Friday, April 10, 2020

Kisah Wabak Justinian Yang Meragut Nyawa Sahabat Rasulullah SAW

Kisah Wabak Justinian Yang Meragut Nyawa Sahabat Rasulullah SAW

Dalam lipatan sejarah manusia, tidak sah jika tamadun-tamadun manusia diuji dengan pelbagai cabaran dari peperangan hinggalah penularan wabak penyakit dan antara penularan wabak paling berbahaya dalam sejarah ialah Black Death, Flu Sepanyol, Wabak Justinian dan Covid-19.

Wabak Justinian

Wabak Justinian atau 'Plague of Justinian', walaupun hanya berlangsung selama setahun dari 541 hingga 542 Masihi, ia memberikan kesan besar bukan sahaja kepada Rom Timur (Byzantine) tetapi juga kepada kebangkitan kerajaan Islam Madinah hampir seabad kemudian.

Dan wabak Justinian ini juga ada kaitan dengan kisah dua sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal.

Wabak Justinian

Wabak yang dinamakan sempena nama Maharaja Justinian I ini sebenarnya berkongsi asal-usul sama dengan wabak Black Death, Yersinia pestis.

Kajian para saintis mendapati ia sebenarnya berasal dari Asia Tengah dan dibawa oleh puak-puak nomad yang kemudiannya menjadi ejen penyebar wabak berkenaan di Eurasia Barat.

Wabak Justinian turut mencipta sejarah sebagai wabak pertama yang direkodkan, disokong oleh keterangan-keterangan klinikal wabak dalam rekod sejarah dan kesan DNA Y. pestis dari rangka-rangka manusia yang dijumpai dalam tempoh berkenaan.

Berdasarkan rekod sejarah, tanda-tanda Wabak Justinian bermula dengan demam biasa, disusuli oleh bengkak dan lepuhan-lepuhan berwarna hitam berisi dengan nanah, yang merupakan tanda-tanda jelas seseorang itu dijangkiti wabak.

Akibatnya, seseorang itu akan koma dan mati dalam masa yang cepat. Tetapi jika tidak, individu yang dijangkiti akan berada dalam keadaan meracau dan paranoia serta ingin membunuh diri bagi mengakhiri penderitaan mereka.

Semua ini berlaku dalam tempoh beberapa hari dan ia biasanya meninggalkan lambakan mayat yang sukar diuruskan oleh orang ramai.

Justeru, ada yang membawa tag nama di tangan atau jari agar mudah dikenali anggota keluarga sekiranya mati di luar kediaman mereka.

Kesan kepada empayar dan kerajaan sekitar

Berikutan jumlah kematian yang terlalu ramai, ini memaksa Empayar Rom Timur menjadi kreatif dalam menguruskan mayat.

Antara cara yang digunakan ialah menggali parit untuk dijadikan kubur besar, dicampak ke dalam laut (selalunya kembali semula ke pantai) atau dicampak ke menara kubu sebelum ditutup di bahagian atas.

Selalunya, rawatan dilakukan oleh doktor yang dilatih dengan ilmu perubatan Galen selama empat tahun di Iskandariah yang ketika itu merupakan pusat pengajian perubatan terulung.

Bagi penduduk yang tidak mendapat rawatan perubatan, mereka menggunakan ramuan ubatan sendiri sebagai penawar.

Wabak Justinian tidak mengenal mangsanya. Justinian I sendiri turut menjadi mangsa wabak ini bersama kerabat diraja dan pembesar-pembesar Byzantine.

Namun pada akhirnya, baginda terselamat tetapi 25% rakyatnya terbunuh akibat Wabak Justinian, menjejaskan kedudukan kewangan empayar dan ketenteraan negara.

Punca Wabak Justinian

Wabak ini dikatakan bermula di Constantinople akibat tikus-tikus yang menaiki kapal-kapal yang membawa gandum dari Mesir.

Ini kerana, sejak abad kelapan Masihi lagi, wilayah Afrika Utara terutamanya Mesir merupakan pembekal utama gandum kepada kerajaan Rom, sama ada Rom Barat atau Byzantine.

Memandangkan gandum merupakan makanan ruji kerajaan ketika itu, ia dibawa ke seluruh empayar bersama-sama dengan tikus dan kutu pembawa penyakit.

Laporan pertama Wabak Justinian dilaporkan oleh sejarawan Procopius dari bandar pelabuhan Pelusium berhampiran Suez, Mesir pada tahun 541.

Sebelum laporan wabak ini, Procopius turut mendedahkan situasi iklim luar biasa yang melanda selatan Itali ketika itu.

Ini sekali gus mencetuskan krisis kekurangan makanan yang meruncing di Rom Timur dan diburukkan lagi dengan penyebaran Wabak Justinian yang menyebabkan ramai petani mati atau tidak berupaya turun ke ladang-ladang untuk menuai hasil tanaman.

Selain krisis kekurangan makanan, ia juga turut merencatkan cita-cita baginda menyatukan semula semua bekas wilayah Rom Barat dengan empayar baginda untuk mengembalikan kegemilangan Empayar Rom.

Selain Empayar Byzantine, kerajaan-kerajaan Eropah lain turut terkesan dengan Wabak Justinian.

Misalnya di Britain, penularan wabak ini memudahkan usaha pendudukan kelompok Anglo-Saxon ditambah dengan gerakan penentangan Saxon pada tahun 550-an.

Di Wales pula, antara yang menjadi mangsa Wabak Justinian ialah raja kerajaan Gwynedd, Maelgwyn sekitar tahun 547 Masihi.

Manakala di Ireland, wabak ini memberi kesan besar kepada populasi negara berkenaan.

Wabak Justinian – fatwa dua sahabat

Siapa sangka Wabak Justinian yang meragut jutaan nyawa pada abad keenam Masihi ini menjadi punca dua sahabat Nabi yang mulia mengaplikasikan pengetahuan mereka berkenaan wabak.

Jika diteliti sejarah yang direkodkan oleh perawi-perawi sejarah seperti Ibnu Hisyam dan Imam al-Tabari, wabak-wabak sebegini hanya dirujuk sebagai taun.

Namun, tidak mustahil taun hanyalah panggilan umum kepada wabak penyakit yang melanda sesebuah komuniti dan tempat.

Kisah Masyhur Dua Sahabat Tentang Cara Pengurusan Wabak

Pertama, kisah Umar membatalkan lawatannya ke Syam selepas mendapat tahu wilayah tersebut dilanda wabak (berkemungkinan Wabak Justinian).

Apabila berita tersebut diketahui Abu Ubaidah r.a., beliau mengirim surat yang menanyakan apakah Amirul Mukminin (Umar) melarikan diri dari takdir Allah.

Lalu Umar r.a menjawab, "Aku lari dari satu takdir Allah ke satu takdir-Nya yang lain."

Beliau turut memetik satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. mafhumnya, "Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa." (Riwayat Bukhari)

Kedua, tidak lama selepas pembatalan lawatannya ke Syam, Umar r.a. tahu sudah tiba masanya untuk melantik penggantinya sebagai khalifah dan beliau tahu siapa yang dimahukannya iaitu Abu Ubaidah.

Abu Ubaidah r.a. menjadi pilihan bukan saja kerana kecekapannya menguruskan jentera perang Madinah malah, beliau juga dianggap pemegang amanah bagi umat baginda, satu gelaran kehormat yang diberi Rasulullah SAW kepadanya.

Tetapi malangnya, situasi wabak sama yang melanda Syam masih belum reda dan salah seorang yang terancam ialah Abu Ubaidah sendiri.

Mendengar perkhabaran itu, Umar r.a. menulis sepucuk surat dan memerintahkannya pulang ke Madinah.

Namun, hajat sahabatnya itu ditolak dengan baik oleh Abu Ubaidah atas alasan enggan meninggalkan tentera Madinah yang berkhidmat di perbatasan dan rakyat yang menderita serangan wabak.

Malah, Abu Ubaidah r.a. turut memetik satu lagi hadis untuk menjelaskan sebab beliau perlu kekal di Syam.

"Apabila kamu mendengar penyakit taun melanda sesebuah negeri, maka janganlah kamu memasuki negeri itu. Demikian juga jika ia berjangkit di negeri yang kamu tinggal, maka janganlah kamu keluar dari negerimu kerana melarikan diri dari penyakit itu." (Riwayat Bukhari)

Keputusan tersebut akhirnya membawa kepada kematiannya pada tahun 639 Masihi, pemergian yang ditangisi bukan saja oleh para sahabat lain, bahkan oleh tentera dan rakyat yang menyanjung pemerintahannya.

Wabak Amwas

Dalam catatan Arab juga ada menceritakan bagaimana para sahabat hidup dan berani menghadapi penularan wabak dengan menentangnya atas nama tauhid, tidak semata-mata berserah atas nama 'takut kepada Allah' sahaja.

Para sahabat ketika itu percaya, asas kepada agama adalah memelihara nyawa dan menjaga nilai-nilai manusiawi dan sivil sebuah masyarakat Islam yang melengkapi kehidupan mereka dengan pengetahuan, usaha, doa dan tawakal kepada Allah ketika menghadapi bencana wabak.

Sebahagian cendekiawan dan sarjana Islam juga pernah menempuh kehidupan ketika tibanya endemik yang dinamakan Wabak Amwas (dipanggil juga Taun), kerana berasal dari kota kecil itu yang kini terletak dalam Palestin moden.

Abu Aswad Al-Duwali, seorang Parsi yang merupakan antara pelopor asas ilmu sastera dan bahasa Arab yang terkemuka, misalnya telah meninggal dunia akibat taun.

Ketika wabak taun melanda, Ibn Hajar Al-Asqalani, seorang ulama fiqh diceritakan telah kehilangan bukan seorang, tetapi tiga orang puterinya kerana wabak taun tersebut.

Mereka ialah Fatimah, Aliyyah dan puteri sulung yang ketika itu sedang hamil iaitu Zin Khatun.

Namun, apa yang Al-Asqalani lakukan bagi mengisi kekosongan akibat kematian anaknya menginsafkan kita.

Beliau telah menulis kitab tentang amalan kebersihan dan kesihatan untuk rujukan ilmu perubatan.

Al-Asqalani menulis kitab "Badzl Al-Ma'un Fi Fadhl Al-Tha'un" dan karyanya ini telah digunakan dalam kajian oleh Ahmad Isham Abdul Qadir yang padanya mengulas perincian tentang jenis-jenis wabak termasuk taun dan Black Death, menghimpunkan pandangan ahli perubatan, cara mencegah dan amalan kebersihan bagi menghindari wabak-wabak ini.

Malah, kitab tersebut turut menggariskan hukum syahid bagi mangsa wabak serta bagaimana sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang Muslim ketika menghadapi kesukaran dan bencana wabak.

Sesungguhnya, mereka ini jauh dari sekadar berserah dan menjadi pasrah hanya menyerah pada takdir-Nya.

Pandangan dan sikap rasional dalam beragama sebegini turut menjadi amalan ramai lagi ilmuwan Islam.

Cara mereka menghadapi dan menangani bencana wabak wajar terus menjadi contoh kepada kita selaku umat Islam yang wajib patuh pada suruhan dan akur pada larangan Allah dan Rasulullah.

Dan jika ada yang menyangka wabak ini merupakan pengakhiran kepada bakteria Y. pestis, sangkaan mereka tersilap sama sekali.

Enam abad selepas itu, Black Death yang mengandungi virus Yersinia Pestis kembali dengan dendam membara.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wednesday, April 08, 2020

Madu Kelulut Sumber Probiotik Semulajadi Terbaik

Madu Kelulut Sumber Probiotik Semulajadi Terbaik

Tahukah anda bahawa khasiat madu kelulut sekiranya dimakan atau diminum sebagai makanan yang berkhasiat setiap hari boleh membantu melancarkan proses penghadaman dan pencernaan dalam usus kita.

Madu Kelulut Sumber Probiotik

Bagaimana proses ini boleh berlaku? Apa yang menyebabkan usus bertambah sihat dan proses pencernaan kita menjadi semakin baik?

Penemuan mikrob Bacillus sp

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji USM, UKM dan UMK yang telah diterbitkan dalam Undergraduate Research Journal for Biomolecular Science & Biotechnology, ISSN 2600-7983 bertajuk Pemencilan dan Pengenalpastian Bakteria, dari madu kelulut telah berjaya membuktikan bahawa madu ini mempunyai mirob bacillus sp yang banyak.

Kajian ini telah mengenalpasti 19 bakteria dan berjaya mengekstrak DNA daripada 14 bakteria tersebut.

Kesimpulannya, kajian ini mendapati kesemua bakteria yang dikenalpasti tergolong dalam kumpulan Firmicutes dan famili Bacilliceae.

Sementara itu, kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Institut Genome Malaysia telah berjaya memencilkan dan mengenalpasti sehingga 56 lactobacilius sp yang terdapat dalam madu kelulut.

Bagaimana Bakteria ini boleh ada dalam madu?

Madu merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar tumbuh-tumbuhan.

Penghasilan madu memerlukan lebah berulang-alik dari sumber nektar dan sarang yang terbuka.

Tabiat lebah dan keadaan sarang yang terbuka ini seterusnya mendedahkan madu kepada kebarangkalian pencemaran oleh mikroorganisma yang hadir dalam persekitaran seperti debu, angin dan sebagainya.

Justeru, madu juga boleh menjadi takungan mikroorganisma semulajadi namun, komposisi madu yang mempunyai kepekatan gula yang tinggi dan bersifat asid (pH3-5) mampu menyekat pertumbuhan bakteria dalam madu.

Madu kelulut Probiotik terbaik?

Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi ragi atau bakteria baik yang melekat pada dinding usus untuk menjadikan sistem imun (antibodi) manusia menjadi kuat dan sihat.

Probiotik menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan sempurna.

Kajian yang dibuat oleh para pengkaji universiti tempatan telah membuktikan bahawa madu kelulut mengandungi bakteria baik lactobacilius sp yang banyak berbanding minuman berkultur yang ada banyak di pasaran.

Minuman berkultur mempunyai hanya 2 atau 3 jenis bakteria sahaja dan mengandungi gula yang tinggi untuk menjadikannya manis.

Berbanding dengan Madu Kelulut, ia sangat berkhasiat tinggi kerana mengandungi sehingga 56 lactobacillus sp yang sangat baik terhadap sistem pencernaan kita, selain mengandungi gula ringkas yang tinggi sehingga 60%.

Madu kelulut dihasilkan secara semula jadi oleh lebah kelulut, manakala minuman berkultur dihasilkan menerusi proses pemeraman (fermentasi, penapaian).

Khasiat Dan Manfaat madu Kelulut:
  • Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa.
  • Meningkatkan fungsi penghadaman.
  • Meningkatkan penyerapan galian.
  • Menghasilkan vitamin yang diperlukan badan.
  • Melegakan Cirit Birit.
  • Menguatkan sistem antibodi badan.

Jadi, apa tunggu lagi. Tukarkan minuman berkultur anak anda yang tinggi gula kepada minuman berkultur semula jadi, Madu Kelulut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: maduplus

Gara-gara Covid-19, AS Tarik Balik Pengharaman Sarung Tangan Getah Malaysia, Malah Iktiraf Sumbangan Produk Getah Ini Kepada Dunia!

Gara-gara Covid-19, AS Tarik Balik Pengharaman Sarung Tangan Getah Malaysia, Malah Iktiraf Sumbangan Produk Getah Ini Kepada Dunia!

Akibat kekurangan sarung tangan perubatan, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat telah menarik balik perintah larangan import sarung tangan getah dari syarikat Malaysia yang sebelum ini dituduh menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan produk mereka.

Sarung Tangan Getah
Gambar hiasan.

Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata sarung tangan getah yang dikeluarkan oleh WRP Asia Pasicif Sdn Bhd, telah dibenarkan untuk mengeksport semula barangan mereka ke Amerika Syarikat.

Syarikat itu sebelum ini dikenakan perintah larangan pada 2019, namun diubah semula dengan AS memberi alasan bahawa maklumat terbaharu yang diperoleh oleh CBP menunjukkan syarikat itu tidak lagi menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan produk mereka.

Did you know 65% of medical gloves used by heroes like these great Americans and their counterparts worldwide are made in Malaysia?

Through the production of medical gloves and other medical products, the world relies on Malaysia in the fight against COVID-19.

Kilang Terbesar Di Dunia

WRP mempunyai keupayaan untuk menghasilkan lebih daripada 11 bilion sarung tangan setahun.

Sebelum ini, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia telah memberi amaran bahawa terdapat kekurangan sarung tangan di beberapa negara kerana permintaan yang melampau sejak wabak Covid-19 melanda dunia.

Malaysia adalah pengeluar sarung tangan perubatan terbesar di dunia.

Sarung tangan getah sangat diperlukan ketika ini apabila wabak Covid-19 telah menyerang hampir diseluruh dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Fakta Cara Penyebaran Virus Covid-19 Dan Rawatannya Yang Anda Wajib Tahu

Fakta Cara Penyebaran Virus Covid-19 Dan Rawatannya Yang Anda Wajib Tahu

Masih ramai yang keliru dengan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia pada ketika ini dan adalah sangat penting bagi orang ramai untuk memahami tentang wabak ini kerana dengan ilmu yang ada akan dapat menyelamatkan diri dan orang lain.

Cara Penyebaran Covid-19

Berikut adalah penjelasan dan mitos yang sentiasa berlegar dikalangan masyarakat dan soalan-soalan yang kerap ditanya dan mitos-mitos tentang Covid-19

Apakah maksud pandemik?

Pandemik membawa maksud sesuatu penyakit baharu yang telah merebak ke serata dunia dan mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain serta berterusan di setiap rantau.

Pengisytiharan status pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merujuk kepada tahap penyebaran penyakit dan bukannya betapa teruknya keadaan sesuatu penyakit.

Apakah perbezaan antara penggunaan topeng muka N95 dan topeng muka pembedahan?

Topeng muka pembedahan biasa yang berbentuk segi empat dan longgar apabila dipakai adalah sesuai untuk mengelakkan jangkitan yang tersebar melalui titisan cecair (droplets).

Walau bagaimanapun, penggunaan dalam jangka masa panjang tidak mampu untuk menghalang jangkitan virus secara berkesan.

Topeng muka N95 pula perlu digunakan dengan cara pemakaian yang betul untuk memastikan semua udara melalui penapis semasa bernafas dan tiada kebocoran udara.

Apakah penjarakan sosial atau social distancing?

Penjarakkan sosial adalah:
  • Elakkan berkumpul dalam kumpulan yang besar.
  • Elakkan tempat yang sesak dengan orang ramai.
  • Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter (atau 3 kaki) dari individu lain.

Adakah penjarakan sosial (social distancing) sama dengan kuarantin diri (self quarantine) atau pengasingan (isolation)?

Kuarantin atau pengasingan mengekang pergerakan individu ke satu-satu tempat atau zon untuk mengelakkan penyebaran jangkitan penyakit.

Secara khususnya pengasingan atau isolasi merujuk kepada pengasingan pesakit daripada individu-individu yang sihat, manakala kuarantin adalah pengasingan dan sekatan pergerakan ke atas individu yang pernah terdedah kepada virus atau telah jatuh sakit.

Penjarakan sosial tidak mengenakan sekatan kepada mana-mana individu tetapi lebih kepada perubahan tingkahlaku untuk mengurangkan risiko penyebaran jangkitan.

Apakah contoh-contoh penjarakan sosial?
  • Di perpustakaan, bilik mesyuarat dan tempat makan: Amalkan '1 orang di setiap 2 kerusi'. Jarakkan diri dengan '2 jarak kerusi'.
  • Kaunter penerimaan tetamu: Hadkan perbincangan di kaunter kepada tempoh 15 minit sahaja. Kaunter harus dibersihkan dan dinyah kuman secara kerap dan berkala.
  • Ketika beratur: Jarak antara setiap individu yang beratur haruslah lebih dari 1 meter (atau 3 kaki).
  • Pejabat: Galakkan kerja secara jarak jauh (dari rumah) atau teleworking jika keadaan kerja mengizinkan dan garis panduan telah ditetapkan.

Adakah bawang putih berkesan untuk merawat dan mengelakkan jangkitan Covid-19?

Tiada kajian kukuh yang dapat membuktikan keberkesanan bawang putih dalam merawat dan mengelakkan jangkitan Covid-19.

Namun, pakar kesihatan makanan telah mengakui khasiat bawang putih dalam meningkatkan kemampuan antibodi tubuh.

Secara logiknya, antibodi tubuh yang kuat amat penting untuk melawan virus dan bakteria jahat untuk melawan penyakit.

Apakah rawatan yang boleh menyembuhkan dan mengelakkan jangkitan Covid-19?

Walaupun terdapat beberapa rawatan perubatan Barat, tradisional dan petua-petua yang boleh memberikan keselesaan dan mengurangkan gejala penyakit, setakat ini tiada rawatan yang terbukti berkesan untuk merawat dan mengelakkan jangkitan Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengesyorkan rawatan sendiri dengan menggunakan apa-apa jenis ubatan, termasuk antibiotik untuk merawat dan mengelakkan jangkitan Covid-19.

Buat waktu ini, terdapat pelbagai kajian yang dilaksanakan untuk mencari rawatan untuk Covid-19.

Adakah terdapat sebarang vaksin, ubat dan rawatan untuk Covid-19?

Setakat ini, tiada vaksin dan ubat antiviral untuk mengelakkan dan merawat Covid-19. Walau bagaimanapun, pesakit haruslah mendapatkan rawatan sokongan untuk merawat gejala Covid-19.

Pesakit yang tenat harus menerima rawatan di hospital. Kebanyakan pesakit pulih selepas menerima rawatan sokongan.

Terdapat pelbagai rawatan yang masih dalam kajian di China dan lebih 20 jenis vaksin dalam kajian.

Setakat ini, belum ada lagi kaedah rawatan dan vaksin yang dilesenkan untuk digunakan secara khusus untuk Covid-19.

Adakah ia selamat untuk menerima sebarang bungkusan dari kawasan yang terkesan dengan Covid-19?

Ia selamat. Kebarangkalian pesakit Covid-19 untuk menyebarkan penyakit melalui bungkusan adalah rendah.

Kebarangkalian untuk virus Covid-19 tersebar melalui bungkusan yang telah digerakkan dari satu tempat ke tempat lain, dalam keadaan persekitaran dan suhu yang berbeza-beza adalah amat rendah.

Apakah perbezaan antara kadar kematian kes (case fatality rate) dan kadar kematian jangkitan (infection fatality rate)?

Kadar kematian kes adalah "bilangan kematian" bahagi "bilangan kes yang telah disahkan".

Berdasarkan maklumat terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kadar kematian kes sedunia bagi Covid-19 adalah 3.4 peratus.

Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa maklumat-maklumat ini sentiasa berubah dan lazimnya pesakit yang tenat akan dilaporkan lebih awal pada permulaan wabak.

Namun di masa hadapan, para saintis berharap untuk mendapatkan maklumat kadar kematian jangkitan (infection fatality rate) yang mengambil kira semua individu yang dijangkiti virus Covid-19.

Adakah vaksin influenza berkesan dalam mencegah Covid-19?

Vaksin influenza tidak berkesan untuk mencegah Covid-19. Walau bagaimanapun, orang awam dinasihati untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza yang terkini setiap tahun.

Adakah Covid-19 lebih cenderung untuk menjangkiti warga emas?

Covid-19 boleh menjangkiti semua individu tanpa mengira faktor umur namun, warga emas dan individu dengan sejarah kesihatan seperti diabetes, hipertensi, asma dan penyakit jantung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi tenat apabila dijangkiti Covid-19.

Adakah antibiotik berkesan untuk mengelak dan merawat Covid-19?

Tidak. Antibiotik hanya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria dan bukan virus. Walau bagaimanapun, rawatan antibiotik mungkin diberi ketika pesakit di dalam hospital untuk merawat jangkitan sampingan (co-infection) bakteria.

Adakah penggunaan sarung tangan getah di tempat awam berkesan untuk menghindari Covid-19?

Tidak. Tindakan membasuh tangan dengan sabun secara kerap lebih berkesan dari penggunaan sarung tangan getah.

Covid-19 masih boleh disebarkan melalui sarung tangan getah yang telah terdedah kepada Covid-19.

Jika, muka disentuh selepas memakai sarung tangan yang telah terdedah, ia boleh menyebarkan jangkitan Covid-19.

Adakah selamat untuk saya menderma darah?

Individu tidak mempunyai risiko untuk dijangkiti Covid-19 melalui pendermaan darah, memandangkan virus yang disebarkan melalui sistem pernafasan tidak berjangkit melalui pendermaan darah yang dilaksanakan mengikut protokol sedia ada.

FAKTA SEBENAR COVID-19:
  • Covid-19 boleh merebak di kawasan yang panas dan lembap.
  • Salji dan kawasan sejuk tidak boleh membunuh virus Covid-19.
  • Mandian air panas tidak boleh menghindar dari virus Covid-19.
  • Covid-19 tidak boleh merebak melalui gigitan nyamuk.
  • Pengering tangan tidak berkesan untuk membunuh virus Covid-19.
  • Cahaya UV tidak patut digunakan untuk nyahkuman tangan dan mana-mana permukaan kulit kerana ia boleh mengakibatkan keradangan pada kulit.
  • Menyembur alkohol atau klorin di seluruh badan tidak boleh membunuh virus Covid-19 yang telah masuk ke dalam badan manusia.
  • Setakat ini, tiada bukti kukuh yang menunjukkan haiwan peliharaan boleh dijangkiti Covid-19.
  • Vaksin untuk penyakit pneumonia seperti pneumococcal dan Haemophilus influenza type B (Hib) tidak memberi perlindungan terhadap Covid-19.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kelahiran Bayi Dijangka Bertambah Awal 2021 Selepas Langkah PKP

Kelahiran Bayi Dijangka Bertambah Awal 2021 Selepas Langkah PKP

Malaysia dijangka akan menyaksikan jumlah pertambahan bayi pada awal tahun 2020 berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang memerlukan orang ramai tinggal di rumah bagi menghalang penyebaran Covid-19.

Kelahiran bayi meningkat
Gambar hiasan.

Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan membuat kesimpulan itu berdasarkan kes-kes kelahiran baru yang luar biasa berlaku di luar negara.

"Saya memetik kenyataan dibuat Patrick Whittle (wartawan Associated Press) iaitu pada tahun 1998 terdapat ribut salji yang buruk di Maine dan New Hampshire. Bandar itu terpaksa ditutup dan penduduk terperangkap di rumah dalam jangka lama.

"Sembilan bulan kemudian terjadi 'baby boom' (kelahiran bayi luar biasa) di sana. Perkara yang sama juga dijangka boleh berlaku di Malaysia kerana rakyat terpaksa duduk di rumah melalui tempoh PKP ketika ini," katanya.

PKP fasa pertama dikuatkuasakan antara 18 hingga 31 Mac lalu dan dilanjutkan pada fasa dua bermula 1 hingga 14 April 2020 ini.

Dr Hamizah berkata, bagi menangani kemungkinan kehamilan susulan PKP, pasangan berkahwin digalakkan mengamalkan perancangan keluarga menerusi kaedah tertentu seperti pengambilan pil kontraseptif kecemasan (ECP).

Kaedah lain termasuk menggunakan suntikan hormon pencegah kehamilan, memasang alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), memasang implan atau menggunakan kondom.

"Sekiranya bimbang berlaku kehamilan selepas melakukan hubungan kelamin, wanita boleh mengambil serta merta ECP pada kadar dua biji sekali makan disusuli sebiji pil selepas 12 jam.

"Pil ini boleh dimakan dalam tempoh 72 hingga 150 jam atau tiga hari maksimum tetapi keberkesanannya hanya 85 peratus saja.

"Begitu juga jika penggunaan IUCD atau impan sudah tamat tempoh, wanita boleh mengambil pil pencegah hamil atau kondom.

"Pil pencegah hamil boleh dibeli di farmasi atau klinik kerana ia ubat yang termasuk dalam kategori C iaitu boleh dibeli tanpa memerlukan preskripsi doktor," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Monday, April 06, 2020

Tidak Jatuh Hukum Munafik Tinggalkan Jumaat 3 Kali Ketika Darurat

Tidak Jatuh Hukum Munafik Tinggalkan Jumaat 3 Kali Ketika Darurat

Dakwaan hadis yang menyebut bahawa meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja termasuk dalam golongan munafik perlu difahami secara menyeluruh supaya ia tidak disalah fahami.

Munafik alim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sudah masuk kali ketiga umat Islam di negara ini tidak dapat menunaikan solat Jumaat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, pihaknya bimbang apabila diberitahu oleh pihak keselamatan bahawa ada segelintir pihak berkeras mahu menunaikan solat Jumaat.

"Alasan mereka kerana ada hadis menyebut bahawa sesiapa tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali, maka ia termasuk dalam golongan munafik.

"Kami ingin tegaskan, bahawa apa yang didakwa ini adalah suatu salah faham yang jelas," katanya.

Zulkifli berkata, benar terdapat hadis sedemikian tetapi ia perlu dibaca secara menyeluruh.

"Golongan yang dicap sebagai munafik itu adalah mereka yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran.

"Sedangkan situasi yang berlaku sekarang adalah umat Islam berada dalam keadaan darurat kesihatan disebabkan penularan wabak penyakit berjangkit koronavirus baharu (Covid-19)," katanya.

Beliau berkata, dengan rendah diri, pihaknya merayu seluruh umat Islam di negara ini kekal meletakkan kepatuhan tinggi terhadap arahan kerajaan dan fatwa pihak berkuasa agama.

"Sesungguhnya, kita semua mahu segera keluar daripada kemelut pandemik ini, namun ia memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak terutama diri kita sendiri."

JADILAH ISLAM YANG BERAKAL

Lelaki beragama Islam mukallaf yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut di masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dikunci pintu hatinya dan tidak berdosa kerana hukumnya adalah harus bagi mengelak penularan wabak pandemik Covid-19 itu.

Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman berkata, solat Jumaat yang ditinggalkan itu wajib digantikan dengan solat Zuhur di kediaman masing-masing.

Menurutnya, harus hukumnya untuk meninggalkan solat Jumaat di masjid walaupun tiga kali berturut-turut dalam tempoh PKP ini, namun wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

"Ketetapan hukum ini adalah berdasarkan kepada kaedah fiqh iaitu yang bermaksud keadaan yang sempit membolehkan perkara-perkara yang dilarang.

"Ketetapan hukum ini juga bersandarkan kepada hadis Nabi Muhamad SAW yang bermaksud, sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran.

"Mereka (para sahabat) bertanya kepada Rasulullah, apakah keuzuran itu? Baginda menjawab, ketakutan dan kebimbangan atau penyakit." (Hadis Riwayat Abu Daud).

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

4 Cara Membunuh Virus Dengan Bahan Yang Mudah Dan Murah

4 Cara Membunuh Virus Dengan Bahan Yang Mudah Dan Murah

Virus adalah ejen kecil berjangkit yang hanya boleh berkembang biak di dalam sel organisma hidup dan boleh menjangkiti semua jenis organisma, dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria dan arkea, juga merupakan sejenis parasit yang membiak dengan cara menawan sel-sel lain kerana tidak berupaya untuk membiak sendiri.

Cara Membunuh Virus
Gambar hiasan.

Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah-zarah yang menjangkiti eukariot (organisma multisel dan organisma unisel) manakala istilah faj digunakan untuk zarah-zarah yang menyerang prokariot (bakteria dan organisma seperti bakteria).

Kebiasaannya, zarah-zarah ini membawa asid nukleik DNA mahupun RNA yang dilindungi dengan lapisan pelindung daripada protein atau gabungan protein-lipid.

Dalam artikel kali ini, kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukan pembasmian kuman (virus) dirumah sebagai langkah berjaga-jaga.

1. Menggunakan sabun

Sabun ialah benda paling mudah kita dapati untuk melakukan pembersihan memandangkan rumah kita sentiasa mempunyai sabun.

Bancuh sabun dengan air kemudian sembur menggunakan penyembur pada permukaan yang ingin dibersihkan.

Mencuci tangan selama 15 saat boleh membunuh 90% kuman dan bakteria pada tangan anda (Hardvard, 2007).

2. Menggunakan alkohol

Cecair ini ialah cecair sama yang anda guna sebagai hand sanitizer. Kalau ada lebihan, masukkan ke dalam penyembur dan sembur disekeliling rumah.

