Sunday, July 02, 2017

Robot R2-D2 Star Wars Terjual RM12 Juta!


Sebuah unit robot R2-D2 yang digunakan dalam beberapa filem Star Wars berjaya dijual pada harga hampir AS$3 juta (RM12.02 juta), kata agensi pelelong di selatan California.

R2-D2

Agensi di Los Angeles itu dalam katalog profil sejarahnya berkata, robot tersebut dipasang daripada bahagian yang digunakan dalam tiga filem Star Wars di antara 1977 dan 1983 dan dua filem di antara 1999 dan 2005.

Watak setinggi 109 sentimeter itu sebahagian besarnya dilakonkan aktor Inggeris, Kenny Baker yang terkenal dengan jenakanya.

Difahamkan, robot yang dijual itu mempunyai alat mekanikal dalaman dan bahagian luarnya diperbuat daripada aluminium, besi dan gentian kaca.

Pembeli yang enggan dikenali itu membayar AS$2.76 juta (RM11.85 juta) untuk robot itu, menjadikan ia lelongan termahal dalam sesi tiga hari membabitkan peralatan lakonan Hollywood.

Ia termasuk banyak alat lakonan lain daripada syarikat Lucasfilm, dengan lelongan keseluruhan berjumlah AS$14 juta (RM60.11 juta).

Pedang cahaya Skywalker daripada dua filem pertama, ‘A New Hope’ dan ‘The Empire Strikes Back’ berjaya dilelong pada harga AS$450,000 (RM1.93 juta).

Manakala topeng Darth Vader daripada filem asal dijual pada harga AS$96,000 (RM412,000).

BACA INI JUGA: Filem Star Wars, Yang Anda Tidak Pernah Tahu!

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon