Sunday, November 11, 2018

Apa Sebenarnya AntiOksidan Dan Kepentingannya Untuk Kesihatan?

Apa Sebenarnya AntiOksidan Dan Kepentingannya Untuk Kesihatan?

Tentu ramai pernah mendengar, antioksidan membantu kita jadi sihat terutamanya sebagai langkah mencegah penyakit berbahaya seperti kanser dan untuk kecantikan, tetapi bagaimanakah caranya? Contoh paling mudah ambil sebiji epal, makan separuh, tinggalkan dalam suhu bilik dan perhatikan perubahannya.

Apa itu AntiOksidan

Epal yang berubah menjadi perang disebabkan oleh proses pengoksidaan yang menghasilkan produk sampingan iaitu radikal bebas.

Ini juga berlaku di dalam badan antaranya radikal bebas yang dihasilkan oleh badan melalui tindak balas biokimia. Bagaimanapun, radikal bebas yang terlalu banyak akan mendatangkan bahaya kepada tubuh badan.

Faktor lain seperti merokok, minum arak, lemak, cahaya matahari, pendedahan kepada radiasi dan pencemaran persekitaran akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas dalam badan.

Jadi, badan memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan bagi memelihara kesihatan tubuh.

Antara contoh antioksidan, Vitamin A, C dan E, lycopene, beta carotene dan beberapa lagi.

Sebaik-baiknya kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan antioksidan dalam makanan bagi menjamin pelbagai zat berbanding nutrien khusus dalam satu-satu jenis suplemen.

Antara antioksidan terbaik untuk badan adalah glutathion, yang amat diperlukan bagi melindungi molekul dalam badan.

Glutathion dihasilkan oleh sel badan secara semulajadi dan berperanan menyingkirkan toksik badan, menggalakkan sistem imun badan dan memelihara protein sel badan.

Bagaimanapun, glutathione berkurangan apabila usia meningkat dan menghidap penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan kanser.

Bercerita mengenai antioksidan, buah-buahan dalam kumpulan beri mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding buah dan sayur.

MAKANAN TINGGI ANTIOKSIDAN

Organ dalaman tubuh manusia seperti hati, usus, ginjal, paru-paru, kulit, darah dan sistem limfa secara semula jadi bekerjasama untuk memastikan racun kimia diubah menjadi bahan yang kurang berbahaya untuk disingkirkan dari tubuh.

Bahan toksin dalam tubuh secara semula jadi dikeluarkan melalui peluh, air kencing atau najis sebagai satu cara detoksifikasi atau mengeluarkan bahan buangan dan racun dari dalam tubuh.

Bagi memudahkan proses detoksifikasi ini, kita boleh membantu tubuh dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sihat yang kaya kandungan antioksida.

Terdapat pelbagai jenis bahan yang kaya dengan khasiat dan antioksida semula jadi yang jarang diketahui ramai.

Malah, ada antara kita hanya mengamalkannya tanpa mengetahui nutrien penting yang terkandung di dalamnya amat baik untuk proses detoksifikasi.

Berikut antara buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksida yang mampu menyingkirkan bahan berbahaya dari tubuh dan pastinya membantu penghadaman lebih sempurna.

1. Bawang putih

Kandungan sulfur dalam bawang putih menjadikan salah satu kegunaan dapur ini bahan detoks yang mengagumkan.

Bawang juga memiliki sifat antibiotik sehingga boleh membantu menyembuhkan dalaman tubuh.

Selain itu, antioksida dalam bawang juga melindungi ginjal daripada kesan racun akibat pengambilan ubatan.

2. Limau

Buah ini membantu membersihkan sistem pencernaan dan mencegah batu ginjal berkembang.

Limau juga rendah gula semula jadi dan kalori menjadikannya amat baik untuk diet.

Kajian juga menunjukkan kulit limau kaya dengan flavanoid, antioksida kuat yang membantu mengurangkan radang, memperbaiki jaringan yang rosak dan melindungi hati.

3. Avokado

Kandungan antioksida iaitu daripada jenis gluta pada buah ini berfungsi menyingkirkan racun bahaya dari tubuh.

Dengan mengurangkan bahan kimia dan racun dari dalam tubuh, anda rasa lebih sihat dan segar.

4. Lemon

Jus lemon sememangnya diketahui kaya vitamin dan antioksida yang membantu melindungi hati dan melarutkan bahan kimia dari dalam tubuh.

Pengambilan lemon secara teratur dapat meningkatkan kesihatan.

5. Ubi bit

Makanan berkarbohidrat daripada jenis ubi ini kaya betaine dan pektin yang membantu melindungi hati dan sistem pencernaan.

6. Brokoli

Brokoli juga kaya dengan kandungan antioksida dan selain itu, brokoli tinggi kandungan enzim yang membantu melancarkan sistem pencernaan.

Brokoli mentah lebih disarankan untuk diambil kerana nutrisi yang tinggi di dalamnya.

7. Kubis

Kubis mengandungi sulfur yang penting untuk mengurai bahan kimia dari dalam tubuh seperti racun serangga hingga ubat yang diambil ketika sakit.

8. Biji bunga matahari

Bahan ini kaya dengan vitamin E dan ia tergolong antara herba yang efektif membersihkan hati.

Biji bunga matahari atau biasa disebut kuaci juga boleh menyingkirkan racun berbahaya yang berada di dalam tubuh.

Biji bunga matahari juga membantu mengawal paras kolesterol agar sentiasa rendah.

Kuaci kaya dengan asid linoleat yang membantu mengurangkan pembentukan plak dalam otot dan saraf sehingga mempermudahkan aliran darah ke arteri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro | utusan

Kuasa Hati Mampu Mematahkan Sihir

Kuasa Hati Mampu Mematahkan Sihir

Sebut sahaja santau, tuju-tuju, voodoo, santet termasuk entiti yang berkaitan dengannya seperti polong, pelesit, hantu raya, sudah pasti timbul suatu perasaan seram dan takut kepada orang yang mendengarnya, kerana ilmu hitam atau sihir antara ilmu yang digeruni oleh kebanyakan orang.

Mematahkan Sihir

Bukan niat untuk menakutkan tetapi hakikatnya perkara ini wujud dalam semua bangsa di dunia. Cuma ketakutan kita terhadap perkara ini selalunya tidak bertempat dan menyalahi hakikat yang sebenarnya.

Ditambah lagi dengan filem dan cerita seram di televisyen serta tokok tambah lidah yang tidak berasas menjadikan ilmu hitam ini berada di suatu kedudukan yang tinggi dalam indeks seram manusia.

Ilmu sihir ajaran syaitan

Iblis dan syaitan telah merancang pelbagai misi untuk menyesatkan manusia. Mereka tidak akan melaksanakan sesuatu pelan kecuali dengan tujuan untuk memastikan manusia mengikut mereka masuk ke neraka.

Mereka mengajarkan pelbagai ilmu yang menyebabkan manusia jadi jahat dan kufur. Antaranya ialah melalui ajaran sihir.

Fakta ini dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Al Baqarah ayat 102:

”...puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia akan ilmu sihir...”

Persepsi masyarakat terutama bagi kita yang beragama Islam tentang kehebatan ilmu hitam ini perlu dikikis.

Ini kerana ilmu tersebut tidaklah sehebat dan sekuat seperti yang disangkakan. Ianya mudah diatasi sekiranya kita mengetahui rahsia dan kelemahannya.

Malangnya, kejahilan kita terhadap perkara ini menyebabkan kita cepat melatah apabila diancam sihir. Mulalah kita berikhtiar dan mencari pelbagai kaedah rawatan yang kadang-kadang menyalahi ajaran Islam.

Secara tidak langsung misi syaitan dan iblis untuk menyesatkan manusia telah berjaya.

Allah SWT tidak akan menurunkan suatu masalah dan musibah kecuali pasti Allah menyediakan panduan untuk mengatasinya sama ada melalui Al-Quran atau Sunnah Nabi.

Al-Quran sendiri mengemukakan beberapa kisah pertarungan antara ahli sihir dan para utusanNya dan antara yang paling hebat ialah kisah Nabi Musa a.s. melawan ahli sihir Firaun yang sangat hebat.

Kisah Nabi Musa Mengalahkan Ahli Sihir Firaun

Nabi Musa a.s. telah diutuskan oleh Allah SWT bukan sahaja untuk berdepan dengan Firaun yang amat zalim dan kejam, tetapi juga untuk berdepan dengan ahli-ahli sihir terhebat.

Allah tidak mengutuskan Nabi Musa dengan tangan kosong, tetapi dibekalkan dengan dua perkara yang menjadi mukjizat kepada Nabi Musa a.s. iaitu tongkat yang boleh bertukar menjadi ular dan tangan Baginda yang boleh mengeluarkan cahaya.

Kisah ini dirakamkan dalam Al Quran, surah Ta-Ha, ayat 17-22 yang bermaksud:

“Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?” Nabi Musa menjawab: “Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu”.

Allah Taala berfirman, “Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!” Lalu ia mencampakkannya. Maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.

Allah berfirman, “Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal. Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.

Apakah rahsia tongkat dan tangan Nabi Musa?

Sekarang, marilah kita meneliti rahsia apabila Allah berfirman, “apa yang ditanganmu wahai Musa.”

Imam Fakhru Al-Razi dalam tafsirnya mengatakan, oleh kerana tajalli pandangan Allah jatuh kepada kedua objek tersebut iaitu tangan dan tongkat, maka kedua-duanya menjadi mukjizat yang sangat hebat.

Lalu kedua-duanya bertukar dari keadaan yang biasa menjadi sesuatu yang luarbiasa dengan izin-Nya.

Tongkat Nabi Musa yang merupakan batang kayu yang telah mati dan kering tiba-tiba boleh bertukar menjadi ular yang hidup. Tangan Nabi Musa bertukar menjadi bercahaya gilang gemilang.

Kedua-dua perkara luar biasa ini sangat ajaib. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ini tidak lain dan tidak bukan kecuali kerana rahmat pandangan Allah yang jatuh ke atas tongkat kayu dan tangan Nabi Musa a.s. lalu ia bertukar menjadi hebat dan mampu mengalahkan tipu daya ahli sihir Firaun.

Imam Ar-Razi seterusnya menyambung bahawasanya Allah SWT memandang kepada hati hambanya sebanyak 360 kali pada setiap hari.

Jika hati manusia dipandang oleh Allah sebanyak itu dalam sehari, sudah pasti hati orang itu akan hidup dan menjadi lebih hebat dari tongkat Nabi Musa.

Malangnya, kerana hati kita selalu alpa dan lalai dari mengingati Allah, maka hati tersebut berterusan dalam keadaan mati.

Apabila berdepan dengan ancaman sihir yang kecil pun, kita sudah mula mengelabah dan tiada kekuatan untuk melawannya.

Oleh itu, salah satu cara terbaik untuk menentang kejahatan ilmu hitam ialah dengan menghidupkan hati untuk menerima kesan rahmat dan tajalli pandangan Allah ke atasnya.

Hati ini bukan sahaja akan hidup, malah berupaya mengalahkan segala tipu daya penyihir.

Bagaimana untuk menghidupkan hati?

Tanyalah kepada ahli-ahli zikir dari kalangan ahli sufi kerana pada mereka ada ilmu dan petua untuk menghidupkan hati yang mati, menyembuhkan hati yang berpenyakit, mencelikkan hati yang buta, melembutkan hati yang keras, menyinari hati yang kelam.

Kisah Nabi Muhammad SAW mengatasi sihir

Nabi Muhammad SAW sendiri telah beberapa kali cuba disihir oleh kaum Yahudi. Dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim, terdapat satu riwayat tentang kisah Rasulullah SAW yang disihir oleh Labib bin Al-A’sam.

Bahan sihir yang digunakan ialah rambut Nabi SAW yang diikat pada mayang kurma dan ditanam dalam sebuah telaga bernama telaga Za’rawan.

Akibat sihir tersebut, baginda SAW merasakan seolah-olah sudah bermalam di rumah salah seorang isterinya sedangkan Baginda SAW tidak melakukan demikian.

Perkara ini berlarutan untuk suatu tempoh hinggalah Baginda SAW diberitahu oleh malaikat bahawa Baginda terkena sihir.

Maka Nabi SAW telah meminta para sahabat untuk pergi mendapatkan bahan-bahan sihir yang ditanam itu dan meleraikannya. Sebaik sahaja simpulan sihir tersebut dileraikan, maka kesan sihir itu telah hilang.

Kisah nabi disihir ini merupakan satu panduan untuk kita berdepan dengan masalah sihir.

Langkah pertama yang Nabi tunjukkan ialah dengan melerai dan memusnahkan bahan-bahan sihir yang digunakan untuk menyihir seseorang.

Ini bermakna, selagi mana bahan tersebut masih dalam keadaan tidak dileraikan, maka selagi itulah kesan sihir itu akan dirasai oleh mangsa.

Cara meleraikan bahan sihir itu juga mesti mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW iaitu dengan pergi mendapatkan sendiri bahan-bahan tersebut, bukannya dengan cara menarik dari jauh melalui khidmat pawang atau bomoh.

Kadang-kadang, mangsa sihir akan mendapat petunjuk tentang bahan-bahan yang digunakan.

Mungkin kadang-kadang bermimpi tempat ianya ditanam, mungkin terbayang-bayang lokasi ianya dilakukan, mungkin menyebut suatu petanda tentang bahan tersebut dikala tidak sedar akibat rasukan.

Nabi SAW diperlihatkan kedudukan mayang kurma yang diikat rambut Baginda SAW dan baginda meminta para sahabat untuk pergi mengambil dan meleraikannya.

Mengenali Bahan-bahan Sihir

Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk menyihir boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
  • ‘Bahan Luaran’ iaitu bahan yang bukan berasal dari diri mangsa atau orang yang hendak menyihirnya.
  • ‘Bahan dalaman’ iaitu bahan yang berasal dari diri mangsa atau penyihirnya.

1. Bahan Luaran

Jenis-jenis ‘bahan luaran’ dan cara penyediaannya adalah berbeza-beza mengikut amalan tukang sihir itu.

Bahan-bahan ini lebih merupakan satu simbolik yang menggambarkan bentuk kesan yang hendak dikenakan kepada mangsa.

Antara bahan-bahan luaran yang digunakan oleh tukang sihir adalah:

Bahan-bahan kotor dan busuk seperti darah, najis, bangkai, tengkorak, kain kafan mayat, air kencing, abu mayat digunakan untuk menjadikan seseorang itu gila, dibenci, mengalami gangguan perasaan.

Bahan-bahan yang berbisa dan beracun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, ubur-ubur, katak puru bertanduk, bisa kala jengking digunakan untuk menyakiti dan menyebabkan penderitaan kepada fizikal mangsa dan boleh jadi untuk membunuh mangsa.

Bahan-bahan tajam dan melukakan seperti kaca, mentol lampu, kelonsong telur ayam, benang sutera, berus besi, kawat sental periuk, tali sabut yang direndam, pisau, paku, ranting bunga kertas, kuku manusia atau binatang digunakan untuk menyakiti dan menyebabkan penderitaan kepada fizikal mangsa, dan boleh jadi untuk membunuh mangsa secara perlahan.

Bahan-bahan gatal dan miang seperti miang buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni dan ulat bulu mati beragan digunakan untuk mendatangkan kemudaratan kepada tubuh mangsa terutama organ dalaman.

Bahan-bahan simpulan seperti kain, benang, rambut, tali sabut, tali yang mempunyai warna-warna tertentu, biasanya merah, hitam, kuning dan putih digunakan untuk mengurung atau mengawal kehendak dan mental seseorang dari berfikir secara waras.

Bahagian tertentu dari anggota badan manusia seperti tengkorak, tulang belulang atau apa-apa yang terhasil darinya seperti rambut, kuku, air liur, air mani dan darah haid digunakan untuk mengawal atau menundukkan seseorang supaya mengikut segala kehendaknya.

Bahagian tertentu dari anggota haiwan seperti taring harimau, gading gajah, tanduk kerbau, taring babi hutan digunakan untuk menjadikan mangsa itu garang ditakuti orang. Bulu kongkang, hati mawas putih, hati kura-kura dan tulang dagu kera duku digunakan untuk menjadikan mangsa itu bodoh dan malu apabila melihat orang.

Bahan-bahan yang diambil dalam keadaan tidak stabil seperti benda-benda yang memusing di tengah-tengah air seperti daun, kayu atau haiwan mati, atau benda-benda seperti bangkai semut, labah-labah atau lipas yang tersangkut di sarang labah-labah, atau benda-benda bergantung yang sentiasa berpusing ke kanan dan ke kiri, atau sampah, daun kayu atau binatang kecil yang telah mati diambil dari air yang berpusar. Ianya digunakan untuk menjadikan mangsa bingung, tidak keruan, gelisah dan tidak tentu arah.

Patung-patung yang dibentuk dari tanah liat, lilin atau jerami, kemudian dicucuk dengan jarum atau duri nibung, disalai dan dibakar dan sebagainya bertujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.

Bahan Dalaman

‘Bahan dalaman’ pula merujuk kepada barang peribadi milik mangsa yang hendak disihir atau milik orang yang hendak melakukan sihir itu sendiri seperti rambut, bulu roma, kuku, pakaian dalam, baju, kain, seluar, tisu dan tuala yang pernah dipakai oleh mangsa.

Bahan-bahan tersebut mengandungi sampel DNA mangsa dan ini memudahkan jin dan syaitan untuk mengesan mangsanya dengan tepat.

Justeru, Islam telah menyeru agar umatnya mengambil berat soal penjagaan barangan peribadi.

Antaranya ialah dengan menanam rambut dan kuku yang bercerai dari tubuh. Sudah pasti perkara ini ada seribu hikmah.

Kesimpulan

Oleh yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa Al-Quran dan hadis telah menunjukkan beberapa kaedah yang praktikal untuk mengatasi gangguan ilmu hitam dalam kehidupan kita.

Allah SWT juga telah menegaskan bahawa ilmu hitam tidak akan memberi apa-apa kesan mudarat kepada manusia melainkan dengan izinNya.

Justeru, kita perlu sentiasa berdoa memohon agar Allah menjauhkan kita dari ancaman sihir.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09

Saturday, November 10, 2018

Takahiro Shiraishi, Pembunuh Bersiri Paling Pelik Di Jepun

Takahiro Shiraishi, Pembunuh Bersiri Paling Pelik Di Jepun

Pada 30 Oktober 2017, Takahiro Shiraishi, berumur 27 tahun telah ditangkap atas kesalahan membunuh 8 orang wanita dan seorang lelaki dalam tempoh 2 bulan dan dilaporkan juga, dia telah melakukan serangan seksual ke atas 8 wanita tersebut sebelum mereka dibunuh.

Pembunuh Bersiri Paling Pelik

Dalam kalangan mangsa, 4 orang daripadanya berumur 17 tahun, selebihnya berumur 20 tahun ke atas.

“Aku nak tolong orang yang benar-benar menderita. Mohon mesej saya bila-bila masa saja.” -Takahiro Shiraishi

Pembunuh bersiri seperti Shiraishi mungkin tidak begitu mengejutkan jika dibandingkan dengan Luis Garavito yang telah membunuh seramai 138 orang, Yang Xinhai seramai 67 orang dan Alexander Pichushkin seramai 48 orang.

Yang menariknya tentang kes Shiraishi ini adalah, dia tidak mencari mangsa untuk membunuh, tetapi mangsa mencari dia untuk dibunuh. Mangsa tersebut adalah individu yang tertekan dengan hidup dan mahu mengakhiri riwayatnya.

Shiraishi menjadikan pekerjaan membunuh individu yang hendak membunuh diri sebagai satu bentuk perniagaan malah, dia pernah menerima bayaran sebanyak 3,400 pound sterling daripada seorang mangsa.

Shiraishi menjadikan laman Twitternya untuk menarik pelanggan dan selain daripada apa yang dituturkan di atas, dia juga pernah mengatakan, “Gejala buli ada di mana-mana. Di sekolah dan di tempat kerja.”

“Di luar sana mesti ada ramai orang yang sedang menderita apabila cuba hendak bunuh diri. Cuma kes mereka tidak dilaporkan saja. Aku nak tolong orang macam itu.”

Shiraishi menggunakan pelbagai bentuk perkataan di laman media sosialnya untuk menarik mangsa untuk dibunuh.

Dilaporkan, Shiraishi semasa kecil dulu adalah seorang kanak-kanak normal, pendiam tetapi pandai bersosial dengan jiran-jiran. Dalam pelajaran pun dia biasa-biasa sahaja.

Dia gemar bersukan, jarang bercakap pasal diri sendiri. Selalunya sekadar mendengar orang sembang, itu menurut laporan oleh akhbar Asahi Shimbun.

Shiraishi juga dikatalan suka bermain cekik-cekik dengan kawan-kawannya dan dipernah pengsan sebab permainan itu dan kebetulan, mangsa-mangsa Shiraishi pun dibunuh dengan kaedah yang sama iaitu dicekik.

Dia pernah bercinta dengan seorang wanita yang menurut Shiraishi, seorang yang lemah lembut pewatakannya.

Selepas menamatkan persekolahan, dia pernah bekerja dia sebuah pasaraya selama 2 tahun.

Selepas itu, dia bekerja sebagai peninjau mencari gadis-gadis untuk dijadikan pelacur sebuah kelab di Kabukicho dan pernah dipenjarakan sebab pekerjaan ini.

Sikap Shiraishi mula berubah sewaktu dia bercakap kepada ayahnya, “Saya tak tahu kenapa aku hidup.”

Kemudian, waktu inilah dia mula membangunkan banyak akaun Twitter dan mencanang dirinya sebagai ‘Tukang Gantung Profesional’ (Professional Hangman). Dia dilaporkan akan terus membunuh mangsanya sejurus bertemu.

Pihak polis menemui 240 serpihan tulang yang dimiliki oleh 9 mangsa Shiraishi termasuk kepala dan anggota badan yang lain.

Rumahnya mungkin dijadikan sebagai tempat untuk Shiraishi menghilangkan bukti yang kemudiannya, jiran-jiran mula menghidu bau busuk dari rumahnya.

Sehingga sekarang pihak polis masih lagi menyiasat identiti-identiti mangsa pembunuhan pembunuh bersiri paling pelik ini.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Bagaimana Ekstrak Tongkat Ali Membantu Tenaga Batin Lelaki?

Bagaimana Ekstrak Tongkat Ali Membantu Tenaga Batin Lelaki?

Tongkat Ali dikatakan berfungsi membantu untuk menambah tenaga badan dengan meningkatkan paras hormon testosterone lelaki yang juga amat penting untuk meningkatkan nafsu dan keinginan seksual.

Tongkat Ali Membantu Tenaga Lelaki

Selain itu, Tongkat Ali juga membantu menurunkan paras kartisol di dalam badan, penyumbang kepada pengumpulan lemak di sekitar perut dan mampu meningkatkan kadar metabolisme badan dengan selamat dan berkesan.

Selain terbukti secara klinikal, Tongkat Ali boleh membantu merawat penyakit Malaria, kanser, masalah keradangan, risiko kencing manis serta jangkitan bakteria.

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia.

Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae, dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul dan setunjang bumi.

Tongkat Ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks) dan secara tradisi, digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida.

Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting.

Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam Tongkat Ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

BritishJournal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo, menunjukkan ciri-ciri anabolik pada Tongkat Ali.

Sesetengah atlet dan ahli bina badan kini menggunakan hasil tongkat ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa dadah.

Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponins dan Eurypeptides, adalah rantaian besar asid amino yang bertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam Tongkat Ali.

Ia juga penting bagi mengesahkan jika hasil tongkat ali mengandungi tambahan maltodextrine atau sebarang pengisi lain.

Sesetengah syarikat mungkin menambah sehingga 75% pengisi dan hanya 25% kandungan Tongkat Ali sebenar.

Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini Tongkat Ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama kopi.

Herba Tongkat Ali juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: aidahalalmart

Friday, November 09, 2018

10 Kaedah Mencari Barang Yang Hilang Dengan Cara Islam

10 Kaedah Mencari Barang Yang Hilang Dengan Cara Islam

Salah satu perkara yang menyebabkan seseorang dilanda tekanan (stres) ialah apabila sesuatu barang miliknya yang berharga dan disayangi tiba-tiba hilang. Kehilangan itu makin dirasai terutamanya sesudah semua masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit dibelanjakan dalam usaha untuk mencarinya.

Kaedah Mencari Barang Hilang

Semakin berharga milikannya yang hilang itu, maka semakin serius tekanan dialami. Apabila menghadapi masalah kehilangan sesuatu milik kesayangannya, masyarakat kita cenderung untuk mengambil jalan pintas, tanpa memikirkan soal halal atau haramnya.

Tumpuan utama mereka ialah tukang tilik, pak nujum, pawang, bomoh yang dianggap mengetahui perkara yang ghaib dan boleh membantu mereka untuk menemui barang mereka yang hilang itu.

Ada juga yang tergamak meminta pertolongan tukang tilik seperti bomoh orang asli, tok cha Siam dan sebagainya kerana apa yang penting, barang mereka yang hilang mesti ditemui dengan segera.

Mereka melupakan wasiat Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menemui ‘arraf (tukang tilik) atau munajjim (tukang ramal dengan menggunakan peredaran bintang) atau

kahin (pawang dan bomoh), sesungguhnya dia telah kufur terhadap kebenaran yang dibawa oleh Muhammad SAW.”

Setengah ulama menegaskan maksud kufur dalam hadis ini, bukan kufur yang menjadikan seseorang terkeluar dari Islam, tetapi ia bermakna berdosa besar atau fasik.

Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW menegaskan bahawa solatnya (termasuk ibadatnya yang lain) tidak diterima oleh Allah selama empat puluh hari empat puluh malam.

SATU KAEDAH AMALAN GOLONGAN SUFIYYAH

Penulis ingin berkongsi amalan mencari barang yang hilang ditarbiyahkan oleh sesetengah sufiyyah yang mengandungi beberapa langkah.

LANGKAH PERTAMA

Lakukan taubat yang merangkumi empat amalan:
  • Membanyakkan istighfar;
  • Mandi sunat taubat sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Minhaj al-‘Abidin;
  • Solat sunat taubat;
  • Solat sunat awwabin iaitu bertaubat dari dosa dalaman yang sukar disedari.

Sebaik-baiknya, semua amalan taubat tersebut terpimpin. Para sahabat Rasulullah apabila bertaubat, mereka akan dipimpin oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 64 yang bermaksud, “Sekiranya mereka yang telah menzalimi diri mereka sendiri (kerana melakukan dosa) datang menemui engkau (ya Muhammad), lalu mereka meminta keampunan kepada Allah, dan Rasulullah SAW juga meminta keampunan dari Allah untuk mereka, nescaya mereka akan dapati bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

LANGKAH KEDUA

Solat sunat hajat 2 rakaat. Adalah baik jika pada rakaat pertama, selepas membaca surah al-Fatihah, dibacakan surah al-Insyirah; dan pada rakaat kedua pula dibacakan surah al-Ikhlas.

LANGKAH KETIGA

Selesai solat hajat, bacalah ayat ke 16 surah Luqman seberapa banyak yang boleh dengan tatacara yang berikut:
  • Istighfar dengan menyebut Astaghfirullah sebanyak 70 kali.
  • Membaca al-Fatihah sekali diniatkan supaya Allah sampaikan pahalanya kepada Rasulullah SAW, para guru kita dan semua umatnya yang soleh.
  • Membaca ayat ke 16 dari surah Luqman seberapa banyak yang boleh sambil membayangkan Allah memulangkan barang yang hilang kepada kita.
  • Berzikir dengan menyebut terus seberapa lama yang mampu YA LATIF YA KHABIR.

LANGKAH KEEMPAT

Berzikir tahlil terus menerus seberapa lama yang boleh dalam keadaan muraqabah ma’iyyah sambil ditumpukan doa dalam hati, “Ya Allah hanya dengan rahmatMu, kehendakMu dan kekuasaanMu sahaja barang tersebut dapat ditemui.”

LANGKAH KELIMA

Buat nazar apa sahaja yang baik dan mudah dilakukan seperti puasa sunat sehari atau sebagainya.

LANGKAH KEENAM

Bersedekah setiap hari walaupun RM1.00.

LANGKAH KETUJUH

Kekalkan diri dalam keadaan berwuduk.

LANGKAH KELAPAN

Sentiasa ingat kehendak dan keazaman makhluk tidak dapat mengatasi takdir Allah.

LANGKAH KESEMBILAN

Sentiasa menjada adab terhadap Allah iaitu mengingati namaNya, muraqabah wujudNya, keagunganNya dan kesempurnaanNya.

LANGKAH KESEPULUH

Berdoa secara khusus dengan membaca doa qunut sebanyak 13 kali sehari.

KISAH BENAR

Seorang hamba Allah telah kehilangan motosikal berkuasa besar miliknya selama hampir enam bulan. Penulis ajarkan amalan di atas dan beliau telah mengamalkan kaedah tersebut selama tiga hari tiga malam.

Beliau menumpukan amalan tersebut di rumahnya dan tidak keluar rumah kecuali ada urusan yang penting.

Selepas kira-kira 2 atau 3 minggu, ketika turun daripada pejabat untuk balik ke rumah, beliau terperanjat besar kerana motosikalnya berada di tempat yang biasa beliau letakkan beserta dengan anak kuncinya sekali.

Setelah diperiksa, beliau yakin itu adalah motosikalnya yang hilang, cuma nombor platnya sahaja yang telah ditukar.

Ada kemungkinan orang yang mencurinya telah memulangkannya semula. Bagaimanapun hakikatnya, Allah yang memulangkan.

Seorang jiran penulis yang kehilangan semua barang kemas warisan keluarga dapat menemui semula semua barang kemasnya sesudah beliau terus menerus bertahlil selama kira-kira satu bulan.

Pencuri telah memulangkan barang kemasnya di depan pintu rumahnya di dalam beg plastik berwarna kuning.

Demikianlah sedikit sebanyak kisah benar yang berlaku. Semuanya adalah gambaran bagaimana kekuasaan Allah untuk mengabulkan permintaan hambaNya.

Ada diantara hambaNya yang meminta dengan jalan yang yang syirik, tetapi Allah tetap mengabulkannya. Ada juga hambaNya yang meminta dengan jalan yang diredhaiNya, maka dikabulkan juga.

Semuanya adalah ujian untuk melihat sejauh mana manusia akan percaya dan beriman dengan ketentuan Allah.

Bagi mereka yang menggunakan kaedah yang syirik lalu mendapat kembali barang yang hilang, maka tiada keuntungan baginya diakhirat, bahkan dia akan dimasukkan ke dalam neraka.

Manakala mereka yang kehilangan suatu milikan, lalu bersabar dan berikhtiar dengan cara yang Allah redhai, maka Allah akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik di dunia dan akhirat, sekalipun barang tersebut tidak ditemui.

SYAITAN DAN JIN MENYOROKKAN BARANG

Islam tidak menolak kebolehan syaitan atau jin yang mampu menyorokkan sesuatu barang termasuk batang tubuh manusia hingga tidak mudah bagi manusia biasa melihat dan menemuinya semula.

Ini adalah kerana sifat kemurahan Allah yang bersifat ar-Rahman yang berkuasa mengabulkan permintaan syaitan dan jin yang jahat sekalipun.

Misalnya permintaan syaitan untuk masuk ke dalam tubuh badan nabi Ayub a.s. telah dikabulkan oleh Allah hingga baginda a.s. menderita sakit selama 18 tahun.

Ada ketikanya bukan barang yang disorokkan, tetapi kedua-dua mata manusia yang mencari barang tersebut yang ditutupkan oleh jin dan syaitan sehingga tidak dapat melihat jalan, rumah, sekolah, kapalterbang dan lain-lain objek yang besar yang berada di hadapannya.

Seorang yang sesat di hutan, ditemui berdiri di lorong yang biasa di laluinya. Beliau tidak nampak lorong tersebut kerana kedua matanya telah ditutupi oleh syaitan.

ISLAM MENOLAK PERANGKAP SYAITAN

Syaitan yang telah berjaya meyakinkan tukang tilik, tukang ramal dan bomoh, dengan maklumat yang benar akan mudah memerangkap mereka dan masyarakat umum melalui cerita-cerita karut dan khurafat.

Syaitan ini akan menetapkan pelbagai syarat dan kaedah pelik yang berlawanan dengan akidah dan syariah yang mesti dipenuhi untuk menemui semula barang yang hilang. Amalan dan kepercayaan karut serta khurafat inilah yang ditolak sekeras-kerasnya oleh Islam.

Kononnya, apa sahaja barang yang hilang boleh ditemui dengan mudah sekiranya dibuat beberapa langkah seperti berikut:

Pertama, puja hajat iaitu solat hajat special oleh sekumpulan wali ghaib terpilih yang memerlukan kos yang tinggi hingga mencecah puluh ribu.

Kedua, dengan menyembelih dua ekor kambing hitam. Dagingnya dibuat kenduri untuk arwah emak ayah dan datuk nenek. Kedua-dua kepala kambing korban itu mesti diletakkan di atas dua rakit batang pisang dan dihanyutkan ke sungai. Kononnya, kedua-dua kepala itu akan dapat diterima oleh raja jin laut yang tinggal di kuala sungai itu.

Ketiga, dengan menunaikan pengeras iaitu derma kepada mana-mana masjid atau surau sebanyak RM2.25 yang boleh dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau. Kononnya, selepas itu barulah barang atau anak akan dijumpai sebab raja jin dan kumpulannya akan membuka semua hijab ghaib yang melindungi selama ini.

Hakikatnya, menerusi tiga upacara tesebut, mereka telah terhumban ke dalam perangkap syaitan yang mengerikan tanpa sedar.

Apa yang menghairankan ialah mereka berasa bertuah kerana telah dapat melaksanakan tiga amalan yang baik yang menjanjikan kejayaan menemui barang atau orang yang hilang. Ketiga-tiga amalan itu bukan sahaj karut dan khurafat, tetapi menyebabkan mereka syirik.

Upacara penyembelihan dua ekor kambing dan menghanyutkan kepalanya adalah amalan menyemah atau buang ancak yang diharamkan.

Begitu juga dengan pengeras, walaupun kelihatan sangat remeh, tetapi mengandungi maksud tunduk dan taqarrub kepada syaitan.

Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis bahawa seorang mukmin yang memberi pengeras berupa bangkai seekor lalat kepada berhala, akan dimasukkan ke dalam neraka.

Manakala seorang mukmin yang enggan memberi pengeras tersebut sehingga dibunuh, akan dimasukkan ke dalam syurga.

Kaedah karut dan penuh khurafat yang disebutkan di atas merupakan salah satu daripada seribu satu macam kaedah mencari barang hilang yang digunakan oleh pawang dan bomoh.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09

Misteri Wali Allah, Siapa Mereka Sebenarnya?

Misteri Wali Allah, Siapa Mereka Sebenarnya?

Dalam setiap era kemodenan, kehidupan manusia sentiasa berkembang ke arah kesempurnaan, sehingga wujud adat-istiadat, pengetahuan, budaya, moral, kepercayaan, aturan kemasyarakatan, pendidikan, undang-undang dan pemerintahan.

Wali Allah

Dalam perkembangannya, aturan moral ini tetap mengalami pasang surutnya namun, setiap kali pasti akan muncul insan-insan bergelar wali-wali Allah yang sentiasa berjuang untuk mengembalikan nilai moral ke tahap yang tertinggi, sehingga nilai-nilai ini diserap kembali ke dalam jiwa manusia.

Perkembangan adat dan nilai akhlak ini terjadi pula dikalangan dunia Islam sejak Allah SWT telah menjelaskan bahawa Nabi SAW mempunyai moral yang paling sempurna sebagai utusan yang akan menyempurnakan keperibadian moral dan akhlak.

Justeru itu, Allah SWT telah menyeru umat Islam untuk menjadikan RasulNya sebagai insan yang sentiasa dicontohi.

Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina sahabat-sahabatnya menjadi manusia-manusia sufi yang boleh dibanggakan di hadapan seluruh umat manusia, padahal pada waktu sebelumnya mereka adalah manusia-manusia jahiliyah yang berada di tepi jurang neraka dan tentunya kejayaan Rasulullah SAW itu tidak lain kerana bantuan Allah dan bimbingan Baginda SAW.

Dalam kehidupan sehariannya, Nabi SAW menyeru dan mempamerkan cara hidup yang sederhana, selalu prihatin, berharap penuh keredhaan Allah untuk kesenangan di akhirat dan selalu menjalani kehidupan sufi dalam segala tingkah laku dan tindakannya. Kehidupan ini dilanjutkan oleh generasi tabi’in, tabi’-tabi’in dan seterusnya sehingga kini.

Perjuangan Rasulullah SAW tidak berhenti setakat masa hidupnya sahaja, namun segala ilmu-ilmu dan nilai-nilai akhlak Islamiyah telah diwarisi oleh wali-wali yang sentiasa mendokong dan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW sepertimana yang disifatkan oleh Allah SWT dalam salah satu hadis qudsi yang berbunyi:

“Wali-wali-Ku berada di bawah kubah-kubah-Ku. Tidak ada yang mengetahuinya selain Aku.”

Maka wujudnya para wali-wali Allah tidak dapat dinafikan dan mereka merupakan para kekasih Allah yang terdapat diseluruh pelusuk bumi di mana sahaja terdapat orang yang beriman.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah mengingatkan hakikat wujudnya para wali serta karamah mereka sebagaimana tercatit dalam kitabnya.

“Wali Allah adalah orang-orang mukmin yang bertaqwa kepada Allah. Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan pada diri mereka dan mereka tidak merasa khuatir. Mereka beriman dan bertaqwa kepada Allah, bertaqwa dalam pengertian mentaati firman-firmanNya, penciptaanNya, izinNya, dan kehendakNya yang termasuk dalam ruang lingkungan agama. Semua itu kadang-kadang menghasilkan pelbagai karamah pada diri mereka sebagai hujah dalam agama dan bagi kaum muslimin, tetapi karamah tersebut tidak akan pernah ada kecuali dengan menjalankan syariat yang dibawa Rasulullah SAW.”

Kedudukan wali hanya dapat diberikan kepada orang-orang yang telah nyata ketaqwaannya, sementara orang yang nyata telah melanggar syari’ah tidak dapat diberikan kedudukan yang mulia ini.

Sayangnya, di kalangan manusia, ada orang yang mengaku bahawa dirinya adalah wali dan memperoleh karamah dari Allah, padahal dalam kehidupannya sehari-hari mereka tidak melaksanakan syariat Islam dengan baik sehingga mustahil bagi Allah untuk memberikan darjat ‘wali’ kepada orang seperti ini.

Yang perlu diwaspadai juga, syaitan pun dapat membantu manusia untuk mewujudkan keajaiban-keajaiban di mata manusia. Itulah yang dinamakan sihir.

Syaitan pun berupaya membantu seseorang menghilangkan dirinya dari pandangan orang lain dan juga memberi maklumat kejadian yang akan datang dan inilah yang sering dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak beriman untuk menipu manusia.

Maka, pentingnya bagi umat Islam mengetahui perkara-perkara luar biasa yang wujud di alam ini supaya dapat membezakan antara yang hak dan yang batil kerana para wali-wali Allah juga diberi kurniaan yang luar biasa dikenali sebagai Karamah.

Karamah adalah sesuatu pemberian Allah SWT yang sifatnya seakan-akan dengan mukjizat para nabi dan rasul, iaitu kebolehan melakukan hal-hal luar biasa yang diberikan kepada orang-orang yang dikasihi-Nya yang dikenal sebagai wali Allah.

Mudah-mudahan dengan secebis pengetahuan tentang wali-wali Allah dan karamah mereka ini, pintu keberkahan para wali-wali Allah akan terbuka bagi kita, sehingga dapat kita meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta.

Siapakah yang digelar Wali?

1. Ibnu Abas seperti yang tercatit dalam tafsir Al Khazin menyatakan, “Wali-wali Allah itu adalah orang yang mengingat Allah dalam melihat.”

2. Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin Zubair berkata bahawa Rasulullah SAW telah ditanya orang tentang Wali-wali Allah. Baginda mengatakan, “Mereka itu adalah orang yang apabila melihat, mereka melihat Allah.”

3. Abu Bakar Al Asam mengatakan, “Wali-wali Allah itu adalah orang yang diberi hidayah oleh Allah dan mereka pula menjalankan kewajiban penghambaan terhadap Allah serta menjalankan dakwah menyeru manusia kepada Allah.”

ISTILAH WALI DALAM AL-QURAN

“Allah adalah wali bagi orang-orang yang beriman.” - Surah Al-Baqarah: 257

“Dia menjadi wali bagi orang-orang soleh.” - Surah Al-‘Araf: 196

“Engkau adalah wali kami, maka kurniakanlah kami kemenangan atas orang-orang kafir.” -
Surah Al-Baqarah: 286

“Yang demikian itu adalah kerana Allah itu adalah wali bagi orang-orang yang beriman, sedangkan orang-orang kafir tidak ada wali bagi mereka.” - Surah Muhammad: 11

“Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya.” - Surah Al-Maidah: 55

Dari semua ayat itu dapat kita lihat bahawa Allah disebut wali, orang mukmin disebut wali, seorang dewasa yang diberi tugas melindungi dan memelihara anak kecil juga disebut wali.

Demikian juga orang lemah yang tidak dapat mengurus harta-bendanya sendiri, lalu dipelihara oleh keluarga yang lain, maka keluarga tersebut itu juga dipanggil wali.

Penguasa, pemerintah yang diberi tanggung jawab pemerintahan disebut wali. Ayah atau mahram yang berkuasa yang menikahkan anak perempuannya juga disebut wali.

Lantaran itu dapatlah kita mengambil kesimpulan makna yang luas sekali dari kalimat wali ini. Terutama sekali ertinya ialah hubungan yang amat dekat (karib), baik kerana pertalian darah keturunan, atau kerana persamaan pendirian, atau kerana kedudukan, atau kerana kekuasaan atau kerana persahabatan yang karib.

Allah adalah wali dari seluruh hamba-Nya dan makhluk-Nya, kerana Dia berkuasa lagi Maha Tinggi. Dan kuasa-Nya itu adalah langsung.

Jika makhluk tadi wajib berusaha agar dia pun menjadi wali pula dari Allah. Kalau Allah sudah nyata tegas dekat atau karib kepadanya dia pun hendaklah beraqarrub, ertinya mendekatkan pula dirinya kepada Allah. Maka timbullah hubungan perwalian yang timbal balik.

Segala usaha memperkuatkan iman, memperteguhkan takwa, menegakkan ibadah kepada Allah menurut garis-garis yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya, semuanya itu adalah usaha dan ikhtiar mengangkat diri menjadi wali Allah.

Segala amal soleh, sebagai kesan dari iman yang mantap, adalah rangka usaha mengangkat diri menjadi wali.

BAGAIMANAKAH SESEORANG ITU MENJADI WALI ALLAH?

Sesesorang itu menjadi wali dengan salah satu dari dua cara iaitu:-

1. Kerana Kurnia Allah

Adakalanya seorang menjadi wali kerana mendapat kurnia dari Allah meskipun dia tidak pernah dibimbing oleh seorang syeikh mursyid.

Allah berfirman, “Allah menarik kepada agama ini orang yang di kehendakiNya dan memberi petunjuk kepada agama-Nya orang yang suka kembali kepadaNya.” - Surah A-Syuara’ : 13

2. Kerana Usaha Seseorang

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadits Qudsi:

“Allah berfirman, “Seorang yang memusuhi waliKu, maka Aku akan mengumumkan perang kepadanya. Tidak seorang pun dari hambaKu yang mendekat dirinya kepadaKu dengan amal-amal fardhu ataupun amal-amal sunnah sehingga Aku menyayanginya. Maka pendengarannya, pandangannya, tangannya dan kakinya Aku beri kekuatan. Jika ia memohon sesuatu atau memohon perlindungan, maka Aku akan berkenan mengabulkan permohonannya dan melindunginya. Belum Aku merasa berat untuk melaksanakan sesuatu yang Aku kehendaki seberat ketika Aku mematikan seorang mukmin yang takut mati, dan Aku takut mengecewakannya.” - Hadis riwayat Al-Bukhari

APAKAH SEORANG WALI MENGETAHUI BAHAWA DIRINYA SEORANG WALI?

Tentang hal ini, para ulama mempunyai dua pendapat. Di antara mereka, ada yang berpendapat bahawa seorang wali tidak mengetahui bahawa dirinya adalah seorang wali. Sebab, ada kemungkinan pengetahuannya tentang dirinya dapat menghilangkan rasa takutnya kepada Allah dan ia merasa senang.

Tetapi, ada pula yang berpendapat bahawa seorang wali tahu dirinya seorang wali. Syeikh Al Qusyairi berkata, “Menurut kami, tidak semua wali mengetahui bahawa dirinya seorang wali. Tetapi ada pula yang mengetahui bahawa dia adalah seorang wali. Jika seorang wali mengetahui bahawa dirinya seorang wali, maka pengetahuannya itu adalah sebahagian dari karamahnya yang sengaja diberikan kepadanya secara khusus.” - Risalah Al Qusyairiyah jilid II hal 662

TINGKAT PARA WALI ALLAH

Seperti para nabi-nabi dan rasul-rasul yang martabat serta kedudukan mereka tidak sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi martabat berlainan.

Di kalangan para Anbia dan Rasul yang jumlahnya sangat ramai itu pun (Nabi lebih 124,000 dan Rasul 315) yang wajib diketahui hanya 25 orang sahaja (Nabi dan Rasul) sedangkan yang bakinya tidak wajib diketahui.

Daripada 25 orang Nabi dan Rasul itu ada pula lima orang yang dikurniakan martabat tinggi, dipanggil ‘Ulul Azmi’, iaitu Muhammad SAW, Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Nuh a.s.

Para Aulia juga mempunyai martabat yang berbeza-beza, namun tidak ada siapa yang dapat mengenal pasti siapakah di antara para Aulia itu yang tertinggi martabatnya kecuali Allah, kerana fungsi atau peranan para nabi dan Rasul.

Para Aulia pula tidak wajib membuktikan diri mereka sebagai Aulia melalui karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Bahkan para Aulia dikehendaki merahsiakan kewalian mereka, apalagi martabat mereka, kecuali dalam keadaan darurat atau terdesak sahaja.

Sebab itu para Aulia tidak dapat dikenal pasti yang lebih tinggi martabatnya daripada yang lain, sedangkan bilangan mereka sangat ramai. Mungkin martabat para Aulia itu dapat dikenal hanya melalui karamah mereka, sedangkan karamah mereka pun tidak wajib ditontonkan kepada orang ramai, kecuali jika terdesak.

Tingkatan para wali dapat dibahagikan kepada beberapa tingkatan sesuai dengan kedudukan mereka masing-masing di sisi Allah SWT. Di antara mereka ada yang terbatas jumlahnya di setiap masanya, tetapi ada pula yang tidak terbatas jumlahnya.

Sehubungan dengan hal ini, Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan tentang tingkatan dan pembahagian para wali seperti yang diterangkan dalam kitabnya FUTUHATUL MAKKIYAH pada bab ke tujuh puluh tiga yang diringkas oleh Syeikh Al Manawi dalam mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai berikut:

PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH

1. Al-Aqtab

Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahawa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya.

Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity, di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa’ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al-Aimmah

Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah.

Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al-Autad

Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya.

4. Al-Abdal

Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini.

Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain.

Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal?

Jawab Muaz Bin Asyrash, “Para wali Abdal mendapat darjat tersebut dengan empat kebiasaan, iaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri”.

5. An-Nuqaba’

An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang.

Wali Nuqaba’ itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang.

Selanjutnya mereka mampu meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah pelik.

Kalau ahli dari Mesir mampu mengungkap rahsia seseorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang wali-Nya?

6. An-Nujaba’

An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba’ pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai.

Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.

7. Al-Hawariyun

Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan diganti orang lain.

Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapat darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi, “Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”.

Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau, tetapi Nabi SAW berkata demikian, kerana tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.

8. Al-Rajbiyun

Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rejab saja. Mulai awal Rejab hingga akhir bulan mereka itu ada. Selanjutnya keadaan mereka kembali biasa seperti semula.

Setiap masa, jumlah mereka hanya ada empat puluh orang sahaja. Para wali Rajbiyun ini berpecah di berbagai wilayah. Di antara mereka ada yang saling mengenal, tapi kebanyakannya tidak.

Disebutkan bahawa ada sebahagian orang dari Wali Rajbiyun yang dapat melihat hati orang-orang Syiah melalui kasyaf.

Ada dua orang Syiah yang mengaku sebagai Ahlu Sunnah dihadapan seorang wali Rajbiyun. Lalu keduanya diusir, kerana wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua ekor babi, sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat lain. Keduanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya.

Ketika keduanya bertanya padanya, maka si wali tersebut berkata, “Aku lihat kamu berdua berupa dua ekor babi, kerana kamu menganut mazhab Syiah dan membenci para sahabat Nabi”.

Ketika berita itu disedari kebenarannya oleh keduanya, maka keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun kepada Allah. Demikianlah secebis kisah kasyaf seorang wali Rajbiyun.

Pada umumnya, di bulan Rejab, sejak awal harinya, para wali Rajbiyun menderita sakit, sehingga mereka tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya. Selama bulan Rejab, mereka sentiasa mendapat pelbagai pengetahuan secara kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kepada orang lain.

Anehnya, penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rejab dan setelah bulan berakhir, maka kesihatan mereka kembali seperti semula.

9. Al-Khatamiyun

Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yang mempunyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat Al-Khatamiyun adalah sebagai penutup para wali. Jumlah mereka hanya seorang.

Tidak ada darjat kewalian umat Muhammad yang lebih tinggi dari tingkatan ini. Jenis wali ini hanya akan ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi Isa as.datang kembali.

Di antaranya, ada para Wali yang hatinya seperti Nabi Adam as. Jumlah mereka hanya tiga ratus orang. Sabda Nabi SAW, “Mereka berhati seperti hati Adam a.s.” Mereka diberi anugerah tersendiri oleh Allah SWT.

Syeikh Muhyidin berkata, “Jumlah wali jenis ini bukan hanya tiga ratus orang saja dikalangan umatnya, tetapi ada juga dikalangan umat-umat lain. Tentang keberadaan mereka hanya dapat diketahui secara kasyaf.

Setiap masanya dunia tidak pernah kosong dari keberadaan mereka. Mereka mempunyai budi pekerti Ilahi, mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka selalu diterima oleh Allah.

Mereka senang dengan doa, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi”.

Di antara mereka ada pula yang berhati seperti hati Nabi Nuh a.s. Jumlah mereka hanya empat puluh orang di setiap zamannya. Hati mereka seperti hatinya Nabi Nuh as. Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama.

Mereka suka berdoa, seperti doa Nabi Nuh as yang ertinya, “Tuhan-Ku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan sesiapa sahaja dari orang beriman, lelaki ataupun wanita yang masuk ke dalam rumahku dan jangan Engkau tambahkan bagi orang-orang yang berbuat aniaya kecuali kebinasaan”.

Tingkatan wali dari jenis ini sukar diraih orang, sebab ciri khas mereka sangat keras dalam menegakkan agama, seperti sifat Nabi Nuh as. Mereka selalu memerhatikan sabda Nabi SAW yang ertinya, “Barangsiapa yang beribadah selama empat puluh hari dengan penuh ikhlas, maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya”.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Nabi Ibrahim. Jumlah wali jenis ini hanya ada tujuh orang dalam setiap zamamnya. Rasulullah SAW pernah menceritakan tentang mereka dalam salah satu sabdanya.

Mereka suka dengan doa Nabi Ibrahim as yang ertinya, “Tuhanku, berikan kepadaku kebijaksanaan, dan ikutkan aku kepada orang-orang soleh”.

Mereka diberi keistimewaan yang luar biasa, hati mereka dibersihkan dari rasa ragu, rasa dengki dan rasa buruk sangka terhadap Khalik maupun makhluk, mereka terlindung dari sebarang perbuatan buruk.

Syeikh Muhyiddin berkata, “Aku pernah menemui salah seorang dari jenis wali tersebut, aku kagum dengan kemuliaan budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian hatinya, sampai aku beranggapan bahawa kesenangan syurga telah dipercepatkan baginya”.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Jibril. Jumlah wali jenis ini hanya ada lima orang sahaja dalam setiap zamannya.

Rasulullah SAW pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka diberi kekuatan seperti yang diberikan kepada malaikat Jibril yang amat kuat.

Di hari kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dengan malaikat Jibril. Dan malaikat Jibril sentiasa membantu rohani mereka, sehingga mereka selalu terpimpin.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Mikail a.s. Jumlah mereka hanya ada tiga orang sahaja dalam setiap masanya. Keistimewaan mereka suka berlemah-lembut terhadap semua orang dan mereka diberi kekuatan seperti Malaikat Mikail.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Israfil. Jumlah mereka hanya ada satu orang sahaja dalam setiap zamann. Nabi SAW pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya.

Syeikh Al Muhyiddin berkata, “Di antara tokoh-tokoh sufi ada yang diberi hati seperti hati Nabi Isa, kedudukan mereka sangat tinggi di sisi Allah SWT”.

Di antaranya pula ada yang diberi hati seperti hati Nabi Daud a.s. Jumlah mereka di setiap masa hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka diberi pelbagai keistimewaan, kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.

10. Rijalul Ghaib

Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di setiap masa. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’, mereka tidak berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahawa Allah SWT selalu mengawasi mereka.

Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri.

Di antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas orang di setiap masa. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala penyimpangan.

Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka. Beliau berkata kepada murid-muridnya, “Tampilkan kepada manusia tanda redha kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah mahupun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut:

“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur.” - Surah Adh Dhuha: 11

11. Rijalul Quwwatul Ilahiyah

Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah mereka hanya lapan orang sahaja di setiap zaman.

Wali jenis ini mempunyai keistimewaan, iaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan terhadap orang-orang yang suka memperkecilkan agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh kritikan orang.

Di kota Fez ada seorang yang bernama Abu Abdullah Ad Daqqaq. Beliau dikenal sebagai seorang wali dari jenis Rijalul Quwwatul Ilahiyah.

Di antaranya pula ada jenis wali yang sifatnya keras dan tegas. Jumlah mereka hanya ada 5 orang disetiap zaman. Meskipun watak mereka tegas, tetapi sikap mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang suka berbuat kebajikan.

12. Rijalul Hanani Wal Athfil Ilahi

Di antaranya pula ada jenis wali yang dikenal dengan nama Rijalul Hanani Wal Athfil Illahi, ertinya mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah. Jumlah mereka hanya ada lima belas orang di setiap zamannya.

Mereka selalu bersikap kasih sayang terhadap manusia baik terhadap yang kafir mahupun yang mukmin. Mereka melihat manusia dengan pandangan kasih sayang, kerana hati mereka dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.

13. Rijalul Haibah Wal Jalal

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Haibah Wal Jalali. Jumlah mereka hanya empat orang di setiap masa. Jenis wali tingkatan ini dikenal sebagai orang-orang yang hebat dan mengagumkan, meskipun sifat mereka lemah lembut, tetapi orang-orang yang menemui mereka akan tunduk.

Mereka tidak dikenal di bumi, tapi mereka adalah orang-orang yang dikenal di langit. Di antara mereka ada yang mempunyai hati seperti Nabi Muhammad SAW, ada pula yang mempunyai hati seperti Nabi Syuaib, Nabi Salleh dan Nabi Hud. Sayyid Muhyiddin berkata, “Aku pernah menemui wali golongan ini di kota Damsyik”.

14. Rijalul Fathi

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Fathi. Ertinya rahsia-rahsia Allah SWT selalu terbuka bagi mereka. Jumlah mereka hanya ada 24 orang di setiap masanya. Jumlah mereka sama dengan bilangan jam, iaitu 24 orang.

Meskipun demikian, mereka tidak pernah berkumpul di satu tempat dalam jumlah sebanyak itu. Adanya mereka menyebabkan terbukanya pintu-pintu pengetahuan, baik yang nyata mahupun yang rahsia.

15. Rijalul Ma’arij Al’-‘Ula

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam kelompok Rijalul Ma’arij Al ‘Ula. Jumlah mereka hanya tujuh orang di setiap masa. Mereka termasuk wali-wali tingkatan tinggi, hampir setiap saatnya mereka naik ke alam malakut, mereka adalah orang-orang terpilih.

16. Rijalu Tahtil Asfal

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu Tahtil Asfal, iaitu mereka yang berada di alam terbawah di bumi. Jumlah mereka tidak lebih dari 21 orang di setiap masa. Ciri khas wali ini, hati mereka selalu hadir di hadapan Allah.

17. Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kaun

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kauni, iaitu mereka yang selalu mendapat kurniaan Ilahi. Jumlah mereka tidak lebih dari tiga orang di setiap masa.

Mereka selalu mendapat pertolongan Allah untuk menolong manusia sesamanya. Sikap mereka dikenal lemah lembut dan berhati penyayang. Mereka senantiasa menyalurkan anugerah-anugerah Allah kepada manusia.

Adanya mereka menunjukkan berpanjangannya kasih sayang Allah kepada makhlukNya.

18. Ilahiyun Rahmaniyun

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Ilahiyun Rahmaniyun, iaitu manusia-manusia yang diberi rasa kasih sayang yang luar biasa. Jumlah mereka ini hanya tiga orang di setiap masa.

Sifat mereka seperti wali-wali Abdal, meskipun mereka tidak termasuk didalamnya. Kegemaran mereka suka mengkaji firman-firman Allah.

19. Rijalul Istithaalah

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Istithaalah, iaitu manusia-manusia yang selalu mendapat pertolongan Allah. Jumlah mereka hanya seorang dalam setiap masa.

Yang termasuk kelompok ini adalah Syeikh Abdul Qadir Jilani. Mereka selalu menolong manusia dan mereka sangat ditakuti.

20. Rijalul Ghina Billah

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Ghina Billah, iaitu orang-orang yang tidak memerlukan kepada manusia sedikit pun. Jumlah mereka hanya dua orang di setiap masanya.

Mereka selalu mendapat siraman rohani dari alam malakut, sehingga kelompok ini tidak memerlukan kepada bantuan sesiapa pun, selain bantuan Allah.

21. Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid. Jumlah mereka hanya sepuluh orang di setiap zamannya.

Mereka sentiasa meningkatkan keyakinannya terhadap masalah-masalah yang ghaib. Seluruh hidup mereka aktif di semua aktiviti ibadah.

22. Rijalul Isytiqaq

Diantaranya pula ada yang termasuk dalam golongan RijalulIsytiqaq, iaitu mereka yang selalu rindu kepada Allah. Jumlah mereka hanya lima orang di setiap zamannya. Kegemaran mereka hanya memperbanyakkan solat di siang dan malam hari.

23. Al-Mulamatiyah

Di antaranya, ada yang termasuk dalam golongan Al Mulamatiyah. Mereka tergolong dari wali darjat yang tinggi, pimpinan tertingginya adalah Nabi Muhammad SAW. Mereka sangat berhati-hati dalam melaksanakan syariat Islam.

Segala sesuatu mereka tempatkan di tempatnya yang tepat. Tindak tanduk mereka selalu didasari rasa takut dan hormat kepada Allah. Sudah tentu keberadaan mereka sangat diperlukan, meskipun mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat, tetapi ada kalanya pula jumlah mereka berkurangan.

24. Al-Fuqara’

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan AlFuqara’. Jumlah mereka ada kalanya meningkat dan ada kalanya berkurangan. Ciri khas mereka ini selalu merendahkan diri. Mereka merasa rendah di hadapan Allah.

25. As-Sufiyyah

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam kelompok As Sufiyyah. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya bertambah dan ada kalanya pula berkurangan. Mereka dikenal sebagai wali yang amat luhur budi pekertinya. Mereka selalu menghias diri mereka dengan kebajikan-kebajikan yang sesuai dengan ketinggian budi pekerti mereka.

26. Al-‘Ibaad

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al ‘Ibaad. Mereka dikenali sebagai orang-orang yang suka beribadah, yang merupakan amalan mereka setiap hari, mereka suka mengasingkan diri di gunung-gunung, di lembah-lembah dan di pantai-pantai.

Di antara mereka ada yang mahu bekerja, tetapi kebanyakan dari mereka meninggalkan semua kegiatan duniawi. Puasa sepanjang masa dan beribadah di malam hari merupakan syiar mereka. Sebab, menurut mereka dunia ini adalah tempat untuk menyuburkan amal-amal di akhirat.

Abu Muslim Al Khaulani adalah di antara wali tingkatan ini. Biasanya jika ia merasa letih ketika beribadah di malam hari, maka ia memukul kedua kakinya seraya berkata, “Kamu berdua lebih pantas dipukul dari binatang ternakanku”.

27. Az-Zuhaad

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Az Zuhaad. Mereka termasuk orang-orang yang suka meninggalkan kesenangan duniawi. Mereka mempunyai harta, tetapi mereka tidak pernah menikmatinya sedikitpun, sebab seluruh hartanya mereka nafkahkan pada jalan Allah.

Sayyid Muhyiddin berkata, “Di antara bapa saudaraku ada yang tergolong dari wali tingkatan ini”.

Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah At Tunisi, seorang ahli ibadah di masanya, ia dikenal sebagai salah seorang wali Az Zuhad. Pada suatu hari, penguasa kota Tilmasan menghampiri tempat Syeikh Abdullah seraya berkata kepadanya, “Wahai Syeikh Abdullah, apakah aku boleh solat dengan pakaian kebesaranku ini?” Mendengar pertanyaan itu, Syeikh Abdullah tertawa. Tanya si penguasa: “Mengapa engkau tertawa, wahai Syeikh? Jawab Syeikh Abdullah: “Aku tertawa kerana lucunya pertanyaanmu tadi, mengapa engkau bertanya kepadaku seperti itu, padahal pakaianmu dan makananmu dari harta yang haram?”

Mendengar jawaban Syeikh Abdullah seperti itu, maka si penguasa menangis dan menyatakan taubatnya kepada Syeikh, selanjutnya ia meninggalkan kekuasaannya demi untuk mengabdikan diri kepada Syeikh Abdullah, sehingga beliau berkata: “Mintalah doa kepada Yahya Bin Yafan, sesungguhnya dia adalah seorang penguasa dan seorang ahli zuhud, andaikata aku diuji sepertinya, mungkin aku tidak dapat melaksanakannya”.

28. Rijalul Maa’i

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Rijalul Maa’i. Mereka adalah para wali yang sentiasa beribadah di pinggir-pinggir laut dan sungai. Mereka tidak banyak dikenal, kerana mereka suka mengasingkan diri.

Disebutkan, bahawa Syeikh Abu Saud Asy Syibli pernah berada di pinggir sungai Dajlah di Baghdad. Ketika hatinya bergerak: “Apakah ada di antara hamba-hamba Allah yang beribadah di dalam air?”

Tiba-tiba ada seorang yang muncul dari dalam air seraya berkata: “Ada, wahai Abu Saud. Di antara hamba-hamba Allah ada juga yang beribadah di dalam air dan aku termasuk di antara mereka. Aku berasal dari negeri Takrit, aku sengaja keluar, kerana beberapa hari mendatang akan terjadi musibah di negeri Baghdad”. Kemudian ia menghilang ke dalam air. Kata Abu Saud: “Ternyata tidak lebih dari lima belas hari musibah memang terjadi.”

29. Al-Afrad

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Afrad. Mereka termasuk wali-wali berkedudukan tinggi. Di antara mereka adalah Syeikh Muhammad Al ‘Awani, sahabat karib Syeikh Abdul Qodir Al Jailani.

Mereka jarang dikenali manusia lain, kerana kedudukan mereka terlalu tinggi. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat dan ada kalanya pula berkurangan.

30. Al-Umana’

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Umana’ ertinya orang-orang yang dapat diberikan kepercayaan. Di antara mereka adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, sepertimana yang disebutkan oleh Nabi SAW: “Abu Ubaidah adalah orang yang paling dapat diberi kepercayaan di antara umat ini”.

Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka jarang dikenal manusia, kerana mereka tidak pernah menonjol ditengah masyarakatnya.

31. Al-Qurra’

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Qurra’. Mereka ahli membaca Al Quran. Menurut sebuah hadis, wali-wali ini termasuk orang-orang yang dekat dengan Allah, kerana mereka ahli Al Quran. Dan mereka harus dimuliakan. Syeikh Sahal Bin Abdullah At Tusturi termasuk di antara mereka.

32. Al-Ahbab

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Ahbab, iaitu orang-orang yang dikasihi. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya meningkat, adakalanya pula berkurangan.

Mereka mencapai tingkatan ini disebabkan mereka melaksanakan segala ibadah dan takarrub kerana cinta kepada Allah. Ibadah yang didasari cinta, lebih baik dari ibadah yang berharap pahala dan syurga. Maka sebagai imbalan baik bagi mereka, mereka mendapat kasih sayang Allah yang luar biasa.

33. Al-Muhaddathun

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Muhaddathun, iaitu orang-orang yang selalu diberi ilham oleh Allah. Menurut hadits Nabi, ada sebahagian dari umatku yang diberi ilham dari Allah.

Maka Umar Bin Al Khattab termasuk salah satu dari mereka. Sayyid Muhyiddin Ibnu Arabi ra berkata: “Di zaman kami ada pula wali-wali Al Muhaddathun, di antaranya adalah Abul Abbas Al Khasyab dan Abu Zakariya Al Baha-i”.

Para wali yang tergolong dalam golongan ini sentiasa mendapat bisikan-bisikan rohani dari penduduk alam malakut, misalnya dari Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail, sebab rohani mereka sudah dapat menembus alam arwah atau alam malakut.

34. Al-Akhilla’

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Akhilla’. Mereka adalah orang-orang yang dicintai Allah, sebab segala ibadah yang mereka lakukan selalu didasari cinta kepada Allah. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya meningkat dan adakalanya berkurangan.

35. As-Samra’

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan As Samra’. Erti kata As Samra’ adalah berkulit hitam manis. Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka termasuk orang-orang yang setiasa berdialog dengan Allah, sebab hati mereka selalu dipenuhi rasa ketuhanan yang tiada taranya.

36. Al-Wirathah

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Wirathah, iaitu mereka yang mendapat warisan dari Allah. Mereka adalah para ulama, pewaris para Nabi.

Kelompok ini termasuk orang-orang yang gemar beribadah melebihi dari batas kemampuannya. Mereka suka mengasingkan diri di tempat-tempat terpencil demi untuk memenuhi kecintaannya kepada Allah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: jalansufi

Kenapa Sarapan Pagi Sangat Penting Terutamanya Untuk Anak Yang Bersekolah

Kenapa Sarapan Pagi Sangat Penting Terutamanya Untuk Anak Yang Bersekolah

Sarapan pagi bukan sahaja penting dan mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu kerana kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.

Sarapan Pagi Sangat Penting

Sama ada tidak tahu atau tak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas.