Di farmasi juga ada dijual alkohol wipes iaitu tisu basah yang mengandungi kandungan alkohol.

Anda boleh lap pada tempat berkenaan untuk membunuh kuman dan bakteria.

Pastikan anda menggunakan sarung tangan semasa memegang alkohol wipes kerana pendedahan alkohol kepada kulit dalam kuantiti yang banyak adalah berbahaya.

Bukan sebab boleh terbakar seperti video yang tular, tetapi sifat alkohol yang boleh menyebabkan rengsaan dan kakisan pada kulit.

Alkohol cecair atau yang belum kering memanglah terbakar, bila sudah kering dan meresap ke kulit, ia tak lagi mudah terbakar.

3. Menggunakan Peluntur

Peluntur juga boleh digunakan. Nisbah bancuhan yang dicadangkan ialah 1/3 sudu atau penutup botol dengan lebih kurang 3.8 liter air (1 gelen).

Kalau di rumah ada penyembur saiz satu liter, campur dengan satu sudu teh.

Berhati-hati semasa menggunakan peluntur, kerana sifat peluntur boleh menyebabkan kakisan pada kulit dan berbahaya sekiranya masuk ke dalam mata.

4. Menggunakan Antiseptik

Jenama paling banyak di farmasi ialah Dettol. Sama seperti peluntur, nisbah bancuhan cecair dettol ialah 1 tudung untuk 400ml air.

Cecair antiseptik ialah cecair yang digunakan untuk mencuci luka supaya bakteria dan kuman tidak masuk ke dalam tubuh akibat luka terbuka.

Gunakan kain untuk mengelap bahagian permukaan yang disembur untuk cepat kering, tapi pastikan kain itu bersih dan cuci kain setiap kali anda lap suatu permukaan.

Jangan ulang guna kain sama tanpa dicuci, kerana ditakuti daripada anda mahu membasmi kuman, anda menyebarkan kuman itu ke tempat lain pula.

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Anda disyorkan supaya melakukan pembasmian kuman pada bahagian rumah yang kerap disentuh setiap hari.

Contohnya tombol pintu, meja makan, suis elektrik, telefon pintar dan papan kekunci, meja dan kepala paip.

Malah, menurut pakar kesihatan terdapat 257 bahan kimia yang terdapat dirumah boleh digunakan untuk melakukan pembasmian kuman.

Sebaiknya setiap kali kita pulang dari kerja atau keluar untuk membeli keperluan, pakaian yang dipakai terus dicuci dan mandi. Khuatir berlaku penyebaran virus tanpa kita sedar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wang Kertas Sumber Penting Penyebaran Covid-19!

Wang Kertas Sumber Penting Penyebaran Covid-19!

Mungkin anda menggunakan topeng muka dan tidak bersalaman dengan orang lain untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 namun, terdapat satu benda yang biasanya disentuh sebelum ia beralih tangan tapi tidak disedari oleh individu yang menerimanya iaitu 'duit'!

Wang Penyebar Covid-19

Ramai yang tertanya-tanya, jika seseorang itu menggunakan duit kertas yang diberikan oleh individu yang mengalami jangkitan Covid-19, adakah mereka boleh dijangkiti dengan wabak tersebut?

Wang fizikal Sumber Penting Sebar Covid-19

Perkara yang semua orang tahu adalah wang sering bertukar tangan.

Virus Covid-19 bukan sahaja mudah merebak dari satu individu kepada individu yang lain, ia juga boleh bertenggek pada permukaan objek untuk satu jangka masa yang lama.

Bayangkan, seorang peniaga atau cashier menerima wang dari seseorang yang telah dijangkiti Covid-19 dan mereka menggunakan tangan yang sama untuk menyerahkan wang kepada pelanggan lain, bukankah itu merupakan satu model jangkitan yang kita sering terlepas pandang.

Jadi, bagaimana kuman pada duit tersebut boleh masuk ke dalam sistem pernafasan kita?

Sangat mudah. Kuman tersebut boleh beralih ke tangan kemudiannya muka, hidung dan mulut, setiap kali berlakunya sentuhan.

Menurut kajian yang diterbitkan di Jurnal Kebersihan Pekerjaan dan Persekitaran, secara puratanya, 10 subjek terlibat menyentuh muka sebanyak 16 kali dalam masa sejam.

Perkara ini turut disokong melalui kajian yang dibuat melibatkan 26 pelajar daripada Wales Selatan. Mereka menyentuh muka sebanyak 23 kali dalam masa sejam dan hampir separuh daripada sentuhan dibuat kepada hidung, mata dan mulut.

Melalui model sentuhan ini, kita boleh simpulkan, sentuhan dengan wang yang beralih tangan daripada individu berjangkit boleh menyebabkan penularan wabak.

Beberapa negara di seluruh dunia telah menggalakkan rakyat mereka untuk berhenti menggunakan wang kertas dan syiling untuk menghentikan wabak jangkitan Covid-19.

Muzium Louvre di Paris tidak lagi menerima wang tunai dan Iran telah menggalakkan rakyatnya untuk berhenti menggunakan transaksi tunai.

Berbanding guna duit kertas, adakah transaksi tanpa tunai boleh hindar virus Covid-19?

Pelbagai jenis aplikasi eDompet telah dicipta bagi memudahkan urusan tunai tanpa menggunakan wang fizikal, namun penggunaannya di Malaysia belum lagi meluas.

Sistem transaksi ini dianggap leceh dan tidak semudah urusan pertukaran wang fizikal semasa urusan jual beli.

Selain itu, kelajuan internet di Malaysia yang teruk seringkali menyebabkan transaksi dikatakan gagal, sedangkan wang telah dipindahkan ke akaun peniaga.

Persoalannya, adakah penggunaan eDompet boleh menghindarkan penularan wabak virus korona?

Jawapan ringkasnya? Tidak semestinya begitu. Penggunaan eDompet memerlukan telefon pintar.

Semua individu sudah sedia maklum telefon pintar merupakan peranti yang paling kotor jika dilihat pada sudut mikrobiologi.

Syarikat Proporta yang menjual bahan aksesori telefon pernah membuat kajian berkenaan dengan hal ini.

Menurutnya, secara purata, setiap telefon yang dibawa mempunyai 25,127 kuman per inci persegi.

Tangan yang menyentuh bahan yang tercemar dengan virus Covid-19 boleh menjadi medium pengantara yang menyebabkan telefon anda tercemar.

Adakah ini bermaksud penggunaan bayaran eTunai boleh menyebarkan jangkitan kuman? Tidak sama sekali. Namun, risiko penyebaran boleh dikurangkan. Jauh lebih selamat berbanding penggunaan wang tunai.

Individu yang mempunyai telefon pintar kurang berisiko untuk mendapat jangkitan wabak, kerana tiada peralihan virus secara fizikal semasa proses transaksi.

Berbeza dengan duit kertas, transaksi eDompet tidak memerlukan peralihan telefon ke tangan penjual.

Mereka hanya perlu mengimbas kod QR atau melakukan transaksi pemindahan wang menggunakan bank di atas talian.

Tiada proses peralihan wang yang berlaku di antara dua individu dan ini bermakna, risiko penularan jangkitan itu juga berada pada tahap yang rendah.

Penggunaan aplikasi eTunai di Malaysia

Meskipun penggunaan duit kertas boleh menggalakkan penyebaran virus korona, tapi majoriti rakyat di Malaysia masih selesa menggunakan wang fizikal dalam transaksi harian.

Pembayaran secara atas talian hanya dikhususkan untuk perkara tertentu sahaja namun, tidak dinafikan kebanyakan servis yang ada di Malaysia sudah menyediakan akses kepada sistem pembayaran menggunakan kad.

Penggunaan kad jika dilihat secara praktikalnya, ia tidak mampu membendung jangkitan virus Covid-19, memandangkan jurujual sering mengambil kad tersebut semasa proses pembayaran.

Jika sistem urus niaga menggunakan kad melibatkan proses swipe oleh pelanggan sendiri, ia mengurangkan risiko jangkitan dari sumber fomit (kad itu sendiri).

Oleh sebab itulah kebanyakan negara menggalakkan rakyatnya menggunakan peranti mereka sendiri untuk membayar transaksi yang dibuat.

'Cuci Duit Kertas'

Di China, wang fizikal yang telah digunakan akan melalui proses pembasmian virus menggunakan sinar ultra ungu dan disimpan selama 7 hingga 14 hari.

Jadi, ada baiknya kita menggunakan sistem pembayaran melalui aplikasi eDompet seperti Touch n Go ewallet, GrabPay dan Boost, namun ia masih lagi bergantung kepada lokasi urusan jual beli tersebut.

Jika anda sedang berada di pasar basah, sudah tentulah urus niaga hanya guna duit kertas.

Yang penting, selepas memberi atau menerima wang, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih menggunakan air dan sabun.

Adakah ini bermakna penggunaan wang fizikal pasti menyebabkan anda berjangkit?

Tidak semestinya. Cuma risikonya lebih tinggi berbanding menggunakan eDompet.

Cucilah tangan anda menggunakan air dan sabun sebelum dan selepas melakukan urus niaga dengan jurujual.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Makanan Dan Minuman Probiotik Membantu Mengekalkan Sistem Imun Yang Sihat

Makanan Dan Minuman Probiotik Membantu Mengekalkan Sistem Imun Yang Sihat

Kesihatan penghadaman yang baik adalah penting untuk mengekalkan sistem imun tubuh yang sihat kerana sekitar 80% sistem imun badan kita terletak di usus dan ia adalah barisan pertahanan pertama tubuh dalam menentang jangkitan virus dan bakteria berbahaya.

Probiotik untuk Imun
Gambar hiasan.

Di Malaysia, penyakit berkaitan sistem penghadaman dicatatkan sebagai penyebab keempat kemasukan hospital di hospital swasta, penyebab ketujuh kemasukan hospital di hospital kerajaan dan penyebab keenam kematian di kedua-dua hospital kerajaan dan swasta.

Apa Itu Probiotik?

Probiotik adalah istilah yang digunakan untuk menamakan 'bakteria baik' yang membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang boleh ditemui dalam usus manusia.

Terdapat dua jenis probiotik yang utama iaitu dari lactobacillus dan bifidobacterium.

Dalam perubatan moden, jika seseorang mendapat jangkitan dari 'bakteria jahat' atau 'patogen', maka doktor akan memberikan ubat antibiotik.

Peranan probiotik adalah terbalik daripada antibiotik. Ia sendiri adalah bakteria, tetapi memberikan faedah kesihatan kepada yang mengambilnya.

Probiotik juga berperanan mengawal pembiakan bakteria jahat di dalam usus.

Dengan kehadiran probiotik yang secukupnya di dalam usus seseorang, maka ia akan membantu meningkatkan imun tubuh dengan merangsang sel-sel imun menghasilkan lebih banyak antibodi.

Bahaya Antibiotik Moden

Jika anda mengambil ubat antibiotik dari hospital atau klinik, maka sebahagan dari bakteria baik ini akan turut sama mati, dan perlu diganti semula untuk mengekalkan keseimbangan bakteria di dalam usus.

Disinilah peranan probiotik yang mengekalkan keseimbangan bakteria di dalam usus, kerana jika bakteria jahat membiak dengan banyak berbanding bakteria baik, ia akan mengakibatkan pelbagai masalah penghadaman dan lain-lain masalah kesihatan.

Makanan yang mengandungi Probiotik

Antara makanan kaya probiotik yang sepatutnya diamalkan dalam diet harian termasuklah produk makanan ditapai seperti minuman susu berkultur, tempe, kimchi, yogurt buatan sendiri (tairu), belacan, budu, jeruk, pulut tapai, bosou (makanan orang dusun Sabah) dan jenis makanan yang diperam.

Anda haruslah berterusan menambah bakteria baik dalam usus untuk mengekalkan mikrobiota usus yang seimbang.

Manfaat Probiotik

Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin dan membantu mengekalkan kesihatan usus.

Probiotik dan Keimunan

Probiotik adalah bakteria 'baik' yang membentuk sebahagian daripada mikroorganisma iaitu mikrobiota usus.

Keseimbangan antara bakteria 'baik' dan bakteria 'tidak baik' adalah penting untuk memastikan kesihatan usus dan sistem imun yang sempurna, tambahan amalan gaya hidup yang sihat.

Probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidobacteria mampu membantu mengekalkan keseimbangan ini, kerana ia berpotensi memberi kesan positif kepada sistem imun untuk bertindak balas terhadap sebarang penyakit.

Bakteria baik mampu membantu sistem imun dengan membentuk halangan pada dinding usus (yang mencegah mikroorganisma yang tidak baik daripada menembusi halangan mukosal dengan mudah) dan juga memodulasi tindakan sistem imun terhadap ancaman luar.

KAJIAN

Kajian awal telah menunjukkan kesan probiotik pada sistem imun seseorang dan pengaruhnya dalam pengawalan penghasilan sitokin.

Sitokin adalah protein yang dirembes oleh sel badan, termasuk interferon (yang mencegah replikasi virus) dan interleukin (yang membantu mengawal tindakan imun tubuh).

Baik untuk sistem imun

Penyelidikan itu menunjukkan bahawa pengambilan minuman susu berkultur yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei selama 30 hari membawa kepada pengurangan tahap keradangan yang tinggi di dalam badan.

Bagaimana Probiotik berpotensi memberi kesan kepada sistem imun?

Pertama, dengan mengaktifkan sel imun untuk mencegah sebarang jangkitan.

Kedua, probiotik juga berpotensi untuk membantu mencegah tindakan sistem imun yang berlebihan.

Dua mekanisme ini berpotensi menghalang penyakit seperti keradangan yang berlaku seperti penyakit usus radang (inflammatory bowel disease, IBD), alahan dan penyakit autoimun.

Terbukti

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bagaimana probiotik mengawal sistem imun kita dan seterusnya membawa kepada peningkatan imuniti terhadap penyakit yang disebabkan oleh sistem imun yang lemah atau tidak normal.

Kajian Global

Penyelidikan global ke atas probiotik dijalankan dan telah menunjukkan perkembangan positif antara probiotik dan sistem imuniti.

Di Eropah, satu kajian pada kanak-kanak di pusat penjagaan, menunjukkan pengambilan probiotik Lactobacillus secara berkala setiap hari menurunkan risiko jangkitan saluran pernafasan.

Satu kajian di Amerika dijalankan pada orang dewasa sihat yang menerima vaksinasi influenza disusuli dengan pengambilan probiotik Lactobacillus secara berkala menunjukkan peningkatan tindakan sistem imun berbanding dewasa sihat yang tidak mengambil probiotik.

Satu kajian di New Zealand pula menunjukkan pengambilan probiotik secara berkala membantu mengurangkan jangkamasa dan kekerapan jangkitan kuman di kalangan pemain ragbi elit.

Ini menunjukkan bahawa probiotik mampu membantu sistem imun kita menghadapi jangkitan, terutamanya yang tersebar menerusi membran mukosal, seperti virus influenza.

Ia boleh disimpulkan bahawa pengambilan probiotik Lactobacillus berpotensi dan memberikan faedah yang baik kepada sistem imun kita.

Kajian tempatan faedah Probiotik

Sekumpulan penyelidik PPUKM yang menyelidik keberkesanan pengambilan probiotik mendapati, pengambilan minuman susu kultur yang mengandungi strain Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei memberi kesan positif kepada tahap kesihatan di kalangan subjek tempatan.

Kajian itu mendapati subjek yang menghidapi sindrom usus rengsa sembelit menunjukkan perubahan yang ketara.

Selain itu, sejenis protein kecil yang dikesan dalam darah dan biasanya berkait rapat dengan penyakit kronik dan akut termasuk kanser, juga berkurang.

Mencegah Kanser

Kajian luar menunjukkan, probiotik boleh mencegah kerosakan DNA kepada sel-sel di dinding usus, oleh itu ia boleh mencegah kanser usus.

Kajian ini juga merumuskan pengambilan probiotik secara kerap akan meningkatkan paras anti oksidan dan membantu proses detoksifikasi di dalam usus yang akan mencegah kesan bahaya bahan karsinogen dalam makanan yang menyebabkan kanser.

Kajian PPUKM juga menemui penambahbaikan ketara dalam kesihatan penghadaman.

Antara buktinya:
  • Pengurangan masa transit dalam usus sehingga 33% (antara 5-15 jam) - masa diambil untuk makanan bergerak dari mulut melalui saluran penghadaman dan disingkirkan sebagai najis.
  • 96% responden dilaporkan mengalami penambahbaikan simptom sembelit yang signifikan.
  • 45% responden menghabiskan masa yang kurang di tandas.
  • 36% responden tidak perlu meneran banyak di tandas.
  • 31% responden mengeluarkan najis lebih lembut.

Pesakit Diabetes

Selain daripada kesihatan usus, kajian menunjukkan probiotik juga amat baik untuk pesakit diabetis.

Kajian selama 6 minggu kepada pesakit diabetis yang diberikan probiotik lactobacillus dan bifidobacterium mendapati paras gula berpuasa dan HbA1C yang lebih rendah berbanding pesakit yang tidak mengambil probiotik ini. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Nutrition pada tahun 2012.

Alergik yang teruk

Gangguan dan ketidakseimbangan diantara 'bakteria baik' (probiotik) dan 'bakteria jahat' (patogen) didalam usus akan menyebabkan gangguan dalam keseluruhan sistem imun tubuh yang akan mengakibatkan masalah allergi yang teruk berdasarkan laporan satu kajian yang terbitkan dalam Journal Nutrients pada tahun 2012.

Menurunkan Berat Badan

Probiotik juga boleh membantu menurunkan berat badan berdasarkan satu kajian yang dilaporkan dalam Journal Clinical Microbiology and Infection pada edisi April 2013.

Kajian ini menunjukkan, suplemen probiotik menyebabkan penurunan berat badan dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam haiwan dan manusia.

Menurunkan Paras Kolesterol

Yang lebih menarik lagi adalah, kajian menunjukkan probiotik boleh menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL.

Disamping itu, kajian menunjukkan probiotik mengurangkan penyerapan kolesterol melalui usus dan mengurangkan keradangan atau 'inflamasi' dalam tubuh dan mencegah pembentukan plak kolesterol dalam saluran darah.

Berdasarkan faktor ini, maka saintis berpendapat probiotik juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Punca kekurangan Probiotik

Menurut kajian di Korea yang dilaporkan dalam Journal Gastroenterology pada tahun 2013, terdapat beberapa keadaan yang akan menyebabkan jumlah probiotik akan semakin berkurangan dan terganggu iaitu apabila kita bertambah usia dan mengambil pil antibiotik secara tidak terkawal.

Kajian lain yang dilaporkan dalam Journal Nutrient of Healthy Aging pada tahun 2013 menunjukkan makan makanan diproses dan gula yang berlebihan juga akan mengganggu jumlah probiotik dalam usus.

Gaya hidup sihat

Namun, pengambilan probiotik sahaja adalah tidak mencukupi untuk menjaga kesihatan usus kita.

Amalan seperti pemakanan sihat, senaman yang kerap, tidur yang mencukupi dan pengurusan stres yang baik juga adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan usus yang optimal.

Gaya hidup sihat adalah amalan terbaik jika anda benar-benar mahu mengurangkan risiko penyakit dan memastikan kesihatan tidak terjejas.

Kesimpulan

Amalkanlah probiotik dalam pemakanan seharian dengan mengambil pelbagai jenis minuman susu kultur atau makanan tradisi yang kaya dengan probiotik seperti tempe, budu, cencalok, tempoyak, belacan dan sebagainya.

Insyaa Allah, kita akan mendapat kesihatan yang lebih baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2