Monday, September 01, 2014

Filem Star Wars, Yang Anda Tidak Pernah Tahu!


Filem Star Wars yang telah bermula sejak tahun 1970an lagi adalah siri filem yang sangat berjaya di pawagam dan menjadi kegilaan diserata dunia.

Star Wars

Pada tahun 1973, George Lucas hanyalah seorang pengarah yang tidak terkenal dan sedang bekerja untuk menghasilkan sebuah filem nostalgia tahun 1960an bertajuk 'American Graffitti'.

Dia telah bersemuka dengan Universal Studios dan mengemukakan idea tentang filem 'Star Wars' namun pihak Universal Studios tidak berminat dan itu adalah tindakan paling 'bodoh' yang dilakukan mereka kerana akhirnya Star Wars telah menjadi filem yang menjadi fenomena diserata dunia.

Disini kami senaraikan antara peristiwa dan fakta yang berlaku dalam filem ini yang mungkin anda semua belum pernah tahu.

Filem Hidden Fortress

Walaupun George Lucas banyak terpengaruh dengan kebanyakan siaran ulang semula cerita 'Buck Rogers' yang ditontonnya ketika sedang mengusahakan filem Star Wars, namun kebanyakan pengaruh yang mempengaruhinya untuk menghasilkan Star Wars sebenarnya datang daripada hasil karya Akira Kurosawa.

Kebanyakan pengaruh itu datang dari filem Hidden Fortress dan begitu juga kebanyakan karakter yang ada dalam filem Seven Samurai. Misalnya, karakter yang dipegang oleh Toshiro Mifune ialah Hans Solo serta ada juga watak yang menyerupai Yoda dalam filem tersebut.

Barisan pelakon tidak dikenali

Lebih banyak pelakon-pelakon yang tidak dikenali telah digunakan untuk melakonkan watak-watak semasa muda. Selain Carrie Fisher yang datang menguji bakat untuk watak Princess Leia, turut sama hadir ialah Sissy Spacek dan Cindy Williams.

Pada masa yang sama, filem Carrie' juga sedang menjalankan ujibakat untuk para pelakonnya dan Carrie Fisher serta Sissy Spacek telah hadir di kedua-dua uji bakat filem-filem ini.

20th Fox Century

Studio 20th Fox Century bukan sahaja tidak pasti untuk menghasilkan filem ini malah kebanyakan pelakon yang telah mendapat skrip yang dirasakan sangat berlainan dan kisah sebenar filem ini seringkali membawa tekanan sesama mereka semasa penggambaran dibuat.

Sebagai contohnya watak Leia yang separuh British dan separuh Amerika pertuturannya. Tidak ada seorang pun diantara mereka yang menyangka bahawa filem ini bakal menjadi sangat terkenal dan hebat!

Luke Skywalker

Luke Skywalker pada mulanya dinamakan sebagai Luke Starkiller malah dalam draf awal filem ini terdapat dua karakter kawan Luke yang bernama Biggs dan Carnie yang telah belajar di akademi.

Princess Leia

Watak Princess Leia menyaksikan seorang puteri yang berpakaian cukup sopan dan tertutup penuh. Hanya pada bahagian akhir filem tersebut sahaja watak itu kelihatan tidak berpakaian sepenuhnya.

Obi Wan Kenobi

Walaupun kebanyakan watak utama lain banyak menggunakan tenaga muda yang kurang dikenali, namun George Lucas masih berjaya mendapatkan aktor yang digemarinya untuk watak Obi Wan Kenobi. Malah dalam filem seterusnya dia juga berjaya mendapatkan aktor Christopher Lee untuk memegang watak Dooku.

Darth Vader

Walaupun dilayar perak dipegang oleh seorang atlet angkat berat dari Bristol iaitu David Prowse namun suara yang digunakan untuk watak Darth Vader sebenarnya milik James earl Jones. Oleh kerana dia sangat pasti yang filem ini tidak akan berjaya di pasaran, dia meminta agar namanya tidak disenaraikan dalam kredit asal filem tersebut.

Chewbacca

George Lucas mendapat idea tentang Chewbacca pada suatu pagi pada awal 1970an semasa dia sedang melihat isterinya memandu kereta. Dia sedang memandu bersama anjing mereka jenis 'Alaskan Malamute' yang bernama Indiana.

George tiba-tiba sahaja menyukai apa yang dilihatnya iaitu gambaran seekor anjing besar yang duduk dibahagian hadapan kereta. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membentuk watak tersebut di dalam filem Star Wars yang merupakan adunan antara anjingnya, Indiana, seekor beruang dan juga seekor monyet.

R2-D2 Dan C3PO

Kedua-dua aktor iaitu Anthony Daniels dan Kenny Baker yang memainkan watak Threepio dan Artoo pada mulanya mempunyai masalah dengan kepala mereka ketika berada di Tunisia. Walaupun udara sejuk dipam masuk dan mereka dipastikan terhidrasi, namun Anthony seringkali pengsan kerana tidak tahan dengan serangan haba akibat pakaian tersebut.

Walaupun kedua-dua aktor tersebut telah kembali untuk memainkan watak mereka, namun Kenny lebih suka menyendiri dan tidak tertawan dengan kemahsyuran yang mereka sedang alami ketika itu.

Koc Penerbangan

Oleh kerana bajet yang sangat terhad, para pelakon dan krew dari Amerika Syarikat termasuk George Lucas sendiri telah mengambil keputusan untuk terbang menggunakan koc biasa ke England daripada menaiki koc kelas pertama.

Bila ibu Carrie Fisher, Debbie Reynolds mendengar berita ini, dia telah menemui George Lucas dan menyatakan bahawa ianya memalukan untuk anaknya terbang menggunakan kelas ekonomi. Namun, Carrie sendiri telah memberitahu ibunya yang dia sendiri mahu menaiki penerbangan kelas ekonomi.

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Saya adalah salah seorang peminat star wars dari bangku sekolah.. pada saya, filem star wars yg pertama dahulu pun masih nampak advance hingga ke hari ini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem lagenda dan mungkin tiada tandingan utk 100 tahun lagi..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon