Saturday, January 28, 2017

Apa Itu Stevia, Kelebihan Sebagai Pengganti Gula Dan Cara Menanamnya

Loading...

Daun Stevia sebenarnya telah digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu lagi, namun kajian meluas terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke-19.

Stevia

Pengkaji dan penyelidik Brazil menyedari bahawa sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Biar betul? Memang manis Stevia ni.

Pokok Stevia sudah digunakan oleh puak Quarani sejak 1500 tahun yang lalu di Amerika Latin sebagai ubat tradisional dan juga sebagai pemanis makanan.

Kini, pokok Stevia telah tersebar luas ke negara-negara lain hingga ke negara Malaysia selepas satu artikel jurnal mengenai pokok ini diterbitkan pada tahun 1955.

Apa itu Stevia?

Stevia adalah pemanis semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan berasal daripada keluarga bunga matahari ataupun nama saintifiknya Astereacea.

Stevia yang digunakan sebagai pemanis gula semulajadi adalah Stevia daripada species Stevia Rebaudiana.

Stevia yang diluluskan dalam Akta makanan untuk dijadikan sebagai pemanis dan pengganti gula pasir adalah ekstrak Stevia.

Apa itu Ekstrak Stevia?

Ekstrak Stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis.

Bahan yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

Kemanisan ekstrak Stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu dan walaupun ia lebih manis daripada gula pasir, tetapi Stevia tidak mengandungi kalori (zero calorie).

Stevia juga tidak mengandungi karbohidrat, tiada lemak dan tiada kolesterol.

Ekstrak Stevia (Stevia Extract) telah meluas digunakan di seluruh dunia selepas diluluskan oleh FDA.

Di Malaysia, Ekstrak Stevia tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia bukannya ubat atau supplemen, tetapi Stevia adalah sejenis bahan pemanis yang terletak di bawah Akta Makanan.

Disebabkan Stevia selamat digunakan dan tahan suhu tinggi, telah ramai pengguna Malaysia yang menggunakan pemanis semulajadi ini menggantikan gula pasir dalam pemakanan harian mereka.

Selain Ekstrak Stevia berfungsi sebagai pemanis makanan dan minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan seperti mengawal berat badan, mengelak dan mengawal Kencing Manis (Diabetes) dan juga mampu mengawal tekanan darah dalam badan. -steviamalaysia

Berikut adalah faedah kesihatan menggunakan herba Stevia:

1. Rendah kalori

Mengandungi kompaun glycoside yang juga terdiri daripada stevioside, steviolbioside, rebaudioside A-E dan juga dulcoside.

2. Mengurangkan glukosa dan kaborhidrat

Stevioside adalah glycoside non-kaborhidrat yang boleh mengurangkan glukosa dan kaborhidrat lain yang dimiliki. Reboudioside A yang terkandung dalam daun stevia 300 kali ganda lebih manis berbanding gula biasa dan ianya kimia yang bukan terproses. Ia juga tahan suhu tinggi dan bukan melalui proses penapaian.

3. Mengandungi sterols dan antioksidan

Pokok stevia mengandungi sterols dan kompoun antioksidan seperti triterpenes, flavonoid dan tannins.

Kandungan flavonoid polyhenolic antioksidan phyto-chemicals dalam daun pokok ini ialah seperti kaemferol, isoquercitrin, isosteviol, quercetin, chlorogenic asid dan caffeic acid.

Kaemferol dikatakan boleh mengurangkan masalah radang pangkreas pada pesakit.

4. Baik untuk salur darah

Sebahagian ekstrak glycoside pada pokok stevia dapat meluaskan atau mengembangkan saluran darah, meningkatkan sodium dan air kencing yang sihat, juga dapat menurunkan tekanan darah.

5. Menurunkan tahap gula

Chlorgenic acid dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah.

6. Mengawal bakteria

Pemanis non-kaborhidrat pokok stevia tidak menggalakkan pembiakan bakteria pada mulut manusia malah pemanis dalam pokok stevia mampu menjejaskan pertumbuhan bakteria yang mengakibatkan kerosakan gigi.

7. Mengandungi vitamin dan mineral

Pokok stevia juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Cara Menanam Pokok Stevia

Pokok stevia ditanam menggunakan keratan batang. Ambil batang pokok stevia yang sederhana matang. Potong kira-kira 6 inci.

Rendam ke dalam air 1 jam dan sedia untuk ditanam sama ada dalam pasu atau tanah di laman rumah.

Untuk menuainya hanya petik pucuk muda dan keringkan simpan dalam bekas sesuai dan simpan ditempat selamat. Guna bila perlu. -tanomkinotuan

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Gula Punca Segala Penyakit

-SENTIASAPANAS.COM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon