Thursday, February 09, 2017

Cara Mengenali Bulu Babi Ketika Membeli Berus


Berikutan rampasan pihak berkuasa terhadap berus yang disyaki dibuat daripada bulu babi, rasanya pengguna patut tahu bagaimana untuk membezakan, mengenali dan mengetahui rupa berus dan juga produk yang diperbuat daripada bulu babi.

Berus

Ramai daripada pengguna sebenarnya tidak mengetahui bahawa kebanyakan berus murah yang diimport daripada China dibuat dari bulu babi.

Rampasan pihak berkuasa juga mendapati peniaga tidak mengasingkan berus cat yang dibuat dari bulu babi dengan berus biasa dan tidak meletakkan tag.

Pemeriksaan yang dijalankan juga menemui berus cat yang menggunakan logo halal dan sijil halal palsu.

Berus bulu babi dirampas berdasarkan bulu yang bercabang pada hujung bulu berus tersebut.

Jadi, bagaimana cara untuk kita mengenali dan mengetahui berus, sama ada berus untuk mewarna mahupun berus untuk peralatan bersolek yang dibuat daripada bulu babi?

Ciri-ciri bulu babi:

1. Bulunya bercabang dihujung.

2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.

3. Sukar ditanggalkan atau cepat rosak.

4. Lebih mudah diperolehi berbanding bulu haiwan lain.

Info tentang bulu

Bulu Khinzir

1. Bulu Babi@Khinzir

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends).

Bristle daripada wilayah Chungking, China, dikatakan adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

2. Bulu Kambing

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir dan bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Kaedah Pengesahan Produk Dari Bulu Babi

Antara kaedah yang selalu diguna pakai untuk mengetahui dan mengesan kulit atau bulu babi adalah:

1. Ujian Bakar – Apabila dibakar,bau yang terhasil seperti ranbut terbakar

2. Ujian Kelarutan – Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida,kalau larut maknanya ada unsur haiwan dalam sampel.

3. Rupa bentuk Fizikal – Mempunyai 3 lubang ianya boleh dilihat menggunakan Mikroskop,sama ada lubang itu tembus atau tidak.Kalau kulit haiwan lubang tembus hingga ke dalam.

Kesimpulan

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya agar umat Islam dapat mengetahui dan membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Jadi, berhati-hatilah. Insyaa Allah dengan izinnya, semoga kita semua sentiasa dilindungi.

BACA INI JUGA: 8 Haiwan Hodoh Yang Diancam Kepupusan!

Sumber: mrjocko

1 comment

  1. Bagus info ni.. lepas ni mmg kena lebih hati2 dan prihatin klu beli brush mewarna anak2 ni.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon