Sep 26, 2015

Rahsia Sayur, Ikan Dan Udang Tahan Lama Jadi Viral!

Para ibu pastinya pernah berhadapan dengan situasi terpaksa membuang sayur dan bahan-bahan basahan seperti ikan kerana sudah tidak elok atau berbau busuk setelah baru beberapa hari membelinya.

Sedangkan, sayur dan bahan-bahan masakan ini disimpan rapi di dalam peti sejuk. Apabila timbul masalah seumpama ini, pastinya ia menjerumus ke arah pembaziran.

Oleh itu, kami ingin dedahkan beberapa tips mudah dalam menjaga makanan dan sayuran agar tahan lebih lama yang dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Maslina Misnan.

Tips yang hanya menggunakan air, gula dan garam ini ternyata menarik perhatian ramai hingga menjadi viral di media sosial.

Ayuh ikuti tip-tips ini!

1. Sayur

Sayur

  • Rendam sayur-sayuran selama 10 hingga 15 minit
  • Campurkan sedikit garam dalam rendaman tersebut

2. Ikan

Ikan

  • Siang ikan dan jangan sesekali basuh ikan tersebut
  • Masuk dalam bekas simpanan.

3. Sotong/Udang

Sotong dan Udang

  • Potong dan bersihkan sotong atau udang.
  • Gaulkan sotong atau udang dengan sesudu gula.
  • Simpan dalam bekas simpanan.

BACA INI JUGA: Sari Buah Dan Sayuran Penyembuh Ajaib

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Kena tau juga teknik2 ni kan SP.. bukan perempuan shn, lelaki pun patut tau... apa2 hal senang nanti..

Hanya udang campur gula tu belum pernah tahu dan buat.

Menarik tips ini untuk di lakukan SP? Terima Kasih ;)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon