada smartphone high-end.

Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang best tentang smartphone Asus ROG Phone.

Reka bentuk dan skrin

Asus ROG Phone Smartphone Gaming Terbaik Pernah Dilancarkan

Sekiranya anda berpendapat smartphone pada masa kini semuanya boring dengan penawaran notch dibahagian atas, Asus ROG Phone nampaknya masih lagi menawarkan rekabentuk klasik beserta sentuhan moden dan khas buat gamers.

Pada bahagian belakang model ini, anda dapat lihat ROG Phone dilengkapi dengan dua kamera beserta tempat pengimbas cap jari yang unik.

Skrin yang digunakan ROG Phone adalah 6.0-inci AMOLED.

Lebih menarik, model ini turut menawarkan kadar refresh rate yang agak tinggi sehingga 90Hz.

Dalam erti kata lain anda berpeluang mendapatkan skrin yang terang dan detail pada setiap game yang anda mainkan.

Spesifikasi

Asus ROG Phone Smartphone Gaming Terbaik Pernah Dilancarkan

Dari segi spesifikasi, ASUS ROG Phone berjaya menawarkan spesifikasi yang terbaik bagi sebuah smartphone Android yang turut disertakan dengan ciri gaming.

Penggunaan processor Snapdragon 845, RAM 8 GB bakal membolehkan dengan bermian game dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Dari segi kapasiti bateri, model ini turut disertakan dengan bateri bersaiz 4000 mAh.

Features X-Mode turut disediakan khas buat model ini dimana anda boleh meminimumkan penggunaan memori dan membuang data yang tidak diperlukan serta memfokuskan kepada aplikasi berasaskan game. Ini yang gamers mahukan bukan?

Aksesori

Asus ROG Phone Aksesori

Menariknya, Asus ROG Phone turut hadir bersama beberapa aksesori yang bakal merancakkan lagi pengalaman anda bermain game.

Penawaran Asus’ AeroActiveCooler membolehkan anda bermain game tanpa merisaukan smartphone anda menjadi cepat panas.

Selain itu, anda turut membolehkan menyambung smartphone kepada monitor melalui penawaran dock khas yang turut disertakan dengan USB-C sekaligus membolehkan anda bermain game sambil mengecas smartphone anda. Terbaik bukan?

Difahamkan Asus ROG Phone bakal ditawarkan buat pengguna dalam beberapa bulan sahaja lagi manakala harganya masih lagi misteri ketika ini.

Sekiranya anda merupakan seorang gamers tegar, mendapatkan ROG Phone pastinya pilihan berbaloi berdasarkan spesifikasi serta penawaran yang diberikan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Kate Spade, Pereka Fesyen Terkenal Mati Bunuh Diri

Kate Spade, Pereka Fesyen Terkenal Mati Bunuh Diri

Bercakap tentang jenama Kate Spade, siapa yang tidak kenal dengan jenama fesyen antarabangsa ini namun begitu, pereka fesyen terkenal itu akhirnya ditemui meninggal dunia di rumahnya pada pagi selasa (6/6/2018).

Kate Spade, Pereka Fesyen Terkenal Mati Bunuh Diri

Berikutan berita kematian Kate Spade yang tidak dijangka, mari kita melihat kembali detik-detik kegemilangan jenama popular itu, termasuk selebriti yang memeriahkan warna-warni kempen yang tidak boleh kita lupakan.

1993: Bekas editor majalah Mademoiselle, Kate Brosnahan melancarkan rangkaian begnya sendiri iaiti Kate Spade New York bersama suaminya Andy Spade.

1998: Membuka butik buat kali pertama di New York City, Los Angeles dan Jepun. Pada tahun 2018 ini juga Kate menerima Anugerah CFDA untuk Pereka Aksesori Terbaik.

1999: Menambah koleksi kasut.

2000: Dalam episod Sex and the City, Charlotte bergurau bahawa tamponnya tidak akan sesuai dengan dompet jenama Kate Spade miliknya.

2006: Kate Spade New York dijual kepada Liz Claiborne. Kempen Spring/Summer 2006 mempunyai beg raffia yang comel dan totes terang yang sempurna untuk dipakai setiap hari. Kate menjadi juri khas Project Runway’s musim ketiga.

2007: Kate dan Andy Spade melangkah keluar dari syarikat itu untuk memberi tumpuan kepada keluarga mereka. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Frances Beatrix Spade pada tahun 2005.

2011: Pelakon Bryce Dallas Howard menjadi wajah baru Kate Spade dalam kempen yang berwarna-warni, menampilkan jenama aksesori tersendiri dan barang-barang elegan.

2014: Taylor Swift terlihat membawa beg tangan Bow Terrace Top Handle ketika dia keluar dari bandar New York. Penyanyi itu kelihatan berseri, memakai top corak polka dot dengan skirt yang sedondon.

Kate Spade, Pereka Fesyen Terkenal Mati Bunuh Diri

2015: Memperkenalkan barang keperluan rumah serta perabot dalam jenamanya.

2015: Kate dan Andy Spade melancarkan Frances Valentine, koleksi baru kasut mewah dan beg. Kate Middleton tampil dengan koleksi dress Kate Spade berwarna merah jambu dengan corak berbunga untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia pada bulan Oktober di London.

2018: Pelancaran semula ikonik OG Sam untuk ulang tahun ke-25 Kate Spade. Bintang dari This Is Us, Chrissy Metz memakai gaun kobalt biru Kate Spade di Screen Actors Guild Awards.

Bunuh Diri

Mendiang Kate meninggal dunia pada usia 55 tahun dan difahamkan, pereka fesyen yang berasal dari Amerika Syarikat itu ditemui mati oleh pembantu rumah di kediamannya di Park Avenue, New York sekitar jam 10.00 pagi.

Dia dipercayai meninggal membunuh diri setelah mayatnya ditemui tergantung di rumahnya.

Sempat Meninggalkan Nota

Dalam perkembangan lain, Kate Spade dikatakan sempat meninggalkan sekeping nota sebelum bertindak menggantung diri.

Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada pihak yang boleh menjelaskan dengan lebih terperinci apakah isi kandungan nota yang ditinggalkan Kate Spade, sekiranya ia benar-benar wujud.

Kematian itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi adiknya, kerana menurutnya Kate sejak tiga hingga empat tahun yang lalu dikatakan mengalami tekanan jiwa sehingga terpaksa menenangkan dirinya dengan mengambil alkohol.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hangat

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Tahukah anda graduan berkemahiran apa yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan? Berikut adalah 6 bidang kemahiran yang graduannya sukar mendapatkan peluang pekerjaan, menurut laporan Kementerian Pengajian Tinggi.

1. Perakaunan

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Jawatan Akauntan adalah satu bidang yang memerlukan kelulusan professional namun tidak memerlukan sumber pekerja yang ramai.

Memerlukan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang cekap, graduan perakaunan mempunyai kemahiran yang sangat spesifik jika dibandingkan dengan graduan-graduan lain seperti perbankan atau perniagaan.

Pendapatan seorang akauntan yang berkelayakan ACCA sebenarnya menarik namun persaingan yang sengit membuatkan ramai graduan akauntan tiada peluang pekerjaan.

2. Sains Sosial

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Sains sosial meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, komunikasi, geografi, sosiologi, hubungan antarabangsa dan hubungan industri sebagai contoh, namun permintaan untuk bidang-bidang ini semakin lama semakin menguncup.

Kekurangan keperluan pakar dalam bidang ini terutamanya pada sektor swasta menyukarkan graduan mendapat tempat dalam industri yang kini bergerak ke arah lebih mencari pakar-pakar yang mempunyai kemahiran praktikal.

3. Seni

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Tidak ada perincian kursus tentang kemahiran seni mana yang dimaksudkan tetapi kami merasakan melihat keadaan ketika ini, kebanyakan graduan yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan adalah graduan yang mengambil seni halus dan seni reka, yang melibatkan hasil pertukangan seperti tekstil, logam dan lain-lain.

Graduan yang keluar sebenarnya mempunyai kemahiran yang cukup tinggi tetapi dengan kemajuan teknologi yang semakin banyak menggantikan kemahiran tangan, persaingan ini nampaknya semakin tidak menguntungkan graduan-graduan.

4. Pengurusan Sumber Manusia

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Kursus ini sebenarnya adalah satu cabang lain dalam ilmu perniagaan cuma bezanya difokuskan lebih kepada aspek komunikasi dan etika perniagaan.

Kita semua Jabatan Sumber Manusia atau HR Department adalah Jabatan yang bertindak menyelia dan menguruskan semua perkara tentang pekerja dari aspek pengambilan, gaji, disiplin, latihan sehinggalah menguruskan pemberhentian pekerja.

5. Sains Gunaan

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Program Sains Gunaan sebenarnya cukup penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana ini merangkumi 4 cabang penting dalam bidang penyelidikan iaitu biologi, kimia, geologi dan fizik.

Tidak ada penjelasan khusus dari KPT berkenaan mana satu cabang yang dimaksudkan terjejas teruk.

Bidang sains gunaan bergantung kepada cabang sains yang dipilih dan kebanyakan graduan yang terhasil dilatih untuk mempunyai kemahiran dalam bidang penyelidikan, yang mungkin kurang diperlukan dalam industri negara kita setakat ini.

6. Pengurusan perniagaan/Pengajian perniagaan

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Kebanyakan kursus perniagaan bertujuan menghasilkan graduan yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran.

Graduan dilatih untuk menjadi pengurus, perunding, pentadbir atau mungkin juga usahawan yang professional.

Semasa melalui kursus, graduan telah pun disediakan ilmu dalam bidang pengurusan, perakaunan, kewangan, pemasaran, ekonomi, undang-undang dan pelbagai lagi cabang lain.

***

Sebagai maklumat tambahan, bukan sahaja di Malaysia mengalami masalah ini.

Di Australia juga, masalah graduan sains yang menamatkan pengajian tanpa mendapat peluang pekerjaan juga berlaku.

Di negara-negara United Kingdom juga dilaporkan, hampir 50 ribu graduan dalam pelbagai bidang terpaksa bekerja dalam bidang yang langsung tidak memerlukan kelulusan pendidikan tinggi, seperti pekerja kilang, penghantar barang dan pekerja am.

Daripada keseluruhan jumlah graduan pada tahun 2016, 14 ribu graduan langsung tidak bekerja.

Jelaslah, fenomena ini bukan sekadar berlaku di negara kita, tetapi juga di negara-negara lain.

Saya pasti KPT mempunyai idea untuk menangani permasalahan ini namun persoalannya, adakah pendidikan tinggi patut dibentuk oleh kehendak industri yang akan menempatkan graduan-graduan ini selepas tamat belajar atau pendidikan tinggi sepatutnya mencorakkan industri yang akan dibentuk dalam negara?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, June 05, 2018

Archilles, Kucing Yang Akan Meramal Pemenang Piala Dunia 2018

Archilles, Kucing Yang Akan Meramal Pemenang Piala Dunia 2018

Sepertimana peminat bola sepak lain yang cuba meramal keputusan perlawanan dalam Piala Dunia 2018 nanti, begitu juga dengan seekor kucing bernama Archilles.

Archilles, Kucing Yang Akan Meramal Pemenang Piala Dunia 2018

Kucing putih gebu yang tinggal di muzium Hermitage, St Pettersburg di Rusia itu akan membuat ramalan perlawanan untuk Piala Dunia Fifa yang akan berlangsung di Rusia.

Menerusi Piala Dunia pada 2010, sotong bernama Paul menjadi selebriti kerana kejayaannya meramal kemenangan pasukan Sepanyol.

Archilles sebelum ini pernah membuat ramalan keputusan untuk Piala Konfederasi 2017.

Malah, Archilles adalah seekor kucing yang pekak.

Ini bermakna dia tidak akan mudah terganggu dengan wartawan yang menunggu sewaktu dia membuat ramalan menggunakan dua mangkuk makanan yang dilekatkan dengan bendera pasukan.

Untuk sesi latihan, Archilles memakai jersi berwarna merah, melihat carta pasukan dan jadual perlawanan sebelum meneruskan latihan senaman beroda.

"Archilles kini sedang bekerja, dia sedang bersiap untuk piala dunia dan sedang dalam proses adaptasi.

"Dia selalu diberi makan melebihi apa yang sepatutnya.

"Apabila dia datang, dia kelihatan seperti bola.

"Jadi, kami bagi dia diet di sini," ujar veterinar, Anna Kondratieva.

Selain menjalani latihan, Archilles juga boleh ditemui sedang berposing untuk gambar di sekitar muzium, membina persona selebritinya yang akan menjadi perhatian ramai menjelang Piala Dunia tidak lama lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Coklat Era Perang Dunia Pertama Berusia 103 Tahun Berjaya Ditemui

Coklat Era Perang Dunia Pertama Berusia 103 Tahun Berjaya Ditemui

Sembilan keping coklat jenama Cadbury yang dipercayai berusia 103 tahun berasal dari era Perang Dunia Pertama berjaya ditemui dalam sebuah kotak tin aluminium milik hero perang dunia pertama dan juga Rejimen Leicestershire, Richard Bullimore.

Richard Bullimore Cadbury

Selain coklat, beberapa barangan peribadi lain seperti rokok, surat dan pingatnya turut ditemui.

Menariknya, hanya satu daripada 10 keping coklat ini dimakan dan kesemua lebihan dijual pada lelongan antik oleh pusat lelongan Eddisons CJM yang berpangkalan di Scunthorpe.

Semasa perang dunia pertama berlangsung, pihak tentera yang berkhidmat di Perancis semasa perayaan Krismas diberikan hadiah yang dibuat di Mandfield, Nottinghamshire.

Richard Bullimore Cadbury

Kotak tin tersebut dipercayai dihasilkan oleh Barringer Wallis & Manners di Mansfield yang merupakan salah satu pengeluar alatan berasaskan tin.

Salah satu sebab mengapa coklat dan rokok tersebut tidak dimakan dan digunakan adalah kerana Bullimore bukanlah seorang penggemar coklat dan tidak merokok.

Bullimore juga pernah menerima pelbagai penghargaan sepanjang berkhidmat dalam pasukana tentera.

Richard Bullimore Cadbury

Beliau meninggalkan tentera pada 1919 dan kembali berkhidmat di Leicestershire sebagai polis yang disertainya terlebih dahulu sebelum meletusnya perang dunia pertama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Lelongan Nombor Plat 'Malaysia 1-9999' Pada 2-16 Julai 2018

Lelongan Nombor Plat 'Malaysia 1-9999' Pada 2-16 Julai 2018

Bagi peminat nombor VIP kenderaan, Kementerian Pengangkutan telah memperkenalkan nombor pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia 1-9999’ bagi memupuk semangat kecintaan kepada negara.

Nombor Plat 'Malaysia 1-9999'

Bidaan kepada nombor khas itu terbuka kepada orang awam dan akan diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala tarikh bidaan akan bermula pada 2 hingga 16 Julai.

Sebelum ini, kebanyakan nombor khas hanya boleh dibida di pejabat JPJ di Kuala Lumpur, tetapi selepas perbincangan, bidaan kini boleh dilaksanakan atau dihantar kepada mana-mana pejabat JPJ di negeri-negeri.

Dan dijangkakan pelaksanaan ini mampu menjana hasil yang tinggi kepada kerajaan, selain untuk tujuan memupuk semangat kecintaan kepada negara, selaras dengan tema Hari Kemerdekaan tahun ini, iaitu 'Sayangi Malaysiaku', seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pihak kementerian menjangkakan nilai keseluruhan bidaan plat Malaysia boleh mencecah sehingga RM20 juta.

Sebelum ini, nilai bidaan keseluruhan tertinggi ialah siri V iaitu sebanyak RM22.48 juta, diikuti siri F iaitu sebanyak RM17.55 juta.

Bayangkan satu siri boleh mencecah purata RM20 juta.

Bidaan tertinggi bagi kedua-dua siri ini ialah V1 iaitu sebanyak RM989,780, manakala F1 ialah RM836,660.

Tetapi apabila diperiksa semula, nilai bidaan tertinggi untuk nombor plat tunggal ialah Patriot 1 (RM1.3 juta).

Sayangnya ia tidak termasuk dalam dana kerajaan kerana siri ini diuruskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Atas faktor itu, kementerian telah membuat keputusan agar sebarang tawaran bidaan bagi nombor pendaftaran kenderaan khas hanya akan dipertanggungjawabkan kepada JPJ sahaja.

Melalui cara itu, Kementerian Pengangkutan bukan sahaja membantu menjana pendapatan untuk Kerajaan Persekutuan, malah ianya juga akan memudahkan kementerian melaksanakan program-program berkaitan keselamatan jalan raya, pengangkutan awam dan sebagainya tanpa perlu bergantung banyak kepada Kementerian Kewangan.

Selain itu, Anthony menambah, nombor pendaftaran kenderaan khas yang menggunakan nama-nama negeri juga akan dilancarkan tidak lama lagi.

Turut dalam cadangan, ialah ‘customised plate numbers’ yang membolehkan orang awam menggunakan nama pilihan masing-masing untuk diletakkan di kenderaan mereka, namun cadangan itu masih di peringkat awal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Doa Yang Mustajab Adalah Sebelum Berbuka Puasa Dan Bersahur

Doa Yang Mustajab Adalah Sebelum Berbuka Puasa Dan Bersahur

Terdapat beberapa waktu yang mustajab untuk berdoa, di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT iaitu berdoa ketika berbuka puasa dan berdoa ketika bersahur.

Doa Yang Mustajab Adalah Doa Sebelum Berbuka Puasa Dan Bersahur

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak, Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sampai dia berbuka, dan doa orang yang didzalimi, Allah angkat di atas awan pada hari kiamat.”

1. Doa Sebelum Berbuka Puasa

Kebanyakan kaum muslimin mensia-siakan waktu yang mustajab ini dengan menyibukkan diri seperti keluar membeli juadah untuk berbuka, menyiapkan hidangan berbuka hingga menjelang azan maghrib, menonton tv dan lain-lain lagi.

10 minit ketika nak masuk azan maghrib, mereka berkumpul di meja makan menghadap hidangan berbuka dan apabila terdengar azan, cukup dengan hanya membaca doa makan.

Oleh itu,marilah kita bersedia sekurang-kurangnya 15 hingga 20 minit sebelum azan maghrib serta dalam keadaan berwudhu.

Kemudian, meminta dan memohon apa sahaja doa. Mulakan doa dengan puji-pujian kepada Allah SWT dan berselawat atas Nabi SAW.

2. Doa Ketika Bersahur

Ketika sahur adalah diantara waktu yang sangat berkat dan ketika ini, doa-doa kita mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.

Ketika waktu ini, marilah sama-sama kita memanjatkan doa kepada Allah Taala, untuk memohon setiap hajat-hajat.

Dalam hadis muttafaqun ‘alaih, dari Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda:

“Makan sahurlah kamu kerana dalam makan sahur terdapat keberkahan.” (HR. Bukhari & Muslim)

Imam Nawawi berkata bahawa bentuk keberkatan makan sahur di diantaranya adalah kerana waktu itu orang bangun, terdapat zikir dan doa pada waktu yang mulia tersebut. Pada masa itu ialah masa diturunkannya rahmat serta diterimanya doa dan istighfar. (Syarh Shahih Muslim, 9: 182)

Jadi, marilah kita sama-sama merebut peluang ini untuk berdoa kepada Allah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: almukhlisin