Anak-anak mungkin berhadapan dengan situasi kelaparan yang amat sangat, misalnya pada jam 9 pagi dikelas lantaran tidak makan apa-apa, sejak masuk tidur jam 10 malam dan bangun 6.00 pagi.

Begitu juga jika ibu bapa tersalah pilih jenis sarapan, anak untuk beberapa jam awal persekolahan mungkin bertenaga, tetapi apabila guru mulai mengajar dan murid lain menumpukan perhatian pada papan hitam, fikirannya mulai mengelamun kerana mengantuk

Pemilihan Sajian

Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu.

Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.

Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.

Serat

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Cardiff, Wales menunjukkan mereka yang makan sarapan berserat tinggi kurang mengalami keletihan sebanyak 10 peratus.

Golongan ini juga berkebarangkalian mendapat kemurungan yang paling rendah dan menunjukkan kemahiran kognitif yang lebih baik.

Serat membantu memperlahankan penyerapan makanan dalam perut, menyebabkan seseorang yang mengambilnya mempunyai tenaga lebih lama berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan.

Hidangan untuk sarapan sebaiknya mudah, namun mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ini amat penting terutama pada waktu pagi sebab pada waktu pagi kanak-kanak mungkin tidak ada selera untuk makan.

Jadi, sebagai ibu perlu tahu untuk bangkitkan selera anak dengan memberi minuman suam atau panas.

Salah satu cara memberi sarapan pagi terbaik ialah dengan hidangan minuman Horlicks panas segelas setiap pagi, kerana minuman malt ini diperkaya dengan serat dan khasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan.

Mungkin ramai yang tidak tahu Horlicks pada asalnya adalah pengganti susu sebagai makanan bayi.

Kombinasinya yang terdiri daripada kalsium, vitamin A, B1, B2, C dan D, asid folik, zat besi dan serat memastikan kanak-kanak mendapatkan keperluan khasiat terbaik untuk sarapan mahupun minum petang.

Tambahan lagi, Horlicks memberikan dua kali ganda kalsium berbanding susu biasa.

Lebih penting lagi mereka yang berhadapan dengan penyakit seperti gastrik atau penyakit yang memerlukan mereka makan makanan berbentuk cecair boleh menikmati Horlicks yang mudah dan berkhasiat ini.

Otak Lebih Bertenaga

Sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.

Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan serta vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan.

Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik.

Cuba kurangkan makanan diproses kerana ia tinggi lemak dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya anak tidak cepat bosan.

Keperluan Khasiat Harian

Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) memerlukan 1,200-1,600 kalsium/harian (kcal/hari) manakala kanak-kanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari.

Kebiasaannya, mereka perlu makan 4-6 kali sehari dan perlu makan dengan kerap tetapi pastikan dengan saiz hidangan kecil yang lebih baik berbanding makan banyak pada satu masa.

Disebabkan kanak-kanak lama di sekolah dan perlu tumpu kepada pelajaran, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan mengantuk.

Ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana rata-rata kanak-kanak dewasa ini memasuki tadika dan pastinya makan di awal pagi bukan lagi satu yang asing.

Segelas susu di campur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai dan jika ingin membeli minuman dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai untuk keperluan di pagi hari. Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersil.

Anak Enggan Makan

Tidak dinafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, namun sebagai ibu bapa kena bijak menanganinya secara perlahan-lahan.

Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan mereka dan kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh, kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat.

Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu makan semua ada di meja.

Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga makan, bukannya hanya memerhati dan mengarah “makan cepat” dari dalam bilik.

Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakan makanan untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka.

Sarapan pagi amat penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.

Pemakanan Anak Obes

Sarapan pagi perlu untuk semua kanak-kanak termasuk mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Tanggapan kanak-kanak obesiti biasanya akan makan sesuka hati terutama jika diberikan belanja sekolah boleh mengundangnya makan banyak atau memilih makanan tidak sihat seperti bergoreng dan manis, adalah tidak betul sama sekali.

Pendidikan mengenai apa itu makanan sihat amat penting kepada semua anak-anak ini.

Ibu bapa tidak seharusnya menyekat mereka yang obes untuk mengambil makanan pada waktu pagi kerana itu boleh menyebabkan kanak-kanak memberontak, sebaliknya perlu diberi secara berpatutan.

Kerjasama pihak sekolah dan kantin sekolah amat penting dengan tidak sewenang-wenangnya menjual makanan yang tidak berkhasiat.

Pihak sekolah perlu memastikan makanan dijual adalah berkhasiat, selain menggalakkan aktiviti bersukan sekerap mungkin.

Kanak-kanak obes perlu makan seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting kualitinya, selain yang rendah lemak dan tinggi kandungan serat.

Galakkan mereka makan sayur dan buah serta minum susu dua kali sehari. Elakkan makanan ringan dan yang diproses serta minuman manis dan bergas.

Yang paling penting, pastikan mereka bergerak, bukan duduk saja di tepi padang melihat kawan lain bermain.

Bekal Dari Rumah

Membawa bekal juga mungkin idea yang baik untuk memastikan berat badan terkawal, selain terjamin khasiatnya, kebersihan dan kesegaran makanan.

Makanan yang mudah basi termasuk berlemak tidak sesuai dibuat bekal ke sekolah dan pada peringkat ini ibu bapa perlu mengajar anak-anak mengenal pasti makanan yang rosak melalui bau, warna dan rasanya kerana ia boleh mengundang keracunan makanan.

INFO

Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.

Pentingnya sarapan pagi kerana;
  • Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.
  • Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas.
  • Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang.
  • Membantu merendahkan tahap kolesterol.

Panduan Asas Jenis Sarapan;

Roti bakar dan susu, roti dan keju atau nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan.

Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik.

Kurangkan makanan terproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Yang paling penting adalah pelbagaikan supaya mereka tidak cepat bosan.

Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan rasa mengantuk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahsains | utusan

Thursday, November 08, 2018

10 Tabiat Buruk Rakyat Malaysia

10 Tabiat Buruk Rakyat Malaysia

Dinegara mana pun pasti ada tabiat warganya yang negatif atau positif, namun apa yang penting adalah tabiat yang tidak elok perlulah diubah agar imej sesebuah negara lebih cantik di mata orang ‘luar’ yang datang ke negara kita.

Rakyat Malaysia

Berikut adalah 10 tabiat orang kita yang perlu kita ubah.

1. Membuang sampah ke luar dari kenderaan

Pasti ramai yang berhadapan dengan situasi begini atau ramai yang turut melakukan tabiat yang sama.

Bukan sahaja perkara ini turut menjadi ‘ngomelan’ di sosial media, tetapi ia dikhuatiri sukar diubah kerana bakal diwarisi oleh anak-anak yang melihat tindakan berkenaan.

2. Berebut masuk lif/berebut masuk tren

Cara yang betul kita menunggu giliran memasuki lif atau menaiki tren, adalah dengan menunggu penumpang atau orang untuk keluar dahulu dari lif atau tren.

Kemudian, selepas semua sudah keluar barulah tiba giliran anda untuk masuk ke dalam lif atau tren.

3. Suka baca ‘headline’ sahaja

Menarik juga mengenai tabiat ‘baru’ ini, apabila ramai yang terburu-buru melenting tanpa mengetahui kejadian sebenar.

Ini disebabkan tabiat hanya membaca tajuk berita di media sosial tanpa membaca laporan penuh sesuatu berita.

Tidak salah kalau luangkan seminit dua untuk membaca dan memahami tanpa melenting secara melulu.

4. Berkongsi masalah peribadi di media sosial

Media sosial kadangkala menjadi diari atas talian tanpa disedari kita semua namun, berhati-hati tidak semua perkara peribadi boleh dikongsikan kepada orang ramai.

Bukan apa, selain ia bagai ‘membuka pekung di dada’ ia juga boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ramai.

5. Menggunakan lorong kecemasan

Penggunaan lorong kecemasan sudah dibincangkan ramai sebelum ini, malah beberapa tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab sempat juga dirakamkan oleh beberapa individu.

Kepada mereka yang masih melakukan perkara ini diharap berubah, kerana kerjasama anda memberi kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

6. Kurang senyuman

Dahulu Malaysia sangat dikenali sebagai negara yang murah dengan senyuman, namun sejak akhir-akhir ini, kita hanya menghadiahkan senyuman kepada individu yang kita kenali.

Cuba kita amalkan cara positif orang barat yang sering mengucapkan ‘hello’ dan ‘selamat pagi’ kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa sebagai tanda ramah.

7. Bergurau tentang kelemahan orang

Bergurau tentang kelemahan dan paras rupa orang sememang sudah menjadi tabiat berzaman orang kita.

Kadangkala perkara itu boleh menimbulkan salah faham dan akhirnya mencetuskan pergaduhan.

Apa kata kurangkan melihat setiap kelemahan orang sebagai satu jenaka, terima setiap apa pun perkara sebagai ciptaan terindah Yang Maha Esa.

8. Bergaduh hanya kerana fahaman politik berlainan

Sejak media sosial mudah diakses, rakyat Malaysia sering mengutarakan pendapat tentang politik dan banyak bertengkar tentangnya.

Sudah tentulah kerana isu berkenaan merupakan perkara yang sering menjadi tumpuan paling hangat.

Fahaman politik sering menjadi punca pergaduhan sehingga menyebabkan kita kehilangan kawan dan saudara.

9. Parkir secara ‘double park’

Meletakkan kereta di belakang kereta orang, merupakan satu pandangan biasa di negara kita.

Walaupun ada petak parkir yang kosong, ada juga yang masih sanggup untuk ‘double park’.

Walaupun sekejap urusannya, belajarlah untuk meletakkan kereta di pakir yang disediakan.

10. Beg tangan pun ada tempat duduk

Sudah menjadi kebiasaan, beg tangan atau beg yang dibawa akan mendapat tempat duduknya sendiri.

Perkara berkenaan sekali gus menyebabkan ramai yang tidak dapat duduk kerana kepentingan diri kita sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Keunikan Keris Sebagai Identiti Bangsa Tertua Di Asia Tenggara

Keunikan Keris Sebagai Identiti Bangsa Tertua Di Asia Tenggara

Tiga lok, tujuh lok sehinggalah 99 lok, itulah antara identiti keris iaitu senjata yang begitu sinonim dengan orang Melayu. Keunikannya menjadi lebih terserlah apabila setiap bilah keris yang dibawa melambangkan keperibadian dan boleh dilihat melalui bentuk pada bahagian kepala keris.

Keunikan Keris

Lok mungkin berbentuk kepala harimau, belalai gajah, ular, cicak, kuda laut mahu pun naga dan setiap bentuk mempunyai perlambangan tertentu serta menunjukkan tanggungjawab yang dipikul oleh pemiliknya.

Namun, apakah keunikan senjata ini sehinggakan sampai hari ini, keris terus menjadi lambang kegagahan dan identiti bangsa tertua di rantau Asia Tenggara?

Bagi mengenali keunikan keris, kita mestilah mengetahui sejarah kewujudan senjata itu terlebih dahulu.

Asal-usul Keris

Satu makalah tulisan Mahyudin Al-Mudra terbitan Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara memberitahu, terdapat banyak teori tentang asal-usul kewujudan keris.

Teori pertama pernah ditemui oleh G.B Gardner dalam bukunya, Keris and Other Malay Weapon pada 1936.

Dalam buku itu, beliau menyatakan keris adalah senjata hasil daripada inovasi senjata tikam zaman pra-sejarah yang diperbuat daripada tulang ikan pari.

Namun, teori tersebut telah dinafikan dalam catatan Harsinuksmo pada 2004 kerana teori Gardner didakwa banyak kelemahan dan bertentangan dengan tradisi pembuatan keris di Indonesia.

Teori kedua pula dikemukakan oleh Griffith Wilkens yang mendakwa keris adalah senjata yang wujud sejak kurun ke-14 hingga ke-15 sebagai inovasi daripada senjata tombak.

Alasannya, bentuk hujung tombak adalah pendek dan menyerupai bentuk keris, selain mudah dibawa dan ringan.

A. J. Barnet Kempers turut mengemukakan teorinya dengan menyatakan tradisi pembuatan keris di Nusantara dipengaruhi oleh kebudayaan perunggu dari Dongson, Vietnam pada kurun ke-3.

Catatan dalam makalah tersebut juga menyatakan keris mula wujud di Jawa sejak kurun ke-5 berdasarkan penemuan artifak berhampiran candi-candi di sana.

Malah, ukiran lukisan senjata tikam dipanggil Keris Buda yang ditemui di sana dianggap sebagai prototaip keris dan menjadi acuan keris yang ada pada hari ini, sekali gus mendakwanya sebagai keris pertama di nusantara.

Perkembangan penggunaan keris sehingga ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) dapat dilihat menerusi pemerintahan Jawa yang berpindah ke Jawa Timur, kemudian kemunculan Kerajaan Majapahit pada kurun ke-13.

Makalah tulisan Mahyudin Al-Mudra yang merujuk kepada catatan Garret dan Solyom pada 1978 menyatakan, perkembangan dan perluasan kuasa oleh kerajaan di nusantara dahulu memberi pengaruh besar kepada penyebaran penggunaan keris sehingga ke kawasan seperti Malaysia, Brunei, Filipina dan Kemboja.

SEJARAH KERIS

Sebenarnya keris merupakan senjata pendek Austronesia (kumpulan penduduk yang terdapat sekitar Ocenia dan Asia Tenggara) yang digunakan sebagai mempertahankan diri serta alat kebesaran diraja dan ia dianggap unik bagi masyarakat Melayu di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan dan Brunei.

Kami yakin ramai tahu apa itu keris tapi adakah anda tahu bilakah keris mula dibuat dan dari manakah ia berasal?

Keris terawal dijumpai di Candi Borobudur

Banyak betul pendapat yang ada tentang asal-usul keris. Ada yang kata ianya berasal dari India dan ada pula kata ia diilhamkan oleh senjata Vietnam.

Bukti penemuan awal keris dijumpai di Candi Borobudur dan Prambanan, berusia seawal tahun 600 sebelum Masihi.

Mengikut dokumentari daripada Discovery Network, logam yang menghasilkan keris pertama adalah dibuat dari lava gunung berapi. Ada pula yang kata keris dulu-dulu diperbuat daripada batu meteor yang “jatuh dari langit”, menggambarkan “kesatuan manusia dan Tuhan“.

Apa asal-usul perkatan ‘keris’

Ada pendapat yang mengatakan keris berasal dari perkataan Jawa, ‘ngeris’ yang bermaksud ‘menikam’ atau ‘menusuk’.

Di Muzium Adat Istana Jahar Kelantan dikatakan terdapat huruf jawi dalam perkataan keris (Kaf, Ra, Ya, dan Sin) mempunyai maksud tersendiri termasuklah: Ketahanan Rakyat Yang Sepadu, Kekuatan Raja Yang Sejati, Keamanan Rakyat Yang Sejahtera, Kemuliaan Raja Yang Susila, Kebanggaan Rakyat Yang Setia, dan Kuasa Raja Yang Sejagat.

Kenapa bilah keris bengkang-bengkok?

Sebelum kami jawab soalan tu, kita kena kenal satu-persatu bahagian keris ni dulu. Keris ni punyalah kompleks, tiap celah dan ceruk dia ada nama khas, tapi di sini kami ringkaskan kepada tiga bahagian iaitu hulu, pedongkok dan bilah.

Hulu keris

Reka bentuk di hulu keris menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tu sendiri dan ia biasanya diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu. Tapi ada juga yang diperbuat daripada gading gajah, tanduk binatang, gigi ikan paus, emas, perak dan besi.

“Keris ada bisa dan penawar, contohnya hulu keris daripada kayu penawar hitam boleh menyembuhkan bisa dan menghentikan darah akibat tikaman.” – Profesor Madya Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Dipetik dari Harian Metro.

Pedongkok keris

Pedongkok keris

Ia juga turut dikenali sebagai dokok, dulang-dulang keris dan memendak. Ia merupakan sebentuk cincin yang dipasang di bahagian pangkal hulu keris sebagai perhiasan dan pembahagi antara hulu dan mata keris.

Bilah keris

Bagi mereka yang tertannya-tanya, kenapa bilah keris bengkang-bengkok? Ada yang kata keris ini bukannya untuk memotong macam pisau atau pedang tapi untuk menikam. Ada juga yang kata alur keris ibarat ular yang hendak menyerang.

Tapi sebenarnya bilah keris banyak yang jenis lurus. Yang beralun pula dipanggil sebagai ‘lok’.

Bilangan lok yang terdapat pada keris selalunya ganjil kerana ia katanya dipadankan dengan ciri-ciri keislaman seperti rukun Islam (5), bilangan keliling tawaf wakaf (7), rukun sembahyang (13) dan jumlah sembah yang lima waktu (17).

Tapi ada juga yang berpendapat bilangan lok keris yang ganjil itu menggambarkan ia tak sempurna, kerana yang sempurna itu hanyalah Allah sahaja.

“Lok keris yang genap bilangannya adalah bilah keris terakhir dibuat empu untuk menggambarkan ia tidak mahu lagi membuat keris dan memastikan ia keris terbaik dihasilkan.” – Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Profesor Madya Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. Dipetik dari Harian Metro .

Keris sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan

Keris Panjang Diraja

Selain daripada dibuat sebagai senjata, keris merupakan lambang kedaulatan dan kebesaran Melayu, dan selalu digunakan dalam adat istiadat diraja. Keris Panjang Diraja merupakan alat kebesaran negara paling utama dalam istiadat pertabalan.

Untuk pengetahuan anda, hulu hingga ke sarung keris panjang diraja ini bersalut emas dan pada sampirnya ada lambang Kerajaan Persekutuan serta lambang 11 Negeri-negeri Tanah Melayu dan ianya hanya boleh dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.

Jika Keris Panjang Diraja menjadi lambang kebesaran dan kekuatan, macam mana pula dengan keris paling lejen sepanjang zaman. Keris Taming Sari?

Kisah Taming Sari, keris paling masyhur

Keris yang paling masyhur, Keris Taming Sari merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu paling terkenal, malah penghasilan keris Taming Sari juga dikatakan diperbuat daripada 20 jenis besi.

Kalau anda masih ingat lagi, Hang Tuah telah difitnah oleh musuhnya dan tanpa usul periksa, Sultan Mansur Shah telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah.

Keris Taming Sari miliknya itu diserahkan kepada Sultan lalu menyerahkan Taming Sari kepada Hang Jebat. Tapi bila Hang jebat mendapat tahu Hang Tuah telah dihukum oleh Sultan, Hang Jebat pun mengamuk di Istana sehingga Sultan melarikan diri untuk menyelamatkan nyawanya daripada diancam oleh Hang Jebat.

Sultan pun diberitahu yang Hang Tuah sebenarnya masih hidup, lalu menitahkan Tuah untuk membunuh Jebat dan merampas semula Keris Taming Sari. Demi ketaatan terhadap Sultan, Tuah pun menurut perintah membunuh Jebat, sahabat karibnya sendiri.

Tapi, di mana keris Taming Sari itu berada sekarang? Ada yang kata ianya telah hilang dilautan, tapi apa yang kami jumpa ialah..

“Dalam koleksi adat Kebesaran Kesultanan Perak, mereka percaya bahawa mereka adalah waris Keris Taming Sari. Walaupun Legenda Hang Tuah ada menyatakan bahawa keris itu telah hilang dilautan. Ini kerana Kesultanan Perak mempunyai pertalian rapat dengan Kesultanan Melaka.” – Profesor Datuk Zainal , Universiti Malaya. Dipetik dari

Menurut Kosmo, Keris Taming Sari ada tersimpan rapi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Ia disimpan bersama 26 alat kebesaran Perak yang lain di dalam sebuah peti besi khas di Istana Iskandariah.

“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak tahun 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah 1 kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah.” – Nor Jannati Ibrahim, Bekas Pengarah Muzium Perak. Dipetik dari Kosmo.

Keris Taming Sari dikatakan mempunyai ‘kuasa’ hinggakan penjaga alat kebesaran diraja itu perlu mematuhi pantang larang sepanjang menjaga atau membawanya.

Kepercayaan mistik mengenai keris

Sedangkan keris pun bermandi limau dan asap, korang tu bila nak mandi dah Maghrib ni. Imej dari Khalifah Gayong.

Terdapat beberapa kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri. Malah jika mengikut amalan Melayu tradisional, ia perlu diasapkan terutama pada malam Jumaat .

Keris dibersihkan secara ritual itu sebenarnya adalah untuk melindungi ia daripada karat dengan menggunakan limau nipis dan akhir sekali keris itu akan diasap menggunakan kemenyan.

“Ada generasi muda yang takut keris kerana mempercayai ada makhluk halus hakikatnya tidak ada dan tak munasabah langsung.”- Profesor Madya Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Dipetik dari Harian Metro.

Tapi tak dinafikan jugak terdapat sesetengah pemilik atau pembuat keris turut memasukkan penunggu ke dalam senjata tersebut untuk memberikan kekuasaan kepada pemakainya .

Menurut Professor Datuk Zainal dari Universiti Malaya, setiap keris itu mempunyai kisahnya tersendiri begitu juga dengan Keris Pusaka.

Keris Pusaka ini diberi daripada bapa atau moyang kepada anak atau cucu keturunannya. Ia akan disimpan dengan rapi dan dibalut dengan kain kuning.

“Ada juga keris pusaka ni yang diikat di tiang seri (tiang tengah rumah) sebagai pelindung keluarga tersebut. Tapi kini perkara ini dianggap sebagai kepercayaan tahyul oleh masyarakat.” – Professor Datuk Zainal dari Universiti Malaya. Dipetik dari Discovery Network .

Ada sesetengah mereka yang menyifatkan keris mempunyai pengaruh psikologi yang kuat dalam kehidupan, kepercayaan dan amalan harian mereka. Oleh kerana pendapat ini telah sebati dalam diri mereka, maka mereka pun menjadikan keris sebagai barang keramat yang sakti dan dihormati sehingga membawa kepada pemujaan dan kepercayaan ini masih lagi meresap hingga sekarang.

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Keris bukan sahaja berfungsi sebagai alat mempertahankan diri untuk digunakan dalam pertarungan semata, malah ia menjadi warisan masyarakat Melayu sejak berabad lamanya.

Walaupun secara nyatanya kita tidak lagi menggunakan keris pada masa kini, namun kita haruslah mengekalkan tradisi ini dan meneruskan warisan yang telah diturunkan secara turun-menurun.

Mungkin sebab itulah kalau anda perasan, keris turut menjadi sebahagian daripada pemakaian penting seorang Sultan atau raja Melayu sehingga ke hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan | soscili