Sunday, September 22, 2019

10 Individu Bawah 20 Tahun Paling Kaya Di Dunia 2019

10 Individu Bawah 20 Tahun Paling Kaya Di Dunia 2019

Memang benar wang ringgit tidak boleh membeli kebahagiaan tetapi ia pasti dapat menjadikan hidup anda lebih mudah dan seronok. Namun, adakah semua kanak-kanak atau remaja yang memiliki kemewahan sejak kecil ini bahagia?

Berikut adalah senarai beberapa orang kanak-kanak dan remaja paling kaya di bawah usia 20 tahun mengikut penilaian pada tahun 2019.

Sebahagian daripada mereka memiliki kekayaan dengan usaha sendiri, walaupun dengan bantuan ibu bapa.

Sebahagian lagi bakal mewarisi kekayaan keluarga mereka yang besar.

1. Puteri Charlotte of Cambridge (3 Tahun)
  • Anggaran kekayaan: RM 20.7 Bilion

Puteri Charlotte of Cambridge

Putera George bernilai kira-kira RM12.4 bilion dan mungkin suatu hari nanti akan menaiki takhta.

Akan tetapi, gelaran kanak-kanak terkaya dunia kini jatuh kepada adik perempuannya iaitu Puteri Charlotte dengan anggaran nilai bersih sebanyak RM20.7 bilion.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana seorang gadis berusia tiga tahun boleh bernilai begitu besar?

Ini memandangkan dia dilahirkan dalam salah satu keluarga paling berkuasa di dunia.

Penilaian yang sangat tinggi terhadap kekayaan Puteri Charlotte kebanyakannya disebabkan oleh pengaruhnya dalam industri fesyen.

Kini kita ketahuinya sebagai "Charlotte effect", hampir sama dengan "Kate effect" yang dicetuskan oleh ibunya Kate Middleton tidak lama dahulu.

"Charlotte effect" kini sudah pun melanda dan memberi kesan terhadap pasaran runcit British.

Anggaran nilai bersih kanak-kanak Diraja ini adalah berdasarkan nilai mereka kepada ekonomi British.

Oleh kerana belum lagi diwarisi kekayaan keluarga mereka secara sah, satu-satunya cara untuk mengira nilai bersih mereka adalah dengan menilai potensi mereka untuk menarik berbilion-bilion ringgit dalam bentuk jualan.

2. Putera George of Cambridge (5 Tahun)
  • Anggaran nilai kekayaan: RM 12.4 Bilion

Putera George of Cambridge

Putera George of Cambridge atau nama penuhnya George Alexander Louis adalah anak sulung kepada Duke dan Duchess of Cambridge iaitu Prince William dan Kate Middleton.

Putera George merupakan Putera Mahkota British yang ketiga dalam turutan menaiki takhta selepas datuknya Putera Charles dan bapanya Putera William.

Putera George dijangka mempunyai kesan yang besar terhadap ekonomi British, sama seperti keluarga diraja yang lain.

Nilai bersih semasanya yang tinggi diperolehi daripada impak itu. Putera George juga dijangka akan mewarisi kekayaan daripada bapanya bernilai RM 165.5 juta .

3. Blue Ivy Carter (7 Tahun)
  • Kekayaan bakal diwarisi: RM 4.14 Billion

Blue Ivy Carter

Seorang bilionaire berusia 7 tahun? Perkara ini tidaklah begitu mengejutkan sekiranya ibu dan bapa kanak-kanak ini adalah dua kuasa besar dalam industri muzik iaitu Jay Z dan Beyoncé.

Dengan nilai bersih gabungan dua artis ini mencecah nilai lebih daripada RM4 bilion, anak perempuan mereka iaitu Blue Ivy Carter sememangnya menikmati kehidupan yang hanya kebanyakan daripada kita mimpikan.

Daripada pesta ulang tahun yang mewah dan hadiah-hadiah mahal, ia menunjukkan bahawa kedua-dua artis ini sememangnya menyediakan harta yang banyak untuk anak sulung mereka ini.

Nilai bersih Blue Ivy juga didorang oleh nilai jenamanya yang semakin meningkat.

4. Akshay Ruparelia (19 Tahun)
  • Anggaran nilai kekayaan: RM 62 juta

Akshay Ruparelia

Akshay Ruparelia adalah seorang usahawan British yang menjadikan idea ringkasnya kepada perniagaan bernilai jutaan pound pada usia belasan tahun.

Pada Disember 2016, dia telah menubuhkan Doorsteps.co.uk. Laman web itu merupakan sebuah agensi hartanah dalam talian yang membolehkan pelanggannya membeli rumah untuk komisyen paling rendah.

Akshay telah menjual rumah pertamanya ketika sedang bersiap untuk menghadapi peperiksaan sekolahnya.

Agensi itu mengupah perunding hartanah bebas secara kontrak berdasarkan jumlah hartanah yang mereka miliki.

Dengan cara ini, dia telah menghapuskan keperluan penggunaan ejen tradisional dan dapat mengurangkan kos operasi yang ketara.

Laman web Doorsteps.co.uk pada masa ini bernilai lebih kurang RM62 juta dan merupakan agensi hartanah ke-14 terbesar di United Kingdom.

5. Valentina Paloma Pinault (11 Tahun)
  • Kekayaan bakal diwarisi: RM 49.64 juta

Valentina Paloma Pinault

Valentina Paloma merupakan anak kepada pelakon wanita Salma Hayek dan Francois-Henri Pinault. Bapanya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat fesyen, Kering.

Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu dijangka akan mewarisi kekayaan sebanyak RM 49.64 juta daripada ibu bapanya.

Namun, ramai yang berpendapat bahawa Valentina Paloma mungkin akan mewarisi lebih daripada jumlah yang dijangkakan itu.

6. Ryan (8 Tahun)
  • Anggaran nilai kekayaan: RM 45.5 juta

Ryan ToysReview

YouTube adalah suatu fenomena yang besar dan telah terbukti menjadi platforrm untuk selebriti dalam talian bagi generasi masa kini.

Ramai bintang YouTube kini yang mempunyai peminat yang lebih ramai daripada pelakon televisyen.

Antara yang paling muda di kalangan mereka ialah Ryan yang berusia 8 tahun. Dia telah membuat banyak keuntungan hanya dengan membuat review permainan baru dan bermain dengannya dalam saluran Ryan ToysReview.

Bagi berjuta-juta pengikutnya, Ryan bukan sahaja dilihat sebagai seorang selebriti internet tetapi sebagai seorang sahabat sejati.

Sejak berusia tiga tahun lagi, ibu bapa Ryan telah menumpukan sebahagian besar masa mereka untuk Ryan dan membuat video.

Kini, saluran Ryan ToysReview di YouTube telah mempunyai sebanyak lebih daripada 17 juta pengikut.

7. Rory John dan Phoebe Adele Gates (19 dan 16 Tahun)
  • Kekayaan bakal diwarisi: RM41.37 juta seorang

Rory John dan Phoebe Adele Gates

Rory John Gates dan Phoebe Adele Gatas adalah anak kepada pasangan bilionaire Bill Gates dan Melinda Gates.

Bill Gates terkenal dengan matlamat dermawannya yang besar dan sumbangan amal yang dilakukan selama bertahun-tahun.

Bill Gates juga mahukan anak-anaknya menjadi sebahagian daripada matlamat ini dan telah mengumumkan bahawa ketiga-tiga orang anak mereka hanya akan mendapat sebahagian kecil sahaja daripada jumlah kekayaan mereka.

Apa yang Bill dan isterinya lakukan ini adalah sebagai dorongan untuk menggalakkan anak-anak mereka mencapai sesuatu dengan usaha sendiri.

Anak sulung Bill, Jennifer tidak termasuk dalam senarai ini kerana telah berusia 22 tahun.

8. Dannielynn Birkhead (12 Tahun)
  • Anggaran nilai kekayaan: RM 41.37 juta

Dannielynn Birkhead

Dannielynn Birkhead adalah anak perempuan kepada mendiang pelakon, model dan personaliti televisyen Anna Nicole Smith.

Seperti mendiang ibunya, Dannielynn juga sedang melalui perjalanan untuk menjadi model yang berjaya.

Salah satu kempen peragawati yang menaikkan namanya ialah pada tahun 2013 apabila dia menjadi Gadis Guess Edisi Musim Bunga.

Ia adalah acara istimewa bagi Dannielynn kerana ibunya juga pernah menjadi model untuk syarikat yang sama.

Semasa kelahirannya, tuntuan siapakah bapa kepada Dannielynn telah menarik perhatian media.

Beberapa personaliti berprofil tinggi seperti Howard K. Stern, Frederic von Anhalt dan Larry Birkhead mengaku sebagai bapanya termasuklah bekas pengawal peribadi mendiang ibunya Alexander Denk.

Ujian DNA secara rasmi telah membuktikan Larry Birkhead sebagai bapa kandungnya.

Pada tahun 2008, Dannielynn telah dinamakan sebagai pewaris tunggal kepada peninggalan mendiang ibunya yang bernilai kira-kira RM2.9 juta.

9. Syed Sumail Hassan (19 Tahun)
  • Anggaran nilai kekayaan: RM 13.54 juta

Syed Sumail Hassan

Syed Sumail Hassan yang lebih dikenali sebagai "SumaiL" adalah pemain profesional Dota 2 dan salah seorang ahli pasukan "Evil Geniuses".

Sumail telah memenangi beberapa kejohanan Dota 2 yang berprestij termasuk pertandingan The International 2015.

Pada kejohanan itu, Pasukan Evil Geniuses mendakwa telah memenangi hadianh wang tunai lebih daripada RM 26.9 juta.

Ini menjadikan Sumail sebagai individu termuda yang pernah memenangi hadiah lebih daripada USD 1 juta (RM 4.15 juta) dalam satu kejohanan eSport.

Sumail dilahirkan di Karachi, Pakistan dan mula bermain Dota 2 seawal usia tujuh tahun lagi.

Dia dinamakan sebagai '30 Remaja Paling Berpengaruh' oleh Majalah Time pada tahun 2016.

Pasukan Evil Genuises berada di tempat ketiga dalam The International tahun lalu dan memenangi wang tunai kira-kira RM 10.34 juta.

10. Jackie Evancho (18 Tahun)
  • Anggaran nilai kekayaan: RM 10.34 juta

Jackie Evancho

Jackie Evancho memulakan kerjaya sebagai penyanyi sejak berusia 8 tahun melalui pertunjukan bakat tempatan di New Jersey.

Selepas beberapa percubaan yang gagal, dia akhirnya diterima menjadi finalis America's Got Talent musim kelima.

Jackie menjadi semakin terkenal apabila dia berjaya masuk ke pusingan akhir pertandingan itu.

Jackie kemudian menghasilkan album pertamanya pada tahun 2010 berjudul O Holy Night dan berjaya mendapat tempat kedua dalam Billboards 200.

Sejak itu, Jackie telah terlibat dalam banyak pembikinan album termasuk dipanggil berduet. Dia juga dikenali kerana sering melakukan kerja-kerja kebajikan.

Pada tahun 2017, dia telah disenaraikan dalam Majalah Forbes sebagai "30 pemuzik hebat di bawah 30 tahun".

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

SBDJ Siri 112: Kepala ke Langit

SBDJ Siri 112: Kepala ke Langit

Datuk berdiri di sebelah kanan Mat Prai memastikan kedudukan rukuk Mat Prai betul seperti yang dihajati, Datuk terus menggenggam penumbuk kanan.

Toyol jadi-jadian

"Bersedia Mat Prai."

"Ya, saya bersedia Ayah Alang."

"Kalau sakit jangan mengeluh, jangan mengaduh. Kau mesti tahan semuanya."

"Baik Ayah Alang."

"Sediaaaaaa..." Datuk melepaskan penumbuk sulung ke pangkal belikat Mat Prai.

Saya lihat Mat Prai rebah perlahan-lahan serentak dengan itu juga saya lihat hampas dan serbuk dari pucuk hutan yang ditampalkan ke muka Mat Prai terus jatuh berderai. Bertaburan di tanah.

"Kamu ni lembik sangat, kena sikit pengsan," Datuk seperti merungut di depan tubuh Mat Prai yang terbaring di bumi.

Datuk segera memulihkannya hingga sedar. Mat Prai terus duduk bersila di depan Datuk dan saya.

Cahaya api yang marak mengizinkan saya menatap Mat Prai. Kesan darah dan cakaran yang dalam sudah tidak kelihatan lagi, kecuali garis-garis halus yang tidak berapa dalam.

"Aku tengok pangkal tengkuk kamu lebam, rapat dengan aku, biar aku periksa," tanpa banyak cakap Mat Prai hulurkan tengkuknya pada Datuk.

Dengan teliti Datuk membelek-belek kesan lebam itu. Dua tiga kali Datuk tekan ibu jari kanannya ke tempat yang lebam itu. Akhirnya kesan lebam itu hilang.

"Kelawar tu cuba nak hisap darah kamu, Mat Prai," Datuk terus memberi komen sambil menolak tengkuk Mat Prai, suruh beredar dari sisinya.

"Agaknya kelawar jadi-jadian," Mat Prai membuat ramalan. Datuk gelengkan kepala.

"Mana ada kelawar makan darah manusia," sanggah Mat Prai membantah gelengan kepala Datuk.

Saya hanya diam saja tetapi, tidak melupakan tugas untuk membaling reranting kering ke dalam api yang marak.

"Siapa kata tak ada kelawar makan darah," kata-kata Datuk itu membuat saya cemas dan takut.

Bulu roma terasa tegak berdiri. Saya mula dongakkan kepala ke langit mengawasi kalau ada kelawar berterbangan di udara. Saya dan Mat Prai berpandangan.

"Dalam satu kumpulan kelawar yang terbang malam, salah seekor darinya terdapat yang menghisap darah manusia dan binatang, bentuknya besar, kukunya berbentuk macam kuku harimau, taringnya tajam yang di bahagian hujung nampak kehitam-hitaman, kelawar jenis ini memang berbahaya dan jahat.

"Dia terbang malam antara pukul dua belas malam hingga tiga pagi, masa dia terbang tu, kalau jumpa binatang ternakan atau manusia dia terus menyerang," Datuk memberi penerangan.

PENERANGAN

Selesai saja memberikan penerangan, dua ekor kelawar terus menerkam ke arah batang leher Datuk. Kedua belah tangan Datuk bergerak pantas menghalang hajat kelawar itu.

"Uhhh...," jerit Datuk. Dia terus melompat sambil menyambar ranting di bumi.

Dengan ranting itu Datuk memukul ke arah kedua ekor kelawar serentak. Pukulan Datuk tepat pada sasarannya. Dan kedua kelawar terus jatuh ke dalam api yang marak.

"Kamu berdua ikut aku," Datuk renung muka saya dan Mat Prai.

Kemudian kami mengaturkan telapak kaki mengikut langkah Datuk. Memang itu yang kami harapkan.

Makin hampir ke pondok, makin jelas dan lantang kedengaran suara Pak Imam membaca ayat-ayat suci di malam yang hening, memburu ke fajar menyingsing.

Saya sudah membuat keputusan untuk membentang pada Datuk tentang peristiwa aneh yang dialami.

Sebaik-baiknya perkara itu, diceritakan bila sudah berada di pondok di depan Pak Imam. Bercerita sambil berjalan tidak sesuai.

"Kamu berdua jumpa ular dan kura-kura?"

Saya terkejut dan segera memalingkan muka ke arah Mat Prai, ternyata dia tergamam.

Masih di jalanan Datuk sudah menyoal, apakah dia yang mengadakan semuanya itu untuk menguji keberanian kami. Timbul pertanyaan dalam diri saya. Datuk berhenti melangkah.

"Cakap, apa yang kamu alami tadi? Kamu jumpa ular dan kura-kura?" Datuk tatap wajah saya dan Mat Prai.

Sambil menarik nafas saya renung ke arah pondok yang di cerahi oleh lampu minyak tanah. Saya nampak Pak Imam terbongkok-bongkok membaca al-Quran.

"Ya, kami jumpa benda-benda yang Datuk sebutkan itu dalam pondok, kami tak tahu dari mana datangnya," saya memberikan pengakuan pada Datuk.

Saya lihat orang tua itu meraba-raba pangkal dagunya yang dirajai janggut. Dia kelihatan cukup tenang.

"Dari mana benda-benda ganjil itu datang tuk?" tanya saya lagi.

"Aku sendiri tak tahu."

"Tapi, macam mana Ayah Alang tahu benda-benda tu datang ke tempat kami," Mat Prai pula mengajukan pertanyaan.

Datuk termenung sebentar, barangkali dia merasa sukar untuk memberikan jawapan. Datuk atur langkah kembali. Perjalanan yang terhenti disambung kembali.

"Pada mulanya aku tak tahu, aku datang ke situ kerana aku nampak api," tanpa diduga Datuk bersuara.

"Masa aku sampai tadi, aku nampak ada sisik ular dan bekas kaki kura-kura," sambung Datuk. Cukup teliti Datuk mengawasi sesuatu tempat.

"Kerja siapa semuanya tu tuk?" tanya saya lagi.

"Kerja orang yang bertuankan iblis syaitan."

"Jadi kura-kura dan ular tu benda jelmaan," cukup pantas Mat Prai menyoal.

Dia mempercepatkan langkah hingga berada di depan Datuk. Perbuatannya itu memang tidak wajar dan Datuk memerintahkan Mat Prai supaya berjalan di belakang. Perintah segera dipatuhi.

"Bukan jelmaan Mat Prai."

"Kalau bukan jelmaan, apa dia Ayah Alang?"

"Perbuatan sihir."

"Ayah Alang tahu orang yang jadi tukang sihir tu?"

"Agak-agaknya, aku tahu, orang jahat tu tak lain tak bukan ialah..." Datuk tidak dapat menamatkan percakapannya.

Sepotong kayu yang panjangnya kira-kira dua kaki meluru ke arah depan. Datuk tidak dapat mengelak dan kayu itu tepat mengenai telinga kirinya.

Datuk berpusing-pusing dan bahagian yang terkena kayu itu kelihatan bengkak dengan segera.

Datuk hampir mahu jatuh, mujurlah Mat Prai bertindak segera. Badan Datuk terus di pangkunya dan dibaringkan di pangkal pokok.

Setelah diberi bantuan, tenaga Datuk pulih dengan serta merta. Datuk terus bangun sambil meraba di tempat yang bengkak.

"Syukur pada Allah kerana aku tak luka, kena sikit aje, sampai di pondok boleh diubat," ujar Datuk tenang dan memulakan langkah yang terhenti.

"Memang kamu handal orangnya."

Serentak Datuk, Mat Prai dan saya menoleh ke kanan. Seorang lelaki dengan seluar dan baju hitam berdiri di situ. Kepalanya diikat dengan kain merah.

Di tangan kanannya terlekap sebatang lembing yang matanya dibuat dari buluh kuning yang sudah dikeringkan.

Orang itu, tidak lain tidak bukan ialah Suhaimi Keraba.

"Saya tidak handal, saya minta perlindungan dari Allah yang menjadikan kita semua. Saya tak suka orang membesar-besarkan saya macam tu," tutur Datuk penuh hormat.

"Ya, tak mengapa, lain waktu, lain masa kita bertemu lagi. Cuma saya nak ingatkan awak jangan seretkan orang lain dalam hal kita ini, jangan babitkan Pak Imam."

"Saya tak babitkan sesiapa. Saya cuma minta bantuan dari orang yang berilmu."

"Sudahlah, jangan berdalih, jangan banyak cakap, haaaaa," Suhaimi Keraba menerkam ke arah Datuk.

Secepat kilat dia menghayunkan batang lembing ke kepala Datuk. Nasib baik Datuk tunduk, batang lembing terkena pokok duku.

Batang lembing patah dua, tetapi matanya melayang ke arah saya. Walaupun saya sempat mengelak, tetapi hujung siku saya terkena juga.

Kami bertiga terdengar suara orang ketawa. Suhaimi Keraba tidak kelihatan lagi. Beberapa batang pokok di sekeliling kami bergegar seperti digoyang orang.

Datuk tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku di kawasan sekitar. Dia menggesa kami mempercepatkan langkah agar segera sampai ke pondok.

Bila melihat kami terpacak di halaman pondok, Pak Imam berhenti membaca al-Quran. Dia segera membuka kaca mata putih yang terlekap di muka. Dengan tenang Pak Imam menutup al-Quran.

Kaca mata putihnya yang tebal diletakkan di sebelah kanan. Pak Imam merenung tepat ke arah Datuk.

"Dari rupa awan dan kedudukan bintang di langit, memang dah pukul dua lebih," Datuk bersuara tenang.

"Masa kamu tak ada tadi, macam-macam yang datang kacau aku, ada ular berkepala dua, ada lipan bara yang besar dan macam-macam lagi bermain di depan aku," Pak Imam menyampaikan berita.

"Itu hanya ujian," balas Datuk dengan senyum.

"Berdebar juga hati kita dibuatnya," Pak Imam mengakhiri kata-katanya dengan ketawa kecil yang memanjang.

Saya dan Mat Prai berpandangan. Datuk terus menuju ke perigi. Datang kembali dengan wajah yang basah.

Datuk terus basuh kaki. Dia naik ke pondok. Giliran saya pula basuh kaki dan naik ke pondok lalu duduk bersila di sisi Datuk.

"Dah ambil air sembahyang, Tamar?"

"Buat apa? Bukan nak sembahyang," saya menjawab.

"Baca Quran, faham," nada suara Datuk cukup keras. Saya mula menggelabah.

Saya renung ke arah Mat Prai yang sudah duduk tertenggek di mata tangga. Sesekali terdengar deru angin.

"Pergi ambil air sembahyang," Datuk mendesak.

Saya jadi serba salah, saya memang takut untuk pergi ke perigi. Dalam keadaan yang takut, saya cuba berlagak berani di depan Datuk.

Saya bercadang, bila sudah sampai di halaman pondok, saya akan mengajak Mat Prai menemani saya. Saya terus melangkah ke bibir tangga.

"Tamar."

Saya berhenti melangkah. Perlahan-lahan saya toleh ke arah Datuk dan Pak Imam. Mereka sudah pun membuka al-Quran. Dada saya terus berdebar tanpa sebab.

"Kenapa tuk?"

"Kamu pergi ke perigi seorang diri, jangan ajak sesiapa jadi kawan kamu, faham."

"Haaaa..." cuma itu saja yang terkeluar dari kelopak bibir saya.

Sepasang kaki terasa lemah untuk melangkah. Ini satu penyeksaan yang amat kejam.

Kenapa Datuk bertindak demikian pada saya? Dia mahu menguji saya? Mahu mengajar atau mahu menyeksa?

Itu pertanyaan yang berbunga dalam hati, tetapi, tidak berani saya keluarkan untuk didengar oleh Datuk.

"Kau nak kutip buah durian Tamar?"

"Tak," serentak saya gelengkan kepala.

"Kau nak ke mana?"

"Nak ke perigi nak ambil air sembahyang," saya tepis tangan Mat Prai.

Ketika itu juga saya terdengar suara Datuk berdehem. Tanpa mempedulikan sama ada Mat Prai tersinggung atau tidak saya terus menuju ke perigi.

Dalam rasa takut dan cemas, saya dapat menyempurnakan mengambil air sembahyang.

Sekurang-kurangnya dapat yakinkan Datuk bahawa saya bukanlah seorang yang penakut.

Waktu saya mahu melangkah menuju ke pondok semula, tanpa diduga saya terpandang sekujur tubuh yang dibalut dengan kain putih separas bahu.

Saya terus membaca surah Al-Ikhlas dalam keadaan yang tidak teratur.

Lembaga yang dibalut dengan kain putih semacam mayat itu, bergerak dalam keadaan terlompat-lompat.

Saya renung ke arah kepalanya. Ternyata, wajahnya tidak berapa jelas kerana ditutupi rambut hitam yang lebat.

Tiba-tiba rambut hitam lebat itu terselak bagaikan ditolak sesuatu. Separuh berada di telinga kanan dan separuh lagi di telinga kiri.

Oh! Tuhan mukanya amat menakutkan. Dari bibir atas sebelah kanan dan kiri terjulur gigi (siong) yang besar dan panjang melebihi dagu.

Kedua belah telinganya macam telinga monyet terlalu kecil dan hampir tidak kelihatan. Tidak mempunyai hidung dan dahi. Matanya tersembul macam mata udang, merah seperti bara.

"Engkau tentu tak kenal dengan aku."

Saya pasti, suara itu datang dari lembaga aneh yang berbalut kain putih. Tetapi, kelopak bibirnya tidak bergerak. Dari mana suara itu keluar? Timbul pertanyaan dalam diri saya.

"Cakap, kau kenal atau tidak dengan aku?"

Lembaga ganjil mengajukan pertanyaan. Dan kali ini, saya kira suara itu keluar dari telinga sebelah kirinya.

Cara yang paling berkesan untuk memastikan suara itu keluar dari telinga, saya harus mengadakan dialog kecil dengan lembaga ganjil yang tidak di undang.

"Saya kenal," kata saya.

"Kalau kamu kenal, sila ceritakan tentang diriku," sanggah lembaga putih.

Dalam kesempatan itu saya arahkan sepasang biji mata ke arah telinganya. Apa yang saya ramalkan memang tepat.

Sudah jelas, lembaga itu berkata-kata melalui telinga. Setiap kali kata diucap, daun telinganya bergerak dan dari lubang telinganya terpancar warna kuning yang memanjang. Bila suaranya terhenti, pancaran dari lubang telinga turut mati.

"Kamu syaitan yang dilaknat Allah, suka mendampingi manusia dengan tujuan membawa manusia ke jalan kamu," kata saya memberanikan diri.

"Kamu salah, aku datang kepada kamu untuk memberikan kebaikan."

"Kebaikan?" kata saya terkejut.

"Ya," katanya tegas.

"Kau cuma tengok rupa aku yang buruk tapi, kau tidak tahu hati aku baik, sesuatu yang aku berikan pada manusia adalah dengan rela hati," tambahnya.

Saya termenung sejenak, ketika itu saya merasai diri berada di alam lain, bukan di kawasan perigi. Sekitar saya, terdapat pepokok bunga yang beraneka bau yang amat harum.

Ada aliran sungai yang datang dari gunung. Airnya cukup jernih. Tersergam sebuah rumah berbentuk Minangkabau.

Ada suara seruling mendayu-dayu dan rama-rama terbang rendah. Cuaca sekitar terang benderang.

"Engkau tentu suka dengan apa yang kau lihat," lembaga aneh bersuara.

Keadaannya kini sudah berubah, wajahnya tidak menakutkan. Dia kelihatan seperti manusia biasa. Badannya dibalut dengan pakaian cara orang Arab.

Kepalanya dibalut dengan serban yang bersambung dengan jubah yang dipakai.

Semua kain yang dipakainya berwarna hijau.

Di tangan kanannya ada tongkat dari rotan semambu. Buah tasbih sebesar buah pinang disangkutkan di bahu kanan.

"Kamu mahu memperdayakan aku," saya membantah.

"Kamu silap," sahutnya dengan senyum memperlihatkan wajahnya yang tampan.

Berkulit putih dan berhidung mancung. Ada mirip orang Arab.

"Aku mahu memberikan kamu sesuatu yang baik dan bermakna, kekayaan dan perempuan, kau lihat di sana," dia meluruskan telunjuknya ke arah rumah berbentuk Minangkabau.

Di halaman rumah itu, terdapat tujuh gadis yang berwajah cantik. Mereka memakai pakaian yang amat jarang sekali.

RANGSANG

Gerak-geri mereka memberikan rangsangan berahi kepada saya. Sebagai seorang teruna, sudah pasti perasaan saya tergugat dengan kecantikan tubuh dan rupa lawan jenis saya. Dua tiga kali saya mengeluh dan menelan air liur.

Ketujuh-tujuh gadis itu sengaja mengangkat kain yang dipakai hingga ke paras pangkal paha. Saya terus urut dada.

Di kaki tangga rumah tersusun berpuluh-puluh tempayan serta peti-peti kayu yang berwarna kemerah-merahan. Tempayan dipenuhi dengan syiling manakala peti-peti kayu penuh dengan wang kertas.

"Bagaimana? Kau tak mahu semuanya ini?"

"Tak mahu, kau cuba menjerat aku."

Orang berpakaian hijau terus ketawa. Tasbih sebesar buah pinang terus digerak-gerakkannya.

Saya sudah lupa dengan Pak Imam, Datuk dan Mat Prai. Saya berada dalam satu dunia yang sungguh menakjubkan.

"Kalau mahu kaya, kau jadilah muridku, kalau kau mahu muda seumur hidup, kau hanya perlu tidur dengan gadis-gadis di depan kamu selama tujuh malam berturut-turut, setiap malam kau bawa seorang ke rumah dan begitulah seterusnya. Selain dari itu kau harus mencari tujuh gadis lain dan perdayakan mereka," lanjut lelaki berjubah hijau.

Penuh semangat dia memberikan penjelasan.

"Terima kasih, saya tak mahu semuanya itu," ungkap saya tegas.

"Kau tak rasa menyesal?"

"Tidak."

"Apa kau tak mahu jadi macam Suhaimi Keraba yang tidak dimakan tua, tidak dimakan sebarang senjata api atau besi."

"Tidak."

Orang berjubah itu menutup mukanya dengan kain hijau. Dia ketawa gamat. Kemudian perlahan-lahan membuka kain hijau.

Keadaannya segera berubah, wajahnya kembali hodoh dan sekujur tubuhnya dibalut dengan kain putih.

"Engkau menolak pemberian Khalifah kami, engkau mesti menerima celakanya, kamu tahu?

"Suhaimi Keraba adalah anak murid Khalifah kami. Apa yang ditawarkan kepada kamu adalah jalan damai antara kami dengan Datuk kamu," lembaga ganjil terus bersuara.

Saya termenung sejenak. Dua tiga kali buka tutup kelopak mata. Entah berapa kali pula saya gosok mata dengan telapak tangan.

Sekarang sudah jelas, saya tidak lagi berada di alam fantasi. Saya dapat melihat sinar pelita di pondok.

Suara Pak Imam dan Datuk terus mengalun mengisi ruang malam dengan ayat-ayat suci.

Mat Prai kelihatan masih mundar-mandir di depan pondok. Bunyi buah durian gugur bertalu-talu.

"Apa boleh buat, kamu menolak damai dari kami," cetus lembaga itu.

Pada saat itu saya lihat rambutnya yang hitam bertukar menjadi warna kuning tembaga.

Di mukanya, di bahagian hidungnya terdapat beribu-ribu ulat, sebesar ulat daun pisang. Ulat-ulat itu bergerak menuju ke lubang mata dan lubang telinga. Beberapa ekor ulat bergerak atau bergantungan pada gigi besarnya yang terjulur.

"Huh...," lembaga itu mendengus dan sekali gus terus menghilangkan diri.

Tempatnya segera digantikan oleh batang tubuh Suhaimi Keraba. Mata Suhaimi Keraba merenung tajam ke arah saya.

"Kamu menolak seruan Khalifah aku di muka bumi," ucap Suhaimi Keraba.

"Khalifah gila," kata saya.

"Ertinya, kamu mahu bermusuh dengan kami. Aku susah bertindak kerana kamu membabitkan Pak Imam dari kampung ini. Datuk kamu sial," Suhaimi Keraba terus mengutuk Datuk dengan sewenang-wenangnya. Saya jadi marah.

"Kamu sesat, kamu jadi hamba syaitan, kamu pengisi neraka jahanam," saya terus meledakkan kemarahan.

Tindakan saya itu membuat Suhaimi Keraba marah. Dia terus menarik buluh kuning yang terselit di pinggangnya.

Buluh kuning berukuran kira-kira satu hasta itu dilontarkan kepada saya. Kerana sudah tahu langkah dan atur silat yang dipelajari dari Datuk, saya segera memanfaatkannya, saya dapat mengelak.

Buluh kuning yang dilontarkan pada saya terkena pangkal pohon langsat. Api terus marak setinggi berdiri di pangkal pokok langsat. Saya terus menjerit dengan sekuat hati.

LANGKAH

Saya buka langkah lalu lari menuju ke pondok. Suhaimi Keraba terus ghaib serta merta.

Saya tidak tahu ke mana dia menghilangkan diri. Tercungap-cungap saya berhenti di kaki tangga, buat beberapa ketika.

Saya terus duduk di anak tangga tanpa mempedulikan Mat Prai yang dua tiga kali mengelilingi saya. Dia berusaha menarik perhatian saya dengan harapan saya akan menegurnya.

Bila saya buat tak kisah, Mat Prai seperti berputus asa dan terus duduk di bumi.

Angin malam yang bertiup terus menggugurkan buah durian. Bila rasa penat sudah hilang, saya terus basuh kaki dan naik ke pondok. Datuk berhenti baca Quran.

"Kenapa macam orang kena kejar aje Tamar?"

Pertanyaan yang Datuk kemukakan itu membuat saya berada di dalam serba salah. Apakah perlu saya menjawabnya?

Kalau dijawab apakah Datuk percaya dengan apa yang saya ceritakan padanya?

"Kenapa Tamar?" ulang Datuk lagi.

Kali ini sepasang matanya tertumpu ke wajah saya. Belum pun sempat saya menjawab Datuk terus bersuara.

"Kamu jumpa benda-benda pelik?"

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 112/284

BACA: SBDJ Siri 111: Kelawar Hisap Darah
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Black Soldier Fly (BSF): Makanan Tinggi Protein Untuk Ternakan Ayam

Black Soldier Fly (BSF): Makanan Tinggi Protein Untuk Ternakan Ayam

Lalat askar hitam (Hermetia illucens) atau Black soldier fly larvae (BSF), adalah sumber makanan ternakan organik yang kaya dengan sumber protien tinggi (43%) dan kalsium (35%), sangat sesuai untuk meningkatkan kadar pembesaran dan kesihatan semua jenis ternakan unggas, ayam kacuk kampung, akuakultur termasuk udang, haiwan kesayangan seperti reptilia dan burung.

Black Soldier Fly (BSF)
Black Soldier Fly (BSF).

BSF adalah sejenis lalat yang tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit dan tempoh hidup seekor lalat ini adalah sekitar 5 hingga 7 hari sahaja.

BSF dewasa juga tidak mempunyai mulut dan tugas bersama pasangannya hanyalah untuk mengawan dan bertelur.

Telur

Seekor BSF boleh bertelur sehingga 500 telur selama hayatnya dalam tempoh seminggu.

BSF betina akan mencari tempat-tempat yang strategik di persekitaran tempat bahan-bahan busuk agar mudah anak-anak lavanya mencari makanan.

Kebiasaannya di celah-celah rekahan, bawah daun dan berongkoi-rongkoi kecil tajam berwarna putih kekuningan.

Bergantung kepada suhu dan cuaca, telur akan menetas dalam masa 4 hari atau lebih.

Lava

Selepas menetas, lava akan merangkak ke tempat gelap dan busuk untuk makan dan sekiranya cuaca membenarkan dan makanan cukup, lava boleh matang dalam masa 20 hari.

Selepas itu ia akan segera keluar dari tempat gelap dan busuk untuk mencari tanah.

Ia akan masuk ke dalam tanah dan akan berubah menjadi pupa selepas beberapa hari. Lava boleh hidup sehingga 6 bulan sekiranya makanan masih tidak mencukupi.

Pupa

Tempoh pupa BSF adalah seminggu. Ianya keras dan akan menetaskan BSF dewasa.

Dewasa

BSF dewasa berukuran 7-10mm menyerupai penyengat kecil, tetapi tidak mempunyai mulut, berwarna hitam dan keperang-perangan. Ada juga spesies yang berwarna biru.

BSF dilahirkan samada jantan atau betina hanya untuk tujuan mengawan dan bertelur.

Sebab itu BSF tidaklah boleh dijadikan penyebab pembawa penyakit, kecuali ianya hinggap di makanan manusia yang sememangnya sudah busuk.

Manfaat BSF

Black Soldier Fly (BSF) Larva
BSF Larva.

Lava dari BSF yang matang mengandungi 45 peratus protien dan 35 peratus lemak.

Terdapat kajian dan juga telah di komersialkan beberapa alat untuk mengumpul lava matang ini dan menjadikannya makanan utama untuk industri perikanan dan penternakan ayam.

Oleh kerana sikap kerakusan lava ini, bahan-bahan buangan organik boleh dikomposkan dalam masa yang singkat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Punca Berpeluh Ketika Tidur Pada Waktu Malam

Punca Berpeluh Ketika Tidur Pada Waktu Malam

Pada kebanyakan masa, berpeluh pada waktu malam disebabkan oleh faktor luaran seperti suhu bilik tidur atau pakaian. Bagaimanapun, ada juga beberapa sebab lain membabitkan kesihatan dania sememangnya boleh menyebabkan gangguan tidur, apatah lagi jika ia disebabkan akibat peluh secara tiba-tiba.

Punca Berpeluh Waktu Malam
Gambar hiasan.

“Jika peluh pada waktu malam berterusan selama beberapa bulan, anda perlu segera memeriksa kesihatan anda,” kata pakar kesihatan, Neomi Shah, kepada Women’s Health Magzine.

Di bawah disenaraikan beberapa sebab yang mungkin menyebabkan peluh pada waktu malam, terutamanya pada wanita.

Simptom peluh dan sebabnya boleh digunakan sebagai kayu ukur tahap kesihatan anda dan segera jumpa doktor kalau perlu.

1. Suhu bilik

Suhu bilik yang ideal semasa tidur adalah antara 16-21 darjah celcius bagi negara bermusim sejuk, manakala bagi negara tropika seperti Malaysia pula, sekitar 18 hingga 24 darjah celsius.

Pakar Kesihatan W Christopher Winter berkata, tidur bilik yang berhaba dan diikuti pakaian ketat, padat atau tebal juga menyumbang kepada peluh semasa tidur.

2. Hyperhidrosis

Adakah anda selalu berpeluh tanpa sebab? Basah tapak tangan, tapak kaki atau bahagian ketiak? Lebih teruk bila anda sedang tertekan, dalam kebimbangan atau sedang risau memikirkan sesuatu.

Menurut Akademi Dermatologi Amerika, keadaan ini dikenali sebagai hyperhidrosis juga boleh berpanjangan sewaktu tidur. Anda kena kurangkan rasa cemas atau gunakan deodoran yang menyekat liang peluh, atau berjumpa dengan pakar.

3. Perubahan hormon

Salah satu punca penyebab peluh malam bagi wanita adalah tahap estrogen yang berubah-ubah. Menopaus dikaitkan dengan keadaan tubuh ‘naik’ panas. Jadi ia menjadi kebiasaan bagi wanita menopaus yang akui berpeluh secara berlebihan, walaupun semasa tidur.

Selain menopaus, peluh berlebihan pada wanita disebabkan hormon juga biasanya berlaku semasa fasa kehamilan.

4. Badan memerangi jangkitan

Jangkitan adalah salah satu sebab seseorang berpeluh. Salah satu jangkitan yang berkaitan dengan aktiviti peluh malam ialah batuk kering.

Penyakit yang menjangkiti tubuh dan menjejaskan paru-paru akan menyebabkan seseorang berpeluh sebelum mula batuk.

5. Kanser limfoma

Kanser limfoma adalah satu kanser yang menyerang sistem imun. Simptom kanser limfoma ialah penurunan berat badan, demam dan berpeluh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

10 Pencarian Harta Karun Paling Terkenal Di Dunia

10 Pencarian Harta Karun Paling Terkenal Di Dunia

Dengan kemajuan pada zaman sekarang, kita pasti membayangkan bahawa kebanyakan harta karun telah ditemui dan semua itu hanyalah cerita-cerita yang muncul dalam filem. Tetapi, kenyataannya masih banyak harta karun hilang yang masih belum ditemui sehingga sekarang.

Penemuan Harta Karun

Berikut adalah 10 harta karun yang masih lagi tersembunyi dan belum ditemui di dunia.

1. The Amber Room, Rusia

Digambarkan sebagai keajaiban dunia ke-8 oleh orang-orang yang pernah melihatnya, Amber Room merupakan harta karun paling unik sepanjang sejarah.

Merupakan sebuah ruangan berukuran 11 kaki persegi, terdiri dari panel-panel dinding berukuran besar yang bertatahkan beberapa tan batu Amber yang luar biasa, cermin-cermin besar yang di sisi-sisinya terdapat dedaun yang terbuat dari emas, serta empat buah mozaic Florentine yang luar biasa indahnya.

Tersusun dalam 3 tingkat, ruangan tersebut bertatahkan permata-permata yang tak ternilai harganya.

Di dalamnya tersimpan pelbagai koleksi seni buatan Prusia dan Rusia yang paling berharga.

Dibuat oleh Raja Friedrich I dari Prusia utk diberikan kepada Tzar Rusia, Peter yang Agung pada tahun 1716, ruangan Amber terletak di Istana Katherine, St. Petersburg.

Ketika Hitler bersama tentera Nazi menyerang Rusia, ruang Amber dipindahkan dan disembunyikan di suatu tempat yang tidak diketahui dan sehingga kini belum ditemui.

Namun, ada juga teori yang mengatakan bahawa ia telah dimusnahkan oleh tentera Soviet sendiri.

2. The Lost City – Atlantis

Google Ocean sambungan teknologi dari Google Earth telah merakam imej yang luar biasa iaitu Kota yang Hilang, Atlantis.

Kota yang berada sekitar 620 batu di laut dalam barat laut Afrika, berdekatan dengan Kepulauan Canary di Lautan Atlantik.

Menurut ahli falsafah Yunani, Atlantis adalah kota yang sangat maju, berada disebuah pulau sekitar 9,000 tahun yang lalu.

Wilayahnya meliputi Asia sehingga Libya, dengan istana-istana mewah, berlimpah emas dan perak dan merupakan tempat yang tanah dan iklimnya terbaik di dunia.

Tetapi, Plato menulis, Atlantis dikalahkan dalam perang oleh suku-suku lain dan kota itu pun dihancurkan.

3. Blackbeard’s Treasure, Caribbean Island

Perompak termasyur, Blackbeard, sebenarnya hanya mengambil masa selama 2 tahun untuk merompak (1716-1718).

Namun, dalam tempoh tersebut, dia dipercayai telah mengumpulkan banyak sekali barang jarahan.

Ketika Sepanyol sibuk mencari emas dan perak di Mexico dan Amerika Selatan, Blackbeard dan kumpulannya menunggu dengan sabar dan kemudian merompak kapal-kapal yang membawa emas dan perak tersebut ke Sepanyol.

Blackbeard dikenali sebagai perompak yang pintar mengambil kesempatan dengan wilayah operasinya ialah di sekitar Hindi Barat dan pantai Atlantik di Amerika Utara, dengan markas utamanya di kepulauan Bahamas dan Carolina Utara.

Riwayatnya berakhir pada bulan November 1718, apabila Leftenan British, Robert Maynard berjaya menangkap serta menggantungnya, namun harta karunnya tidak pernah ditemui sehingga kini.

4. King Solomon’s Treasure, Jerusalem

Artifak-artifak suci yang dijarah oleh bangsa Rom dari Kuil Yerusalem dipercayai telah disembunyikan di kubah-kubah Vatican.

Artifak ini dianggap sebagai harta karun terbesar Alkitab seperti sangkakala perak yang akan menandakan Kedatangan Mesiah, trompet, lilin emas dll.

Selepas satu dekad, ahli arkeologi, Dr Kensley telah melakar semula peta harta karun itu untuk pertama kalinya.

Menurutnya, harta itu telah meninggalkan Rom pada abad ke 5 menuju Kartago, Constantinopel dan Aljazair sebelum berakhir di padang gurun Yudea.

5. Montezuma’s Treasure, Mexico

Pembantaian ke atas suku Aztec di Mexico yang dilakukan oleh orang-orang Sepanyol menjadi perhatian pada tahun 1520.

Setelah membunuh Montezuma, Hernando Corts dan pasukannya dikepung oleh pahlawan Aztec yang marah, di ibukota Tenochtitlan.

Setelah pertempuran sengit selama beberapa hari, Corts memerintahkan pasukannya untuk mengumpulkan harta Montezuma yang paling berharga lalu membawanya keluar.

Namun, belum begitu jauh mereka melarikan diri, pasukan Aztec berjaya mengejar mereka serta menyerang pasukan Sepanyol di Tasik Tezcuco.

Baki pasukan yang tinggal segera membuang harta rampasan mereka sebelum melarikan diri.

Setahun kemudian, Corts datang lagi dengan pasukannya untuk mengambil kembali harta tersebut.

Namun, penduduk Tenochtitlan telah menyembunyikan harta tersebut dan tidak ditemui sehingga sekarang.

6. Pharaohs Missing Treasure, Egypt

Pada tahun 1922, Howard Carter menemui makan Tutankhamen di Lembah Para Raja (Valley of the Kings), Mesir dan terpesona oleh kemegahan artifak-artifak yang terdapat di makam raja muda itu.

Di sekitar makan tersebut terdapat banyak sekali batu-batu permata serta artifak-artifak lain.

Namun, ketika penggalian makam-makan Firaun lain di akhir abad ke 19, makam-makam tersebut dalam keadaan kosong.

Hampir semua orang sudah tahu bahawa para perompak makam telah menjalankan penjarahan selama berabad-abad yang lalu.

Persoalannya, di manakah harta para Firaun tersebut disembunyikan?

Beberapa pakar percaya bahawa harta tersebut sebenarnya sengaja diambil oleh para pendeta yang melakukan pemakaman ke atas dinasti Raja-Raja Mesir yang ke 20 dan ke 21 (tahun 425-343 SM) di Lembah Para Raja.

Firaun-Firaun di masa itu kononnya tidak melarang untuk mengambil harta yang ada di makam nenek moyang mereka untuk digunakan kembali pada saat pemakaman mereka.

7. The Ark of The Convenant (Perjanjian Tabut ), Jerusalem

Perjanjian Tabut di dalam Alkitab adalah sebuah wadah yang terbuat dari emas yang bertuliskan “10 Perintah Tuhan” selain kononnya tongkat Nabi Musa juga berada didalam kotak itu.

8. Treasure of Lima, Peru

Pada tahun 1820, di Lima (ibu kota Peru) sedang terjadi perang revolusi dan untuk berjaga-jaga, pemerintah kota Lima memutuskan untuk memindahkan harta kekayaan kota itu ke Mexico.

Harta benda tersebut meliputi batu-batu permata, tempat-tempat lilin dan dua buah patung Maria sedang menggendong Yesus berukuran manusia.

Secara keseluruhan, harta itu dianggarkan bernilai U$60 juta yang diangkut menggunakan 11 kapal dan dikemudi oleh Kapten William Thompson.

Malangnya, harta itu dilarikan oleh William Thompson dan menyembunyikannya di Kepulauan Cocos dan tidak pernah ditemui sehingga kini.

Sejak itu, sudah lebih dari 300 ekspedisi pencarian diadakan, namun gagal.

Teori terbaharu mengatakan bahawa, sebenarnya harta tersebut tidak disembunyikan di Kepulauan Cocos, melainkan di sebuah pulau tak dikenali di Amerika Tengah.

9. VOC Treasure, Indonesia

Misteri harta karun VOC di Pulau Onrust memang mengundang perhatian ramai orang kerana kononnya, jumlah harta ini dapat melunaskan semua hutang Indonesia.

Pulau Onrust terletak di teluk Jakarta, 3 jam dari Muara Karang dengan menggunakan kapal laut.

Tempat ini pada zaman Belanda dahulu memang tempat yang paling sibuk, tempat keluar-masuk kapal setelah menjajah kota-kota lain di Indonesia.

Mitos harta karun VOC di pulau Onrust bermula dari keganjilan sejarah, bagaimana sebuah institusi perdagangan sebesar dan sekuat VOC tiba-tiba muflis.

10. Yamashita Treasure, Filipina

Harta karun Yamashita, adalah harta yang dijarah oleh pasukan Jepun ketika Perang Dunia II, dipercayai disembunyikan di sebuah Teluk di Filipina.

Ramai yang percaya kewujudan harta karun Yamashita ditempat ini, tetapi kerana medannya telah berubah, harta ini semakin sukar untuk dicari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: scriptersnews

Maksud Mimpi Melihat Orang Meninggal Kemudian Hidup Lagi

Maksud Mimpi Melihat Orang Meninggal Kemudian Hidup Lagi

Bermimpi tentang orang yang telah meninggal dunia lalu hidup kembali pasti sangat menakutkan. Mimpi menyeramkan seperti ini boleh membuatkan kita berpeluh sejuk dalam tidur hingga terbangun seketika. Mimpi buruk boleh dialami semua orang tidak kira usia bahkan anak kecil sekalipun.

Mimpi Meninggal
Gambar hiasan.

Tidak ada yang ingin mengalami mimpi buruk saat tidur, namun kita tidak dapat memilih dan mengatur seperti apa mimpi yang diinginkan.

Mimpi buruk boleh datang kerana pengaruh fikiran yang sedang kacau dan pengaruh keadaan psikologi, namun menurut sebagian ramalan dan tafsir, mimpi buruk juga mengandungi makna disebaliknya.

Seperti mimpi orang meninggal hidup lagi ini, apakah makna yang terkandung dibalik mimpi yang sangat menyeramkan ini?

1. Maksud Mimpi Orang Meninggal Hidup Lagi, Tanda Panjang Umur dan Mendapat Hidayah

Memimpikan orang yang meninggal lalu hidup kembali boleh maksud bahawa orang yang dimimpikan tersebut akan berumur panjang jika ia masih hidup.

Tidak hanya itu saja, orang yang dimimpikan juga berpeluang untuk mendapat hidayah pada kebaikan.

Jadi, meskipun menyeramkan, mimpi ini ternyata membawa makna yang baik.

2. Maksud Mimpi Melihat Orang Meninggal Hidup Lagi Petanda Baik

Erti lain dari mimpi orang meninggal namun hidup lagi juga menjadi petanda baik untuk diri kamu sendiri.

Ertinya adalah kemungkinan kamu akan mendapat suatu khabar yang baik tentang hal apapun.

Tidak hanya itu, dalam kesulitan dan kesusahan yang kamu alami, akan datang seseorang memberikan pertolongan yang akan membantu melepaskan kesukaran yang dialami.

3. Maksud Mimpi Bertemu Orang Meninggal yang Hidup Lagi di Dalam Mimpi

Kita pasti pernah bermimpi tentang orang yang telah meninggal dunia namun beliau hidup lagi di dalam mimpi.

Ketika orang meninggal hidup lagi dalam mimpi kita dan kita bertemu dengannya, ada beberapa makna yang terkandung dari mimpi bertemu orang yang sudah meninggal tersebut.

Yang pertama adalah, petanda bahawa kita akan mendapat pertolongan dikala sedang dalam masa sukar atau terkena musibah.

Yang kedua adalah, mungkin ada pesanan yang ingin disampaikan orang yang telah meninggal tersebut untuk kita yang ada di dunia.

Atau mungkin ada pesan-pesan terakhir saat beliau masih hidup namun lupa untuk kita tunaikan.

Dan mimpi orang meninggal hidup lagi juga merupakan wujud dari rasa rindu kita kepada orang yang telah meninggal tersebut.

4. Maksud Mimpi Saudara Kita Meninggal dan Hidup Lagi

Berbeza maknanya jika kita bermimpi tentang saudara kita yang masih hidup di dunia meninggal dunia, lalu ia hidup kembali.

Itu ertinya kita harus menjaga hubungan persaudaraan agar lebih baik lagi dan saling memaafkan satu sama lainnya serta menghindari dan mengakhiri segala pertikaian yang ada.

Makna lainnya adalah, saudara yang kita mimpikan ini akan mendapat umur yang panjang.

5. Maksud Mimpi Isteri Kita Meninggal dan Hidup Lagi

Bagaimana jika di dalam mimpi isteri kita yang meninggal lalu hidup kembali? Tidak jauh berbeza dari mimpi yang sebelumnya, yakni bermakna baik untuk isteri.

Ia akan mendapat berkat panjang umur dan sebagai suami kamu harus memperlakukan isteri dengan baik, memenuhi nafkah dan bertanggung jawab sepenuhnya kepada isteri dan keluarga.

6. Maksud Mimpi Diri Sendiri Meninggal dan Hidup Lagi

Ada dua makna yang terkandung dibalik mimpi melihat diri kita sendiri meninggal lalu hidup kembali.

Makna positifnya adalah, kita akan mengalami pelbagai perubahan yang positif dalam hidup dan perkembangan ke arah yang baik.

Namun, makna negatifnya adalah kamu akan merasa tertekan dengan situasi yang sedang dihadapi kerana tuntutan atau beban hidup yang cukup berat.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

sumber: cintalia

Friday, September 20, 2019

3 Cara Mencegah Kehamilan Jika Suami Terpancut Dalam

3 Cara Mencegah Kehamilan Jika Suami Terpancut Dalam

Jika anda melakukan hubungan seks dengan suami tanpa perlindungan, pasti anda risau dan ingin tahu cara mengelak hamil selepas pancut dalam. Suami mungkin tidak suka kondom, anda pula mungkin terlupa, kehabisan atau tidak suka mengambil pil perancang.

Cara Mencegah Kehamilan
Gambar hiasan.

Tapi jangan risau lagi. Kami bawakan kepada anda panduan tentang cara mengelak hamil selepas pancut dalam.

Kontrasepsi Darurat

Kontrasepsi darurat atau cara pencegahan darurat adalah salah satu cara untuk membantu seorang wanita mengelak dari hamil selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan

Dalam erti kata lain, membantu pasangan suami isteri yang bersenggama tanpa sebarang kaedah perancang.

Kontrasepsi darurat dianggap sebagai cara elak hamil selepas pancut dalam yang paling berkesan dan selamat kerana ia telah digunakan sejak 30 tahun lalu namun, penggunaannya kurang meluas di Malaysia.

Cara elak hamil selepas pancut dalam

Di Malaysia, terdapat 2 jenis kontrasepsi darurat iaitu:
  1. Ubat dalam bentuk pil.
  2. Alat kontraseptif yang ditanam dalam rahim (IUCD).

Jika anda tertanya-tanya mengapa kita perlu tahu cara mengelak hamil selepas pancut dalam, ini antara alasannya:–
  • Kontrasepsi darurat memberi peluang untuk wanita mengelak kehamilan yang tidak diingini.
  • Kontrasepsi darurat mengurangkan jumlah kes menggugurkan kandungan.

Bila waktu paling sesuai untuk guna kontrasepsi darurat?

Seseorang wanita memerlukan kontrasepsi darurat apabila:
  • Kondom bocor atau terlucut, maka air mani memasuki faraj.
  • Wanita lupa untuk makan pil perancang keluarga (7 pil yang pertama).
  • Salah kira waktu yang selamat untuk bersenggama.
  • Dipaksa melakukan seks seperti kes rogol.
  • Pasangan gagal mengeluarkan zakar lalu terpancut air mani ke dalam faraj.

3 Cara Elak Hamil

Di Malaysia, terdapat 3 kaedah kontrasepsi darurat.

1. Postinor

Pertama ialah morning-after pill atau Postinor. Ia merupakan ubat hormon yang mampu mencegah persenyawaan.

Cara memakannya:
  • Makan sebiji pil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Lebih bagus jika ambil 24 jam selepas itu.
  • Makan sebiji lagi pil selepas 12 jam.
  • Jumlahnya 2 biji pil.

Jumpa doktor jika haid tidak datang melebihi 3 minggu kerana khuatir anda telah mengandung.

2. Pil Perancang

Kedua adalah dengan mengambil pil perancang keluarga. Makan 4 biji pil perancang selepas 72 jam berhubungan seks.

Kemudian, makan lagi 4 biji pil 12 jam kemudian. Jumlah 8 biji pil.

3. IUCD

Cara ketiga adalah dengan memasang alat IUCD oleh doktor terlatih. Alat itu harus dipasang dalam masa 5 hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan.

Bagaimana kontrasepsi darurat berfungsi?

Kontrasepsi darurat ini berfungsi dengan melambat atau mengelak ovulasi, iaitu proses pelepasan ovum dari ovari.

Ia juga mampu mengurangkan kemungkinan persenyawaan dengan mengganggu pergerakan ovum mahupun sperma.

Selain itu, cara elak hamil selepas pancut dalam ini juga mampu membuatkan selaput dalam rahim menjadi tidak sesuai untuk implantasi.

Jadi, keguguran tidak terjadi kerana sperma “tidak sempat melekat” pada dinding rahim.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah rasa mual dan muntal. Biasanya, sindrom ini akan berlarutan selama 24 jam.

Postinor (atau morning-after pill) lebih senang diambil dan tanpa rasa mual yang terlalu teruk berbanding pil perancang keluarga.

Pil ini seharusnya diambil semula jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas menelan pil.

Peringatan penting:

Kontrasepsi darurat bertujuan untuk mencegah kehamilan dari hubungan intim yang terjadi SEKALI SAHAJA, tanpa perlindungan.

Ia tidak mampu mencegah kehamilan jika hubungan intim tanpa perlindungan itu dilakukan secara berterusan.

Kontrasepsi darurat juga tidak memberi perlindungan terhadap jangkitan akibat seks dan penggunaan yang kerap mampu mengganggu kitaran haid anda.

Ia berkesan dan selamat digunakan dalam masa 72 jam (3 hari) dan 5 hari untuk alat IUCD.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

SBDJ Siri 111: Kelawar Hisap Darah

SBDJ Siri 111: Kelawar Hisap Darah

Kalau diturutkan rasa hati, mahu saja saya menyepak kura-kura yang tertonggok macam besi buruk itu. Akhirnya saya sedar, bahawa saya tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya di malam yang kian dingin.

Toyol jadi-jadian

"Macam mana kalau aku campakkan kura-kura ini keluar," Mat Prai mempamerkan kemarahan.

Sepasang matanya segera diarahkan ke arah belakang kura-kura. Mat Prai terus membongkokkan badannya sambil berusaha mahu memegang badan kura-kura.

"Jangan."

Saya segera menyergah. Mat Prai terus menegakkan badannya semula.

"Kenapa Tamar?"

"Biar dia pergi sendiri. Saya bimbang ini bukan kura-kura betul, agaknya ini kura-kura jelmaan," tutur saya lagi.

Dedaun hutan yang dijadikan atap pondok mula bergerak-gerak, malah ada yang jatuh ke tanah akibat disentuh angin.

Aneh! Angin yang bertiup lembut secara mendadak bertukar menjadi keras. Saya terdengar reranting tua jatuh bertalu-talu ke tanah. Saya dan Mat Prai terdengar bunyi suara tupai.

Semuanya mengundang kecemasan dalam diri. Ganjil sekali, bila tupai berbunyi malam.

Dalam rasa serba salah dan takut itu, terdengar suara harimau mengaum. Beberapa ekor kelawar berterbangan dalam pondok.

Salah seekor dari kelawar itu jatuh di depan saya dan Mat Prai. Jarak kelawar itu dengan badan kura-kura kira-kira tiga hasta saja.

Bentuk kelawar yang jatuh itu agak berbeza dengan kelawar-kelawar yang biasa saya lihat.

Bentuk badannya agak besar, sayapnya juga agak lebar. Bulunya berwarna kekuningan dan biji matanya tersembul seperti memancar-mancarkan cahaya api.

"Kamu tengok giginya."

Saya segera mengarahkan mata ke arah yang disebutkan oleh Mat Prai. Darah saya tersirap melihat muncung kelawar yang bentuknya macam muncung babi hutan. Giginya yang putih dan besar menyeringai ke arah saya.

"Ini kelawar puntianak jenis penghisap darah," kata saya pada Mat Prai.

"Berbahaya," jawab Mat Prai cemas.

"Biar aku bunuh Tamar."

Sebaik Mat Prai selesai bersuara, kelawar di depan kami terus berbunyi dengan nyaring.

Kedua belah kepaknya dikembangkan dan terus terbang, berpusing-pusing dalam pondok kecil.

Dan kura-kura terus hulurkan kepalanya, seolah-olah turut menyaksikan apa yang dilakukan oleh kelawar itu.

KELAM

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya lemparkan pandangan ke arah luar pondok. Malam yang gelap pekat itu membuat saya tidak dapat melihat apa-apa pun.

Deru angin terus mengasak lubang telinga di samping bunyi telapak kaki manusia memijak reranting dan dedaun kering di setiap sudut pondok.

"Panggil Datuk kamu, Tamar"

Mat Prai keluarkan cadangan. Saranan itu tidak dapat saya terima. Terlalu awal rasanya untuk menyampaikan perkara ini pada Datuk.

Biarlah Datuk dan Pak Imam menyelesaikan urusan mereka.

Bila melihat saya tidak memberikan sebarang reaksi, Mat Prai mengulangi pertanyaannya lagi.

"Tak payah," kata saya tegas.

Terbayang kehampaan di wajah Mat Prai. Tetapi, kehampaan itu segera digantikan oleh rasa cemas dan terkejut yang amat sangat. Kura-kura ganjil bergerak dan hilang dengan sekelip mata.

"Dia datang."

Mat Prai arahkan telunjuk kepada kelawar secara mendadak muncul kembali dalam pondok. Kelawar itu terus berlegar-legar dalam pondok.

Kelawar itu terus menerkam ke arah pelita minyak tanah ambil mengembangkan sayapnya lebar-lebar.

Bila berada betul-betul di atas muncung api pelita minyak tanah, kelawar itu terus memukulkan kepaknya ke arah sumbu pelita.

Api pelita padam dengan serta-merta. Saya bertambah menggelabah, badan terus menggeletar.

"Aduh..tolong.."

Suara Mat Prai meninggi. Saya terus berusaha mencari mancis api. Raba sana, raba sini, Mancis tak juga ditemui. Mat Prai terus mengerang kesakitan.

"Muka aku berdarah, Tamar."

"Kenapa?"

"Dicakar kelawar, eh kelawar itu cuba gigit batang leher aku. Tolong aku.. ah.." suara Mat Prai terus berhenti.

Saya terdengar tubuhnya jatuh ke tanah lalu dituruti dengan bunyi pergelutan yang hebat di malam yang gelap.

Saya terus menyeru nama Mat Prai berkali-kali. Sayangnya saya tidak menerima sebarang jawapan.

Apa yang saya dengar ialah tarikan nafas Mat Prai tercungap-cungap. Saya tidak boleh berdiam diri, mesti bertindak untuk menyelamatkan Mat Prai. Saya mula meraba-raba ke arah badan Mat Prai.

Lain yang saya raba dan saya cari, lain yang saya dapat. Mancis api sudah berada dalam tangan saya.

Anak mancis saya lagakan di badannya. Api pun memancar dan sumbu pelita segera saya bakar.

Kawasan sekitar terang benderang. Anak mata saya melilau mencari tubuh Mat Prai.

"Ya Allah," jerit saya.

Mat Prai terlentang mukanya berdarah bersama dengan calar-calar. Bajunya habis koyak-rabak, saya lihat di batang tengkuknya ada benda hitam sebesar telapak tangan.

Saya segera mendekatinya. Tanpa membuang masa saya terus membaca petikan ayat-ayat Al-Quran untuk menghalau syaitan.

Selesai membacanya, saya seperti memperoleh sebuah kekuatan yang agak luar biasa. Saya tidak takut dan cemas.

Bunyi-bunyi yang menakutkan sekitar pondok terus hilang. Begitu juga dengan kelawar aneh, tidak kelihatan lagi.

PANGKAL

Perlahan-lahan saya pangku kepala Mat Prai. Kemudian saya heret tubuh Mat Prai keluar dari pondok.

Saya sandarkan ke pangkal pokok yang tidak saya ketahui jenisnya. Dedaun kering dan reranting yang bersepah sekitar pangkal pokok saya kumpulkan.

"Kuku kelawar cukup bisa, semua kulit muka terasa pedih," ratap Mat Prai.

Saya segera anggukkan kepada. Darah di mukanya saya kesat dengan kain yang saya koyak dari hujung baju.

Dengan diterangi oleh sinar lampu minyak tanah, saya dapat melihat betapa dalamnya cakaran dari kuku kelawar aneh di muka Mat Prai.

"Tunggu," itu yang saya ucapkan padanya.

"Kau nak ke mana, Tamar? Kau nak panggil Datuk kamu?"

"Ya," saya anggukkan kepala.

Tanpa membuang masa saya terus membakar longgokan dedaun kering dan reranting. Dengan sekelip mata, api terus marak.

Seluruh kawasan di bawah pokok terang benderang, macam siang. Cengkerik dan katak puru yang berlompatan jelas kelihatan.

Mat Prai agak terkejut dengan apa yang saya buat. Dia terus berdiri sambil memeluk pangkal pokok.

"Kenapa kau buat semuanya ini, Tamar? Kau nak bunuh aku atau kamu kerasukan syaitan?"

"Bukankah kita memerlukan Datuk? Inilah cara memanggilnya."

"Hiss, kamu, kenapa tidak kau laungkan saja dari sini?"

"Ada pesan Datuk untuk saya."

"Pesan?" Mat Prai bertambah terkejut.

Dia merasakan yang saya mahu mempermainkan dirinya.

"Apa pesan Datuk kamu, budak syaitan?" jerit Mat Prai.

Kemarahannya sudah tidak dapat di kawal lagi. Dari gerak-gerinya meyakinkan hati saya yang Mat Prai mahu melakukan sesuatu terhadap saya. Dia yakin saya sudah kemasukan syaitan.

"Eh, budak syaitan apa pesan Datuk kamu?" dalam keadaan terhuyung-hayang kerana menahan kesakitan. Mat Prai segera mendekati saya.

"Kata Datuk, jangan laungkan namanya waktu dinihari, lebih-lebih lagi dalam masa kecemasan, nanti syaitan tumpang menyahut," jelas saya dengan tenang.

Mat Prai tidak jadi melangkah untuk mendekati saya.

Perlahan-lahan Mat Prai undur lalu bersandar di perdu pokok dengan sepasang matanya tertumpu ke arah dedaun dan reranting kering yang dimamah api.

Nampaknya Mat Prai mula yakin yang diri saya tidak dirasuk syaitan.

Dengan keadaan terhuyung-hayang Mat Prai terus mengutip dedaun kering dan reranting lalu dicampakkannya ke dalam api yang sedang marak.

"Eh! Kenapa Tamar?"

Darah saya tersirap. Bahu kanan saya dipaut dari arah belakang. Reranting kayu dalam genggaman saya segera terlepas. Jatuh berserakan di hujung kaki.

Angin malam terus bertiup, bersama bunyi cengkerik dan jeritan burung hantu yang memanjang.

Lolongan anjing yang sayu dan memanjang menegakkan bulu tengkuk.

"Eh, kenapa Tamar?" ulang Datuk untuk kedua kalinya sambil menatap wajah saya yang berada dalam keadaan terkejut. Tidak dapat saya pastikan dari arah mana Datuk muncul.

Walau bagaimanapun, kedatangannya amat menggembirakan hati saya dan Mat Prai. Segera saya mendekati Datuk untuk menerangkan keadaan sebenar.

Belum pun sempat saya melakukan sesuatu, Mat Prai terus memeluk Datuk.

"Kenapa dengan muka kamu?" tanya Datuk lalu memimpin Mat Prai ke kawasan yang agak samar-samar.

Datuk terus dudukkan Mat Prai di situ. Datuk kesat kesan darah di muka Mat Prai dengan sehelai daun lebar yang dipetik dari sebatang pokok di sebelah kanan tempat Datuk duduk bertinggung.

"Muka saya dicakar kelawar besar, Ayah Alang," nada suara Mat Prai yang keras dan meninggi itu membayangkan dirinya memiliki semangat baru, akibat kehadiran Datuk di sisinya.

Datuk terus menatap dengan teliti cakar-cakar di muka Mat Prai.

"Kukunya tak berapa dalam terbenam dalam daging muka kamu. Bisanya juga tak seberapa," tutur Datuk lagi sambil menekankan hujung jari kelengkeng ke pipi Mat Prai.

Setiap kali hujung jari Datuk ditekan, kedua belah kelopak mata Mat Prai kelihatan mengecil menahan rasa sakit.

Anehnya! Mat Prai tidak memperlihatkan sebarang tindak balas terhadap perbuatan Datuk itu, meskipun, perbuatan Datuk itu mendatangkan rasa sakit pada dirinya.

Agaknya, kelawar yang menyerang saya itu, kelawar jadian yang sudah dipuja," sambil menarah rasa sakit, Mat Prai bersuara tersangkut-sangkut.

Datuk tidak memberikan sebarang jawapan. Jari telunjuk Datuk terus berlari atas permukaan kulit muka Mat Prai.

"Kita hanya berusaha dan berdoa, untuk menyembuhkannya adalah milik Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang," kata Datuk tenang.

Dia berhenti menyentuh kulit pipi Mat Prai dengan hujung jari telunjuknya.

TIUP

Angin malam terus bertiup, lolongan anjing liar di kali bukit bersama nyanyian burung hantu, bertalu-talu memukul gegendang telinga.

Di celah-celah suara anjing dan burung hantu itu masih saya dapat dengar suara Pak Imam membaca surah Yasin.

"Taruhkan lagi daun dan ranting kering dalam api tu," Datuk mengeluarkan arahan.

Cakapnya segera dipatuhi. Api terus marak, kawasan sekitar terus terang benderang.

Dengan pertolongan cahaya api, Datuk terus memilih pepucuk daun yang hijau. Jumlahnya lebih kurang dua puluh helai.

Pepucuk itu dijadikan empat longgok dan setiap longgok mengandungi lima helai.

Longgokan itu diletakkan sederet di depannya sambil duduk bertinggung Datuk terus menepuk kedua belah tapak tangannya tiga kali berturut-turut.

Mulutnya kelihatan bergerak-gerak semacam membaca sesuatu. Mat Prai seperti menerima arahan tertentu terus duduk berdepan dengan Datuk.

"Di depan kamu ada lima longgok pucuk daun yang baru aku petik. Sekarang, kamu pejamkan kedua belah mata.

"Kemudian kamu pegang salah satu longgok daun tu dan serahkan kepada aku. Faham tak apa yang aku cakapkan?" tutur Datuk kepada Mat Prai.

"Faham," sahut Mat Prai sambil merenung ke arah saya yang telah mencampakkan dedaun dan reranting kering ke dalam api yang kian membesar.

Muka saya mula terasa panas akibat terkena bahang dari api yang saya nyalakan.

Di malam yang dingin itu badan saya mula diruapi peluh-peluh halus, tetapi, tangan tidak berhenti melontarkan ranting kering ke dalam api.

Bara api yang terkena ranting terus mengeluarkan percikan bunga api, naik ke udara.

"Mulakan sekarang," kata Datuk.

"Sekarang?" Mat Prai seperti terkejut.

Dia memang tidak menduga secepat itu Datuk menyuruh dia melakukan tugas tersebut.

Bila melihat Mat Prai agak keberatan dan ragu-ragu untuk mematuhi perintahnya, Datuk terus bersuara dengan lantang dan garang.

"Pejamkan mata, buat apa yang aku suruh!"

"Baiklah Ayah Alang. Tapi saya takut ada sesuatu yang buruk terjadi."

"Tak apa, buatlah apa yang aku suruh," nada suara Datuk cukup lembut.

Matanya penuh simpati merenung ke arah muka Mat Prai.

Mungkin untuk memberikan semangat (pemulih) Datuk terus meraba cuping telinga Mat Prai tiga kali berturut-turut.

Hasilnya, Mat Prai kelihatan lebih agresif dan berani. Mukanya nampak merah.

"Saya mulakan sekarang Ayah Alang."

"Silakan Mat Prai."

Mat Prai terus duduk bersila. Kedua belah kelopak matanya dicantumkannya. Sepasang bibir bergerak mengucapkan Bismillah.

Tangan kanannya bergerak dan akhirnya menyentuh longgokkan pepucuk daun yang terletak dilonggokkan ketiga di sebelah kiri. Diserahkannya pada Datuk.

Datuk hanya mengambil sehelai sahaja untuk diletakkan atas kepala lutut kanan. Selebihnya Datuk letak di bawah paha kiri.

"Saya boleh buka mata sekarang Ayah Alang?"

"Tak boleh kecuali bila aku suruh."

"Saya tak sanggup Ayah Alang," kata Mat Prai tersekat-sekat.

"Macam-macam yang saya lihat dalam mata ni, semuanya menakutkan," sambung Mat Prai.

Kedua belah tangannya merewang ke kiri dan ke kanan. Dahinya terus berkedut, kedua belah bulu keningnya hampir bertemu, membayangkan rasa takut dan cemas melihat sesuatu yang amat menakutkan.

"Sekarang di depan kamu ada empat longgok lagi. Aku mahu kamu ambil satu persatu dan serahkan pada aku, macam kamu buat tadi," Datuk mengingatkan Mat Prai.

"Baik Ayah Alang."

Mat Prai terus mencakup longgokan itu satu persatu. Diserahkan kepada Datuk.

Macam tadi juga, Datuk hanya mengambil sehelai saja. Manakala bakinya Datuk letakkan di bawah paha.

Bila sudah cukup lima helai pucuk daun hutan berada di atas kepala lutut Datuk, dia segera membongkokkan badannya untuk mengambil pucuk dedaun hutan itu dengan mulut.

SABAR

Dengan sabar Mat Prai menanti arahan dari Datuk untuk membuka kelopak matanya dan Datuk pula tidak ambil kisah dengan Mat Prai yang tertonggok di depannya.

Dia seolah-olah menganggap Mat Prai bagaikan tidak wujud di depannya.

Pucuk daun berubah tempat, dari atas kepala lutut ke telapak tangan Datuk.

Pucuk-pucuk daun itu Datuk ramas hingga mengeluarkan air kental yang berwarna kehijau-hijauan dan berlendir. Air disapukan oleh Datuk ke muka Mat Prai.

Hampas dari pepucuk yang diramas itu ditampalkan ke kulit muka Mat Prai. Tidak memadai dengan itu, Datuk terus melekapkan daun yang disimpan di bawah paha kiri ke muka Mat Prai.

"Sekarang buka mata kamu."

Mat Prai membuka matanya. Saya ketawa kecil melihat wajah Mat Prai yang melucukan dibalut oleh dedaun hutan. Cuma biji matanya saja yang bergerak.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang muka Mat Prai tidak ubah macam muka orang pada zaman primitif.

"Kamu jangan gerakkan kulit muka, duduk diam di situ selama sepuluh minit. Mata kamu renung ke langit," kata Datuk sambil bangun.

Mat Prai resah sendirian dan saya tidak pernah lupa dengan tugas mencampakkan reranting kering ke dalam api.

Datuk mundar-mandir, di depan api dengan kedua belah tangannya memeluk tubuh.

"Macam mana kalau kelawar tu datang menyerang saya. Ayah Alang tak benarkan saya bergerak," Mat Prai memprotes.

Datuk segera memalingkan muka ke arah Mat Prai. Dia seperti terkejut dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Mat Prai itu.

Kata-kata itu seolah-olah membayangkan keraguan Mat Prai terhadap keupayaan Datuk mengatasi masalah yang dihadapi.

"Tak apa Mat Prai, aku ada di sini," balas Datuk.

"Saya yakin kalu kelawar tu datang Ayah Alang tak boleh buat apa-apa, kelawar tu kelawar jadi-jadian," sanggah Mat Prai.

Datuk menarik nafas panjang. Bersama sebuah senyuman dia menjatuhkan sepasang tangannya lurus ke bawah.

"Oooppp..."

Datuk melompat sambil membuka buah silat dengan kedua belah tulang sikunya menghala ke arah sepasang biji mata sebesar buah pinang dara.

Pokok-pokok renek di depannya bergerak seperti dirempuh sesuatu.

"Harimau," kata saya cemas.

Seekor harimau sebesar lembu jantan yang cukup dewasa berada di depan Datuk.

Harimau itu tidak mengaum tetapi, membuka mulutnya perlahan memperlihatkan dua batang siung yang putih dan besar. Bahagian dagu harimau bergerak-gerak.

Harimau yang tidak di undang itu merendahkan badannya dengan sepasang kakinya dilunjurkan ke depan sementara kedudukan kaki belakangnya tidak berubah.

Saya kira harimau itu mahu melakukan satu lompatan yang kencang untuk menerkam ke arah batang tengkuk Datuk.

Andainya Datuk tidak dapat mengelak terkaman pertama sudah pasti leher Datuk patah.

Di saat itu saya memikirkan hal itu, harimau besar terus melakukan satu lompatan.

Datuk mengelak ke kiri, harimau terus menerkam. Elak ke kanan harimau menerpa tanpa tangguh-tangguh. Datuk dan harimau terus bersilat.

Tamparan harimau dapat Datuk elakkan dengan berguling di tanah. Datuk menggolekkan tubuhnya ke arah api yang marak.

Bagaikan kilat Datuk menyambar ranting yang dimakan api. Datuk segera bangun, harimau terus melompat melepasi kepala Datuk.

Ketika harimau berada di udara dan bahagian perutnya betul-betul berada di atas kepala Datuk, tanpa membuang masa Datuk terus melakukan tindakan mengejut.

Dia terus bertinggung sambil meletakkan ranting kayu terbakar atas bumi.

"Uhhh..."

Pekik Datuk lalu mencapai ranting kayu. Secepat kilat ranting terbakar itu dijolokkan ke bahagian perut harimau.

Harimau terus mengaum dengan nyaring dan jatuh ke rimbunan pokok-pokok renek dan akhirnya terus hilang. Ghaib entah ke mana.

Datuk terus bangun sambil menepis dedaun kering yang melekat pada bajunya. Dia renung saya dengan senyuman kepuasan.

"Harimau sesat nak cari durian," katanya dengan tenang melangkah mendekati Mat Prai yang kelihatan kaku.

Pada hemat saya, mungkin Mat Prai terkejut melihat kemampuan Datuk bersilat dengan harimau yang tidak di undang.

Datuk terus menepuk bahu kanan Mat Prai dua tiga kali. Mat Prai gerakkan tubuhnya lambat-lambat.

"Bangun."

Dia segera bangun, patuh dengan perintah Datuk. Mat Prai toleh kiri dan kanan. Kebimbangan berkocak dalam dadanya.

"Kau bongkokkan badan macam orang rukuk sembahyang," datang lagi arahan dari Datuk.

Macam tadi, Mat Prai tetap mematuhi apa saja cakap Datuk.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 111/284

BACA: SBDJ Siri 110: Kura-kura Mata Hijau
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Manfaat Dan Kebaikan Berbekam Dalam Kajian Saintifik

Manfaat Dan Kebaikan Berbekam Dalam Kajian Saintifik

Banyak kajian ke atas terapi bekam secara saintifik telah dijalankan terutamanya oleh negara-negara timur tengah, China, India dan juga Malaysia dalam usaha untuk membuktikan kebaikan dan kelebihan berbekam untuk kesihatan.

Manfaat Berbekam

Antara kebaikan berbekam yang kami ingin kongsikan hasil pembacaan berkenaan kajian saintifk yang dijalankan antaranya adalah seperti berikut.

1. AntiOksidan

Bekam meningkatkan antioksida badan melalui adaptasi terhadap stres.

Kawasan bekam akan mengalami keradangan hasil tekanan darah di dalam cawan dan pengaktifan sel darah dan badan juga menjadi lebih bertenaga hasil daripada penjanaan bateri sel badan iaitu mitokondria yang membebaskan ATP (tenaga).

Manipulasi redoks mampu memberi kesan positif kepada mereka yang mempunyai masalah alergi, autoimmune, kanser, jangkitan kuman dll.

2. Mengurangkan Kesakitan

Bekam membuang “substance P” (penyebab radang) daripada saraf hujung sumber kesakitan (nociceptor). Hasilnya kesakitan akan berkurangan.

Maka sebab itu bekam sangat popular untuk mengurangkan sakit kepala, carpal tunnel syndrome, lutut, sakit belakang dll kerana ia mampu mengurangkan kesakitan dengan KETARA.

3. Memulihkan Sel

Bekam meningkatkan pemulihan sel melalui peningkatan “growth factor” hasil daripada pengaktifan sel pembekuan darah.

Vasculoendothelial growth factor (VEGF) contohnya penting untuk pembinaan salur darah baru.

FGF pula merupakan growth factor yang mempunyai pelbagai fungsi (pluripotent growth factor).

Antara fungsinya mengikut beberapa kajian ialah membina salur darah baru di jantung (angiogenesis), menyusun dan menumbuhkan sel-sel kulit, memulihkan luka dan penting bagi perkembangan sistem saraf badan.

4. Baik Untuk Kesihatan Organ Tubuh

Terdapat juga kajian menunjukkan bekam mengurangkan kerosakan buah pinggang, merendahkan gula darah, memperbaiki profil kolesterol (meningkatkan HDL, mengurangkan TG dan LDL) darah.

Terdapat juga kajian ke atas perokok yang berbekam menunjukkan saturasi oksigen yang lebih tinggi dan lebih senang bernafas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fb