Sunday, May 24, 2020

Arab Saudi Steril Semua Wang Syiling Dan Kertas Cegah Covid-19


Arab Saudi akan mengkuarantin semua wang syiling dan kertas yang diterima di dalam negara itu baik daripada rakyat tempatan atau dari luar negara, sebagai usaha dalam langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan COVID-19.

Arab Saudi steril wang

Menurut Lembaga Kewangan Arab Saudi (SAMA), setakat ini pihaknya telah mensteril mata wang kertas dan logam yang diterima kerajaan itu.

"Kami turut mengasingkannya selama 14 hari dan sehingga 20 hari, bergantung kepada dari mana wang tersebut datang," kata SAMA dalam satu video promosi yang menjelaskan prosedur mereka.

Tambahnya, semua wang tersebut akan ditempatkan dalam bekas khas di mana proses pensterilan boleh dilakukan di situ selain menyusun semua wang kertas untuk memastikan kualiti dan kebersihannya.

"Kami kemudiannya akan mengasingkan wang kertas tersebut mengikut piawaian dan menghapuskan wang kertas yang kotor dan tidak menepati standard.

"Kami juga telah mengarahkan institusi kewangan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan wang digunakan berada dalam keadaan bersih," katanya.

Keseluruhan kes Covid-19 di Arab Saudi ialah 65,077 manakala jumlah kematian 351 orang sehingga setakat ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon