Wednesday, April 08, 2020

Madu Kelulut Sumber Probiotik Semulajadi Terbaik


Tahukah anda bahawa khasiat madu kelulut sekiranya dimakan atau diminum sebagai makanan yang berkhasiat setiap hari boleh membantu melancarkan proses penghadaman dan pencernaan dalam usus kita.

Madu Kelulut Sumber Probiotik

Bagaimana proses ini boleh berlaku? Apa yang menyebabkan usus bertambah sihat dan proses pencernaan kita menjadi semakin baik?

Penemuan mikrob Bacillus sp

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji USM, UKM dan UMK yang telah diterbitkan dalam Undergraduate Research Journal for Biomolecular Science & Biotechnology, ISSN 2600-7983 bertajuk Pemencilan dan Pengenalpastian Bakteria, dari madu kelulut telah berjaya membuktikan bahawa madu ini mempunyai mirob bacillus sp yang banyak.

Kajian ini telah mengenalpasti 19 bakteria dan berjaya mengekstrak DNA daripada 14 bakteria tersebut.

Kesimpulannya, kajian ini mendapati kesemua bakteria yang dikenalpasti tergolong dalam kumpulan Firmicutes dan famili Bacilliceae.

Sementara itu, kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Institut Genome Malaysia telah berjaya memencilkan dan mengenalpasti sehingga 56 lactobacilius sp yang terdapat dalam madu kelulut.

Bagaimana Bakteria ini boleh ada dalam madu?

Madu merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar tumbuh-tumbuhan.

Penghasilan madu memerlukan lebah berulang-alik dari sumber nektar dan sarang yang terbuka.

Tabiat lebah dan keadaan sarang yang terbuka ini seterusnya mendedahkan madu kepada kebarangkalian pencemaran oleh mikroorganisma yang hadir dalam persekitaran seperti debu, angin dan sebagainya.

Justeru, madu juga boleh menjadi takungan mikroorganisma semulajadi namun, komposisi madu yang mempunyai kepekatan gula yang tinggi dan bersifat asid (pH3-5) mampu menyekat pertumbuhan bakteria dalam madu.

Madu kelulut Probiotik terbaik?

Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi ragi atau bakteria baik yang melekat pada dinding usus untuk menjadikan sistem imun (antibodi) manusia menjadi kuat dan sihat.

Probiotik menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan sempurna.

Kajian yang dibuat oleh para pengkaji universiti tempatan telah membuktikan bahawa madu kelulut mengandungi bakteria baik lactobacilius sp yang banyak berbanding minuman berkultur yang ada banyak di pasaran.

Minuman berkultur mempunyai hanya 2 atau 3 jenis bakteria sahaja dan mengandungi gula yang tinggi untuk menjadikannya manis.

Berbanding dengan Madu Kelulut, ia sangat berkhasiat tinggi kerana mengandungi sehingga 56 lactobacillus sp yang sangat baik terhadap sistem pencernaan kita, selain mengandungi gula ringkas yang tinggi sehingga 60%.

Madu kelulut dihasilkan secara semula jadi oleh lebah kelulut, manakala minuman berkultur dihasilkan menerusi proses pemeraman (fermentasi, penapaian).

Khasiat Dan Manfaat madu Kelulut:
  • Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa.
  • Meningkatkan fungsi penghadaman.
  • Meningkatkan penyerapan galian.
  • Menghasilkan vitamin yang diperlukan badan.
  • Melegakan Cirit Birit.
  • Menguatkan sistem antibodi badan.

Jadi, apa tunggu lagi. Tukarkan minuman berkultur anak anda yang tinggi gula kepada minuman berkultur semula jadi, Madu Kelulut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: maduplus

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon