Wednesday, September 25, 2019

Siapa Pencipta Ajinomoto?

Siapa Pencipta Ajinomoto?

Sudah berdekad-dekad lamanya kita diberitahu bahawa MSG berbahaya dan mendatangkan banyak kesan sampingan kepada tubuh yang boleh menyebabkan keguguran rambut, dahaga, sakit kepala atau migrain, tekanan darah tinggi dan kanser.

Fakta Ajinomoto

Dakwaan terbabit sebenarnya mitos kerana tiada bukti yang menyokongnya. Sebaliknya selepas dikaji secara menyeluruh, klinikal dan saintifik oleh pelbagai organisasi antarabangsa bebas, semuanya membuat kesimpulan sama, MSG selamat setiap masa.

Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat turut mengklasifikasi MSG di bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS).

Malah, di Malaysia MSG dikategorikan sebagai bahan perisa makanan umum yang sama dengan garam dan lada sulah mengikut Akta dan Peraturan Makanan 1985.

Mungkin segelintir kita tidak setuju bahawa MSG selamat dimakan kerana tanggapan buruk yang diterapkan sejak kecil, namun sebelum menyangkal fakta sebenar mengenai MSG adalah lebih baik kita memahami dulu apa sebenarnya bahan perisa ini.

MSG adalah garam natrium asid glutamik yang dijadikan penambah rasa makanan dan digunakan secara efektif sejak sekian lama untuk menonjolkan rasa terbaik masakan.

Apabila MSG ditambah ke dalam masakan, ia memberikan fungsi rasa mirip seperti glutamat yang ada secara semulajadi dalam makanan.

Komponen terkandung dalam MSG tulen adalah 10 peratus air, 12 peratus natrium dan 78 peratus glutamat.

Apabila dimakan, MSG diasingkan oleh badan kepada jumlah kecil natrium dan glutamat.

Glutamat

Glutamat pula adalah asid amino yang boleh didapati secara semula jadi dalam makanan berprotein seperti sayur-sayuran, daging lembu, ayam dan itik juga susu ibu.

Glutamat kebanyakannya terikat iaitu bercantum dengan asid amino yang lain bagi membentuk molekul protein, manakala bentuk pula tidak bercantum dengan protein. Hanya glutamat bebas yang efektif dalam mempertingkatkan rasa makanan.

Makanan yang sering digunakan dalam masakan seperti tomato dan cendawan mempunyai tahap glutamat bebas semulajadi yang tinggi.

Tubuh manusia pula mengandungi kira-kira 10 gram (g) glutamat bebas. Otak manusia mengandungi 2.3 g glutamat, sebanyak 6 g ada dalam otot, 0.7 g masing-masing dalam hati dan buah pinggang, manakala 0.04 g lagi dalam darah.

Menurut graf ditulis pakar rasa makanan, Kumiko Ninomiya, yang diterbitkan dalam Food Review International 1998, glutamat menyumbangkan lebih separuh keseluruhan kandungan asid amino dalam susu ibu pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi.

Malah, bayi juga terlebih dulu mengenal penambah rasa sejak dalam kandungan apabila air ketuban mengandungi kira-kira 2.2 miligram (mg) dalam setiap 100 mililiter (ml) glutamat.

MSG selalunya diperbuat melalui proses penapaian yang sama dengan pembuatan kicap, cuka dan dadih.

Proses bermula dengan memeram jagung, bit gula atau tebu dan produk yang terhasil adalah hablur putih murni yang mudah larut dan sebati dalam kebanyakan makanan.

Natrium

Menurut Pakar Pemakanan dan Pensyarah Kanan Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Zulfitri Azuan Mat Daud, natrium adalah unsur penting yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam jumlah kecil untuk mengawal jumlah air dalam badan (elektrolit), mengawal fungsi otot dan saraf, serta mengekalkan sistem peredaran darah supaya berfungsi dengan baik.

Tubuh kita memerlukan natrium untuk mengawal tekanan darah dan melindungi darah daripada membeku serta berperanan penting bagi mengawal kontraksi otot jantung menjadikan unsur ini penting dalam keseluruhan kesihatan sistem kardiovaskular.

Malah, natrium juga berperanan dalam sistem penghadaman dengan membantu proses metabolisme makanan.

Sumber utama natrium adalah garam (natrium klorida), apabila ada kira-kira 40 peratus mineral itu dalam garam biasa.

Sumber lain natrium ialah pelbagai bahan yang kita tambah dalam makanan seperti MSG, natrium bikarbonat, natrium nitrit, natrium sakarin dan natrium benzoat, manakala bahan semula jadi seperti daging dan susu.

Fungsi natrium dalam makanan sebagai bahan pengawet untuk menghalang pertumbuhan patogen bawaan makanan, natrium juga diguna untuk mengubah suai rasa, mengikat ramuan, menambah warna dan penstabil.

Orang dewasa disaran mengambil tidak lebih daripada satu sudu kecil garam sehari bersamaan dengan 5 g garam atau 2,000 mg natrium mengikut panduan pengambilan garam yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2012.

Jumlah ini merangkumi natrium yang wujud secara semulajadi dalam makanan dan juga yang ditambah sewaktu pemprosesan atau memasak makanan.

Bahaya Garam Berlebihan

Walaupun garam penting untuk metabolisme tubuh, pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

Penyakit terbabit juga adalah faktor risiko mendapat strok, serangan jantung, kegagalan jantung, buta dan kegagalan buah pinggang.

Data yang dipetik daripada Global Burden Disease pada 2010 menyatakan, kematian disebabkan angka tekanan darah tinggi lebih tinggi dibandingkan dengan merokok dan diabetes serta kolesterol tinggi.

Hampir 70 peratus penyedia penjagaan kesihatan menasihatkan pesakit mereka untuk mengelakkan penggunaan garam biasa dan mengurangkan garam dalam masakan tetapi bagi kebanyakan orang, tabiat ini tidak mungkin mengakibatkan pengurangan garam utama.

Beberapa langkah untuk mengurangkan pengambilan natrium (garam biasa) termasuk memakan makanan segar, kurangkan pergantungan pada makanan proses, baca label maklumat nutrisi, ambil tahu saiz hidangan, tegas ketika memilih makan di luar, gunakan perisa semula jadi herba dan rempah serta guna penambah rasa menggantikan natrium dalam masakan.

Jawatankuasa Strategi Mengurangkan Pengambilan Natrium di Amerika Syarikat mencadangkan pengurangan garam dengan menggantikan garam dalam makanan dengan sebatian bahan perisa lain atau menerusi teknik perisa lain.

Contoh sebatian tambahan yang paling menonjol sebagai pengganti membabitkan asid glutamik iaitu asid amino.

Menggabungkan asid glutamik dengan natrium mewujudkan sebatian perisa MSG. Penambah rasa ini memberikan rasa enak sebagaimana rasa garam biasa dalam makanan.

Beberapa kajian menunjukkan tidak mustahil untuk mengekalkan keenakan makanan dengan menurunkan keseluruhan tahap natrium dalam makanan apabila MSG digantikan dengan garam.

Mengurangkan pengambilan natrium boleh menurunkan tekanan darah dan merendahkan risiko penyakit.

Hyponatremia

Penambah rasa juga bukan saja mengenakkan makanan, malah ia murah. Pengurangan natrium jangan sampai tidak diambil langsung kerana boleh mengakibatkan masalah hyponatremia.

Hyponatremia adalah tahap garam dalam darah terlalu rendah sedangkan garam adalah elektrolit yang membantu kawalan jumlah air dalam sel tubuh.

Akibatnya, pesakit akan berasa loya dan muntah, sakit kepala, keliru, tidak bertenaga, otot kejang, sawan dan koma.

Sejarah Ajinomoto

Penambah rasa daripada asid amino dikenali secara saintifik sebagai rasa asas kelima selain manis, masam, masin dan pahit.

Rasa asas kelima ini yang membuka selera, ditakrifkan seperti sup atau semacam daging, dipanggil umami yang diambil daripada perkataan Jepun iaitu umai dan mi bermaksud rasa yang menyelerakan.

Umami awalnya ditemui saintis Jepun, Profesor Kikunae Ikeda, pada 1908. Ketika itu, beliau tertanya-tanya apa yang memberikan rasa menakjubkan pada sup rumpai laut, Dashi, sebelum melakukan penyelidikan.

Hasilnya, Profesor Ikeda menemui sejenis bahan dalam rumpai laut yang memberikan rasa enak berkenaan. Itulah asid glutamik atau glutamat dalam bentuk hablur seperti garam biasa.

Setahun kemudian, Profesor Ikeda menghasilkan MSG daripada garam natrium asid glutamik secara komersial dan menjualnya sebagai penambah rasa masakan untuk kegunaan harian dengan jenama Ajinomoto.

Beliau juga percaya dapat menambah baik kandungan zat makanan penduduk Jepun melalui umami selepas mendapati jasmani mereka lebih rendah berbanding orang Barat yang tinggi disebabkan pengambilan zat makanan.

Selepas penemuan Profesor Ikeda, beberapa kajian lagi mengenai umami dijalankan dan hasilnya, dua lagi bahan utama pada rasa asas kelima ini ditemui dua lagi saintis Jepun.

Pada 1913, Shintaro Kodama menemui sumber umami dalam ikan tuna kering iaitu nucleotide inosinate, manakala Dr Akira Kuninaka menemui nucleotide guanylate dalam cendawan shitake pada 1957.

Umami terhasil melalui kehadiran protein berikutan rasa bahannya diperoleh daripada asid amino bebas iaitu glutamat atau nucleotida yang biasanya ditemui dalam makanan berasaskan protein.

Perasa umami berupaya menghasilkan gabungan penuh sensasi rasa, memuaskan tekak dan mengasah selera untuk makan terutama sayuran.

Penggunaan penambah rasa MSG memberikan manfaat apabila ia mengurangkan pengambilan natrium sehingga 30 peratus.

Dengan hanya menggunakan sejumlah kecil MSG tulen atau perasa umami ini, pengambilan natrium boleh dikurangkan antara 20 hingga 30 peratus dan pada masa sama mengekalkan kelazatan makanan.

Dalam MSG, hanya ada 12 peratus natrium berbanding garam biasa yang mengandungi 40 peratus natrium.

Selain melazatkan makanan, umami membantu meningkatkan selera makanan dan menggalakkan pengambilan nutrien dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

Pengurangan natrium disebabkan pengambilan umami mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan lain.

Reseptor (sel dalam tubuh yang peka terhadap rangsangan tertentu) umami bukan saja ada pada lidah, malah dalam perut.

Kajian terkini menunjukkan reseptor umami dalam perut kita berupaya mengenal pasti makanan yang mengandungi umami dan seterusnya menggalakkan penghadaman makanan berprotein.

Ini bermaksud, makanan yang berasa umami termasuk makanan yang ditambah dengan penambah rasa Ajinomoto bukan saja menyelerakan, malah memperbaiki penghadaman makanan berprotein dan meningkatkan pengambilan nutrien untuk kehidupan sihat.

MSG boleh digunakan dalam banyak makanan berperisa termasuk daging, ikan, ayam, itik, pelbagai jenis sayur-sayuran serta dalam sos, sup dan bumbu.

MSG mempertingkatkan rasa masin dan masam tetapi hanya berkesan sedikit atau tidak langsung terhadap makanan yang manis atau pahit.

Tiada had penggunaan bagi MSG kerana badan saintifik dan penguat kuasa seperti Jawatankuasa Pakar Bersama Bangsa-bangsa Bersatu (JECFA) meletakkan MSG dalam kategori paling selamat iaitu Pengambilan Harian Boleh Diterima (ADI) tidak dikhususkan berdasarkan data saintifik yang menyeluruh.

Bagaimanapun, MSG adalah bahan yang terhad dengan sendirinya dan apabila jumlah yang mencukupi digunakan, penggunaan tambahan hanya menyumbang sedikit atau tidak langsung kepada perisa makanan.

Malah, menambah terlalu banyak MSG boleh menyebabkan makanan kurang enak dan membazir.

Tiada kajian merumuskan bahawa MSG menyebabkan rambut gugur dan sakit kepala atau migrain.

Banyak punca yang diketahui bagi sakit kepala termasuk diet dan stres serta teori lain termasuk keturunan, masalah otak neuro dan masalah saluran darah. MSG hanyalah glutamat, asid amino yang paling biasa dalam bentuk garam natrium.

Glutamat dan natrium tidak memiliki sebarang ciri karsinogen oleh itu ia tidak menyebabkan kanser.

Walaupun dengan pelbagai kajian yang dilakukan, masih tiada bukti saintifik atau klinikal yang menyokong tuntutan palsu bahawa MSG menyebabkan kanser.

Malah, MSG juga tidak menyebabkan dahaga sebaliknya rasa kekurangan air ini disebabkan oleh garam yang berlebihan dalam makanan. Sekiranya natrium, komponen utama dalam garam adalah berlebihan kita akan berasa dahaga.

Bagaimanapun, saintis berpendapat simptom yang timbul selepas mengambil makanan mengandungi MSG disebabkan oleh sebilangan manusia sebenarnya mempunyai alahan terhadap bahan penambah rasa itu, sama dengan mereka yang alah pada makanan laut atau telur.

Bahaya MSG Terlalu Banyak

MSG dikatakan berbahaya, beracun dan bertoksik selepas berlaku Sindrom Restoran Cina (CRS) iaitu ketidakselesaan sementara yang dialami sesetengah orang selepas mengambil makanan dan minuman tertentu.

Pada 1968, doktor dari Amerika Syarikat menulis dalam New England Journal of Medicine, menyatakan beliau mengalami rasa kebas di belakang leher dan merasa tekanan pada muka dan otot atas dada yang dinamakannya sebagai CSR.

Tanpa sebarang kajian atau bukti, beliau menyatakan simptom yang dialaminya disebabkan oleh MSG yang banyak digunakan di restoran Cina.

Sejak itu reputasi MSG menjadi buruk dan ramai berpendapat MSG menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti lelah, darah tinggi, sawan dan gangguan neurologi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Tuesday, September 24, 2019

8 Fakta Menarik Tentang Kondom

8 Fakta Menarik Tentang Kondom

Kondom merupakan salah satu cara untuk mengawal kehamilan dan langkah pencegahan paling berkesan penyakit kelamin (STD) yang biasa ketika melakukan hubungan seksual terutamanya bagi mereka yang suka melakukan hubungan seks rambang.

Fakta Kondom
Gambar hiasan.

Selain digunakan untuk mengawal kelahiran dan mencegah penyakit, kami senaraikan 8 fakta menarik tentang kondom.

1. Bila kondom mula digunakan?

Kondom telah digunakan sejak 15,000 tahun yang lalu. Kondom paling tua telah dijumpai di Sweden dan ia diperbuat daripada usus babi.

2. Kondom tidak mencegah penyakit kelamin dan kehamilan 100%

Tahap peratusan bagi keberkesanan kondom dalam mencegah STD dan kehamilan hanya 97%, merupakan peratusan tertinggi di antara kaedah pencegah yang ada.

Kes ralat mungkin berpunca dari sebab seperti penggunaan yang salah dan kondom yang sudah luput.

Kondom berkesan untuk mencegah STD, penyakit HIV dan kehamilan jadi, penggunaan kondom penting ketika melakukan hubungan seksual untuk melindungi kesihatan diri dan pasangan.

Jika terdapat alahan selepas menggunakan kondom, haruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

3. Negara pengeluar kondom terbesar Di Dunia?

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kilang pengeluar kondom terbesar, yang membekalkan 25% pasaran dunia.

Sementara itu, Amerika Syarikat merupakan negara pengguna kondom terbesar di dunia.

4. Bagaimana kondom dihasilkan?

Secara umumnya, sejak tahun 1920, kondom dihasilkan daripada lateks dan mula dijual oleh London Rubber Company, lebih dikenali sebagai Durex, pada tahun 1932.

Walau bagaimanapun, sebelum penggunaan lateks, banyak bahan material berbeza seperti usus haiwan atau sutera digunakan. Kulit juga digunakan dalam penghasilan kondom di Jepun.

5. Berapa jenis Kondom Di Pasaran?

Terdapat beberapa jenis kondom:

Kondom biasa

Mempunyai saiz biasa dan boleh digunakan oleh setiap individu walau bagaimanapun, ia tidak boleh memberikan keselesaan yang sama seperti penggunaan kondom yang lebih besar atau kecil.

Kondom kecil

Direka untuk zakar yang lebih pendek atau kecil dan jenis ini memberikan rasa yang lebih baik serta mengurangkan risiko kondom dari tertanggal ketika digunakan.

Kondom besar

Merupakan kondom yang besar daripada biasa dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia juga direka untuk memberikan lebih keselesaan.

Kondom menyeronokkan

Yang ditambah warna, perisa dan bersinar dalam gelap, untuk menjadikan hubungan seksual lebih menarik.

Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh menyebabkan alahan kepada lelaki mahupun wanita.

Kondom nipis

Lebih nipis daripada kondom biasa untuk memberikan lebih sensitiviti kepada pengguna dan pasangan.

6. Adakah kondom hanya untuk lelaki?

Selain kondom untuk lelaki yang digunakan secara meluas, terdapat juga kondom untuk wanita. Ia adalah kantung dan mempunyai cincin fleksibel di setiap hujungnya.

Kondom untuk wanita digunakan dengan cara memasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan seksual.

Ketika hubungan seksual dilakukan, cincin terbuka pada bahagian luar faraj dan cincin pada bahagian hujung akan memegang kantung di dalam faraj.

Dengan menghalang sperma daripada memasuki faraj, ia sekali gus menolak kemungkinan kehamilan untuk berlaku.

7. Cara menyimpan kondom yang betul

Ramai lelaki menyimpan kondom di dalam dompet atau poket seluar dan ia mungkin menjejaskan kualiti kondom.

Kondom perlu disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Selain itu, tarikh luput kondom juga harus sentiasa diperiksa sebelum digunakan.

Kondom yang telah tamat tempoh tidak dapat mencegah kehamilan dengan berkesan.

8. Bagaimana cara menguji kondom?

Setiap individu yang ingin menggunakan kondom tidak seharusnya menunggu masa untuk melakukan hubungan seksual untuk menggunakan kondom.

Lelaki seharusnya menguji kondom dengan melancap. Alasannya adalah untuk memastikan ia adalah saiz yang sesuai.

Terlalu tebal atau terlalu besar boleh mendatangkan kesan negatif kepada lelaki.

Selain itu, sesetengah lelaki mungkin akan mengalami alahan dengan material kondom. Oleh itu, melakukan pemeriksaan dan ujian adalah amat penting.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

SBDJ Siri 114: Hitam Separuh Badan

SBDJ Siri 114: Hitam Separuh Badan

Mat Prai hilang dari pandangan mata dicelah-celah liku jalan. Saya jadi resah dan terus menyalahkan diri sendiri, kerana terburu-buru mematuhi cakap Pak Imam. Kalau ikut Mat Prai bukankah bagus. Boleh duduk rehat di rumahnya, boleh dengar radio.

Toyol jadi-jadian

"Eh, apa yang kau menungkan lagi,"

Datuk tepuk bahu kanan saya.

Cepat-cepat saya bangun dari duduk bertenggek di anak tangga pondok durian.

Pak Imam sudah pun menyarungkan capal ke kaki dan melangkah beberapa tapak ke depan lalu berhenti di pohon langsat yang condong.

"Saya malas nak pergi tuk."

"Kenapa pula."

"Belum mandi, belum gosok gigi dah nak merayau ke rumah orang," saya melahirkan protes dalam keadaan yang cemas.

Datuk menatap wajah saya sejenak. Dia pamerkan air muka kurang senang terhadap saya. Datuk jegilkan biji mata, cepat-cepat saya buat muka kesian.

"Kalau macam tu, kenapa kamu tak ikut Mat tadi? Budak macam ragam! Usah nak banyak karenah, ikut saja ke mana aku pergi," nada suara Datuk cukup keras.

Telinga Pak Imam dapat menangkap dengan apa yang diluahkannya.

Ketika itu juga saya terasa dahi diraupi oleh peluh-peluh halus.

"Mandi di rumah saya," Pak Imam menyelesaikan masalah.

"Budak ni, kadang-kadang mengada-ngada sikit, kita nak berikan dia pengalaman," Datuk terus merungut.

Pak Imam anggukkan kepala. Saya tidak dapat berkata apa-apa.

"Mari," kata Pak Imam.

Saya dan Datuk pun mengekori langkah Pak Imam. Matahari pagi yang memancar memanah ke arah air embun di hujung dedaun. Nampak berkilau-kilau.

Nyanyian unggas di hujung ranting amat rancak sekali. Dan rindu saya pada kampung laman terus membara. Saya terkenangkan nenek yang kasih sayangnya melimpah ruah. Saya jadi hiba dan hampir mahu menangis kerana rindu.

Saya menarik nafas dalam-dalam sambil menyingkirkan rasa hiba di hati. Saya teringat cakap nenek.

Katanya, saya harus menjadi lelaki remaja yang keras hati, tabah dan sanggup menghadapi apa saja rintangan. Keras semangat dan kedekut dengan air mata.

"Ya, aku mahu jadi orang gagah."

Saya menjerit sambil menendang rumput lalang dan pokok-pokok renik di kiri kanan denai. Datuk dan Pak Imam berhenti melangkah. Mereka terkejut dengan tindak tanduk saya.

"Aduhhhhhhhhhh!"

Saya menjerit dan terus duduk atas bumi sambil mengangkat kaki kanan. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Datuk dan Pak Imam terus mengelilingi saya.

"Kenapa Tamar," soal Datuk.

"Saya tersepak tunggul buruk, tuk."

Datuk menghela nafas panjang-panjang sambil gelengkan kepala. Sepatu getah saya, jenis Fong Keong terus dibukanya.

Dua tiga kali Datuk urut bahagian hujung jari kaki yang nampak kemerah-merahan.

Rasa sengal dan sakit terasa kurang dan akhirnya tidak terasa apa-apa.

Saya sarungkan kembali sepatu getah warna kuning di kaki. Saya dongakkan kepala ke langit, melihat awan yang menipis dalam sinaran matahari pagi yang garang.

Bila saya berdiri, Datuk dan Pak Imam ketawakan saya. Mereka melihat tunggul tembusu yang saya sepak. Bahagian yang reput jatuh atas rerumput selaput alam.

"Kenapa kamu ni Tamar? Dah gilakah?" Datuk rening muka saya.

"Menjerit macam oranghilang akal, kemudian sepak tunggul," tambah Datuk lagi.

"Kenapa Tamar, kau tak suka ikut kami?" tanya Pak Imam dengan nada suara yang lembut.

Terlalu berat rasanya mahu menjawab pertanyaan tersebut.

Saya kira, tidak ada manusia yang mahu mengakui ketololannya secara terbuka. Jadi, memang wajar saya merahsiakan apa yang ada dalam hati.

Tetapi, bersikap terus terang dan mengakui kebodohan sendiri, adalah sifat orang yang berjiwa mulia.

Saya menggigit bibir dan membuat keputusan untuk jadi manusia yang berhemat tinggi, berjiwa mulia dan besar.

"Saya teringatkan cakap nenek yang mahukan saya jadi lelaki gagah dan berani," kata saya membuka rahsia hati.

"Jadi kamu pun menjerit dan tendang tunggul," pintas Pak Imam.

"Saya tak tendang tunggul, saya tendang lalang dan pokok-pokok kecil, entah macam mana saya tersepak tunggul," saya pertahankan pendirian.

"Kamu ni betullah, budak bangang," kata Datuk yang diakhiri dengan ketawa.

Dan ketawa yang berhenti itu dilanjutkan oleh Pak Imam untuk beberapa saat. Saya malu sendiri. Kulit muka terasa tebal.

"Nak jadi orang gagah dan berani, dada dan otak mesti diisi dengan ilmu dan pengalaman. Sudahlah, jalanlah cepat-cepat," Datuk mengeluarkan perintah.

Perjalanan yang terbantut disambung kembali. Celah ketiak dan celah kangkang saya terasa bergetah. Melangkah pun terasa tidak selesa.

Beberapa orang kampung yang berselisih dengan Pak Imam di lorong sempit itu terus anggukkan kepala sambil mengucapkan salam.

RANTING

Akhirnya, kami sampai ke rumah Pak Imam. Datuk terus menuju ke arah rimbunan pepokok di bahagian belakang rumah. Datuk patahkan salah satu ranting dari rimbunan pokok itu.

"Untuk kamu Tamar."

Datuk campakkan ranting yang sudah dipatahkan kepada saya. Dengan tenang saya menyambarnya. Panjangnya lebih kurang enam inci.

"Sugikan gigi kamu," tutur Datuk lagi.

Tanpa membuang masa, hujung ranting yang keras itu saya gosokkan ke gigi. Apa yang saya lakukan itu, dilakukan juga oleh Pak Imam dan Datuk.

"Saya menyebutnya pokok sugi," Pak Imam memulakan cerita tentang pokok yang merimbun itu.

"Seorang kawan yang pulang dari tanah suci memberi saya akar pokok itu, saya campakkan di situ. Entah macam mana terus tumbuh dan hidup subur," lanjut Pak Imam dengan rasa bangga.

"Boleh saya ambil akarnya sikit nak buat benih, saya nak tanam di belakang rumah," Datuk buat wajah selamba.

"Boleh, apa salahnya."

"Khasiatnya cukup banyak, gigi tahan lama dan nampak putih. Tak mudah diserang sakit dan bengkak gusi," bagaikan penjual ubat di kaki lima Datuk memberikan penerangan pada Pak Imam.

"Tak tahu pula saya pokok tu ada khasiatnya. Nampaknya mulai hari ini, saya terpaksa gosok gigi dengan dahan pokok tu," Pak Imam tersenyum ke arah Datuk.

Pak Imam mempersilakan saya dan Datuk duduk di anjung rumahnya.

Kata Datuk, bentuk rumah orang Melayu di sekitar Balik Pulau, mirip dengan bentuk rumah orang Melayu di Jambi Sumatera.

Pak Imam tidak merasa terkejut dengan pendapat Datuk itu. Alasannya, sebahagian dari penduduk Balik Pulau ada yang berasal dari Acheh, Tanjung Balai, Asahan dan daerah Deli-Medan.

Pak Imam mendakwa yang dirinya berasal dari Priaman-Sumatera Barat.

"Kita makan dulu, lepas tu baru pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba," Pak Imam renung muka saya.

"Kalau begitu, biarlah cucu saya mandi dulu."

"Silakan, kain basahan ada di perigi."

Saya terus menuju ke perigi yang dindingnya dibuat dari atap rumbia. Airnya terasa cukup sejuk sekali.

Kerana perigi itu dibuat tidak jauh dari pokok manggis, saya berkesempatan melihat beberapa ekor tupai berlari di dahan manggis.

Waktu keluar dari perigi, saya terlihat kelibat gadis berselubung kain batik. Dalam kesempatan yang terhad itu, tumit kakinya yang putih kemerahan menjadi sasaran biji mata jalang saya.

Penuh yakin saya mengatakan gadis itu berkulit putih merah. Bentuk tubuhnya yang tinggi lampai membuat saya kepingin melihat wajahnya.

Otak jahat saya mengarahkan sepasang kaki supaya pergi ke arah belakang perigi.

Kemudian melangkah secepat yang boleh menuju ke arah pokok amra (kedondong) dari situ memintas ke depan gadis yang berselubung kain batik itu.

Apa yang terpeta dalam otak saya laksanakan. Mata juga mesti cekap mengawasi kalau-kalau ada orang lain mengintip pergerakan.

Saya bergerak macam kucing memburu burung. Saya pintas depan gadis berselubung kain batik.

"Ohhh ooppp..."

Si gadis terkejut, kain selubung atas kepala segera jatuh atas bahu. Saya tatap gadis yang wajahnya mirip seniwati Sarimah.

Bibirnya merah, macam sirap. Tetapi, jelingannya cukup tajam. Aduh! sungguh mempesonakan.

"Kamu siapa?" tanyanya garang dan kelihatan seperti bersedia membuka buah silat.

Saya tergamam.

"Dari rumah Pak Imam," tutur saya tidak tentu arah tetapi, masih menjual senyum tak malu.

Si gadis berkulit putih tatap batang tubuh saya, dari atas ke bawah dari bawah ke atas. Memang dasar tak malu, saya terus tersengih.

"Agaknya, kita ni adik-beradik," saya mula jual ubat temberang, macam lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan Saadiah dalam filem Musang Berjanggut.

"Dari mana?" risiknya lagi.

"Dari Perak."

"Kami tak ada saudara-mara di Perak, saudara-mara kami banyak di Johor, Melaka dan Kuala Pilah," si gadis juihkan bibirnya.

Saya jadi serba salah, temberang saya salah letak.

CANTIK

Buat beberapa saat kami tidak bercakap. Saling berpandangan dan sesungguhnya saya terpukau dengan sepasang anak mata si gadis yang lembut dan bening bercahaya.

Engkau terlalu cantik, timbul komentar di sudut hati saya.

"Siapa nama?" tanya saya.

"Cakap dulu, siapa nama awak."

"Awaklah cakap dulu," desaknya lagi.

"Tak boleh, awak cakap dulu," balas saya.

Si gadis geleng kepala dan bersedia mahu melangkah meninggalkan saya.

Tidak ada jalan lain untuk saya melainkan mengaku kalah secara terhormat di depan gadis yang berjaya menguasai hati dan perasaan saya.

"Nama saya Tamar," kata saya bangga, penuh yakin.

"Macam nama buah dari negeri Arab yang selalu dimakan di bulan puasa," hati saya jadi panas menerima sindiran nakal.

Malu rasanya, saya tarik batang hidung yang mancung kemerahan itu.

"Pranggggggg."

Terdengar bunyi piring jatuh dari arah dapur rumah Pak Imam. Bagaikan kilat saya melompat dan lari menuju ke arah perigi.

Dari situ, saya terus menuju ke anjung rumah. Saya jadi terlupa tentang gadis di depan saya.

Apa yang saya fikirkan ialah menyorokkan diri agar rahsia peribadi saya tidak diketahui oleh orang lain.

Kalau rahsia terbongkar, Datuk turut sama merasa malu.

"Lama benar kau mandi, aku naik jemu menanti," Datuk menyambut kedatangan saya di kepala tangga. Wajahnya masam sekali.

Saya tidak bersuara hanya melihat ke arah Pak Imam yang berdiri di pintu anjung.

Tanpa mengucapkan sesuatu, Datuk melangkah menuju ke perigi. Saya terus naik ke anjung rumah. Duduk berdepan dengan Pak Imam.

Setiap kali mata saya bertembung dengan wajah Pak Imam hati saya berdebar.

Saya merasakan yang Pak Imam mengetahui apa yang telah saya lakukan.

Bagi menghilangkan rasa serba salah dan tidak selesa itu, saya mengambil keputusan merenung ke halaman rumah. Melihat pepohon pisang memagari sempadan halaman.

Secara diam-diam saya menyesali ketelanjuran yang telah saya lakukan.

Perasaan yang resah itu akhirnya bertukar dengan keriangan, dari jauh saya lihat Mat Prai terbongkok-bongkok mengayuh basikal.

"Assalamualaikum..." jerit Mat Prai sambil terjun dari basikal. Salamnya segera dijawab oleh Pak Imam.

Mat Prai sandarkan basikal dekat pangkal pokok pinang dara. Dengan membimbit beg rotan, dia menuju ke kaki tangga.

"Naiklah Mat, beg siapa yang kamu bawa tu?" tanya Pak Imam.

"Beg Ayah Alang, saya fikir tentu dia nak tukar baju," Mat Prai letakkan beg rotan empat segi atas lantai.

"Tuk kamu ke mana Tamar?" sambung Mat Prai, matanya menatap wajah saya.

"Mandi di perigi."

"Tak apa aku tunggu dia," Mat Prai sandarkan belakang pada jenang pintu.

Pak Imam masuk ke ruang tengah dan terus menuju ke dapur. Pada hemat saya, dia melihat air kopi dan kuih-muih yang bakal dihidangkan pada saya dan Datuk.

Saya amat gembira atas kedatangan Mat Prai. Saya boleh tukar baju dan seluar. Tetapi, saya meluat mahu merenung wajahnya.

Saya tidak ghairah mahu melayani percakapannya. Telinga dan otak saya tumpukan pada bunyi di dapur Pak Imam.

Saya masih mengharapkan, dapat mendengar suara gadis yang wajahnya mirip Sarimah.

"Ha, dah lama kamu datang? Apa halnya?"

Itu yang diajukan oleh Datuk dari kaki tangga, sebaik saja terlihat batang hidung Mat Prai.

Saya tersentak dari khayalan yang tidak bertepi. Saya menerpa ke muka pintu dan pada saat yang sama Pak Imam menatang air kopi dan kuih.

"Saya bawakan beg pakaian Ayah Alang, saya fikir tentu nak tukar pakaian."

"Ha, itu dah cukup baik," Datuk terus panjat tangga.

Membuka beg rotan. Baju dan seluar saya dikeluarkan. Saya menghadapi masalah baru, di mana saya mahu menukarkan pakaian.

"Kamu masuk ke bilik sembahyang, tukar pakaian," Pak Imam mengarahkan jari telunjuknya ke arah bilik yang terletak di rusuk kiri rumah, berdepan dengan pintu menghala ke dapur.

Ini peluang baik, gunakan kesempatan masa masuk ke bilik, jeling ke arah dapur. Fikir saya dalam hati.

Saya meluru ke bilik, saya jeling ke dapur. Apa yang saya lihat ialah isteri Pak Imam mendermakan senyuman lesu untuk saya. Senyuman itu tidak saya balas.

Dengan rasa kesal yang amat sangat saya pun menukarkan pakaian. Lepas saya, Datuk pula masuk tukar pakaian.

Bila semuanya selesai, kami pun menghadapi makanan, saya lihat jam di dinding sudah hampir pukul sepuluh pagi.

"Saya bawa balik beg pakaian Ayah Alang ke rumah saya," Mat Prai terus memasukkan pakaian saya dan Datuk yang sudah digunakan ke dalam beg rotan.

Datuk anggukkan kepala, setuju dengan cadangan Mat Prai itu.

"Kamu tak mahu pergi ke Kampung Terang," Pak Imam tatap batang hidung Mat Prai yang sudah pun mengheret beg pakaian Datuk ke bendul.

Kemudian terus turun dan meletakkan beg pakaian atas lantai pelantar basikal tua.

"Minta maaflah, saya tak dapat serta. Saya nak pulangkan basikal jiran yang saya pinjam," tutur Mat Prai.

Dia mula tolak basikal tua ke arah jalan besar. Datuk dan Pak Imam tidak berkata apa-apa.

Mereka seolah-olah merestui dengan apa yang diluahkan oleh Mat Prai. Selamat jalan Mat Prai, bisik batin saya.

RUMAH

Ketika Datuk dan saya menanti Pak Imam turun dari rumah hati saya tertanya-tanya, bagaimana mahu pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba?

Kalau berjalan kaki, saya sudah tidak sanggup. Barangkali dengan bas, saya mendamaikan perasaan saya sendiri.

Dalam saat-saat saya berfikir itu, tanpa disedari, Pak Imam sudah pun berada di halaman rumah.

"Kita pergi dengan basikal," katanya.

Saya lihat hanya ada sebuah basikal saja di bawah rumah. Mana mungkin sebuah basikal dinaiki oleh tiga orang.

Saya terasa lucu dan mahu ketawa sendirian. Tetapi, saya tidak berani mahu ketawa, takut ditengking oleh Datuk.

"Satu basikal nak naik tiga orang," secara tidak sengaja terpancut kata-kata dari mulut saya.

"Ada basikal lain, kau ikut aku ke rumah adik aku, kita pinjam basikalnya," Pak Imam menyelesaikan masalah yang menghuni otak saya.

Tanpa banyak cakap, saya ikut langkahnya menuju ke rumah papan berbumbung lima yang letaknya tidak berapa jauh dari rumahnya.

Sampai di rumah tersebut, Pak Imam terus memanggil adiknya.

"Ayah dah pergi ke Tanjung," terdengar suara perempuan. Hati saya menggelabah.

"Ada apa Tuk Ngah," datang lagi suara dari dalam rumah.

Kali ini lebih mersik dan manja. Serentak dengan itu terdengar bunyi telapak kaki memijak papan lantai.

"Aku nak pinjam basikal ayah kamu kejap."

"Ambillah Tuk Ngah."

Suara itu datang dari tingkap sebelah kanan. Biji mata saya tertumpu ke situ.

Oh! Tuhan, inilah gadis yang saya temui tadi. Wajahnya lebih mempesonakan tanpa kain kelubung. Saya terpaku tanpa berkata apa-apa.

Pak Imam masuk ke bawah rumah tarik basikal Raliegh keluar. Semuanya itu tidak menarik perhatian saya.

Seluruh hati dan pancaindera yang satu ini, tidak berkedip merenung gadis yang berdiri di bibir tingkap. Sudah tidak memakai kain kelubung lagi.

Rambutnya disikat rapi, dibelah tengah dan bahagian hujung diikat ala ekor kuda. Senyuman bertali-tali di bibir.

"Eh, kenapa tercegat di situ?"

Suara Pak Imam meninggi, saya tersentak dalam malu. Dia sudah berdiri di kanan saya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu saya bersuara.

"Ukiran di kerawang tingkap rumah ni cantik."

Pak Imam renung ke arah tingkap, si gadis berkulit putih merah sudah pun menghilangkan diri.

Saya urut dada syukur kerana apa yang saya lakukan tidak dapat dikesan oleh Pak Imam.

"Tukang rumah Melayu yang buatnya, tentulah ada seninya," Pak Imam menjawab jujur. Dia menyerahkan basikal kepada saya.

"Kamu naik dengan Datuk kamu."

Saya memeriksa brek basikal, tayar dan pemegang (handle) semuanya berada dalam keadaan yang baik.

Tanpa banyak cakap saya sorong basikal ke arah rumah Pak Imam.

"Bagi tahu ayah kamu Masitah, Tuk Ngah pinjam basikalnya, petang Tuk Ngah hantar."

Saya terhenti dari menyorong basikal. Nama Masitah saya sebut beribu-ribu kali, saya sematkan dalam kalbu. Sudah tentu nama itu akan saya kenang sampai mati.

"Baiklah Tuk Ngah."

Sungguh mempesonakan suara dari Masitah. Tunggulah, petang nanti saya hantarkan basikal ayahmu, Masitah. Batin saya terus menyanyi.

PERJALANAN

Perjalanan ke rumah sahabat Suhaimi Keraba di Kampung Terang pun dimulakan. Pak Imam naik basikal tuanya. Saya dan Datuk naik basikal ayah Masitah.

Berbasikal di jalan raya yang di kiri kanannya terdapat pohon-pohon kelapa dan buah-buahan memang tidak terasa panas.

Sambil kayuh basikal Datuk dan Pak Imam terus berborak. Saya yang bertenggek di belakang hanya pasang telinga saja.

Bila ada kenderaan lalu, tidak kira sama ada besar atau kecil, Datuk dan Pak Imam terpaksa ke tepi, kadang-kadang terbabas dan melanggar lopak dan batu.

Punggung saya terasa sengal dan sakit, tetapi tidak berani protes. Saya akui yang Pak Imam amat popular di Balik Pulau.

Buktinya, sepanjang perjalanan dia sering saja menerima salam dari orang yang berbasikal atau bermotosikal.

Setelah meninggalkan kawasan Pekan Genting (juga disebut Simpang Empat) badan saya mula berpeluh.

Sebaik saja melintasi sebuah masjid, dalam jarak lima enam rantai kami berbelok ke kiri melalui jalan berpasir dalam kampung.

Kebanyakan rumah di situ, pintu dan tingkapnya tertutup rapat. Barangkali para penghuninya mencari rezeki.

Selesai saja menempuh jalan kampung, kami terpaksa berbasikal di atas batas sawah.

Dan kami pun sampai di sebuah rumah papan yang tiangnya dibuat dari kayu bulat.

Dindingnya dari papan tidak berketam. Pintunya sebelah papan dan sebelah lagi anyaman buluh.

Rumah itu terletak di pinggir sawah. Di sebelah kanan rumah ada pokok macang (bacang) besar di bahagian belakang rumah ada pokok jejawi yang besarnya lebih dari sepemeluk. Akar-akar berjuntaian dari dahannya.

Sebaik saja basikal disandarkan pada pokok kelapa gading, saya tercium bau kemenyan.

Langsir tingkap yang dibuat dari kain hitam nipis, nampak bergerak-gerak ditiup angin.

Tidak jauh dari pangkal pokok kelapa gading terdapat seekor kucing hitam dengan sepasang mata yang agak kemerah-merahan merenung tajam ke arah kami.

Kucing hitam itu menguap, memperlihatkan lidahnya yang merah bersama susunan giginya yang tajam.

Tiba-tiba saya terasa seram bila melihat beberapa ekor gagak berlompatan di dahan mempelam sambil berbunyi.

Keadaan di bawah rumah tidak tersusun, penuh dengan sawang dan sarang labah. Suasana sekitar rumah mengundang rasa takut.

Walaupun matahari bersinar tetapi saya merasakan keadaan di pinggir sawah itu terasa lembap dan muram.

Datuk dan Pak Imam menuju ke kaki tangga, saya mengekori dari belakang. Dengan suara yang lantang Pak Imam memberi salam.

"Waalaikumussalam."

Terdengar jawapan dari dalam rumah. serentak dengan itu sebelah pintu yang dibuat dari anyaman buluh terbuka. Manakala sebelah lagi yang dibuat dari papan tetap tidak bergerak.

"Naiklah."

Saya segera dongak ke pintu. Seorang lelaki bertubuh tegap, berkain sarung dengan baju Melayu teluk belanga berdiri di situ.

Lelaki yang berkulit cerah itu menyimpan janggut dan jambang. Tetapi, misainya sudah putih benar. Dalam sekelip mata lelaki itu menghilangkan diri.

Pak Imam orang pertama naik ke rumah diikuti oleh Datuk. Saya orang yang terakhir.

Waktu saya mahu melangkah bendul, saya toleh ke pangkal tangga. Di situ saya lihat ada lingkaran ular hitam dengan kepalanya terhulur keluar.

Anehnya, masa saya berdiri di situ sebentar tadi, ular hitam itu tidak kelihatan. Pemilik rumah mendekati Pak Imam.

"Nak tengok kawan saya yang salah langkah?" tanyanya.

"Ya," angguk Pak Imam bersama senyum.

"Yang berdua ni siapa? Kawan atau keluarga?" tambah pemilik rumah sambil merenung ke arah Datuk dan saya.

"Kawan saya," balas Pak Imam.

Pemilik rumah memusingkan badannya ke kanan. Wajahnya dengan wajah Datuk berdepan. Dia hulur tangan dan Datuk terus sambut.

"Saya Haji Taslim Singasari," katanya sambil mendekatkan mulutnya ke telinga Datuk.

Saya yakin ada sesuatu yang dibisikkannya ke telinga Datuk. Pasti dia membawa khabar gembira, kerana Datuk tersenyum dan menganggukkan kepala.

Apakah rahsia mereka berdua? Timbul pertanyaan dalam hati saya.

"Mari masuk ke bilik, kawan yang malang tu ada di sini."

Kami pun mengekori langkah Haji Taslim Singasari masuk ke bilik yang keadaannya saya kira agak ganjil kerana dalam rumah papan terdapat bilik yang dibuat dari buluh. Malah lantai bilik juga dilapisi dengan buluh.

"Duduk," ujar Haji Taslim Singasari. Tanpa banyak cerita kami pun duduk.

"Sudah puas saya nasihat tapi dia tak mahu dengar, inilah akibatnya," sambung Haji Taslim Singasari. Kami hanya anggukkan kepala saja.

Di depan kami ada peti yang dibuat dari papan, panjangnya kira-kira enam kaki dan tingginya hampir dua kaki.

Setiap penyambung atau sendi peti itu ditaruh engsel. Di bahagian atasnya dibuat selak yang boleh dikunci, dan peti itu ditutup dengan kain dua warna iaitu kuning hitam.

Dari dalam peti saya terdengar seperti suara orang mengerang dan sesekali macam bunyi suara kucing dan anjing menyalak.

Tiap sudut bilik ada dupa yang mengeluarkan asap kemenyan. Saya juga terlihat senaskhah Quran di atas bantal di samping senaskhah surah Yasin.

"Sepanjang malam saya membaca Quran dan pagi tadi saya mula baca Yasin, semoga dirinya biarlah selamat.

"Tetapi, saya selalu diganggu oleh pelbagai jenis binatang seperti harimau, ular dan macam-macam lagi," jelas Haji Taslim Singasari.

"Kalau tidak memikirkan yang dirinya sahabat karib, semuanya ni tidak saya buat," sambung Haji Taslim Singasari seperti menyesali diri sendiri.

"Cuba buka saya nak tengok keadaannya," pinta Datuk.

Haji Taslim Singasari tidak membantah. Dia rapat ke peti yang sudah dicat warna putih.

Kain penutup dua warna pun dibuka. Saya mula terhidu bau masam dan lapuk tetapi, mata saya tetap tertumpu ke arah peti. Begitu juga dengan mata Datuk dan Pak Imam.

Haji Taslim Singasari membuka selak peti. Dinding peti di sebelah kiri dan kanan jatuh atas lantai.

Sekujur tubuh manusia yang ditutup dengan kain kuning terlentang di depan kami.

Pak Imam menerpa ke depan dan bersedia mahu menyingkap kain yang menutup tubuh tersebut. Haji Taslim Singasari segera memegang tangan Pak Imam.

"Jangan, nanti awak terkejut. Duduklah, biar saya buat."

Pak Imam patuh dengan permintaan Haji Taslim Singasari. Kemudian dengan hati-hati Haji Taslim Singasari membuka kain penutup tubuh di depan kami hingga ke hujung kaki.

"Ya Allah," kata saya.

"Subhanallah," sambut Datuk.

"Allah huakhbar," tingkah Pak Imam. Buat seketika mulut kami ternganga.

Di depan kami, terlentang tubuh Suhaimi Keraba tercungap-cungap macam ikan kekurangan air.

Separuh tubuhnya dari pusat hingga ke muka hitam legam macam arang, sukar untuk menentukan di mana letak mata, hidung dan telinganya.

Dari pusat ke kaki keadaannya elok sempurna. Saya juga melihat beberapa ekor belalang hitam terbang bebas dan hinggap di bahagian tubuh yang hitam.

"Kita mohon pada Allah supaya rohnya segera dikeluarkan dari tubuhnya, dia terlalu seksa," Pak Imam bersuara.

"Saya setuju," balas Datuk.

"Kita baca Yasin," ujar Haji Taslim Singasari.

Sebaik saja selesai bercakap, seekor harimau kumbang muncul dari arah bahagian kepala Suhaimi Keraba. Di bahagian kakinya pula muncul kucing hitam.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 114/284

BACA: SBDJ Siri 113: Kitab Kejahatan
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

5 Individu Yang Memenangi Loteri Dengan Menipu

5 Individu Yang Memenangi Loteri Dengan Menipu

Sepanjang dekad ini, ramai orang telah cuba menipu loteri untuk memenangi hadiah yang tersangat banyak dan sesetengah daripada mereka melakukannya secara sah, ada juga yang melanggar undang-undang dan taktik lain dikatakan tidak dapat ditentukan sama ada salah atau tidak.

Menang Loteri Dengan Menipu
Gambar hiasan.

Salah satu taktik yang tidak melanggar undang-undang adalah dengan membeli tiket loteri dalam jumlah yang banyak namun ada syarikat loteri yang tidak membenarkan ini dilakukan.

Oleh itu, sesetengah pakar matematik, ahli statistik dan ahli ekonomi telah mengkaji loteri dengan terperinci dalam menentukan peluang terbaik untuk mereka menang.

Kami kongsikan 5 individu yang memenangi loteri dengan cara menipu.

1. Stefan Mandel

Menang Loteri Dengan Menipu

Pada tahun 1960-an, ahli ekonomi Romania, Stefan Mandel menghasilkan algoritma yang membenarkannya meramalkan lima daripada enam nombor tiket loteri yang menang dalam loteri Romania dengan tepat. Dia menggelar kaedahnya sebagai "combinatorial condensation".

Dia mengumpulkan wang daripada rakan dan ahli keluarganya untuk membeli beribu-tibu tiket yang mengandungi 5 nombor dan nombor rawak lain.

Dengan cara ini, Stefan memenangi hadiah bernilai RM81,000, yang kemudian dibahagikan kepada mereka yang terlibat dan memberikannya pulangan RM16,000.

Wang tersebut digunakannya untuk berhijrah ke Australia di mana dia mula menipu loteri sekali lagi.

Stefan sedar boleh memenangi loteri Australia jika dia membeli semua tiket yang ada. Ini kerana loteri Australia hanya membenarkan pemain untuk memilih enam nombor antara 1 dan 40.

Mandel pasti akan menang jika dia membeli setiap kombinasi nombor iaitu 3,838,380 tiket dengan harga $1 setiap satu.

Ini akan memberikan keuntungan selagi mana hadiah jackpot adalah melebihi $ 3,838,380 (RM16 juta).

Stefan berjaya meyakinkan beberapa pelabur yang berminat dan memenangi beberapa kali sebelum loteri Australia mengubah undang-undangnya bagi menutup kelemahan ini.

Stefan yang tidak putus asa beralih kepada loteri Virginia di Amerika Syarikat, di mana ia mempunyai kombinasi nombor antara 1 dan 44.

Ini bermakna terdapat 7,059,052 kombinasi nombor, yang mana jauh lebih rendah berbanding 25 juta kombinasi nombor bagi loteri lain di seluruh Amerika Syarikat.

Dia kemudiannya menubuhkan Dana Lotto Antarabangsa di bawah syarikatnya iaitu Pacific Financial Resources dan menjual saham kepada 2,524 pelabur.

Setiap pelabur melaburkan sekurang-kurangnya RM12,000 ke dalam skim itu yang mana digunakan Stefan untuk membeli beberapa komputer dan pencetak dan mengambil 16 orang pekerja untuk mencetak lebih daripada 7 juta tiket.

Namun, dia hanya mampu menghantar 5.5 juta tiket sebelum loteri tersebut tutup pada Februari 1992. Ini mengurangkan kemungkinannya untuk menang daripada 100% kepada 78%.

Nasib menyebelahi Stefan apabila dia memenangi hadiah jackpot bernilai RM113 juta dan lebih daripada RM3.8 juta untuk hadiah sampingan.

Loteri Virginia enggan membayar wang kemenangan tersebut dan memulakan penyiasatan yang melibatkan 14 agensi berlainan termasuk CIA, FBI dan Suruhanjaya Sekuriti Australia, namun siasatan mengesahkan bahawa Stefan tidak melakukan sebarang kesalahan atau penipuan.

Dia membayar kepada dirinya RM6.8 juta yuran perundingan dan memberikan hanya RM5,600 sahaja kepada setiap pelabur.

Hari ini, beberapa negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang menghalang orang ramai daripada meniru taktik ini.

2. Nick Perry

Menang Loteri Dengan Menipu

Pada tahun 1980, Nick Perry telah didedahkan sebagai rakan sejenayah dalam salah satu skandal paling buruk yang pernah melanda loteri AS. Ketika itu, Nick menjadi hos di studio televisyen di mana nombor-nombor pemenang dipilih.

Bola bernombor dimasukkan ke dalam mesin yang berputar dan memutarkan bola sebelum 3 bola rawak dipilih oleh mesin tersebut.

Nombor-nombor pada bola dianggap sebagai nombor yang menang dan ia secara langsung di televisyen yang mana Nick telah menjadi hos sejak tahun 1977.

Tanpa pengetahuan penonton, Nick bersama beberapa pekerja pejabat loteri dan televisyen telah berkomplot dengan Marago bersaudara untuk menipu rancangan tersebut.

Mereka mengecat semua bola kecuali dengan cat lateks yang menjadikannya lebih berat daripada biasa, kecuali bola bernombor 4 dan 6.

Ini bermakna bola yang akan menang adalah gabungan '4' dan '6'.

Pada 24 April 1980, mereka memenangi RM14.7 juta selepas mesin itu memilih nombor 666.

Namun, mereka tidak pernah menerima wang kemenangan itu kerana pegawai-pegawai loteri menjadi curiga di atas banyak tiket yang dibeli di seluruh negeri yang merupakan gabungan nombor 4 dan 6 sahaja.

Siasatan tidak lama kemudian mendedahkan hubungan jenayah antara Nick dan Marago bersaudara.

Marago bersaudara tidak menerima sebarang hukuman penjara dengan memberitahu pihak berkuasa tentang Nick dan pegawai loteri yang lain.

Nick dijatuhkan hukuman 7 tahun penjara, manakala pekerja loteri yang lain dihukum penjara 2 tahun dan kurang.

Nick Perry menafikan bahawa dia bersalah sehingga kematiannya pada tahun 2003.

3. Remmele Mazyck

Menang Loteri Dengan Menipu

Pada tahun 2009, Remmele Mazyck, seorang timbalan pengarah keselamatan di Arkansas Lottery memulakan skim untuk menipu loteri yang merupakan tempat dia bekerja.

Penganjur loteri sering memberikan beberapa tiket secara percuma untuk tujuan promosi.

Namun, Remmele mengumpul tiket-tiket tersebut dan tidak pernah memberikannya secara percuma, sebaliknya dia menggores untuk melihat sama ada tiket tersebut memenangi loteri atau tidak.

Remmele hanya menuntut hadiah di bawah RM2,000 kerana kemenangan yang tinggi memerlukan dirinya untuk hadir ke pejabat loteri.

Penipuan ini hanya diketahui 3 tahun kemudian iaitu pada Oktober 2012 apabila dia cuba menuntut hadiah loteri yang mana sepatutnya dijual oleh kedai yang tidak lagi wujud.

Penyiasat mendedahkan bahawa Remmele telah menuntut lebih daripada 22,000 kemenangan yang bernilai sekitar RM2 juta di antara tahun 2009 dan 2012.

Walau bagaimanapun, peguamnya mendakwa ini hanyalah nilai tiket yang diperolehi secara fraud dan tidak semuanya telah menang.

Mazyck dihukum penjara 37 bulan dan diperintahkan untuk membayar lebih daripada $482,000 dalam pembayaran balik.

Remmele dihukum penjara 37 bulan dan diperintahkan membayar balik wang yang dituntutnya.

4. Zhao Liqun

Menang Loteri Dengan Menipu

Pada tahun 2005, Zhao Liqun, seorang lelaki Cina yang mengendalikan tiga kedai loteri untuk Loteri Kebajikan Cina, menemui satu kelemahan yang membolehkannya membeli tiket dengan nombor yang menang dalam masa lima minit ketika pengumuman nomber tersebut dibuat.

Zhao mengeksploitasi kelemahan ini untuk memenangi hadiah RM15.7 juta dalam tempoh 2 tahun.

Dia sering menggunakan kawan-kawan dan jiran-jirannya menuntut hadiah kemenangan supaya dia tidak membangkitkan syak wasangka.

Walau bagaimanapun, Zhao ditangkap pada Januari 2007 selepas pegawai loteri mendapati bahawa penuntut hadiah loteri bukanlah orang yang sama membeli tiket itu.

Zhao menerima hukuman penjara seumur hidup dan semua hartanya dirampas oleh kerajaan.

5. Eddie Tipton

Menang Loteri Dengan Menipu

Pada 23 Disember 2010, seorang lelaki berpakaian baju sejuk masuk ke sebuah kedai QuikTrip di Iowa, Amerika Syarikat dan membeli tiket loteri Iowa Hot Lotto.

6 hari kemudian, dia diisytiharkan sebagai pemenang hadiah jackpot bernilai RM69 juta selepas tekaan keenam-enam nombornya adalah tepat.

Hadiah itu tidak dituntut sehingga November 2011, apabila seorang peguam bernama Philip Johnston menelefon pejabat loteri tersebut untuk menuntut hadiah.

Philip memberitahu nombor siri tiket dengan tepat namun apabila ditanyakan pakaian yang dipakai oleh pemenang ketika membeli tiket, dia menjawab dengan salah.

Dia kemudiannya mengaku bahawa cuba untuk menuntut hadiah tersebut bagi pihak anak guamnya yang tidak mahu identitinya diketahui.

Pejabat loteri enggan memberikan hadiah tersebut kerana peraturan loteri Iowa mewajibkan pemenang datang sendiri.

Cubaan kedua untuk menuntut hadiah dibuat menggunakan firma guaman untuk satu amanah gagal apabila pihak syarikat mendapat tahu bahawa Phillip Johnston merupakan presiden amanah tersebut.

Mereka menjadi curiga dan melakukan siasatan. Pihak berkuasa mempunyai video CCTV ketika lelaki tersebut membeli tiket namun tidak dapat mengenalinya, jadi mereka mengeluarkan rakaman itu, dengan harapan orang ramai akan membantu.

Akhirnya lelaki identiti lelaki tersebut didedahkan sebagai Eddie Tipton.

Eddie merupakan pekerja di pejabat loteri itu yang mana telah menghasilkan satu perisian yang memilih nombor yang menang.

Pihak berkuasa kemudiannya mendapati bahawa Eddie telah memprogramkan perisian ke dalam salah satu daripada dua buah komputer yang menentukan nombor yang menang.

Ketika Eddie sedang dalam perbicaraan, seseorang yang tidak dikenali memberitahu kepada polis bahawa abang Eddie iaitu Tommy Tipton pernah memenangi loteri yang sama 10 tahun sebelum itu.

Pada tahun 2007, salah seorang kawannya, Robert Rhodes, juga memenangi RM3.3 juta dari loteri Wisconsin.

Eddie dibicarakan atas dua tuduhan penipuan dan menerima hukuman 25 tahun penjara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Penyakit Berkaitan Jerebu Yang Anda Wajib Tahu

Penyakit Berkaitan Jerebu Yang Anda Wajib Tahu

Jerebu ialah fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara, yang mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Penyakit Berkaitan Jerebu

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.

Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada:
  • Pembakaran Secara Terbuka.
  • Asap Dari Kilang.
  • Asap Dari Kenderaan.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:-

Nilai IPU:-
  • 0-50: Baik
  • 51-100: Sederhana
  • 101-200: Tidak Sihat
  • 201-300: Sangat Tidak Sihat
  • 301-500: Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-Iangkah pencegahan.

Jerebu Mengancam Kesihatan

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:-
  • Kanak-kanak.
  • Orang tua.
  • Mereka yang mengalami penyakit asma.
  • Bronkitis.
  • Radang paru-paru.
  • Penyakit paru-paru yang kronik.
  • Jantung.
  • Alahan.
  • Perokok.
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Tanda-tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di hospital atau klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Cara Mencegah Penyakit Akibat Jerebu:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: moh


Monday, September 23, 2019

Udara Malaysia Paling Tercemar Di Dunia 2019

Udara Malaysia Paling Tercemar Di Dunia 2019

Juara dunia. Itulah anugerah tertinggi yang diberikan dalam peringkat dunia, adalah menjadi mimpi setiap orang untuk digelar sebagai juara dunia. Contohnya, bagi pemain badminton negara, Lee Chong Wei. Daripada mula mewakili negara, cita-citanya hanya satu iaitu menjadi juara dunia.

Jerebu Malaysia

Malangnya, selama lebih 10 tahun berusaha, impian Chong Wei untuk meraih juara dunia tetap tidak kesampaian. Begitulah nasib badan.

Namun, tidak semena-mena kita menang satu anugerah bertaraf global. Juara dalam senarai negara dengan pencemaran udara tertinggi di dunia!

Berdasarkan cerapan indeks pencemaran udara (IPU) oleh World Air Quality Index (WAQI) pada 20 September 2019, Malaysia mencatat bacaan IPU 409, diikuti Indonesia (406) dan India (333).

Malaysia merekodkan bacaan IPU tertinggi di dunia susulan jerebu yang melanda sejak beberapa minggu.

Itulah juara dunia yang memalukan. Semua negara tidak ingin terimanya. Tetapi diberikan kepada Malaysia walaupun ia berpunca daripada negara jiran.

Langit di negara kita telah menjadi kelam dan kotor. Jerebu yang menerawang dan menjejaskan pernafasan manusia sesungguhnya tidak diingini oleh semua orang.

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU); bahasa Inggeris: Air Pollution Index (API) merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara khususnya di China, Hong Kong dan Malaysia.

Ia juga dikira dari beberapa set data pencemaran udara. Di Tanah Besar China indeks IPU ditukar dengan Indeks Kualiti Udara yang dikemas kini sejak awal tahun 2012.

Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
  • 0-50 = Baik
  • 51-100 = Sederhana
  • 101-200 = Tidak sihat
  • 201-300 = Sangat tidak sihat
  • 301-400 = Berbahaya
  • 401-500 = Sangat berbahaya
  • Lebih 501=Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)

Musim Jerebu

Jerebu yang kembali menghantui Malaysia bagaikan bermusim seperti buah durian.

Setiap kali berlaku, kita akan mendengar pelbagai tindakan hebat akan diambil, tapi lihatlah apa yang berlaku pada hari ini. Sekarang ini. Saat ini.

Kemungkinan pada tahun-tahun kehadapan, pekerja-pekerja syarikat perladangan terbabit akan membakar hutan lagi.

Dan mungkin sekali lagi Malaysia akan menjadi juara dunia; Negara Paling Tercemar Di Dunia!

Itulah anugerah yang kita menangi akibat perbuatan orang lain!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

SBDJ Siri 113: Kitab Kejahatan

SBDJ Siri 113: Kitab Kejahatan

Saya tergamam. Memang tidak saya duga Datuk akan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan sedemikian. Rasa cemas masih menguasai rongga dada saya.

Toyol jadi-jadian

"Kamu jumpa benda-benda pelik?"

Datuk terus sergah, bila melihat saya dalam keadaan tidak tentu arah. Saya segera menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Cakap Tamar!" gertak Datuk.

"Ya tuk, ya saya lihat," bertalu-talu saya anggukkan kepala macam burung belatuk tebuk lubang.

"Tak mengapa," nada suara Datuk merendah. Hati saya terasa damai.

"Perkara semacam tu memang tidak boleh dielakkan," sambung Datuk.

Saya merenung ke arah Pak Imam yang sudah pun menutup Al-Quran.

Pak Imam segera alihkan pandangan ke arah Datuk. Bunyi buah durian luruh terus mengasak lubang telinga saya. Angin yang bertiup terasa cukup dingin sekali bila menyentuh kulit muka.

"Sudah, lupakan semua tu," Datuk tatap wajah saya.

"Ya, lupakan," sahut Pak Imam sambil menghulurkan Al-Quran kepada saya.

"Kau ambil dan kau baca," Datuk keluarkan arahan setelah melihat saya agak ragu-ragu mahu mengambil Quran yang dihulurkan oleh Pak Imam.

Saya tidak boleh mengelak lagi. Sila pun saya kemaskan. Naskhah Al-Quran sudah pun berada di tangan. Dan papan rehal segera Datuk letakkan di hujung lutut saya.

"Kau bacalah Tamar, saya nak tidur sekejap," ujar Pak Imam.

Segera saya renung ke arah Datuk. Dia anggukkan kepala.

"Orang yang membaca Al-Quran dijauhi syaitan," tutur Datuk lembut bersama senyuman.

Bila Datuk berkata demikian, ertinya dia menyuruh saya mematuhi permintaan Pak Imam.

"Mulakan, tunggu apa lagi," terdengar suara Mat Prai dari halaman.

Entah berapa kali dia berlegar-legar di halaman pondok macam kucing jantan ketagih kucing betina. Serentak Datuk dan Pak Imam merenung ke arah Mat Prai.

"Cuba kau duduk diam," Datuk luahkan kata-kata untuk Mat Prai.

"Kalau duduk diam, badan terasa sejuk. Bila berjalan macam ni terasa panas," dalih Mat Prai.

Pak Imam menarik nafas panjang dan Datuk senyum sinis.

Bila saya memulakan bacaan Al-Quran (sebenarnya menyambung pembacaan Pak Imam), saya lihat Pak Imam segera rebahkan badan ke lantai. Datuk terus berdiri untuk memulakan sembahyang sunat malam.

Selesai saja Datuk menyempurnakan sembahyang sunat malam, dia terus sandarkan belakang ke tiang pondok.

Saya sudah faham, bila Datuk berbuat demikian menandakan yang dirinya amat mengantuk. Beberapa saat kemudian, Datuk terus berdengkur.

Saya terus membaca Quran dengan tenang. Buah durian yang cukup masak terus jatuh ke bumi.

Mat Prai tidak mahu naik ke pondok. Masih berlegar-legar di halaman pondok. Setiap kali dia terdengar bunyi buah durian gugur, keadaannya menjadi tidak tenang dan tenteram.

"Hummmmm..."

Saya terkejut hingga Quran di depan tertepis ke kiri. Mat Prai melompat empat anak tangga dan terus duduk bersila di depan saya.

Dengan rasa cemas dan hairan saya ambil Quran yang tertangkup di atas lantai.

"Kenapa?" tanya saya.

Mat Prai tidak menjawab, malah bergerak menuju ke arah Datuk. Bahu kanan Datuk digoyangkan beberapa kali. Datuk membuka kelopak mata.

"Kamu minta kebenaran dari aku supaya Tamar menemani kamu mengutip buah durian," itu yang Datuk luahkan dari mulutnya.

Pak Imam yang tidurnya terganggu terus menggosok-gosok mata. Renung kiri, renung kanan. Akhirnya menatap muka Mat Prai.

"Ya, memang itulah niat hati saya Ayah Alang."

"Tak boleh kutip durian yang gugur," tiba-tiba Pak Imam bersuara.

Saya terkejut. Apa hak Pak Imam melarang Mat Prai mengutip buah durian kepunyaannya. Barangkali Pak Imam juga tidak jujur. Mungkin dia ada maksud tertentu.

"Kenapa tak boleh Pak Imam?" soal saya.

"Yang jatuh tu bukan buah durian tapi..." Pak Imam tidak meneruskan kata-katanya.

Dia merenung ke arah Datuk. Saya lihat Datuk anggukkan kepala. Bagaikan faham dengan renungan Pak Imam.

Mat Prai terdiam. Saya pula menanti komentar yang bakal diluahkan oleh Datuk.

Bila sudah demikian, suasana dalam pondok terasa sepi tetapi deru angin malam tetap kedengaran menyentuh dedaun dari pepokok yang tumbuh subur sekeliling pondok.

Bunyi buah durian yang gugur kian galak, bertalu-talu bagaikan pohonnya digoncang orang.

"Betul kata Pak Imam tu," Datuk bersuara.

"Dia ada pengalaman dalam hal ini,” Datuk menguatkan hujahnya sambil merenung ke arah Mat Prai yang di dakap kehampaan.

Pak Imam alihkan pandangan ke luar, melihat kegelapan malam yang pekat. Dia segera menarik nafas panjang.

"Pak Imam ni, dari kecil hingga tua berkubang dalam dusun durian. Dia dah masak dengan pokok durian. Begitu juga dengan buah dan kulitnya.

"Dari bau durian dia dah dapat meneka sama ada buah durian itu baik atau sebaliknya," sambung Datuk lagi.

"Jangan begitu memuji kita kawan,” Pak Imam menangkis dan Datuk terus ketawa kecil.

"Tapi, makin dekat waktu subuh, makin kerap buah durian yang gugur, bukan begitu Pak Imam."

Setelah ketawa berakhir, Datuk segera menghujani Pak Imam dengan pertanyaan.

Pak Imam tidak menjawab, seiring senyum dia anggukkan kepala.

RESAH

Saya lihat Mat Prai terus resah. Mungkin dalam kepalanya dia menghitung betapa ruginya kalau buah-buah durian yang gugur itu tidak dikumpulkan. Mungkin juga dia bimbang buah duriannya dicuri orang.

"Hisss..." Mat Prai terus bangun. Semua biji mata tertumpu ke arahnya.

"Kalau kita dengar tu bukan durian, agaknya buah hantu yang jatuh," tokok Mat Prai meluahkan gelodak hatinya.

Datuk senyum dan Pak Imam urut pangkal dagunya dua tiga kali. Mat Prai duduk kembali.

Bunyi buah durian gugur tetap berterusan. Muka Mat Prai terus berkerut.

"Dalam hidup ini, kalau tamak selalu rugi dan mudah dipermainkan oleh nafsu sendiri. Jadi kamu tak usahlah tamak."

Pak Imam tatap wajah Mat Prai setelah meluahkan sebuah sindiran.

"Saya cuma nak tahu buah apa yang jatuh tu, Pak Imam," Mat Prai berdalih menutup kelemahan diri sendiri. Pak Imam tunduk merenung lantai pondok.

Deru angin malam terus mengasak lubang telinga. Kedinginan bagai tidak puas-puas menggigit kulit tubuh.

Penuh debar saya menantikan kata-kata yang bakal diucapkan oleh Pak Imam untuk Mat Prai. Saat yang saya nantikan itu pun tiba.

"Kalau kamu nak tahu, buah durian tidak jatuh berturut-turut," Pak Imam terus tatap batang hidung Mat Prai.

"Ada jarak atau perbezaan masanya terutama buah yang sederhana. Nak tahu masa jaraknya tu, kau kena belajar dari orang yang berpengalaman dalam hal ini," sambung Pak Imam lagi.

"Betul ke begitu Pak Imam?" tanya Datuk lagi.

"Ya," Pak Imam mengangguk.

"Dari mana Pak Imam belajar?" soal Datuk lagi.

Saya lihat Pak Imam termenung sejenak. Matanya merenung ke luar. Macam ada sesuatu yang dicarinya di kedinginan malam yang mengejar siang.

"Belajar dari pengalaman sendiri. Kita dengar bunyi buah durian gugur lebih dari seratus biji. Padahal buah durian yang betul-betul jatuh tak sebanyak itu. Kalau tak percaya pergi tengok sendiri," tutur Pak Imam bagaikan mencabar Mat Prai.

"Betul ke ni, Pak Imam?" Datuk memohon kepastian.

"Dari pengalaman lalu saya, begitulah," penuh keyakinan Pak Imam memberikan kata putus.

Mat Prai yang sejak tadi membisu, segera meluruskan kaki kanannya. Saya telan air liur sambil menarik nafas dalam-dalam.

"Kalau macam tu.." Mat Prai tidak meneruskan kata-katanya.

Matanya menjadi liar, renung ke kiri dan ke kanan. Macam orang ketakutan. Dia benar-benar berada dalam rasa cemas.

"Yang kita dengar tu, tak ada apa-apa. Semuanya mainan makhluk halus untuk memperdaya kita, bukan begitu Pak Imam?"

Secara mendadak Datuk bersuara. Ternyata kata-kata itu dipersetujui oleh Pak Imam. Buktinya, Imam tua itu terus anggukkan kepala.

"Ahhh.. seram."

Suara Mat Prai meninggi, dan semua yang berada di dalam pondok terkejut besar. Mat Prai meluru ke arah Datuk macam dikejar sesuatu.

"Saya mahu duduk dekat Ayah Alang," Mat Prai mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Datuk.

"Kenapa kamu ni, Mat?"

"Saya terasa seram sejuk, bulu roma saya tegak macam ada sesuatu yang duduk dekat saya."

"Hissss itu perasaan kamu aje, Mat."

"Ya, saya tak bohong Ayah Alang."

"Duduk diam-dian di sini, jangan fikirkan buah durian," kata Datuk lalu disambut dengan senyum memanjang oleh Pak Imam.

Saya tidak memberikan sebarang komentar. Sesungguhnya, saya amat simpati dengan Mat Prai.

AYAM

Malam kian ke hujung, kokokan ayam mula mengendur. Dan pintu sudah pun terkuak. Di dada langit sebelah timur ada biasan cahaya cerah kemerahan.

Sayup-sayup terdengar azan subuh dilaungkan, terpegun mengikuti irama dan alunan azan yang penuh syahdu.

Saya terasa diri ini amat kecil dan kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam serta mencipta penghuni alam ini. Saya tersedu dalam kebesaran Allah itu.

"Kau menangis Tamar?"

Pak Imam terus menepuk bahu kanan saya. Dada terasa sebak mahu menjawab pertanyaannya itu.

Saya berusaha dengan sedaya upaya mengawal emosi hingga perasaan saya jadi tenang.

"Saya terasa diri ini terlalu kecil, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada saya tetapi, ada kalanya saya terlupa dengan nikmat itu," tutur saya dengan nada suara tertahan-tahan.

"Syukurlah kamu sudah menyedarinya, sesungguhnya apa yang ada pada kita ini Tamar adalah hak Allah. Bila sampai masanya nanti hak itu akan diambil-NYa.

"Jika hak yang diberikan tidak digunakan untuk kebaikan bagi mencari bekal untuk hari akhirat, alangkah ruginya hidup ini, Tamar," saya telan kata-kata yang dituturkan oleh Pak Imam dengan penuh kesedaran.

"Bangun, bangun, tadi takut semacam, bila dah tidur semuanya hilang. Kamu ni mengarut betul Mat," saya segera toleh ke arah Datuk yang menggoncang-goncang tubuh Mat Prai.

"Kita nak ke mana, Ayah Alang?" Mat Prai segera gosok kelopak mata dan menguap.

"Tak ke mana-mana. Pergi ambil air sembahyang, kita nak sembahyang jemaah di sini," lanjut Datuk dengan tenang.

Mat Prai renung ke arah saya.

"Kau tak ambil air sembahyang Tamar?"

Itu yang diucapkan oleh Mat Prai bila biji matanya bertemu dengan biji mata saya.

"Air sembahyang aku tak batal lagi," balas saya.

"Saya takut nak pergi ke telaga seorang diri."

"Ikut saya," Pak Imam tawarkan diri.

"Saya juga nak ke telaga," celah Datuk lalu bangun.

"Jadi, saya tinggal seorang di pondok ni," saya luahkan rasa bimbang, bagaikan ada kuasa tertentu memaksa saya berdiri.

"Tak usah banyak cerita, kau tunggu saja di sini. Tak ada apa yang nak ganggu kamu," Datuk memberikan isyarat tangan menyuruh saya duduk. Tanpa banyak cakap, saya terus duduk.

Mat Prai, Pak Imam dan Datuk melangkah selari menuju ke perigi. Saya hanya memandang saja. Tidak berani membuat bantahan atau rayuan.

Oleh kerana Mat Prai menjadi kepala jalan, lampu minyak tanah berada padanya.

Cahaya lampu minyak tanah itu dapat saya lihat. Sekejap cahayanya terang, sekejap malap. Quran sudah lama saya letakkan di dalam beg Datuk.

Sementara menantikan kepulangan mereka dari perigi, saya terus membaca beberapa ayat-ayat pilihan Quran.

"Kamu seorang sahaja?"

Suhaimi Keraba muncul dari sebelah kanan saya. Dia membawa buku tebal. Kali ini pakaian yang menutup tubuhnya amat berbeza sekali.

Dia memakai baju labuh macam pakaian orang Arab. Ada serban terletak atas kepala dan ada kain selendang membalut sebahagian dari dadanya.

Saya kira dia berbuat demikian untuk menghindari rasa sejuk di dadanya.

"Kamu seorang aje?"

Suhaimi Keraba ulangi pertanyaan yang tidak saya jawab. Kelopak mata kirinya nampak bergerak sekali dua.

Saya kira dia tahu yang saya terkejut atas kedatangannya di subuh yang dingin. Dia merasa hujung serbannya jatuh atas bahu.

"Ya, saya seorang saja," balas saya tenang.

"Dah sembahyang Subuh?"

"Belum lagi."

"Katakan beriman dan taat pada agama, kenapa dah masuk waktu sembahyang tak sembahyang lagi," dalam wajah yang manis, Suhaimi Keraba menyindir saya.

KOKOK

Sesekali terdengar kokok ayam. Kabus subuh mula bangkit dan menguasai ruang udara dusun durian.

Saya terus menggeletar bila sepasang mata Suhaimi Keraba bertemu dengan mata saya.

Pondok terasa bergegar dan saya seperti terdengar dentuman yang kuat, membawa seluruh fikiran dan ingatan saya berada di dunia lain.

Dalam samar-samar itu saya terpandangkan Suhaimi Keraba menghulurkan kitab yang dibawanya kepada saya.

Saya tidak mahu menjamah kitab yang dihulurkannya. Saya bagaikan terlihat api di permukaan kulit kitab tersebut.

"Ambillah, kitab ini akan membawa kamu kepada kesejahteraan dan kesempurnaan hidup," tuturnya.

"Tidak, tidak."

"Jangan begitu, ambillah," Suhaimi Keraba mendesak.

Dia sengaja mendekatkan kulit kitab itu ke telapak tangan saya. Dengan sedaya upaya, saya terus berusaha agar tidak tersentuh.

Dalam saat-saat cemas itu, saya terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran.

Di samping itu saya berusaha membuka bunga silat dengan harapan salah satu dari buah silat yang saya lepaskan akan terkena pergelangan tangan Suhaimi Keraba.

"Aduh," jerit Suhaimi Keraba.

Usaha saya tidak menjadi sia-sia. Buah kelima dari silat harimau tepat pada sasarannya. Kitab di tangan Suhaimi Keraba terdampar atas lantai.

Anehnya Suhaimi Keraba tidak memperlihatkan kemarahan. Dia masih mahu menghulurkan persahabatan. Suhaimi Keraba merenung ke arah perigi.

"Mereka dah datang, biarlah aku balik dulu," dalam senyum Suhaimi Keraba meluahkan kata-kata.

Hati remaja saya terus di gelodak kemarahan. Suhaimi Keraba mempermainkan saya.

"Kamu tahu, aku tak sendirian di sini?"

"Ya."

"Kalau begitu, kenapa kau bertanya?"

"Bukankah kepuraan itu memang amalan hidup aku," lanjut Suhaimi Keraba.

Dia anggukkan kepala lalu melangkah meninggalkan saya sendirian.

Atas permintaan Pak Imam, Datuk diminta menjadi imam solat Subuh. Tidak menjadi keberatan untuk Datuk melaksanakannya.

Setelah selesai bersolat dan berwirid, Datuk terus mandi embun serta melakukan silat untuk menegangkan urat sendi.

Pak Imam hanya melakukan senaman tradisional. Mat Prai terus memikul raga besar untuk mengutip buah durian.

"Ke mari kejap kawan."

Pak Imam bersuara lantang dari atas pondok. Datuk tidak meneruskan silatnya. Dan saya berhenti dari melihat buah-buahan di hujung dahan.

"Ikut aku Tamar."

"Baik, tuk."

Tidak sampai beberapa detik, saya dan Datuk sudah pun berada di dalam pondok. Berdiri dekat Pak Imam.

Mata kami tertumpu ke arah buku tebal atas lantai. Saya tahu itulah buku atau kitab yang Suhaimi Keraba mahu berikan kepada saya.

Anehnya buku atau kitab itu tidak kelihatan tadi. Kenapa baru sekarang kitab itu menjelma?

"Siapa punya? Agaknya kawan yang punya," Pak Imam renung ke arah Datuk. Cepat-cepat Datuk gelengkan kepala.

"Agaknya cucu kawan saya punya."

"Saya tahu, cucu saya tak baca buku macam tu. Tulisannya bercampur-campur, sekali pandang macam tulisan Siam dan Urdu.

"Jika tengok lama-lama tak ubah macam tulisan sastera Hindu kuno, bahasa Sanskrit," jelas Datuk.

Biji matanya tidak berkedip merenung kulit buku tersebut. Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya berperang dengan perasaan saya sendiri.

Wajarkah saya ceritakan apa yang terjadi kepada Datuk dan Pak Imam? Apa baik dan buruknya kalau perkara itu saya rahsiakan daripada mereka.

Dalam saat saya tidak tahu membuat keputusan itu, bagaikan pancaran kilat sekujur tubuh Suhaimi Keraba dalam ruang mata saya.

"Kau anak yang baik, kalau kau dengar cakap aku, kau bahagia dan senang di dunia," tutur Suhaimi Keraba.

"Aku tidak percaya dengan kamu," suara batin saya menolak tetapi Suhaimi Keraba memberikan jawapan.

"Dengarlah sayang, kitab itu untuk kamu. Jika kamu ceritakan pada orang lain apa yang kamu alami, padahnya kamu tanggung sendiri," dalam senyum Suhaimi Keraba memujuk di samping menyelitkan sebuah ugutan.

"Tidak," terkeluar suara dari rongga dada saya.

Pak Imam dan Datuk berpandangan. Mereka hairan, bagaimana saya boleh berkata begitu.

Pak Imam terus tepuk belakang saya. Saya tersentak, bagaikan terkejut dari tidur.

Dari telinga sebelah kanan, saya terdengar Datuk membaca surah Al-Fatihah sebanyak dua puluh kali, kemudian Datuk selawat nabi sebanyak tiga kali berturut-turut.

Datuk hembuskan muka saya dengan nafasnya melalui lubang hidung. Buat beberapa saat, saya terasa fikiran saya melayang-layang tidak menentu.

Dalam keadaan yang samar-samar itu saya lihat kitab di atas lantai. Kulitnya mula terbakar dan menjadi bara.

"Buku tu terbakar," kata saya.

"Bertenang, cuba baca Qulya sampai habis, Tamar," bisik Datuk.

Nada suaranya cukup lembut sekali. Kepala saya digosoknya penuh mesra. Saya pun membaca Qulya sampai lima kali berturut-turut.

"Cuba kau renung buku tu, Tamar."

Saya segera dengar cakap Datuk. Saya tumpukan perhatian pada buku atas lantai.

"Cuba kau lihat betul-betul, Tamar, buku tu terbakar lagi?"

"Tak terbakar tapi berasap."

"Cuba tengok dengan teliti, masa tengok tu ingatkan Allah, sebut nama-Nya sebanyak mana yang kau mampu," bagaikan seorang guru, Datuk memberikan penerangan untuk saya.

Lagi sekali, seluruh perhatian ditumpukan pada buku ganjil di atas lantai. Terdengar suara Pak Imam membaca sesuatu. Suara keluhan dari Datuk terus menyumbat telinga saya.

"Masih berasap lagi, Tamar?"

"Tidak," tutur saya gugup.

"Dah pulih nampaknya. Kuat sungguh iblis di sini," Pak Imam merungut.

Datuk memperkemaskan silanya. Sinar matahari pagi mula melemparkan cahayanya ke dalam pondok.

Kicau burung kedengaran di mana-mana. Mat Prai masih belum pulang dari memungut buah durian.

Datuk mempertemukan kedua belah telapak tangannya. Digodokkan berkali-kali sambil menahan nafas. Muka Datuk nampak merah semacam.

Bila nafasnya dilepaskan, kedua belah telapak tangannya menampar lantai pondok. Datuk menerpa ke arah buku ganjil itu untuk disentuh.

"Jangan, kawan."

Pak Imam menepis tangan kanan Datuk. Tentu saja perbuatan itu tidak disenangi oleh Datuk.

Sebelum bersarang sebarang keraguan dalam kepala Datuk, Pak Imam segera menjelaskan.

"Maafkan kawan kerana bersikap kasar. Kitab tua tu tak boleh disentuh begitu saja, ada syarat tertentu."

Datuk terus sandarkan badan ke dinding. Dia hulurkan tangan pada Pak Imam. Mereka bersalaman sambil berpelukan.

Tindak-tanduk mereka itu menggambarkan yang mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Menghormati ilmu yang ada dalam dada masing-masing.

"Kita tu, kitab Jawa kuno yang menyelitkan ilmu kebatinan dan keduniaan.

"Sepatutnya kitab tu mesti ada dua. Satu mengajarkan kebaikan dan menghancurkan kejahatan. Tapi yang di depan kita ni kitab yang mengajar kejahatan," Pak Imam sedikit demi sedikit membuka rahsia dirinya yang kaya dengan keilmuan.

Mungkin dia lebih pandai dari Datuk. Apa yang pasti, orang tua yang kelihatan bersahaja itu bukan sebarang orang.

"Kitab siapa ni?" Datuk ajukan pada Pak Imam.

Perlahan-lahan Pak Imam angkat kepala merenung ke arah saya dengan senyum yang amat menyenangkan.

"Tanyalah si Tamar tu."

Datuk segera renung ke arah saya. Belum pun sempat Datuk membuka mulut untuk bertanya, Pak Imam memberitahu bahawa ia adalah dari "Suhaimi Keraba."

"Memang tak salah dugaan saya. selama ini dia mengamalkan ilmu dari kitab salah ini, saat celakanya dah tiba," Pak Imam gelengkan kepalanya.

UCAP

Tanpa mengucapkan sesuatu, Pak Imam menerpa ke halaman pondok. Dia jemur muka dan tubuh untuk beberapa saat.

Dia bergerak di halaman pondok macam orang menari Kuda Kepang dan tanpa bertangguh-tangguh lagi, dia tepuk bumi dengan tangan kiri dan terus bertinggung macam gerakan monyet dalam taridra Sang Hanuman dan Sita Dewi.

Lebih dari lima minit Pak Imam membuat gerakan demikian, hingga badannya berpeluh.

Pak Imam terus naik ke pondok. Datuk duduk di depan buku. Pak Imam bercakap dalam bahasa yang tidak saya mengerti.

"Tadi saya membaca mantera dalam bahasa Jawa kuno, menolak perkara yang tidak baik supaya tidak terkena badi syaitan," terang Pak Imam.

Saya dan Datuk anggukkan kepala. Pak Imam terus jamah buku. Lembaran buku lama dibukanya sehelai demi sehelai.

Sampai pada lembaran yang bertanda dakwat merah, Pak Imam terpegun. Dia terus membacanya dalam bahasa Sanskrit.

"Antara amalan yang telah dibuatnya ialah memperkosa anak sendiri, bertapa dalam gua dan memelihara Si Tunjing," Pak Imam memberi penerangan.

"Si Tunjing, tu apa?" tanya saya.

"Makhluk halus yang jadi suruhannya, apa yang kita dengar malam tadi, itu adalah perbuatan Si Tunjing," Pak Imam berikan penjelasan.

"Saya tahu membaca tulisan ini kerana saya belajar dari arwah nenek saya yang berasal dari Bali," lanjut Pak Imam lagi.

Mat Prai muncul di halaman pondok. Dia kelihatan hampa sekali. Tidak sebanyak mana buah durian yang dapat dikutipnya.

"Sebahagian dari buah durian saya hancur, jadi macam kapur," rungut Mat Prai. Dia seperti mahu menangis.

"Sabarlah, Mat," pujuk Datuk.

"Mungkin esok perkara macam ni tak akan terjadi lagi. Engkau lain kali, kalau dapat rezeki lebih buatlah kenduri, sedekah fakir miskin dan berzakat. Kalau tanah ni kepunyaan bersama, jangan bolot sendiri," Pak Imam memberitahu Mat Prai. Saya lihat Mat Prai anggukkan kepala.

Dalam sinaran matahari pagi yang beransur terik itu, Pak Imam sentuh kitab lama. Dicampakkan ke halaman pondok.

Dalam beberapa saat saja kitab lama itu terbakar menjadi debu. Pak Imam tenung ke arah Datuk.

"Bila dia sudah tinggalkan kitab ini, ertinya dia tidak selamat lagi. Kalau mengikut petua, dia sudah berada di saat kematian. Mari ikut saya ke kampung Terang, ke rumah sahabat karibnya," beritahu Pak Imam pada Datuk.

"Buat apa ke sana? Nak tolong selamatkan dia?" soal Datuk lagi.

"Untuk memastikan benarkah dia dimakan sumpah ilmu salahnya," jawab Pak Imam.

Akhirnya, Datuk dan saya bersetuju mematuhi cakap Pak imam kecuali Mat Prai yang mahu pulang ke rumahnya.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 113/284

BACA: SBDJ Siri 112: Kepala ke Langit
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Mahkamah Tuntutan Kecil: Cara Tuntut Hutang Dari Kawan Yang Liat Membayar

Mahkamah Tuntutan Kecil: Cara Tuntut Hutang Dari Kawan Yang Liat Membayar

Kita sering dihidangkan dengan pelbagai kisah yang melibatkan isu kewangan terutamanya hutang yang dilihat semakin rancak apabila pihak yang berhutang mendiamkan diri setiap kali pihak yang memberi hutang meminta kembali jumlah wang yang pernah dipinjamkan.

Mahkamah Tuntutan Kecil
Gambar hiasan.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat kaedah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kembali wang anda melalui prosedur mahkamah.

Ikuti perkongsian individu ini mengenai kaedah yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan kembali wang milik anda.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN KEMBALI WANG ANDA MELALUI PROSEDUR MAHKAMAH?

Sering berlaku dalam kehidupan kita, malah ada yang berlanjutan selama bertahun-tahun lamanya.

"Bro, bila boleh dapat balik duit aku? Nak pakai duit ni." *bluetick*

Tenang saudara, boleh cuba cara ini ya.

MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL

Mahkamah Tuntutan Kecil adalah Mahkamah Majistret yang mendengar tuntutan 'kecil' yakni tuntutan-tuntutan yang jumlah tuntutannya adalah tidak melebihi RM5,000.00.

Dalam kes tuntutan kecil, pihak-pihak yang menuntut tidak diwakili Peguam sekali gus menjimatkan poket anda dari membayar kos Peguam.

Walau bagaimanapun, pihak-pihak yang terlibat boleh mendapatkan nasihat dan pandangan dari Peguam di luar Mahkamah berkenaan kes masing-masing.

Antara perkara yang boleh dituntut adalah seperti berikut:-
  • Hutang.
  • Sewaan.
  • Barang rosak.
  • Tuntutan perkhidmatan yang tidak dibayar, dll.

PROSEDUR

1. Dapatkan Borang 198 di Mahkamah Majistret yang berdekatan. Boleh minta di kaunter, cakap nak buat tuntutan kecil. Borang Percuma.

2. Borang 198 diisi dan dibuat sebanyak 4 salinan. Dalam borang tu nanti tulislah amaun tuntutan dan fakta kes yang menjadi asbab kepada tuntutan tersebut.

3. Dah siap isi Borang 198 ni, hendaklah difailkan di Mahkamah sebanyak 4 salinan tersebut. Bayaran pemfailan adalah sebanyak RM20.00 sahaja.

4. Mahkamah akan cop meterai di Borang 198 tersebut serta memberikan tarikh pendengaran.

5. Tarikh pendengaran adalah tarikh dimana Mahkamah akan mendengar kes tuntutan ye.

6. Selepas menerima Borang 198 yang telah dimeterai oleh Mahkamah, orang yang menuntut (Plaintif) hendaklah melakukan serahan kepada orang yang dituntut (Defendan).

Borang 198 tadi hendaklah diserahkan pada Defendan untuk bagi dia tau, kita nak menuntut hutang.

7. Serahan tersebut boleh dilakukan secara kediri (by hand) ataupun melalui Pos Berdaftar ke alamat terakhir Defendan yang diketahui.

8. Defendan, setelah menerima Borang 198 ini dan ingin mempertikaikan tuntutan Plaintif hendaklah memfailkan pembelaan dalam Borang 199 dalam masa 14 hari selepas menerima tuntutan dari Plaintif.

9. Pembelaan hendaklah difailkan di Mahkamah. Jika gagal, penghakiman beserta kos akan diberikan kepada Plaintif. (Kos tidak melebihi RM100.00).

Selesai urusan pemfailan dan serahan Borang 198, maka bersiap sedialah untuk hadir ke Mahkamah pada tarikh pendengaran yang telah diberikan sebelum ini.

10. Di Mahkamah, Majistret akan mengendalikan kes. Jadi bawalah semua dokumen-dokumen yang berkaitan bagi membuktikan tuntutan anda terhadap Defendan dan ceritakan segalanya kepada Majistret.

11. Defendan juga akan diberi peluang untuk menyampaikan pembelaannya (jika ada).

12. Sekiranya Plaintif Berjaya dalam tuntutannya, maka Penghakiman akan diberikan.

13. Penghakiman selalunya akan mengarahkan agar Defendan membayar Plaintif amaun yang terhutang itu dalam suatu jangka masa (14 hari kebiasaannya).

14. Penghakiman hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret. Bayaran pemfailan adalah RM 20.00 sahaja.

BAGAIMANA JIKA DEFENDAN BERKENAAN MASIH ENGGAN BUAT PEMBAYARAN?

15. Plaintif boleh pergi balik ke Mahkamah dan isi Borang 208 (Notis Tunjuk Sebab). Borang ni juga berharga RM 20.00.

16. Borang 208 yang telah dicop oleh Mahkamah hendaklah diserahkan kepada Defendan.

17. Defendan, setelah menerima Borang 208 hendaklah hadir ke Mahkamah bagi membolehkan Mahkamah untuk menilai keupayaan Defendan membayar hutang.

18. Setelah dinilai, Mahkamah boleh mengeluarkan arahan supaya barangan milik Defendan disita dan dijual.

Mahkamah juga mungkin mengeluarkan arahan untuk Defendan membayar hutang secara ansuran kepada Plaintif sehingga selesai.

19. Mahkamah juga boleh mengeluarkan arahan supaya Defendan dimasukkan ke 'dalam'.

Namun, segala kos di 'dalam' hendaklah ditanggung oleh Plaintif.

20. Waran tangkap akan dikeluarkan jika Defendan tidak hadir selepas Borang 208 dikeluarkan.

Selamat mencuba.

  • Ref: Aturan 93, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [Tatacara Tuntutan Kecil].
  • Borang 198 boleh download kat Google.

BACA INI JUGA:

sumber: ashraf.sohaimi

Logo Bulan Sukan Negara Diejek Macam Hidung Khinzir

Logo Bulan Sukan Negara Diejek Macam Hidung Khinzir

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan bahawa fokusnya kini adalah untuk menekankan intipati program Bulan Sukan Negara (BSN), ketika mengulas ejekan pengguna maya, termasuk pemimpin pembangkang, yang menyamakannya dengan hidung babi.

Logo Bulan Sukan Negara 2019

"Macam saya kata, saya nak fokus inti pati program (BSN) yang saya dah tekankan tadi," katanya pada majlis penyerahan watikah ahli parlimen belia di bangunan Parlimen Kuala Lumpur.

Sejak dikongsi di akaun Facebook rasmi KBS, logo BSN sudah mendapat 446 tanda suka namun majoriti warga maya mengecam reka bentuknya.

Ramai juga yang berkongsi gambar logo BSN yang diterbalikkan, sehingga huruf B diguna pakai kelihatan seperti hidung babi.

Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos antara pemimpin pembangkang yang mengejek logo itu.

Dalam gambar dimuat naik, dua biji mata turut ditambah ke logo yang dipusing itu.

"Cuba teka? Bentuk binatang dan muncung apa untuk logo tema Bulan Sukan Negara (2019). Menteri KBS tak perasan kot atau timbalan menteri KBS tak rujuk kepada menteri," katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq menjelaskan baginya yang paling penting adalah makna di sebalik logo tersebut.

"Saya tengok ramai muat naik logo itu dan terbalikkan dia (logo), tetapi saya rasa paling penting sekali makna logo tersebut yang mewakili BSN.

Antara kritikan pengguna maya terhadap logo itu.

Ejek Logo BSN19

"Perkara ini sangat penting kerana banyak acara kita akan gerakkan sekali dan itu fokus utama kita dan harap rakyat Malaysia keseluruhan dapat melakukan seberapa banyak aktiviti dalam bulan 10 ini," katanya.

Bulan Sukan Negara bakal dilaksanakan pada bulan Oktober 2019.

Maksud Logo BSN

Menurut KBS, logo itu bukan hanya sekadar akronim, tetapi terdiri daripada bentuk organik mewakili suasana mesra dan santai dalam sukan.

Bentuk tepi bulat dan tajam mewakili kuasa, kestabilan dan profesionalisme, menurut keterangan di Facebook KBS.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini