Monday, March 06, 2017

4 Simptom Suami Curang

4 Simptom Suami Curang

Dalam perkahwinan tentu ada badai yang melanda lebih-lebih lagi dengan lambakan media sosial kini membuatkan ada segelintir insan bernama suami yang mengambil kesempatan untuk berlaku curang.

Curang

Menurut pakar, terdapat empat simptom tanda-tanda suami anda curang.

1. Telefon Pintar

Pertama ialah melalui telefon pintar, jika sebelum ini suami jarang mengunci alatan tersebut namun secara tiba-tiba dia mula membawanya ke mana-mana maka tentu ada 'sesuatu' di situ.

2. Overtime

Kedua, apabila suami sentiasa mengatakan 'overtime' di tempat kerja tetapi gaji tak naik pun, bila hujung bulan mengadu tiada duit.

3. Aktiviti Luar

Selain itu, apabila suami mendakwa dia keluar malam pergi main futsal atau lepak dengan kawan-kawan tapi pakai lawa-lawa dan tidak berpeluh pun semasa balik.

4. Kad Kredit

Satu simptom yang ketara juga adalah apabila suami mula menggunakan kad kredit tanpa pengetahuan isteri.

Kalau tiba-tiba muncul bil kad kredit yang isteri tidak ketahui sebelum ini dan juga jumlahnya yang agak banyak sedangkan isteri tidak pernah mendapat barangan baru daripada suami, menunjukkan bahawa kes ini sudah ke tahap serius.

Kesimpulan

Bagaimanapun, apa yang penting dalam rumahtangga adalah kepercayaan antara pasangan dan juga komunikasi antara kedua-duanya.

Berdasarkan kajian luar negara juga menunjukkan sebab utama kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi.

Sebanyak 48 peratus kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi terhadap pasangan sebelum dan selepas berkahwin.

Contohnya seperti kes 'kahwin paksa' dan juga isteri yang berjawatan lebih tinggi daripada suami antara sebab utama kes ini terjadi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, March 01, 2017

8 Gaya Potongan Rambut Lelaki Disukai Wanita!

8 Gaya Potongan Rambut Lelaki Disukai Wanita!

Daripada survey yang telah dijalankan, berikut merupakan “Style” dandanan rambut yang paling di sukai oleh golongan wanita.

Dikatakan bahawa 8 gaya potongan rambut lelaki masa kini yang boleh anda tiru gayanya kerana wanita dan para gadis diluar sana pasti akan menjeling anda dua kali kerana tarikana gaya rambut yang stailo!

1. Zac Efron Style

Gaya Rambut Zac Efron

Potongan rambut lelaki yang smart yang di gayakan oleh Zac Efron. Gaya ini sesuai untuk anda mengayakan di majlis keramaian.

2. American Style

American Hair Style

Gaya rambut yang di gayakan mengikut American style juga biasa menjadi ikutan kebanyakan orang yang menjaga penampilan ketika berjumpa dengan pelanggan untuk promosi produk dan lain-lain.

3. 50s Style

50s Hair Style

Gaya ini merupakan gaya santai dan banyak menjadi ikutan oleh golongan muda remaja masa kini. Lebih nampak kemas digayakan dengan cermin mata gelap.

4. Taylor Lautner Style

Taylor Lautner Hair Style 2

Gaya potongan rambut lelaki ini merupakan gaya santai dan sesuai untuk digayakan ketika keluar berjalan di pusat membeli belah.

Potongan gaya ini sering kita nampak banyak digayakan oleh golongan remaja.

5. Short Spike Style

Short Spike Hair Style

Potongan gaya ini nampak kemas dan nampak maskulin sedikit dan lebih sesuai digayakan dengan cermin mata hitam.

Gaya ini juga perlu di sesuaikan dengan pakaian yang sesuai.

6. Modern Elvis Style

Modern Elvis Hair Style

Gaya ini jarang juga di gayakan oleh sesetengah remaja. Ramai yang mengayakan potongan ini bila masa yang mengikut musim gaya potongan rambut artis di kaca televisyen semasa menonton drama atau cerita.

7. Afro style

Afro Hair style

Potongan ini sudah banyak digayakan oleh remaja masa kini. Gaya ini mempunyai tarikan yang tersendiri sehinggakan juga menjadi tarikan kepada kaum wanita kerana keunikan rambut lelaki itu.

8. Spiky Style

Spiky Hair Style

Potongan rambut lelaki ini pernah popular suatu ketika dahulu dan tetap menjadi gaya rambut seharian semasa keluar sehingga ke hari ini.

Kebanyakkan budak sekolah menengah atau di sekolah kebangsaan banyak terikat dengan peraturan sekolah yang melarang pelajar berambut panjang.

Kebanyakan gaya ini banyak ditiru oleh pelajar universiti, kolej, dan lain-lain lagi.

Gaya potongan lelaki yang menarik boleh membantu anda sesuai dengan muka anda dan penampilan anda akan nampak menarik di mata wanita.

Oleh itu, mulakan gaya ini sekarang.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Sunday, February 12, 2017

Ketahui Perangai Lelaki Apabila Berusia 40 Tahun

Ketahui Perangai Lelaki Apabila Berusia 40 Tahun

"Life begins at 40". Mengikut kajian dan banyak situasi, usia lelaki untuk berubah adalah sehingga umur 40 tahun.Mesti anda pernah dengar ungkapan ini bukan? Angka ini membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita.

40

Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru dan juga semakin matang, manakala bagi bagi wanita pula, usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif dan selalu dikatakan dengan 'saham' yang mula menurun.

Namun, untuk lelaki kononnya pada usia 40 inilah tahap 'kemiangan' lelaki dikatakan semakin meningkat! Adakah ini benar?

Jom ketahui perangai lelaki ketika mencecah 40 tahun ini.

Miang

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa perangai lelaki memang miang apabila mencecah umur 40 tahun.

Antara alasan yang popular ialah suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga dan juga suami kahwin baru.

Masalah ini merupakan masalah yang paling ditakuti wanita kerana lelaki yang terlalu ego akan menganggap dirinya berkuasa dan layak untuk menundukkan semua wanita serta layak dikelilingi oleh lebih dari seorang wanita dalam satu masa.

Lebih parah jika mereka memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas.

Tidak Bertanggungjawab

Ada juga perangai lelaki yang terus berubah sepenuhnya ketika berumur 40 tahun ini.

Tanggungjawab sebagai ketua keluarga terus hilang kerana hanya mementingkan penampilan diri tanpa menghiraukan makan minum isteri dan anak-anak di rumah.

Isteri dan anak-anak dibiarkan kelaparan, sedangkan dia sedang enak menjamu selera dan bermadu kasih bersama kekasih baru di luar.

Isteri jugalah terpaksa mengambil alih sehingga ‘tidak cukup tangan’ melayan anak-anak, menyediakan makan-minum suami dan anak-anak, membayar bil-bil dan sebagainya.

Hilang Kehangatan Asmara

Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya golongan hawa untuk sentiasa mendapat perhatian dan belaian daripada seorang yang bernama lelaki.

Keletihan seorang isteri bakal reda dan hilang sekelip mata hanya dengan ciuman, pelukan atau pujian daripada suami tercinta namun, semua ciuman, pelukan mahupun pujian ini terus hilang apabila lelaki mencecah umur 40 tahun.

Pandang isteri pun seperti nak tak nak sahaja. Sudah pasti perangai lelaki ini mengecewakan hati si isteri.

Selain itu juga,anda juga boleh melihat perangai lelaki yang berubah ketika usia mencecah 40 tahun seperti:
  • Berlebihan membeli pakaian baru dan mengambil masa yang lebih untuk kelihatan tampan dan bergaya.
  • Perubahan kepada stail rambut.
  • Melepak dengan generasi yang berbeza.
  • Tiba-tiba bersungguh-sungguh menjaga kemudaan dan ketampanan wajah.
  • Membeli kereta pacuan empat roda atau motosikal berkuasa tinggi.
  • Berkira-kira mahu tukar kerjaya kerana bosan dengan kerjaya sekarang.
  • Mencuba pelbagai jenis dan cara diet.
  • Melanggan majalah khas untuk lelaki.
  • Ingin sentiasa mempunyai gajet terkini seperti telefon pintar.
  • Menyembunyikan umur sebenar.
  • Mula mendengar lagu-lagu Indie atau lagu-lagu yang lebih ‘muda’.
  • Memaksa anda untuk berpakaian seperti orang ‘muda’.
  • Sukakan pakaian berwarna terang dan yang ketara tidak sesuai dengan peringkat umur.

Tips Mengatasi Perangai Suami Yang Miang

Berikan Layanan 'A+'

Sudah tiba masa untuk anda lakukan perubahan diri. Tampilkan semula kecantikan anda yang dahulu ketika suami anda sedang tergila-gilakan anda ketika muda.

Hiaskan diri anda. Sambutlah kepulangan dia dengan senyuman bukannya leteran dan ucapkan perkataan yang membolehkan dia merasai dirinya dihargai.

Biarkan dia melakukan aktiviti seperti membaca,menonton televisyen dan buatkan minuman kesukaannya. Layanlah suami anda seolah-olah dialah RAJA dengan sebaiknya ketika si dia sangat memerlukan.

Hangatkan kembali asmara anda berdua. Tiada sebab seorang lelaki hendak bersusah payah mencari di luar jika dia boleh mendapat kesemuanya di rumah.

Terapkan Suasana Keimanan Dalam Rumah Tangga

Memang nafsu masih menggila tetapi apabila melihatkan anda yang semakin cenderung ke arah keagamaan, sedikit sebanyak timbullah perasaan untuk membuat perubahan diri.

Kerapkan membaca Al-Quran, bangun solat tengah malam dan membuka rancangan-rancangan agama di radio mahupun televisyen.

Anda juga boleh mengajak suami anda untuk menemani anda mendengar ceramah agama di di mana-mana tempat yang anda mahu. Gunakan peluang ini untuk keluar bersama sambal menginsafi diri.

Letakkan juga buku-buku motivasi keagamaan di atas meja di ruang tamu. Jika dia tidak mahu membaca sekalipun, moga-moga tajuk-tajuk berkenaan cukup memberikan hentakan di hatinya.

Siapa tahu usaha ini sedikit sebanyak membuatkannya segan kepada diri sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Friday, February 03, 2017

Lagu-Lagu Jiwang Yang Disukai Lelaki Tapi Malu Nak Mengaku!

Lagu-Lagu Jiwang Yang Disukai Lelaki Tapi Malu Nak Mengaku!

Mungkin lelaki tu nampak macam sado, macho tapi dalam hati ada taman beb! Malu nak mengaku favorite songs diorang Malu sangat nak mengaku sebab takut nampak macam lelaki yang lemah. Hehe..

Kalau korang nak tahu, ini antara lagu-lagu yang tengah trending dan mostly lelaki suka dengar, jiwang habis nih! Patutlah tak nak mengaku..

1. Kurela Dibenci, Aiman Tino

Aiman Tino

Muda lagi tau penyanyi lagu Kurela Dibenci ni, baru berumur 18 tahun. Siapa je tak kenal Aiman Tino ni kan?

Artis baru yang tengah hangat sekarang dengan lagu yang disukai ramai remaja. Pergi mana-mana pun mesti ada je lagu ni dimainkan.

Betul tak? Sedih weh lagu ni. Try la dengar sendiri, sobs..

2. Demi Cinta, Ezad Lazim

Ezad Lazim

Lagu Demi Cinta ini adalah Original Soundtrack untuk drama Umairah di TV3. Lagu ni mengisahkan kisah cinta sepasang pasangan tentang pahit manis bercinta dan juga kesetiaan dalam perhubungan.

Lagu ni juga mendapat sambutan hangat daripada pendengar radio sampai masuk AJL #31 tau!

Bila dengar je lagu ni, mesti rasa macam nak karaoke. Feeling habis!

3. Hancur Aku, Estranged feat. Fazura

Fazura

Salah satu sebab kenapa lagu ni menjadi kesukaan ramai adalah sebab Estranged yang menyanyi lepas tu berduet pulak dengan artis yang sangat gorgeous dan suara pun boleh tahan, Fazura.

Lagu ni memang sesuai kalau korang rindukan boyfriend atau girlfriend korang.

Yang paling best, ada version korea daripada mamat korea sendiri. Powerlah!

4. Sudah Ku Tahu, Projector Band

Projector Band

Walaupun baru setahun berada dalam industri, lagu ni dah top tau! Memang kalau korang suruh mana-mana lelaki nyanyi lagu ni, at least chorus mesti dorang tahu punya.

Lagu ni juga berada dalam carta muzik-muzik dan memenangi tempat ketiga dalam AJL tau.

Ramai lelaki yang suka lagu ni sebab lirik yang sangat relatable dengan situasi mereka. Layan je..

5. Berakhirlah Sudah, Atmosfera

Atmosfera

Lagu ni memang layan gila beb. Kalau korang tak pernah dengar lagi, search dekat YouTube Berakhirlah Sudah dinyanyikan oleh Atmosfera.

Lagu ni juga mendapat sambutan lebih 1 juta dalam YouTube. Memang best sebab tu ramai suka.

6. OST Lara Aishah, Digarhayu, Dato’ Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir

Digarhayu

Lagu ni sangat layan sebab penyanyi pun Faizal Tahir dan juga Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara.

Lagu ini juga menjadi Original Soundtrack untuk drama Lara Aishah. Emo je bila dengar, huhu..

Betul ke?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, August 25, 2016

5 Jenis Wanita Di Benci Lelaki!

5 Jenis Wanita Di Benci Lelaki!

Walaupun seorang lelaki mempunyai penilaian yang berbeza terhadap seorang perempuan, namun mereka mempunyai satu suara yang sama mengenai jenis perempuan yang bukan menjadi pilihan hatinya.

Sifat wanita

Nak tahu apakah itu? Kami senaraikan 5 jenis perempuan yang di benci oleh orang lelaki.

1. Kaki Shopping

Lelaki paling menyampah dengan gadis yang kuat berbelanja. Bagi mereka gadis seperti ini sukar di kawal dan boros, malah mereka menganggap golongan seperti ini cuba mengambil kesempatan keatas dirinya.

Sungguh pun lelaki sering ambil mudah dan tidak memandang serius terhadap sesuatu pekara, namun pekara sebegini bukanlah main-main buat mereka.

2. Cemburu Buta

Cemburu tandanya sayang? Seriously? Ayat ni memang klise, namun hakikatnya jika ia berlebihan tidakkah itu di panggil ‘queen control’?

Bagi mereka, tindakan cemburu atas sesuatu pekara yang betul memang wajar tetapi jika sampai dengan kawan-kawannya sendiri pun kamu asyik cemburu melulu memang tidaklah!

Mereka tidak mahu terpenjara dalam sangkar besi. Girls, percayalah lelaki lebih sukakan kebebasan.

3. 24-7 Bersama

Come on, lelaki juga ada hal-hal lain yang perlu diuruskan. Jika mereka bertemu dan berkenalan dengan gadis yang clingy atau suka menempel memang akan membuatkan mereka naik rimas.

Tanyalah mana-mana lelaki, hanya 1/3 sahaja yang suka ‘melekat’ dengan kekasih mereka selebihnya lebih suka buat haluan masing-masing.

Bukan apa, situasi ini membuktikan gadis itu kelihatan tidak berdikari dan hanya hidup seperti parasit. So siapa yang suka ada pasangan seperti parasit kan?

4. Suka Mengkritik

Jangan kata sikap gadis yang kuat membebel sahaja di benci oleh lelaki, malah mereka juga tidak suka dengan gadis yang suka mengkritik. Apatah lagi apabila mengomen tentang pakaian orang lain.

Girls, perlu ingat ya mereka bukan sahabat kamu yang sanggup mendengar segala ‘leteran kosong’ kamu. Mereka pasangan kamu yang hanya mahu mendengar pekara-pekara indah sahaja dari kamu.

5. Drama Queen

Lelaki paling tidak selesa dengan perempuan yang suka beremosi apatah lagi kalau melebih-lebih di hadapan kawan-kawannya atau di tempat umum.

Walaupun kamu ingin ekspresikan apa yang kamu rasa, kamu perlu berjaga-jaga jangan sampai memalukannya. Ini kerana lelaki memang tidak suka di malukan dengan cara sebegini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Tuesday, August 23, 2016

10 Perangai Wanita Yang Lelaki Paling Meluat!

10 Perangai Wanita Yang Lelaki Paling Meluat!

Perangai seseorang wanita sememangnya ada pelbagai ragamnya namun, mereka juga selalu berharap agar menjadi insan yang seratus peratus di hati setiap lelaki dan untuk terus kekal dicintai, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan perangai wanita yang tidak disukai lelaki yang perlu anda fahami.

Meluat

Jika tidak dikawal, anda bakal termasuk dalam kategori wanita yang tidak memenuhi tahap untuk menjadi kekasih atau isteri yang baik.

Berikut adalah 10 perangai perempuan yang tidak disukai lelaki dari wanita yang perlu anda berikan perhatian.

1. Berpura-pura

Anda berpura-pura mengatakan tidak ada apa-apa, padahal di dalam hati sudah terang-terang menunjukkan anda tidak menyukainya. Walaupun sudah mengatakan tak ada apa-apa, namun kemarahan tersebut jelas ketara.

2. Sentiasa Betul

Selalu merasakan diri anda yang betul dan ada sering menyalahkan orang lain setiapkali permasalahan terjadi.

3. Suka Mengugut

Selalu mengancam atau menggugut untuk memutuskan perhubungan atau bercerai.

4. Membesarkan Masalah

Sengaja membesar-besarkan masalah ataupun berbohong untuk membuatkan si di/suami bimbang.

5. Suka Mengungkit Masalah

Selalu mengungkit masalah yang sudah lama berlalu. Satu masalah sahaja boloh diungkit sehingga 10 kali. Paling teruk lagi, jika masalah tersebut tak ada hubungannya sama sekali dengan pertengkaran yang terjadi.

6. Selalu Mengkritik

Selalu mengkritik setiapkali membeli barang dan membuatkan si dia/suami merasakan anda adalah wanita yang paling cerewet dan cukup merimaskan.

7. Bersikap Kepala Batu

Selalu tidak melihat situasi yang tepat untuk berbicara, terus sahaja bergaduh dan bersikap 'kepala batu' serta enggan mengalah sekalipun pertengkaran tersebut sebenarnya berpunca daripada sikap anda sendiri.

8. Tidak Menjaga Maruah Pasangan

Suka berkongsi masalah atau bercerita apa yang sedang berlaku di antara anda dengan si dia/suami pada orang lain. Anda langsung tidak menjaga maruah si dia/suami di mata orang lain.

9. Membuang Masa

Selalu membuang waktu untuk bersolek ketika mahu keluar, sekalipun hanya untuk membeli sarapan ataupun membuang sampah. Anda tetap nak pakai bulu mata palsu ataupun maskara!

10. Berlebih-lebihan

Ketika bertengkar terus sahaja update status di media-media atau tukar profil gambar semata-mata untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Tuesday, August 09, 2016

Panduan Senaman Harimau Untuk Menguatkan Syahwat Lelaki

Panduan Senaman Harimau Untuk Menguatkan Syahwat Lelaki

Di kalangan masyarakat Melayu Lama, kaum lelaki diajar supaya mengamalkan beberapa latihan jasmani untuk melaraskan tulang dan urat. Antaranya ialah Senaman Harimau - ianya sangat baik terutamanya untuk kesihatan anggota syahwat lelaki.

Senaman+Harimau

Video di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada gerakan dalam senaman klasik ini.

Disiplin Senaman Harimau

Harimau adalah sejenis binatang gagah yang dianggap sebagai raja rimba oleh masyarakat Melayu terdahulu. Salah satu cabang senaman tenaga batin dipanggil Senaman Harimau.

Nama bagi senaman ini telah dikenali oleh masyarakat di negeri-negeri selatan Tanah Melayu. Kemungkinan besar bahawa nama ini diberi kepada gerakan senaman kerana ia berasal dari penelitian kepada gerak harimau yang agak kasar dan bertenaga lalu ianya diubahsuai mengikut daya gerak manusia lantas dijadikan senaman tenaga batin.

Adalah dipercayai bahawa gerakan senaman ini diketahui oleh ramai pewaris ilmu jimak di Malaysia hingga ke utara Malaysia.

Mungkin terdapat variasi caracara melakukannya atau ia dikenali dengan nama yang lain namun begitu asas bagi gerakan Senaman Harimau adalah sebagaimana yang akan dicatatkan.

Senaman ini adalah jenis senaman yang biasa diajarkan kepada lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin.

Bagi lelaki yang normal kemampuannya gerakan-gerakan yang mudah dari senaman ini boleh dilakukan pada pagi-pagi hari.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin yang agak gawat maka senaman ini elok dilakukan secara intensif sehingga terasa kesembuhannya dan kemudian bolehlah dilakukan gerakan-gerakan yang mudah saja.

Seorang lelaki tua Melayu (juga seorang pendekar) yang hidupnya mencapai usia 135 tahun semasa hidupnya diketahui mengamalkan gerakan-gerakan senaman tenaga batin.

Mungkin ini adalah antara faktor yang mengekalkan kesuburan beliau. Dalam usia setua itu dia mampu jimak dan isterinya hamil lalu telahpun melahirkan anak yang sihat. Itulah kuasa Allah s.w.t.

Dua orang tua Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) telah mengesahkan gerakan Senaman Harimau ini; bahawa ianya adalah antara senaman yang dipraktikkan oleh orang-orang tua Melayu dan ia baik bagi kesihatan tenaga batin.

Gerakan Senaman Harimau diketahui oleh sebilangan besar dari orang tua-tua Melayu. Tidak dapat dikesani secara pasti siapakah yang mula-mula sekali memperkenalkan senaman ini.

Satu hal yang patut difikirkan ialah ketuaan senaman ini. Ia diketahui oleh ramai pewaris ilmu jimak di beberapa daerah di negeri Johor dan ia juga diketahui oleh masyarakat Melayu negeri lain. Mereka semua bukanlah semestinya dari rumpun keturunan yang sama.

Meluasnya ia dikenali dalam masyarakat Melayu yang menunjukkan bahawa ia adalah satu ilmu yang tua. Berkemungkinan besar ianya berasal dari zaman Sri Vijaya atau Majapahit sebelum kedatangan Islam ke Nusantara.

Pada masa sekarang senaman ini biasanya diajarkan oleh tabib-tabib Melayu, tabib urut tenaga batin, pawang, bomoh serta bidan kampung.

Ada yang mendakwa bahawa senaman ini dipelajari dari masyarakat Jin. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Walau dari mana asalnya ia adalah jenis riadah yang berkesan bagi membina dan menjaga kekuatan tenaga batin kaum lelaki.

Pergerakannya adalah cantik dan unik dan mengikut tatacara tertentu. Pengajaran gerakan senaman ini akan dikenakan syarat tertentu mengikut kepada variasi disiplin senaman.

Menurut yang diajarkan kepada penulis senaman ini dilakukan di waktu pagi hari iaitu selepas bangun tidur sebelum bersuci untuk solat subuh.

Ketika itu adalah paling baik kerana otak dan fizikal telah berehat semalaman. Udara pagi adalah segar kerana debu-debu telah dibawa ke tanah oleh embun.

Perjalanan darah yang tersekat di kala tidur mula diperbaiki dengan aktifnya semula otak. Di waktu ini keadaan saraf adalah sangat kejang dan tarikan otot-otot tidak seimbang disebabkan oleh posisi yang diambil di kala tidur. Mungkin otot-otot zakar telah tersekat perjalanan darahnya.

Jantung dan pernafasan adalah lambat temponya di kala tidur. Nafas yang singkat itu tidak cukup mengurut jantung dan mengalirkan udara yang segar pada tubuh badan.

Dari sebab-sebab di atas maka Senaman Harimau mempunyai konsep pernafasan. Nafas ditarik dengan dalam bagi mengurut jantung.

Nafas ditahani semasa senaman dilakukan agar tenaga maksima dapat disalurkan kepada anggota-anggota tertentu yang digerakkan di dalam senaman.

Nafas dihembuskan hingga tandus apabila selesai pergerakan apabila nafas itu membawa keluar udara-udara beracun yang terperangkap di anggota-anggota yang digerakkan tadi.

Maka gerakan menggunakan nafas secara maksima dengan membuang udara kotor yang terperangkap semasa tidur dan menggantikannya dengan udara yang bersih yang akhirnya membersihkan darah.

Keberkesanan senaman dapat dikenal pasti secara terus apabila berlakunya sendawa atau membuang angin setelah selesai melakukan gerakan atau aliran darah terasa lebih lancar.

Daya sedar akan meningkat dan muka akan lebih berseri. Dada akan bidang dan atas dada akan merah. Otot-otot lebih kuat dan tenaga batin akan meningkat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


-Sentiasapanas.com

Tuesday, July 12, 2016

17 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dengan Anda!

17 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dengan Anda!

Adakalanya, orang yang kita suka, tak suka kepada kita dan bila orang suka pada kita, kita pula tidak suka padanya!

Tanda-Lelaki-Jatuh-Cinta.jpg

Tetapi saat paling indah adalah apabila anda saling menyukai antara satu sama lain. Terasa dunia ini milik anda berdua. Pastinya anda berminat untuk tahu tanda-tanda si dia jatuh cinta kepada anda bukan?

Kami kongsikan kepada anda beberapa tanda lelaki jatuh cinta :

1. Mula Menegur

Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati.

Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya.

Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya.

2. Sentiasa Ingin Dekat

Bila hati dah mula sayang, si dia akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja anda pergi.

Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam.

Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

3. Mengajak Keluar

Ini adalah langkah seterusnya bila si dia meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, si dia juga tentu mahu mengenali anda dengan lebih rapat lagi.

Tentu saja anda akan diajak keluar sambil bertukar-tukar cerita. Walaubagaimanapun anda haruslah berhati-hati kerana si dia baru dikenali.

Maka sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

4. Dia selalu menghubungi anda

Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu si dia akan berusaha mendapatkan nombor telefon anda dan mahu berbual dengan anda.

Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab si dia rindu nak dengar suara anda,dia menelefon anda dengan kerap.

Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam,bermakna hatinya sedang berbunga-bunga!

Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

5. Dia akan panik jika anda terluka

Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang yang paling risau tentang anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.

6. Dia sentiasa mengutamakan anda

Sebagai contoh, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak – agak.

Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh – sungguh dan dia juga akan pastikan perkara tersebut diselesaikan dengan segera.

7. Dia dapat tangkap isi hati anda

Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu.

Bahkan dia juga sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.

8. Dia tahu banyak hal mengenai anda

Anda merupakan wanita yang bertuah sekiranya si dia tahu perkara yang disukai dan perkara yang tidak di sukai oleh anda.

Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda. Maka anda perlulah menghargai si dia.

9. Dia merenung anda ketika anda tidak melihatnya

Lelaki yang menyukai anda, akan merenung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda.

10. Dia melindungi anda

Dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di sekeliling anda. Ini juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan.

11. Dia cemburu

Ini adalah tanda-tanda normal bila seseorang sukakan anda. Dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda.

Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya.

12. Dia berkongsi perasaan dengan anda

Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja.

Jadi, kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan anda mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.

13. Dia selalu puji anda

Dia selalu prihatin dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti anda dan menerima anda seadanya.

14. Dia memberikan layanan “ kelas pertama”

Lelaki selalunya hanya bersikap biasa atau natural apabila dia menganggap seseorang itu hanya kawan. Tapi apabila dia sudah mula meletakkan kamu di kedudukan yang istimewa,tentunya kamu akan dilayan dengan begitu baik ibarat puteri kayangan.

Sanggup tunggu berjam-jam di luar rumah dan tidak kisah berhujan atau berhujan terik semata-mata ingin kamu melihat pengorbanannya.

15. Dia bersetuju dengan pendapat anda

Jika seorang lelaki itu tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan anda,itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi.

Bukan sekali dia bersetuju dengan anda,bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda.

16. Dia kerap menghantar mesej kepada anda

Walaupun sesibuk mana, si dia masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada anda walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’. Ini menunjukkan anda berada di fikirannya setiap saat.

17. Dia memilih untuk berkahwin

Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini.

Sesetengah orang menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan saja tapi ada juga yang serius hingga ke jinjang pelamin.

Pilihan itu ada di tangan anda sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia membuat keputusan paling bijak yang terbaik untuk semua pihak.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Monday, April 18, 2016

4 Sebab Kenapa Lelaki Tolak Ajakan Seks Isteri

4 Sebab Kenapa Lelaki Tolak Ajakan Seks Isteri

Mungkin sukar untuk dipercayai tetapi ada masanya lelaki juga akan mengatakan tidak, ketika diajak untuk melakukan hubungan seks. Tapi itulah kenyataannya. Mungkin suami anda mempunyai masalah yang tertera di bawah ini.

Husband bad mood

Mari kita baca kemungkinan masalah yang sedang dihadapi oleh suami anda.

1. Kemurungan

Menurut kajian, 'pembunuh' utama nafsu seks lelaki adalah kemurungan. Cuba perhatikan mood suami sekiranya dia mengatakan tidak kepada anda.

Mungkin ada sesuatu yang merunsingkannya atau membuatnya murung. Cuba fahaminya dengan komunikasi kerana cara ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung di kepalanya.

2. Menopaus

Setelah seseorang lelaki itu mencecah umur 40 tahun, testosteron yang dihasilkan mereka telah berkurangan.

Lelaki di dalam lingkungan umur ini mengatakan tidak kepada seks kerana sedang melalui proses menopaus.

Sebagai isteri anda perlu beri masa kepadanya dan jangan begitu memaksa kerana bimbang suami anda akan hilang keyakinan diri untuk bersama kelak.

3. Gila Kerja

Suami yang selalu pulang lewat kerana kerja yang tidak pernah habis di pejabat akan kerap mengatakan tidak kepada seks.

Penat bekerja seharian membuatkan pasangan pulang ke rumah hanya untuk berehat dan tidak berminat untuk bersama.

Walaupun pada hujung minggu, si dia masih memikirkan hal kerja dan tekanan ini membunuh nafsu seksnya.

Cuba berbincang dengannya mengenai hal ini. Mungkin anda berdua perlu bercuti jauh untuk mengalihkan perhatiannya daripada kerja.

4. Anda yang Terlalu Gopoh

Suami baru sahaja pulang ke rumah, tidak habis lagi penatnya anda sudah mula menggodanya. Ataupun anda memulakan langkah ketika suami sedang menonton perlawanan akhir piala FA.

Jangan terlalu gopoh kerana ia boleh mematikan nafsu seks pasangan anda dan pasti akan mengecewakan anda juga apabila si dia mengatakan tidak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Monday, February 01, 2016

Fakta Lelaki Habiskan Masa Setahun Lihat Wanita!

Fakta Lelaki Habiskan Masa Setahun Lihat Wanita!

Rata-rata golongan wanita pasti berasa cemburu apabila mendapati pasangan mereka melihat wanita lain, namun mata keranjang atau tidak, ia bukan suatu perkara asing bagi golongan lelaki untuk melihat kecantikan seseorang wanita.

Lelaki Lihat Wanita
Gambar hiasan.

Kajian mendapati, kaum Adam menghabiskan satu tahun sepanjang hidupnya hanya untuk melihat wanita.

Berdasarkan kajian yang dijalankan Kodak Lens Vision Centres yang berpangkalan di Britain, seorang lelaki akan menghabiskan hampir 43 minit sehari untuk melihat 10 orang wanita berbeza.

Jurucakapnya, Mark Ireland berkata, sebanyak 19 peratus responden lelaki mengatakan dengan melihat wanita membuatkan mereka berasa gembira.

"Hal ini sebaliknya membuatkan wanita berasa kurang selesa dengan 20 peratus mengakui malu apabila dipandang lama-lama, manakala 16 peratus lagi tidak yakin dengan penampilan diri," katanya.

Menerusi kajian itu juga, penyelidik mendapati hampir sepertiga daripada responden pernah bergaduh dengan pasangan masing-masing gara-gara melihat wanita lain, manakala satu daripada 10 mengaku berpisah kerana berkelakuan sedemikian.

Kajian itu melibatkan 3,000 orang lelaki berusia antara usia 18 hingga 50 tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, June 30, 2015

16 Cara Buat Hati Suami Terpikat

16 Cara Buat Hati Suami Terpikat

Seorang isteri memang perlu selalu memikat hati dan jiwa suaminya, manakala lelaki biasanya menunjukkan kasih sayangnya dengan mengambil berat, risaukan anda, tetapi mereka amat sukar meluahkan kata-kata.

Rahsia suami terpikat

Bimbang cintanya kian pudar? Cuba cara ini untuk memikat suami dan keluarkan taman di hatinya.

1. “Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”

Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam.

Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.

2. Lembut

Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya.

Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.

3. Comel

Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya.

Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.

4. Percaya

Pertanyaan awak kat mana, awak kat mana... memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali akan memeningkan juga.

Kadangkala suami tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama bos jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.

5. Ibumu, ibuku jua

Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik.

Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.

6. Masak

Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya.

Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!

7. Sambut

Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu.

Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil begini.

8. Dengar

Orang lelaki biasanya kurang bercakap daripada wanita. Jika dia selesa bercerita dengan anda, itu tandanya dia percayakan anda.

Dengar dengan teliti ceritanya. Angguk walaupun anda tidak faham cerita gajet atau konflik pasukan bolanya. Jangan punahkan impiannya hendak membeli superbike. Sokong minatnya.

9. Anak-anak

Membesarkan anak-anak adakalanya sangat meletihkan. Seorang ibu biasanya lebih teliti dan menggalas lebih banyak tanggungjawab. Menjaga anak kecil, ajar buat homework dan mengaji.

Lakukan semuanya dengan ikhlas dan tidak merungut. Suami anda pasti menghargai penat-lelah anda menjaga permata hatinya.

10. Terus-terang

Ada harinya, anda akan menjadi moody tanpa sebab. Anda hanya ingin makan coklat, aiskrim dan berehat sepanjang hari. Beritahu dia dengan jelas anda ok cuma perlu bersendirian sahaja.

Jangan paksa diri membuat semua kerja dalam keadaan terpaksa. Dia pasti lega mengetahuinya malah boleh tolong jagakan anak-anak juga.

11. Kemas

Walaupun sibuk, cuba kemas rumah anda secara berkala. Baju yang berlipat, lantai yang bersih membuatkan hati menjadi tenang. Sediakan bekas untuk kemas mainan anak dengan segera.

12. Hati perempuan memang mudah merajuk

Walaupun anda merajuk, jangan lupa salam dan cium tangannya sebelum berpisah. Dengan bersalam, ia melunturkan ego dan rasa marah. Ia membuatkan dia mengasihani anda juga.

Tidak salah beralah dan meminta maaf untuk meredakan suasana. Merajuk sekali-sekala memang comel, tapi jangan susah dipujuk pula.

13. Berdikari

Anda mungkin seorang yang sangat manja dengannya. Tetapi ketika dia tiada, anda memandu sendiri, pergi bekerja dan menguruskan anak-anak sendirian.

Wanita yang bijak membawa diri dan matang sangat istimewa di mata lelaki. Dia jatuh cinta kepada anda kerana anda tetap menjaga diri dan keluarga sewaktu dia tiada.

14. “Abang, ada lori hantar sofa baru dekat rumah sebelah tau!”

Melihat kehidupan orang lain kadang-kadang buat kita cemburu juga. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Sepertimana pintu rumah masing-masing berbeza, begitu juga rasa bahagia anda.

Ucap terima kasih untuk semua yang suami anda sediakan. Bersyukur dia setia temani dan menjaga anda selama ini.

15. Romantis

Sikap romantis biasanya memanjangkan usia perhubungan. Dia mungkin suka anda temaninya makan sambil merenung dia, atau tonton tv berdua.

Sekali-sekala, cuba buat sesuatu yang manjakan dia seperti potongkan kuku atau urut kakinya yang letih. Romantis bermakna ia mungkin perkara kecil, tetapi dia terharu dengannya.

16. Solehah

Menjadi isteri bermakna anda akan mengejutkannya untuk solat Subuh. Mendidik anak-anaknya, antara tiket dia ke syurga. Setia menjadi makmumnya.

Anda boleh berusaha mengurat dia, tapi jangan lupa berdoa juga. Anda doakan kesejahteraannya, dan semoga kedamaian juga yang anda perolehi dari ikatan ini.

Sebenarnya agak mudah juga untuk memikat hati seorang suami. Lelaki biasanya sukakan wanita yang manis, lembut dan memberi perhatian. Anda cuma perlu menjadi sedikit kreatif dan rajin mencuba.

Kadang-kadang, mengetahui dia akan kembali ke pangkuan anda setiap hari, membuatkan anda terlupakannya. Dia mungkin ada di sana, tetapi merasa terasing dan jauh. Anda rasa dia kuat, tetapi ingat superhero pun perlukan girlfriend juga.

Kembalikan saat anda bercinta dahulu. Jadi diri anda yang dahulu, yang sangat dirinduinya.

Jangan lupa pikat hatinya setiap hari!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, December 22, 2014

7 Sebab Mengapa Lelaki Curang

7 Sebab Mengapa Lelaki Curang

"Pantang tengok perempuan dahi licin!", "Lelaki semua sama!", "Lelaki memang macam tu. Jantan tak guna!" Dan pelbagai lagi kata-kata yang biasa terpacul daripada mulut perempuan apabila mendapat tahu pasangannya curang.

Kenapa Lelaki Curang

Persoalan agung yang biasa berlegar di pemikiran wanita (mahupun lelaki) adalah mengapa mereka sanggup berlaku sebegitu? Bolehkah lelaki memberi alasan bahawa kecurangannya itu adalah tidak disengajakan? Naah! Tipu semata. Everything happens for a reason, right?

Jom kita lihat 7 sebab mengapa si lelaki ini suka dan mudah curang dengan pasangan mereka.

#1. Peluang ada di mana-mana

Si lelaki tahu bahawa girlfriend/isteri mereka tiada di sisi dan mereka tidak punya sixth sense untuk mengetahui apa yang sedang anda lakukan di belakang mereka. Ini membuka peluang untuk mereka berfoya-foya dengan perempuan lain.

Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingat, ketika si lelaki leka mencuri peluang, di pihak perempuan pula sibuk memasang 'mata-mata'. Jangan sampai kantoi!

#2. Test Market

Setia dengan perhubungan jangkamasa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata orang di luar sana?

Jadi mereka cenderung untuk flirt dengan perempuan sepejabat atau bermain SMS romantis. Gejala ini mungkin hanya sementara, hanya untuk cuba-cuba, tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih mata.

#3. Pernah Ditipu

It's the rule of thumb: Si lelaki pernah ditipu dalam perhubungan, dan cuba mencari keseronokan dengan menipu gadis lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu.

Si perempuan kantoi berkayu tiga dengan jantan lain, dan di pihak lelaki, secara semulajadi kelakiannya, akan membalas apa yang teman wanita/isteri dia lakukan. Bunyinya agak janggal dan ekstrim, tapi itulah hukum karma.

#4. Perempuan Kuat Membebel Dan Merungut

Lelaki sejujurnya tidak menyukai teman wanita atau isteri yang kerap membebel setiap masa. Cukuplah dengan leteran ibu semasa kanak-kanak dan tengkingan bos di pejabat.

Pasangan seharusnya melafazkan kata-kata yang menyejukkan hati dan bukannya menaruk minyak atau lebih bijak lagi, beriam diri.

Lelaki tidak suka apabila diajukan bermacam-macam soalan lebih-lebih lagi apabila si lelaki dilanda masalah kerjaya atau mengharungi hari yang memenatkan.

Bila telinga sudah tak tahan, keluar rumah bukanlah sesuatu perbuatan yang sukar bagi lelaki.

#5. Kurang Romantisme Dalam Perhubungan

Seperti kaum perempuan, si lelaki juga suka akan surprise dan momen-momen romantis, tetapi tidaklah sekerap perempuan. Cukuplah sekadar perkara yang membuatkan mereka dihargai.

Hubungan seks yang berkualiti juga dapat menjamin kesejahteraan rumah tangga. Keinginan dan kualiti hubungan seks isteri yang semakin berkurangan selepas beberapa tahun berkahwin menjadi punca lelaki jemu dan ‘merajuk’.

#6. Sudah Tiada Cinta Lagi

Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu dihiraukan lagi. Si lelaki mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan hubungan dengan anda.

Mungkin mereka belum tidak punya sebab kukuh untuk putus, atau masih perlukan 'love-with-benefit' daripada anda (wang, pengaruh, atau pelajaran). Ya, lelaki kadangkala seteruk itu.

#7. Salah Lelaki Itu Sendiri

Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan belenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya zina.

Apa pun masalah atau badai yang menimpa sesuatu hubungan itu, hendaklah ditangani dengan waras akal dan berhemah.

Si lelaki, sebagai pemimpin, haruslah berusaha mengekalkan mahligai yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah.

Kesimpulan

Setiap manusia biasa punya keinginan dan nafsu yang boleh mendorong mereka melakukan perkara yang mereka sendiri sedar akan kesalahannya.

Namun apa saja yang berlaku, baik atau buruk datangnya dengan niat dan bukannya berlaku secara tiba-tiba. Kawal diri, usah terpengaruh dengan rakan sepejabat dan kisah-kisah gelap mereka di belakang isteri.

Elakkan daripada terdedah dengan ‘peluang’, lari darinya dan fokuskan kepada orang yang tersayang. Benar, agak tempting mendengar cerita nakal rakan sekerja yang pernah berlaku curang. Tapi pernahkah anda bertanya cerita di sebalik kebanggaan itu. Rasa bersalah dan berdosa pasti akan mengejar si pelaku curang, sooner or later.

Jika pun ada perselisihan dengan pasangan, menyelesaikannya dengan berlaku curang adalah solusi paling bodoh pernah anda lakukan sepanjang hidup. Percayalah.

"Having an affair is nothing like taking a pottery class. No. It would start out like that, and then, um, something would happer. Someone, uh, finds out, or someone falls in love, and it ends disastrously. It always ends disastrously." – Unfaithful (2002)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, December 17, 2014

7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin

7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin

Ketahuilah wahai lelaki sesungguhnya apabila seseorang wanita itu mengajak anda berkahwin, ini menunjukkan bahawa wanita tersebut yakin anda mampu memimpin dan membimbing mereka serta bersama menjalani pahit manis kehidupan bersama.

Lelaki

Tetapi mengapa lelaki tidak memahami impian dan kehendak wanita? Bila diajak berkahwin, 1001 alasan yang diberi. Macam-macam!

Sehingga ianya membuatkan para wanita berasa menyampah dan muak dengan alasan-alasan yang diberikan.

Kenapa perkara ini terjadi? Adakah sememangnya lelaki tidak mahu berkahwin dengan si wanita tersebut? Atau lelaki menganggap wanita seolah-olah alat permainannya sahaja?

Jom kita tengok alasan-alasan popular yang sering digunakan oleh para lelaki bila si wanita mengajak mereka berkahwin:-

7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin:

#1. Saya Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Seringkali para lelaki menggunakan alasan ini. Katanya, dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami dan juga bapa.

Jika di minda mereka sendiri sudah disetkan kepada, “Aku tak bersedia lagi untuk berkahwin”, maka sampai bila-bila pun mereka tidak akan bersedia.

#2. Saya Tak Ada Duit

Alasan ini juga amat popular di kalangan lelaki apabila si wanita bertanyakan bilakah si dia hendak masuk meminang dan mengahwininya.

Katanya kos nak kahwin sekarang mahal dan simpanan yang ada pun belum tentu lagi cukup.

Macamana nak cukup jikalau si lelaki sendiri tidak cuba menyimpan duit malah seringkali menghabiskan duit ke tempat lain.

Terutamanya buat mereka yang mempunyai hobi yang melibatkan kos yang tinggi seperti permotoran. Beli spare-part itulah, modified enjin keretalah dan macam-macam lagi.

#3. Keluarga Awak Macam Tak Suka Saya

Oh, mengapa anda wahai lelaki tidak mencuba untuk menambat hati keluarga si perempuan?

Sedangkan si lelaki baru sahaja berjumpa sekali dengan keluarga si wanita dan itupun hanya untuk seketika ketika makan malam bersama.

Atau ianya sekadar satu lagi alasan yang dibuat-buat oleh si lelaki untuk mengelak daripada berkahwin dengan wanita tersebut?

Sepatutnya si lelaki cuba untuk menambat hati keluarga si perempuan sepertimana si lelaki cuba mengayat dan menambat hati si wanita sewaktu hendak berkenalan mula-mula.

Dimulakan dengan salam, sedikit jenaka dan kata-kata manis. Bukankah begitu akan membuatkan keluarga sebelah si perempuan mudah untuk menerima anda kan?

#4. Saya Ingin Kecapi Cita-cita Dan Impian Saya Dahulu

Katanya banyak lagi impian dan cita-cita yang dia ingin kecapi. Kata si dia lagi, dia ingin membeli kereta idaman, rumah besar dan mempunyai gaji yang lumayan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan si wanita.

Tapi, jikalau dilihat dari segi gaya pemikiran dan usahanya, ia langsung tidak mencerminkan keinginan seperti yang si lelaki sebutkan tadi.

Mungkin si lelaki tidak tahu yang sebenarnya bila mereka sudah berkahwin, mereka akan menjadi semakin membara untuk mencapai cita-cita dan impian kerana dorongan kasih sayang dari isteri yang mereka cintai.

#5. Ibubapa Saya Dah Tentukan Jodoh Saya

Habis untuk apa si lelaki berkasih-sayang dan merindu dengan anda selama ini jikalau si lelaki sendiri tidak mahu bertegas dalam mempertahankan cinta anda berdua?

Si dia adalah lelaki! Seharusnya si dia kena tunjukkan bahawa si dia juga mampu memilih jalan hidup sendiri.

Memang betul kita tidak boleh menderhaka kepada ibubapa kita. Tapi, pokoknya disini siapa yang mahu berkahwin?

#6. Saya Nak Hidup Bebas Dahulu

Ramai orang yang dah kahwin berkata kepada orang bujang supaya jangan kahwin dahulu. Alasannya?

Sebab nanti bila dah kahwin, si lelaki tidak bebas samada bebas berjalan ke mana mereka mahu pergi mahupun dalam melakukan aktiviti yang disukai.

Sebenarnya ini adalah alasan yang paling lapuk! Mereka tidak menghayati keindahan sebenar sesebuah perkahwinan itu.

Fakta yang sebenarnya adalah perkahwinanlah yang membuatkan sesuatu kebebasan itu berasa indah.

Contohnya, pulang berhari raya di kampung. Mungkin sebelum ini anda pulang keseorangan dengan ditemani lagu-lagu hari raya yang diputarkan diradio, tapi selepas berkahwin, ada wanita yang dicintai menemani kesunyian si lelaki sepanjang pulang ke kampung. Wah, bukankah best begitu!

#7. Saya Takut Perkahwinan Dibina Berkecai

Memang diakui ada sebilangan lelaki yang takut untuk berkahwin kerana takut kebahagiaan yang mereka bina itu musnah ditengah jalan.

Ianya adalah mimpi ngeri bagi mereka apabila kehilangan orang tersayang. Dan mereka berasa cukup selesa walaupun sekadar dengan gelaran ‘boyfriend’ dan ‘girlfriend’.

Mungkin juga mereka mempunyai persepsi gelap dalam perkahwinan apabila melihat perkahwinan yang dibina ibubapa mereka bergolak dan musnah sewaktu mereka kecil dan kehidupan mereka menjadi bertambah sukar selepas itu.

Tapi ianya boleh diubah sekiranya si lelaki sentiasa berfikiran positif dan cuba memahami hati si wanita yang rumit.

Tidak adalah kemanisan dalam perkahwinan sekiranya tidak diserikan dengan gaduh-gaduh manja kan? Ada sesetengah pasangan lepas gaduh je dapat anak.. Hehe :D

Kesimpulan

Wanita ini kadang-kadang bukannya rumit sekiranya si lelaki boleh membaca isi hati mereka dari reaksi muka dan tingkah laku mereka.

Wahai lelaki, janganlah takut untuk berkahwin kerana perkahwinan itu sebenarnya adalah pembuka rezeki dan pintu kebahagiaan anda.

Janganlah mudah berkata dan memberikan alasan-alasan kerana jika anda betul menyayangi dan mencintai wanita anda, anda patut segerakan perkahwinan antara anda berdua.

Tidakkah anda takut sekiranya si dia dilamar oleh orang lain sebelum anda?

Sekiranya niat kita itu ikhlas kerana agama, Insyallah Dia akan mempermudahkan segala urusan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: zoncinta

Friday, May 23, 2014

Pengertian Cinta Bagi Seorang Lelaki

Pengertian Cinta Bagi Seorang Lelaki

Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan dan mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius.

Cinta Bagi Seorang Lelaki

Jika anda berusaha sebaik mungkin, pastinya jodoh tidak akan ke mana. Kenali cara berfikir seorang lelaki seperti dibawah ini dan bersabarlah.

KETAHUI APA YANG DALAM FIKIRAN SEORANG LELAKI?

Jika kamu melayaninya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta padanya. Jika tidak, kamu akan dikatakannya sombong.

Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia akan mengatakan kamu out-of-date!

Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia akan mengatakan kamu tiada otak!

Jika kamu lebih bijak daripadanya, dia akan kehilangan muka. Jika dia lebih bijak, dia akan berbangga dan merasakan dirinya yang paling hebat.

Jika kamu tidak cinta kepadanya, dia akan berusaha mendapatkan kamu. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkan kamu.

Jika kamu mengadu masalah kepadanya, dia akan mengatakan kamu menyusahkan. Jika tidak, dia akan mengatakan kamu tidak mempercayai mereka.

Jika kamu cerewet padanya, dia akan menuduh kamu berlagak seperti seorang pengasuh. Tapi jika dia yang cerewet pada kamu, katanya itu kerana dia prihatin.

Jika kamu melanggar janji, katanya kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang mungkir, dia melakukannya kerana terpaksa.

Jika kamu merokok, kamu adalah gadis liar! Tapi kalau dia yang merokok, dia seorang yang gentleman.

Jika kamu menyakitinya, kamu perempuan kejam. Tapi jika dia yang menyakiti kamu, katanya kamu terlalu sensitif dan terlalu sulit untuk dibahagiakan.

Jika kamu mengirimkan ini kepada lelaki, mereka akan bersumpah bahawa semua kenyataan ini tidak benar. Tapi jika kamu tidak mengirimkan pernyataan ini kepada mereka, kamu akan dituduh egois.

Jadi, kirimkan pernyataan ini kepada semua rakan lelaki kamu, yang special mahupun yang biasa-biasa di luar sana dan juga kepada semua teman untuk berkongsi tawa bersama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, November 23, 2013

Fesyen 'Seksi' Wanita Yang Tidak Digemari Lelaki

Fesyen 'Seksi' Wanita Yang Tidak Digemari Lelaki

Fesyen itu adalah universal dan kebiasaannya wanita adalah insan yang pandai dan hebat berfesyen namun adakala ada sesetengah fesyen yang tak digemari oleh kaum lelaki ini, kerana jika fesyen itu terlalu keterlaluan ianya tidak kena dengan gaya dan personaliti anda.

Malah, jika anda menggayakan fesyen tersebut mungkin kelihatan tidak menarik dan tidak dilayan oleh sang jejaka.

Jom lihat 5 fesyen yang tidak digemari jejaka ini.

1. Bibir yang merah menyala

Bibir yang merah menyala

Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa bibir mereka akan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah menyala.

Tetapi hakikatnya ada segelintir lelaki yang tidak sukakan demikian kerana warna yang terlalu terang akan membuat mereka bercakap dengan badut.

Lelaki lebih suka sesuatu yang menyenangkan dan sederhana kerana itu lebih membuat anda seperti bidadari dengan bibir yang semulajadi dan tidak terlalu merah.

Wanita harus lebih peka dengan pemilihan warna gincu agak bersesuaian dengan kulit anda.

2. Cermin mata besar

Cermin mata besar

Kebanyakan wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar, mereka akan kelihatan lebih moden dan bergaya.

Tidak bagi lelaki, kerana bagi mereka, wanita yang memakai cermin mata yang besar ini tidak sesesuai dan membuatkan wajah si wanita itu kelihatan seperti serangga yang bermata besar.

Amatlah penting bagi seseorang wanita itu memilih saiz dan bentuk cermin mata yang betul-betul kena dengan raut wajah anda agar kelihatan menawan sentiasa.

3. Bulu mata

Bulu mata palsu

Memang tak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuat wanita itu kelihatan lebih cantik dan menawan tetapi sekiranya bulu mata itu palsu dan dipakai tidak kena majlis pastinya akan menjadi mimpi ngeri buat anda apabila dipandang jelik oleh sesetengah lelaki.

Seeloknya tak perlulah gunakannya kerana tidak semesti bulu mata panjang, melentik itu cantik bahkan jika kita lihat wanita Korea bulu mata mereka semua biasa-biasa saja tetapi mereka masih dianggap jelita.

Kebanyakan lelaki sukakan bulu mata yang asli dan original kerana itu lebih nampak kecantikan sebenar.

4. Selipar/Kasut

Kasut tinggi

Oh ini tidak sesuai kerana selipar dan kasut itu bukanlah sesuatu yang menarik untuk dipakai kerana ada sesetengah selipar yang agak ketinggalan zaman.

Tetapi memang benar selipar lagi selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi namun jika mahu memakai selipar haruslah memilih yang sesuai dan mengikut trend semasa.

Namun begitu, walau secantik mana selipar/kasut yang dipakai, lelaki pasti lebih mengemarkan kekasihnya memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambah lagi pesona dan keaggunan anda.

5. Pakaian yang terlalu seksi

Akhir sekali janganlah pakai pakaian yang terlalu seksi dan menjolok mata kerana tidak semua lelaki sukakan wanita berpakaian seksi.

Alangkah indah dan moleknya anda sekiranya berpakaian sopan dan sesuai dengan bentuk tubuh anda, tidak perlu memakai yang terlalu ketat sehingga sukar untuk berjalan dan sebagainya.

Lebih manis dan selamat bagi wanita yang memakai pakaian menutup aurat kerana aura mereka akan terserlah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, November 21, 2013

Betapa 'Deritanya' Lelaki Memandang Buah Dada Wanita!

Betapa 'Deritanya' Lelaki Memandang Buah Dada Wanita!

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki, dia duduk dalam bas bersebelahan seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat dan walaupun bertudung, tapi sayang tudung dia tak tutup dada.

Buah dada aurat wanita
Gambar hiasan.

Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembullah dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa dia duduk di sebelah perempuan tu, dia masih dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala.

Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu tetap menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu menutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dengan lelaki itu.

"Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?"

Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas.

Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!"

Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya.

Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?

This is reality. Ramai kita tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan kita nak kondem perempuan-perempuan tu semua.

Tapi kita nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there as well as for your safety, pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la.

Lelaki kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang cakap, mana-mana lelaki pun memang akan terbayang gila-gila punya.

Kita tahu, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan juga mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Maaflah sekiranya bahasa yang digunakan agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila ada yang menulis perkara sebegini.

Tapi inikan untuk kebaikan bersama juga. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ni seperti satu simbol seks.

Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya juga disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Kita berharap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besarkan?

Kalau anda rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni pada diri sendiri.

Adakah anda sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada anda dan menganggap ianya sebagai simbol seks atau pun anda lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat anda dengan penuh kehormatan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: nicknashram