Tuesday, June 30, 2015

PATRIOT 1 Nombor Plat Paling Mahal Di Malaysia, RM1.3 Juta!


Jualan nombor pendaftaran kenderaan khas, PATRIOT 1 setakat ini berjaya menarik bidaan tertinggi bernilai RM1.308 juta.

PATRIOT

Namun, angka itu tidak mustahil terus meningkat, memandangkan tempoh untuk orang ramai membuat bidaan berbaki 22 hari lagi.

Maklumat itu diperoleh menerusi lawan web www.plat.patriot.org.my yang menyediakan maklumat terkini berhubung urusan bidaan serta jual beli nombor pendaftaran PATRIOT yang ditawarkan, bermula angka 1 hingga 9999 pada harga pembukaan RM50,000 setiap satu.

PATRIOT dikatakan menjadi nombor plat kenderaan khas termahal di Malaysia, apabila ia dibida pada harga pembukaan RM1 juta, manakala lima nombor pertamanya memerlukan pembida membayar deposit sebanyak 20 peratus.

Menurut maklumat di laman web berkenaan, jualan nombor pendaftaran PATRIOT itu ditawarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), melalui kaedah bidaan terbuka.

Syaratnya, pembida wajib mendaftar sebagai ahli Briged Patriot dengan yuran RM20, selain perlu mendapatkan kelulusan untuk menggunakannya daripada Kementerian Pengangkutan, melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Setiap bidaan plat PATRIOT memerlukan deposit 20 peratus daripada nilai yang ditawarkan.

“YPNM telah diberi kelulusan oleh JPJ untuk menjual plat khas siri PATRIOT,” demikian menurut laman web berkenaan.

PATRIOT [2]
Antara nombor pendaftaran PATRIOT serta nilainya yang boleh dilihat di laman web YPNM.

YPNM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan menyemai serta meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

“Hasil daripada keuntungan penjualan plat ini, YPNM akan melaksanakan aktiviti dan program yang telah dirancang.

“YPNM akan menjalankan program dan aktiviti yang memupuk semangat patriotisme dan menyatupadukan masyarakat berbilang agama serta kaum di Malaysia.

“Kami yakin usaha ini akan mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia.

“Individu atau organisasi yang terlibat dalam penjualan atau pembelian plat PATRIOT, secara tidak langsung menyokong segala usaha YPNM dalam mencapai objektifnya,” kata kenyataan YPNM yang dipetik daripada laman web berkenaan.

BACA INI JUGA: Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India

Sumber: Therakyatpost

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon