Sunday, November 11, 2018

Kebijaksanaan Archimedes Tiada Tolok Bandingnya!

Kebijaksanaan Archimedes Tiada Tolok Bandingnya!

Archimedes bukan saja ahli matematik Yunani yang hebat, malah antara yang teragung sepanjang zaman dan walaupun ramai mengenali Archimedes melalui Prinsip Archimedes (Archimedes Principle), tetapi Archimedes lebih banyak menyumbang dalam lapangan matematik.

Kebijaksanaan Archimedes
Lukisan Archimedes.

Archimedes juga seorang perekacipta dan rekaan mesin-mesin Archimedes pernah membantu kota kediamannya, Syracuse daripada pencerobohan musuh, manakala Galileo Galilei pernah menggelar Archimedes sebagai ‘Superhuman Intellect’.

Wajah Archimedes pula terukir pada pingat Field Medal yang merupakan anugerah tertinggi dalam bidang matematik setaraf Nobel Prize.

Kelahiran Anak Seorang Ahli Astronomi

Archimedes dilahirkan sekitar tahun 287 SM di Kota Syracuse, Sicily. Tidak diketahui tentang ibunya. Ayahnya pula bernama Philadiaus dan merupakan seorang ahli astronomi. Perkahwinan Archimedes juga masih lagi misteri.

Ketika Archimedes dilahirkan, ranting dahan zaitun digantung pada pintu rumah Philadiaus untuk memaklumkan yang beliau telah mempunyai seorang anak lelaki. Kelahiran Archimedes disambut dengan meriah. Hamba-hamba keluarga Philadiaus turut sama meraikan kelahiran ini.

Philadiaus merupakan orang yang dihormati dan mempunyai hubungan yang rapat dengan kerabat diraja Syracuse. Maka, Archimedes dapat pendidikan yang baik ketika zaman kanak-kanaknya.

Pengajian Di Bawah Anak Murid Euclid

Ketika muda, Archimedes belajar sejauh hingga ke Alexandria, Mesir. Sama ada dihantar ataupun beliau sendiri yang pergi ke sana. Archimedes telah menziarahi perpustakaan agung Alexandria sekali gus menambahkan pelbagai ilmu pengetahuannya. Archimedes juga belajar di sekolah yang ditubuhkan oleh ahli matematik agung iaitu Euclid.

Ketika di Mesir, beliau berkawan dengan dua orang tokoh yang agak terkenal juga iaitu Conon dan Eratosthenes.

Eratosthenes merupakan ketua Perpustakaan Alexandria dan orang pertama yang mengukur lilitan Bumi. Ukurannya cuma terlebih 100 batu saja. Persahabatan dengan Archimedes membuatkan mereka saling belajar dan menginspirasikan antara satu sama lain.

Mahkota Emas Raja Hiero II

Dalam dunia fizik, Archimedes terkenal sebagai individu yang menemui konsep keapungan (buoyancy). Terdapat dua versi peristiwa penemuan prinsip ini. Tetapi yang paling popular adalah kisah arahan Raja Hiero II untuk menentukan ketulenan emas mahkotanya.

Pada suatu hari, Raja Hiero II mahukan mahkota emas. Beliau amanahkan kepada tukang emas (goldsmith) untuk menempa mahkota tersebut. Bila sudah siap, Hiero II ragu-ragu sama ada mahkota tersebut betul-betul emas. Beliau bimbang kalau tukang emas itu menipunya dengan menempa mahkota tersebut daripada campuran emas dan perak.

Kiranya, ia akan jadi tidak 100% emas manakala emas yang selebihnya dicuri oleh tukang emas itu.

Hiero II meminta Archimedes untuk menyelesaikan masalah ini tanpa merosakkan mahkota tersebut jadi, Archimedes ada masalah untuk menentukan ketumpatan mahkota.

Ketumpatan emas lebih tinggi daripada ketumpatan perak. Kalau mahkota itu 100% diperbuat daripada emas, ia akan lebih tumpat daripada mahkota yang tidak emas tulen.

Untuk cari ketumpatan, Archimedes kena tahu jisim dan isi padu mahkota. Yang menjadi masalah Archimedes adalah untuk mendapatkan isi padunya kerana mahkota tersebut tidak boleh dileburkan atas arahan raja. Kalau tidak dapat dileburkan, isi padu sukar untuk diukur kerana bentuk mahkota yang kompeks.

Akhirnya ilham kepada jawapan ini lahir ketika Archimedese sedang mandi. Dia mendapati isi padu air yang melimpah keluar daripada tab mandinya sama dengan isi padu tubuhnya yang masuk ke dalam tab mandi tersebut.

Archimedes terlalu seronok lalu berlari keluar dari rumahnya sambal menjerit-jerit “Eureka!” dalam keadaan tidak berbaju. Eureka adalah perkataan Yunani yang bermaksud, “Aku telah menemuinya!”

Beliau akhirnya menemui bagaimana untuk menyelesaikan masalah Hiero II. Eksperimen dijalankan dan memang mahkota tersebut terdapat campuran perak.

Kapal Syracusia Untuk Raja Ptolemy

Versi kedua pula mungkin peristiwa yang lebih tepat walaupun tidak popular. Hiero II meminta Archimedes untuk membina sebuah kapal gergasi yang memuatkan perpustakaan, kolam mandi, gymnasium, kuil Aphrodite dan 8 buah menara yang berdiri di atas patung dewa Atlas.

Waqaf Saham

Tambahan daripada itu, Hiero II mahu kapal tersebut dapat memuatkan 1600 orang termasuk termasuk tentera dan kandang yang memuatkan 20 ekor kuda serta beratus tan sumber makanan dan keperluan.

Bagi Archimedes, sukar untuk membina kapal seberat itu kerana pastinya akan tenggelam. Ketika sedang mandi itulah ilham teragung Archimedes datang. Pengamatan Archimedes pada tab mandinya mampu terapung di atas air itulah yang mengilhamkan penyelesaian kepada masalah Hiero II.

Ketika inilah Archimedes menemui konsep keapungan objek. Beliau pun berlari-lari menjerit “Eureka!” dalam keadaan berbogel dan akhirnya, jawapan kepada cara mahu mengapungkan kapal gergasi yang bakal dibina itupun ditemui Archimedes.

Penjelasannya ialah, kalau air yang digantikan oleh kapal sama berat dengan berat kapal itu sendiri, kapal tidak akan dapat terapung dengan baik. Tetapi kalau berat air yang digantikan oleh kapal lebih ringan daripada berat kapal, kapal akan tenggelam. Maka, berat air yang digantikan oleh kapal mestilah lebih tinggi daripada berat kapal supaya kapal dapat terapung dengan baik.

Kalau kita meneliti dua kisah ini, kita dapati kisah mahkota tadi tidak lebih daripada sekadar Archimedes menemui bagaimana untuk menyukat isi padu objek yang kompleks.

Dalam kisah kapal ini pula, Archimedes benar-benar menemui hukum keapungan. Tapi ini sekadar kemungkinan. Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Kapal tersebut dihadiahkan kepada pemerintah Mesir ketika itu, Ptolemy. Dalam pembinaan kapal tersebut, Archimedes mencipta sejenis mesin skru yang digunakan untuk mengeluarkan air yang bocor ke dalam badan kapal (hull) supaya air tersebut mengalir ke saluran pengairan.

Mesin skru ini atau dipanggil sebagai ‘skru Archimedes’, berilhamkan para petani Mesir yang tidak mempunyai sistem yang efisyen untuk menyalurkan air dari Sungai Nil yang dilihat oleh Archimedes.

Cermin Pemusnah Kapal

Archimedes sangat terkenal dengan ciptaan-ciptaannya dalam pertahanan dan pembangunan Kota Syracuse.

Archimedes pernah menggunakan ciptaannya untuk menembak objek-objek berat ke arah tentera Rom sehingga membuatkan mereka takut dan gementar. Enjin-enjin pertahanannya sangat mengagumkan.

Ketakutan tersebut sampai ke peringkat apabila mereka melihat seutas tali ataupun sekeping kayu yang terlontar dari tembok, mereka terus menderau. Ini yang membuatkan Marcellus kagum dengan ilmu kejuruteraan Archimedes sehingga digelar ‘Briereus geometri’.

Antara ciptaan Archimedes yang menarik adalah gelas-pembakar (burning-glasses) yang digunakan untuk membakar kapal-kapal musuh. Alat ini juga dipanggil sebagai ‘sinaran haba Archimedes’.

Ketika pengepungan Kota Syracuse oleh tentera Rom, Archimedes menggunakan gelas-pembakar ini untuk memusnahkan kapal-kapal tentera Rom. Konsepnya kita sudah biasa lihat. Ambil kanta pembesar dan tisu. Halakan cahaya matahari yang terbentuk di kanta pada tisu. Tisu akan terbakar dalam masa beberapa minit.

Semakin tinggi fokus cahaya matahari, semakin cepat objek yang menjadi sasaran terbakar. Peristiwa ini dikatakan sebagai legenda kerana secara praktikalnya masih tiada orang sehinga zaman kini yang mampu melakukan apa yang Archimedes lakukan.

Archimedes tidak penah menulis untuk menjelaskan rekaan enjin dan ciptaan-ciptaannya kerana baginya kejuruteraan terlalu hodoh berbanding sains tulen dan matematik.

Cabaran Raja Hiero II

Tuil (lever) sudah lama wujud sebelum zaman Archimedes lagi, tetapi Archimedes adalah orang pertama yang betul-betul faham bagaimana tuil ini berfungsi dari sudut matematik.

Kefahaman itu yang membuatkan Archimedes bertitah:

“Bagi aku satu tempat berdiri dan tuil yang cukup panjang. Aku akan gerakkan dunia ini!”

Raja Hiero II mencabar Archimedes untuk menolak sebuah kapal yang dinaiki para tentera dan barang-barang lain.

Archimedes lantas membangunkan sebuah sistem tuil yang agak kompleks tetapi hasilnya, kapal itu dapat ditolak dan digerakkan oleh Archimedes dengan mudah. Terus rasa kagum menyelubungi Raja Hiero II dan para penonton.

Matematik

Archimedes banyak menyumbang dalam bidang matematik. Karyanya dalam bidang matematik termasuklah ‘On the Measurement of a Circle’ yang menjelaskan tentang kiraan-kiraan bulatan.

Antara yang dibahaskan dalam karya ini ialah formula 2πr dan juga nilai Pi. Kemudian dalam ‘On Spirals’, ia berkisar tentang pusaran bermatematik atau dikenali juga sebagai ‘pusaran Archimedes’ (Archimedean spiral).

Dalam karya ‘On the Sphere and the Cylinder’ pula, ia membahaskan formula-formula untuk mengira isi padu sfera dan silinder. Ini merupakan sumbangan Archimedes paling agung termasuk karya kiraan bulatan yang disebut awal tadi. Formula-formula macam 2πr3 dan 4/3 πr3 datang dari Archimedes.

Karya-karyanya yang lain Archimedes adalah tentang penciptaan formula untuk mengira luas dan isipadu untuk bentuk-bentuk lain seperti parabola, kon, segitiga dan lain-lain.

Perkara yang membuatkan ahli-ahli matematik selepas zamannya tertekan adalah Archimedes tidak pernah menunjukkan bagaimana beliau mendapatkan formula-formula ini.

Apabila diberikan masalah, Archimedes terus menyelesaikannya. Beliau mempunyai tabiat begini sewaktu belajar di bawah anak-anak murid Euclid di Mesir.

Tekanan ini berakhir apabila karyanya ‘The Method’ ditemui pada tahun 1906 M. Dikatakan karya ini pernah disimpan oleh kawannnya, Eratosthenes.

Dalam karya ini, Archimedes menunjukkan kaedah dan pembuktian formula-formula yang telah beliau paparkan di karya-karya lain.

Dalam karya ini juga, Archimedes memperkenalkan konsep ‘pusat jisim’ (centre of mass) iaitu konsep dalam memahami keseimbangan.

Kematian Archimedes

Archimedes meninggal pada tahun 212 SM ketika Perang Punic ke-II. Ketika peperangan ini, tentera Rom dapat menakluk Kota Syracuse setelah dua tahun membuat kepungan.

Dikatakan ketika Kota Syracuse dikepung, Archimedes sedang menyelesaikan permasalahan matematik di atas pasir.

Tentera Rom meminta Archimedes menemui Jeneral Marcus Claudius Marcellus tapi Archimedes menolak atas alasan mahu menyelelesaikan dulu permasalahan tersebut. Jeneral Marcellus adalah orang yang mengetuai penaklukan ke atas Kota Syracuse.

Tentera Rom tersebut marah kerana Archimedes masih lagi berdegil lalu membunuh Archimedes walaupun sudah diberikan arahan supaya Archimedes tidak dibunuh.

Jeneral Marcellus sangat marah apabila mendapat laporan Archimedes dibunuh kerana beliau melihat Archimedes sebagai aset saintifik yang berguna. Marcellus menggelar Archimedes sebagai ‘Geometri Briareus’.

Menurut mitos Yunani, Briareus adalah salah seorang gergasi yang membantu dewa-dewa Olympian melawan Titan ketika Pertempuran Dewa-dewa (Battle of the Gods).

“Jangan ganggu bulatan aku” merupakan ayat terakhir Archimedes.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Saturday, November 03, 2018

Onna-Bugeisha, Legenda Pahlawan Samurai Wanita Jepun

Onna-Bugeisha, Legenda Pahlawan Samurai Wanita Jepun

Lama sebelum dunia barat mengenali pahlawan samurai sebagai sesuatu yang dikuasai kaum lelaki, telah wujud sekumpulan samurai wanita di mana mereka adalah sama hebat dan pakar. Mereka dikenali sebagai Onna-bugeisha, dilatih sama seperti lelaki, samada dalam gerakan bertahan atau menyerang.

Onna-Bugeisha, Legenda Pahlawan Samurai Wanita Jepun
Gambar hiasan.

Mereka juga dilatih menggunakan senjata yang direka khas untuk wanita, diberi nama Naginata, yang bersesuaian untuk mengimbangi tubuh badan mereka yang lebih kecil.

Selama bertahun lamanya mereka berjuang bersama samurai lelaki, Onna-bugeisha juga diberikan penghormatan serta menjalankan tugas yang sama dengan samurai lelaki.

Pada tahun 200 Masihi, Maharani Jingu sendiri telah mengatur dan memimpin satu perperangan ketika menawan Korea.

Pada waktu itu, pemahaman tradisional pada umumnya, kedudukan wanita adalah di belakang lelaki dan mereka perlu patuh kepada suami serta mempunyai peranan sebagai suri rumahtangga.

Namun begitu, pengecualian dibenarkan terhadap wanita seperti Jingu kerana golongan wanita seperti ini dilihat sebagai berdikari, gagah dan berani berlawan di samping samurai lelaki.

Setelah Maharani Jingu menjadi pembuka jalan, manakala Onna-bugeisha yang lain pula mula menempa nama.

Sekitar tahun 1180 hingga 1185, satu perang telah meletus di antara dua suku kuasa pemerintah Jepun.

Perang Genpei melibatkan perperangan di antara suku Minamoto dan suku Taira yang sama-sama percaya mereka yang layak memerintah.

Onna-Bugeisha, Legenda Pahlawan Samurai Wanita Jepun
Salah seorang samurai wanita pertama adalah Maharani Jingu.

Perperangan ini menjadi kejatuhan kepada suku Taira manakala suku Minamoto pula berjaya mengekalkan kekuasaan mereka.

Mereka mungkin tidak dapat melakukannya sekiranya bukan kerana Tomoe Gozen, seorang Onna-bugeisha.

Tomoe Gozen, seorang legenda Onna-bugeisha Gozen dinyatakan sebagai seorang yang sangat berbakat di medan tempur bahkan juga seorang yang mempunyai kepandaian yang luar biasa.

Dalam pertempuran, dia telah mempamerkan kehebatan memanah sambil menunggang kuda. Dia juga mahir menggunakan katana, pedang panjang tradisi samurai.

Di luar medan perang dia juga seorang yang digeruni, tenteranya patuh kepada setiap arahannya dan juga percaya setiap gerak hatinya.

Dia terlibat dalam politik dan berita tentangnya tersebar luas di serata Jepun. Tidak lama kemudian, suku Minamoto menamakan Tomoe Gozen sebagai Panglima Perang Jepun sebenar yang pertama.

Dia sememangnya tidak mengecewakan.. Pada tahun 1184, dia telah mengetuai 300 orang samurai menuju ke medan perang berhadapan dengan 2,000 orang pahlawan suku Taira.

Onna-Bugeisha, Legenda Pahlawan Samurai Wanita Jepun
Tomoe Gozen.

Tomoe Gozen merupakan salah seorang daripada hanya 5 pahlawan Minamoto yang terselamat.

Selepas itu pada tahun yang sama juga ketika Pertempuran Awazu, dia telah berjaya mengalahkan pahlawan paling terkenal dari suku Musashi iaitu Honda no Moroshige. Dia memenggal kepala Moroshige dan menyimpan kepalanya sebagai piala.

Apa yang berlaku kepada Tomoe Gozen selepas pertarungan itu tidak dapat dipastikan. Ada yang mengatakan dia meneruskan pertarungan sehingga terkorban, yang lain pula mendakwa dia pergi dengan menaiki kuda membawa kepala Moroshige bersamanya.

Walaupun tiada rekod mengenai Gozen selepas pertempuran itu, ada dakwaan mengatakan dia telah mengahwini seorang rakan samurai dan menjadi biarawati setelah kematian suaminya.

Berabad lamanya setelah pemerintahan Tomoe Gozen, Onna-bugeisha mula berkembang.

Pahlawan wanita telah menjadi sebahagian dari samurai yang melindungi perkampungan dan membuka lebih banyak sekolah di sekitar Empayar Jepun untuk melatih wanita muda tentang seni pertarungan serta penggunaan Naginata.

Walaupun terdapat banyak suku kumpulan tersebar di serata Jepun, kesemua mereka termasuklah pahlawan samurai mula menerima Onna-bugeisha.

Onna-bugeisha terakhir

Onna-Bugeisha Terakhir

Akhirnya, semasa zaman pergolakan di antara pemerintah suku Tokugawa dan Pihak Istana (Imperial Court) pada tahun 1868, satu kumpulan khas pahlawan wanita yang dikenali sebagai 'Aizu Yoshitai' telah dibentuk dan diketuai oleh seorang Onna-bugeisha berusia 21 tahun bernama Nakano Takeko.

Takeko secara keseluruhannya dikira sebagai seorang pahlawan samurai wanita hebat yang terakhir, manakala Pertempuran Aizu pula adalah merupakan penglibatan terakhir bagi Onna-bugeisha.

Sejurus selepas kekalahan Shogun, pemerintahan Jepun telah diambil alih oleh Imperial Court.

Walaupun zaman Onna-bugeisha telah berakhir selepas Takeko, namun pahlawan wanita masih ada di kebanyakan tempat.

Sepanjang tahun 1800-an, wanita terus mencabar pemikiran tradisional mengenai peranan jantina dalam pertempuran.

Ketika sebahagian besar dunia melihat pahlawan samurai sebagai lelaki gagah dan kuat, wanita juga telah menempa legenda tersendiri sebagai Onna-bugeisha di dalam sejarah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, August 11, 2018

Kisah Asal-usul Pengembaraan Raja Monyet Sun Wukong

Kisah Asal-usul Pengembaraan Raja Monyet Sun Wukong

Kisah Journey To The West (JTTW) adalah novel pengembaraan yang ditulis dari dinasti Ming yang mengisahkan tentang pengembaraan sami Xuanzang ke Barat bagi mencari skrol purba. Bersama beliau adalah 3 orang sekawan yang aneh dan mahir bertarung.

Kisah Asal-usul Pengembaraan Raja Monyet Sun Wukong

Sun Wukong (Raja Monyet) yang lahir dari batu. Makhluk yang selalu mengganggu dunia kayangan sehingga para dewa dewi pening akan gelagatnya.

Berwajah monyet dan perwatakan nakal namun dia adalah kawan paling diharap Xuanzang.

Watak Goku dalam Dragon Ball sebenarnya diinspirasikan dari watak Sun Wukong sendiri. Terkejut kan?

Seorang kawan kembara lagi adalah Zhu Bajie, asalnya adalah marshal dalam dunia kayangan. Tetapi dia dihukum turun ke Bumi kerana menggatal dengan Dewi Bulan.

Namun, tiba ke Bumi dia diinkarnasikan sebagai manusia berupa khinzir. Walaupun gatal dan tamak namun dia setia mengembara bersama Zuanxang. Kawan terakhir adalah Sha Wujing.

Asalnya adalah jeneral kerajaan langit, juga dihukum turun ke Bumi dan diinkarnasikan dengan wajah raksasa.

Sha seorang yang sopan dan berdisiplin berbanding Sun Wukong dan Zhu Bajie. Dia juga selalu menjaga Zuanzang dalam perjalanan mereka.

Banyak media massa mengangkat JTTW sama ada movie, drama bersiri dan anime. Terbaru adalah drama TV bersiri iaitu The New Legends of Monkey (2018).

Jalan cerita hampir sama tapi misi mereka berempat adalah menyelamatkan dunia dari tangan para iblis.

Kisah Asal-usul Pengembaraan Raja Monyet Sun Wukong

Sebenarnya JTTW adalah novel yang diinspirasikan dari pengembaraan sami Xuanzang sendiri ke India yang kononnya ‘Barat’ pada zaman dinasti Tang, pada abad ke-7 Masihi.

Tujuan kembara beliau adalah bagi mengkaji hubungan ajaran Buddha China dan Buddha India.

Dan beliau adalah antara tokoh keagamaan atau pengembara pertama dunia yang menjelajah keluar dari tanah air.

Kerana pengembaraan Xuanzang yang penuh liku demi memperkasakan ajaran Buddha, beliau menjadi kebanggaan China sehingga direkod dalam ‘Rekod Terbaik Tang di Bahagian Barat’ dan lahirnya JTTW.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Friday, July 20, 2018

Legenda Buaya Bujang Senang

Legenda Buaya Bujang Senang

Cerita mengenai buaya raksasa, Bujang Senang, yang menghuni sungai-sungai di Sarawak bukanlah kisah dongeng bahkan namanya masih digeruni hingga kini dan segalanya bermula pada tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak.

Legenda Bujang Senang, Buaya Berjalur Putih Yang Menggemparkan Malaysia

Pada masa itu, Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga, cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai.

Sepantas kilat, seekor buaya besar timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya.

Ketika itulah Kebir menyedari buaya itu mempunyai belang putih di belakangnya. Warna itu pula kelihatan berkilau-kilauan.

Patah

Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi cuma bahagian atas mayat lelaki itu ditemui.

Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan "Operasi Buaya Ganas" di semua sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.

Operasi itu gagal dan Bujang Senang terus mengganas dan di antara tahun 1982 hingga 1991, seramai 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang.

Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya.

Air Sungai Pelaban hanya sedalam paras pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan.

Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera.

Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.

Entah kenapa, buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Mandau pantas melemparkan lembing ke kepala buaya itu malangnya lembing itu patah.

Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Bujang Senang melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.

Kepala

Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter.

Buaya itu menemui ajal dan bangkainya diangkut ke rumah panjang selama empat jam perjalanan.

Selepas itu barulah disedari di belakangnya ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan.

Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang, selain timah dan tali nilon.

Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki).

Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja.

Sesetengah masyarakat di pedalaman Sarawak percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar sekarang.

Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak.

Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk.

"Itulah kali pertama saya berjumpa dengan buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya," imbau Johnson yang membuka Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi.

Katanya kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di sekitar Batang Lupar.

Legenda

Legenda Bujang Senang, Buaya Berjalur Putih Yang Menggemparkan Malaysia
Tengkorak Bujang Senang.

Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.

"Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa.

"Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino," ujarnya.

Apa pun, ada orang yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati.

Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar.

Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf.

Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka.

ASAL-USUL BUJANG SENANG

Diriwayatkan melalui cerita lisan orang tua-tua di dalam masyarakat Iban yang mendiami kawasan sekitar Sungai Skrang Sarawak, beratus-ratus tahun dahulu ketika adat ngayau atau adat memburu kepala masih lagi diamalkan di dalam masyarakat pribumi telah gah seorang pahlawan Iban yang bernama Lungu.

Pahlawan Lungu ini diceritakan sebagai seorang pahlawan yang hebat terutama sekali sewaktu beliau menyertai ekspedisi mengayau kerana menyebut namanya sahaja musuh sudah gerun.

Dikatakan bahawa Lungu telah banyak membunuh dan juga memotong kepala musuhnya dan kehebatannya bukan sahaja di kawasan sekitar Sungai Skrang namun sehingga ke Batang Lupar.

Diceritakan juga bahawa Lungu ini kebal iaitu tidak lut senjata dan kerana itulah beliau di dalam setiap peperangan dengan mudah membunuh musuhnya dan tiada tercalit pun kesan kecederaan pada dirinya.

Perkara akan hal kebalnya pahlawan Lungu ini telah menyebabkan musuh-musuhnya bertekad untuk mencari kelemahannya agar mudah mereka membunuh pahlawan Lungu ini kelak.

Pada satu ketika, maka bertekadlah musuh-musuh Lungu untuk menculik isteri kesayangan Lungu dan diharap dengan menculik isterinya maka dapatlah mereka mengetahui kelemahan pahlawan Lungu.

Isteri kesayangan Lungu telah diculik dan disembunyikan di suatu kawasan tidak jauh daripada Sungai Batang Lupar.

Apabila mengetahui bahawa isterinya telah diculik maka marahlah Lungu dan beliau dengan seorang diri telah mengejar penculik-penculik isterinya sehingga ke Sungai Batang Lupar.

Seketika di dalam penculikan itu, isteri Lungu telah diseksa oleh musuh-musuh Lungu demi mendapatkan rahsia kekebalan Lungu.

Dek kerana tidak tertahan kepada keseksaan tersebut, isteri Lungu telah secara tidak sengaja membuka rahsia bagaimana untuk menewaskan Lungu.

Setelah mengetahui rahsia kelemahan Lungu, musuh-musuhnya dikatakan telah melepaskan isteri Lungu namun apabila isteri Lungu terlerai dari ikatan tali pada tangannya, dimasa beliau berlari maka pihak musuh Lungu telah membaling tombak ke arah badan isteri Lungu maka matilah isterinya yang tidak berdosa itu.

Lungu yang melihat pembunuhan isterinya itu telah naik radang lalu bertarung dengan musuh-musuhnya.

Namun sayangnya tanpa Lungu sedari bahawa rahsia kekebalannya telah bocor di tangan musuh-musuhnya.

Musuh-musuh Lungu dengan sengaja mengajak Lungu untuk bertarung dekat dengan air sungai kerana dikatakan kekebalan Lungu tidak menjadi sekiranya dia memijak air sungai ataupun bertarung di dalam sungai.

Lungu yang sudah marah dan hanya ingin menuntut bela atas kematian isterinya yang dicintai sudah tidak mengendahkan pantangnya lagi dan terus bertarung dan akhirnya musuh-musuh Lungu berjaya membaling tombak dan kemudiannya Lungu tewas.

Tidak cukup dengan kematian Lungu yang luka parah akibat ditombak, jasad Lungu juga disula terbalik dan mayat Lungu dan isterinya dibiarkan di tepi Sungai Batang Lupar agar ianya tenggelam dan dibawa oleh arus sungai yang deras apabila air pasang kelak.

Diriwayatkan bahawa mayat kedua-dua pasangan suami isteri iaitu Lungu dan isterinya setelah air pasang telah bertukar menjadi 2 ekor buaya besar.

Salah seekor buaya besar ini mempunyai tanda belang putih dibelakangnya dan inilah yang dikenali sebagai Bujang Senang.

Mengikut cerita orang tua, buaya Bujang Senang ini telah bersumpah akan menuntut bela atas kematian mereka dengan menjadikan setiap generasi yang berkaitan dengan musuh-musuh yang telah membunuh mereka sebagai korban.

Sehingga sekarang masyarakat setempat di sekitar Sungai Batang Lupar masih lagi mempercayai bahawa buaya Bujang Senang itu tidak mati kerana dia adalah buaya keramat penghuni Sungai Batang Lupar.

Ramai manusia telah menjadi mangsanya dan kita masih lagi tidak mengetahui samada benar atau tidak bahawa Bujang Senang telah pun terkorban seperti yang diwar-warkan pada tahun 1992.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo | coms

Saturday, June 16, 2018

Legenda 'Putera Ivan Ivanovich' Raja Bertaring Dua

Legenda 'Putera Ivan Ivanovich' Raja Bertaring Dua

Bukanlah satu perkara yang menghairankan apabila seorang raja didapati zalim dan salah seorang daripada senarai panjang raja-raja di seluruh dunia adalah Ivan IV Vasilyevich, perintis kepada pengasasan Empayar Rusia.

Legenda 'Putera Ivan Ivanovich' Raja Bertaring Dua

Mudah kata, Ivan IV merupakan raja yang sangat zalim, tetapi kezaliman baginda bukannya satu nikmat, sebaliknya tindak balas kepada penganiayaan, cinta dan kegilaan dilalui baginda.

Ivan dilahirkan pada ketika Moscow mengharungi zaman berseni dibawah penguasaan ayahandanya, Vasili III. Kelahiran baginda disambut hujan lebat yang dahsyat, serta satu tilikan daripada Kanat Kazan:

“Seorang raja dilahirkan dalam kalangan anda; baginda mempunyai dua gigi. Gigi yang pertama, baginda akan mengunyah kami. Gigi yang kedua pula, baginda akan mengunyah anda.”

Tetapi Ivan bukanlah anak kepada isteri pertama Vasili III. Ayahandanya terpaksa mencari isteri baru bernama Elena Glinskaya untuk menggantikan Solomonia Saburova yang tidak dapat memberikannya zuriat.

Melalui Elena, Vasili III mendapat dua cahaya mata – Ivan sendiri, dan Yuri Vasilyevich tetapi, tidak lama kemudian, kedua-dua anak ini menjadi yatim apabila Vasili III mangkat akibat sepsis daripada jangkitan bisul pinggul kanannya.

Sebelum mangkat, Vasili III melantik Elena Glinskaya sebagai pemangku sehingga Ivan Vasilyevich mencapai usia. Tentunya baginda sangka tindakan ini terbaik demi kerajaannya.

Tetapi, apa yang baginda tidak sangka adalah kematian Elena lima tahun kemudian. Kajian keatas jenazah Elena mendapati cebisan-cebisan mercury, menandakan Elena diracun dan yang bertanggungjawab dipercayai adalah Keluarga Diraja Shuysky.

Kemangkatan ibundanya membentuk kebencian dalam jiwa Ivan. Untuk beberapa tahun kemudian, kebencian ini mengeruh apabila penguasaan politik Rusia diagihkan antara golongan bangsawan yang menyanjung putera-putera diraja depan khalayak ramai, tetapi disebalik tatapan umum, mereka dianiayai sehingga dibiarkan lapar. Dendam Ivan dilepaskan ke atas haiwan.

Tanpa raja, golongan keluarga Shuysky menguasai Rusia menerusi Putera Vasili “Nemoy” sebagai pemangku melalui perkahwinan bersama sepupu Ivan.

Tetapi “Nemoy” kemudiannya mangkat dan pemangkuan takhta diturunkan kepada seorang putera daripada Shuysky bernama Ivan Vasilievich (akan dinamakan Ivan Shuysky untuk memudahkan pemahaman).

Ivan Shuysky pula membebaskan Putera Andrey Mikhailovich yang dituduh pengkhianat semasa pemerintahan Vasili III.

Ketika berusia 13 tahun, Ivan Vasilyevich bergaduh dengan Andrey Mikhailovich kerana meletakkan but kotornya diatas katil Ivan. Maka Ivan membalas perbuatan ini dengan cara yang tidak dijangka – memberkas Andrey, membiarkannya untuk dibaham anjing-anjing buruannya. Andrey mangkat di situ juga!

Tiga tahun seterusnya, masih lagi berdendam dengan bangsawan, Ivan menaiki takhta, tetapi bukan sebagai Putera, tetapi Raja (Tsar) yang etimologinya berasal daripada darjat Rom “Caesar”.

Ivan Vasilyevich memandang dirinya sebagai “Caesar” Rusia dan sesungguhnya, baginda benar-benar mencipta sebuah legasi yang berhampiran dengan darjat tersebut.

Setahun kemudian, Tsar Ivan membuat keputusan untuk berkahwin. Baginda tidak memilih jalan tradisional iaitu raja-raja berkahwin dengan calon dari luar negara. Permaisurinya adalah anak tempatan Rusia daripada Keluarga Diraja Rendah Romanov, iaitu Anastasia Zakharyina Romanovna.

Cinta mereka berdua sememangnya warna-warni. Semasa perkahwinan mereka, penguasaan Ivan disinari cahaya yang dikenali sebagai “kepimpinan cemerlang”, yang membawa Rusia dari satu kejayaan ke satu kejayaan.

Benarlah bahawa cinta mampu mengekang kegeraman. Api kemarahan Ivan IV ditenangkan dakapan Permaisuri Anastasia. Hasil daripada “kepimpinan cemerlang”, Rusia dibebaskan daripada masalah-masalah politik dan kewangan. Barisan bangsawan dibersihkan.

Dari segi hubungan luar negara, Tsar Ivan mewarisi konflik berpanjangan bersama Kanat Kazan.

Dibawah Vasili III, Kazan sudahpun menyerahkan kedaulatan kepada Rusia, tetapi Khan pro-Moscow kemudiannya dibunuh kumpulan anti-Moscow dan bangsa Kazan melancarkan serangan demi serangan keatas Moscow, yang gagal sehingga menyokong arus pro-Rusia kembali.

Walaupun muda, Tsar Ivan tetap menyokong arus pro-Rusia ini, yang membawanya ke medan perang dengan 150,000 anggota tentera. Dan kejayaan Rusia mengingati semula tilikan Kazan:

“Seorang raja dilahirkan dalam kalangan anda; baginda mempunyai dua gigi. Gigi yang pertama, baginda akan mengunyah kami. Gigi yang kedua pula, baginda akan mengunyah anda.”

Ketiadaan Kanat Kazan menjamin akses Tsar Ivan ke rantau Ural dan Siberia dan sebagai tanda kejayaan, Rusia mendirikan sebuah gereja di Moscow, yang pada hari ini bernama Gereja Pokrovsky (Gereja Saint Basil) di Dataran Merah, Moscow.

Arkitek yang mendirikan gereja ini kemudian dibutakan matanya agar tidak dapat membuat apa-apa lagi binaan yang setaraf Gereja Saint Basil.

Pengekangan jiwa dendam Ivan IV akhirnya keluar juga selepas Permaisuri Anastasia mangkat dan didapati dibunuh menggunakan racun seperi Elena Glinskaya. Perasaan paranoia mula menyelubungi Ivan IV.

Jeneral Andrey Kurbsky yang benar-benar taat terpaksa mengkhianati Ivan demi Lithuania semasa Perang Livonia. Paranoia Ivan mengeruh sehingga tertubuhnya organisasi radikalisme bernama Oprichnina.

Operasi-operasi Oprichnina menggambarkan kezaliman Ivan – menzalimi rakyat dengan pembunuhan terbuka dan rampasan hartanah dan Ivan pula mula melihat musuh di merata-rata tempat, musuh yang sebenarnya imaginasi. Mimpi paling ngeri baginda berlaku apabila puteranya mati ditangannya.

Legenda 'Putera Ivan Ivanovich' Raja Bertaring Dua

Tsar Ivan telah membatalkan dua perkahwinan puteranya atas ketidaksuburan puteri-puteri tersebut, tetapi Puteri Yelena Sheremetva akhirnya hamil dengan anak kandung puteranya sendiri.

Punca masalah bermula atas ralat dalam perancangan ketenteraan, yang Putera Ivan Ivanovich bergegas untuk meminta lebihan tentera agar pertempuran di Pskov dapat dimenangi.

Putera Ivan Ivanovich pula murka apabila ayahandanya menyerang Puteri Yelena hanya sebab pakaiannya.

Hasil daripada serangan tersebut, kandungan Yelena tergugur dan semasa pertelingkahan ayah-anak berlaku, Tsar Ivan hilang sabar lalu menghentam kepala Ivan Ivanovich dengan cokmar besi.

Putera Ivan Ivanovich jatuh sehingga koma selama beberapa hari. Baginda tersedar seketika untuk memberi kata-kata terakhir, lalu mangkat pada tahun 1581.

Kemangkatan ini memberi impak besar kepada Tsar Ivan. Baginda mula mencari pengampunan sebagai seorang biarawan, seolah-olah sedang bersedia untuk mati.

Kesihatannya juga mula mengeruh dan arthritis menamatkan riwayat 54 tahunnya pada tahun 1584.

Rusia terjurumus dalam kancah krisis berpanjangan selepas kemangkatannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Saturday, June 09, 2018

Legenda Kisah Batang Kayan, Perjanjian Orang Kayangan Bersama Suku Sebuyau

Legenda Kisah Batang Kayan, Perjanjian Orang Kayangan Bersama Suku Sebuyau

BATANG Kayan itulah satu nama sungai yang lokasinya terletak di Lundu, Sarawak dan sudah semestinya nama sungai ini begitu janggal didengar kerana ramai yang mengetahui bahawa etnik Kayan iaitu salah satu pembentuk Kaum Orang Ulu Sarawak ramai tertumpu penempatannya di Miri, Sarawak.

Legenda Kisah Batang Kayan

Amat jauh sebenarnya lokasi antara kedua-dua buah tempat ini iaitu satu di selatan Sarawak dan satu lagi di utara Sarawak.

Hakikatnya ada satu cerita yang amat jarang diketahui sejarahnya oleh rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.

Dan ditambah lagi sejarah ianya berlaku tidak didokumenkan melainkan menerusi cerita lisan orang tua dulu-dulu.

Suku Kayan sebenarnya pernah mendiami kawasan Lundu iaitu diketika Sarawak masih lagi menjadi tanah kuripan kepada Kesultanan Brunei sehingga ke pemerintahan Raja Sir James Brooke.

Menurut penceritaan secara lisan Penghulu Kalong menyatakan bahawa suatu waktu dahulu, masyarakat pelbagai kaum di Sarawak tidak pernah lari daripada sejarah perang saudara.

Ianya banyak berkisar kepada niat untuk meluaskan wilayah masing-masing dan membuktikan kekuasaan mereka di satu tempat sehingga orang tempatan ada yang terpaksa mengalah mahupun mengangkat senjata mempertahankan tanah mereka dari didominasi oleh orang luar.

Alkisahnya suatu waktu dahulu pernah berlaku perang saudara antara suku Kayan dengan Orang Undop di Lundu.

Sejarah lisan memperkatakan bahawa pada masa itu, suku Kayan telah diburu oleh Orang Skrang dari kawasan Bung Bratak.

Dan sememangnya di dalam sejarah kita mengetahui bahawa Orang Skrang pernah melakukan penjarahan di Bung Bratak sehingga memaksa Orang Bidayuh bangun menentang mereka.

Dan diceritakan juga suku Kayan turut ada di Bung Bratak tetapi di dalam jumlah yang sedikit.

Akibat daripada serangan dan buruan Orang Skrang menyaksikan suku Kayan yang sedikit ini melarikan diri sehingga ke kawasan Lundu demi survival masyarakat mereka.

Namun, lain pula jadinya apabila berada di Lundu kerana suku Kayan terlalu bermaharajalela lebih-lebih lagi mereka turut terkenal sebagai antara masyarakat yang gah dengan perang kayau mereka.

Di ketika inilah dikatakan Orang Undop menjadi mangsa kerakusan perluasan kuasa mereka.

Mahu tidak mahu Orang Undop yang merupakan antara masyarakat tempatan di Lundu bangun menghunus senjata dan bersatu dengan Orang Sebuyau yang mendiami kawasan persisiran pantai Lundu.

Pada masa itulah diceritakan bagaimana kekuasaan mistik Orang Sebuyau banyak membantu kemenangan berpihak kepada mereka.

Tiba pada hari yang ditetapkan maka bersiagalah kesemua pahlawan suku Undop dan suku Sebuyau memerangi Suku Kayan di satu tempat tidak jauh dari Gunung Gading.

Jauh sebelum itu diceritakan suku Sebuyau telah menjalankan satu upacara ritual iaitu untuk berhubung dengan Puteri Gunung Gading dan Orang Kayangan bernama Rintaiamis bagi memohon bantuan.

Bermulalah episod yang mana sewaktu pertempuran berlangsung diceritakan air sungai tempat lokasi pertempuran bertukar menjadi satu aliran sungai yang deras.

Pada masa itu juga dikatakan pahlawan Undop dan Sebuyau sedang bersiaga di tepi sungai sementara menanti Suku Kayan berperahu masuk ke sungai tersebut.

Dengan aliran yang deras secara tiba-tiba itulah, pahlawan Suku Kayan tidak mampu mengawal perahu mereka sehingga ada antara mereka yang terhumban ke dalam sungai dan mati lemas.

Bagi pahlawan suku Kayan yang masih hidup serta berupaya berenang ke tepian sungai pula terpaksa berhadapan dengan pahlawan Undop dan Sebuyau seperti Panglima Geransi Ribut Litap yang dengan mudahnya memenggal kepala mereka lantas bercerai dari badan.

Kemudian, mayat-mayat yang terbunuh dibuang ke dalam sungai tersebut sehingga air sungai menjadi merah pekat lalu sejak itulah sungai yang tidak bernama itu diberikan nama Batang Kayan.

Ianya bersempena dengan nama mayat-mayat suku Kayan yang bergelimpangan di sungai tersebut.

Sementara itu biarpun sudah reda peperangan, Orang Kayangan masih tetap membantu Orang Undup dan Orang Sebuyau iaitu dengan menyaksikan seluruh kawasan Gunung Gading pada masa itu hilang dari penglihatan manusia.

Ini adalah untuk memastikan bahawa keamanan akan terus dikecapi di kawasan tersebut dan bagi mengelak ada lagi saki baki suku kayan dan masyarakat yang lain memulakan peperangan di kawasan mereka.

Oleh kerana adanya perjanjian antara Orang Kayangan bersama Suku Sebuyau itulah menyebabkan daerah itu aman damai dan amat jarang berlaku peperangan perluasan kuasa oleh masyarakat lain walau di ketika perang kayau banyak berlaku di Sarawak.

Inilah antara cerita lisan yang menghiasi dunia perang kayau atau perang perluasan kuasa di kawasan Lundu suatu waktu dahulu.

Sehingga ke hari ini masyarakat tempatan masih mempercayai kewujudan unsur-unsur mistik dan supernatural di Lundu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wednesday, May 16, 2018

Legenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Legenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Bila kita berbicara tentang tarikh 13 Mei 1969, satu topik yang takkan lari adalah mengenai legenda parang terbang Mahaguru Silat Selempang Merah yang dikatakan benar-benar terjadi pada masa itu.

Legenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Parang terbang adalah hasil daripada ilmu persilatan seorang Mahaguru Silat yang mampu membuatkan parang-parang itu terbang dan memancung atau menikam musuh pada waktu itu.

Cerita parang terbang datangnya daripada mulut-mulut orang yang ada pada masa itu yang bercerita pun sebenarnya dengar dari mulut orang lain.

Ada satu rumah bekas orang besar Negeri Sembilan yang berasal dari Muar dan didalamnya ada beberapa benda yang diwarisi anak cucu beliau dan pantang larangnya, barang-barang tu tak boleh disentuh atau dialihkan.

Salah satu benda yang disyaratkan termasuk sebilah parang panjang.

"Tu salah satu parang panjang yang terbang masa 13 Mei dulu," kata anak cucu dia.

Ada beberapa sebab kenapa bangsa Melayu sangat bergantung dan sangat percaya dengan kisah parang terbang ini.

Dan kisah parang terbang ini seolah-olah satu safety net untuk orang Melayu merasakan diri mereka akan terus selamat dan terus berkuasa di negara yang satu masa dulu namanya Tanah Melayu.

Walaupun betul atau tidak kisah parang terbang, tetapi legenda parang terbang ini terus menjadi satu bentuk kisah yang membuat orang Melayu rasa selamat dan yakin dengan perjuangan bangsa mereka.

Kita andaikan legenda parang terbang itu betul dan benar-benar terjadi, mungkinkah ia akan bangkit semula bila kedaulatan negara kembali terancam?

Parang Terbang kiyai Salleh

Parang Terbang kiai Salleh
Gambar Parang Terbang kiai Salleh.

Pada tahun 1940an, heboh seantero Malaysia perihal keajaiban parang yang berterbangan melibas mangsanya.

Siapa yang dikatakan terlibat? Siapa lagi kalau bukan Kumpulan Selendang Merah.

Diceritakan orang bahawa kumpulan silat ini bertapak di daerah Muar dan Batu Pahat Johor, juga turut terkenal di Sungai Manik Perak.

Kumpulan ini diketuai awalnya oleh Hj Mohd Salleh bin Abdul Karim yang turut dikenali sebagai Kiyai Salleh Selempang Merah, Panglima Salleh Selempang Merah dan Guru Salleh Parang Panjang.

Pada hujung 1945 dan awal 1946, Kiyai Salleh telah memimpin sekumpulan pejuang sukarela yang mahu menentang kekejaman Bintang Tiga di Muar Batu Pahat dan Pontian.

Kalau tengok pada mata kasar nampak macam parang terbang melibas membunuh orang tetapi sebenarnya menurut cerita, parang itu dipegang oleh ahli kumpulan Selendang Merah yang ghaib dan hanya parang saja dilihat terbang.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: cursingmalay

Wednesday, April 11, 2018

Asal-usul Gelaran 'Uncle Sam' Amerika Syarikat

Asal-usul Gelaran 'Uncle Sam' Amerika Syarikat

Uncle Sam (inisial US) adalah watak kebangsaan UNTUK kerajaan Amerika atau Amerika Syarikat yang pada umumnya menurut legenda, telah digunakan semasa Perang 1812 dan kononnya dinamakan untuk seorang individu bernama Samuel Wilson.

Asal-usul Gelaran Uncle Sam Amerika Syarikat

Sejak awal abad ke-19, Uncle Sam telah menjadi simbol popular kerajaan AS dalam budaya Amerika dan manifestasi emosi patriotik.

Rujukan pertama kepada Uncle Sam dalam kesusasteraan rasmi (berbeza dengan surat khabar) adalah dalam buku pada tahun 1816 bertajuk, The Adventures of Uncle Sam, in Search After His Lost Honor oleh Frederick Augustus Fidfaddy, Esq.

Rujukan lain adalah ketika Perang Revolusi Amerika: Uncle Sam disebut seawal tahun 1775, dalam lirik asal "Yankee Doodle", walaupun tidak jelas sama ada rujukan ini adalah kepada Uncle Sam sebagai metafora untuk Amerika Syarikat atau kepada orang sebenar bernama Sam.

Lirik ini secara keseluruhan meraikan usaha ketenteraan negara muda (AS) ketika mengepung tentera British di Boston.

Stanza ke-13 itu ialah:
Old Uncle Sam come there to change,
Some pancakes and some onions,
For 'lasses cakes, to carry home,
To give his wife and young ones.

Asal-usul

Asal-usul Gelaran Uncle Sam Amerika Syarikat
Columbia.

Pengenalan ikon paling awal di Amerika Syarikat adalah sebagai seorang wanita bernama Columbia, yang mula-mula muncul pada tahun 1738 (pra-Amerika Syarikat) dan kadang-kadang dikaitkan dengan simbol wanita lain, Lady Liberty.

Dengan tercetusnya Perang Revolusi Amerika, Brother Jonathan dan Uncle Sam akhirnya muncul selepas Perang 1812.

Columbia muncul bersama-sama Brother Jonathan atau Uncle Sam, tetapi fungsinya merosot sebagai watak kebangsaan yang memihak kepada Liberty, dan ditinggalkan sebaik sahaja menjadi maskot Columbia Pictures pada tahun 1920-an.

Asal-usul Gelaran Uncle Sam Amerika Syarikat
Lady Liberty.

Menurut sebuah artikel pada tahun 1893, Uncle Sam adalah nama lain untuk Brother Jonathan:

Apabila kita bertemu dengannya dalam politik, kita memanggilnya Uncle Sam; apabila kita berjumpa dengannya dalam masyarakat, kita memanggilnya sebagai Brother Jonathan. Di sini Uncle Sam alias Brother Jonathan telah melakukan banyak aduan yang kuat, hampir tidak melakukan apa-apa.

Jurnal 24 Mac 1810 oleh Isaac Mayo menyatakan:

Berat ditambat berdiri di pelabuhan, melewati Sandy Hook, di mana terdapat dua rumah bercahaya, dan diletakkan di laut, hari pertama dan kedua keluar laut yang paling berbahaya, oh saya boleh naik ke pantai di sini, saya bersumpah bahawa Uncle Sam, seperti yang mereka gelar dia, pasti akan selamanya telah kehilangan jasa sekurang-kurangnya seorang pelaut.

Evolusi

Asal usul sebenar watak Uncle Sam tidak jelas, tetapi legenda yang popular ialah nama "Uncle Sam" berasal dari Samuel Wilson, pembungkus daging dari Troy, New York yang membekalkan bekalan makanan untuk tentera Amerika semasa Perang 1812.

Ada satu keperluan pada masa itu untuk kontraktor menulis nama mereka pada kotak luar bungkusan makanan dan dari mana asal lokasi mereka menghantarnya.

Bungkusan Samuel Wilson dilabel "E.A - AS."

Apabila seseorang bertanya apa yang dimaksudkan pada tulisan itu, seorang bergurau dengan berkata, "Elbert Anderson dan Uncle Sam" merujuk kepada Wilson, walaupun "AS" sebenarnya adalah untuk Amerika Syarikat.

Keraguan telah dibangkitkan mengenai keaslian cerita ini, kerana ia tidak muncul dalam bentuk cetakan sehingga 1842.

Di samping itu, sebutan paling awal merujuk kepada Uncle Sam adalah metafora dari tahun 1810, menjelaskan kontrak Samuel Wilson dengan kerajaan.

Seawal tahun 1835, Brother Jonathan memberi rujukan kepada Uncle Sam, yang menyatakan bahawa: Brother Jonathan adalah negara AS itu sendiri, manakala Uncle Sam adalah kerajaan dan kuasa.

Pada tahun 1850-an, nama Brother Jonathan dan Uncle Sam digunakan secara silih berganti, begitu juga, penampilan kedua-duanya digunakan untuk personaliti yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, gambaran Uncle Sam pada tahun 1860 menunjukkan dia kelihatan seperti Benjamin Franklin, manakala gambaran zaman dahulu, Brother Jonathan kelihatan seperti versi moden Uncle Sam.

Imej paling terkenal Uncle Sam pertama kali dicipta oleh James Montgomery Flagg semasa Perang Dunia I, diilhamkan oleh poster pengambilan tentera British yang menunjukkan Lord Kitchener dalam bentuk yang sama.

Seorang lelaki kulit putih tua dengan rambut putih, memakai topi dengan bintang berwarna putih yang ditayangkan secara terbuka buat kali pertama, di majalah Leslie's Weekly pada 6 Julai 1916, dengan kapsyen "What Are You Doing for Preparedness?"

Lebih daripada empat juta salinan imej ini dicetak antara tahun 1917 dan 1918, juga digunakan secara meluas semasa Perang Dunia II, di mana Amerika Syarikat digelar "Samland" oleh agensi perisikan Jerman Abwehr.

Terdapat dua tugu peringatan untuk Uncle Sam, yang kedua-duanya memperingati kehidupan Samuel Wilson: Patung Memorial Uncle Sam di Arlington, Massachusetts, tempat kelahirannya; dan sebuah tugu peringatan berhampiran kediamannya di Riverfront Park, Troy, New York.

Asal-usul Gelaran 'Uncle Sam' Amerika Syarikat

Rumah Samuel Wilson masih boleh dikunjungi di Mason, New Hampshire yang meninggal pada 31 Julai 1854, ketika berusia 87 tahun dan dikebumikan di Oakwood Cemetery, Troy, New York.

Pada tahun 1989, "Uncle Sam Day" menjadi rasmi.

Resolusi bersama Kongres yang ditetapkan pada 13 September 1989 sebagai "Hari Uncle Sam" merupakan ulang tahun Samuel Wilson.

Pada tahun 2015, syarikat sejarah keluarga MyHeritage membuat kajian susur galur keluarga Uncle Sam dan mendakwa telah berjaya mengesan keluarga saudaranya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah 'Made In China', Bermula Dengan Perang Dingin Kepada Persaingan Produk

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, March 26, 2018

Legenda Gua Laing Di Keningau

Legenda Gua Laing Di Keningau

Gua Laing yang terletak di daerah pedalaman Keningau, Sabah, dipercayai telah wujud sejak lima belas ribu tahun dahulu dan dipercayai telah dibina oleh Dewi Kayangan.

Legenda Gua Laing Di Keningau

Menurut cerita legenda, seorang Dusun kujau bernama Laing telah menemui sebuah gua sedang dibina oleh Dewi Kayangan semasa beliau memburu binatang di hutan dengan menggunakan alat buruan seperti parang dan bujak (tombak).

Laing telah bertembung dengan seorang wanita yang cantik sedang menebang kayu.

Laing kemudiannya bertanya kepada wanita cantik tersebut, "Siapa kamu dan apa yang kau sedang buat?"

Wanita cantik menjawab, "Kami adalah Dewi Kayangan dan sedang membuat rumah cantik untuk manusia bertukar kulit (dalam bahasa dusun MEMALUS) khusus untuk orang-orang tidak berdosa.

"Bagi orang-orang yang berdosa, kalau masuk ke rumah ini, mereka tidak lagi dapat kembali kerana dihukum."

Dewi Kayangan menjadikan Sungai Lomos sebagai empangan serta lubuk tempat bermandi-manda sebelum masuk ke dalam gua.

Selain itu, sebuah sulap (pondok) juga dibina di atas bukit yang dipanggil "MINITINDUK" untuk Dewi Kayangan bersembang sambil meminum tapai (arak) semasa membina rumah tersebut.

Dewi Kayangan kemudiannya berpesan kepada Laing agar kembali pada hari ke 7.

Malangnya, kerana tidak sabar menunggu, pada hari ke 6, Laing kembali ke tempat tersebut, maka marahlah Dewi Kayangan kerana dia telah ingkar pesanannya.

Dewi Kayangan yang marah kemudiannya menebang (memotong) tiang rumah tersebut dengan sekali hayun sahaja lalu langit menjadi gelap diikuti hujan lebat serta petir menyebabkan rumah yang belum siap dibina serta anjing dan peralatan dapur semuanya menjadi batu.

Batu tersebut, yang terputus dua masih boleh dilihat sehingga hari ini di Gua Laing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: dyeancher

Friday, March 02, 2018

Asal-usul Sambutan Pesta Tanglung Masyarakat Tionghua

Asal-usul Sambutan Pesta Tanglung Masyarakat Tionghua

Pesta Tanglung merupakan perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke 15 di dalam kalendar lunar pertama, 14 hari selepas Tahun Baru Cina (sekitar penghujung Januari, Februari atau Mac).

Asal-usul Sambutan Pesta Tanglung Masyarakat Tionghua

Sambutan pesta Tanglung disambut sebagai tanda berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Tanglung juga dikenali sebagai Yuanxao Jie.

Asal-usul

Terdapat pelbagai jenis cerita rakyat dan sejarah yang dikaitkan dengan perayaan tanglung antaranya ialah:

Pesta Tanglung mula diraikan sejak pemerintahan Dinasti Han (206 SM - 221 M). Dipercayai juga festival Tanglung ini berasal dari ajaran Taoisme.

Secara tradisinya, mereka akan menyediakan makanan tradisional sebagai tanda menyambut perayaan Tanglung.

Pada malam perayaan, orang ramai akan keluar ke jalanan untuk bermain Tanglung di bawah sinaran bulan, menyaksikan tarian singa dan naga, membakar mercun dan bunga api, meneka tulisan yang tertulis di Tanglung serta permainan-permainan lain.

Permainan meneka tulisan di Tanglung amat popular sekali. Mereka akan meneka teka-teki yang tertulis di kertas Tanglung. Permainan ini akan berlanjutan sehingga lewat malam perayaan Tanglung.

Legenda

Maharaja Jade di syurga kononnya berang apabila manusia membunuh angsa kesayangannya. Untuk membalas dendam, Maharaja Jade mahu membakar kota itu namun rancangannya diketahui pari-pari.

Beliau menyuruh semua penduduk kota supaya menyalakan Tanglung mereka. Maharaja Jade menyangka kota tersebut telah terbakar kerana cahaya lampu Tanglung yang terang lalu membatalkan serangan ke atas kota tersebut.

Pesta Tanglung juga dikenali sebagai Hari Valentine Cina.

Pada zaman dahulu, wanita dan lelaki tidak berpeluang untuk bebas berjumpa. Mereka menjadikan festival Tanglung peluang untuk mencari pasangan hidup. Mereka bermain permainan Tanglung untuk mencari pasangan yang paling sesuai dengan mereka

Pesta Tanglung pula mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua beberapa ribu tahun lampau ialah sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia, menunjuk mereka arah ke pesta yang diadakan.

Selepas tamat jamuan lima belas hari itu, roh-roh itu akan ditunjuk arah pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu Tanglung yang digantung.

Kepercayaan

Asal-usul Sambutan Pesta Tanglung Masyarakat Tionghua

Makanan paling popular untuk festival Tanglung adalah Yuanxiao. Sesetengah tempat memanggil makanan ini dengan nama Yuen Siu atau Tong Yuen.

Dipercayai nama Yuanxiao adalah bersempena dengan nama gundik istana Maharaja Wu pada zaman Dinasti Han.

Yuanxio: Yuanxiao adalah sejenis adunan bebola yang direbus dan dikukus berisikan inti manis, daging ataupun buah-buahan.

Ia diperbuat daripada tepung beras, dimasak dalam sup sayuran dan daging. Bentuk bulat menandakan simbol kesatuan keluarga, kesempurnaan dan kebahagian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: perayaancina

Sunday, February 11, 2018

Peacock Throne Takhta Paling Mewah Yang Hilang Ditelan Zaman

Peacock Throne Takhta Paling Mewah Yang Hilang Ditelan Zaman

Monumen Taj Mahal tidak dapat dipisahkan daripada nama Shah Jahan, penguasa yang membina bangunan gah sebagai tanda cinta pada isterinya, Mumtaz Mahal namun, ramai tidak tahu sebelum terbinanya Taj Mahal, Shah Jahan telah membina Peacock Throne, sebuah takhta mewah yang melambangkan kegemilangan dan kekayaan empayar Mughal.

Peacock Throne Takhta Paling Mewah Yang Hilang Ditelan Zaman

Atas arahan Shah Jahan, Peacock Throne ataupun Takhta Burung Merak dibina dibawah pengawasan seorang tukang emas paling mahir ketika itu, Babadal Khan.

Peacock Throne diperbuat daripada susunan batu-batu permata seperti mutiara, delima, zamrud dan perhiasan lain yang mahal harganya.

Peacock Throne dilapisi empat bar besar emas dengan empat buah anak tangga.

Ia mempunya tiga buah kusyen, yang ditengah berbentuk bulat dan besar yang menjadi tempat siggahsana pemerintah Mughal, manakala dua kusyen disampingnya lebih kecil dan rata.

Takhta ini mempunyai 12 batang tiang yang menyokong kanopi yang diselaputi pelbagai batu permata berharga.

Diatas kanopi juga terdapat sebuah kubah berbentuk separa sfera dan dipuncak kubah pula terdapat patung burung merak yang dibina dari gabungan batu permata berwarna-warni.

Menurut catatan pengembara Perancis, Bernier, diatas kubah itu terdapat dua buah patung burung merak.

Pada dada burung merak itu pula terdapat sebuah batu delima yang digantung dengan batu permata berbentuk buah pear.

Diantara kedua burung merak itu terdapat sebuah jambangan bunga keemasan yang diperbuat sepenuhnya daripada emas.

Malah, salah satu batu permata yang terkenal, berlian Kooh-e-Noor yang kini terpasang pada mahkota rasmi Queen Elizabeth I & II, turut menjadi perhiasan takhta ini.

Batu permata Kooh-e-Noor asalnya merupakan hadiah oleh sekutu empayar Mughal iaitu kerajaan Parsi yang ketika itu berada dibawah naungan empayar Mughal.

Raja Parsi, Shah Abbas telah menyerahkan batu permata Kooh-e-Noor kepada Maharaja Jahangir sebagai hadiah diplomatik.

Maharaja Jahangir kemudiannya menghadiahkan Kooh-e-Noor kepada Shah Jahan sebelum beliau menjadi maharaja setelah memenangi pertempuran di Deccan.

Seorang pedagang berbangsa Perancis, Tavernier yang berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri takhta ini pada zaman pemerintahan Maharaja Aurangzeb mengatakan bahawa, takhta ini diletakkan dalam Diwan-i-Khas di Benteng Merah, Delhi (ibukota empayar Mughal).

DI MANA LOKASI TAKHTA INI?

Peacock Throne Takhta Paling Mewah Yang Hilang Ditelan Zaman

Ketika zaman pemerintahan Muhammad Shah, empayar Mughal mengalami kemunduran dan kelemahan pasukan tentera.

Raja Nadir Shah, pemerintah Parsi yang baharu menaiki takhta setelah menumbangkan kekuasaan empayar Hotaki dan menaklu ibukotanya, Isfahan, Iran.

Sisa pasukan empayar Hotaki melarikan diri ke wilayah empayar Mughal dan meminta bantuan Muhammad Shah untuk mengalahkan kekuatan pasukan Raja Nadir Shah.

Dalam peperangan Karnal yang berlaku pada bulan Februari 1739 M, pasukan tentera Mughal dikalahkan oleh pasukan tentera Parsi pimpinan Raja Nadir Shah.

Raja Nadir Shah menawan Muhammad Shah dan membawa baginda kembali pulang ke ibukotanya, Delhi.

Raja Nadir Shah yang hanya berkeinginan menghapuskan sisa kekuasaan empayar Hotaki terus memulangkan kembali takhta Mughal kepada Muhammad Shah.

Raja Nadir Shah yang baru sahaja memangku jawatan pemerintah di Iran pada ketika itu tidak berhasrat untuk meluaskan kuasanya jauh dari pusat pemerintahannya dan dengan segera Raja Nadir Shah membuat perjanjian damai dengan Muhammad Shah dengan alasan beliau harus kembali ke Iran dengan secepat mungkin.

Raja Nadir Shah sendiri yang menguruskan pertabalan Muhammad Shah sebagai pemerintah empayar Mughal buat kali kedua dan Raja Nadir Shah sendiri yang menyarungkan takhta di atas kepala Muhammad Shah.

Muhammad Shah yang berasa terharu dan terhutang budi telah memberikan pelbagai hadiah khazanah berharga milik empayar Mughal kepada Raja Nadir Shah dan diantaranya adalah Takhta Burung Merak.

Baginda juga telah memberikan wilayah barat di Sungai Attock yang meliputi wilayah kota Kabul, Gazni, Peshawar, Bhakkar, Thatta dan lain-lainnya kepada Raja Nadir Shah.

Raja Nadir Shah membawa pulang ‘Peacock Throne’ ke Iran setelah selesai segala urusannya di kota Delhi.

Raja Nadir Shah yang amat menyukai takhta ini, telah menghasilkan maklumat yang terperinci tentang takhta dan segala batu permata yang terdapat di dalam binaan takhta ini.

Raja Nadir Shah telah dibunuh oleh pemberontak Kurdi di Fathabad, Khurasan dan ada juga yang mengatakan bahawa Raja Nadir Shah telah mati dibunuh oleh jeneralnya sendiri sekitar tahun 1747M.

Setelah kematian Raja Nadir Shah, kerajaan Parsi mengalami kejatuhan dan kekacauan oleh pemberontak.

Istana Raja Nadir Shah telah diserbu dan ‘Peacock Throne’ telah dihancurkan satu demi satu.

Segala batu permata yang terdapat pada takhta ini diambil dan dicuri.

Peacock Throne Takhta Paling Mewah Yang Hilang Ditelan Zaman

Seorang jeneral Raja Nadir Shah, iaitu Jeneral Ahmad Durami telah berjaya melarikan batu permata Kooh-e-Noor tetapi batu permata ini akhirnya jatuh ke tangan tentera British dan batu permata ini dibawa ke London.

Beberapa pendapat ahli sejarah mengatakan, serpihan kehancuran ‘Peacock Throne’ ini masih wujud di sekitar negara Iran tetapi mungkin ia disembunyikan oleh pihak tertentu.

Salah satu takhta yang diinspirasikan dari binaan Peacock Throne iaitu ‘Naderi Throne’ ataupun ‘Qajar Throne’ yang dibina di Iran, mempunyai kaki asli yang diambil daripada ‘Peacock Throne’.

BACA INI JUGA: Misteri Kewujudan Nefertiti Permaisuri Agung Firaun

sumber: thepatriots

Saturday, February 10, 2018

Asal-usul Wing Chun Dan Legenda Ip Man

Asal-usul Wing Chun Dan Legenda Ip Man

Wing Chun adalah salah satu sistem seni mempertahankan diri yang berasal dari Selatan negara China pada kira kira 300 tahun yang lalu.

Asal-usul Wing Chun Dan Legenda Ip Man

Seorang rahib Budha bernama Ng Mui, merupakan pakar dalam Kungfu Shaolin, menggunakan kepakaran dan pengetahuannya untuk mencipta satu cara untuk memanipulasi kelemahan yang wujud dalam sistem kungfu Shaolin.

Beliau mendapat inspirasi untuk mencipta Wing Chun dari pergerakan haiwan, terutamanya daripada burung bangau.

Nama Wing Chun itu sendiri berasal daripada nama seorang wanita bernama Yim Wing Chun, juga merupakan anak murid pertama Ng Mui.

Wanita ini yang pada mulanya didesak oleh seorang jeneral perang pihak musuh untuk berkahwin dengannya, berusaha menguasai seni bela diri ini dan berjaya menghalau penjahat dan mengalahkan Jeneral Perang itu dalam perlawanan satu sama satu. Ini adalah bagaimana keturunan Wing Chun bermula menurut legenda popular.

Yip Man (atau dikenali sebagai Ip Man) dilahirkan di Foshan, China pada tahun 1893. Beliau berasal dari keluarga yang kaya.

Ip Man dihantar bapanya untuk berguru dengan Chan Wah Shun (merupakan anak murid kepada Leung Jan).

Setelah Chan Wah Shun bersara atas faktor kesihatan dan usia yang sudah lanjut, Ip Man meneruskan latihannya bersama senior-senior seperguruannya, seperti Ng Jung So.

Selepas kematian gurunya iaitu Chan Wah Shun pada tahun 1911, Ip Man menyambung pelajarannya di St. Stephan College Hong Kong.

Di sana, beliau terserempak dengan Leung Bik, merupakan anak kedua kepada Leung Jan. Bakat dan ketangkasan Ip Man digilap dan dilatih oleh Leung Bik kepada tahap tertinggi dalam tempoh 7 tahun sepanjang pengajiannya di Hong Kong.

Sifu Chan Wah Shun dan Leung Bik mempunyai cara dan variasi yang berbeza. Belajar di bawah 2 sifu yang berbeza membuatkan Ip Man berjaya menguasi seni Wing Chun dengan sempurna.

Sekembalinya beliau ke China, beliau berusaha untuk mengembangkan seni Wing Chun kepada orang ramai dengan mengajarnya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengajar lama disebabkan penguasaan Jepun terhadap China pada tahun 1942.

Ip Man berjaya melarikan diri ke Hong Kong pada tahun 1949 dan mula mengajar Wing Chun di sana untuk menyara kehidupan.

Sepanjang beliau di Hong Kong, Ip Man berjaya melatih ramai anak murid yang handal. Antara anak murid yang dilatih adalah Bruce Lee.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1972 di Hong Kong pada usia 79 tahun.

Kisah legenda ini banyak difilemkan ke layar perak dan antara yang paling popular adalah watak yang dimainkan oleh bintang Hong Kong, Donnie Yen sebagai Ip Man. Aksi tangkas Donnie Yen sememangnya membuatkan penonton terpegun melihatnya.

Untuk pengetahuan semua, Donnie Yen memiliki tali pinggang hitam dalam taekwando dan judo. Selain itu, beliau memegang tali pinggang unggu dalam jiu-jitsu.

Beliau juga mempelajari muay thai, parkour, kick boxing dan wrestling sebagai tambahan. Dia juga kerap kali memenangi pingat emas dalam acara wushu.

Kisah legenda Ip Man sememangnya penuh dengan pengajaran dan unsur-unsur penting terutamanya sifat sayangkan bangsa dan anti penjajah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Aksi Dan Kekuatan Bruce Lee Yang Paling Luar Biasa

sumber: thepatriots

Sunday, January 28, 2018

Misteri Sungai Air Panas Shanay-Timpishka

Misteri Sungai Air Panas Shanay-Timpishka

Di sungai Amazon, wujud sebatang sungai misteri yang diberi nama 'Shanay-Timpishka' oleh penduduk tempatan mengalir melalui hutan di Mayantuyacu, Peru, yang sangat berbeza berbanding sungai-sungai lain di dunia.

Misteri Sungai Air Panas Shanay-Timpishka

Sungai  Shanay-Timpishka memiliki suhu antara 50 sehingga 90 darjah selsius dan pada sesetengah kawasan, suhu air sungai ini mampu mencapai takat didih 100 darjah!

Berdasarkan legenda kuno, kewujudan air panas itu disebabkan oleh seekor ular raksasa bernama Yacumama (ibu air).

Legenda itu dikukuhkan lagi dengan kewujudan sebongkah batu besar berbentuk seperti kepala ular yang terletak dibahagian hulu sungai.

Sebelum penemuan unik ini, ramai ahli geologi berpendapat perkara ini sangat mustahil bagi mendidihkan air sungai pada takat 100 darjah selsius, apatah lagi lokasi kedudukan sungai terletak sejauh 645 kilometer dari gunung berapi aktif yang paling dekat.

Bagaimana Sungai Shanay-Timpishka Ditemui?

Andres Ruzo Shanay-Timpishka

Pada tahun 2011, seorang ahli geologi muda, Andres Ruzo, telah membuka mata dunia luar tentang kewujudan sungai Shanay-Timpishka.

Minat Andres untuk menjejaki sungai Shanay-Timpishka bermula sejak zaman kanak-kanak lagi.

Dia tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh datuknya dahulu, tentang perjalanan penjajah Sepanyol yang ingin mencari emas di kawasan hutan Amazon.

Sejak itu, Andres mula mengumpul maklumat mengenai sungai misteri Shanay-Timpishka, namun masih tidak memadai kerana tiada maklumat yang benar-benar lengkap untuk menjejak sungai tersebut.

Bagaimanapun, satu perbincangan secara tidak sengaja telah memecahkan misteri kewujudan sungai Shanay-Timpishka melalui seorang ibu saudaranya yang mengaku pernah ke sungai itu suatu ketika dahulu.

Melalui cerita lisan ibu saudaranya itu, Andres akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke tempat yang selama ini ingin dikunjunginya.

Selepas menjalankan penyelidikan dan kajian, Andres telah menulis sebuah buku berjudul The Boiling River: Adventure and Disovery In The Amazon, untuk berkongsi pengalaman sepanjang berada di sungai Shanay-Timpishka.

Menurut Andres, ia satu pengalaman baru yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Secara berseloroh, Andres membayangkan dia seperti berada di sauna atau ketuhar dan ketika menguji tahap kepanasan air, sungai Shanay-Timpishka berada pada takat suhu panas.

Punca Air Sungai Mendidih?

Andres Ruzo Shanay-Timpishka

Air sungai Shanay-Timpishka yang bersuhu tinggi ini juga bebas daripada sebarang unsur berbahaya.

Malah, penduduk ditepi sungai Shanay-Timpishka menggunakan air sungai ini untuk memasak, membancuh teh dan sebagai perubatan.

Tentunya ramai yang tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan air sungai ini bersuhu tinggi?

Fakta yang ditemui menunjukkan faktor penyebab mengapa sungai ini panas masih belum diketahui.

Teori yang dibuat menyatakan, keadaan ini mungkin terjadi disebabkan oleh aktiviti sesar atau zon rekahan pada batuan yang telah mengalami pergeseran pada kerak bumi.

Sebagai contoh, konsep aliran darah yang mengalir ke bahagian pembuluh darah. Sama juga seperti Bumi yang mempunyai air panas mengalir di elah-celah kerak bumi.

Apabila aliran air panas ini muncul ke permukaan bumi, ia akan menghasilkan mata air panas yang jika terhasil dengan banyak, akan membentuk sebatang sungai seperti yang kita boleh lihat hari ini.

Misteri Sungai Air Panas Shanay-Timpishka

Selain untuk menjalankan kajian, Andres mengakui ini juga sebagai usaha untuk melindungi khazanah berharga sungai Shanay-Timpishka.

Jika tidak dihebahkan, tidak mustahil suatu masa nanti kawasan ini akan terancam akibat pembalakan dan aktiviti pembangunan yang boleh menyebabkan misteri sungai Shanay-Timpishka lenyap selamanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, January 13, 2018

Legenda Qin Liangyu Panglima Perang Wanita Teragung Dalam Sejarah China

Legenda Qin Liangyu Panglima Perang Wanita Teragung Dalam Sejarah China

Bukan seorang dua wanita yang dinobatkan sebagai srikandi dalam sejarah China. Terlalu ramai. Negara dan bangsa yang mempunyai sejarah yang sangat tua, lebih tua dari kebanyakan bangsa lain di dunia ini pastinya berbangga dengan nama seperti Hua Mulan, Puteri Pingyang, Fan Lihua dan Liang Hongyu sekadar nama yang saya petik mempunyai peranannya dalam sejarah.

Qin Liangyu Panglima Perang Wanita Teragung Dalam Sejarah China
Legenda Qin Liangyu.

Tetapi semua nama di atas statusnya sekadar legenda atau bukanlah panglima perang yang diiktiraf dalam sejarah China. Hanya seorang srikandi yang dinobatkan secara rasmi sebagai seorang panglima perang ialah Qing Liangyu.

Sepanjang perkhidmatan Qing Liangyu, beliau dicatatnya diikitraf oleh Maharaja Chongzhen, Dinasti Ming (1368-1644) dan tercatat dalam 25 buah buku catatan sejarah yang disunting secara rasmi oleh pemerintahan pelbagai dinasti.

Pada usia kecil lagi, Qin Liangyu dilihat mempunyai bakat yang luar biasa. Selain mempunyai kercedasan akal yang mengagumkan, Qin Liangyu juga sangat mahir bermain senjata, menunggang kuda, berenang dan memanah. Bakat Qing Liangyu yang sungguh memukau itu mendapat pujian dari bapanya sendiri.

“Tahukah bahawa engkau jauh lebih berbakat dari semua abang-abang serta adik kau? Sayang sekali kau adalah seorang wanita. Nescaya kalau lelaki, kau mungkin akan menjadi panglima perang yang hebat!”

Tidak puas hati dengan kenyatan ayahnya itu, maka sejarah mencatatkan bahawa Qing Liangyu dipetik pernah berkata:

“Dengan menjadi seorang pegawai tentera sahaja sudah cukup untuk aku menguasai sebuah kota dan memimpin sebuah pasukan!”

Sejarah masih segar mencatatkan bagaimana srikandi hebat ini sedang dipilih jodoh oleh ayahnya.

Memandangkan Qing Liangyu mempunyai bakat hebat dalam bidang pertempuran, maka sebuah pertandingan dibuat untuk memilih bakal suami. Mereka harus beradu tenaga di hadapan Qing Liangyu.

Memandangkan cerita tentang kejelitaan dan kehebatan Qing Liangyu tersebar di merata tempat, maka ramai jejaka yang menyertai pertandingan ini.

Akhirnya, Ma Qiancheng memenangi pertempuran itu dah berkahwin dengan Qing Liangyu.

Antara jasa-jasa Qing Liangyu dalam sejarah China ialah beliau dan suaminya telah melatih sebuah pasukan tentera elit dalam sejarah China yang diberi nama “Tentera Batang Putih.”

Pasukan “tentera batang putih” menggunakan sejenis tombak yang batangnya dibuat daripada kayu putih. Senjata ini dicipta oleh Qin Liangyu. Di hujung tombak ini ada sebuah cangkuk besi dan di hujung bawahnya ada sebuah lingkaran besi.

Selain digunakan sebagai senjata, tombak ini dapat saling menyambung untuk membantu askar mendaki tembok kota atau gunung dan bukit. Senjata ini sangat sesuai untuk berperang dipergunungan.

Ribuan askar batang putih di bawah pimpin Ma Qiancheng dan Qin Liangyu telah menjadi pasukan tentera yang terkenal dalam sejarah China.

Selain itu, dalam sejarah Qing Liangyu turut dicatatkan mengetuai askar Dinasti Ming melawan serangan orang Manchu dari utara China dan walaupun Dinasti Ming kalah, Qing Lianyu tidak pernah menyerah.

Jasanya kemudian diiktiraf oleh Maharaja China yang di dalam pelarian ketika itu dengan gelaran Pelindung Agung Putra Mahkota.

Beliau meninggal dunia ketika berusia 75 tahun ketika mengetuai askarnya dalam usaha melakukan pemeriksaan ke atas pasukan musuh selepas terjatuh dari kudanya.

Bayangkan, seorang wanita sepertinya masih gagah menjulang senjata meski usia sudah memasuki lebih 70 tahun.

Hebat dan mengagumkan sungguh sejarah Qing Liangyu!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 32 Panglima Perang Paling Hebat Yang Tidak Pernah Kalah Dalam Peperangan

sumber: thepatriots

Friday, January 12, 2018

Bayangkhara Tentera Elit Empayar Majapahit

Bayangkhara Tentera Elit Empayar Majapahit

Kalau Malaysia hari ini terkenal dengan pasukan elit seperti Komando 69, Kesultanan Melayu Melaka memiliki tentera elit yang dinamakan Hulubalang, Korea dengan tentera elit lagi jambu Hwarang, Parsi dengan mitos legenda Immortal yang begitu menakutkan itu.

Bayangkhara Tentera Elit Empayar Majapahit

Memperkenalkan kepada anda tentera elit Bhayangkara yang merupakan unit khas milik Majapahit yang dibangunkan sejak zaman Singhasari menguasai Nusantara lagi melalui raja hebatnya iaitu Kertanegara yang pernah memotong telinga utusan Monggol melalui Dinasti Yuan.

Bayangkhara adalah unit tentera yang dalam jumlah yang tidaklah banyak, sekitar dalam ratusan sehingga memasuki puluhan.

Sama seperti Hulubalang dan Hwarang dari Tamadun Melayu dan Korea, begitu juga Bhayangkara.

Namun, meskipun dengan jumlah yang sedikit, kekuatannya menyamai puluhan infantri biasa.

Senjata yang selalu dimainkan oleh Bhayangkara ialah keris, tombak, pedang, panah dan tameng.

Bahkan berbeza dengan infantry Majapahit yang lain, legenda mengatakan bahawa kononnya Bhayangkara bertempur tidak memakai baju zirah dek kerana ilmu pertempuran yang cukup kuat.

Untuk menjadi seorang Bhayangkara, selain daripada mempunyai kemahiran fizikal, ilmu tempur dan stamina yang kuat, pemilihan seorang Bhayangkara juga didasari faktor seperti tidak pernah berbuat dosa, bergantung pada ajaran agama Hindu mazhab Nusantara yang merupakan anutan kepada Majapahit itu sendiri.

Bagi yang pernah berjudi, mencuri atau bermain wanita, maka mustahil bagi mereka untuk menjadi seorang Bhayangkara.

Dalam sejarah, Bhayangkara banyak memainkan peranan dalam pembinaan Empayar Majapahit itu sendiri.

Antaranya ketika era pemberontakan Jayakatwang melawan Kertanegara amun, ketika era Majapahit, selepas Byangkara dibubarkan dek kejatuhan Singhasari akibat serangan Mongol, Gajah Mada yang merupakan antara tokoh hebat Majapahit itu dikatakan telah membangunkan semula Bhayangkara dan menjadi ketuanya.

Antara jasa Bhayangkara dalam helaian sejarah Majapahit itu sendiri ialah ketika pemberontakan Ra Kuti, melawan Jayanegara yang merupakan Raja Majapahit berketurunan kacukan Jawa-Melayu melalui ayahanya Raden Wijaya dan ibunya Dara Petak.

Bhayangkara berjaya menyelamatkan takhta Jayanegara daripada pemberontak dan berjaya meletakkan Jayanegara kembali ke atas takhta.

Sudah tentu, Bhayangkara ialah senjata utama Gajah Mada dalam meluaskan empayarnya menakluk Nusantara berdasarkan Sumpah Palapa yang dilafazkan oleh beliau:

“Beliau, Gajah Mada sebagai patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa, Gajah Mada berkata bahawa bila telah mengalahkan (menguasai) Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa, bila telah mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa.”

Demikianlah sedikit sebanyak coretan tentang unit Bayangkhara untuk tatapan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tentera Gurkha, Dilahirkan Untuk Berperang

sumber: thepatriots