Selasa, Ogos 20, 2019

Madu Kelulut Berjaya Merawat Kanser


Loading...

Sebaik dikesan menghidap kanser nodus limfa (lymph nodes) tahap tiga pada 2013, Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman mula menjadi ‘penghuni tetap’ di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Madu Kelulut rawat Kanser

Menurut Zulhilmi, sel kanser itu mula dikesan di bahagian perutnya sebelum merebak ke bahagian prostat sehingga terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang sel kanser itu.

Selepas sebulan menjalani pembedahan pada Julai 2013, dia meneruskan rawatan kemoterapi sebanyak 12 pusingan selama hampir setahun sebelum sekali lagi menjalani pembedahan besar.

“Sepanjang menjalani rawatan kemoterapi, keadaan saya menjadi semakin teruk apabila kanser itu dikesan berada pada tahap empat dan merebak ke bahagian buah pinggang manakala di bahagian perut saya menjadi lebih serius.

“Ketika pembedahan kali kedua, doktor yang merawat saya maklumkan peluang saya hanya 50-50 dan saya mungkin akan terlantar di atas katil sekurang-kurangnya enam bulan,” kata pekerja swasta tersebut .

Enggan mengalah, dia mendapatkan nasihat doktor mengenai langkah terbaik untuk segera sembuh dan dimaklumkan agar tidak mengambil suplemen berbentuk pil atau cecair kerana akan memburukkan lagi keadaannya.

Namun jelasnya, doktor menyarankan agar dia mengamalkan suplemen tradisional iaitu daun belalai gajah, biji aprikot dan madu.

“Tapi pada masa itu saya hilang selera makan dan daun belalai gajah serta biji aprikot bukanlah pilihan terbaik untuk saya jadi saya mula mengamalkan madu.

“Pada mulanya saya mengamalkan sejenis madu yang berharga RM400 untuk sekilogram namun kerana harganya yang mahal, saya memikirkan alternatif untuk madu yang lebih murah.

“Ketika itulah saya diperkenalkan dengan madu kelulut dan Alhamdulillah ia serasi dengan saya,” ujarnya.

Tambah Zulhilmi, madu kelulut itu sebenarnya dibeli oleh ibu saudaranya yang menghidap diabetes kronik sehingga matanya rabun dan pengambilan madu sebagai makanan tambahan banyak membantu penglihatan yang kembali terang.

Perkara itu mendorong dia semakin bersemangat untuk mencuba madu kelulut dan terbukti ada kesan positif hanya selepas sebulan mengamalkan madu itu.

“Saya mampu kembali bertugas selepas sebulan menjalani pembedahan dan tidak lagi perlu menjalani kemoterapi.

“Syukur kepada Allah saya diperkenalkan dengan produk ini, ia membantu dalam menghadapi masalah penyakit ini saya tidak lagi mengembang,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Article yang sangat bagus . Terima Kasih atas perkongsian

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon