Wednesday, April 08, 2020

Kelahiran Bayi Dijangka Bertambah Awal 2021 Selepas Langkah PKP


Malaysia dijangka akan menyaksikan jumlah pertambahan bayi pada awal tahun 2020 berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang memerlukan orang ramai tinggal di rumah bagi menghalang penyebaran Covid-19.

Kelahiran bayi meningkat
Gambar hiasan.

Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan membuat kesimpulan itu berdasarkan kes-kes kelahiran baru yang luar biasa berlaku di luar negara.

"Saya memetik kenyataan dibuat Patrick Whittle (wartawan Associated Press) iaitu pada tahun 1998 terdapat ribut salji yang buruk di Maine dan New Hampshire. Bandar itu terpaksa ditutup dan penduduk terperangkap di rumah dalam jangka lama.

"Sembilan bulan kemudian terjadi 'baby boom' (kelahiran bayi luar biasa) di sana. Perkara yang sama juga dijangka boleh berlaku di Malaysia kerana rakyat terpaksa duduk di rumah melalui tempoh PKP ketika ini," katanya.

PKP fasa pertama dikuatkuasakan antara 18 hingga 31 Mac lalu dan dilanjutkan pada fasa dua bermula 1 hingga 14 April 2020 ini.

Dr Hamizah berkata, bagi menangani kemungkinan kehamilan susulan PKP, pasangan berkahwin digalakkan mengamalkan perancangan keluarga menerusi kaedah tertentu seperti pengambilan pil kontraseptif kecemasan (ECP).

Kaedah lain termasuk menggunakan suntikan hormon pencegah kehamilan, memasang alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), memasang implan atau menggunakan kondom.

"Sekiranya bimbang berlaku kehamilan selepas melakukan hubungan kelamin, wanita boleh mengambil serta merta ECP pada kadar dua biji sekali makan disusuli sebiji pil selepas 12 jam.

"Pil ini boleh dimakan dalam tempoh 72 hingga 150 jam atau tiga hari maksimum tetapi keberkesanannya hanya 85 peratus saja.

"Begitu juga jika penggunaan IUCD atau impan sudah tamat tempoh, wanita boleh mengambil pil pencegah hamil atau kondom.

"Pil pencegah hamil boleh dibeli di farmasi atau klinik kerana ia ubat yang termasuk dalam kategori C iaitu boleh dibeli tanpa memerlukan preskripsi doktor," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon