Tuesday, October 08, 2013

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu tanya, "Telefonlah anak kita tu tanya dia macam mana kerja."

Kasih Ayah Sepanjang Masa

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak, "Kan ayah dah kata jangan main hujan? Kan ayah dah bagitau jangan minum air sejuk?" Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau!

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata, "Tidak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan perasaan yang sangat risau.

Ayah marah kita! Tahukah kita yang ayah tak nak apa-apa terjadi pada kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa, ayah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak. Beliau memenuhinya..

Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga walaupun kadang-kadang ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah, ayah sangat berhati-hati mengizinkannya, dan akhirnya.. saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bahagia..

Adakah kita tahu, ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia dan dia pun berdoa; "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Itulah pengorbanan seorang ayah. Apakah kita masih belum sedar? Masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia?

Percayalah, dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah. Tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.

Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?

Adakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan kepada ibu?

Kamu lupa masa kita kecil, ayah mendukung dan mencium kita?

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. seorang lelaki menemui Rasulullah SAW dan bertanya: (Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling berhak aku hormati? Nabi SAW bersabda, "Ibumu." Lelaki itu berkata lagi, "Siapakah setelah ibuku?". Nabi SAW bersabda, "Ibumu." Lelaki itu bertanya lagi, "Siapa lagi setelah ibuku?". Nabi SAW bersabda, "Ibumu." Lelaki itu bertanya lagi, "Lalu siapa lagi sesudahnya?" Nabi SAW menjawab: "Ayahmu.") -HR Bukhari.

Rasulullah SAW bersabda, "Dosa-dosa besar: Syirik terhadap Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh diri dan bersumpah dengan dusta)." -HR Bukhari.

Jadi, ketika mereka masih lagi hidup dan berdiri dihadapan kita, hargailah mereka.

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku. Rahmatilah mereka sepertimana mereka telah mengasihiku sejak kecil." Amin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, October 05, 2013

Apa Sebenarnya Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?

Apa Sebenarnya Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?

Apa sebenarnya yang lelaki mahukan didalam sesebuah perhubungan? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang yang masih belum mampu memahami suami ataupun teman lelaki mereka.

Apa Lelaki Mahu Dalam Perhubungan
Gambar hiasan.

Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa sebenarnya yang lelaki cari dalam perhubungan.

Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus diingat walaupun masa beredar dan dunia di sekeliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah perhubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.

Lelaki, jauh di sudut hati mahukan isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong

Lelaki akan mencari wanita yang boleh menjadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita yang boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik merupakan ciri yang sangat penting.

Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat-menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling balik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa yang orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut.

Lebih penting lagi, dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia.

Pada usia 30an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada.

Begitupun, peringkat kematangan lelak tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat yang sama sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, October 04, 2013

7 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

7 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Pernahkah anda terfikir sekiranya lelaki mengatakan tidak kepada seks, mungkin ini disebabkan kesihatan seksualnya tidak stabil dan mungkin corak pemakanannya yang tidak memilih makanan sihat dan berkhasiat telah mempengaruhi hal ini.

Makanan Kesihatan Seksual Lelaki
Gambar hiasan.

Sangat menyihatkan untuk tenaga batin lelaki, cuba anda periksa senarai di bawah ini, adakah suami anda mengambilnya?

1. Buah-buahan dan Sayuran

Menurut Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Center, Leslie Bonci, buah-buahan dan sayuran mempunyai nutrien yang menjaga arteri daripada tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.

2. Tomato

Seorang saintis pemakanan, Lieberman Shari, menyatakan bahawa tomato yang kaya dengan Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan seksual seseorang lelaki.

3. Kacang dan Kekacang

Asid amino arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang terlibat dalam menjana ereksi.

4. Labu dan Kuaci

Kedua-dua ini bagus untuk meningkatkan tahap zink yang merupakan mineral penting untuk meningkatkan kuantiti sperma dan tahap testosteron.

5. Tiram

Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai 'makanan anak jantan'. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.

6. Pisang

Pisang yang kaya dengan Vitamin B bukan sahaja dapat menambahkan tenaga lelaki malahan mampu menambahkan hormon seks lelaki kerana ia juga kaya dengan kalium.

Bukan itu sahaja, pisang dipercayai mampu menaikkan nafsu lelaki kerana enzim bromelain yang terdapat di dalamnya.

7. Tongkat Ali

Menurut penyelidikan oleh FRIM, terbukti tongkat ali mampu meningkatkan keinginan seks dan menambah tenaga kelakian kerana peningkatan hormon testosteron kepada lelaki yang mengambilnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Saturday, August 03, 2013

Lelaki Rimas Dikawal Kekasih

Lelaki Rimas Dikawal Kekasih

Alahai! Baru beberapa jam saja ketemu, takkan nak berjumpa lagi? Asyik nak berkepit. Begitu juga apabila si kekasih dapat tahu ada nama perempuan lain tertera di dalam telefon bimbit teman lelaki, pasti disoal bertubi-tubi.

Wanita queen control
Gambar hiasan.

Belum lagi berkahwin atau bertunang tapi hidup bagaikan di dalam penjara dikawal selia setiap masa. Jika keluar dengan emak atau adik-beradik juga perlu diberitahu kepadanya.

Memang satu masalah besar juga kalau secara tiba-tiba telefon kehabisan bateri atau tertinggal di rumah. Apabila pulang ke rumah dan meneliti telefon bimbit, hampir 100 panggilan masuk terpampang.

Perempuan harus menyedari bahawa tidak semua lelaki mahu dikawal. Mereka punya keinginan sendiri untuk meluangkan masa bersama teman lain dengan aktiviti tertentu, bukannya menghabiskan masa yang ada dengan si ‘queen control’ saja.

Bukan curang atau membuat skandal dengan wanita lain tetapi keluar bersama dengan sahabat lelaki. Jika ada kawan perempuan juga, apa salahnya? Asalkan tidak melampaui batas sebagai seorang kawan.

Pada awal perhubungan, sikap buruk ini belum kelihatan. Namun apabila usia hubungan menjangkau setahun ke dua tahun, wanita akan cenderung mengawal setiap perilaku teman lelaki.

Bagaimana pula lelaki? Adakah lelaki juga ada yang bersikap ‘king control’? Mungkin hanya 30 peratus saja tetapi penulis bukan mahu menyebelahi mana-mana jantina tetapi itu realitinya.

Ada juga yang beranggapan lelaki dan wanita sama saja kuat mengawal kerana ragu dengan kesetiaan yang ditonjolkan kekasih. Sedangkan kepercayaan adalah dinding pengukuh hubungan.

Memang kelakar apabila terjumpa remaja yang bersikap optimis. Terlalu yakin akan bertemu jodoh dengan lelaki atau perempuan yang dicintai sekian lama.

Bagaimana jika dijodohkan dengan orang lain? Bayangkanlah!

Tinggalkan buah hati

Rimas dikawal setiap masa membuatkan lelaki akan mula memandang perempuan lain. Barangkali wanita yang baru dikenali dapat memberikan kebebasan kepada lelaki untuk bertindak sendiri tanpa perlu dikongkong.

Penulis sendiri ada seorang kawan lelaki, meninggalkan kekasihnya kerana rimas dikawal sehingga tidak berpeluang untuk berjumpa rakan yang lain.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk meninggalkan kekasihnya itu dan beranggapan keadaan akan lebih parah apabila mendirikan rumah tangga nanti. Keputusan dibuat selepas meminta pandangan dan nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman.

Lelaki tidak suka dikongkong dan disoal selidik sepanjang masa oleh kekasih. Mereka berasa diri tidak dipercayai dan seolah-olah tidak setia.

Apabila terjadinya anggapan itu, lelaki akan melakukannya secara realiti sehingga perempuan itu mendapat ganjaran setimpal seperti ditinggalkan dan tidak dipedulikan lagi.

Namun perlu melihat dulu definisi ‘queen control’ itu kerana melahirkan dua pendapat berbeza sama ada positif atau negatif.

‘Queen control’ yang terlalu mengawal pergerakan teman lelaki sehingga tidak mampu bersuara untuk melahirkan pandangan sendiri adalah tindakan negatif yang tidak harus wujud dalam hubungan cinta.

Lima perkara lelaki ingin di sisi wanita

1. Terima seadanya

Perkara yang paling penting adalah anda mengetahui mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki menjadi orang lain.

Jika seseorang perempuan itu mengubah personaliti teman lelaki, berkemungkinan lelaki itu tidak menyukai perempuan itu. Terima lelaki seadanya seperti mereka sudi menerima anda.

2. Memahami sikap lelaki

Cuba memahami sikap dan tingkah laku lelaki. Kemudian menyesuaikan sikap itu dengan diri anda. Adalah lebih baik cuba mengubahnya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan diri anda. Asalkan tidak bertentangan dengan agama dan budaya.

3. Cuba memujuk

Siapalah anda untuk mengubah seseorang itu melainkan dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dan desakan daripada orang lain.

Cuba dulu pada diri sendiri dengan berubah ke arah yang lebih baik lalu mengajaknya pula untuk memperbaiki diri.

4. Saling mempercayai

Jika anda tidak mempercayai lelaki, jangan harap lelaki akan mempercayai diri anda. Untuk membuatkan diri tidak dipercayai bukannya payah dan untuk membuatkan orang percaya kepada anda bukan mudah.

5. Jangan merendahkan martabat lelaki

Apabila berkahwin, lelaki adalah ketua dalam rumah tangga. Maka perempuan jangan sesekali mengecilkan hati seorang lelaki dan membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Kemudian membuatkan lelaki berdiam diri dan tertekan dengan sikap anda itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, August 02, 2013

Kekurangan Lelaki Yang Rupanya Menjadi Tarikan Bagi Wanita

Kekurangan Lelaki Yang Rupanya Menjadi Tarikan Bagi Wanita

Percaya atau tidak, menurut hasil kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, menyebutkan ada beberapa faktor kekurangan kaum Adam yang sebaliknya menjadi daya tarikan kaum wanita! Kedengaran agak pelik tetapi mungkin harapan berguna buat lelaki yang serba kekurangan.

Richard Gere tampan ketika beruban
Richard Gere.

Berikut kami kongsikan buat pembaca terutamanya lelaki hasil kajian tersebut.

Kesan luka

Mungkin tidak ada yang menyangka bahawa kesan luka mampu menjadi sebuah daya tarikan. Dan uniknya bekas luka pada lelaki kadang-kadang dianggap sebagai lambang kejantanan oleh ramai wanita.

Apatah lagi jika mereka merasa tertekan dengan cerita di sebalik luka tersebut. Pasti si wanita akan lebih bersimpati.

Anda seorang yang pelik!

Geek atau si ulat buku mungkin selalu menjadi bahan cerita. Namun kini jangan terkejut jika lelaki yang anda anggap geek/pelik ini memiliki kekasih cantik dan super seksi! Kelakuan 'aneh' lelaki tersebut dianggap unik dan lain daripada yang lain.

Para wanita dewasa ini mungkin bosan dengan lelaki yang nampak 'biasa-biasa' saja.

Daripada memilih lelaki yang biasa mereka temui di tempat lepak, kini ramai wanita memilih untuk keluar berdua dengan lelaki ulat buku yang memiliki impian besar untuk mencipta roket dengan bahan bakar daripada air!

Peluh

Peluh berlebihan pasti membuat kepercayaan diri berkurangan. Namun bagi sebahagian wanita, peluh kononnya mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi.

Apalagi peluh itu keluar ketika lelaki sedang bersukan. Wanita yang melihatnya pasti terkesima.

Menurut sebuah kajian, ketika berpeluh, lelaki mengeluarkan hormon androstadienone yang mampu memicu perempuan menjadi ghairah.

Namun yang perlu diperhatikan adalah kebersihan diri. Jika tubuh anda tidak bersih, peluh yang keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap. Bukannya kelihatan seksi, malah anda akan dijauhi oleh wanita!

Uban

Proses penuaan adalah hal yang pasti. Salah satu tanda-tandanya adalah timbulnya uban atau rambut putih. Kini tak perlu sibuk-sibuk menghitamkan rambut anda secara rutin.

Anda pasti ingat aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih.

Kemunculan uban kini dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh sebahagian wanita. Jadi buat apa malu untuk memilikinya?

Cermin mata

Menurut sebuah kajian di Stockholm, Sweden, wanita kini lebih tertarik dengan lelaki bercermin mata. Kerana golongan ini kelihatan lebih bijak dan cerdas.

Jadi bagi anda yang memiliki penglihatan kurang baik, tak perlu ragu-ragu memakai cermin mata. Yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah anda.

Kepada pembaca wanita, apa pula pendapat anda?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, July 21, 2013

Bagaimana Lelaki Miang Menggunakan Ayat-ayat Manis Untuk Menggoda Wanita?

Bagaimana Lelaki Miang Menggunakan Ayat-ayat Manis Untuk Menggoda Wanita?

Barangkali wanita tidak tahu bagaimana lelaki memikat hati mereka untuk mendapatkan sesuatu secara "percuma" kan? Ada juga lelaki yang menggunakan ayat manis untuk menjerat gadis, wanita, isteri orang dan seumpamanya. Tahukah bagaimana lelaki menggunakan ayat-ayat manis untuk menggoda wanita?

Cara menjauhi Lelaki Miang
Gambar hiasan

Pelbagai taktik yang digunakan dan kadangkala kita tidak terfikir bahawa kita telah terjerumus dalam permainan lelaki dan akhirnya kita menyerahkan segala-galanya.

Penyesalan pada akhirnya tidak berguna dan ketahuilah bagaimana ia bermula untuk anda menolaknya dari awal lagi.

Bagaimana ia bermula?

Pertama sekali yang paling utama untuk lelaki memikat wanita adalahmendapatkan pelbagai jenis medium hubungan dengan anda. No telefon, e-mail akaun sosial, Whatsapp atau apa-apa yang boleh menghubungkan mereka dengan anda.

Langkah seterusnya pastilah dengan mendekatkan diri, dalam erti kata lain "approach". Mula-mula berkenal-kenalan terlebih dahulu. Mereka akan menguji anda dengan pelbagai soalan yang mudah.

Diantaranya adalah, "Awak duduk dengan siapa?", "Sorang je ke kat rumah tu?", "Sunyi je rumah tu?", "Mana anak-anak?", "Boyfriend tak marah ke call ni?", "Suami kerja ke?"

Soalan ini bertujuan menyemak status anda sama ada berkahwin atau tidak atau sudah berpunya atau tidak. Ini bagi menjamin bahawa mereka tidak akan membuang masa untuk memikat.

Langkah ketiga adalah dengan memberikan soalan cepu emas yang kadangkala anda malas menjawabnya.

"Awak kerja mana?", "Awak duduk rumah sendiri ke?", "Awak tak sunyi ke?"

Soalan ini bertujuan untuk mengetahui bahawa anda benar-benar keseorangan dan status kewangan anda. Hati-hati semasa berkata benar. Seeloknya menipu sedikit kerana anda belum kenal siapa mereka sebenarnya.

Langkah keempat adalah dengan menanyakan soalan-soalan sensitif untuk menguji tahap "kegilaan" anda.

"Ish.. Hujan pulak, sejuk sangat". "Sana tak hujan ke? Sini hujan", "Awak tak boring ke duduk sorang-sorang?", "Suara awak ni buat saya...", "Sedapnya suara awak, tak tahan saya mendengar", "Awak tak ada gambar ke?", "Awak nak tengok muka awak..."

Soalan ini untuk memastikan respon anda berkenaan soalan yang ditanya. Jika anda melayannya maka mudahlah untuk mereka melangkah lebih jauh.

Langkah kelima adalah dengan mengajak anda keluar berjumpa, atau yang paling miskin pun mengajak anda ke laman sembang secara langsung (online chat) atau ada juga mula mengajak anda membicarakan isu-isu sensitif seperti, "Awak pakai apa malam-malam ni?"

Langkah keenam? Anda tertewas!

Masa yang diperlukan untuk membuatkan anda terjerat bergantung kepada bagaimana anda melayan mereka. Jika anda memberikan respons yang baik, mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan sesuatu dari anda.

Jika anda kurang memberikan respon maka waktu yang lama diperlukan. Jika respons anda tidak menggalakkan bagi mereka, maka lama-kelamaan anda akan hilang dari pemangsa-pemangsa ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, July 17, 2013

8 Tanda-tanda Seorang Lelaki Curang

8 Tanda-tanda Seorang Lelaki Curang

Dalam sesebuah perhubungan, pasti tidak pernah terlepas daripada dilanda masalah dan antara yang kerap menjadi isu adalah soal kesetiaan. Tidak kisahlah pihak mana yang curang. Pastinya ia adalah tanda-tanda bakal berakhirnya sesebuah perhubungan.

Tanda-tanda Seorang Lelaki Curang

Boleh dikatakan, golongan wanita sering menyalahkan lelaki yang dikatakan suka bersifat curang.

Justeru, kami ingin kongsikan beberapa tips kepada golongan wanita untuk mengetahui jika lelaki itu curang.

1. "Hai. Apa nama kamu?"

Katakanlah anda baru ingin memulakan bibit-bibit cinta dengan seseorang lelaki dan sudah berjumpa beberapa kali. Namun, lelaki itu masih sukar mengingati nama anda.

Apakah alasan lelaki untuk tidak mengingati nama anda. Sudah disebut berkali-kali pun susah nak ingat. Mungkin nama terlalu banyak wanita di fikirannya…

2. Tiada Hujung Minggu?

Jika si dia tidak berjumpa dengan anda pada hujung minggu, pastinya ada 'permainan' di situ.

Ini kerana Jumaat hingga Ahad adalah waktu yang sesuai untuk setiap pasangan meluangkan masa berkualiti mereka bersama.

3. Tiada Kata Putus

Anda telah menjalinkan bibit percintaan selama beberapa bulan dan si dia tidak pernah bercakap soal hala tuju percintaan tersebut.

Atau lebih teruk, dia akan memujuk anda berkata, "awak jangan risau".

4. Parti Liar

Jika seseorang lelaki yang memilih untuk pergi berparti pada hujung minggu dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan lelaki bermakna dia ingin membujang! Anda tidak berapa penting.

5. Putar Belit Psikologi

Anda menuduh si dia bersikap curang dan dia memutar balik situasi dan menuduh anda pula bersikap curang. Jelas, dia cuba untuk mencelarukan pemikiran anda.

6. Tidak Berkawan di Laman Sosial

Anda sedang dalam perhubungan dan si lelaki tidak mahu memasukkan anda ke dalam senarai rakan di laman sosial.

Atas alasan, "Saya tak nak awak cemburu sebab saya ramai 'kawan’ wanita'. Betul ke 'kawan'?

7. Wanita, Wanita dan Wanita

Si dia sering mendapat pesanan ringkas pada setiap jam dan setiap masa dari wanita yang dikatakan sebagai 'kawan'.

Wanita tersebut menghantar gambar kepada si lelaki dan sering 'like' gambar pasangan anda di laman sosial.

Kejap! Bagaimana anda tahu wanita itu 'like' gambar teman lelaki anda sedangkan anda tidak ada dalam senarai rakan? *Pssstt..

8. Budak Nakal

"Saya nakal", "Saya nak 'chill' je". "Saya tak terfikir untuk jalinkan hubungan". – Itu antara ayat-ayat yang digunakan oleh lelaki.

Jadi jika ayat sebegini terpacul dari mulut si lelaki, jangan cuba untuk mengubah. Baik berundur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, June 05, 2013

Ketahui Perkara Yang Di Sukai Wanita Tapi Di Benci Lelaki

Ketahui Perkara Yang Di Sukai Wanita Tapi Di Benci Lelaki

Kadang-kadang ramai wanita di luar sana tidak tahu, perkara yang lelaki benci tentang wanita, kerana ini boleh menyebabkan hubungan tidak kekal lama dan berpanjangngan. Mungkin kerana ada yang berpendapat ia tidak penting.

Ragam wanita dibenci lelaki
Gambar hiasan

Oleh itu setiap wanita yang bercinta hendaklah mengetahui perkara yang pasangannya tidak suka. Ini adalah antara 5 perkara yang boleh dikongsikan.

1. Menonton Drama Romantis Bersiri

Kebanyakan lelaki kurang minat menonton drama bersiri bertema romantis. Akan tetapi, kebanyakan wanita amat suka mengikutinya lebih-lebih lagi cerita Korea.

2. Membaca Novel Romantis

Wanita mempunyai sifat kelembutan yang lebih besar dibanding lelaki sehingga dia minat membaca novel romantis atau mendengar lagu-lagu cinta.

Namun kebanyakan lelaki lebih suka membaca buku yang penuh aksi dan pertarungan.

3. Bergosip

Sebenarnya wanita dan lelaki suka membicarakan hal orang lain ketika sedang berkumpul dengan teman-teman. Namun, lelaki tidak suka kebiasaan wanita yang suka membicarakan orang lain tanpa tahu kepastiannya.

4. Ambil Berat Penampilan

Sebahagian besar lelaki tidak terlalu mengutamakan penampilan. Memakai kemeja, seluar panjang dan mungkin jam tangan sebagai aksesori sudah memadai.

Sedangkan bagi wanita, penampilan adalah segalanya kerana senang dipuji sehingga mereka menghabiskan waktu yang cukup lama untuk bersiap.

5. Bermain Bersama Anak Kecil

Wanita memiliki naluri keibuan sehingga mudah bagi mereka mendekatkan diri dengan anak kecil. Sedangkan lelaki secara umumnya kurang minat bergaul dengan anak-anak.

Lelaki kurang suka bermain, memanjakan anak, kerana mereka tidak ingin memperlihatkan sifat kelembutannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, June 02, 2013

Lelaki Cenderung Kepada Nafsu Apabila Melihat Wanita Seksi

Lelaki Cenderung Kepada Nafsu Apabila Melihat Wanita Seksi

Mata lelaki cenderung tak berkelip semasa dihadapkan tubuh wanita dalam balutan baju ketat, kecil, atau terbuka. Mereka mudah tergoda dengan penampilan seksi wanita. Tapi, tunggu dulu. Tergoda bukan bererti mereka tertarik untuk berhubungan serius.

Wanita Seksi
Gambar hiasan

Kajian terbaharu di Amerika Syarikat menguatkan hujah bahawa ketika lelaki melihat seorang wanita dalam pakaian yang seksi, fikirannya akan berkelana ke arah seks. lelaki akan menjadikan wanita sebagai objek hasrat, tanpa peduli dengan tingkat kecerdasannya.

Dalam kajian tersebut, sejumlah lelaki diperlihatkan siri gambar close up wanita yang fokus ke arah wajah. Sementara kumpulan lelaki lain diperlihatkan siri gambar wanita dengan citra sensual.

Semasa diperlihatkan gambar-gambar wanita berpakaian seksi, berlaku penurunan tahap aktiviti di bahagian otak yang bertanggung jawab terhadap cara pandang tentang seseorang.

Fikiran lelaki membina kesepakatan bahawa wanita seksi cenderung tidak bijak,tidak bercita-cita, dan tidak ramah.

Kajian serupa yang dilakukan Kurt Gray mengungkap bahawa lelaki menangkap gambaran wanita sensual sebagai seseorang yang berpengalaman soal perasaan, tapi tidak soal logik.

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Sosial dan Kepribadian ini juga mengungkap bahawa lelaki memandang wanita dengan baju sopan sebagai peribadi yang kompeten, bijaksana, dan penuh logik.

Hasil kajian tersebut mungkin benar untuk beberapa lelaki namun, Kurt dan beberapa orang yang terlibat dalam kajian serupa berharap bahawa penemuan itu hanya mewakili beberapa kumpulan lelaki.

Ingat kata pepatah: Jangan menilai seseorang dari kulitnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, March 18, 2013

Ketahui Rahsia Ayat-ayat Tersirat Seorang Lelaki

Ketahui Rahsia Ayat-ayat Tersirat Seorang Lelaki

Kita sering mendengar, apabila ada perkataan yang kalau perempuan cakap, mesti ada makna tersembunyi, namun ini pula antara 10 Koleksi Ayat Maut apabila seorang lelaki apabila berkata-kata dan maknanya tersirat, seorang wanita harus fahami.

Lelaki buaya darat
Gambar Hiasan

Ayat maut lelaki: Okeylah, kita sembang lain kali ye.
  • Maknanya: Memang kami bz pun.takde nak kias apa-apa.

Ayat maut lelaki: Tidak pe, saya tak kisah.
  • Maknanya: Memang kami tak kisah pun sebenarnye. Takde nak perli atau sinis-sinis.

Ayat maut lelaki: Kita kawan saja lah ye. Saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
  • Maknanya: Sebab lama sangat bkawan, dah terbiasa. Jadi, tak boleh nak develope feeling more than a friend. Tiada sebab lain. Masa nak dulu, korang yang jual mahal, siapa suruh kan. Sori la ya.

Ayat maut lelaki: Eh, you call? Sori. Tertidur tadi.
  • Maknanya: Ya, memang kami tidur pun.

Ayat maut lelaki: Lain kali je la kita keluar, i busy la sekarang ni. Nanti free i call, ok?
  • Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh. Tolong la faham jangan fikir negatif sangat. Apa pun yang kami buat, untuk masa depan juga.

Ayat maut lelaki: Saya sebenarnya tak la memilih sangat.
  • Maknanya: Memang kami tidak memilih pun. Kami pilih perempuan yang sedap mata kami memandang. Tidak semestinya kena lawa.

Ayat maut lelaki:Saya tak kisah penampilan you macamana pun.
  • Maknanya: Jangan la mekap lebih sangat. Penat kami menunggu.

Ayat maut lelaki: Lain kali kita keluar lagi? Saya kena balik cepat. Ada hal.
  • Maknanya: Memang lepas ni aku nak keluar lagi dengan kau.

Ayat maut lelaki: Saya suka perempuan yang macam ni.. macam tu..
  • Maknanya: Saya tipu je. Saya tak kisah pun. Lelaki tak detail nak pilih apa-apa. Saja nak bagi merajuk sebab awak nampak comel masa.

Ayat maut lelaki: Awak kerja kat mana? As what?
  • Maknanya: Minta-minta la kerja biasa-biasa sahaja. Kalau kerja besar taste pun besar juga, hantaran pun mestilah besar. Nak jaga standardlah tu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, February 25, 2013

Kenali Personaliti Seorang Lelaki Melalui Warna

Kenali Personaliti Seorang Lelaki Melalui Warna

Warna kegemaran biasanya berbeza untuk setiap gender sama ada lelaki atau pun wanita. Kalau biasanya wanita dikaitkan dengan warna-warna lembut seperti merah jambu dan ungu, lelaki pula dikatakan mempunyai perwatakan yang berbeza dan ianya mempengaruhi bagaimana seseorang lelaki itu menggemari warna.

Rahsia Warna Yang Menjadi Lambang Seorang Lelaki

Berikut adalah tafsiran rahsia warna kegemaran kaum Adam di dunia ini. Ketepatan tafsiran ini adalah mungkin ada, namun jangan dianggap ianya sesuatu yang hakiki.

Putih
  • Melambangkan kesucian dan kesegaran.
  • Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis.
  • Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah
  • Melambangkan tenaga fizikal.
  • Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya.
  • Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan.
  • Merah juga berkait denagn tenaga seksual, juga kemarahan.

Jingga
  • Ia adalah campuran merah dan putih.
  • Ia melambangkan sifat kewanitaan.
  • Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
  • Warna ini adalah campuran merah dan kuning.
  • Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning.
  • Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

Kuning
  • Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.
  • Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa.
  • Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau
  • Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam.
  • Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain.
  • Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri.
  • Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran.
  • Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Ungu
  • Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi.
  • Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Hitam.
  • Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan.
  • Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat
  • Ia tanda banyak wang.
  • Ia juga tanda pengasih dan mempunyai prospek masa depan.
  • Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, February 20, 2013

20 Tanda Seorang Lelaki Serius Dalam Percintaan

20 Tanda Seorang Lelaki Serius Dalam Percintaan

Keseriusan dalam menjalin hubungan pasti di dambakan setiap pasangan. Melihat senyumnya, tawanya dan sentuhannya menjadi sesuatu hal yang sukar dilupakan ketika menjalin hubungan serius, yang diimpikan sehingga ke jinjang pelamin.

20 Tanda Seorang Lelaki Serius Dalam Percintaan

Tapi sejauh manakah seriusnya pasangan kamu?

Berikut adalah tanda-tanda seorang lelaki serius dalam menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang wanita:

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tc

Saturday, January 26, 2013

Benarkah Lelaki Kacak Menakutkan Wanita?

Benarkah Lelaki Kacak Menakutkan Wanita?

Benarkah lelaki yang berwajah kacak suka mempermainkan perasaan seorang wanita? Benarkah mereka tidak setia dalam perhubungan? Benarkah mereka hanya tertarik dengan wanita seksi dan kaya?

Lelaki kacak

Benarkah lelaki kacak sifatnya begitu? Jom kita baca.

Lelaki Kacak Kuat Perasan

Lelaki kacak hidup dengan rasa syukur dengan apa yang dimiliki tetapi ada yang terasa dirinya sudah bagus sehinggakan lupa diri aka berlagak.

Contohnya, "Apabila berjalan terasa mata-mata memandang dan masa itu juga bahu akan diangkat setegap mungkin kasi ummpp!"

Setakat angkat bahu, itu sememangnya terlebih normal tapi tiba-tiba ada dua tiga orang menegur "bang, zip seluar terbukalah" tapi dirinya terasa itu sekadar umpan mengurat, saya rasa sesiapa yang menegur pastinya mahu kasi pelempang 44 kali...

Lelaki Kacak Memilih Bulu

Tang memilih bulu ini saya pasti anda kaum perempuan sangat setuju bukan? Zaman sekarang kaum wanita sangat hebat dalam memilih pasangan tetapi malangnya sedar ataupun tidak, lelaki kacak pastinya tidak lagi mendapat tempat pertama dihati wanita.

Seperti sudah dilekatkan dengan gam gajah persepsi "jauhkan diri dari lelaki kacak" semakin sebati dengan jiwa wanita sekarang kerana mereka sudah maklum "golongan kacak hanya memilih wanita yang hot, kaya dan juga menjadi rebutan lelaki lain".

Lelaki Kacak Ikon Kasanova

Kasanova aka ramai spare part memang tak boleh lari dengan mereka yang kacak jadi malang sebentar buat jejaka ini kerana wanita sekarang semakin bijak (mungkinlah). Memiliki rupa pastinya akan dilabel Kasanova dan terimalah seadanya.

Mendapat label sebegini sememangnya indah tapi jangan lupa, anda kasanova pastinya pasangan anda bakal mengikuti jejak yang sama.

Lelaki Kacak Banyak Alasan

Kalau perempuan terkenal dengan bebelan manja, lelaki kacak pula tak kurang hebatnya memberi 1001 alasan.

Alasan dicipta untuk melepaskan diri tetapi tatkala lelaki kacak mengeluarkan perkataan ajaib, perempuan boleh terlentok sehinggakan tak sedar air liur meleleh keluar tetapi yang peliknya perempuan masih lagi menerima alasan tanpa banyak persoalan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, December 17, 2012

12 Ciri-ciri Lelaki Playboy Wajib Di Ketahui Wanita

12 Ciri-ciri Lelaki Playboy Wajib Di Ketahui Wanita

Apakah ciri lelaki playboy? Pernahkah anda dipermainkan oleh lelaki playboy? Sikap playboy adalah suatu sikap yang menjurus lelaki bagi memiliki lebih dari satu teman wanita di dalam satu masa yang sama.

Playboy

Lelaki playboy biasanya menjadi kegilaan ramai berdasarkan caranya yang pandai menarik dan menawan hati wanita.

Mari kita mengenal ciri-ciri lelaki playboy bagi memudahkan anda sebagai wanita menjaga keselamatan dan bagi mengelak hati anda dilukakan.

1. Terlampau ramai rakan perempuan

Ciri Lelaki playboy yang utama biasanya mempunyai ramai rakan wanita dan sentiasa meluangkan masa dengan mereka.

2. Suka Memberi Alasan

Lelaki playboy suka memberi alasan apabila tidak dapat bertemu atau keluar anda.

3. Pandai Berkata-kata

Dia pandai berkata-kata dan mengambil hati anda dengan kata-kata yang mencairkan hati anda. Apabila difikirkan semula apa yang dikatakannnya tidak logik dan tidak pernah dilakukannya terhadap anda.

4. Perahsia

Tidak membenarkan anda mengetahui aktiviti harian dan apa yang sedang dilakukannya.

5. Tiada Keterujaan

Lelaki playboy biasanya tidak teruja apabila bertemu anda. Baginya keluar makan dan bersiar-siar dengan wanita adalah perkara yang biasa dilakukannya.

6. Mempunyai Banyak No telefon

Dia mempunyai banyak no telefon bagi memudahkannnya memikat wanita lain.

7. Sukar Dihubungi

Dia sukar atau lambat membalas SMS mahupun panggilan telefon. Kadang kala apabila anda telefon sentiasa engage. Kemungkinan dia sedang bergayut dengan wanita lain.

8. Keyakinan

Dia mempunyai keyakinan yang melampau dan sentiasa berkata ramai wanita berminat dan berkata sesuatu berkaitannya.

9. Rakan

Anda kurang mengenali semua rakan-rakannya ataupun langsung tidak tahu dia berkawan dengan siapa.

10. Tidak Menepati Janji

Dia selalu tidak menepati janji samaada menonton wayang, makan ataupun bersiar-siar dengan anda.

Temujanji anda sentiasa terbatal kerana dia mempunyai hal untuk diuruskan. Kemungkinan pasangan anda ini menunjukkan ciri lelaki playboy.

11. Perbualan Kotor

Sentiasa berbual berkaitan perkara-perkara yang menjengkelkan seperti seks.

12. Tidak Mengingati Perkara Penting

Dia tidak dapat mengingati perkara-perkara yang penting berkaitan dengan anda seperti hari jadi, tarikh pertama dating, warna kegemaran, makanan kegemaran dan sebagainya.

Mungkinkah dia terkeliru dengan teman wanitanya yang lain?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, November 23, 2012

Fakta Tentang Sifat Seksual Lelaki Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Tentang Sifat Seksual Lelaki Yang Anda Perlu Tahu

Sifat lelaki sebenarnya sangat simple berbanding wanita. Hanya berikan mereka seluar dan baju, lelaki sudah mampu berjalan kehulu dan kehilir tanpa sebarang masalah. Wanita pula sentiasa berfikir secara berlebihan, itu yang menyebabkan dirinya sukar untuk difahami oleh orang lelaki. Berlainan pula dengan orang lelaki ini.

Sifat Seksual Lelaki
Gambar hiasan.

Lelaki lebih tenang dan santai tetapi masih juga sukar untuk difahami wanita. Adakah wanita sukar untuk menangkap sesuatu yang mudah? Atau mereka ini lebih gemarkan sesuatu yang begitu rumit untuk difahami.


Nak tahu lebih lanjut tentang seksual lelaki, baca artikel tentang mereka kat bawah ini:
  • Jumlah air mani lelaki tidak lebih daripada 2 sudu teh ketika ejakulasi berlaku.
  • Seseorang lelaki berejakulasi sebanyak 7200 kali sepanjang hayat secara puratanya.
  • Seseorang lelaki melancap/masturbasi sebanyak 2000 kali secara puratanya sepanjang hayat mereka.
  • 14 gelen air mani lelaki akan terhasil jika air mani tersebut dikumpulkan sepanjang hayatnya.
  • Kelajuan pancutan air mani ketika ejakulasi adalah 55 km/jam.
  • Jumlah kalori bagi satu sudu air mani adalah 7 kalori.
  • Waktu menghairahkan bagi seseorang lelaki untuk bersetubuh adalah pagi hari.
  • Untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah berhenti merokok, bersenam dan jaga pemakanan.
  • Makanan untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah kerang, daging tanpa lemak, roti gandum dan seafood.
  • 60% daripada jumlah lelaki di dunia ini pernah melancap/masturbasi.
  • Secara umumnya bau air mani bergantung pada apa yang dimakan. Jika terlalu banyak makan makanan berlemak baunya adalah hanyir dan jika pemakanan anda seimbang baunya sedikit hamis. Dan jika makan asparagus bau air mani akan menjadi sangat kuat.
  • Rekod dunia zakar terpanjang adalah sepanjang 13.5 inci lebih kurang 34.29 cm.

Berikut adalah sifat lelaki yang sukar difahami wanita:

1. Pemilihan bentuk badan

Orang lelaki tidak menyukai wanita yang kurus mahupun yang gemuk. Mereka ini suka melihat sesuatu yang sukar untuk dicapai oleh seseorang wanita. Bagi mereka, jika terlalu gemuk dan kurus ini menunjukkan bahawa wanita itu sukar untuk menjaga dirinya

2. Tidak suka ambil tahu

Wanita biasanya mahukan perhatian daripada pasangannya, tetapi lelaki pula lebih memilih untuk tidak kisah akan pasangannya. Mereka beranggapan bahawa, mereka tidak perlu mememaksa seseorang menceritakan hal peribadinya kepadanya. Ia juga tidak kisah sekiranya pasangannya tidak begitu berkongsi.

3. Pemilihan pakaian

Agak sukar untuk melihat lelaki yang memilih pakaian agak lama. Hal ini kerana, lelaki lebih suka memilih sesuatu yang selesa dan sedap mata memandang. Maka dengan itu mereka ini lebih mudah dan pantas ketika membeli belah.

4. Terlalu tenang

Apabila berhadapan dengan masalah, mereka ini lebih santai dan tidak terlalu terburu-buru. Mereka tahu setiap masalah itu ada penyelesaiannya, maka dengan itu mereka hanya perlu mencari penyelesiannya bukan menambahkan lagi masalah.

Empat sifat ini sememangnya akan membuat wanita pening untuk memahami lelaki. Hal ini kerana, wanita sentiasa memikirkan sesuatu secara berlebihan, manakala lelaki pula lebih memikirkan tujuan dan perkara yang ringan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, November 12, 2012

Merenung Payudara Mampu Memanjangkan Usia Lelaki

Merenung Payudara Mampu Memanjangkan Usia Lelaki

Merenung payudara wanita selama 10 minit dikatakan mampu memanjangkan usia lelaki antara lima dan enam tahun! Ini adalah kajian yang dijalankan keatas 200 lelaki (sejati dan tulen) di Eropah, diketuai oleh Dr. Karen Weatherby yang menyatakan, renungan selama 10 minit sehari bersamaan dengan 30 minit bersenam di gym.

payudara

Jadi, selepas ini kalau ada lelaki yang merenung payudara anda selama 10 minit, biarkan saja kerana anda sedang membantu memanjangkan umur lelaki tersebut.

Tapi, kalau sudah setengah jam pun masih lagi merenung buah dada anda, lelaki tersebut bolehlah dihadiahkan penumbuk atau lapor kepada teman lelaki atau suami anda.

Lubuk Nafsu Wanita

Puting buah dada yang mendongak ke atas dan panjang dikatakan dipunyai oleh wanita yang mempunyai nafsu yang dikatakan membara dan mahu dimiliki oleh lelaki yang mementingkannya.

Wanita jenis ini dikatakan mempunyai keinginan seks yang tinggi dan tahap kepuasan yang akan dirasakan oleh wanita, begitu hebat jika suami mengetahui rahsia disebalik payudara jenis ini.

Saiz payudara yang besar dikatakan dipunyai oleh wanita yang kuat nafsu tetapi kurang mengecapi kepuasan dalam hubungan seks.

Bagi lelaki, lebih 90% inginkan payudara yang besar kerana dengan payu dara yang besar suami dapat merasai kepuasan yang amat hebat.

Selain itu wanita yang mempunyai buah dada yang kecil dikatakan mempunyai sifat keibuan dan mampu menjadi ibu yang baik.

Satu kajian telah dibuat bagi menegang dan memantapkan lagi payudara, penggunaan air mani lelaki amat berkesan kerana air mani lelaki mempunyai banyak khasiatnya. Hanya perlu disapukan pada payudara isteri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com