Tuesday, September 26, 2017

Sambutan Hari Kawalan Kehamilan Sedunia, World Contraception Day

Loading...

Sambutan Hari Kawalan Kehamilan Sedunia, World Contraception Day disambut pada 26 September setiap tahun bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat bahawa kehamilan tidak dirancang adalah peluntur kebahagiaan sesebuah hubungan.

Hari Kawalan Kehamilan

Perancang keluarga bukan sahaja penting untuk kaum wanita, lelaki turut bertanggungjawab untuk mengetahui kaedah pencegahan hamil sedia ada dan bagaimana untuk merancang keluarga.

Tahukah anda, 85 orang daripada 100 wanita yang aktif dalam hubungan seksual tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif, akan hamil dalam tempoh setahun?

Dalam konteks global pula, lebih daripada satu suku populasi wanita yang hamil berlaku tanpa dirancang atau memilih untuk menggugurkan bayi dalam kandungan.

Perangkaan lain pula menunjukkan kira-kira 30 peratus iaitu seorang dalam setiap tiga kelahiran dalam kelompok masyarakat Asia adalah tidak dirancang.

Kehamilan tanpa dirancang yang menjurus kepada pengguguran anak bukan fenomena baru. Ketiadaan perancang keluarga yang baik dan pengguguran anak hanya meletakkan kesihatan wanita dalam risiko.

Apabila ini berlaku, soal siapa yang patut dipersalahkan mungkin tidak begitu signifikan lagi.

Hakikatnya, impak ke atas aspek fisiologi, psikologi dan bebanan kewangan, sosial mahupun ekonomi sepatutnya menyedarkan kaum wanita bahawa mereka mempunyai pilihan dan hak untuk mengawal kehidupannya sendiri.

Kepelbagaian kaedah pencegah kehamilan pada masa kini telah membolehkan pasangan membuat pilihan terbaik dan bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Masyarakat Asia pada amnya masih tabu apabila menyentuh tentang isu-isu seksual dan pencegah kehamilan.

Itulah antara agenda kempen Hari Kawalan Kehamilan Sedunia adalah untuk memperbetulkan tanggapan mereka tentang kaedah mencegah kehamilan.

Masyarakat perlu didedahkan dengan pengetahuan yang tepat dan cara penggunaan (kaedah kontraseptif ) yang betul untuk menjamin keberkesanannya.

Pilihan tentang penggunaan kaedah kontraseptif dibuat berdasarkan pelbagai sebab. Sesetengah pasangan mungkin berbuat demikian kerana ingin menikmati kehidupan berpasangan terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam keibu bapaan.

Sebahagian pula merasakan perlunya kawalan kehamilan bagi menjarakkan tempoh kelahiran anak.

Segelintir pasangan pula berpendapat, mereka sudah memiliki keluarga yang sempurna dan sudah tiba masanya untuk mengelakkan risiko kehamilan tanpa dirancang.

Di Malaysia kadar penggunaan pil perancang moden adalah amat rendah. Hanya kurang daripada empat peratus wanita dalam lingkungan umur 15 hingga 49 tahun yang menggunakannya.

Kos dan kesan sampingan biasanya menjadi faktor pertimbangan utama untuk wanita apabila memilih kaedah pencegahan kehamilan.

Dengan adanya pil perancang moden generik yang mempunyai kesan sampingan ang minimum seperti tidak menyebabkan penambahan berat badan, kini wanita mempunyai lebih banyak pilihan dan dapat menikmati faedah kesihatan tambahan yang ditawarkan oleh pil-pil baharu.

Selamat menyambut Hari Kawalan Kehamilan Sedunia, World Contraception Day.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon