Tuesday, November 07, 2017

10 Khasiat Daun Sukun Merawat Penyakit Kronik


Sudah terbukti pokok sukun tidak hanya dimanfaatkan buahnya saja, daun sukun yang berbentuk lembaran hijau besar juga bermanfaat untuk kesihatan manusia.

10 Khasiat Daun Sukun Merawat Penyakit Kronik

Bentuk daun sukun memiliki ciri-ciri garis yang kasar dengan warna hijau tua dan hijau muda.

Manfaat Daun Sukun Kering

Beberapa jenis sebatian yang ditemui pada daun sukun kering memang efektif untuk mengatasi beberapa jenis penyakit berbahaya.

Dalam satu kajian ditemui sebatian kuat daun sukun kering seperti zat anti inflamasi, riboflavin, asid hidrosianat, asetikolan dan juga tanin. Daun sukun kering juga mengandung zat anti oksidan tinggi dan beberapa jenis mineral lainnya.

Terbukti, pokok sukun bukan hanya dimanfaatkan bahagian buahnya saja, malah diakui amat mujarab sebagai ubat.

Dibawah ini adalah beberapa manfaat dari daun sukun kering.

1. Mengubati Penyakit Ginjal

Penyakit ginjal menjadi penyakit yang sangat menakutkan. Orang yang sudah menderita penyakit gagal ginjal harus mencuci darah (dialisis) secara rutin.

Kesan dari rawatan ini memang tidak baik untuk tubuh sehingga sering membuat pesakit tidak mahu menjalani rawatan cuci darah.

Namun, manfaat daun sukun kering boleh digunakan sebagai ubat yang sangat selamat.

Daun sukun memiliki sebatian khusus yang boleh mendorong kesan diuretik. Penderita ginjal boleh mencuba terapi ini selama beberapa bulan sehingga benar-benar mampu sembuh.

2. Menurunkan Kadar Kolesterol

Kadar kolesterol didapati dari makanan yang banyak mengandung lemak tepu dan jenis lemak trans.

Jenis lemak ini boleh didapati dari makanan seperti daging yang mengandungi lemak seperti daging lembu, lemak pada kulit ayam dan minyak sayuran seperti jenis minyak sawit.

Kolesterol tidak boleh digunakan oleh tubuh dan akan berkumpul dalam darah. Kesan jangka masa panjangnya boleh menyebabkan penyakit jantung dan serangan stroke.

Daun sukun terbukti boleh digunakan sebagai rawatan untuk menurunkan kadar kolesterol. Kolesterol akan keluar dari darah dan menjadi sisa-sisa metabolisme yang akan keluar melalui air kencing atau najis.

3. Menurunkan Risiko Penyakit Jantung

Penyakit jantung boleh disebabkan oleh berbagai macam sebab seperti komplikasi dari stroke, diabetes atau gagal ginjal.

Selain itu pola metabolisme tubuh yang tidak baik boleh menyebabkan pembentukan plak dalam pembuluh darah, pengerasan pembuluh darah dan pelbagai sakit jantung lain.

Bahagian yang paling mengerikan adalah serangan jantung yang boleh terjadi bila-bila saja. Untuk mengatasi dan menurunkan risiko penyakit jantung, bolehlah menggunakan terapi air teh dari daun sukun.

Daun sukun membuatkan tekanan darah dan aliran darah pada pembuluh darah menjadi lebih baik. Kesan dalam jangka panjang boleh membuatkan jantung menjadi lebih sihat.

4. Mengelakkan Pembentukan Sel Kanser

Kanser boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dalam tubuh manusia, namun penyebab asasnya adalah kerana rosaknya sel-sel sihat dalam tubuh disebabkan oleh pelbagai jenis radikal bebas.

Akibatnya, sel-sel yang sihat bermutasi dan menyebabkan kanser. Sel kanser boleh muncul disemua jenis organ tubuh manusia dan berjangkit ke bahagian organ tubuh yang lain.

Untuk menurunkan risiko kanser dan menyembuhkan kanser maka rebusan daun sukun kering boleh menjadi pengganti kemoterapi.

Manfaat antioksidan pada daun sukun kering sangat tinggi dan boleh mengatasi masalah kanser.

5. Mengubati Asid Uric

Asid uric boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah. Bahkan pada keadaan lebih teruk boleh menyebabkan pesakit mengalami radang sendi dan kelumpuhan.

Penyakit ini disebabkan tingginya kadar asid dalam pembuluh darah dan sering berlaku kepada orang tua yang akan disertai beberapa masalah lain seperti diabetes, stroke atau hipertensi.

Pengambilan teh daun sukun yang sudah dikeringkan secara efektif boleh menurunkan asid uric secara berkala.

Daun sukun kering juga memiliki kesan anti keradangan dan sangat baik untuk menurunkan risiko radang pada sendi.

Dalam tempoh rawatan dengan daun sukun kering sangat disarankan untuk menghindari pelbagai jenis sayuran hijau yang boleh menyebabkan tingginya kadar asid uric seperti kangkung, kacang panjang, bayam, sawi dan beberapa jenis makanan yang mengandungi lemak haiwan.

6. Mengubati Penyakit Hati

Hati memiliki fungsi untuk menampung semua racun dalam tubuh dan meneutralkannya kembali. Hati yang sudah digunakan oleh tubuh untuk meneutralkan racun boleh mengalami masalah kerana keadaan metabolisme tubuh yang buruk.

Selain itu pengambilan alkohol dan rokok juga boleh meningkatkan risiko penyakit ini.

Daun sukun kering yang sudah direbus dan dijadikan dalam bentuk teh boleh bermanfaat untuk mengatasi keradangan atau pembengkakan hati.

Beberapa jenis sebatian seperti asetilkolin sangat baik untuk melawan keradangan. Hindari rokok dan alkohol selama tempoh menjalani rawatan.

7. Mengubati Alergik

Alergik sering menyebabkan tubuh mengalami gatal-gatal dari kegatalan biasa sehinggalah alahan yang sangat teruk.

Alergik disebabkan tubuh tidak boleh membentuk hormon dan enzim anti alergi untuk tubuh. Akibatnya, tubuh mengalami beberapa kegagalan sistem pada zat tertentu.

Pengambilan daun sukun kering sangat bermanfaat untuk mengatasi masalah alergik.

Ketika menjalani rawatan, sebaik-baiknya hindari pelbagai punca alergik.

8. Mengubati Penyakit Pembesaran Limpa

Pembesaran limpa boleh disebabkan kerana rosaknya sistem limpa dalam tubuh. Puncanya sangat berbeza-beza namun yang sering berlaku adalah tubuh terlalu banyak menampung racun.

Enzim dan hormon dalam tubuh mengalami kerosakan dan pelbagai makanan membuat limpa tidak boleh berfungsi dengan baik.

Manfaat daun sukun kering memiliki fungsi sebagai anti racun dan untuk detoksifikasi atau mengeluarkan racun dalam tubuh.

Daun sukun kering yang sudah dibuat teh sangat efektif dalam menyembuhkan penyakit ini.

9. Mengubati Sakit Gigi

Sakit gigi disebabkan lubang pada gigi menjadi salah satu keluhan yang biasa kita dengar. Daun sukun kering bermanfaat sebagai anti racun yang akan membunuh semua kuman dan bakteria pada lubang gigi.

Berkumur dengan teh dari rebusan daun sukun kering akan memberikan kesan menenangkan untuk rasa sakit dan membuat sakit gigi tidak selalu berulang.

10. Anti Pendarahan

Pada zaman dahulu rebusan daun sukun kering sering menjadi ubat anti pendarahan. Kes yang sering terjadi adalah untuk mengubati pendarahan pada ibu yang baru melahirkan anak.

Perkara ini disebabkan sebatian kimia dalam daun sukun kering boleh melancarkan sistem pembuluh darah dan menghentikan pendarahan.

Minum tiga kali sehari bagi ibu yang mengalami pendarahan akan menghentikan pendarahan dan membantu kesihatan cepat pulih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

sumber: sehinggit

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon