Thursday, June 02, 2016

Jenis Dan Spesis Ikan Keli Di Malaysia


Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi dan merupakan ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat, ikan keli juga disebut sebagai "ikan semilang" atau "ikan sembilang".

IkanKeli.jpg

Berikut diberikan fakta mengenai 3 spesies ikan keli yang biasa terdapat di pasaran negara kita, termasuk 2 spesies tempatan iaitu keli kayu dan keli bunga serta satu spesies keli Afrika (diperkenalkan dari Afrika dan sekarang telah banyak terdapat hibridnya diternak di negara ini).

Perhatikan rajah-rajah yang membezakan ketiga-tiga spesies ikan keli ini.

Perbezaan bentuk morfologi yang dinyatakan dalam artikel ini hanya ciri-ciri luaran semulajadi untuk membezakan antara spesies ikan keli


No. 1: Ikan keli bunga (Clarias macrocephalus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “U” dan bahagian atas (dorsal) badan warna hitam kelabu manakala di bahagian bawah (ventral) berwarna putih kelabu. Kadang-kadang terdapat juga bintik-bintik kelabu putih di badan.

No. 2: Ikan keli kayu (Clarias batrachus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “V” dan bahagian atas (dorsal) badan berwarna hitam berkilat manakala di bahagian bawah (ventral) badan berwarna putih. Badan lebih panjang dan kurus berbanding keli bunga.

No. 3: Ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “V” (hampir menyerupai keli kayu) tetapi badannya lebih besar, bahagian atas (dorsal) dan sisi (lateral) badan berwarna gelap/hitam manakala di bahagian bawah (ventral) badan berwarna kelabu putih. Jika dalam keadaan stress, terdapat bintik-bintik hitam di permukaan badannya. Keli Afrika mempunyai sengat (spina) pektoral yang kurang tajam berbanding dengan ian-ikan keli tempatan.

Perlu diingat bahawa warna air dan tahap kekeruhan air mempengaruhi warna ikan keli, jika warna air hitam maka warna kulit ikan akan lebih gelap daripada biasa, namun begitu bentuk tulang supraosipital tidak akan berubah.

JENIS-JENIS LAIN KELI
  • Ikan Keli Kayu
  • Ikan Keli Bunga
  • Ikan Keli Eksotika
  • Ikan Keli Limbat
  • Ikan Keli Mata Kati
  • Ikan Keli Rusia
  • Ikan Keli Afrika
  • Ikan Keli Jeram
  • Ikan Keli Hutan

Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Jenis Spesis Ikan Tilapia Terbaik Untuk Diternak

Sumber: Daengselili

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon