Monday, September 03, 2018

4 Khasiat Lobster (Udang Kara) Air Tawar Untuk Kesihatan

4 Khasiat Lobster (Udang Kara) Air Tawar Untuk Kesihatan

Lobster adalah sumber protein yang sangat baik, sangat penting bagi tubuh kita untuk tenaga dan pemantapan penghasilan gula di dalam darah, juga membantu menurunkan berat badan.

Khasiat Lobster

Lobster adalah makanan pilihan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengubah gaya hidup dan membuatnya menjadi lebih sihat dan lebih baik.

Ketahui apa khasiat Lobster kepada kesihatan.

1. Protein dan Kalori

Kandungan protein lobster adalah lebih tinggi manakala kalorinya lebih rendah berbanding daging ayam dan lembu.

2. Mengandungi Omega-3

Lobster mengandung zat Omega-3 dalam jumlah tinggi yang sangat penting untuk menjaga kesihatan jantung.

Telah terbukti bahawa individu yang berisiko tinggi terhadap gangguan jantung, mendapat manfaat dari lobster kerana kandungan Omega-3 di dalamnya.

3. Membantu menurunkan berat badan

Lobster sangat rendah lemak, rendah kalori dan rendah kolesterol, tetapi masih memberikan nutrisi yang diperlukan.

4. Vitamin

Lobster mengandungi kalium, vitamin B12 dan selenium yang semuanya sangat penting bagi kesihatan.

Kandungan zat Besi di dalam lobster dapat meningkatkan kesihatan, libido menjadi lebih kuat dan tahan lama serta meningkatkan stamina kerana makan lobster sama juga dengan memakan multi vitamin tablet atau suplemen kesehatan.

Jadi, apakah lobster baik untuk kesihatan? Jawabnya YA. Asal ingat satu perkara, dalam pengambilan makanan apa pun, semuanya jangan berlebihan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: cheraxlobster

Sunday, August 26, 2018

Keistimewaan Pokok Buluh Rebung Madu Sebagai Hiasan Dan Komersial

Keistimewaan Pokok Buluh Rebung Madu Sebagai Hiasan Dan Komersial

Pokok Buluh Rebung Madu (dipanggil Buluh Rebung Madu) yang dipercayai berasal dari Thailand merupakan sejenis buluh bersaiz kecil dan sering digunakan sebagai pokok hiasan kerana terbukti kemampuannya untuk di komersilkan sebagai pokok Buluh Rebung Madu.

Pokok Buluh Rebung Madu

Keistimewaaan Pokok Buluh Rebung Madu adalah tidak mengandungi miang, mempunyai rebung yang rasanya lemak manis bagi hidangan pelbagai jenis lauk dan boleh juga dijadikan sebagai tanaman hiasan.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Jenis tanah: Pelbagai jenis tanah. Selain itu juga ia sesuai ditanam di kebanyakan tanah yang bermasalah. Tapi yang paling baik, tanah yang mempunyai saliran yang baik.

PENYEDIAAN KAWASAN

Permulaan penanaman adalah perlu diaplikasikan kapur GML+organic+CIRP bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan mengurangkan kadar kematian anak benih.

PENYEDIAAN ANAK BENIH

Jenis bahan tanaman:
  • Biji benih. Jarang dilakukan kerana masalah untuk mendapatkan biji benih yang bernas dan penghasilan biji benih tidak bermusim.
  • Anak pokok yang bertunas selepas rebung diambil.
  • Kultur tisu.
  • Keratan dahan dan batang- kerana ia boleh menghasilkan bahan tanaman dengan lebih cepat.

Keperluan keratan dahan:
  • Ciri-ciri keratan dahan yang dipilih untuk pembiakan adalah segar dan baru, bebas daripada penyakit, mempunyai pertumbuhan akar udara pada bahagian pangkal dahan dan mempunyai mata atau tunas pada bahagian pangkal serta ruas dahan.
  • Setiap keratan dahan perlu mempunyai tiga atau empat ruas. Potongan dahan dari batang perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tunas tidak cedera atau dirosakkan ketika kerja pengambilan keratan dijalankan.
  • Keratan yang diambil seelok-eloknya ditanam segera kerana jika lewat keratan itu perlu disimpan di dalam keadaan lembap seperti di dalam guni atau dalam habuk kayu lembap dan perlu ditanam dalam tempoh 3-4 hari.
  • Bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan tunas, disyorkan supaya hormon penggalak akar komersial diletakkan pada keratan dahan.

Keperluan keratan batang (lebih sesuai untuk buluh madu):
  • Bahagian tengah dan atas batang buluh yang berusia dua hingga tiga tahun didapati mempunyai kadar kehidupan yang baik.
  • Keratan batang yang digunakan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua ruas dan mempunyai mata atau tunas serta dahan kecil yang hidup.

PENANAMAN DI LADANG
  • Jangka masa keratan dibiarkan di tapak semaian selama tiga hingga empat bulan iaitu hingga keratan itu berakar sebelum boleh ditanam di lapangan.
  • 1 ekar tanah dapat ditanam kira-kira 300 hingga 350 pokok dengan menggunakan jarak tanaman 12 kaki x 12 kaki atau 15 kaki x 20 kaki.
  • Rebung dibiarkan tumbuh terlebih dahulu sekitar 5-7 batang bagi satu rumpun sebelum hasil pertama dituai.
  • Buluh madu perlu dicuci (pangkas) bagi mengelak pokok menjadi terlalu besar, tinggi dan terlalu banyak dalam satu rumpun bagi mengelakkan peningkatan kos pembajaan.

Pengurusan Air

Bagi anak pokok yang baru ditanam, penyiraman perlulah dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari berterusan selama seminggu bagi mengelak pokok daripada mati kekurangan air.

Pembajaan

Baja NPK Hijau 15:15:15 dan juga Organik setiap 3 bulan sekali. Kadar pemberian baja setiap tahun adalah sekitar 100-300 kg/ha.

Pengurusan Perosak

Sifat buluh yang tumbuh meliar membuatkan ia tidak banyak menghadapi serangan musuh perosak.

KUTIPAN HASIL
  • Rebung buluh madu boleh dituai sekitar 8 bulan hingga 1 tahun bergantung kepada cara penjagaannya.
  • Rebung madu boleh dituai apabila telah mencapai ketinggian 0.8 – 1 meter dan potensi hasil bagi setiap rumpun adalah kira-kira 2 kg rebung /bulan.
  • Rebung yang dituai perlu diproses segera bagi mengelakkan proses pengoksidaan.
  • Harga bagi penjualan buluh rebung adalah sekitar RM3 –RM 7 sekilogram bergantung kepada tempat jualan.

Oleh kerana rebung segar agak sukar dipasarkan, kaedah dan cara memproses lain selain dari dijeruk perlu dilihat untuk petani meningkatkan lagi kualiti produk rebung segar.

Menanam buluh ini boleh menjadi satu lagi pilihan yang baik untuk menambahkan pendapatan petani dan menggunakan kawasan tanah yang kurang produktif.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myagri

Saturday, August 25, 2018

Panduan Cara Menanam Pokok Herba Rerama Hijau

Panduan Cara Menanam Pokok Herba Rerama Hijau

Daun rerama atau nama santifiknya Mariposa christia vespertilionis semakin dikenali kerana dikatakan berupaya menjadi penawar penyakit berbahaya seperti barah.

Panduan Cara Menanam Pokok Herba Rerama Hijau

Selain itu, daun rerama turut didakwa mampu mengubati penyakit denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, lelah, migrain, resdung, demam campak serta masalah usus seperti gastrik.

Kini, pokok Rerama lebih mudah didapati selepas ia menjadi fenomena dan boleh dijumpai di hampir setiap nurseri dan kediaman.

Panduan Menanam Rerama Hijau

Penanaman pokok rerama boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu sama ada melalui biji benih atau keratan batang.

Kedua-dua kaedah penanaman ini mampu dilakukan sendiri di rumah namun, tempoh penumbuhan menerusi keratan batang lebih cepat berbanding penanaman melalui anak benih.

Anak benih boleh didapati pada pokok itu sendiri dan keratan batang juga boleh dibuat sekiranya pokok itu mencapai tahap kematangan dan sesuai dikerat.

Langkah pertama, sediakan campuran tanah yang terdiri daripada sabut, tanah merah (top soil), pasir, tanah dan baja kemudian, sediakan pasu plastik kecil yang berlubang di bahagian bawah pasu.

Keratan batang yang dikerat sebaiknya dicelup dalam air terlebih dahulu sebelum diletakkan ubat penggalak akar pada pangkal pokok untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

Selepas lubang dibuat, pacakkan keratan batang dan kemudian tutup dengan cermat tanpa merosakkan batang berkenaan.

Ia hendaklah terus disiram bagi memastikan pokok itu serasi dengan suasana baru.

Pokok yang sudah disiram itu hendaklah diletakkan di tempat teduh seperti di celahan pokok besar bagi mengelakkan ia terkena cahaya matahari terus.

Selain mudah ditanam, pokok daun rerama juga dikatakan tahan lasak dan tidak memerlukan perhatian yang lebih.

Bagi memastikan pokok berkenaan naik lebih tinggi, pastikan ia dicantas ketika mencapai ketinggian sekitar 0.30 hingga 0.45 meter.

Dalam tempoh sekitar dua bulan, hasil keratan batang itu boleh mencapai sehingga 0.6 meter dan akan berbunga serta menghasilkan biji benih jadi, kita boleh biakkan semula pokok itu melalui biji benih atau keratan batang.

Hasil pokok boleh dituai selepas ia berusia sekitar empat bulan sama ada dikeringkan untuk dijadikan teh atau direbus lama dan dan air hasil rebusan itu diminum.

Pokok Rerama ini sebaiknya disiram dua kali sehari atau sekurang-kurangnya sekali sehari mengikut kesesuaian.

Lebih baik sekiranya periksa keadaan tanah terlebih dahulu sama ada kering atau lembap. Jika ia masih lembap, tidak perlu membuat penyiram lagi dan tunggu sehingga hari esok.

Pokok daun rerama juga tidak cerewet kerana sesuai dengan pelbagai jenis baja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Thursday, August 23, 2018

Kenali Lobster (Udang Kara) Air Tawar

Kenali Lobster (Udang Kara) Air Tawar

Lobster Air Tawar dengan nama saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan jenis Red Claw, jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia, juga dipanggil Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan Red Claw merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama.

Lobster air tawar

Ada lebih 1,000 jenis Lobster atau udang kara di seluruh dunia dan walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak.

Sepanjang hidup seekor Lobster, ia akan melalui beberapa kali proses bersalin kulit.

Ia berlaku apabila tubuhnya membesar menyebabkan cengkerang lamanya tidak dapat menampung saiz bentuk badan lamanya.

Rupa Bentuk Lobster
  • Spesis yang tidak memiliki tulang dalam, manakala permukaan badan, organ luarnya diliputi cengkerang.
  • Terbahagi dua kepala dan badan Cengkerang menutup kepala untuk melindungi organ otak, insang, hati dan tepi organ.
  • Enam ruas badan (abdomen) agak menipis, lebar badan rata-rata hampir sama dengan kepala.
  • Sepasang penyepit yang lebar dan panjang.
  • Sepasang antena berfungsi menghidu makanan.
  • Sepasang antena berperanan merasa, meraba makanan dan persekitaran.
  • Enam pasang kaki berperanan untukberenang.
  • Kaki renang digunakan untuk membersihkan telur dan larva dari kekotoran.
  • Empat pasang kaki untuk berjalan.

Mengenali Jantina

Cara membezakannya ialah bagi Lobster jantan di kaki ke 3 dari ekornya, tidak memiliki bulatan seperti betina, melainkan adanya tonjolan di sisi kiri dan kanan kaki pertama dari ekor.

Jantina lobster dapat dilihat melalui perbezaan pada bahagian kaki dan ukuran sepit. Bentuk jantina lobster memiliki sepit lebih besar dari induk betina.

Kecerahan warna kulit dan warna pada hujung sepit dapat membezakan jantan dan betina.

Induk betina yang sedang bertelur, kaki renangnya memiliki rangsangan untuk bergerak bagi meningkatkan oksigen terlarut disekitarnya sehingga keperluan oksigen telur dan larva dapat dipenuhi.

Saiz matang induk

Saiz matang Lobster Air Tawar untuk dijadikan induk adalah yang berumur 7-10 bulan.

Jantan yang bersaiz 4 inci ke atas sesuai di jadikan induk penjantan, manakala yang betina pula saiz 3.5 - 4 inci ke atas boleh dijadikan induk betina yg akan menghasilkan 80-300 biji telur setiap kali bertelur.

Jangka Hayat Lobster

Lobster Air Tawar jenis Clarkii boleh mencapai umur sehingga 5 tahun dan rekod jangka hayat Lobster terpanjang dan terlama menurut GaleryCrayfish oleh pemegang rekod Lobster terbesar di dunia, Astacopsis Gouldi (nama lainThe Tasmanian Giant Freshwater Crayfish) lebih 40 tahun.

Lobster Air Tawar juga sesuai menjadi hiasan akuarium, kerana ada sesetengah warnanya mempunyai corak yang menarik.

Spesis Lobster

Nama lain bagi Lobster ialah crayfish, crawfish, crawdad. Ada 3 famili lobster air tawar iaitu Astacidae, Cambaridae dan Parastacidae.

Habitat alamnya di tasik dan sungai di daerah pegunungan, aktif mencari makan pada malam atau keadaan gelap (lebih kurang seperti burung hantu).

Cara makan Lobster adalah dengan menggunakan antena panjang mendekati makanan terlebih dahulu.

Jika ia sesuai dengan keinginannya, ia akan menangkapnya menggunakan sepit, dan menyerahkan pada kaki pertama sebagai tangan pemegang makanan untuk di makan.

Ia memiliki gigi halus dipermukaan mulut, cara makan sedikit demi sedikit.

Dihabitatnya, ia memakan biji-bijian, ubi, tumbuhan, haiwan mati (scavenger), memangsa hidupan lain dari keluarga udang. Oleh itu, Lobster termasuk haiwan omnifora.

Pemangsa

Lobster suka memakan udang kecil yang hidup di habitatnya atau memangsa spesisnya sendiri, kerana ia memiliki sifat kanibal dan sebab itulah jika ada anak udang yang baru menetas harus diasingkan bagi mengelakkan ia dimakan udang lebih besar.

Setakat ini lobster di Malaysia hanya dihidangkan di hotel bintang dan sesetengah restoran, tetapi masyarakat Amerika, Kanada, Perancis, Belanda, Australia menjadikan lobster sebagai makanan kegemaran kerana yakin Lobster lebih menyihatkan berbanding makanan laut.

Lobster Meningkatkan Nafsu

Ramai percaya bahawa Lobster adalah makanan penguat tenaga batin dan awet muda untuk wanita dan harganya ada yang mencapai ratusan ringgit satu hidangan.

Lobster mengandungi protein melebihi kandungan protein ayam. Juga tidak banyak kalori terutamanya ayam yang disuntik.

Penternakan

Jantina Lobster air tawar

Pembesaran Lobster Air Tawar memerlukan waktu agak lama lebih kurang 6-7 bulan, tidak seperti menternak ikan keli.

Jadi untuk membuat perniagaan terpaksa menunggu masa lama, perlu bertahan menanggung kos operasi.

Kebersihan air kolam dan pemberian makan juga perlu diperhatikan, kerana lobster adalah haiwan air yang memerlukan kualiti air yang baik dan kandungan oksigen tinggi, Lobster akan mati jika perawatannya kurang terjaga.

Salah satu penyakit Lobster ialah ekor melepuh, (blister) disebab dasar kolam kotor.

Cara mengubatinya ialah dengan memicit cairan yang ada pada ekor sehingga keluar, kemudian bersihkan cairan tersebut.

Lobster Australia

Didapati udang kara air tawar yang berasal dari Australia paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan kualiti air pada kadar hingga pH7.

Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium.

Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara.

Pemilik akuarium udang kara yang cantik berwarna kebiruan ini sanggup berbelanja lebih bagi menyediakan akuarium, hiasan dalaman dan makanan serta ubatan untik dijadikan keseronokkan melihatnya.

Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain.

Ia boleh diternak didalam bekas tong plastik besar yang dipasang dengan sistem ternakan udang yang diletakkan dikawasan rumah terlindung.

Bahan yang digunakan (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai.

Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut yang suka bersembunyi.

Kebanyakan udang kara ini mempunyai tabiat makan udang lain atau makanan ikan kecil dan lambat membesar apabila sumber makanan terhad.

Karnivorisme selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan).

Pengasingan udang mungkin perlu dibuat pada saat seperti ini dalam tangki pemeliharaan.

Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian untuk udang kara juga menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri.

Suhu air yang sesuai ialah antara 27 hingga 30 darjah Celsius.

Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium.

Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium daripada jenis yang tenggelam (ada pellet yang jenis timbul dipermukaan air).

Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air.

Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang.

Proses pembiakan berlaku apabila udang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci.

Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina.

Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur.

Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan.

Udang Kara dihidangkan dalam bentuk masakan istimewa seperti di goreng berempah, masak sambal, dibakar atau cara-lain yang diminati oleh peminatnya.

Lazimnya ia berharga agak mahal jika ianya bersaiz besar yang dihidangkan direstoran-restoran makanan laut, hotel lima bintang atau premis masakan yang ekslusif.

Hidangan udang kara boleh dimakan begitu sahaja tetapi dikalangan masyarakat kita lazimnya dimakan dengan nasi putih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: cheraxlobster | animhosnan

Sunday, August 19, 2018

10 Khasiat Dan Manfaat Serai

10 Khasiat Dan Manfaat Serai

Serai ialah rumput tropika yang tumbuh tinggi dengan batang dan daun segarnya mempunyai bauan seperti lemon segar kerana ia mengandungi minyak pati, yang turut hadir sama seperti semasa mengupas lemon.

Khasiat Dan Manfaat Serai

Daun serai panjang seperti lembing di bahagian atas dan berpejal beberapa inci panjang pada bahagian akhir sebelum akar.

Sebagai rempah, serai segar dipilih kerana rasa keharumannya. Bahagian berpejal ini dihiris atau ditumbuk dan digunakan dalam masakan. Serai (Cymbopogon sp.) boleh di golongkan sebagai sejenis rumput berumpun dan berakar besar.

Keistimewaan serai adalah kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan.

Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan.

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesis rumpun.

Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.

KHASIAT SERAI

Berikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

1. Mencegah kanser

Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser.

Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

2. Ubat gangguan pencernaan

Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit.

Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekali gus mencegah pembentukan gas berlebihan.

3. Detoksifikasi

Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil.

Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

4. Manfaat pada sistem saraf

Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf.

Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

5. Menurunkan tekanan darah

Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah.

Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

6. Sebagai analgesik

Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit.

Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

7. Kulit cantik

Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar.

Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

8. Kesihatan wanita

Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

9. Menyegarkan dan Menyejukan

Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.

10. Khasiat Serai Dalam Perubatan

Daun
  • Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.
  • Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
  • Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk
  • melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin.
  • Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
  • Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.

Batang dan akar pokok serai digunakan untuk:-
  • Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
  • Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
  • Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.
  • Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.
  • Membantu melawaskan dan melancarkan
  • pembuangan air kecil .
  • Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.
  • Di jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.

Bunga Serai sering di gunakan bagi:-
  • Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.
  • Penyegar dan pelembab kulit (awet muda).
  • Kesihatan dan kesegaran.

PENYEDIAAN TANAMAN

Tanaman serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 hingga 9 bulan.

Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai tanaman.

Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

PENYEDIAAN TANAH

Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan.

Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur.

Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

PENANAMAN

Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman bergantung kepada kesuburan tanah.

Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur.

Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m.

Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antar baris x 0.5 m dalam baris iaitu memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

PEMBAJAAN

Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah.

Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.

Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah.

Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas di tabur dan digaul kedalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan. Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam.

Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman ditanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2O5 dan 40-80 kg K2o.

Bagi tanah gambut, kapur atau zeolite sebanyak 2.5 tan/ha perlu juga di tabur.

JENIS BAJA
  • Baja asas: Sebatian NPK 12:12:17:2.
  • Baja Tambahan: Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: herbadantumbuhan

Tuesday, July 31, 2018

Kelapa Tacunan Varieti Terbaik Untuk Tanaman Komersial

Kelapa Tacunan Varieti Terbaik Untuk Tanaman Komersial

Kelapa Tacunan (Cocos nucifera) merupakan sejenis varieti kelapa yang sangat popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek dengan penghasilan tinggi.

Kelapa Tacunan Varieti Terbaik Untuk Tanaman Komersial

Menurut sumber dari Philiphines Coconut Authority (PCA), kelapa varieti tacunan merupakan varieti kelapa terbaik yang digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa.

Ia mempunyai permintaan tiinggi dikalangan penanam, pemproses dan juga para pengeksport kelapa di Filipina.

Kelapa Tacunan sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula dari kelapa (Nira dan Gula Melaka).

Terdapat seluas 3.6 juta hektar tanaman kelapa di Filipina yang mana ia telah menduduki tempat kedua terluas menanam kelapa selepas negara Indonesia iaitu seluas 3.8 juta hektar.

Malaysia hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa. (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014).

Penanaman kelapa dinegara yang berpulau seperti Filipina dan Indonesia merupakan pilihan terbaik untuk menjadi sumber ekonomi penduduknya.

Varieti

Philippine Coconut Authority (PCA) telah mengenalpasti dua varieti kelapa renek di negara mereka untuk di komersilkan iaitu Varieti Galas Hijau dan Varieti Tacunan.

Kedua-dua varieti ini telah lulus untuk disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness).

Dari segi fizikal, kelapa Galas Hijau mempunyai bentuk seragam yang membulat dengan purata buah bersaiz besar, sabut yang tebal dan juga tahap keseimbangan pokok dipucuknya.

Ia juga mempunyai batang yang kukuh dipangkalnya dengan batang bawah lurus (Jenis renek) pertumbuhan yang lambat meninggi dengan warna mayang (peduncle) kekuningan atau kehijauan.

Pada para penanam kelapa dan pengguna, ramai memilih kelapa Galas Hijau dan Tacunan kerana kualiti air dan juga khasiat kesihatan yang ada padanya.

Kelapa Tacunan dan Galas Hijau ini merupakan varieti yang popular ditanam di negara tersebut kerana ia memberikan nilai ekonomi kepada petani.

Berbanding dengan buah Epal dan Oren yang menjadi buah dimakan oleh ramai penduduk dunia, banyak varieti yang dihasilkan oleh saintis biakbaka sehingga menghasilkan banyak varieti.

Tanaman kelapa bagaimanapun, tidak mempunyai banyak varieti tetapi boleh dikelaskan kepada 3 kategori iaitu Kelapa Tinggi (Tallvariety), Kelapa Renek (Dwarf variety) dan Kelapa Hibrid (Hybrid variety).

Varieti tanaman kelapa hanya khusus untuk kawasan tertentu sahaja yang ditanam dengan varieti sama kerana pokok kelapa melakukan pendebungaan silang (Cross pollination) menyebabkan buahnya tidak sesuai digunakan untuk benih.

Varieti kelapa yang sama ditanam disatu kawasan terpencil (seperti pulau) mampu mengekalkan sifat varieti kelapa tersebut dan sering dinamakan dengan nama lokaliti.

Nama kelapa jenis tinggi adalah seperti Malayan, Rennel dan juga Samoan yang lazimnya tumbuh tinggi sehingga melebihi 70 kaki dengan batang yang besar ditapak bawahnya (tapak gajah), lambat berhasil (7 tahun baru berhasil) dan tahan lasak.

Akarnya kuat mencengkam tanah sehingga ia tahan dan tidak tumbang jika ditiup angin kencang.

Kelapa ini menguasai 70% daripada varieti kelapa yang ditanam di Malaysia dan kebanyakan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Buahnya besar dengan sabut tebal dan matang dalam 12-13 bulan sebelum gugur diatas tanah untuk dikutip. Ada teknik memetik kelapa tinggi ini dengan menggunakan beruk, mengait dengan galah dan sebagainya.

Berbalik kepada kelapa jenis renek, Ia mempunyai saiz batang yang kecil, pokok tidak tinggi dan membolehkan buah dituai dengan mudah.

Pokok varieti Tacunan adalah jenis renek yang mana pelepah daunnya masih mencecah tanah dan pokok sudah berbuah.

Kelapa Tacunan adalah varieti kelapa popular di Filipina yang singkatannya dikenali dengan TACD (Tacunan Green Dwarf).

Nama tempatan kelapa ini adalah 'Bilaka' dan 'Linkuranay' yang memberi makna 'jenis kelapa rendah dan hasil cepat'.

Saiz buah dari jenis SEDERHANA dan BESAR berbanding dengan varieti kelapa renek lain.

Kelapa ini amat popular ditanam untuk isi kelapa dan air kelapa dimana ia paling sesuai dikomersilkan. Dari segi bentuknya, kelapa ini berbentuk Bulat dan warna HIJAU.

Kelapa Tacunan adalah varieti kelapa yang cepat berbuah dimana tandan pertama lazimnya mencecah tanah dimana buahnya boleh dipetik tanpa perlu dipanjat atau menggunakan galah.

Ia boleh berbuah dalam masa kurang 2 tahun jika kawasan sesuai dan dijaga dengan baik.

Di Filipina yang mengalami bencana ribut taufan saban tahun, menanam varieti Tacunan telah dibuktikan sangat memberikan manfaat kerana ia tahan tiupan angin kuat dan ribut (cyclone) dan tidak mudah tumbang.

Ini kerana batang kelapa Tacunan berbatang kuat, akar dalam dan robust.

Kelapa Hibrid

Laporan menyatakan, kelapa Tacunan mampu memberikan purata hasil sebanyak 94 biji sepokok dalam setahun dengan hasil potensi 204 biji bagi setiap pokok dalam tahun. Kelapa Tacunan juga sesuai untuk ditanam di Malaysia.

Pokok kelapa Tacunan telah dibuat penyelidikan di Jabatan Pertanian Sabah dengan membuat biakbaka untuk memilih varieti terbaik.

Ia kini mula diterima oleh petani di Sabah sebagai satu varieti yang produktif dan menghasilkan buah dengan cepat.

Walau pun benih kelapa tacunan yang dijamin ketulenannya masih terhad, usaha untuk membiakkan dengan lebih banyak kelapa tacunan sedang giat dijalankan.

Ramai pegawai pengembangan dan petani di Semenanjung Malaysia yang menunggu untuk menanam kelapa varieti tacunan ini.

Walaupun ia jenis kelapa renek tetapi saiz buahnya menyamai dan lebih besar daripada kelapa Malayan Tall.

Ia tidak sama seperti kelapa renek lain dimana buahnya kecil seperti kelapa renek Papua yellow, Samoan dan Fiji Dwarf and Cameroon red serta jenia kelapa Malayan Yellow (MYD) and Nias Green, namun umumnya semua kelapa renek berbuah cepat.

Kelapa Hibrid adalah kelapa hasil kacukan antara Kelapa Tinggi dan kelapa Renek untuk mendapatkan ciri pokok rendah, buah besar, cepat berbuah dan tahan penyakit.

Ia dibangunkan dengan kaedah kacukan silang yang bersistem untuk memastikan hanya hibrid yang terpilih sahaja akan dijadikan benih untuk ditanam.

Di Malaysia, antara kelapa Hibrid yang popular adalah seperti Kelapa Matag (Matag Hijau - CN13, Matag Orange - CN14 dan Matag Gold -CN15).

Kelapa hibrid lain yang pernah popular di tanam di Malaysia adalah varieti Kelapa MAWA.

Di Indonesia, kelapa Hibrid yang popular seperti Varieti KHINA 1, KHINA 2, KHINA 3, KHINA 4 dan KHINA 5.

Kelapa Macapuno merupakan sejenis kelapa mutan yang mana isinya adalah seperti jelly (thick gelatinous meat) dengan kandungan air yang sedikit.

Kelapa Macapuno adalah sangat popular di Filipina yang dijual sebagai makanan eksotik dalam bentuk sirap dan pencuci mulut.

Hasil

Kelapa Tacunan Varieti Terbaik Untuk Tanaman Komersial

Pokok kelapa varieti Tacunan mampu mengeluarkan hasil sehingga 50 ke 90 biji sepokok setahun buah kelapa pada keadaan tempatan.

Kajian dimakmal mendapati isi kelapa tacunan memang mengandungi asid laurik dan hasil minyak yang tinggi.

Purata sebiji kelapa tacunan boleh menghasilkan sebanyak 53 ml VCO (Virgin Coconut Oil).

Ia merupakan varieti kelapa yang sangat sesuai ditanam untuk industri pembuatan VCO dimasa akan datang.

Kajian juga mendapati buah kelapa tacunan yang cukup matang mengandungi 460g isi segar yang boleh menghasilkan 247g kopra pada 6% kelembapan.

Purata berat buah yang diukur adalah 1,292 gram (atau 1.3 kg sebiji) dan buah ini sebenarnya sangat besar.

Purata ukur lilit 'polar' buah ini adalah sepanjang 62 cm dan juga ukur lilit 'equatorial' buah adalah 55 cm kemudian, sabut kelapa dikeluarkan dan ditimbang dimana ia memberikan bacaan 381 gram.

Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!)

Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga adalah kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis.

Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan memberikan berat isi segar sebiji kelapa memberikan purata 460 gram. Kajian sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7 mm.

Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan dimana berat kopra yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak sebanyak 53 ml.

Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman pula adalah sekitar 3,837 gram dimana ia mempunyai air dan sabut basah yang besar.

USAHAWAN KELAPA

Ramai usahawan tani berminat untuk menanam kelapa varieti tertentu berikutan ia mampu menjana hasil pendapatan sehingga lebih RM5,000 sebulan berbanding kelapa sawit yang hanya mampu menjana antara RM700 hingga RM800 bagi setiap 0.4 hektar.

Usahawan tani yang menanam pokok kelapa selalunya akan turut menanam tanaman sampingan seperti kopi di antara pokok kelapa selain mengusahakan perusahaan madu kelulut dan ini menjana pendapatan lebih tinggi berbanding jika mengusahakan kelapa sawit.

INFO
  • Kelapa matag mampu mengeluarkan hasil sehingga 250 biji kelapa setahun.
  • Kelapa tacunan 200 biji kelapa setahun.
  • Kelapa pandan 180 biji kelapa setahun.

Kelapa Import

Kira-kira 3 juta biji kelapa Indonesia dibawa masuk menerusi Pelabuhan Barter Trade Batu Pahat, Johor, setiap bulan sebelum diedarkan ke seluruh negara.

Kira-kira 1.5 juta biji kelapa Indonesia dibawa masuk menerusi Batu Pahat khusus untuk kegunaan musim Aidilfitri setiap tahun bagi pasaran Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: animhosnan

Tuesday, July 17, 2018

3 Jenis Bahan Organik Terbaik Untuk Tanaman Organik

3 Jenis Bahan Organik Terbaik Untuk Tanaman Organik

Bahan yang digunakan untuk tanaman anda tumbuh dipanggil media tanaman, merupakan salah satu komponen asas yang sangat penting untuk memulakan penanaman sesuatu tanaman dan sebenarnya terdapat beratus-ratus campuran digunakan untuk menghasilkan media tanaman organik dan juga kormesial.

Bahan organik terbaik
Gambar hiasan.

Dengan memahami fungsi media tanaman, anda perlu tahu dan membuat pilihan yang tepat dengan mengkaji keberkesanan dan kualiti media tanaman mana yang perlu disesuaikan dengan tanaman yang hendak anda usahakan.

Pemilihan media tanaman adalah penting kerana tanaman anda sangat bergantung kepada media tanaman untuk hidup.

Secara umumnya, media tanaman berfungsi untuk menjaga kelembapan disekitar akar, menyalurkan oksigen dan nutrien yang cukup kepada tanaman.

Sejak tahun 1940 yang lalu, di asia tenggara telah menggunakan pelbagai jenis media tanaman untuk menanam antaranya ialah batu bata, sabut kelapa, arang dan juga paku pakis.

Pada masa kini, dengan pelbagai teknologi yang wujud, pelbagai media tanaman telah dihasilkan hasil daripada penyelidikan dan testimoni daripada pakar-pakar pertanian.

Pelbagai kaedah penghasilan serta campuran bahan dicampur untuk menjadikan media tanaman yang khas untuk digunakan mengikut kesesuaian jenis tumbuhan.

Contohnya seperti perlite dan gel hydroball.

MEDIA TANAMAN DARIPADA BAHAN ORGANIK

Media tanaman daripada organik kebiasaanya adalah daripada organisma hidup daripada bahagian pokok seperti, bunga, daun, kulit kayu dan ranting.

Media tanaman organik mempunyai banyak keistimewaannya dan fungsi yang sangat baik untuk tanaman.

Antaranya ialah mampu menyalurkan atau menyediakan unsur nitrogen kepada tanaman.

Selain itu juga, ia mempunyai liang pori-pori mikro dan makro untuk memudahkan pengangkutan oksigen berjalan dan mempunyai daya penyerapan air yang sangat baik.

Terdapat beberapa contoh media tanaman daripada bahan organik, antaranya ialah:

1. Sekam padi

Sekam padi adalah merupakan media tanaman yang dihasilkan daripada kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar.

Terdapat dua jenis sekam padi yang biasa digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar).

Sekam padi ini berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

Sekam bakar atau arang sekam ialah bahan yang terhasil daripada pembakaran sekam (kulit) padi secara terkawal iaitu cukup menjadi arang atau erti kata lain proses sebelum ia menjadi abu.

Sekam bakar yang terbaik ialah yang baru di tuai dan tidak terlalu hancur semasa proses pengasingan sekam.

Pembakaran ini akan menyebabkan semua bahan hidup seperti benih padi, rumpai, mikroorganisma lain akan mati.

Fungsi sekam bakar ini sama seperti arang dimana ia boleh memegang air dan membaiki struktur media tanaman untuk pertumbuhan tanaman yang optimum malah murah dan mudah didapati.

Sekam mentah pula boleh juga digunakan sebagai komponen media tanaman.

2. Cocopeat

Cocopeat adalah bahan semulajadi yang dihasilkan melalui ekstrak sabut kelapa. Bahan ini berfungsi sebagai bahan mengekalkan kelembapan media tanaman disamping baik untuk pengudaraan oksigen dan bersih.

Berbanding dengan media tanaman yang lain, cocopeat mudah reput dan juga bebas daripada perosak dan sumber rumpai.

Teknologi pertanian masa kini banyak menggunakan produk cocopeat antaranya teknologi fertigasi yang menjadi fenomena pada masa ini banyak menggunakan cocopeat sebagai salah satu pilihan media tanaman bernilai tinggi seperti tomato, cili, buah tin, melon, tembikai dan lain-lain.

Jika bahan ini digunakan dalam jangka masa panjang, pemantauan nilai pH hendaklah sentiasa dillakukan.

Nilai pH boleh distabilkan dengan melakukan flushing air bersih ke media.

Cocopeat dikeringkan dibawah matahari dan di proses untuk dihasilkan dalam beberapa bentuk iaitu cocopeat block, cocopeat briquettes, cocopeat tablets dan sebagainya.

3. Peat moss (lumut sphagnum)

Peat moss adalah bahan reput dan bahan mati hasil dari gabungan beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain.

Lumut sphagnum adalah bahan utama yang diproses menjadi kompos untuk kegunaan dalam pertanian.

Sphaganum ialah sejenis lumut dan merupakan bahan perawat tanah yang baik dimana boleh mengawal kelembapan kawasan akar pokok demi pertumbuhan yang ideal kerana struktur selnya boleh menampung air seperti span.

Selain itu juga, bahan ini boleh memperbaiki tanah yang berpasir atau tanah liat untuk pertumbuhan tanaman. Biasanya lumut ini sangat sesuai tumbuh di kawasan beriklim sejuk dan tanah bergambut.

Kebanyakan yang terdapat di pasaran Malaysia adalah diimport dari New Zealand, Kanada atau Holland.

Sphaganum peatmoss yang diimport dari China dikatakan kurang berkualiti kerana mudah reput. Sphaganum peat banyak digunakan sebagai media bagi pengakaran pokok tin.

Terdapat beberapa jenis peat-moss dipasaran iaitu;

Pertama, lumut gambut fibric (peat-moss fibric) iaitu peat-moss yang reput, kompos dengan kandungan fibre yang sangat utuh.

Kedua, lumut gambut hemic (peat-moss hemic) iaitu ia lebih reput berbanding dengan jenis fibric tetapi kurang jika dibandingkan dengan jenis Sapric.

Ketiga, Lumut-gambut Sapric (peat-moss Sapric) iaitu jenis peat-moss paling reput berbanding jenis hemic dan fibric.

Maknanya peat-moss Sapric lebih baik jika dinilai dari segi kereputan dan pengomposannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myagri

Monday, June 25, 2018

Panduan Cara Menanam Serai Secara Komersial

Panduan Cara Menanam Serai Secara Komersial

Menanam serai dikatakan agak senang dan mudah hendak diuruskan, tidak seperti menanam sayur kerana banyak penjagaan perlu dilakukan dan untuk menjana pendapatan tetap RM1,000 sebulan, tanah yang diperlukan adalah 1/2 ekar.

Panduan Menanam Serai Secara Komersial

Serai adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga Poaceae iaitu suku rumput dengan nama botaninya cymbopogon spp, juga disebut dengan nama lemongrass, barbed wire grass, silky heads, citronella grass, cha de Dartigalongue, fecer grass dan pelbagai nama lagi.

Jenis-jenis Serai

Terdapat 2 jenis serai yang terkenal dan ditanam di Malaysia dengan 2 tujuan sebagai serai makan dan serai untuk perubatan serta kesihatan.

Serai Makan (cymbopogoncitratus) ditanam dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan.

Serai Wangi (cymbopogonnardus) pula ditanam untuk mendapatkan minyak pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan.

Minyak pati tersebut digunakan bagi kegunaan luar mengubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut, serta masalah hilang selera makan.

Selain itu, serai juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga (insect repellent).

Kegunaan Serai

Tanaman serai wangi ini dijadikan minyak serai atau losyen bagi tujuan kegunaan luaran sahaja.

Pada asasnya, serai makan tidak mempunyai apa apa bau kecuali variety serai wangi.

Namun, apabila serai makan tersebut dicampur ke dalam masakan, ia akan menambah kesedapan juadah dengan mengeluarkan aroma seakan-akan lemon yang lebih menyedapkan masakan tersebut.

Aroma yang harum akan dikeluarkan ketika bahan ini digoreng bersama bawang kecil dan bawang besar.

Tumbuhan berperisa lemon ini boleh dikeringkan untuk dikisar menjadi tepung atau digunakan secara segar.

Serai yang telah keringkan dicampur ke dalam minuman teh bagi menambahkan lagi rasa segar yang terkandung di dalam minuman tersebut.

Asal-usul Serai

Tumbuhan herba ini ditanam secara meluas di kebanyakan kawasan di Malaysia.

Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka dan telah tersebar penanamannya keseluruh dunia.

Penanaman serai di Malaysia adalah sangat sesuai kerana iklim dan cuaca di Malaysia yang panas dan kering sepanjang tahun.

Iklim tropika dan subtropika paling sesuai dalam penghasilan tanaman herba yang berkualiti.

Serai makan boleh dijumpai dengan mudah dijual di mana mana pasaraya, kedai sayuran dan pasar harian.

Tanaman serai berpotensi besar untuk dimajukan kerana permintaan terhadapnya sangat tinggi di pasaran terutama pada musim perayaan dan majlis perkahwinan.

SERAI PAHA GAJAH

Keistimewaan serai paha gajah ialah saiz yang besar berbanding serai jenis lain dan hasil pengeluaran juga lebih cepat.

Hanya 10 hingga 12 batang serai paha gajah sudah mencapai berat sekilogram berbanding serai kampung yang memerlukan kira-kira 30 batang sekilogram.

Dalam tempoh lima hingga tujuh bulan, serai paha gajah yang batangnya besar dan umbi tegap mampu mengeluarkan hasil antara enam hingga tujuh tan di kawasan seluas 0.4 hektar (1 ekar).

Proses menanam dan penjagaan juga tidak rumit tetapi perlu menjaga rumput bagi memastikan pengeluaran hasil yang banyak.

Seawal lima bulan serai sudah boleh dijual dan usia paling cantik ialah dalam tempoh lima hingga tujuh bulan.

Ketika proses menuai serai paha gajah juga, ia mudah dibersihkan dan dalam sehari seorang mampu membersihkan sehingga 100 kilogram.

SERAI PAHA AYAM

Serai peha ayam mempunyai batang yang besar serta umbi yang tegap, namun kurang digemari kerana aromanya tidak seharum serai biasa.

Bagi penggemar serai tentu dapat membezakan dengan serai kampung walaupun kadang-kadang mata lebih tertarik dengan kegemukan serai peha ayam, tentu menyangka serai kampung telah cukup dari segi pembajaannya.

Dan pastinya, serai paha ayam menjadi pilihan untuk ditanam.

Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10,000-15,000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan.

Untuk integrasi kita boleh menanam antara 5,000–8,000 rumpun serai seekar.

Serumpun serai paha ayam pula boleh menghasilkan purata 3 kg yang siap proses.

Kalau tanah subur, baja boleh mencapai sehingga 9 kg serumpun.

PENANAMAN SERAI SECARA KOMERSIAL

1. Persediaan Awal

Sebelum menanam serai, pengusaha perlu meneliti samada kawasan penanaman mempunyai ciri seperti berikut:

Jenis tanah yang sesuai iaitu tanah gambut, tanah merah, tanah berpasir dan tanah BRIS.

Struktur kawasan penanaman samada berbukit, tanah rata, beralun atau laluan berair. Sistem pengaliran air yang berkesan bagi tujuan penyiraman dan pengaliran air banjir.

Jenis tumbuhan asal kawasan tersebut mempunyai akar, rumpai atau pokok berkayu.

Kawasan yang dipilih perlu dibajak dan digembur terlebih dahulu sekurang kurangnya 14 hari sebelum penanaman.

Proses penggemburan ini dilakukan bagi meningkatkan kandungan mineral di dalam tanah dan memudahkan proses pencucukan anak benih.

Sekiranya perlu, kawasan tersebut perlu disembur racun rumpai bagi mengawal pertumbuhan rumput yang akan mengganggu proses tumbesaran serai.

Benih serai perlulah berusia lebih lapan bulan atau lebih dan telah mula mengeluarkan akar dibahagian bawah batang.

Benih yang telah sedia perlu ditanam 4 hingga 6 benih serai pada satu lubang dengan menanam bahagian akar sedalam 1 inci.

Jarak tanaman adalah 0.5 meter diantara pokok dan 1.0 meter setiap barisan.

Tanaman serai mengikut jarak tersebut boleh menghasilkan kepadatan tanaman sehingga 20,000 rumpun bagi 1 hektar kawasan.

2. Penyediaan Anak Benih

Kita boleh mendapatkan anak benih daripada pasar tani atau kedai-kedai runcit sahaja.

Sebelum beli, rancang dahulu berapa rumpun kita nak tanam. Contohnya, kalau nak buat 10 rumpun, setiap rumpun kita letak 5 anak benih.

Jadi, kita kena beli 50 batang serai sebagai anak benih.

3. Merendam anak benih dalam air

Apabila cuba menanam terus benih serai yang dibeli dari pasar ke tanah, ada yang hidup dan ada yang mati.

Selalunya benih yang kita beli dari pasar tani telah dibersihkan dan tiada akar membuatkan anak benih susah nak hidup.

Jadi, kita perlu merendam semua benih kita dalam jag air. Kenapa perlu dalam jag air? Kerana jag air dibuat daripada kaca dan lutsinar.

Jadi kita boleh melihat takat air yang kita masukkan ke dalam jag. Nak pakai jag plastik pun boleh asalkan lutsinar.

Kita tegakkan semua benih serai dalam jag dan masukkan air cukup setakat sampai perut anak benih serai sahaja.

Kebiasannya, akar benih serai akan tumbuh selepas 4 hari kita merendamnya.

Benih yang kita ambil terus daripada rumpun serai tidak perlu direndam dengan air kerana sudah mempunyai akar.

4. Penyediaan Tanah

Serai memerlukan tanah yang sedikit padat untuk membolehkan anak benih berdiri tegak dan tidak mudah tumbang.

Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik, tanam merah dengan tanah bakaran sampah.

5. Cara Menanam Benih Serai Yang Betul

Menanam benih serai ke longgokan tanah atau batas adalah satu proses yang amat penting.

Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.

Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.

6. Mengasingkan Serai

Apabila telah matang dan serai sedia untuk dituai, dalam satu rumpun pasti ada batang serai yang gemuk, yang masih muda dan batang yang kurus melidi.

Kita kena asingkan serai yang gemuk dan serai yang kurus ini sebelum dihantar kepada pembeli.

7. Pantang Larang Serai

Jangan sesekali kita mengerat rumpun daun serai sewaktu serai dalam proses pembesaran. Kadang-kadang orang kita lebih suka mengerat daunnya supaya nampak cantik dan tidak semak.

Tetapi akibatnya membuatkan serai tumbuh melidi dan tidak gemuk kerana serai akan menggunakan tenaganya untuk kembali menumbuhkan daun.

Biarkan sahaja rumpun serai membesar dan menjadi semak sehinggalah sampai masa untuk kita menuainya.

PENGURUSAN TANAMAN

Benih serai yang telah ditanam perlu disiram sekurang kurangnya 2 kali sehari, namun jika bekalan air siraman kurang diberikan, serai masih boleh hidup subur kerana ianya mempunyai sifat tahan kepada cuaca panas dan kemarau.

Jika air berlebihan dibekalkan kepada tanaman serai, ia akan menyebabkan serai reput, berulat dan busuk terutama di bahagian akar.

PEMBAJAAN DAN KAWALAN RUMPAI

Pembajaan dilakukan dengan menabur baja NPK 15:15:15 di sekeliling pangkal pokok pada kadar 40 gram sepokok. Pembajaan dilakukan 2 kali sebulan.

Tanaman serai tidak memerlukan penjagaan yang rapi, dimana kawalan rumput di sekelilingnya perlu dicabut bagi mengelakkan persaingan mendapatkan makanan dan cahaya matahari.

Rumput pada tanaman serai sangat mudah untuk tumbuh membiak dan pengusaha tanaman perlu melakukan aktiviti merumpai sekurang kurangnya 2 minggu sekali.

Oleh kerana serai adalah sejenis tumbuhan herba, maka tiada serangga yang mendekati dan hinggap di pokok serai kecuali masalah Ulat Pengorek Batang.

Pengusaha perlu membuang rumpun yang terkena serangan ulat ini.

Manakala penyakit yang sering menyerang pokok serai adalah reput akar di mana bahagian batang dan akar serai akan membusuk.

Ini adalah disebabkan oleh kandungan air yang banyak lalu menyebabkan tanah di kawasan serai tersebut lembap.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan merosakan rumput serai tersebut.

Pengusaha perlu mencabut rumpun yang telah rosak dan mengalihkannya pada kawasan yang agak kering dan panas.

Bagi kawasan berkepadatan 20,000 rumpun sehektar akan menghasilkan 25 hingga 30 tan batang serai yang boleh dipasarkan.

Proses penuaian serai dilakukan di antara tempoh masa 4 hingga 6 bulan bergantung kepada kemajuan tumbesaran serai.

Serai akan dicabut keseluruhan rumpun dan memotong bahagian pangkal serta daunnya.

Tinggalkan kira kira 10 cm hingga 15 cm bahagian batang.

Bahagian batang yang mempunyai umbisi akan dibersihkan dari kotoran tanah.

Kemudian, serai tersebut diikat menggunakan getah dan dikumpulkan di dalam bekas besar untuk dijual kepada peraih atau pemborong.

ANGGARAN PENDAPATAN SEEKAR TANAMAN SERAI

1. Seekar tanah adalah seluas 43,560 kaki persegi.

2. Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’

Oleh itu dalam seekar tanah terdapat 3,628 rumpun serai (43560/12=3628).

3. Pendapatan Kasar

Dalam satu lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.

Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg.

Oleh itu pendapatan kasar adalah, 3,600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400.

4. Perbelanjaan

a. Benih = RM1,000 seekar (21,600 batang).

b. Baja = RM560
  • 8 beg baja urea (N46) diperlukan seekar.
  • 1 beg (50kg) berharga RM70
  • (8 beg x RM70 = RM560.00).

c. Racun = RM 390
  • 12 liter racun BASTA diperlukan dalam seekar.
  • 1 kotak 4 liter jadi perlu 3 kotak.
  • 1 kotak berharga RM130.
  • 3 kotak x RM130 = RM390.

d. Upah tanam per ekar = RM 200

e. Upah meracun (3 kali) RM60/ekar = RM 180.

f. Upah membaja
  • RM30 per ekar (3 kali) = RM 90.
  • 2 kali baja Urea.
  • 1 kali baja 0:18:20:TE.

g. Upah menyiram = RM210
  • Pokok serai perlu disiram selama 7 hari bermula dari tarikh tanam, waktu menyiram 4.30~5.00 petang.
  • Upah siram RM30 per ekar (RM30x7 kali = RM 210).

h. Upah menuai = Lebih kurang RM1,000
  • Jumlah Perbelanjaan = Lebih kurang RM4,000
i. Pendapatan Bersih
  • PENDAPATAN BERSIH PER EKAR = RM 14,400-RM 4,000 = RM 10,000.
  • RM 10,000.00/5 bulan, sebulan RM2,000.00.

Bayangkan sekiranya anda tanam seluas 10 ekar, berapa pendapatan sebulan?

Ini adalah kiraan pendapatan paling minimum, tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah.

Tanaman serai 2′x3′ seekar boleh mendapat hasil lebih tinggi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myagri | IG | mybaha76

Friday, June 22, 2018

Penanaman Kelapa Matag, Apa Istimewanya Buah Ini?

Penanaman Kelapa Matag, Apa Istimewanya Buah Ini?

Kelapa Matag adalah nama singkatan bagi kacukan antara varieti kelapa 'Malayan Tall' dangan kelapa 'Tag nanan' yang dicantumkan menjadi 'MATAG' bagaimanapun, jangan terkejut jika pokok kelapa MATAG yang ditanam tidak berbuah dan jika berbuah pun, ia tiada ciri MATAG.

Penanaman Kelapa Matag, Apa Istimewanya Buah Ini?

Ia mungkin disebabkan pokok kelapa itu ditanam menggunakan anak benih diambil daripada buah kelapa MATAG yang dicambah.

Jika benar, anda sebenarnya menanam benih tidak tulen atau dalam istilah saintifiknya dipanggil Generasi F2.

Generasi F2 tidak mempunyai ciri-ciri kualiti dan kelebihan seperti kelapa MATAG jika dijadikan anak benih.

Ini kerana kelapa MATAG sejenis kelapa hibrid yang dihasilkan melalui kacukan dua induk kelapa berbeza iaitu Tagnanan sebagai induk jantan dengan Malayan Red Dwaft (MRD) atau Malayan Yellow Dwaft (MYD) sebagai induk betina.

Nama ‘MATAG’ pula singkatan gabungan antara ‘MA’ (Malayan) dan ‘TAG’ (Tagnanan) bagi menggambarkan kelapa hibrid hasil kacukan dua varieti berbeza.

Kelapa hibrid MATAG mempunyai gabungan ciri baik dan kelebihan yang diwarisi kedua-dua induknya iaitu buah yang besar daripada Tagnanan dan pokok rendah, cepat berbuah serta lebat daripada MRD atau MYD.

Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1.

Potensi Kelapa Di Malaysia

Industri tanaman kelapa di Malaysia merupakan satu industri penting dikalangan petani yang menyumbang kepada sosio-ekonomi untuk pembasmian kemisikinan terutamanya pekebun kecil kelapa.

Kebanyakan mereka menanam kelapa varieti 'Malayan Tall' yang telah tua dan tidak produktif lagi dengan penghasilan yang sangat rendah.

Seramai lebih 80,000 petani dilaporkan terlibat dengan penanaman kelapa pada 2010 dengan keluasan mencapai 110,000 hektar terutama di beberapa kawasan seperti di Johor, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Anak benih kelapa MATAG tulen hanya dikeluarkan Jabatan Pertanian melalui ladang benih kelapa di Pusat Pertanian Pagoh, Johor dan Pusat Pertanian Lekir, Perak.

Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak juga mengeluarkan benih kelapa hibrid MATAG iaitu masing-masing di Stesen Kelapa Menumbok dan Pusat Pertanian Tarat.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi pengeluaran anak benih kelapa hibrid MATAG disediakan bertujuan menyeragamkan proses pengeluaran anak benih kelapa di setiap ladang benih dan tapak semaian.

Ia bagi menjamin ketulenan benih kelapa hibrid MATAG yang dikeluarkan Jabatan Pertanian.

Pengeluaran anak benih kelapa hibrid MATAG antara aktiviti di bawah Projek Pengeluaran Benih Tanaman dalam rancangan lima tahun sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Kelebihan Kelapa Matag

Penanaman Kelapa Matag, Apa Istimewanya Buah Ini?

Ramai petani termasuk penduduk kampung dan pinggir bandar tertarik dengan kelapa MATAG kerana selain pokoknya rendah, buahnya besar, cepat berbuah dan lebat.

Pokok kelapa MATAG daripada anak benih yang dikeluarkan mengikut prosedur ini berpotensi menghasilkan buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun.

Kelapa hibrid MATAG boleh memberikan hasil buah kelapa yang banyak dalam jangka panjang dengan saiz lebih besar dan popular dalam kalangan pengguna domestik selain dapat menghasilkan kelapa muda, jeli kelapa, dijual muda untuk air dan tua untuk santan.

Penanaman

Anak benih tulen merupakan asas kepada kejayaan penanaman kelapa 'Matag'.

Petani perlu mendapatkan bekalan anak benih 'Matag' daripada pembekal sah yang mampu menyediakan benih tulen iaitu Jabatan Pertanian dan Ladang Jenderata (UP) sahaja.

Walaupun ada nurseri swasta yang mendakwa mempunyai anak benih kelapa matag, ia perlu diawasi kerana peratus kejayaan proses pendebungaan kelapa matag sekitar 45-50% sahaja yang menjadi kelapa matag.

Manakala 50% lagi mungkin tidak menjadi kelapa matag tetapi jadi kelapa MRD atau Tagnanan atau lain-lain.

Penyediaan anak benih kelapa matag adalah menggunakan debunga dari pokok varieti 'Tagnanan' (tinggi) dengan pokok varieti 'Malayan Red Drawrf' (MRD) atau 'Malayan Yellow Dwarf' (MYD) yang rendah dan renek.

Debunga Tagnanan disembur kepada bunga betina MRD/MYD dan ditutup rapat.

Lazimnya selepas setahun baru akan dapat anak benih matag selepas proses menakai (culling) pokok yang bukan jenis matag.

Jarak penanaman kelapa matag adalah mengikut jenis tanah tetapi lazimnya sekitar 8.1 meter x 8.1 meter dengan kadar kepadatan sebanyak 178 pokok sehektar.

Pokok kelapa memerlukan 100% cahaya matahari untuk memberikan hasil yang optima.

Sediakan lubang penanaman dengan ukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m sebelum menanam dan berikan baja organik dan 200 gram baja Fosfat digaul kedalam lubang penanaman.

Penanaman kelapa sering diintergrasikan dengan tanaman selingan seperti pisang, nanas, tanaman kontan seperti jagung, sayur-sayuran, keledek, keladi dan sebagainya.

Kaedah ini akan memastikan petani mendapat pendapatan lebih cepat sementara menunggu pokok kelapa matag berbuah.

Aktiviti penternakan seperti menternak ayam, kambing atau lain-lain yang sesuai juga digalakan dalam program pemulihan kawasan kelapa oleh kerajaan.

Program pembajaan kelapa matag diberikan sebanyak 1 kg sepokok dengan NPK 15:15:15 pada tahun pertama dan ditambah kepada 1.5 kg/pokok pada tahun kedua dan seterusnya.

Baja NPK 12:12:17:2 diberikan sebanyak 5 kg/pokok/ tahun setelah pokok mula berbuah pada tahun keempat atau tahun kelima.

Pengapuran sebanyak 2-3 mt/ha/ tahun disyorkan untuk diberikan terutama dikawasan tanah persisir pantai.

Penyakit dan perosak

Masalah serangan kumbang tanduk (Oryctes rhinocerous) merupakan ancaman peringkat awal penanaman yang perlu dikawal.

Kumbang tanduk yang masuk ke dalam anak pokok yang baru ditanam akan memakan umbut dan menyebabkan pokok akan mati jika tidak dikawal.

Kawalan dengan cara manual (musnahkan perumah) atau gunakan racun yang sesuai seperti carbofuran.

Perosak lain tanaman kelapa seperti kumbang jalur merah (Rynchoporus schach) yang juga serangga merosakkan batang dan pucuk kelapa matag dikawal dengan racun monocrothopos atau metamidophos (5-10 mL/pokok) iaitu cara suntingan batang pokok.

Masalah lain ialah seperti serangan ulat beluncas , ulat pengorek daun (Artona catoxantha) dan beberapa perosak lain.

Penuaian

Kelapa Matag lebih cepat mengeluarkan hasil berbanding dengan varieti kelapa 'Malayan Tall' sedia ada iaitu petani boleh mengutip hasil buah kelapa seawal 3-4 tahun selepas penanaman.

Berdasarkan laporan penilaian yang dibuat Jabatan Pertanian mendapati seluas lebih 67 hektar kelapa matag ditanam di Perak, Johor dan Selangor pada tahun 2009 dimana melibatkan sebanyak 17,000 pokok dibuat kajian.

Kebanyakan petani menanam dengan tanaman selingan seperti pisang, herba, koko, sayur-sayuran malahan ada yang menanam di celah-celah kelapa sawit.

Kajian tersebut menyatakan sebanyak 992,120 biji kelapa telah dihasilkan dengan produktiviti pengeluaran hasil kelapa matag sebanyak 9,532 biji/ha/tahun (umur pokok 7 tahun), sebanyak 12,941 biji/hektar/tahun (umur 8 tahun) dan sebanyak 23,757 biji/hektar/tahun (umur pokok 9 tahun).

Purata penghasilan bagi ketiga-tiga tahun tersebut adalah sebanyak 14,937 biji/hektar/tahun.

Hasil pengeluaran terus meningkat saban tahun dengan penjagaan yang baik.

Potensi

Malaysia masih merupakan pengguna tegar produk kelapa untuk kegunaan harian.

Banyak menu makanan harian menggunakan asas produk santan kelapa seperti nasi lemak, masakan kari, kuih muih, masak lemak cili padi, masak lemak putih dan bermacam lagi jenis masakan.

Santan segar atau santan siap proses kini terdapat dipasaran dengan harga yang berpatutan.

Keperluan produk kelapa di musim perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bertambah berlipat kali ganda untuk masak rendang serta lain-lain menu menyebabkan berlaku pengimportan buah kelapa dari negara jiran (terutamanya dari Indonesia) untuk menampung kekurangan ini.

Program menambahkan kawasan atau menanam varieti kelapa baru seperti kelapa matag dijangka dapat memenuhi keperluan kelapa untuk rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia | hmetro

Monday, April 09, 2018

Panduan Menternak Lembu Daging, Siapa Tahu Anda Mungkin Menjadi Jutawan

Panduan Menternak Lembu Daging, Siapa Tahu Anda Mungkin Menjadi Jutawan

Menternak atau membela lembu terutamanya untuk lembu daging boleh menjana pendapatan lumayan terutamanya lembu daging ini kerana pengurusan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan lembu tenusu.

Panduan Menternak Lembu Daging, Siapa Tahu Anda Mungkin Menjadi Jutawan

Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:

a. Cara meragut lepas bebas

Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan.

Cara ini kurang baik kerana;
  • Selalu merosakkan tanaman orang lain.
  • Kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan.
  • Makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai.
  • Perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.

Namun begitu, cara ini amat sesuai bagi penternak dan pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi.

Ini memudahkan lembu-lembu membiak kerana ia bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.

b. Cara Berkurung atau Fidlot

Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya.

Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3-5% dari berat badan lembu setiap hari.

Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang.

Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan.

Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.

c. Cara Separa Intensif

Cara ini lebih sempurna dan praktikal di Malaysia dengan lembu dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan.

Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam.

Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.

d. Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama

Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas.

Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur dan pada kebiasaannya, racun rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu.

Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang.

Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.

Pemilihan Kawasan

Menternak lembu secara integrasi dengan kelapa sawit adalah satu cara penternakan lembu pedaging yang paling sesuai.

Biasanya ternakan ini tidak akan merosakkan tanaman kelapa sawit atau buahnya.

Kawasan mestilah mempunyai cukup rumput untuk menampung bilangan ternakan yang akan dipelihara.

Pagar keliling ladang mestilah baik bagi mengelakkan kecurian atau ternakan terlepas dan memasuki kawasan lain.

Sistem yang sangat digalakkan ini, hanya memerlukan sebuah kandang yang terbuka bagi menyimpan ternakan di waktu malam.

Walaupun anda ada kawasan yang boleh ditanam rumput sesuai, ia memerlukan kos pembangunan yang tinggi, kecuali keluasan tanah tersebut cukup besar bagi menampung unit komersial, penternakan lembu pedaging secara ini tidak akan menguntungkan.

Keluasan kawasan tersebut bergantung kepada cara pengurusan dan banyaknya lembu pedaging yang akan dipelihara.

Kawasan Ragutan

Tanah perlu dibajak dan digemburkan sebelum menanam rum-put bagi menentukan pertumbuhan rumput yang baik.

Selepas membajak, tanah dibiarkan selama dua minggu sebelum disisir atau disikat sambil mencampur kapur pada kadar 1 tan seekar.

Dua minggu kemudian, kerja menggembur tanah pula dijalankan dan setelah selesai, baja TSP pada kadar 100 kg/ekar dan benih rumput kira-kira 5 kilogram seekar bolehlah ditabur.

Baja, kapur dan benih dicampurkan semasa proses penyediaan itu bagi menjimatkan masa kerana tempoh rehat 2 minggu selepas tiap-tiap proses adalah penting.

Benih rumput secara keratan boleh juga ditanam secara barisan atau taburan, akan tetapi cara-cara proses penyediaan tanah adalah serupa.

Bagi penternak secara integrasi dengan tanaman utama, penyediaan kawasan ragutan adalah tidak perlu kerana rumpai asli telah sedia ada.

Pembinaan Kandang

Kandang yang baik cuma perlu mempunyai atap, bumbung yang tidak ditembusi air dan lantai yang mudah dibersihkan serta perparitan yang memuaskan.

Saiz kandang 3 kaki persegi cukup untok seekor lembu, bermakna bagi 10 ekor lembu, kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10 kaki adalah memadai.

Bahan-bahan tempatan seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh digunakan untuk menjimatkan belanja pembinaan.

Palung Makanan dan Minuman

Setiap kandang harus mempunyai palung makanan dan minuman yang mencukupi.

Ruangan makan lembu ialah 1.5 kaki seekor dan ruangan minuman pula ialah 1 kaki tiap-tiap seekor.

Beberapa jenis palung makanan dan minuman boleh digunakan.

Pasung/Trevis

Pasung atau trevis digunakan untuk membuat pemeriksaan, rawatan atau permanian beradas setiap ekor lembu di masa-masa perlu.

Ini berupa pagar yang kukuh sebesar salz seekor lembu, yang apabila seekor lembu dimasukkan ke dalamnya, lembu itu tidak akan meronta.

Makanan dan Air Minuman

Seekor lembu memerlukan kira-kira 20-30 kilogram rumput sehari. Lembu boleh bergantung hanya kepada rumput jika ia daripada kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan.

Makanan tambahan boleh mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal.

Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya.

Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.

Kawalan Kesihatan

Mengawal adalah lebih baik dari merawat penyakit. Lembu yang sihat akan memudahkan pengurusan dan menambah hasil pengeluaran.

Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.

Penyakit yang biasa terjadi kepada lembu-lembu di negara ini ialah luka, serangan cacing dan parasit-parasit luar badan dan di dalam darah.

Bagi mengatasinya, jauhkan lembu dari benda-benda tajam, berikan ubat cacing 2-3 kali setahun dan semburkan ubat kutu 2 bulan sekali.

Anak-anak lembu pula mudah dijangkit kuman di pusat. Ini dapat dielakkan dengan merawat pusatnya dan tali pusat sebaik sahaja anak-anak lembu dilahirkan.

Tanda-tanda am lembu mula berpenyakit adalah:
  • Tidak ada selera makan.
  • Pucat.
  • Keluar lendir, air dari mulut atau hidung.
  • Berak cair.
  • Berlaku sebarang kecacatan atau tidak normal ketika berjalan.

Andainya salah satu dari tanda-tanda di atas terjadi, Pejabat Perkbidmatan Haiwan yang berdekatan perlu dihubungi segera untuk mendapat nasihat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Kaedah Pembiakan

Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja yang boleh dikahwinkan.

Tempoh berahi selama 24 jam perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak berlaku kesiiapan.

Sekiranya tempoh itu terlepas, tempoh berahi berikutnya akan datang semula dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari).

Di antara tanda-tanda berahi ialah:
  • Sentiasa berbunyi bising.
  • Kemaluan merah dan membengkak.
  • Keluar lendir dari kemaluan.
  • Panjat memanjat sesama sendiri.
  • Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan.

Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan tidak akan menunjukkan tanda-tanda berahi selepas itu.

Selepas dua bulan, pegawai dari Pejabat Haiwan boleh dipanggil membuat pemeriksaan bagi mempastikan kebuntingan.

Selepas melahirkan anak, seekor lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40-60 hari kemudian.

Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5-6 kali beranak, atau pada umur 8-10 tahun.

Penjagaan Lembu Bunting

Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari. Perhatian penuh perlu diberikan semasa lembu bunting sarat.

Makanan bermutu dan air yang bersih dan cukup mesti diberikan kepada bakal ibu yang telah diasingkan di dalam kandang.

Di antara tanda-tanda lembu hampir akan melahirkan anak ialah:
  • Labu tetek membesar.
  • Susu dapat diperah dan berwarna kekuningan.
  • Pangkal ekor kendur ke arah tulang punggung yang menjadi renggang.
  • Bibir kemaluan membengkak.
  • Sentiasa gelisah.
  • Mengasingkan diri dari kumpulan lembu-lembu lain.

Ketika ini, lembu perlu diasingkan ke dalam kandang khas yang lantainya beralaskan rumput-rumput kering.

Tuan punya lembu perlulah sentiasa memerhatikan tetapi tidak perlu menghampirinya.

Sekiranya lembu berkeadaan sukar beranak, pegawai dari Pejabat Haiwan perlu diberitahu untuk memberikan pertolongan di mana perlu.

Begitu juga selepas 24 jam melahirkan anak, jika uri (placenta) tidak keluar dengan sendirinya, keadaan ini perlu dirawat oleh pegawai yang berpengalaman dari Pejabat Haiwan.

Anak-anak lembu yang lahir dalam keadaan yang bersih, peluang jangkitan kuman melalui tali pusat adalah tipis, tetapi seelok-eloknya talipusat hendaklah dirawat dengan iodin bagi mempastikan sebarang keburukan tidak berlaku.

Penjagaan Selepas Kelahiran

Anak yang baru lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya bagi 4 hari yang pertama.

Penyusuan seterusnya boleh diberikan sehingga 3 bulan di mana anak perlu diceraikan dari ibunya.

Secara perlahanlahan anak itu harus diajar supaya memakan rumput dan dedak sehingga dicerai terus dari ibunya.

Ceraian susu yang awal dapat menjamin kesubUran sistem peranakan ibu untuk kebuntingan semula dengan cepat.

Anak-anak pula perlu mendapat penjagaan rapi bagi mempastikan pembesaran yang sempurna.

Penjagaan Anak Lembu

Anak jantan yang tidak diperlukan untuk dijadikan baka, mestilah dikasi (dikembiri) supaya tidak mengganggu pembiakan ibu-ibu lembu.

Gangguan ini boleh menyebabkan ibu-ibu melahirkan anak-anak yang tidak bermutu.

Selepas dikasi, biasanya anak jantan akan lebih cepat membesar dan boleh segera digemukkan untuk disembelih.

Tanduk juga perlu dibuang supaya tidak menimbulkan masalah pengendalian apabila lembu itu besar kelak.

Anak betina yang sedang membesar pula harus diperhatikan supaya mendapat pemakanan yang baik dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur kira-kira 2 tahun.

Menjual Lembu

Hasil dari penternakan secara pembiakan ini adalah berupa jualan lembu singkiran untuk disembelih, lembu dewasa untuk pembiakan selanjutnya atau anak muda jantan untuk dijadikan lembu pengganti.

Ciri-ciri pemilihan untuk baka pejantan.

Memilih baka boleh dibuat melalui rekod iaitu:
  • Terbukti hasil daripada bibit (induk) den baka (pejantan) yang balk.
  • Tidak terlalu garang.
  • Lembu tidak pernah terjangkit penyakit berbahaya.
  • Baka pejantan mempunyai nilai kebakaan yang baik, seperti air mani yang baik dan bertenaga.
  • Terbukti menghasilkan anak-anak yang bermutu.

Bergantung kepada jenis lembu, umur pembiakan baka biasanya melebihi 2 tahun.

Keadaan tubuh badan lembu baka yang akan dipilih, iaitu:
  • Sihat dan padat tubuh badan.
  • Kaki terutamanya kaki belakang yang kuat dan tegap.
  • Kedua-dua buah zakar (testis) yang sama besar, padat den tidak labuh.
  • Mempunyai nafsu berahi (libido) yang baik.
  • Kuku yang baik.

Baka Lembu Terbaik

Baka lembu kelas A termasuk Charolais, Sapi Limousin dan Brahman sangat sesuai dipelihara kerana mampu mencecah berat lebih 600 kilogram seekor.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga telah melancarkan Program Penternakan Lembu Hidrid Sado yang mempunyai ciri kadar tumbesaran dan penghasilan daging lebih baik.

Pembiakan lembu itu adalah membabitkan benih ternakan dari baka tulen Belgian Blue yang dikacuk dengan baka Charolais, Limousin dan Bahaman.

Menurut jabatan itu, menerusi aplikasi teknologi permanian beradas ia mampu menghasilkan baka lembu terbaik.

Hasil daripada kacukan itu akan melahirkan anak kacukan Malaysia yang mempunyai ciri-ciri dari segi kadar tumbesaran dan penghasilan daging lebih baik.

Malah, anak lembu baka kacukan jantan mampu mencapai berat hingga 800 kilogram dalam tempoh dua tahun kerana kadar tumbesaran harian mencapai 1.2 hingga 2 kilogram sehari.

Harga Lembu Di Malaysia

Harga seekor lembu semua baka jenis ini boleh dijual dengan harga RM8,000 hingga RM10,000 seekor bergantung kepada saiz di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Lembu Adalah Tuhan Bagi Kaum India?

sumber: JAAF

Saturday, March 03, 2018

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan

Pokok kelor juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai atau moringa adalah sejenis pokok daripada keluarga Moringaceae, mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya, mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca dan berasal dari India.

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Pokok Kelor.

Pokok Kelor merupakan spesis yang ditanam secara meluas dalam genus Moringa, merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae.

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil moringa, pokok kayu dram (dari bentuk lenggi biji benih tiga segi yang panjang dan langsing), pokok minyak ben atau pokok benzoil (dari minyak yang dihasilkan dari benihnya).

Kelor merupakan pokok yang cepat tumbuh, tahan kemarau di kaki bukit selatan Himalaya di barat laut India dan ditanam secara meluas di kawasan tropika dan separa tropika di mana lenggai muda dan daunnya digunakan sebagai sayuran.

Kelor juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan dan turut digunakan dalam perubatan herba.

Pokok Kelor

Kelor tumbuh menegak dan mempunyai banyak cabang, tumbuh sehingga ketinggian batang 7-11 meter.

Daun kelor berbentuk bulat telur dengan ukuran kecil bersusun majmuk dalam satu tangkai yang merupakan bahagian penting untuk dimakan sebagai sayur dan dijadikan sebagai bahan untuk ubat.

Bunganya Kelor berwarna putih kekuning-kuningan dengan tudung pelepah bunganya berwarna hijau.

Bunga Kelor di Malaysia lazimnya keluar sepanjang tahun dengan aroma bau semerbak pada kadar sederhana.

Buah Kelor berbentuk segitiga memanjang yang disebut 'kelentang' dimana ia juga dapat dimakan sebagai sayuran.

Ciri-ciri Pokok Kelor

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Bunga Kelor.

Kelor juga dipanggil sebagai Kelor, Limaran (Indonesia), Moringa, Ben-oil tree, clarifier tree, drumstick tree (Inggeris), Kalor, merunggai (Melayu), Chùm ngây (Vietnam), Ma-rum (Thailand) dan Malunggay (Filipina).

Kelor mempunyai batang berkayu (lignosus) yang tumbuh menegak dengan kulit berwarna putih kotor yang mana ia adalah kulit nipis serta ada permukaan kasar.

Bentuk cabang pokok Kelor adalah simpodial dimana arah cabang tegak atau senget yang tumbuh lurus dan memanjang.

Bahagian daun Kelor adalah jenis majmuk yang mempunyai tangkai panjang dimana daunya bersusun bersilang (Alternate).

Warna daun muda adalah hijau muda dan menjadi hijau gelap apabila matang.

Buah Kelor adalah berbentuk panjang bersegi tiga dengan ukuran panjang sekitar 20-60 cm. Buah muda berwarna hijau kemudian bertukar kepada coklat setelah tua.

Bentuk biji Kelor adalah bulat berwarna coklat kehitaman dimana pokok Kelor yang telah berumur 12-18 bulan akan mula berbuah.

Akar pokok Kelor jenis tunjang berwarna putih dan ia lazimnya akan membesar seperti lobak.

Pokok Kelor Rimbun

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Buah Kelor.

Jika pokok Kelor dibiarkan tumbuh secara semulajadi, ia akan tumbuh tinggi lebih 10-12 meter dan sukar untuk menuai hasilnya.

Aktiviti memangkas tunas Kelor pada batang utama pokok diperlukan bila pohon mencapai ketinggian 50 cm sampai 1.0 meter.

Aktiviti ini akan membolehkan pertumbuhan cabang lateral Kelor yang banyak dimana ini akan meningkatkan hasil serta mengurangkan ketinggian pokok.

Selain itu, dengan pemangkasan ranting pokok Kelor akan mengurangkan risiko kerosakan pokok tumbang akibat angin kencang.

Aktiviti memungut hasil dari pokok Kelor akan lebih mudah apabila pokok tidak terlalu tinggi.

Pada peringkat awal cantasan, hanya patahkan pucuk dengan kuku jari kerana batang pucuk pokok masih lembut.

Bagaimana pun, jika batang atau dahan sudah keras perlu gunakan parang atau gergaji yang ssuai. Sapu dengan racun kulat dikawasan dipotong untuk mengelakkan serangan penyakit kulat.

Penanaman Pokok Kelor

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Biji benih Kelor.

Penanaman Kelor secara komersil dan monokrop boleh dijalankan diatas tanah subur dengan sistem saliran yang baik.

Biji benih Kelor dapat bercambah dengan mudah walau pun tanpa sistem pengairan sempurna asalkan ada hujan mencukupi.

Akar anak benih Kelor yang tumbuh akan terus naik berkembang dalam tempoh dua puluh hari dan amat kritkal serta perlu dibekalkan air melalui sistem pengairan untuk terus sihat.

Sebaiknya 3 bulan pertama penanaman Kelor, air diberikan sehingga akarnya mampu hidup stabil didalam tanah.

Sistem pengairan titis atau renjis boleh dipasang untuk memastikan hasil tanaman Kelor yang tinggi dan keperluan dimusim kemarau.

Kekurangan air di musim kemarau akan menyebabkan daun pokok Kelor mengugurkan daun walaupun sebenarnya pokok tidak mati.

Aktiviti membuat cantasan dahan Kelor sebaiknya dibuat pada awal musim hujan setelah kita menambahkan baja organik.

Kawasan Penanaman Pokok Kelor

Kawasan penanaman Kelor sering tumbuh rumpai yang perlu dihapuskan. Ini kerana rumpai yang tumbuh akan terus bersaing dengan pokok kelor untuk makanan, air, cahaya matahari selain daripada perumah kepada perosak.

Kerja merumput kawasan tanaman Kelor boleh dijalankan secara manual dengan cara menggunakan cangkul disamping dapat menggemburkan tanah dan menambah baja kompos dari pereputan rumpai.

Rumpai yang tebal akan menyebabkan daun Kelor kekuningan kerana kurang baja Nitrojan (N) yang diambil oleh rumpai.

Aktiviti untuk membuang rumpai lebih kerap ketika pokok Kelor masih muda dimana cahaya matahari sampai kepada tanah tetapi akan berkurangan apabila pokok Kelor menjadi dewasa.

Lazimnya kerja mengawal rumpai dijalankan 4 kali setahun apabila pokok Kelor dewasa dan kekerapan mungkin lebih dimusim hujan.

Rumput yang dipotong sebaiknya diletakkan dibawah pokok Kelor untuk mengawal kelembapan selain dari meningkatkan baja apabila ia mereput.

Penggunaan penutup bumi plastik silvershine kini lebih praktikal untuk mengawal rumpai disekitar pokok Kelor.

Pembajaan

Pembajaan pokok Kelor adalah penting untuk mendapatkan hasil tinggi. Pokok Kelor dapat menghasilkan daun dalam jumlah besar apabila ia mendapat cukup zat penting atau pun baja organik.

Kandungan daun Kelor kaya protein dan mineral bermakna tanah dikawasan penanaman mestilah menyediakan nitrogen dan mineral yang cukup bagi tanaman.

Berbanding dengan baja kimia, baja organik seperti tahi kambing atau baja kompos dapat memberikan zat baja yang diperlukan pokok Kelor serta mampu memperbaiki struktur tanah.

Pemberian bokashi yang merupakan campuran tahi kambing, kompos dan jerami padi kering yang diproses dengan mikrob (organisma berfaedah) amat digalakan penggunaannya.

Program pembajaan perlu dijalankan dari peringkat awal penanaman sehingga pokok Kelor dewasa.

Setelah dibuat cantasan awal pembentukan selesai, maka cantasan penyelenggaraan pokok Kelor perlu dilakukan.

Aktiviti ini dapat dilakukan pada setiap kali aktiviti menuai hasil Kelor dilakukan iaitu dengan cara memotong semua batang di atas ketinggian tertentu.

Sebaiknya ia dijalankan pada awal musim hujan untuk membuat cantasan dan elakkan musim kemarau. Amalan agronomi yang baik untuk tanaman pokok Kelor mampu memberikan pendapatan tambahan yang lumayan kepada petani.

Jana Pendapatan

Kelor boleh dijadikan tanaman sampingan di tapak atau ladang tanaman komoditi lain dan berdasarkan kajian dijalankan, tanaman moringa ini mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh enam bulan saja dan mampu memberi pulangan sehingga RM3,000 sebulan bagi setiap 0.4 hektar atau satu ekar tanah.

Produk atau hasil daripada tanaman Kelor juga semakin mendapat permintaan di seluruh dunia memandangkan ia mempunyai banyak manfaat dan kelebihan tersendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

sumber: animhosnan | wikipedia | pressreader