Tuesday, May 26, 2020

4 Krisis Dunia Ini Di Jangka Menjadi Lebih Teruk Akibat Covid-19

4 Krisis Dunia Ini Di Jangka Menjadi Lebih Teruk Akibat Covid-19

Kesan penularan pandemik COVID-19 kepada kehidupan manusia sukar dijangka kerana selain menyebabkan kematian dan kerugian besar kepada ekonomi, ia juga menyebabkan krisis berkaitan kemanusiaan yang selama ini sudah wujud di dunia menjadi bertambah buruk.

Krisis dunia

Berikut adalah 4 krisis yang dikhuatiri menjadi semakin rumit, susulan impak ancaman Covid-19 yang dihadapi sekarang ini.

1. Krisis Kebuluran

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) memberi amaran supaya setiap negara memberi penekanan terhadap usaha memastikan rantaian bekalan makanan tidak terjejas.

Kebimbangan itu berdasarkan kepada penguncupan eknonomi dunia sebanyak 3 peratus pada tahun 2020.

Sementara Laporan Global Mengenai Krisis Makanan 2020 pula menyatakan negara yang mempunyai masalah bekalan makanan akan berdepan dengan pilihan sukar, sama ada mahu menyelamatkan nyawa rakyat daripada COVID-19 atau menyelamatkan nyawa rakyat daripada kebuluran.

2. Pengangguran

Dengan penguncupan ekonomi pada kadar 3 peratus, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kadar pengangguran global boleh mencecah sehingga 10.4 peratus tahun ini, berbanding hanya 3.7 peratus tahun lalu.

Pertubuhan Buruh Dunia (ILO) memberi peringatan, pekerja sektor ekonomi akan menerima akibat yang paling parah akibat krisis ini kerana dianggarkan seramai 2 bilion orang bekerja dalam sektor ekonomi tidak formal di seluruh dunia.

3. Program Vaksinasi

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada hujung Mac lalu mengeluarkan syor untuk menangguhkan semua langkah vaksinasi besar-besaran.

London School of Hygiene and Tropical Medicine umpamanya melaporkan, beberapa negara Afrika sudah pun melaporkan peningkatan dalam kes denggi, campak dan malaria kerana program vaksinasi bagi melawan penyakit berkenaan digantikan dengan usaha menentang COVID-19.

4. Kelahiran Tidak Dirancang

47 juta wanita di seluruh dunia mungkin akan hilang akses kepada alat pencegahan kehamilan jika lockdown diteruskan di seluruh dunia.

Ini boleh menyebabkan 7 juta kehamilan tidak dirancang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Ganja Mampu Merawat Pesakit Covid-19!

Ganja Mampu Merawat Pesakit Covid-19!

Ganja dilaporkan mampu untuk menyembuhkan penyakit wabak COVID-19 kerana dikatakan mempunyai kekebalan terhadap wabak yang telah membunuh lebih 300,000 diseluruh dunia, namun jangan salah faham, mengambil ganja dengan cara menghisapnya seperti rokok tidak akan membuatkan anda kebal dari COVID-19.

Ganja Merawat Covid-19
Gambar hiasan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Kanada, dalam satu kertas kajian yang bertajuk 'In Search of Preventative Strategies: Novel Anti-Inflammatory High-CBD Cannabis Sativa Extracts Modulate ACE2 Expression in COVID-19 Gateway Tissues' di University of Lethbridge, telah mendapati bahawa beberapa strain ganja dapat membantu mencegah wabak COVID-19.

Penyelidik telah terlibat secara meluas dengan mengkaji lebih dari 400 jenis ganja sebelum melakukan 400 ekstrak ganja yang baharu.

Mereka memastikan bahawa strain akhir bersifat tinggi dalam anti-radang cannabinoid cannabidiol (CBD), di mana mempunyai sifat-sifat anti-barah.

Dr. Igor Kovalchuk yang bertanggungjawab melakukan kajian ini menambah bahawa beberapa strain menunjukkan hasil yang positif.

Mereka menggunakan model tisu buatan manusia bagi merangsang dan memetakan bagaimana setiap strain ganja dapat mempengaruhi jangkitan COVID-19 pada tisu mulut, saluran udara dan usus manusia.

"Sebilangannya telah mengurangkan jumlah reseptor (virus) ini sebanyak 73%, kemungkinan ia lebih rendah.

"Sekiranya mereka dapat mengurangkan bilangan reseptor, ada kemungkinan lebih rendah untuk dijangkiti," kata Dr. Kovalchuk.

Namun, hasil ini tidak dapat diambil sebagai bukti konklusif bagi merawat wabak COVID-19 kerana pelbagai faktor lain.

Tetapi bagi Dr. Kovalchuk, beliau yakin ganja dapat membantu mencegah Covid-19 jika lebih banyak tinjauan dan kajian dilakukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

SBDJ Siri 144: Rahsia Sebilah Pedang

SBDJ Siri 144: Rahsia Sebilah Pedang

Nyak Sulaiman terus bangun, dia terpinga-pinga. Kedua belah kelopak matanya digosok berkali-kali, perangainya tidak ubah seperti orang baru terjaga dari tidur yang panjang. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.

SBDJ siri 139

"Kamu berdua mari ke mari."

Saya dan Nyak Sulaiman terus merenung ke arah Datuk. Keadaannya tidak berubah, masih macam tadi dengan hujung jari kaki kanannya masih menyentuh hujung sarung pedang yang masih tegak.

"Ke mari cepatlah," pekik Datuk sambil menjegilkan biji mata ke arah saya dan Nyak Sulaiman.

Agaknya, Datuk marah kerana kami lambat mematuhi perintahnya. Bila melihat perubahan Datuk itu, tanpa membuang masa saya dan Nyak Sulaiman segera mendekatinya.

"Kamu pegang hulu pedang," tajam mata Datuk tertumpu ke wajah Nyak Sulaiman yang nampak cemas sekali.

Dada saya terus berdebar. Nyak Sulaiman masih kaku tidak tahu apa yang harus dibuatnya.

"Pegang," ulang Datuk.

"Saya.." suara Nyak Sulaiman menggeletar.

"Iya," angguk Datuk.

Dengan rasa menggeletar Nyak Sulaiman memegang hulu pedang. Tangannya nampak bergerak-gerak.

"Pegang kuat-kuat."

"Baiklah," sahut Nyak Sulaiman.

Datuk pun segera memisahkan ibu jari kakinya dengan hujung sarung pedang.

Datuk pun melangkah tiga tapak ke belakang lalu berdiri lurus di situ. Wajah saya dipandang dengan tepat oleh Datuk.

Kepalanya dijatuhkan ke arah dada dan akhirnya diangkat perlahan-lahan hingga kami bertentang wajah. Saya pun menundukkan muka.

"Tamar."

Saya segera panggungkan kepala.

"Renung mataku."

Arahan Datuk saya patuhi. Tidak ada sesuatu yang aneh dan ganjil yang saya rasai di saat menentang mata Datuk.

Agak lama juga saya bertentang mata dengannya. Lebih dari lima saat.

Perasaan saya tetap macam biasa dan rela mematuhi segala arahan yang bakal di keluarkan oleh Datuk.

"Sekarang, kamu rapat kepada aku, langkah perlahan-lahan dengan tidak mengubah pandangan mata kamu dari mataku, sekarang kamu mulakan langkah," tutur Datuk dengan perlahan dan teratur.

Nada suaranya yang lemah hampir di tenggelami oleh ombak. Saya berazam apa yang disuruh oleh Datuk akan saya patuhi dengan sebaik mungkin.

"Berhenti!"

Langkah segera saya matikan, kami bertentang wajah. Datuk pun menjatuhkan telapak tangan kirinya ke atas bahu kanan saya dengan kuat. Berkali-kali bahu saya digoncangnya.

"Sekarang Tamar, kamu buangkan meja hitam itu ke laut."

"Meja hitam tu, tuk?" biji mata saya jegilkan.

Hati saya jadi cemas dan berdebar. Rasa takut mula menguasai diri, saya jadi ragu-ragu untuk melaksanakan arahan Datuk itu.

Apakah tidak menjadi sesuatu yang buruk kepada saya bila meja hitam itu saya humbankan ke laut. Saya jadi serba salah.

"Cepatlah," jerkah Datuk.

Bagaikan ditolak sesuatu, saya menghampiri meja bulat. Dengan sepenuh tenaga meja itu saya julang dan terus dibuang ke permukaan laut.

Tugas sukar sudah saya laksanakan dengan jayanya, saya kembali mendekati Datuk.

"Tugas kamu sudah selesai Tamar, sekarang giliran Nyak Sulaiman pula, kamu ikut aku, tengok apa yang aku buat," datang lagi arahan dari Datuk. Saya hanya anggukkan kepala.

LANGKAH

Datuk pun melangkah menuju ke arah Nyak Sulaiman. Angin laut terasa menyentuh kulit pipi dan deru ombak makin kuat memukul gegendang telinga.

Saya lihat Nyak Sulaiman masih lagi memegang hulu pedang, mukanya bagaikan berpeluh. Badannya seperti menggigil.

Datuk terus berdiri di depan Nyak Sulaiman. Mereka bertentang mata, tiba-tiba saja wajah mereka bertukar menjadi bengis dan garang.

Mereka bagaikan berlawan antara satu dengan lain secara batin, rambut Nyak Sulaiman kelihatan jatuh ke dahi.

Sepasang mata Datuk dan Nyak Sulaiman kelihatan merah, macam biji saga. Tetapi, saya dapat mengesan kekuatan tetap berada di pihak Datuk.

