Thursday, February 22, 2018

Mengenali Durian Musang King

Mengenali Durian Musang King

Durian Musang King. Jika negara Eropah dan negara hemisfera bawah dan atas memiliki musim tertentu, bermula Mei dan berakhir ogos saban tahun adalah musim durian bagi penduduk Malaysia.

Mengenali Durian Musang King

Musim durian merupakan 'raja musim' bagi musim buah dan meskipun dikelaskan dengan sifat baunya yang kurang enak bagi 'hidung mat saleh' namun lidah tidak dapat menipu keenakkan rasanya.

Pelbagai jenis durian yang diberikan oleh Allah kepada bumi Malaysia dan serantau, Musang King, kunyit, udang merah dan kampung selain dari jenis klon dan kacukan antara nama-nama durian yang dikenali ramai.

Musang King (mao san wang JK1165) mampu mencecah ratusan ringgit sebiji.

Contohnya, tempat pengumpulan durian Sungai Ruan, Raub Pahang masih dapat membelinya dengan harga RM40/kg namun jika sampai di lembah klang mungkin dalam RM60-65/kg.

Musang King (Raja Kunyit) merupakan durian 'level' eksport negara ke negara-negara yang inginkan raja buah yang pernah menjadi 'item' di dalam rancangan fear factor Amerika ini.

Musang King dikategorikan kepada tiga kategori, Gred A, Gred B dan Gred C dan pengredan ini penting untuk menilai setiap pengeluaran buah untuk eksport ataupun jualan tempatan.

Gred durian umpama nilai ringgit yang perlu dikeluarkan untuk menikmatinya, pihak FAMA, MARDI atau pengusaha dusun semestinya arif akan pengredan ini maka kita juga sepatutnya mengenali sifat yang ada bagi setiap gred supaya tidak ditipu penjual.

GRED MUSANG KING

Musang King GRED A

Ciri-Ciri: Saiz besar
  • Bentuk yang seimbang (simetri), tiada bengkang bengkoknya sebagai petanda semua pangsa terdapat buah.
  • Tiada tanda kerosakan oleh serangga ataupun kerosakan 'perlanggaran' atau hentakkan. Koyak atau pecah.
  • Harga 'standardize' tidak official antara RM25-RM65 per kg atau lebih tinggi.

Musang King GRED B

Ciri-Ciri: Saiz sederhana besar
  • Bilangan isi dan pangsa tidak 100% selari, setengah pangsa ada isi, setengah mungkin tiada.

Musang King GRED C

Ciri-Ciri: Saiz Kecil
  • Bentuk yang tidak sama, tidak simetri.
  • Bilangan isi bilangan sedikit, pangsa ditinggalkan kosong tanpa isi.

Meskipun besar dan sepatutnya dikelaskan dalam kategori Gred A jika berulat atau berserangga, Musang King tersebut akan digredkan sebagai Gred C.

Walaupun gred ini atas penilaian FAMA namun, pihak FAMA tidak menetapkan harga siling bagi harga durian Musang King.

Oleh itu, untuk beberapa biji Musang King gred A tidak mustahil perlu membelanjakan hampir RM1,000.

Selain dari mengenali bentuk Musang King (salah satu dari 200 jenis durian di dunia) yang berduri piramid, 'bontot'nya berbentuk bintang lima garisan pada pangkal buah hanya terdapat pada musang king, tangkal bewarna coklat agar kebarangkalian untuk ditipu penjual dengan durian klon lain kategori.

Gred A, B atau C perlu diketahui supaya anda tidak mudah untuk memberikan not duit kepada penjual meskipun ia sememangnya durian jenis Musang King.

SEJARAH D197, MUSANG KING ATAU RAJA KUNYIT

Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit berasal dari Kelantan, Malaysia. Pohon induk asalnya tumbuh di Pulau Raya, sebuah pulau ditengah tengah Sungai Kelantan berdekatan dengan Pekan Tanah Merah.

Mengikut Chung Ting Bun dari Pulau Raya, pohon durian Raja Kunyit ditanam oleh moyangnya sekitar tahun 1800. Moyang Chung Ting Bun ialah Chung Chun Seng yang berhijrah dari Selatan Cina ke Pulau Raya pada tahun 1790.

Pohon induk Raja Kunyit hidup di Pulau Raya sehingga mati dipanah petir pada tahun 1974.

Sebelum mati dipanah petir seorang peladang, Wee Chong Beng, sempat mengambil dan membiak mata tunas Raja Kunyit.

Wee Chong Beng mula menanam Raja Kunyit seluas 2 hektar pada tahun 1970.

Pada mulanya, selepas mengeluarkan hasil, Raja Kunyit hanya di pasarkan oleh Wee Chong Beng disekitar Tanah Merah dan Kota Bharu, Kelantan.

Kebanyakan pembeli durian Raja Kunyit ialah kaum cina kerana rasanya yang begitu pahit.

Pada tahun 80an durian Raja Kunyit mula ditanam oleh pekebun durian diPahang dan Gua Musang.

Sementara itu Wee Chong Beng telah berusaha untuk mendaftarkan Raja Kunyit dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan hanya selepas hampir 20 tahun, baru durian Raja Kunyit dapat didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia sebagai D197 pada tahun 1993.

Setelah kebun di Pahang dan Gua Musang mengeluarkan hasil, durian Raja Kunyit mula dipasarkan di Kuala Lumpur dan bandar bandar utama Malaysia.

Pekebun-pekebun dari Gua Musang telah menukar nama dan mempromosikan durian Raja Kunyit sebagai "Musang King".

Dengan nama baru ini dan dengan peningkatan hasil dan kualiti buah, akhirnya durian Musang King atau Raja Kunyit menjadi begitu popular di rantau ini termasuk Singapura, Hong Kong, Brunei, China dan Indonesia.

DURIAN MUSANG KING PALING MAHAL

Permintaan tinggi terhadap durian Musang King (D197) menyebabkan harga raja buah ini melonjak sehingga mencecah RM800 sekilogram di luar negara.

Ia berikutan buah berkenaan mendapat sambutan baik terutama dari China, Singapura, Hong Kong dan Australia sekali gus memberi impak kepada harga di pasaran tempatan yang mencecah antara RM60 sehingga RM100 sekilogram.

PENGELUAR MUSANG KING TERBESAR

Walaupun Tanah Merah, Kelantan adalah asal usul D197 Musang king, Raub dan Bentong di Pahang merupakan pengeluar durian Musang King terbesar di Malaysia dengan keluasan dusun durian mencecah 10,000 hektar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Durian Gondol, Spesis Buah Tanpa Duri

sumber: belangtarung | facebook | hmetro

Sunday, January 28, 2018

Cara Menanam Pokok Betik

Cara Menanam Pokok Betik

Betik atau nama saintifiknya Carica papaya Linn dari keluarga Caricaceae, dipercayai berasal dari Amerika tropika. Orang-orang Sepanyol telah membawa spesies betik ke Filipina kemudian dibawa pula ke Malaysia.

Cara menanam betik

Buah betik yang mengkal (agak keras) biasanya dibuat rojak bersama buah-buahan lain seperti mangga, timun, kedondong dan nanas.

Betik muda juga sesuai dijadikan halwa (jeruk manis), selain rasanya yang sedap, ia juga boleh dijadikan sebagai manisan untuk hantaran meminang atau perkahwinan dengan mengukir buah yang muda kepada bentuk kelopak bunga sebelum dijeruk.

Betik muda juga mempunyai kegunaan tersendiri dalam petua orang Melayu.

Getah betik muda boleh digunakan untuk menghaluskan tumit kaki yang pecah-pecah walau bagaimanapun, getah betik muda ini juga berbahaya kerana jika ia terkena mata akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga.

Buah betik yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Kulitnya dikupas dan dipotong walau bagaimanapun, betik Eksotika lebih sesuai dibelah dua dan dimakan menggunakan sudu.

Betik masak juga boleh dijadikan jem, puree, jus minuman, perisa aiskrim dan puding.

Betik matang yang tidak begitu ranum boleh juga dimasak sebagai sayur. Daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal belacan.

Air rebusannya jika diminum berkhasiat untuk menurunkan suhu badan mereka yang demam dan menghidapi malaria.

Betik juga boleh digunakan untuk melembutkan daging kerbau yang liat. Satu jenis keluaran yang dihasilkan untuk tujuan ini ialah papain, sejenis enzim proteolitik dari getah buch yang hijau muda.

Papain juga digunakan dalam penyediaan chewing gum. Proses-proses yang berkaitan pelembutan kulit binatang (tanning hides) juga menggunakan papain.

Kandungan Zat Makanan Bagi Setiap 100gm
  • Tenaga (59.0 kal)
  • Lembapan (84.4%)
  • Protin (1.0 gm)
  • Lemak (0.1 gm)
  • Kabohidrat (13.5gm)
  • Serat (0.5 gm)
  • Abu (0.5 gm)
  • Kalsium (31.0 mg)
  • Magnesium (0.8 mg)
  • Posporus (17.0 Mg)
  • Besi (1.0 mg)
  • Sodium (2.0 mg)
  • Potasium (337.0 mg)
  • Vit B1 (0.08 mg)
  • Vit B2 (0.12 mg)
  • Niacin (0.1 mg)
  • Asid Ascobic (Vit C) (69.3 mg)
  • Karotin (2431 ug)
  • R. E (405 ug)

TANAMAN BOTANIA

Pokok

Mempunyai tisu yang lembut, berakar rerambut dan tahan sepanjang tahun. Batang pokok berlubang di bahagian tengah dan boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter dengan daun berjambak dibahagian atas.

Daun

Daun yang lebar, nipis, bersusun berjambak pada bahagian atas batang pokok. Bercuping dan berukuran antara 60 cm panjang dan lebar.

Bunga

Berbau wangi, kelopak bunga seakan berlilin, dan mempunyai warna yang suram (Putih kekuningan). Betik mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina atau hermafrodit.

Buah

Buah betik mempunyai saiz yang berbeza-beza, rupa bentuk dan rasa yang berlainan. Biasanya ia berbentuk bujur, kulit yang licin, berwarna hijau dan bertukar kuning atau oren apabila sudah matang.

Isi juga berbeza samada kekuningan hingga kemerah tomato. Bahagian tengah buah berlubang dan disekeliling dindingnya dipenuhi biji berwarna hitam.

Kultivar/Klon

Cara menanam betik

KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca

Betik memerlukan taburan hujan yang seimbang untuk proses pendebungaan. Biasanya taburan hujan sebanyak 1200 mm dengan suhu antara 21-33 c. Betik tidak sesuai di tanam di kawasan angin yang kuat yang boleh menyebabkan pokok rebah/tumbang.

Tanah

Memerlukan sistem pengairan yang boleh menghalang dari berlakunya banjir. Kesesuaian tanah ialah pH 5.0 - 5.5.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman:
Menggunakan anak benih.
    Menanam:
    Sediakan lubang 3m x3m x 3m dan biarkan terdedah ke matahari selama 2-4 minggu. Campuran baja organik 1-2 gm/ lubang dan 200 gm TSP (Triple Super Phosphate ) dalam setiap lubang.
      Sistem Tanaman:
      Sistem tanaman empat segi iaitu 2.7 m x 1.8 m dan jumlah sebanyak 2000 pokok/ha.
        Pembajaan:
        Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
          Cara menanam betik

          Pengurusan Air:
          Sistem pengairan yang betul perlu untuk pertumbuhan yang sihat di peringkat awal penanaman. Kekurangan kelembapan akan menyebabkan keguguran dan tidak subur.
            PENGURUSAN PEROSAK

            Penyakit:
            Penyakit yang sering menyerang betik adalah seperti berikut:
              Cara Menanam Pokok Betik

              Serangga:
              Serangga yang biasa menyerang betik adalah seperti berikut:
                Cara Menanam Pokok Betik

                Rumpai:
                Kerja-kerja merumput dilakukan diperingkat awal penanaman disekeliling pangkal pokok. Sungkupan disekeliling pangkal pokok untuk mengawal rumpai dan mengawal kelembapan tanah. Merumput diantara barisan pokok untuk mengawal serangga dan penyakit dengan menggunakan racun herba.
                  KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

                  Kematangan:
                  Mula mengeluarkan hasil 9 bulan selepas ditanam.

                  Hasil:
                  Jangkahayat antara 2-3 tahun. Hasil meningkat selepas 13-14 bulan selepas menaman. Betik boleh membuahkan hasil antara 40-65 tan/ha/tahun. Manakala exotica 11 antara 50-80 ta/ha/tahun dan betik sekaki lebih kurang 100-150 tan /ha/tahun.

                  Musim:
                  Bermusim sepanjang masa.

                  Indeks Warna:
                  Pengeluaran hasil yang optimun antara 17-20 minggu selepas pendebungaan. Indeks kematangan pada buah perlu untuk menentukan kualiti hasil.

                  Peringkat kematangan yang sesuai adalah seperti berikut:
                  • 1 : hijau keseluruhan
                  • 2 : hijau sedikit kesan kekuningan
                  • 3 : hijau melebihi kuning
                  • 4 : kuning melebihi hijau
                  • 5 : kuning sedikit kesan kehijauan
                  • 6 : keseluruhan permukaan kuning

                  Pengutipan hasil perlu dilakukan diperingkat 2 atau 3.

                  MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL

                  Pasca Tuai:
                  Buah perlu dipetik dengan tangan. Pengendalian termasuklah pemilihan buah, membersih, air panas dan rawatan kulat, pengeringan dan menggred. Buah dimasukkan ke dalam bakul plastik atau bakul buluh dan dilapiskan dengan suratkhabar atau daun pisang untuk pasaran tempatan. Untuk pasaran ke luar negara buah dibungkus kedalam kotak corrugated fibre board.

                  Penyimpanan:
                  Indeks buah peringkat 2-4 boleh disimpan antara 5-9 hari dengan suhu (25-35c) Penyimpanan dengan suhu 6-15 c, buah boleh tahan lebih lama dan sesuai untuk pengangkutan kapal laut.

                  EKONOMI
                  • Jumlah pengeluaran bagi tiga pusingan (9 tahun ) exotica sebanyak RM 107,376.00.
                  • Berasaskan harga diladang RM 0.45/kg.
                  • NPV (Net present value) @ 10 % ialah 19,474.00
                  • IRR (Inernal rate of return) ialah 40.27 % dan B/C (Benefit cost ratio) @ 10 % ialah 1.27

                  Semoga memberi manfaat.

                  BACA INI JUGA:

                  sumber: jpn.penang

                  Tuesday, January 23, 2018

                  Cara Mudah Membuat Tanah Kompos

                  Cara Mudah Membuat Tanah Kompos

                  Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun kerana mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu dan yang penting, ia organik.

                  Cara Mudah Membuat Tanah Kompos

                  Berikut adalah panduan dan cara yang paling mudah untuk membuat sendiri tanah kompos di rumah.

                  Bahan-bahan:

                  1. Bahan kering (perang) yang kaya dengan karbon.
                  • Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak, potong kecil) dan lain-lain.

                  2. Bahan basah (hijau) yang kaya dengan nitrogen.
                  • Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh, kopi dan lain-lain.

                  3. Bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.

                  4. Air untuk menyiram.

                  5. Boleh juga jika mahu tambah dengan air beras, air kelapa, ragi, larutan EM, molasses (gula merah yang dimasak dengan sedikit air).

                  nota: Jika tiada bahan no 5, memadai dengan air sahaja…

                  Cara membuatnya:

                  1. Lapis dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine.

                  2. Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab.

                  3. Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua hari sekali.

                  4. Kompos biasanya akan terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau hingga setahun.

                  Tips

                  Bahan kompos juga perlu ditutup namun pastikan pengudaraan berlaku dengan baik bagi memastikan kompos tidak hilang dibawa air hujan. Kompos elok jika dibuat di tempat yang ada teduhan, misalnya dibawah pokok.

                  Tips yang utama, pastikan kompos sentiasa lembab dan bukan berair.

                  Selain itu, ada cara yang membolehkan kompos siap dalam masa tidak sampai sebulan.

                  Antara caranya adalah menyediakan bahan-bahan yang betul. Perlu ada bahan hijau dan bahan perang.

                  Perlu selalu membolak-balik kompos agar serata proses pengkomposan berlaku. Boleh tambah EM (effective microorganism) untuk proses pengkomposan cepat.

                  Apa Itu EFFECTIVE MICROORGANISM?

                  EM1 ialah kaedah penggunaan mikroorganisma berfaedah dalam bahan-bahan dikompos bagi mempercepatkan aktiviti pengomposan untuk kebaikan pada tanah, haiwan, manusia, sungai dan alam sekitar.

                  Secara umumnya terdapat 3 jenis bakteria di dalam EM iaitu Bakteria Laktic Asid, Yis dan Bakteria Potosintetik.

                  Tahukah anda semasa tsunami melanda di negara kita EM1 disembur kepada mangsa korban untuk mengelak daripada berbau busuk.

                  Semoga memberi manfaat.

                  BACA INI JUGA: Jenis-jenis Baja Organik Dan Kesesuaiannya Pada Tanaman

                  sumber: kebunbandar

                  Tuesday, January 09, 2018

                  Kenapa Madu Kelulut Lebih Mahal Dan Berkualiti?

                  Kenapa Madu Kelulut Lebih Mahal Dan Berkualiti?

                  Madu Kelulut mempunyai aroma tinggi yang dihasilkan oleh lebah ternak Meliponines dari nektar pelbagai bunga (Multiflora Honey) dan madu yang dihasilkan biasanya memberi aroma berkayu dan rasanya sedikit masam dan tajam.

                  Kenapa Madu Kelulut Lebih Mahal Dan Berkualiti?

                  Spesis lebah Madu Kelulut hidup liar di hutan-hutan dan di dalam batang-batang pokok berlubang namun begitu, lebah spesis Madu Kelulut mampu diternak untuk mendapatkan madu.

                  Selain itu, Lebah Kelulut dikategorikan sebagai lebah yang tidak menyengat.

                  Ciri-ciri fizikal lebah Kelulut amat berbeza dari lebah biasa kerana lebah Kelulut kebiasaannya berukuran antara 3-8mm manakala bentuk sarang lebah Kelulut pula adalah berbentuk spiral.

                  Berbeza dari spesis lebah menyengat, lebah Kelulut mengisi madunya di dalam kantung atau pot madu yang dihasilkan daripada propolis.

                  Madu Kelulut yang dihasilkan oleh lebah spesis ini dikatakan tinggi kandungan antioksidanya namun begitu purata penghasilan madu kelulut adalah rendah jika dibandingkan dengan lebah Apis iaitu sekitar 0.3 sehingga 1.8 kg sebulan menyebabkan harganya sedikit mahal berbanding madu lain.

                  Manfaat Madu Kelulut

                  Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.

                  Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya, “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

                  “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

                  Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.

                  Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

                  “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah, madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI.

                  Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

                  “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011.

                  Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu.

                  Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut.

                  Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.

                  Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang 300 boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

                  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan.

                  Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dandapat mengurangkan stress aksidatif.

                  Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

                  Semoga memberi manfaat.

                  BACA INI JUGA: Khasiat Madu Kelulut, Rahsia Yang Ramai Tidak Tahu

                  sumber: humairahoney

                  Monday, January 01, 2018

                  Cara Mudah Membuat Racun Organik Sendiri

                  Cara Mudah Membuat Racun Organik Sendiri

                  Kebiasaannya, tanaman dikebun selalu diserang serangga perosak seperti koya-koya (mealy bug) dan ulat bulu. Habis pokok mati, apatah lagi jika anda jenis tidak suka menggunakan racun kimia.

                  Cara Mudah Membuat Racun Organik Sendiri

                  Jadi, pastinya anda sedang mencari resepi racun organik buatan sendiri di rumah yang selamat digunakan dan berikut kami kongsikan cara paling mudah bagaimana untuk membuat sendiri racun organik yang paling selamat, mudah dan paling penting murah.

                  Bahan A (kisar):
                  • Bawang putih – 1 labu.
                  • Cili padi – 6 biji.
                  • Air – 300 mL (satu cawan biasa).

                  Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.

                  Bahan B:
                  • Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan.
                  • Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh.

                  Alat:
                  • Penapis.
                  • Penyembur – 1.5 Liter.

                  Cara:
                  • Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja.
                  • Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk tahan lama.
                  • Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur.
                  • Isi air penuh botol penyembur (1.5 L).
                  • Goncang sehingga semua bahan sebati.
                  • Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.

                  Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.

                  Cara Mudah Membuat Racun Organik Sendiri
                  Koya-koya.

                  Cuma sedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada kemungkinan apabila sembur ramuan racun organik ini pokok menjadi layu kerana liang roma pada daun tertutup dan tidak dapat bernafas.

                  Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.

                  Semoga memberi manfaat.

                  BACA INI JUGA: Cara Mudah Menanam Tembikai Di Halaman, Tidak Perlu Kebun Berekar

                  sumber: kebunbandar

                  Saturday, December 30, 2017

                  Pokok Sukun, Cara Menanam Dan Kegunaannya

                  Pokok Sukun, Cara Menanam Dan Kegunaannya

                  Pokok Sukun merupakan pokok saka yang boleh menjadi besar dan tinggi yang mampu mencapai ketinggian sehingga 20 meter sekiranya tidak dipangkas, merupakan salah satu pokok buah-buahan tidak bermusim yang banyak ditanam di Malaysia.

                  Pokok Sukun, Cara Menanam Dan Kegunaannya

                  Batang pokok sukun menegak dengan ukuran garis pusat antara 30-50 cm atau lebih lagi manakala batangnya berwarna kelabu coklat, dari jenis kayu sederhana keras dan mengeluarkan cairan getah.

                  Dahan pokok sukun terbentuk secara seimbang dan mempunyai daun berwarna hijau serta agak berbulu. Bunga sukun terbentuk dihujung pucuk berwarna coklat kemerahan serta membentuk buah.

                  Buah sukun berwarna hijau cerah ketika muda dan berbentuk bulat atau lonjong.

                  Saiz buah sukun adalah dalam lingkungan 10-30 cm garis pusat dengan anggaran berat antara 1-3 kg sebiji.

                  Jenis Pokok Sukun dan Cara Menanam

                  Di Malaysia, ada dua jenis pokok sukun iaitu sukun berbiji (sukun hutan) dan sukun tidak berbiji (ditanam secara komersil).

                  Bahan tanaman sukun biasanya diperolehi dari sulur akar pokok (terbaik), bagaimanapun untuk pengeluaran komersial benih diperolehi dari tut, keratan dan cantuman dan jarang-jarang dari biji.

                  Anak benih di masukkan dalam lubang yang berukuran 30cm x 30cm x 20cm yang telah dibubuh baja asas dan bahan organan. Jarak tanaman disyorkan ialah 8 meter x 10 meter.

                  Pastikan pokok sukun mendapat cahaya metahari sepenohnya. Pokok sukun cepat membesar dan selepas 1 tahun mencapai ketinggian sehingga 7 meter.

                  Pembajaan pokok sukun menggunakan NPK 15:15:15 sebanyak 1 kilogram sepokok untuk tahun pertama dan baja organik.

                  Pastikan menabur baja dengan betul kerana pokok sukun mempunyai akar rambut dipermukaan tanah. Tabur sedikit diluar kanopi pokok.

                  Pokok berbuah selepas 1-2 tahun ditanam dan berikan baja 12:12:17:2 sebanyak 1-2 kg sepokok dan baja organik.

                  Antara masalah dihadapi dalam penanaman pokok sukun ialah serangan ulat pengorek batang yang mampu membunuh pokok sukun jika tidak dikawal.

                  Kawalan menggunakan racun kimia sistemik (pastikan buah tidak dikutip selepas menggunakan racun tersebut sehingga PHI tamat).

                  Ada petani membubuh Furadan 3G untuk kawalan, tetapi racun ini mempunyai kesan sisa baki dalam tanah.

                  Serangga perosak yang biasanya menyerang pokok sukun ialah Lalat Buah (Bactocera spp), Ulat Pengorek Buah dan juga Mati Rosot.

                  Pokok sukun juga mudah mati jika akar terendam dalam air melebihi 48 jam. Pastikan kebun mempunyai saliran yang baik.

                  Musim Buah Sukun

                  Pokok Sukun, Cara Menanam Dan Kegunaannya

                  Pokok sukun di Malaysia mempunyai dua musim pengeluaran puncak walaupun ianya berbuah sepanjang tahun.

                  Di Semenanjung Malaysia, pokok sukun banyak berbunga pada bulan Februari, Mac, Julai dan Ogas.

                  Musim punck berbuah sukun pula adalah pada bulan April, Jun dan Oktober, November.

                  Keadaan musim kemarau dan hujan banyak mempengaruhi saiz, bilangan dan kualiti buah. Bagi petani komersial mereka menyediakan sistem pengairan titis yang mampu memberikan hasil hampir dua kali ganda daripada yang tiada sistem pengairan.

                  Produk Sukun

                  Buah sukun yang matang biasanya digoreng seperti pisang goreng. Ia juga boleh direbus atau pun dimasak sebagai sayuran.

                  Buah sukun boleh dijadikan kerepek sukun tetapi kerepek sukun tidak boleh disimpan lama seperti kerepek buah-buahan lain kerana ia cepat keras.

                  Buah sukun yang terlalu matang akan menjadi lembik, biasanya boleh dibuat jemput-jemput (cekodok sukun).

                  Buah sukun yang matang dikenali dengan permukaan buah yang agak licin dan berwarna hijau gelap atau ada tanda coklat.

                  Jangan biarkan buah sukun masak atas pokok kerana buah akan jatuh dan rosak kerana terlalu lembut.

                  Jangan petik buah sukun terlalu muda kerana ia akan mengeluarkan getah yang banyak dan apabila di goreng tidak sedap kerana ada rasa kelat. Petik menggunakan galah panjang dan bersihkan dari getah dan kekotoran.

                  Buah sukun boleh di proses untuk dimakan atau di kumpul dan digredkan untuk dijual.

                  Sukun paling sesuai di goreng dan di makan panas-panas sambil di cicah dengan 'sambal kicap cili api'.

                  Cara menggoreng sukun boleh di buat dengan hirisan tebal (1 cm) atau hirisan nipis (0.4 mm) dan terus digoreng atau di celup dengan tepung rangup.

                  Khasiat Buah Sukun Untuk Kesihatan

                  Pokok Sukun, Cara Menanam Dan Kegunaannya
                  Anak Pokok Sukun.

                  Selain enak dijadikan makanan, buah sukun sebenarnya mengandungi pelbagai vitamin dan khasiat.

                  Sukun dikatakan mengandungi karbohidrat yang tinggi dan boleh menggantikan nasi.

                  Buah sukun mengandungi serat yang tinggi sesuai dan untuk mengawal gula dalam darah dan boleh dijadikan makanan diet.

                  Daun sukun pula diyakini mampu merawat penyakit kencing manis dan buah pinggang.

                  Buah sukun juga memberi manfaat kepada kesihatan rambut.

                  Sekarang daun sukun telah diproses menjadi minuman teh herba yang bermanfaat untuk kesihatan jantung dan pelbagai penyakit lain.

                  Semoga memberi manfaat.

                  BACA INI JUGA: 10 Khasiat Daun Sukun Merawat Penyakit Kronik

                  sumber: animhosnan

                  Monday, October 30, 2017

                  Cara Menanam Pokok Stevia Teknik Keratan Batang

                  Cara Menanam Pokok Stevia Teknik Keratan Batang

                  Pokok stevia boleh dibiak menggunakan pelbagai cara iaitu melalui biji benih, pembiakan hortikultur dan sistem fertigasi.

                  stevia

                  Untuk biji benih stevia, ia hanya perlu ditanam di dalam medium penanaman yang baik sebelum dipindahkan ke kawasan lebih luas.

                  Berikut adalah langkah-langkah mudah menanam pokok Stevia melalui batang dan dahan Stevia.

                  1. Pembiakan pokok stevia dengan keratan dahan
                  • Keratan boleh diambil dari pokok yang sihat dan yang mempunyai kandungan‘stevioside’ yang tinggi.
                  • Keratan boleh disemai mengunakan coco peat atau bahan semaian yang lain.
                  • Untuk pertubuhan yang baik siram juga dengan air yang mengandungi ‘chelated iron’.
                  • Apabila keratan menunjukan ciri ciri untuk hidup, keratan perlu dibajakan dengan baja untuk tanaman mengunakan keratan.

                  2. Jarak tanaman pokok stevia
                  • 24 inci 550mm)

                  3. Jenis tanah untuk pokok stevia
                  • Tanah yang subur dan mengandungi banyak bahan organik.
                  • Sekiranya tanah berpasir, anda perlu tambah baja kompos aatau bahan organik.

                  4. Pengairan cahaya matahari
                  • Elakkan terlalu banyak air.
                  • Elak air bertakung.

                  5. Penghadang cahaya matahari
                  • 50% chahaya matahari

                  Cara lain menanam pokok Stevia
                  • Dalam pasu
                  • Hidroponik
                  • Fertigasi

                  Contoh bergambar cara menanam pokok Stevia menggunakan keratan dahan.

                  Langkah 1

                  1. Basahkan habuk sabut kelapa (coco peat)

                  Habuk sabut kelapa

                  2. Masukan habuk sabut kelapa kedalam baldi berisi air.

                  Basahkan sabut kelapa

                  3. Habuk sabut kelapa yang sudah basah.

                  Sabut kelapa basah

                  Langkah 2

                  Sabut dalam tray

                  Masukan habuk kelapa basah kedalam dulang tanaman.

                  Langkah 3


                  Penggalak akar

                  Celup keratan stevia ke dalam hormon penggalak akar.

                  Langkah 4

                  Stevia dalam tray

                  Semai keratan stevia ke dalam dulang semaian.

                  Langkah 5

                  stevia

                  Keratan stevia yang sudah disemai sedia untuk di pindahkan ke dalam tapak semaian.

                  Semoga memberi manfaat.

                  BACA INI JUGA: Apa Itu Stevia, Kelebihan Sebagai Pengganti Gula Dan Cara Menanamnya

                  sumber: agrobiosolution

                  Saturday, January 21, 2017

                  Cara Supaya Mulberi Berbuah Lebat!

                  Cara Supaya Mulberi Berbuah Lebat!

                  Pokok mulberi adalah jenis pokok renek berkayu lembut dan bercabang dan ia sangat rajin berbuah jika anda pandai mengolah semula pokok-pokoknya.

                  Mulberi
                  Gambar hiasan.

                  Tetapi, bagaimanakah caranya supaya pokok mulberi yang anda tanam sentiasa menghasilkan buah?

                  Bagi mereka yang belum mempunyai pokok mulberi, elok rasanya mendapatkan sepokok mulberi di nusery-nusery yang ada menjualnya.

                  Jika saiz pokok mulberi anda masih diperingkat pertumbuhan, elok biarkan terlebih dahulu pokok mulberi anda membesar sebulan dua atau sehingga tingginya melebihi 1 meter.

                  Daripada dahan atau batang pokok mulberi anda, potong dan tinggalkan batangnya lebih kurang 7 inci ke 10 inci atau sekurang-kurangnya mempunyai 6 hingga 9 mata tunas yakni tempat keluarnya tunas pada pangkal daun pokok mulberi anda.

                  Bahasa mudahnya 'trim' dahan pokok mulberi anda dan seterusnya tanggalkan daun bersama tangkainya dengan hanya menariknya ke bawah dengan kuat (boleh abaikan jika anda tidak mahu pokok mulberi tersebut menjadi botak).

                  Dahan-dahan pokok mulberi yang dipangkas jangan dibuang, potong semula dahan mulberi tersebut lebih kurang 7 atau 8 inci dan tanam atau semai semula dalam polibag.

                  Anda juga boleh menanam terus keratan pokok mulberi tersebut pada tanah, seelok-eloknya ketika hujan supaya ia mudah bercambah.

                  Sekiranya perlu, bubuh baja organik di sekeliling pokok dengan 2 genggam baja untuk sepokok mulberi. Siram dengan air secukupnya (boleh juga jika anda abaikan aktiviti pembajaan).

                  Selepas 1 minggu, kita boleh melihat tunas-tunas dari bekas pangkal daun akan mula muncul. Selepas 3 minggu pula tunas sudah kelihatan beberapa daun beserta bunga berwarna putih berbulu kasar pada pangkal daun-daun muda.

                  Sebenarnya, itu adalah buah pokok mulberi yang keluar seiring dengan tunas baharu. Biarkan tunas-tunas ini membesar untuk mendapatkan buah yang sehat, segar dan manis.

                  Genap 1 bulan 1 minggu, buah berbulu putih akan beransur-ansur bertukar wajah kepada warna hijau dengan bulu-bulu berwarna putih itu kian kering.

                  Masa ini anda sudah boleh melihat bentuk buahnya yang seakan-akan mengerutu sedikit, namun buah tersebut belum boleh dituai atau dimakan.

                  Dalam tempoh 2 bulan 2 minggu pula, buah tersebut sekali lagi akan bertukar warna kepada kemerah-merahan secara perlahan-lahan, menghakis warna hijau tersebut.

                  Sebab itu, kadang-kadang kita akan dapati terdapat buah disebelahnya merah manakala sebelahnya pula hijau dan akan beransur-ansur menjadi merah terang sepenuhnya.

                  Pada tempoh tersebut buah pokok mulberi anda masih dalam proses matang tetapi tidak boleh dimakan. Buah pada masa ini masih terasa masam.

                  Pada usia 1 bulan 3 minggu ke atas kita akan dapati buah sekali lagi, bertukar daripada warna kemerah-merahan kepada ungu gelap.

                  Dalam masa 2 hingga 3 hari saja sebiji buah pokok mulberi sudah bertukar warna kepada ungu. Tibalah masa untuk menuai hasil buah pokok mulberi yang telah matang yakni berwarna ungu.

                  Untuk mendapatkan buah mulberi yang manis, lemak berkrim dan segar, tunggu buah tersebut berubah sepenuhnya menjadi ungu gelap.

                  Apabila buahnya sudah mencecah 2 bulan ke atas, buah mulberi akan kecut dan mula memburuk. Kualitinya agak kurang disebabkan sudah terlalu masak. Oleh itu setelah menjadi ungu tuailah dengan cepat.

                  Anda boleh mengutip buah berwarna ungu dengan memetiknya. Sebelum dimakan elok dibasuh terlebih dahulu.

                  Jika buahnya banyak, anda boleh membuat jem mulberi dengan memasaknya dengan api sederhana dan tuang sedikit air serta tambah gula atau gula perang.

                  Masak sehingga buah mulberi hancur dan menjadi likat. Simpan jem mulberi anda dalam bekas atau botol kedap udara dan guna jika anda membakar roti keping. Sesuai dimakan ketika sarapan kepada anak-anak kita.

                  Setelah pokok mulberi anda dituai sepenuhnya, tunggu atau biarkan pokok mulberi anda dalam masa 1 hingga 2 minggu.

                  Seterusnya, lakukan pemangkasan semula seperti yang diterangkan di atas.

                  Pokok mulberi anda sekali lagi menghasilkan tunas baharu bersama buah-buah yang segar.

                  Lakukan sedemikian sehingga anda muak memakannya, senang cerita, selagi anda pangkas pokoknya selagi itulah pokok mulberi anda akan berbuah lebat.

                  Kaedah pembuahan di atas juga sesuai kepada pokok mulberi yang ditanam dalam pasu, cuma buahnya agak kecil sedikit berbanding yang ditanam di tanah.

                  Jadi, apa tunggu lagi hasilkan buah mulberi dengan melakukan pemangkasan pokok mulberi anda dilaman rumah dan nikmati hasil buahnya genap 1 hingga 2 bulan kemudian.

                  Selamat bertani.

                  BACA INI JUGA: Cara Paling Mudah Menanam Pokok Mulberi

                  Sumber: tanomkinotuan

                  Wednesday, January 18, 2017

                  Cara Paling Mudah Menanam Pokok Mulberi

                  Cara Paling Mudah Menanam Pokok Mulberi

                  3 jenis pokok Mulberi yang biasa dilihat atau ditanam di seluruh dunia ialah mulberri putih, mulberri merah dan mulberri hitam.

                  Mulberi

                  Mulberi juga terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk buah yang boleh ditemui di serata tempat.

                  Mulberi hitam atau nama saintifiknya morus nigra adalah pokok yang biasa ditanam di negara kita kerana sesuai tumbuh di kawasan bersuhu panas.

                  Jenis pokok mulberi hitam, buahnya akan bertukar menjadi hitam apabila sudah masak sepenuhnya.

                  Buah mulberi berwarna hitam mempunyai rasa manis dan berlemak berbanding buah yang masih berwarna merah.

                  Jadi, anda kenalah menunggu buah mulberi benar-benar sudah masak sehingga buahnya menjadi warna hitam barulah dipetik.

                  Cara Menanam Mulberi

                  Cara menanam pokok mulberi adalah dengan menggunakan keratan batang yang telah matang.

                  Anda boleh mendapatkan keratan batang pokok mulberi ini dari sahabat atau kenalan yang ada menanamnya atau membeli secara online.

                  Keratan batang pokok mulberri haruslah ditanam dalam polibag terlebih dahulu.

                  Perlu dimaklumkan bahawa pokok mulberi sesuai tumbuh pada nilai PH tanah yang sedikit berasid iaitu 5.5 hingga 6.5. Maksudnya, media semaian tidak perlu ditambah serbuk kapur pertanian.

                  Anda boleh menggunakan apa-apa jenis tanah untuk media tanaman seperti tanah lampung, tanah hitam, tanah kebun atau tanah campuran.

                  Masukkan tanah ke dalam polibag hingga penuh dan pastikan tanah sedikit dipadatkan agar tidak berkurangan, mendap atau turun jika tanah tersebut disiram.

                  Mulberi
                  Mulberi berusia 3 minggu.

                  Pada tanah dalam polibag, buat lubang menggunakan jari anda atau kayu sama saiz dengan keratan batang pokok mulberri kira-kira 4 hingga 5 inci dalam.

                  Tanam keratan batang pokok mulberi pada lubang yang dibuat setengah dari panjang keratan batang mulberri tersebut dan timbus dengan tanah serta padatkannya agar keratan tersebut tidak mudah tumbang jika disiram.

                  Pastikan menanam keratan batang pokok mulberi dengan cara yang betul di mana lihat mata tunas pada setiap keratan batang tersebut dan tanam keratan batang dengan mata tunas menghala ke atas. Jangan tanam terbalik.

                  Seterusnya, siram dengan air yang mencukupi.

                  Keratan pokok mulberi yang sudah ditanam harus disimpan atau diletakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga mata tunas mengeluarkan tunas kira-kira 3 inci. Barulah dipindahkan ke kawasan menerima sinaran matahari penuh.

                  Dalam tempoh percambahan tunas, jangan sesekali digoyang atau tergoyang kerana keratan batang pokok mulberi akan mati disebabkan kerosakan pada akar muda yang mula keluar dari pangkal batangnya.

                  Selepas 2 minggu ditanam dalam polibag, tunas akan mulai bercambah atau tumbuh.

                  Jika pokok mulberi anda berbuah ketika cambahan, sila buka buah tersebut untuk memberi laluan pokok mulberi membesar.

                  Ketika ini media tanaman atau tanah jangan terlalu kering, siram tanah biarkan ia sentiasa lembab. Tanah lembab diperlukan untuk mempercepatkan pengeluaran akar keratan batang pokok mulberi anda.

                  Apabila pokok mulberi anda sudah berusia 4 minggu, tunasnya sudah melebihi 3 inci dan bolehlah dipindahkan ke tempat yang terkena sinaran matahari penuh.

                  Masa ini anda boleh membubuh baja organik dengan menanamnya ke dalam tanah tetapi tidak terkena pada batangnya.

                  Proses Memindahkan Anak Pokok Mulberi

                  Pokok mulberi sudah boleh dipindahkan ke tempat baharu atau ditanam di dalam tanah apabila ia sudah berusia sebulan setengah atau 2 bulan.

                  Dalam tempoh ini, pokok mulberi sudah kukuh dan kuat. Buat lubang pada tanah dengan mengali sedalam 1 kaki (ikut saiz polibag yang anda gunakan), jika polibag anda bersaiz besar maka besarlah lubang yang anda harus gali.

                  Pada lubang tersebut, bubuh baja organik 2 genggam dan timbus senipis mungkin dengan tanah, cukup menutupi baja tersebut.

                  Dengan mengunakan pisau tajam, potong polibag memanjang dari atas ke bawah sebelah menyebelah. Berhati-hati ketika memotong jangan sampai terpotong akar pokok mulberri.

                  Buka plastik polibag perlahan-lahan agar tanah tersebut tidak berderai. Tanam tanah pokok mulberi ke dalam lubang dan timbus semula dengan tanah hingga selesai. Siram pokok mulberi anda dengan air secukupnya.

                  Cuaca

                  Jika anda menanam pokok mulberi pada musim kemarau, teduhkan pokok mulberi dengan jaring hitam selama seminggu.

                  Ini bagi mengelak pokok mulberi anda mati akibat cuaca panas. Jika keadaan cuaca terkawal, tidak perlu menggunakan penutup jaring hitam.

                  Pokok mulberi cepat membesar dengan pembajaan yang konsisten. Bubuh baja sebulan sekali untuk hasil yang memuaskan.

                  Pokok Mulberi Perlu Dicantas Dan Tuaian Buah Pertama

                  Setelah pokok mulberi anda berusia 4 hingga 6 bulan yang pertama, cantas batang pokok mulberi anda.

                  Caranya, cantas batang kira-kira 10 hingga 12 inci dari pucuknya dan buka semua daun pada batang. Tujuan mencantas ialah untuk membolehkan pokok mulberri anda menghasilkan buah.

                  Selepas dicantas, pokok mulberi anda akan mula bertunas selepas 2 minggu cantasan yakni tunas bersama buahnya.

                  Jangan gusar atau bimbang jika buah yang terhasil bersaiz kecil kerana kali pertama menghasilkan buah memang seperti itu.

                  Tetapi, setelah 2 tahun ke atas, saiz buah mulberi anda akan semakin besar saiznya mengikut saiz pokok.

                  Cantas semula pokok mulberi anda selepas 4 hingga 5 bulan dari cantasan yang pertama. Buat cara tersebut sepanjang tahun untuk mendapatkan buah pokok mulberi.

                  Dengan cara ini pokok mulberri and tidak akan meninggi dan pada masa yang sama anda dapat rezeki buah yang enak dari pokoknya.

                  Tanaman Tepi Pagar

                  Mulberi

                  Pokok mulberi sesuai ditanam di tepi pagar rumah anda, tanam sebaris dengan pagar di sekeliling rumah dengan jarak rapat.

                  Ia bukan sahaja menjadi pokok hiasan tetapi sebagai penghadang yang praktikal.

                  Pokok mulberi juga boleh ditanam di dalam pasu jenis besar dan sekiranya pokok mulberi anda terlalu rimbun atau tinggi, cantas pokok mulberi tersebut.

                  Dengan cantasan ini pertumbuhan pokok mulberi dapat dikawal dan paling penting ia akan menghasilkan buah yang enak dan sedap.

                  Jom cuba menanam pokok mulberi di halaman rumah.

                  BACA INI JUGA: Khasiat Buah Mulberi Untuk Awet Muda Dan Penawar Kanser

                  Sumber: tanomkinotuan

                  Wednesday, December 07, 2016

                  5 Jenis Pokok Tiin Paling Sesuai Untuk Tanaman Di Malaysia

                  5 Jenis Pokok Tiin Paling Sesuai Untuk Tanaman Di Malaysia

                  Sebagai orang baru yang tidak mempunyai pengalaman dalam penanaman pokok Tiin dan teruja untuk mencuba hasil usaha dari pokok sendiri, beberapa kriteria dalam pengsyoran varieti yang telah ditetapkan adalah seperti dibawah.

                  Buah Tiin

                  Varieti yang dicadangkan tahan lasak dan mudah serasi dengan perubahan amalan pengurusan pokok (maklumlah sebagai orang baru, banyak kerenah yang berkaitan dengan pokok tin masih belum difahami).

                  Varieti yang dipilih juga seharusnya cepat berbuah, hasil yang banyak dan boleh masak dengan baik (tidak mudah gugur).

                  Kriteria ini penting kerana semua peminat baru tidak sabar untuk merasai buah hasil daripada tanaman sendir.

                  Buah Tiin yang pelbagai bentuk dan warna. Ini boleh memberi kepuasan kepada peminat yang menamannya sambil-sambil menunggu yang terhasil masak dan dirasai.

                  Berdasarkan kepada kriteria-kriteria diatas, sifu-sifu pokok Tiin telah mengesyorkan varieti-varieti berikut.

                  1. Taiwan Golden Fig Jumbo atau Black Jack (Buah merah)

                  Taiwan Golden Fig

                  Buah Tiin ini berasal dari Taiwan. Berwarna merah dan sedikit kuning apabila matang, isinya berwarna kemerahan. Rasanya sedikit macam strawberi dan melon.

                  Sangat sesuai ditanam di Malaysia.

                  2. Masui Dauphine (MD) atau MDA (Buah Merah)

                  Masui Dauphine (MD) atau MDA (Buah Merah)

                  Buah bewarna merah, sangat besar dan rasa yang manis. Antara varieti yang terbaik dari Jepun.

                  3. Green Jordan atau Conadria (Buah hijau)

                  Green Jordan atau Conadria (Buah hijau)

                  Selain memiliki rasa yng manis dan legit, Buah Tiin Green Jordan sangat berkhasiat untuk membantu membersihkan racun dalam tubuh dan mencegah penyakit jantung koroner.

                  Buah Tiin Green Jordan juga sangat sesuai ditanam di dalam pasu.

                  4. Purple Jordan

                  Purple Jordan

                  Varieti Mediterranian. Buah berwarna unggu kecoklatan dengan saiz yang besar (60-70 g), sangat manis dan produktif. Sangat sesuai dengan negara tropika seperti Malaysia. Daun besar.

                  5. Brown Turkey, Buah coklat, IBT atau BTM6 (Merah kekuningan/Hijau)

                  Brown Turkey

                  Varieti Mediteranian. Buah bewarna coklat kehitaman saiz yang sederhana (50-60 g), mempunyai tekstur yang lekit, sangat manis dan produktif. Sangat sesuai dengan negara tropika seperti Malaysia.

                  Semoga memberi manfaat.

                  BACA INI JUGA: Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

                  Sumber: Tinohtin

                  Saturday, December 03, 2016

                  Jenis-jenis Baja Organik Dan Kesesuaiannya Pada Tanaman

                  Jenis-jenis Baja Organik Dan Kesesuaiannya Pada Tanaman

                  Baja organik ialah baja yang digunakan di kebun atau ladang di mana tipikalnya terhasil melalui satu bahan dan membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk kebun anda.

                  Baja Organik

                  Untuk mengklasifikasikan kualiti sesuatu baja organik tersebut, bahan yang digunakan adalah bahan-bahan semulajadi.

                  Baja organik adalah baja yang mengandungi satu atau lebih bahan organik di dalamnya. Bahan-bahan mungkin terdiri daripada haiwan atau tumbuhan atau kombinasi antara keduanya.

                  Baja organik atau organik fertilizer adalah baja yang dihasilkan melalui bahan berasaskan binatang, tumbuhan dan bahan mineral.

                  Namun, secara umum pengeluaran baja organik yang terbesar antara bahan-bahan ini ialah daripada bahan mineral seperti limestone, phosphate rock dan ammonia (dalam pengeluaran industri).

                  Penting diketahui bahawa definisi organik sama dan teraplikasi juga kepada makanan organik di mana elemen pengomposan fertilizer yang dihasilkan adalah bahan alami tanpa campuran komponen sintetik atau additives. Ini bermaksud, baja organik adalah 100 peratus semulajadi.

                  Jenis-jenis Baja Organik

                  Contoh-contoh dan sumber baja organik lazimnya berbeza penggunaan kerana perbezaan sumber nutrisi.

                  Setiap bahan mempunyai fungsi berbeza mengikut keperluan kebun dan tanaman anda. Tidak seperti baja kimia yang mungkin mempunyai baja pelbagai-guna.

                  Berikut ialah contoh-contoh baja organik dari sumber berlainan.

                  1. Sumber haiwan

                  Sumber tinja binatang seperti ayam, lembu, kuda, arnab dan guano (tahi kelawar). Selain itu juga bahan-bahan binatang seperti tulang, darah dan sebagainya diproses menjadi baja organik seperti darah dan tulang kambing, lembu dan ikan.

                  Misalnya, bloodmeal, bone meal, hides, hoofs dan tanduk adalah sumber penghasilan baja organik.

                  2. Sumber tumbuhan

                  Bahan tumbuhan yang sesuai diproses menjadi baja organik seperti kompos, baja alfalfa, baja biji-kapas, baja gluten jagung dan baja rumpai laut.

                  3. Sumber mineral

                  Sumber mineral yang kaya dengan kalsium, magnesium dan phaspate di mana boleh membantu untuk membaiki tanah serta memudahkan tumbuhan menyerap makanan.

                  Contohnya serbuk kapur, batu phosphate, chilean saltpeter.

                  Kadang-kadang peat juga digolongkan dalam kelompok sumber mineral walaupun sebenarnya tidak membekalkan nilai nutrisi kepada tumbuhan tetapi memperbaiki pengudaraan dan menyerap air pada batas.

                  Kesesuaian Baja Organik Pada Tanaman

                  Seringkali kita mengatakan bahawa membubuh satu jenis baja organik sudah memadai untuk tanaman. Pendapat ini silap sama sekali.

                  Setiap baja organik berbeza kandungan nutrisi untuk tanaman kerana bahan yang digunakan untuk membuat baja organik tidak semua mempunyai nilai nutrisi atau hanya sedikit sahaja jumlahnya.

                  Oleh yang demikian, penanam hendaklah tahu kandungan nutrisi pada setiap jenis baja organik.

                  Berikut adalah contoh baja organik dan fungsi pada tanaman.

                  1. Tinja haiwan

                  Tinja haiwan kaya dengan kandungan nitrogen. Nitrogen adalah bertujuan untuk tumbuhbesaran tanaman di mana membantu kesuburan pada batang dan daun.

                  Oleh itu, selepas dua minggu anak benih pokok ditanam bubuh kompos tinja binatang bagi membantu pertumbuhan pada batang dan daun.

                  Lazimnya, sayuran berdaun memerlukan nitrogen yang banyak.

                  Contoh tinja haiwan ialah tinja kambing, tinja lembu, tinja arnab dan tinja kelawar (guano). Selain itu, blood meal juga tinggi kandungan nitrogen untuk pertumbuhan tanaman dengan baik.

                  2. Bone meal

                  Dihasilkan dari tulang haiwan yang kaya dengan phosphorus di mana berfungsi menguatkan akar dan bunga. Membekalkan kalsium dan sedikit nitrogen.

                  Untuk bunga dan buah pada tanaman bubuh baja ini untuk pengeluaran hasil buah yang baik.

                  Kebaikan Baja Organik Kepada Batas Dan Tanaman

                  1. Membaikpulih tanah kepada tanah yang kaya humus untuk tanaman.

                  2. Kelembapan tanah dan melambatkan kekeringan pada tanah.

                  3. Sumber nutrient yang tinggi kepada tanaman.

                  4. Memberi lebih pengudaraan dan saliran yang baik kepada tanah.

                  5. Penambahan mikroorganisma yang baik dalam batas membolehkan ia menguraikan komponen baja organik seterusnya menghasilkan nutrisi kepada tanaman.

                  6. Struktur tanah lebih gembur dan peroi dengan kehadiran kompos.

                  7. Mesra alam tanpa pencemaran.

                  Menggunakan baja organik pada tanaman adalah satu tindakan yang bijak. Pastikan kita mengikut peraturan penggunaan seperti mana pada label pembungkus.

                  Baja organik bukan sahaja penguaran tanaman organik tetapi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

                  Semoga memberi manfaat.

                  BACA INI JUGA:

                  Sumber: Tanomkinotuan

                  Sunday, October 02, 2016

                  Cara Paling Mudah Menanam Pokok Cili

                  Cara Paling Mudah Menanam Pokok Cili

                  Ini adalah cara yang sangat mudah untuk menanam pokok cili anda sendiri dan rugi kalau anda tidak mencubanya sendiri.

                  Tanam cili

                  Bukan itu sahaja dengan menggunakan kaedah ini anda juga boleh mendapat banyak pokok cili. Jom kita lihat langkah-langkahnya.

                  1. Langkah Pertama

                  Tanam cili

                  Pertama sekali ambil dua biji cili padi. ( Terpulang pada jenis cili yang anda nak guna). Kami guna cili padi sebab stok di rumah memang suka guna cili padi buat nasi goreng.

                  2. Langkah Kedua

                  Tanam cili

                  Potong cili padi di bahagian tengah. Lepas tu anda nampak biji cili di dalamnya kan?

                  3. Langkah Ketiga

                  Tanam cili

                  Ambil biji cili ini dan taburkan di dalam pasu. Setelah dua minggu benihnya akan bercambah.

                  Lepas anak pokok dah besar sikit lebih kurang 3 minggu, bolehlah pindahkan ke pasu lain.

                  Sebaiknya satu anak pokok satu pasu. Mudah kan?

                  Selamat mencuba..

                  BACA INI JUGA: Cara Menanam Pokok Sirih

                  -Sentiasapanas.com

                  Sunday, September 25, 2016

                  Cara Menanam Pokok Sirih

                  Cara Menanam Pokok Sirih

                  Daun sirih mempunyai banyak manfaat terutamanya dalam perubatan tradisional dan banyak lagi kegunaan daun sirih yang kita tak tahu.

                  Daun sirih

                  Sebaik-baiknya, tanam sahaja, mungkin satu masa nanti kita atau orang lain akan memerlukannya.

                  Sirih merupakan tumbuhan menjalar yang memanjat batang pokok atau kayu yang ada di sekitarnya. Tergolong dalam keluarga Piperaceae, nama saintifik sirih ialah Piper Betle. Tanaman ini hidup pada iklim tropika dan sesuai ditanam pada tanah yang gembur dan tidak terlalu lembab.

                  Namun, tentu anda tahu betapa susahnya tanaman sirih tu nak menjadi kan? Pasti ramai pernah cuba menanamnya namun keputusannya hampa kan.

                  Langkah pertama

                  Sirih

                  Ambil batang sirih sepanjang 2 kaki.

                  Langkah kedua

                  Sirih

                  Buang semua daun yang ada pada batang sirih dengan meninggalkan sedikit daun di hujungnya. Kemudian buat lingkaran seperti dalam gambar.

                  Langkah ketiga

                  Sirih

                  Seterusnya, tanam lingkaran tadi. Jangan tanam terlalu dalam. Cukup sekadar menutup lingkaran tadi, dengan membiarkan kedua-dua hujung berada di atas tanah. Selepas tanam, siram batang sirih tu. Selesai.

                  Selepas sirih tumbuh, jagalah dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta.. :)

                  BACA INI JUGA: Cara Mudah Menanam Tembikai Di Halaman, Tidak Perlu Kebun Berekar

                  Sumber: ilmutani

                  Saturday, September 03, 2016

                  Cara Mudah Menanam Tembikai Di Halaman, Tidak Perlu Kebun Berekar

                  Cara Mudah Menanam Tembikai Di Halaman, Tidak Perlu Kebun Berekar

                  Terdapat pelbagai jenis tembikai yang sesuai ditanam untuk iklim Malaysia. Namun tembikai merah atau nama saintifiknya Citrullus lanatus var. Lanatus dari keluarga Cucurbitaceae menjadi kegemaran ramai.

                  Tembikai

                  Tembikai merah merupakan tumbuhan yang berasal dari utara Afrika. Ramai beranggapan tembikai perlu ditanam di atas sebidang tanah yang luas.

                  Sebenarnya tanah yang sempit di halaman rumah juga sesuai untuk dijadikan lokasi penanaman tembikai. Antara cara-cara mudah untuk menanam buah tembikai di halaman rumah adalah:

                  Rendam Anak Benih

                  Biji Tembikai

                  Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan.

                  Semai

                  Semaian Biji Tembikai

                  Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja.

                  Pindahkan

                  Anak Benih Tembikai

                  Anak benih sesuai dipindahkan ke batas tanaman kekal setelah mengeluarkan daun yang ke-6.

                  Penyediaan Busut

                  Sediakan satu busut atau batas tanaman berukuran 3 kaki x 3 kaki dengan ketinggian 6 inci. Pastikan tanah dari jenis ringan atau mengandungi bahan organik yang tinggi.

                  Nilai pH tanah yang bersesuaian untuk tanaman tembikai adalah di antara 6 hingga 6.8.

                  Pastikan busut yang dibina menerima cahaya matahari secara langsung dan tidak terlindung.

                  Kawal Kelembapan Tanah

                  Letakkan sungkupan di sekeliling anak benih sejurus ia dipindahkan ke batas kekal. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan dapat mengawal pertumbuhan rumpai.

                  Perlu Dipangkas

                  Selepas hari ke-10 hingga 15, anak pokok perlu dipangkas untuk memastikan ia mengeluarkan cabang atau tunas yang baru. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk menghasilkan buah yang lebih banyak.

                  Pembajaan

                  Pembajaan Tembikai

                  Lakukan pembajaan setiap 2 minggu sekali. Untuk peringkat awal pertumbuhan, baja perlu ditabur secara bulatan di sekitar anak pokok. Pastikan jarak baja yang ditabur 30 cm dari pangkal pokok.

                  Air Yang Banyak

                  Pokok tembikai memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran yang sihat dan penghasilan buah yang banyak. Lakukan penyiraman seawal pagi dan pada waktu lewat petang.

                  Hanya 2 Biji Satu Pokok

                  Kebiasaannya, pokok mula berbunga dan berbuah pada hari ke-60 selepas pemindahan. Untuk mendapatkan hasil buah yang berkualiti, pastikan pokok hanya mempunyai 2 biji buah dalam satu masa. Jika terdapat putik yang seterusnya, ia perlu dibuang.

                  Tanda-tanda Buah Tembikai Sudah Masak

                  Tembikai Matang

                  Buah tembikai akan menunjukkan tanda-tanda sudah matang atau sedia untuk dituai apabila:
                  • Warna putih kulit buah yang bersentuhan dengan tanah bertukar menjadi kekuningan.
                  • Apabila ditepuk atau dijentik, buah menghasilkan bunyi seakan-akan berongga.
                  • Urat atau jalur pada permukaan kulit buah mula pecah dan pudar.

                  Semoga memberi manfaat.

                  BACA INI JUGA:

                  Sumber: Impiana