Buktinya, setiap kali Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawah, Nyak Sulaiman seperti terhuyung-hayang.

Walaupun begitu, dia tetap berusaha menentang Datuk. Saya kira, ada tenaga halus sudah meresapi ke dalam diri Nyak Sulaiman.

Bagaimana Datuk mahu mengatasi masalah ini? Kawan baik sudah jadi musuh. Saya berdoa semoga tidak ada kejadian buruk terjadi selepas ini.

Dalam saat hati dan perasaan saya masih berkecamuk, tidak tentu arah, saya lihat tangan kiri Datuk bergerak pantas, lalu menekan belakang tangan Nyak Sulaiman yang memegang hulu pedang.

Keadaan bertambah tegang, mereka saling tolak menolak, seolah-olah mahu merebut pedang.

Urat-urat di lengan Nyak Sulaiman kelihatan timbul, bagaikan akar membalut bumi.

Di saat bertarung secara batin, Datuk guna tangan kanan untuk memukul bahu kiri Nyak Sulaiman tiga kali berturut-turut.

Pada mulanya memang ada tindak balas dari Nyak Sulaiman, dia menghembuskan udara yang dikumpul dalam mulutnya ke arah Datuk.

Tetapi, Datuk sempat melarikan wajahnya ke kiri. Hembusan itu tidak kena sasarannya.

Bila angin yang dihembus tidak menepati tujuan, saya lihat Nyak Sulaiman jadi lemah. Kalau tadi dia bertenaga dan kuat, kini menjadi sebaliknya.

Walaupun begitu, dia masih memegang hulu pedang dengan kemas dan kejap sekali.

"Tamar," jerit Datuk.

"Iya tuk."

"Buka baju kamu, kibaskan ke badan Nyak Sulaiman tiga kali berturut-turut dari arah kiri. Elakkan kulit kamu dari terkena hembusan nafasnya."

Agak terkejut saya mendengar perintah Datuk. Rasa terkejut itu hanya terjadi beberapa detik saja dalam diri saya.

Bila rasa terkejut itu hilang saya terus membuka baju dan mengibaskan ke arah Nyak Sulaiman.

Baru dua kali kibas Nyak Sulaiman terus bersin.

Saya terlihat macam ada asap nipis keluar dari tubuh Nyak Sulaiman. Asap itu seperti ditiup angin, berkumpul seperti segulung kain basahan dan bergerak menuju arah laut lepas, lalu ghaib entah ke mana.

HABIS

Sebaik saja asap nipis itu habis keluar dari tubuh Nyak Sulaiman, Datuk segera memeluk dan mendukungnya lalu didudukkan di suatu sudut kapal.

Walaupun tidak dipegang hulunya, pedang samurai itu tetap terpacak. Bagaikan ada makhluk yang tidak dapat dilihat memegangnya. Saya jadi terpegun melihat semuanya itu.

"Biarkan pedang itu di situ. Jangan diusik dan jangan disentuh," Datuk pun menggamit saya di sisinya.

Saya segera mendekatinya lalu membantunya memulihkan Nyak Sulaiman. Usaha Datuk tidak sia-sia.

Nyak Sulaiman berjaya dipulihkan dengan baik. Boleh bangun dan berjalan. Bila disuruh oleh Datuk membaca surah al-Ikhlas, dia dapat membaca dengan lancar serta jelas.

Buat seketika kami (saya, Nyak Sulaiman dan Datuk) lupa tentang pedang samurai yang tegak sendiri itu.

Tiba-tiba kami dikejutkan oleh bunyi benda jatuh yang amat kuat. Bot yang kami naiki bergegar dengan hebatnya.

Serentak kami menoleh ke arah pedang yang sudah terdampar atas lantai kapal. Memang tidak logik dan tidak masuk akal hingga sekuat itu bunyi pedang samurai jatuh ke lantai.

Saya dan Nyak Sulaiman berpandangan, penuh kehairanan dan ketakjuban yang amat sangat. Datuk tetap tenang.

"Pedang yang tergolek di lantai tu, itulah pedang sebenar," bergetar suara Datuk sambil merenung ke arah saya.

Nyak Sulaiman yang baru pulih turut tercengang mendengar kat-kata Datuk itu.

"Saya tak faham," tanya Nyak Sulaiman.

"Mudah saja."

"Mudah?" biji mata Nyak Sulaiman terbeliak.

"Iya, sekarang sudah tak ada iblis menumpang di pedang tu, kamu tahu yang terbakar tadi, ibunya," sambung Datuk. Saya menarik nafas kelegaan.

Datuk pun melangkah menuju ke arah pedang yang tergolek di lantai lalu diambil dan ditatang separas dada.

Dengan tangkas dia mencabut pedang dari sarungnya, lalu mata pedang itu ditayangkan kepada saya dan Nyak Sulaiman. Sarung pedang terus dipijaknya dengan kaki kanan.

Pandangan saya dengan Nyak Sulaiman tidak berubah dari mata pedang yang kelihatan agak ganjil.

"Sekarang kamu berdua tengok sendiri macam mana rupa mata pedang ini," dengan senyum Datuk bersuara.

Mata pedang yang beberapa jam tadi saya lihat cukup tajam dan lebar, kini menjadi kecil dan berkarat. Bentuknya, tidak seperti apa yang saya lihat. Ini sungguh menakjubkan.

"Kamu sudah tengok sendiri, kamu tentu terkejut Tamar," mata Datuk tidak berkerdip merenung ke arah saya.

Datuk masukkan semula mata pedang ke sarungnya. Dengan kedua belah tapak tangan, dia menjulang pedang menuju ke bibir bot.

Berdiri disitu, saya dan Nyak Sulaiman segera mendekatinya kerana ingin tahu apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh Datuk.

"Lautlah tempat kamu," desis Datuk.

Pedang lama itu terus dihumban ke laut. Nyak Sulaiman tercengang dengan tindakan Datuk itu. Datuk segera memusingkan badannya lalu berhadapan dengan kami.

"Maafkan aku, pedang yang aku buang tadi, sebenarnya besi karat yang tidak berguna."

"Saya menyimpannya sebagai bahan sejarah," Nyak Sulaiman mempertahankan tujuan dia menyimpan pedang tersebut.

"Kamu sudah menerima akibat dari kegemaran kamu tu, Nyak."

"Haaa..." Nyak Sulaiman tergamam mendengar cakap Datuk.

Dia bagaikan baru menyedari apa yang telah dialami dan dilaluinya. Nyak Sulaiman termenung panjang.

SINAR

Di bawah sinar lampu bot yang agak malap itu, Datuk merenung wajah Nyak Sulaiman dengan renungan yang tajam dan penuh simpati.

"Kamu sayangkan pedang itu Nyak.."

Nyak Sulaiman anggukkan kepala.

"Pada hemat aku, kawan yang menghadiahkan pedang itu, sebenarnya sudah tidak tahan dengan olah dan karenah pedang Jepun ni.

"Nak dibuang sayang, lalu diberikan kepada kamu. Akibatnya kamu yang tanggung padah."

Nyak Sulaiman terus tunduk. Dia tidak memberi sebarang komen. Saya terus membisu, bot terus membelah ombak.

Anak buah Nyak Sulaiman tiada seorang pun berkeliaran dekat kami, agaknya mereka menjalankan tugas masing-masing.

Mungkin juga sedang tidur, fikir saya dalam hati.

"Pedang yang aku humban ke laut tu, dah banyak menetak batang leher manusia yang tidak berdosa," kata Datuk lagi.

"Aku harap kamu merelakan apa yang aku buat, demi kebaikan dirimu, keluargamu dan anak-anak kapal kamu," Datuk menelan air liur.

"Memang itu yang saya harapkan demi kebaikan diri saya," jawapan Nyak Sulaiman itu memang di luar jangkaan saya dan Datuk. Saya terharu.

Perlahan-lahan Datuk menepuk bahu kanan Nyak Sulaiman, lima enam kali berturut-turut.

Nyak Sulaiman seperti terharu dan dengan spontan tangan Nyak Sulaiman ditarik oleh Datuk ke satu sudut yang agak lapang.

Di situ, laut dan langit dapat dilihat dengan jelas, begitu juga dengan pengemudi bot yang hanya mengikut dan akur dengan perintah yang diberikan oleh Nyak Sulaiman.

"Dah masuk kawasan Selat Bengkalis, tak lama lagi sampailah kita ke Kuala Tungkal," jerit pemandu bot sambil menjengukkan kepalanya keluar dari bilik kecil, empat persegi.

"Bagus," Nyak Sulaiman menegakkan ibu jari ke arah pemandu bot.

"Kami mahu sembahyang subuh di masjid," sambungnya lagi.

"Jadi, kita terpaksa berhenti di Kuala Tungkal, tidak terus ke Muara Jambi?" tanya si pemandu bot lagi. Nyak Sulaiman segera anggukkan kepala.

Gerak bot tidak selaju tadi, keadaan laut juga agak tenang. Deru ombak juga tidak sehebat tadi.

Kini, bot sudah pun berada di perairan Selat Bengkalis dan kian rapat ke pantai, mula mencari sasarannya pengkalan (Jeti) Kuala Tungkal. Langit Selat Bengkalis nampak cerah sekali.

"Hati-hati, jangan laju-laju nanti gelombangnya mengganggu perahu dan sampan kecil," itu saranan yang diluahkan oleh Nyak Sulaiman kepada anak buahnya.

Saya lihat pemandu bot mendengar dengan patuh sambil anggukkan kepala.

Sayup-sayup saya melihat cahaya pelita di daratan. Bintang timur di kaki langit jelas kelihatan.

Ah! Sebentar lagi kaki ini akan menjejak bumi nenek moyang Datuk. Ingin ku temui keluarga di sini, hati saya terus berkocak.

Akhirnya, bot pun rapat ke jeti, saya tidak dapat menghitung jumlah bot yang berada di sekitar kawasan jeti disebabkan keadaan agak gelap.

MENDARAT

Bot pun berlabuh di jeti dan kami pun mendarat. Nyak Sulaiman membawa saya dan Datuk ke rumah kenalannya, manakala anak buahnya tetap berada di bot.

Kami sampai di sebuah rumah yang halamannya cukup bersih, tidak berpagar tetapi di penjuru kiri dan kanan halaman terpacak buluh kuning yang sudah berdaun halus.

Nyak Sulaiman memberi salam dan setelah salam di jawab pintu rumah pun terbuka.

"Mana anak buah kamu?" kenalan Nyak Sulaiman mengajukan pertanyaan sambil mempersilakan kami naik ke rumah.

Nyak Sulaiman memperkenalkan saya dan Datuk kepada kenalannya itu, kami bersalaman.

"Budak-budak tu, sengaja saya suruh tinggal di bot. Saya bimbang kalau tidak ditunggu, nanti barang dalam bot kena geledah pula."

"Bagus tu, waktu akhir-akhir ini ada bot luar yang ditambat di jeti dirompak, hilang semua barang."

"Kerja siapa tu?"

"Hai, kamu bukan tak tahu, lanun kecil-kecil ni dah lama ada. Cuma sekarang baru mula mengganas. Jadi kamu kena beringat selalu," tutur kawan Nyak Sulaiman yang berbadan tegap, memakai baju Melayu teluk belanga, berkain pelekat bercorak kotak serta ketayap putih.

Di ruang tempat kami duduk, terdapat sejadah dan senaskhah Quran. Saya yakin, semasa Nyak Sulaiman memberi salam tadi, orang itu sedang membaca Quran sementara menanti waktu subuh tiba untuk pergi berjemaah di masjid.

Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, semasa Nyak Sulaiman memperkenalkan saya dan Datuk kepada orang itu.

Saya dan Datuk disebut sebagai orang Semenanjung saja, nama kami tidak disebut.

Dan nampaknya kenalan Nyak Sulaiman itu tidak berminat untuk mengetahui nama saya dan Datuk.

Semasa orang itu menyuruh isterinya menyediakan kopi, Datuk segera bersuara.

"Tak payah, saya dan cucu cuma mahu tumpang mandi saja, kemudian nak berjemaah di masjid."

"Kalau dah begitu kata, saya menurut saja. Agaknya..." orang itu tidak meneruskan kata-kata, sebaliknya merenung ke arah Nyak Sulaiman yang kelihatan dalam serba salah.

Barangkali, Nyak Sulaiman menyedari kesilapannya kerana tidak menyebut nama Datuk dan saya, serta daerah atau negeri asal kami kepada tuan rumah.

Dia juga tidak memberitahu nama tuan rumah kepada kami. Tetapi, kerana ikatan rumpun bangsa dan agama yang dimiliki membuat kesilapan tidak menjejaskan atau menghalang kami berkomunikasi dengan baik dan teratur.

"Ya ini saya perkenalkan..." Nyak Sulaiman tidak meneruskan kata-kata, Datuk menghampiri tuan rumah lalu berbisik sesuatu.

"Dia sudah memberitahu namanya pada aku, nama cucunya Muhammad Tamar," turut tuan rumah dengan tenang.

"Aku juga sudah memberitahu nama aku Haji Mat Nor, imam masjid di sini," lanjut tuan rumah.

"Maafkan saya," dengan wajah minta simpati Nyak Sulaiman merenung ke arah Datuk.

"Tak mengapa, bagi diri saya, terlupa tersilap perkara biasa," sahut Haji Mat Nor.

Dengan cara itu rasa malu Nyak Sulaiman hilang dengan sendirinya.

"Kalau begitu, pergilah mandi dulu. Kemudian kita berjemaah subuh, sebenarnya tentang kawan ni..." Haji Mat Nor menepuk bahu kanan Datuk.

"Nakhoda Amirul yang menguruskan perjalanan kamu ke mari, dah beritahu," sambut Haji Mat Nor tersenyum.

Datuk anggukkan kepala tetapi Nyak Sulaiman gelengkan kepala, barangkali dia kagum dengan cara Nakhoda Amirul bertindak dan mengatur perjalanan Datuk dan saya ke tanah Jambi.

Saya dan Datuk beredar dari ruang rumah menuju ke perigi.

Kerana air telaga terasa amat sejuk, saya cuma mandi dua baldi kecil saja. Sejuknya bukan kepalang, saya terus menggigil.

Dalam keadaan menggigil itu saya segera berfikir betapa rapi dan tersusunnya kerja yang diatur oleh Nakhoda Amirul sesuai dengan namanya yang bermakna PEMIMPIN ATAU PENTADBIR.

TIADA

Sekembalinya kami dari perigi, Nyak Sulaiman sudah tiada di ruang rumah.

"Ke mana si Nyak?" tanya Datuk

"Balik ke botnya, dia sembahyang di bot. Lepas tu dia nak menyusur tepi pantai menuju ke Pulau Penyengat, dari situ dia nak ke Lampung akhirnya ke Madura."

"Berani berjalan jauh dengan bot kecilnya," kata Datuk ragu-ragu. Haji Mat Nor tersenyum.

"Orang Acheh memang berani dengan laut."

"Humm..." Datuk angguk kepala.

Penjelasan dari Haji Mat Nor itu memang ada logiknya. Sejarah sudah membuktikan, kalau orang Acheh tidak berani mengharungi laut sudah pasti mereka tidak sampai ke Kepulauan Melayu.

Malah, ada beberapa negeri di Tanah Semenanjung pernah di kuasai oleh orang Acheh terutama di zaman kegemilangan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota sekitar tahun 1613.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 144/284

BACA: SBDJ Siri 143: Cahaya Misteri Dari Laut
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Kod Terkenal Dalam Filem Matrix Rupa-rupanya Adalah Resepi Sushi

Kod Terkenal Dalam Filem Matrix Rupa-rupanya Adalah Resepi Sushi

Pada minit-minit awal babak filem The Matrix (1999) lakonan Keanu Reeves, anda akan melihat barisan kod berwarna hijau seperti sebuah kod komputer yang amat sukar difahami yang muncul secara perlahan-lahan dan akhirnya memenuhi skrin.

The Matrix Sushi Code

Dua bersaudara Wachowski telah menjadikan kod komputer bewarna hijau itu sebagai opening scene dan dianggap sebagai simbol ikonik bagi filem The Matrix.

Namun, kod berwarna hijau itu jika diteliti dengan betul, anda akan menemui tiga jenis karakter Jepun di dalamnya iaitu hiragana, katakana dan kanji.

Dan bagi mereka yang menyangka itu adalah barisan kod komputer dengan maksud yang tersembunyi, anda sebenarnya telah tertipu.

Individu yang bertanggungjawab ke atas visual ikonik tersebut adalah Simon Whiteley, designer untuk filem The Matrix.

Dalam satu temuramah dengan CNet, Whiteley berkongsi rahsia; kod misteri dalam filem The Matrix sebenarnya adalah resepi sushi milik isterinya.

"Saya mahu semua orang tahu bahawa kod-kod hijau dalam The Matrix sebenarnya cumalah resepi sushi dalam bahasa Jepun," kata Whiteley, yang turut bekerjasama di dalam filem Babe (1995) dan The Lego Movie (2014).

"Tanpa kod-kod tersebut, The Matrix mungkin tidak pernah ada."

Maksudnya, kod rahsia di pembukaan filem The Matrix yang selama ini disangka mempunyai makna tersembunyi sebenarnya hanyalah halaman dari buku resepi sushi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sunday, May 24, 2020

Apa Itu Serotonin Dan Kaitannya Dengan Rasa Gembira, Kemurungan

Apa Itu Serotonin Dan Kaitannya Dengan Rasa Gembira, Kemurungan

Serotonin berfungsi sebagai neurotransmitter iaitu sejenis bahan kimia yang membantu menyampaikan isyarat dari satu kawasan otak ke kawasan yang lain dan walaupun serotonin dihasilkan di otak, di mana ia melakukan fungsi utamanya, kira-kira 90% daripada bekalan serotonin terdapat di saluran penghadaman dan platelet darah

Apa Itu Serotonin

Serotonin dihasilkan melalui suatu proses penukaran biokimia yang unik, bermula dengan tryptophan, blok bangunan kepada protein.

Tryptophan adalah asid amino penting yang terdapat dalam banyak makanan berasaskan protein dan protein pemakanan termasuk daging, tenusu, buah-buahan dan biji.

Indeks glisemik tinggi dan makanan beban glikemik juga meningkatkan kewujudan tryptophan.

Tahap tryptophan dalam darah ditentukan oleh keseimbangan antara pengambilan makanan, dan pemindahannya daripada plasma sebagai sebahagian daripada peranan penting dalam biosintesis protein.

Selain daripada peranannya dalam pembentukan protein, tryptophan adalah pelopor untuk beberapa metabolit, terutamanya kynurenine dan neurotransmitter, yang membentuk serotonin.

Sel yang membuat serotonin menggunakan tryptophan hydroxylase, sebuah reaktor kimia yang, apabila digabungkan dengan tryptophan, membentuk 5-hydroxytryptamine, atau dikenali sebagai serotonin.

Apakah peranan serotonin dalam kesihatan kita?

Sebagai neurotransmitter, serotonin membantu menyampaikan mesej dari satu kawasan otak kepada yang lain.

Oleh sebab pengedaran selnya yang meluas, ia dipercayai mempengaruhi pelbagai fungsi badan psikologi dan lain-lain.

Daripada kira-kira 40 juta sel otak, kebanyakannya dipengaruhi sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh serotonin.

Ini termasuk sel otak yang berkaitan dengan mood, keinginan dan fungsi seksual, selera makan, tidur, ingatan dan pembelajaran, peraturan suhu, dan beberapa tingkah laku sosial.

Dari segi fungsi badan kita, serotonin juga boleh mempengaruhi fungsi sistem kardiovaskular, otot, dan pelbagai elemen dalam sistem endokrin.

Penyelidik juga mendapati bukti bahawa serotonin boleh memainkan peranan dalam mengawal selia pengeluaran susu dalam payudara, dan bahawa kecacatan dalam rangkaian serotonin mungkin menjadi penyebab utama SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).

Apakah hubungan antara serotonin dan kemurungan?

Terdapat ramai penyelidik yang percaya bahawa ketidakseimbangan dalam tahap serotonin boleh mempengaruhi mood dengan cara yang membawa kepada kemurungan.

Masalah yang mungkin termasuk pengeluaran sel otak rendah serotonin, kekurangan tapak reseptor yang dapat menerima serotonin yang dibuat, ketidakupayaan serotonin untuk mencapai tapak reseptor, atau kekurangan tryptophan, bahan kimia yang menghasilkan serotonin.

Jika mana-mana glitches biokimia berlaku, penyelidik percaya ia boleh membawa kepada kemurungan, serta gangguan obsesif-kompulsif, kebimbangan, panik dan bahkan kemarahan berlebihan.

Satu teori tentang bagaimana kemurungan dapat menumbuhkan penanda semula sel-sel otak, satu proses yang dipercayai oleh pengantara serotonin, dan berterusan sepanjang hidup kita.

Menurut Princeton neuroscientist Barry Jacobs, PhD, kemurungan mungkin berlaku apabila terdapat penekanan sel-sel otak baru dan tekanan itu adalah precipitator yang paling penting dalam kemurungan.

Beliau percaya bahawa ubat-ubatan antidepresan biasa yang dikenali sebagai SSRIs, yang direka untuk meningkatkan tahap serotonin, membantu memulakan pengeluaran sel-sel otak baru, yang seterusnya menyebabkan kemurungan meningkat.

Walaupun dipercayai bahawa kekurangan serotonin memainkan peranan kepada kemurungan, tidak ada cara untuk mengukur parasnya dalam otak manusia yang masih hidup.

Oleh itu, tidak ada kajian yang membuktikan bahawa tahap otak ini atau mana-mana neurotransmitter berkemungkinan rendah apabila kemurungan atau sebarang penyakit mental berkembang.

Tahap darah serotonin dapat diukur – dan telah terbukti lebih rendah pada orang yang mengalami kemurungan – tetapi penyelidik tidak mengetahui sama ada tahap darah mencerminkan tahap serotonin otak.

Ubat-ubatan antidepresan yang berfungsi pada tahap serotonin – SSRIs (inhibitor serotonin reuptive selektif) dan SNRI (serotonin dan norepinephrine reuptake inhibitors) – dipercayai mengurangkan simptom kemurungan.

Tetapi, bagaimana ianya berfungsi masih tidak dapat difahami sepenuhnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: rootofscience

15 Penduduk Kampung Di Indonesia Dijangkiti COVID-19 Selepas Buka Keranda Mayat!

15 Penduduk Kampung Di Indonesia Dijangkiti COVID-19 Selepas Buka Keranda Mayat!

Seramai 15 orang penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo di Indonesia disahkan dijangkiti pandemik koronavirus selepas membuka keranda mayat pesakit COVID-19 untuk dimandikan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Sidoarjo Covid-19

Menurut laporan Detik News, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa melahirkan rasa kecewa terhadap kejadian yang berlaku itu.

"Kejadian ini mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim di Waru mati akibat COVID-19.

"Ini kerana keluarganya membuka keranda, bahkan memandikan mayat sehingga ada yang dijangkiti," kata Khofifah.

Khofifah berharap kejadian bodoh seperti itu tidak berulang kerana proses pengebumian mayat pesakit positif COVID-19 sangat ketat.

"Mudah-mudahan tidak akan ada upacara seperti itu lagi," katanya.

Sementara itu Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin mengatakan dia agak lewat menerima maklumat tersebut dan mengakui sememangnya berlaku kecuaian.

"Orang yang sepatutnya mengebumikan pesakit positif COVID-19 adalah pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas.

"Keranda tidak boleh dibuka dan pengebumian tidak boleh lebih dari empat jam," jelasnya.

Ujarnya, selepas kejadian itu, pasukan petugas perubatan telah melakukan ujian pantas dan ujian swab kepada penduduk di sini.

"Akibatnya,15 orang disahkan positif COVID-19 dan mukim ini menjalani kuarantin yang sangat ketat," katanya.

Sehingga setakat ini, jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 21,745 kes dengan jumlah kematian seramai 1,351 orang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Bayi 'Ajaib' Terselamat Dalam Nahas Pesawat Di Pakistan!

Bayi 'Ajaib' Terselamat Dalam Nahas Pesawat Di Pakistan!

Sesuatu yang dianggap luar biasa telah terjadi apabila seorang bayi selamat dikeluarkan dari lokasi pesawat Pakistan yang terhempas yang ketika itu, seorang wartawan penyiaran sedang membuat liputan di lokasi kejadian pada Jumaat (22/5/2020).

Bayi selamat dalam nahas pesawat

Kemudian, secara tiba-tiba pasukan penyelamat membuat lambaian dan kelihatan seorang petugas kecemasan membawa keluar seorang bayi dipangkuannya.

Terdahulu, datuk bandar Karachi berkata, seramai 107 penumpang yang menaiki pesawat PK8303 dikhuatiri maut selepas terhempas di kawasan perumahan, dalam kejadian yang berlaku sejurus sebelum mendarat di lapangan terbang Karachi.

Bagaimanapun, segelintir keluarga mendakwa mereka dihubungi oleh mangsa yang menaiki pesawat dan masih hidup.

Bayi berkenaan ditemui di sebalik timbunan serpihan yang disebabkan kesan nahas.

Rakaman Detik-detik Terakhir

Pesawat PK8303

Rakaman CCTV dari sebuah bangunan berhampiran, menunjukkan dengan jelas saat-saat terakhir sebelum pesawat Airbus A320 milik Pakistan International Airline (PIA) terhempas ketika cuba mendarat.

Dari rakaman tersebut, boleh diandaikan pesawat dalam kedudukan bersedia untuk mendarat tetapi seakan kehilangan kuasa sebelum sempat sampai ke landasan.

Laporan mengatakan kapten pesawat sempat membuat panggilan kecemasan tentang kegagalan enjin sebelum pesawat itu terhempas.

Tonton video dibawah.

BACA INI JUGA:



sumber: mstar

Arab Saudi Steril Semua Wang Syiling Dan Kertas Cegah Covid-19

Arab Saudi Steril Semua Wang Syiling Dan Kertas Cegah Covid-19

Arab Saudi akan mengkuarantin semua wang syiling dan kertas yang diterima di dalam negara itu baik daripada rakyat tempatan atau dari luar negara, sebagai usaha dalam langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan COVID-19.

Arab Saudi steril wang

Menurut Lembaga Kewangan Arab Saudi (SAMA), setakat ini pihaknya telah mensteril mata wang kertas dan logam yang diterima kerajaan itu.

"Kami turut mengasingkannya selama 14 hari dan sehingga 20 hari, bergantung kepada dari mana wang tersebut datang," kata SAMA dalam satu video promosi yang menjelaskan prosedur mereka.

Tambahnya, semua wang tersebut akan ditempatkan dalam bekas khas di mana proses pensterilan boleh dilakukan di situ selain menyusun semua wang kertas untuk memastikan kualiti dan kebersihannya.

"Kami kemudiannya akan mengasingkan wang kertas tersebut mengikut piawaian dan menghapuskan wang kertas yang kotor dan tidak menepati standard.

"Kami juga telah mengarahkan institusi kewangan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan wang digunakan berada dalam keadaan bersih," katanya.

Keseluruhan kes Covid-19 di Arab Saudi ialah 65,077 manakala jumlah kematian 351 orang sehingga setakat ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Pakaian Jururawat Covid-19 Terlalu Seksi, PPE Lutsinar Separuh Bogel

Pakaian Jururawat Covid-19 Terlalu Seksi, PPE Lutsinar Separuh Bogel

Gambar terlalu seksi bagi seorang jururawat di Rusia yang memakai pakaian perlindungan khas (PPE) lutsinar sehinga menampakkan hanya baju dan seluar dalam mendapat perhatian ramai di seluruh dunia.

Nadia Nurse Seksi

Dianggap berpakaian terlalu seksi, ada yang tampil menyelar pakaian yang dipakainya itu.

Dikenali sebagai Nadia, 23, dia mengakui terdapat kekurangan pakaian yang dibawa ke hospital untuk dipakai bersama PPE.

Nurse Covid-19 Seksi

Namun, dalam banyak-banyak kecaman yang diterima, ramai juga yang memberi sokongan kepada jururawat itu selepas dia dikenakan tindakan disiplin oleh pihak hospital.

Malah, satu kempen dilancarkan bagi mencari pesakit yang menularkan foto jururawat itu.

Gambar itu dirakam di dalam sebuah wad pesakit lelaki bagi virus Covid-19.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar