Wednesday, July 18, 2018

6 Fakta Perkahwinan Bakal Pengantin Wajib Baca

6 Fakta Perkahwinan Bakal Pengantin Wajib Baca

Bila bercakap mengenai perkahwinan, semestinya kaum perempuan begitu teruja semuanya mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Kalau boleh sehingga ke syurga. Jadi, bila nak berkahwin semua pasti teruja kerana mahu 'mendirikan masjid' dan hidup sebumbung hingga ke akhir hayat.

6 Fakta Perkahwinan Bakal Pengantin Wajib Baca
Gambar hiasan.

Disebabkan itu, hari ini berbagai trend perkahwinan yang dapat kita lihat. Ada yang suka buat secara besar-besaran di hotel mewah dan berlumba-lumba untuk dinobatkan sebagai 'Wedding of the year'.

Ada pula yang lebih suka melangsungkan majlis secara bersederhana yang hanya dihadiri saudara-mara dan sahabat terdekat.

Tidak mengapa, semuanya boleh dibuat sekiranya pasangan pengantin mampu. Apa salahnya kan?

Tetapi tahukah anda terdapat beberapa fakta benar mengenai perkahwinan? Okay pastikan anda baca sampai habis ya.

1. Tidak akan ada mana-mana perkahwinan seperti perkahwinan anda

Ini kerana tidak akan wujud manusia lain seperti anda dan pasangan anda. Yes, no other version of you! Inilah perkara yang paling indah dan bahagia mengenai perkahwinan yang anda perlu tahu.

Bahkan, tiada siapa yang akan dapat menjalin atau sepenuhnya memahami bond anda dan pasangan kerana perkahwinan anda adalah satu ikatan UNIK dua orang yang UNIK.

Itulah sebabnya ia adalah sia-sia untuk membezakan perkahwinan anda dengan orang lain.

Sebenarnya anda tidak dapat membandingkan perkahwinan semasa anda dengan perkahwinan yang lepas (jika ada) kerana mungkin elemen yang paling asas sesuatu pasangan adalah berbeza.

2. Anda tidak akan betul-betul mengenali seseorang itu sehingga anda mengahwininya

Yes, even if you’ve been dating from the hospital nursery, living day in and day out with someone in a relationship where both parties have legal rights and can be held legally, morally and socially liable is a totally. different. ball game. Everyone’s true self only comes out under this triple-filter test.

Sehinggakan ada satu-satu masa anda akan merasakan pasangan adalah satu beban dan musuh buat anda yang mana anda mahu melarikan diri dari pasangan tanpa memikirkan akibat selepas perbuatan tersebut.

Namun, perasaan ini tidaklah timbul kepada semua orang, ia bergantung kepada cara seseorang itu menyelesaikan masalah.

Ini menujukkan anda telah mula benar-benar mengenali SI DIA. Dan juga mungkin kadangkala anda merasakan anda adalah manusia terakhir untuk pasangan bersama.

3. Jangan expect terlalu tinggi terhadap pasangan

Saya yakin pasti anda pernah mendengar beberapa ayat yang sering digunakan oleh para ibu bapa yang melarang anda membuat sesuatu perkara.

You’ve heard it:
“You can do everything you want, after you get married.”
“Once you’re married your husband will take you wherever you want, but you can’t go now.”

TIDAK. Anda tidak akan dapat melakukan segala yang anda mahu apabila anda melakukan ujian kehamilan satu hari nanti dan mendapati dua garis pada alat bacaan kehamilan.

Anda tidak akan dapat untuk pergi ke mana sahaja yang anda mahu apabila suami anda keluar bekerja 10 jam sehari, menghabiskan 3 jam di jalan raya dan pulang ke rumah yang hanya untuk tidur.

Jadi anda perlulah BERSEDIA!

4. Kebahagiaan anda bergantung kepada kejujuran anda terhadap diri

Ini yang menarik yang patut anda lakukan. Sebelum berkahwin anda perlu mengetahui dahulu siapa diri anda dan bagaimana pasangan yang anda mahukan.

Anda perlu jujur pada diri sendiri.

Adakah anda seorang introvert atau ekstrovert atau kedua-duanya sekali?
Anda mahukan pasangan yang introvert atau ekstrovert atau kedua-duanya sekali?
Apakah kekuatan anda? Apakah keburukan anda?
Apakah peristiwa yang masih 'menghimpit' diri anda yang mungkin memberi kesan terhadap perkahwinan anda?
Adakah anda bersedia untuk menjadi lebih tidak mementingkan diri sendiri, sabar dan berkorban?
Adakah anda tidak kisah jika pasangan anda tiada pekerjaan tetap buat masa sekarang?

Dan banyak lagi.

Berdasarkan soalan di atas, fikirkan ciri-ciri pasangan yang anda mahukan dan lihat sama ada teman yang bersama anda itu dekat atau tidak dengan ciri-ciri yang anda mahukan.

Ini bukanlah ciri-ciri perfect yang anda perlu cari, tetapi ia adalah ciri-ciri teman yang fit yourself enough untuk hidup bersama.

5. Tidak ada sebab UTAMA kenapa anda mesti rush dalam perkahwinan

Jangan terlalu terburu-buru membuat keputusan. Pilihlah individu yang betul dan berkawanlah dengan seramai mungkin kerana kita mengharapkan perkahwinan hanya perlu berlaku sekali saja dalam kehidupan.

There is absolutely NO reason to rush into choosing who you will be spending the rest of your life with, 24 hours a day, 365 days a year, and for as long as which you can never legally enjoy the same sort of relationship with anyone else.

6. Perkahwinan bahagia benar-benar WUJUD!

Ya saya tahu, selepas anda membaca 5 perkara di atas ia membuatkan anda berfikir-fikir untuk tidak mendirikan masjid.

Fakta ini bukanlah untuk menakut-nakutkan anda tetapi inilah senario sebenar yang mungkin bakal dialami sesetengah dari kita. Yang penting, anda haruslah bersedia.

Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara untuk suka-suka. Kita berkahwin untuk menghalalkan hubungan sah sebagai suami isteri dan meneruskan legasi keluarga disamping memenuhi tuntutan agama.

Anda cuma perlu lebih REALISTIK dan BERSEDIA sebelum menjelangnya hari bahagia.

Perkahwinan bahagia juga memang wujud contohnya perkahwinan Rasulullah SAW bersama isteri-isterinya.

Walau apa pun terjadi para isteri Rasulullah SAW tetap berada di sampingnya. Apa yang penting jujur dan jadilah teman baik pasangan SEPANJANG HAYAT.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Tuesday, July 17, 2018

Berbaloikah Perpindahan €100 Juta Ronaldo Ke Juventus?

Berbaloikah Perpindahan €100 Juta Ronaldo Ke Juventus?

Persoalan adakah Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid akhirnya terjawab apabila kelab Real Madrid membuat kenyataan rasmi bahawa Cristiano Ronaldo sah akan berpindah ke Juventus.

Berbaloikah Perpindahan €100 Juta Ronaldo Ke Juventus?

Nilai perpindahan Ronaldo ke Juventus bernilai €100 juta (RM473 juta +-) dan bakal menerima gaji yang sangat lumayan; €500,000 (RM2,674,000+-) seminggu!

Ada yang bertanya, adakah Juventus sudah gila untuk membeli pemain yang sudah berusia 33 tahun dengan harga €100 juta dan diberi gaji sebanyak itu selama 4 tahun?

Banyak sebab yang membuatkan Ronaldo mahu keluar daripada Sepanyol terutamanya kerana kadar cukai yang sangat tinggi.

Bagi pengurusan Juventus, ini adalah salah satu pelaburan jangka panjang kerana kehadiran Ronaldo ke kelab berkenaan semestinya dapat menaikkan lagi nilai kelab di samping dapat menarik penaja-penaja baharu ke Juventus di masa hadapan.

Seperti perpindahan Paul Pogba ke Manchester United sebelum ini, jualan jersi kelab Juventus dengan nama Ronaldo semestinya akan dapat menampung sebahagian modal untuk membawa masuk Ronaldo ke Juventus.

Musim sebelum-sebelum ini juga Juventus tidak berbelanja besar. Mereka dapat pemain hebat seperti Andrea Pirlo, Sami Khedira and Dani Alves secara percuma.

Perpindahan Paul Pogba ke Manchester United pula menyumbang keuntungan kepada Juventus apabila dijual pada harga €70 juta.

Adalah pembelian ini berbaloi?

Berbaloikah Perpindahan €100 Juta Ronaldo Ke Juventus?

Ronaldo adalah penjaring Real Madrid yang hebat kerana berjaya merekodkan 451 gol dalam 438 perlawanan.

Untuk musim lalu, beliau masih lagi mampu menyumbat 44 gol dan untuk Ballon d’Or pula, beliau sudah memenangi anugerah berkenaan sebanyak 4 kali.

Penganalisa kewangan Rob Wilson dari Universiti Sheffield Hallam berkata, pelaburan Juventus untuk Ronaldo adalah sesuatu yang pastinya berbaloi.

Bukan hanya ia memperkuatkan pasukan Juventus, tetapi turut akan memperkuatkan kewangan kelab itu.

Beliau menambah, membeli Ronaldo bukan sekadar membeli pemain bola sepak, anda turut sama membeli seseorang yang sangat dikenali di seluruh dunia.

Dengan pembelian ini, nyata akan mampu menarik lebih banyak sponsorship untuk kelab berkenaan di samping menarik lebih ramai pemain hebat untuk menyertai Juventus.

Pendek kata, pembelian Ronaldo adalah pelaburan penting buat Juventus untuk masa depan. Liga Serie A selepas ini pun kini sudah ada penyeri baharu dan tidak akan sendu lagi.

Cabaran untuk mencari ‘teman pengganti’ Ronaldo dan kemungkinan besar, bintang Perancis Kylian Mbappé atau Neymar akan berada di dalam radar Real Madrid.

Dengan berat hati, peminat Real Madrid perlu merelakan pemergian Ronaldo ke Juventus. La Liga pastinya akan kurang seri dan Messi semestinya akan ‘merindui’ seteru utama beliau ini.

Jersi Juventus Cristiano Ronaldo Terjual 520,000 Helai Dalam 24 Jam

Berbaloikah Perpindahan €100 Juta Ronaldo Ke Juventus?

Walaupun belum diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Juventus, Pemain bola sepak yang menangi lima kali Ballon D’ Or Cristiano Ronaldo telah membuat rekod terbaru.

Menurut laporan daripada Yahoo Sport, jersi pemain Juventus ini telah berjaya dijual sebanyak 520,000 unit, sama ada menerusi dalam talian mahupun dibeli secara tunai dalam 24 jam.

Dijual dengan harga $123 (RM498.03) sehelai, ia telah berjaya memberikan keuntungan besar buat kelab dari Itali ini, keuntungan kasar sebanyak $63,960,000!

Selain itu juga, kesemua media sosial Juventus menerima jumlah pengikut yang ramai iaitu sebanyak 1.4 juta bilangan pengikut meningkat di Instagram, 1.1 juta pengikut meningkat di Twitter serta 500,000 pengikut di Facebook.

Kehadiran CR ke Liga Serie A ini mungkin akan memberi nafas baharu liga ini jika dahulunya makin tenggelam disebabkan kurangnya kemasukan pemain bintang.

Ronaldo, selamat datang ke Juventus.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket | thevocket2

3 Jenis Bahan Organik Terbaik Untuk Tanaman Organik

3 Jenis Bahan Organik Terbaik Untuk Tanaman Organik

Bahan yang digunakan untuk tanaman anda tumbuh dipanggil media tanaman, merupakan salah satu komponen asas yang sangat penting untuk memulakan penanaman sesuatu tanaman dan sebenarnya terdapat beratus-ratus campuran digunakan untuk menghasilkan media tanaman organik dan juga kormesial.

Bahan organik terbaik
Gambar hiasan.

Dengan memahami fungsi media tanaman, anda perlu tahu dan membuat pilihan yang tepat dengan mengkaji keberkesanan dan kualiti media tanaman mana yang perlu disesuaikan dengan tanaman yang hendak anda usahakan.

Pemilihan media tanaman adalah penting kerana tanaman anda sangat bergantung kepada media tanaman untuk hidup.

Secara umumnya, media tanaman berfungsi untuk menjaga kelembapan disekitar akar, menyalurkan oksigen dan nutrien yang cukup kepada tanaman.

Sejak tahun 1940 yang lalu, di asia tenggara telah menggunakan pelbagai jenis media tanaman untuk menanam antaranya ialah batu bata, sabut kelapa, arang dan juga paku pakis.

Pada masa kini, dengan pelbagai teknologi yang wujud, pelbagai media tanaman telah dihasilkan hasil daripada penyelidikan dan testimoni daripada pakar-pakar pertanian.

Pelbagai kaedah penghasilan serta campuran bahan dicampur untuk menjadikan media tanaman yang khas untuk digunakan mengikut kesesuaian jenis tumbuhan.

Contohnya seperti perlite dan gel hydroball.

MEDIA TANAMAN DARIPADA BAHAN ORGANIK

Media tanaman daripada organik kebiasaanya adalah daripada organisma hidup daripada bahagian pokok seperti, bunga, daun, kulit kayu dan ranting.

Media tanaman organik mempunyai banyak keistimewaannya dan fungsi yang sangat baik untuk tanaman.

Antaranya ialah mampu menyalurkan atau menyediakan unsur nitrogen kepada tanaman.

Selain itu juga, ia mempunyai liang pori-pori mikro dan makro untuk memudahkan pengangkutan oksigen berjalan dan mempunyai daya penyerapan air yang sangat baik.

Terdapat beberapa contoh media tanaman daripada bahan organik, antaranya ialah:

1. Sekam padi

Sekam padi adalah merupakan media tanaman yang dihasilkan daripada kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar.

Terdapat dua jenis sekam padi yang biasa digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar).

Sekam padi ini berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

Sekam bakar atau arang sekam ialah bahan yang terhasil daripada pembakaran sekam (kulit) padi secara terkawal iaitu cukup menjadi arang atau erti kata lain proses sebelum ia menjadi abu.

Sekam bakar yang terbaik ialah yang baru di tuai dan tidak terlalu hancur semasa proses pengasingan sekam.

Pembakaran ini akan menyebabkan semua bahan hidup seperti benih padi, rumpai, mikroorganisma lain akan mati.

Fungsi sekam bakar ini sama seperti arang dimana ia boleh memegang air dan membaiki struktur media tanaman untuk pertumbuhan tanaman yang optimum malah murah dan mudah didapati.

Sekam mentah pula boleh juga digunakan sebagai komponen media tanaman.

2. Cocopeat

Cocopeat adalah bahan semulajadi yang dihasilkan melalui ekstrak sabut kelapa. Bahan ini berfungsi sebagai bahan mengekalkan kelembapan media tanaman disamping baik untuk pengudaraan oksigen dan bersih.

Berbanding dengan media tanaman yang lain, cocopeat mudah reput dan juga bebas daripada perosak dan sumber rumpai.

Teknologi pertanian masa kini banyak menggunakan produk cocopeat antaranya teknologi fertigasi yang menjadi fenomena pada masa ini banyak menggunakan cocopeat sebagai salah satu pilihan media tanaman bernilai tinggi seperti tomato, cili, buah tin, melon, tembikai dan lain-lain.

Jika bahan ini digunakan dalam jangka masa panjang, pemantauan nilai pH hendaklah sentiasa dillakukan.

Nilai pH boleh distabilkan dengan melakukan flushing air bersih ke media.

Cocopeat dikeringkan dibawah matahari dan di proses untuk dihasilkan dalam beberapa bentuk iaitu cocopeat block, cocopeat briquettes, cocopeat tablets dan sebagainya.

3. Peat moss (lumut sphagnum)

Peat moss adalah bahan reput dan bahan mati hasil dari gabungan beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain.

Lumut sphagnum adalah bahan utama yang diproses menjadi kompos untuk kegunaan dalam pertanian.

Sphaganum ialah sejenis lumut dan merupakan bahan perawat tanah yang baik dimana boleh mengawal kelembapan kawasan akar pokok demi pertumbuhan yang ideal kerana struktur selnya boleh menampung air seperti span.

Selain itu juga, bahan ini boleh memperbaiki tanah yang berpasir atau tanah liat untuk pertumbuhan tanaman. Biasanya lumut ini sangat sesuai tumbuh di kawasan beriklim sejuk dan tanah bergambut.

Kebanyakan yang terdapat di pasaran Malaysia adalah diimport dari New Zealand, Kanada atau Holland.

Sphaganum peatmoss yang diimport dari China dikatakan kurang berkualiti kerana mudah reput. Sphaganum peat banyak digunakan sebagai media bagi pengakaran pokok tin.

Terdapat beberapa jenis peat-moss dipasaran iaitu;

Pertama, lumut gambut fibric (peat-moss fibric) iaitu peat-moss yang reput, kompos dengan kandungan fibre yang sangat utuh.

Kedua, lumut gambut hemic (peat-moss hemic) iaitu ia lebih reput berbanding dengan jenis fibric tetapi kurang jika dibandingkan dengan jenis Sapric.

Ketiga, Lumut-gambut Sapric (peat-moss Sapric) iaitu jenis peat-moss paling reput berbanding jenis hemic dan fibric.

Maknanya peat-moss Sapric lebih baik jika dinilai dari segi kereputan dan pengomposannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myagri

7 Buaya Paling Besar Pernah Ditangkap Di Dunia

7 Buaya Paling Besar Pernah Ditangkap Di Dunia

Haiwan yang sangat berbahaya dan jangan sekali-kali mendekatinya, kerana hanya dalam beberapa saat mampu membunuh mangsanya dengan sangat pantas.

Buaya juga memiliki banyak jenis dan ukuran, bergantung kepada umur dan makanan yang dimakannya.

Kita mungkin selalu melihat buaya tetapi pernahkah anda melihat buaya berukuran raksasa? Jika belum, berikut adalah buaya-buaya gergasi yang pernah dilihat di muka bumi ini.

1. Krys, Queensland Australia (8.6 Meter)

7 Buaya Paling Besar Pernah Ditangkap Di Dunia

Lebih dari setengah abad yang lalu atau sekitar tahun 1957 telah ditemui seekor buaya sepanjang 8.6 meter di Sungai daerah Normanton, Queensland Australia.

Buaya ini mati ditembak oleh pemburu dan buaya ini dinamakan Krys, kerana ukurannya yang sangat besar.

2. Buaya Di Pontianak, Kalimantan (7 Meter)

7 Buaya Paling Besar Pernah Ditangkap Di Dunia

Pernah mendengar berita orang mandi di pinggir sungai diterkam dan dimakan buaya di sungai Kapuas, Indonesia?

Binatang tersebut adalah seekor buaya dengan panjang 7 meter dan berat 1.5 tan.

Buaya ini mampu mengoyakkan mangsanya dengan sekali gigitan dan sekarang ini sudah mati dan diawet di muzium daerah.

3. Lolong, Fillipina (6.7 Meter)

7 Buaya Paling Besar Pernah Ditangkap Di Dunia

Buaya raksasa ini ditemui di sungai Agusan, 1 kilometer dari Manila, dengan panjang 6.7 meter dan berat 1.5 tan.

Buaya ini berjaya ditangkap oleh hampir 100 orang nelayan dan diburu kerana menyerang beberapa orang nelayan.

Buaya ini mati pada tahun 2013 yang lalu, 17 bulan selepas ditangkap.

4. Buaya di Fillipina Town (6.2 Meter)

7 Buaya Paling Besar Pernah Ditangkap Di Dunia

Buaya dengan panjang 6.2 meter ini ditemui berhampiran sungai bandar Fillipina secara tidak sengaja oleh Adam Britton, seorang ahli zoologist.

5. Buaya Gustave, Afrika (6 Meter)

7 Buaya Paling Besar Pernah Ditangkap Di Dunia

Di negara Afrika, seekor buaya gergasi bernama Gustav merupakan antara buaya terbesar di dunia dengan ukuran 6 meter dan berat 1 tan di sungai Gurguzi, Gunduzi.

Buaya ini dipercayai sudah membunuh lebih kurang 300 orang.

Buaya ini akhirnya berjaya ditangkap oleh salah satu pemburu, Pertice paye, yang mencarinya selama tiga bulan.

Pemburuan Pertice yang berjaya telah diangkat dalam sebuah filem dengan judul Primeval.

6. Buaya Cassius, Quennsland, Australia (5.5 Meter)

7 Buaya Paling Besar Pernah Ditangkap Di Dunia

Buaya ini juga merupakan antara buaya terbesar di dunia yang dipelihara di sebuah sangkar di Quessland Utara sejak tahun 1987.

Cassius memiliki ukuran panjang 5.5 meter dan ditemui di Green Island, 27 km dari pantai Cairns.

Dengan ukurannya yang besar inilah membuatkan buaya Cassius tersenarai pada Guinness World Record sebagai buaya paling besar dan telah hidup lebih 100 tahun.

7. Buaya Pocho (5 Meter)

7 Buaya Paling Besar Pernah Ditangkap Di Dunia

Buaya Pocho mempunyai panjang 5 meter dan jinak, merupakan salah seekor buaya terbesar di dunia yang ditemui pada tahun 1990 di sungai dalam keadaan cedera.

Buaya ini di pelihara di sangkar khas supaya mudah untuk disaksikan oleh pengunjung.

Tambahan

8. Bujang Senang (5.46 meter (18.5 kaki))

7 Buaya Paling Besar Pernah Ditangkap Di Dunia

Kisah pemburuan Bujang Senang, buaya jantan yang digeruni oleh masyarakat tempatan di Sarawak, Malaysia, bermula pada tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman.

Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter.

Bujang Senang menemui ajal dan bangkainya diangkut ke rumah panjang selama empat jam perjalanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wowasiknya

Monday, July 16, 2018

Khasiat Avokado (Buah Lemak) Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Avokado (Buah Lemak) Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Avokado atau nama saintifiknya Persea americana merupakan tumbuhan yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah yang mana buahnya berbentuk bujur dengan kulit berwarna hijau berkilat.

Khasiat Avokado (Buah Lemak) Untuk Kesihatan

Isi buahnya berwarna kuning kehijauan dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.

Di negara Barat termasuk Australia dan New Zealand, buah ini sangat digemari dan sering dijadikan sebagai bahan premium untuk pelbagai diet mereka termasuk pasta, jem roti, perasa minuman dan banyak lagi.

Saban tahun, hampir 3.2 juta tan metrik tanaman avokado dihasilkan bagi memenuhi permintaan pelanggan di seluruh dunia.

Mexico merupakan negara pengeluar utama avokado dunia dengan lebih 1.1 juta tan metrik setahun, diikuti oleh Indonesia 263,000 tan metrik.

Meskipun Indonesia merupakan antara penyumbang terbesar kepada pengeluaran avokado, tidak ramai penduduk negara Asia termasuk Malaysia menggemari buah ini kerana rasanya yang tawar berbanding buah-buahan lain.

Di sebalik rasanya yang kurang menarik, tanaman ini mengandungi banyak kebaikan yang harus diketahui bersama.

1. Mengawal tekanan darah

Menurut kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti di Amerika Syarikat, penambahan avokado sebagai diet harian boleh membantu mengawal kadar tekanan darah sekali gus mengelak masalah jantung, strok dan buah pinggang.

Ini kerana, avokado memiliki kadar potasium yang sangat tinggi.

Setiap 100 gram sajian avokado mengandungi empat peratus lebih potasium berbanding buah pisang yang sangat popular sebagai buah penuh nutrisi.

2. Fungsi mata

Avokado merupakan buah yang memiliki kadar antioksida yang sangat tinggi. Ia merangkumi nutrisi seperti lutein dan zeaxantin yang sangat penting kepada kesihatan mata.

Pakar di Britain menyarankan agar penduduknya mengamalkan sekurang-kurangnya tiga hirisan avokado dalam makanan ruji mereka kerana kandungan antioksida di dalamnya boleh mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, kerap dialami oleh orang tua.

3. Berat badan ideal

Walaupun sebiji avokado mengandungi kira-kira 30 gram lemak, ia tidak menghalang buah ini sebagai rejim menguruskan badan.

Ini kerana lemak yang terkandung di dalamnya ialah asid lemak tak tepu mono yang turut membawa kebaikan kepada badan.

Menikmati jus avokado dicampur bersama susu akan membantu tubuh berasa lebih kenyang tanpa meninggikan kolestrol dalam darah.

4. Kulit cantik

Selain kesihatan, avokado juga baik untuk rawatan kulit. Kandungan vitamin E dan C dalam avokado juga berupaya menyuburkan kulit sekali gus kelihatan segar dan bersinar.

Disebabkan itu, minyak avokado banyak digunakan sebagai bahan tambahan dalam barangan kosmetik antarabangsa.

5. Avocado Banyak Nutrisi

Buah avocado mengandungi banyak nutrisi penting dan biasanya diletakkan di dalam banyak juadah di barat – untuk menambahkan rasa dan tekstur.

Pada zaman sekarang, buah avocado telah menjadi tumpuan dan popular dalam kalangan orang yang pentingkan soal kesihatan.

Di antara nutrisi yang terdapat di dalam buah avocado adalah:
  • Vitamin K
  • Folate
  • Vitamin C
  • Potassium
  • Vitamin B5
  • Vitamin B6
  • Vitamin E

Selain itu, ianya juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin). Buah avocado mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15g lemak.

Buah avocado ini tidak mengandungi kolestrol atau sodium dan rendah dalam kuantiti lemak tepu.

6. Avocado Mempunyai Potasium Yang Lebih Tinggi Berbanding Pisang

Potasium adalah salah satu nutrient yang orang selalu kurang ambil.

Potasium boleh mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan, selain berperanan penting di dalam badan dan salah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium.

Setiap sajian 100g, mengandungi 4% lebih banyak daripada pisang, yang mana sudah dikira buah yang tinggi kadar potasiumnya.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dengan terkawal) boleh mengurangkan tekanan darah, iaitu satu faktor utama kepada masalah jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

7. Avocado Mempunyai Asid Lemak Monotaktepu (Monounsaturated Fatty Acids)

Buah avocado tidak dinafikan bahawa mengandungi kadar lemak yang tinggi malah, 77% kalori di dalam buah ini datangnya daripada lemak tersebut, membuatkan buah ini antara buah yang berlemak.

Tetapi, perlu ingat bahawa lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid oleik (oleic acid).

Ini bermaksud bahawa ianya adalah asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) – memberikan kebaikan kepada badan. Lemak itu juga terdapat di dalam minyak zaitun.

Asid oleik dibuktikan boleh mengurangkan kadar keradangan dan mempunyai kesan yang positif kepada gen pembawa kanser.

8. Avocado Kaya Dengan Serat

Serat ataupun fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado. Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus.

Serat boleh membantu penurunan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan memudahkan proses membuang air besar.

9. Pengamalan Avocado Boleh Mengurangkan Kolestrol Badan

Masalah jantung merupakan salah satu punca utama kepada kematian di dunia yang sering dikaitkan dengan saluran darah, tahap kolestrol, trigliserida, tekanan darah dan sebagainya.

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik, yang membantu mengawal tahap homocysteine ​yang sering ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.

Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

10. Membantu Penyerapan Nutrisi

Apabila membincangkan hal nutrisi dan nutrient, ianya bukanlah bergantung kepada jumlah semata-mata.

Badan juga perlukan kemampuan untuk menyerapnya – dari sistem penghadaman ke dalam sel badan untuk diproses dan digunakan.

Sesetengah nutrient adalah “fat soluble, ” bermaksud ia memerlukan lemak untuk dihadam – ini termasuklah vitamin A, D, E dan K.

Satu kajian mendapati bahawa pengambilan buah avocado boleh meningkatkan penyerapan antioksida sebanyak 26%.

11. Mengandungi Antioksida Yang Boleh Melindungi Mata

Bukan sahaja avocado boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida, bahkan ianya sendiri mengandungi antioksida yang tinggi.

Ini merangkumi nutrisi seperti Lutein dan Zeaxanthin, yang mana sangat penting kepada kesihatan mata.

Satu kajian menunjukkan bahawa nutrisi ini boleh mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, yang mana biasa dialami oleh orang tua.

Oleh itu, pengamalan buah avocado boleh memberikan kesihatan kepada mata dalam jangka masa yang lama.

12. Buah Avocado Boleh Melegakan Simptom Arthritis

Arthiritis merupakan masalah yang biasa di alami oleh orang tua.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah avocado dan minyak kacang soya, dikenali sebagai Avocado and Soybean unsaponifiables boleh mengurangkan simptom arthirtis pada tulang (osteoarthritis).

13. Avocado Boleh Mengurangkan Berat Badan

Terdapat beberapa bukti akan kenyataan ini yang dalam satu kajian melibatkan dua kumpulan, satu kumpulan diarah untuk makan makanan yang mengandungi buah avocado, manakala kumpulan satu lagi makan makanan yang sama tanpa buah avocado.

Kemudian, mereka akan disoal dengan beberapa soalan berkaitan dengan lapar dan kadar kekenyangan. Responden yang makan buah avocado merasakan 23% lebih kenyang.

Jika kajian ini betul, maka dengan kerapkan makan buah avocado, anda boleh mengurangkan kadar pengambilan kalori dan lebih senang untuk mengikut jadual diet.

Resepi Smoothies Avocado

Bahan-Bahan
  • 1/2 biji Avocado
  • 1 cawan nenas di potong dadu
  • 1 cawan daun kale atau pun saya suka bayam
  • 200ml susu rendah lemak
  • beberapa ketul ais

Nak Buat sangatlah mudah. Kisar semua bahan dan boleh minum terus memang rasa fresh.

Nak tahu Kalori berapa? Anggaran Kalori 400kcl sahaja. Cubalah nanti.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, anda boleh mendapatkan banyak khasiat dari buah avocado. Ianya mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan oleh badan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Walaupun buah ini jarang diamalkan dalam pemakanan rakyat Malaysia, namun ianya senang untuk didapati di pasar raya berdekatan.

Sekiranya anda sudah mula berminat untuk mengamalkan pemakanan buah avocado dalam diet anda, sekarang adalah masanya!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mrtengkuasmadi | kosmo

Ereksi Zakar Lelaki Tanda Badan Sihat

Ereksi Zakar Lelaki Tanda Badan Sihat

Saluran darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi yang berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi. Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat.

Ereksi Zakar Lelaki Tanda Badan Sihat
Gambar hiasan.

Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.

Pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.

Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.

Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.

Tahap

Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.

Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.

Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung.

Tahap mati pucuk

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.

Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.

Biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.

Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan.

Tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.

Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual. Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi.

Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual namun, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.

Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.

Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

8 Perkara Akan Berubah Di Dunia Jika China Menjadi Kuasa Utama

8 Perkara Akan Berubah Di Dunia Jika China Menjadi Kuasa Utama

Sama ada suka atau tidak dan sedar atau tidak, kini China bertekad untuk menjadi kuasa terbesar dunia. Segala rancangan telah dirangka dan Preside China, Xi Jinping telah mengumumkan secara terbuka bahawa beliau mahu China mengetuai dunia menjelang tahun 2050.

China as Superpower

Jika ini benar-benar berlaku, kita akan melihat satu dunia yang baru dan mungkin berlaku dalam jangka hayat kita.

Kuasa Amerika Syarikat akan merosot dan kita tak perlu mengagak apa yang akan berlaku kepada dunia.

Ini kerana China telah menjelaskan bagaimana mereka mahu membentuk semula dunia, dan kami ingin kongsikan 8 perubahan yang akan berlaku kepada dunia jika China mengambil alih sebagai kuasa terbesar dunia.

1. Perang antara China dan Amerika Syarikat mungkin meletus

China bermegah-megah bahawa mereka menikmati apa yang disebut sebagai "kebangkitan yang aman", tetapi ia mungkin tidak akan kekal seperti itu.

Hanya beberapa kuasa dunia sahaja yang berkuasa tanpa konflik keganasan dan terdapat beberapa sebab untuk mengaitkan bahawa Amerika Syarikat dan China bakal memecahkan norma tersebut dan kini, China bersedia untuk melakukannya.

Antara salah satu matlamat Presiden Xi Jinping menjelang tahun 2050 adalah membina sebuah pasukan tentera bertaraf dunia, seperti dalam kata-kata beliau, yang "boleh melawan dan menang", walaupun menentang Amerika Syarikat yang mempunyai pasukan ketenteraan terkuat di dunia ketika ini.

Setakat ini, Amerika Syarikat tidak kelihatan seperti mengambil mudah akan kebangkitan China ini.

Kedua-dua negara ini dilihat "bergeser" dalam pertikaian politik, tarif dan perjuangan yang agresif untuk bersaing sesama sendiri.

Oleh itu, kita boleh mengandaikan bahawa semua ini akan mencetuskan Perang Dingin yang baharu atau jika tersilap langkah, kita akan menyaksikan satu konflik yang ganas dan paling dahsyat yang pada akhirnya, hanya satu kuasa terbesar sahaja yang masih berdiri teguh, sama ada Amerika Syarikat atau China.

2. Jepun akan "dibuang" daripada masyarakat antarabangsa

Menurut Sheila Smith, pakar dalam politik Jepun dan dasar luar, "Tiada negara yang merasakan kebangkitan China lebih mendalam daripada Jepun."

Perjalanan China untuk menjadi kuasa terbesar dunia memberikan kesan yang lebih dalam kepada Jepun berbanding negara-negara lain.

Apabila kebangkitan China berlaku, Jepun tidak ada pilihan lain melainkan menurut perintah China atau akan diketepikan.

China masih belum melupa dan memaafkan Jepun di atas kekejaman yang mereka lakukan ketika Perang Dunia Kedua, sebahagian besarnya disebabkan Jepun tidak pernah memohon maaf sepenuhnya kepada mereka.

Kekejaman Jepun masih memainkan peranan penting dalam propaganda China, yang mana kerajaan mereka memastikan setiap rakyat China tidak melupakan bahawa Jepun adalah musuh.

Dan setakat ini, Jepun masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menarik diri dalam banyak pertikaian dengan China.

Namun, jika mereka tidak memberikan apa yang China mahu, mereka akan mengalami kesukaran jika China mengambil alih sebagai kuasa terbesar dunia.

China juga telah cuba membuatkan peranan Jepun dalam PBB menjadi semakin lemah, dengan agensi berita yang dikawal oleh kerajaan, Xinhua, pernah menulis bahawa Jepun perlu mengubah "sikap mereka terhadap sejarah", jika Jepun ingin memainkan peranan yang lebih besar dalam PBB".

Sebaik sahaja China berkuasa, mereka tak perlu lagi membuat ugutan. Mereka boleh mengenepikan Jepun dengan mudah secara keseluruhan.

3. Taiwan akan diserang

Tak mungkin dengan kebangkitan China akan berakhir dengan Taiwan sebagai sebuah negara bebas. China telah menegaskan dalam tuntutan mereka bahawa akan Taiwan kembali ke dalam kawalan mereka.

Presiden Xi Jinping pernah berkata bahawa beliau tidak akan membenarkan "mana-mana individu, organisasi atau parti politik, pada bila-bila masa atau dengan apa cara sekalipun, memisahkan mana-mana wilayah China."

Jika Taiwan tidak kembali kepada China dengan sukarela, China menyatakan dengan jelas bahawa mereka bersedia mengambil negara itu dengan paksa sebaik sahaja mereka mempunyai alasan.

Menteri di kedutaan China di Washington berkata, "Pada hari kapal Tentera Laut Amerika Syarikat tiba di Kaohsiung (selatan Taiwan) adalah hari Tentera Pembebasan Rakyat kami menyatukan Taiwan dengan kuasa tentera."

China memberikan petanda bahawa mereka akan berperang jika Taiwan cuba untuk mengisytiharkan kemerdekaan, tanpa mengira siapa yang menyebelahi Taiwan.

Satu-satunya perkara yang mampu menghalang mereka daripada melakukannya ketika ini adalah mereka tidak mampu untuk melawan kuasa Amerika Syarikat.

Namun, jika China mengambil alih kuasa terbesar, satu-satunya pilihan Taiwan adalah menyerah diri dengan aman.

4. Sejarah akan ditulis semula

Parti Komunis China telah mengumumkan secara terbuka hasrat mereka untuk menulis semula sejarah.

Dalam ucapannya, Presiden Xi Jinping memberitahu negaranya bahawa beliau sedang berusaha untuk meningkatkan "komunikasi antarabangsa" supaya mereka dapat "memperlihatkan pandangan China yang pelbagai dimensi, luas dan sebenar".

Ia mungkin kedengaran seperti tiada apa-apa yang penting, namun dokumen lain dari Republik Rakyat China menunjukkan apa yang dimaksudkan.

China bertekad untuk menulis semula apa yang mereka anggap "salah faham oleh Barat" terhadap sejarah atau dengan kata mudah, untuk menggantikan persepsi dunia terhadap sejarah dengan persepsi mereka sendiri.

Salah satu perkara penting dalam agenda ini adalah untuk mengubah persepsi dan konsep dunia terhadap Mao Zedong (pengasas Republik Rakyat China) dan untuk membuatkan dunia menerima Mao sebagai pemimpin yang bijak dan berpengaruh.

China mahu menghapuskan persepsi bahawa kebangkitan komunisma di China telah membawa kepada masalah dan menjadikannya kelihatan lebih lembut.

Mereka juga mahu menyingkirkan tanggapan bahawa pembunuhan beramai-ramai di Tiananmen Square pada tahun 1989 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10,000 nyawa, adalah satu ketidakadilan.

5. Eropah akan merosot

Selepas berabad lamanya Eropah berada di atas, kini kita akhirnya mula melihat kuasa mereka semakin merosot.

Sejak tahun 2000, pengaruh negara-negara Eropah semakin merudum yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini, sementara kuasa Asia semakin meningkat.

Dan ketika ini juga China sedang menyatukan perkongsian mereka dengan negara-negara Asia dan Afrika yang mungkin bermakna seluruh pusat kuasa dunia mungkin akan beralih ke Hemisfera Timur dan ia bakal mengubah Eropah.

Banyak negara-negara Eropah telah bertindak balas terhadap pengaruh mereka yang merosot dengan cuba untuk mengemas kini konsep benua mereka sebagai kuasa bersatu dalam usaha untuk mendapatkan kekuatan mereka kembali.

Namun, jika China mengambil alih sebagai kuasa terbesar dunia, kita boleh menjangkakan Amerika Utara dan Eropah akan menjadi kurang penting daripada sekutu-sekutu mereka di Timur.

Orang Eropah akan melihat gaji mereka menurun dan kemewahan mereka hilang apabila Asia dan Afrika melonjak ke hadapan.

6. Dasar dunia akan berakhir

Walaupun ramai yang bimbangkan kebangkitan ini, namun China mungkin tidak akan menggunakan kuasa baru untuk mengambil alih dunia dengan memaksa semua orang untuk menjadi komunis.

Buktinya adalah perjanjian mereka dengan Afrika, yang mana China berurusan dengan begitu "lembut".

China mempunyai dasar rasmi yang tidak mengganggu pemerintahan kerajaan Afrika.

Jika Amerika Syarikat mempunyai sejarah campur tangan dalam negara-negara mundur dan menjatuhkan diktator, China pula membiarkan pemerintah-pemerintah tersebut.

Malah, China melaburkan wang di negara seperti Sudan dan Zimbabwe dan tetap dengan prinsip mereka iaitu bukan tugas mereka untuk memerintah kerajaan lain. Ini menjadi perbezaan utama di antara China dan Amerika Syarikat.

Tentera Amerika Syarikat tidak lagi berfungsi untuk hanya melindungi negara mereka tetapi juga bertindak sebagai pertahanan utama seluruh Eropah, termasuk hampir setiap negara demokrasi di dunia.

Namun, China tidak peduli terhadap demokrasi dan sekiranya tentera mereka mula menguasai Amerika Syarikat, kita mungkin akan melihat berakhirnya era tentera-tentera Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain yang memasuki serta menceroboh negara-negara mundur.

7. Amerika Syarikat akan mengalami 'kemurungan'

Amerika Syarikat yang kini merupakan kuasa terbesar dunia akan mendapat tamparan hebat apabila China mengambil alih posisi tersebut.

Mereka bukan sahaja akan jatuh ke nombor 2, malah akan terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi yang dahsyat.

Ketika ini Amerika Syarikat berada di posisi yang hebat kerana mata wang dolar Amerika digunakan dalam hampir kesemua perdagangan antarabangsa.

Dolar Amerika diperlakukan seperti standard emas baru dan ini mengekalkan kestabilan ekonomi mereka.

Namun, China dilihat bertekad untuk mengakhiri kedudukan selesa AS dan mereka secara terbuka telah mengisytiharkan rancangan mereka menggantikan Dolar AS dengan mata wang mereka iaitu Yuan sebagai mata wang perdagangan antarabangsa.

Ini pasti membuatkan Amerika Syarikat terperosok dalam kemurungan. Dalam hanya semalaman, Amerika Syarikat akan kehilangan 2% daripada keluaran ekonominya.

Harga import akan melonjak naik, harga eksport merudum dan ramai orang akan kehilangan pekerjaan seperti mana yang berlaku ketika Great Depression.

Selepas itu, Amerika Syarikat mungkin akan memohon bantuan daripada Afrika.

8. Afrika akan menjadi kuasa yang lebih besar dan kuat

Kebangkitan China bukan hanya memberikan manfaat kepada mereka sahaja. Keseluruhan imbangan kuasa akan berubah dan antara perbezaan terbesar adalah kuasa di Afrika akan menjadi lebih kuat.

Ramai yang tak menyedari betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh China, yang kini adalah negara yang memberikan sumbangan bantuan terbesar di Afrika.

Mereka telah melaburkan berbilion-bilion ringgit kepada benua itu dan merancang untuk membelanjakan lebih banyak.

Menjelang tahun 2025, China menjangkakan jumlah yang dihantar ke Afrika mencecah RM4 trilion.

Negara-negara barat mempunyai keraguan moral untuk melaburkan wang sebegitu banyak kepada tanah yang mana kebanyakan daripada negaranya dipimpin oleh diktator.

Bantuan daripada Amerika Syarikat cenderung datang bersama-sama tuntutan untuk pembaharuan politik atau bergantung kepada siapa presiden negara itu. Berbeza dengan China, mereka tidak peduli apa yang dilakukan oleh Afrika.

Mereka dengan senang hati memberikan wang kepada pemerintah Afrika yang kejam selagi ia menguntungkan mereka.

China memberitahu bahawa mereka mendapat pulangan 6 kali ganda daripada apa yang mereka labur di Afrika.

Afrika pula telah menjadi salah satu daripada rakan kongsi perdagangan China yang paling rapat dan sebagai pertukaran, China telah melobi untuk mendapatkan lebih banyak negara Afrika dalam PBB yang bermakna apabila China bangkit, Afrika juga akan turut bangkit.

Dan kerana Afrika dibenarkan untuk melakukan apa sahaja dengan cara mereka sendiri, kita bukan sahaja akan melihat dunia berada di bawah pengaruh China, tetapi juga berada di bawah pengaruh Afrika.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, July 15, 2018

Realiti Perkahwinan Bawah Umur Di Amerika Syarikat

Realiti Perkahwinan Bawah Umur Di Amerika Syarikat

Bagi warga Amerika Syarikat, kisah 'perkahwinan bawah umur' kebiasaannya berkisar kepada berita yang datang dari negara lain seperti Thailand, India dan Niger. Walaupun begitu, satu laporan yang diterbitkan pada bulan Februari 2017 membuktikan, tidak ramai di kalangan masyarakat Amerika Syarikat menyedari kadar perkahwinan golongan bawah umur di negara mereka sebenarnya berada pada tahap tinggi.

Realiti Perkahwinan Bawah Umur Di Amerika Syarikat

Hampir 250,000 kanak-kanak dikahwinkan tanpa kerelaan dalam tempoh 15 tahun bermula tahun 2000 dan sekiranya mereka sendiri yang menjadi warganegara Amerika Syarikat tidak menyedari kejadian itu berlaku setiap hari di kalangan mereka, apatah lagi kita di Malaysia.

Tahukah anda, undang-undang perkahwinan bawah umur di Amerika Syarikat sebenarnya adalah antara yang paling lemah di dunia, di kalangan negara-negara maju?

Realiti undang-undang perkahwinan bawah umur Amerika Syarikat

Majoriti negeri di Amerika Syarikat masih lagi menggunakan undang-undang yang ditetapkan pada tahun era 70-an tanpa sebarang perubahan.

Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat hanya mempunyai had minima umur sama ada 16 atau 18 tahun bagi perkahwinan namun tidak mempunyai sebarang peraturan lain yang mampu mengawal peraturan, sekiranya ibu bapa memutuskan untuk mengahwinkan anak mereka.

Kajian di beberapa negeri mendapati bilangan pasangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang individu bawah umur agak tinggi.

Di negeri Virginia sahaja 4,474 orang individu majoritinya perempuan bawah umur dikahwinkan dalam tempoh 2004 hingga 201. Yang paling muda hanya berumur 13 tahun.

New York sebuah bandar yang dikatakan hebat, mencatatkan jumlah 3,853 perkahwinan melibatkan individu bawah umur.

Majoriti kes melibatkan gadis perempuan yang dikahwinkan dengan lelaki berusia berdekad-dekad lebih tua daripada isterinya.

Percayakah anda jika kami katakan - di Amerika Syarikat, seorang individu bawah umur boleh dikahwinkan dengan kebenaran ibu bapanya.

Namun pihak mahkamah Amerika Syarikat mewajibkan individu itu mencapai umur minima perkahwinan yang ditetapkan mengikut negeri, bagi membolehkan dia menuntut cerai sekiranya perkahwinan itu tidak berjaya.

Mengarut kan?

Majoriti kes perkahwinan bawah umur di Amerika Syarikat adalah perkahwinan anak perempuan, dengan peratusan 87% kes berbanding hanya 13% anak lelaki.

Ketika fokus dunia lebih kepada menangani masalah perkahwinan bawah umur di negara-negara Asia, cukup menghairankan bagaimana isu sama di Amerika Syarikat tidak mendapat perhatian dunia.

Pengalaman dipaksa kahwin

Realiti Perkahwinan Bawah Umur Di Amerika Syarikat

Seorang individu yang kerap menjadi rujukan berkenaan isu ini serta bertindak sebagai aktivis pencegahan perkahwinan bawah umur adalah Fraidy Reiss yang menubuhkan gerakan NGO 'Unchained at Last.'

Fraidy adalah wanita berketurunan Orthodox Jewish tidak dikahwinkan bawah umur, namun kedua ibu bapanya mengahwinkan beliau pada usia 19 tahun tanpa kerelaannya.

Hidup mengikut budaya Hasidic Jewish Orthodox yang sangat berpegang teguh pada nilai-nilai tradisional membuatkan Fraidy tidak dibenarkan belajar menjadi dewasa seperti gadis-gadis lain.

Dia tidak dibenarkan memandu, tidak mempunyai wang sendiri ataupun berhubungan dengan mana-mana individu di luar komuniti mereka.

Dikahwinkan dengan seorang lelaki yang hanya dikenali selama 3 bulan tanpa boleh membantah, Fraidy berdepan detik hitam didera dan diugut suami sendiri dalam rumah yang mereka diami.

Perkara itu dibiarkan berterusan walaupun Fraidy cuba menceritakan masalahnya kepada sanak saudaranya kerana menharapkan suaminya akan berubah satu hari nanti.

Fraidy dinasihatkan untuk terus bersabar dengan kerenah suaminya.

Tidak tahan dengan deraan, Freidy memberanikan diri mendapatkan perintah larangan terhadap suaminya sendiri dan menuntut cerai.

Proses itu memakan masa yang panjang berikutan halangan dilakukan oleh saudara-mara beliau sendiri serta pihak suami.

Berdepan cabaran yang getir, Freidy berjaya menamatkan pendidikan peringkat tertiari dalam bidang penulisan ketika berusia 32 tahun, mampu menyara hidupnya sendiri dengan anak-anak tanpa suami, seperti syarat yang ditetapkan mahkamah.

Akhirnya selepas 12 tahun menunggu, Fraidy memenangi tuntutan cerai di mahkamah.

Walaupun demikian, harga yang dibayar Fraidy agak besar.

Mahu keluar daripada komuniti masyarakat Orthodox Jewish yang membesarkan dia, Fraidy mengambil keputusan menukar agamanya.

Pilihan itu menyebabkan pihak keluarganya tidak lagi menerima dia, memburukkan lagi situasi yang tegang selepas Fraidy bertindak melawan kehendak keluarga memutuskan ikatan perkahwinan yang telah diaturkan.

Statistik perkahwinan bawah umur di Amerika Syarikat

Pada mulanya, tak ramai yang percaya apa yang disampaikan oleh Fraidy berkaitan budaya mengahwinkan anak kecil, berlaku di Amerika Syarikat. Ramai menganggap benda itu mitos.

Anda sudah bersedia mendengar realiti sebenar bagaimana merebaknya budaya perkahwinan bawah umur di Amerika Syarikat?

Walaupun sudah menjalani penurunan yang stabil sejak tahun 2000, jumlah perkahwinan melibatkan bawah umur di Amerika Syarikat masih layak dikatakan tinggi.

Apa yang lebih membimbangkan, majoriti perkahwinan yang dilakukan, melibatkan perkahwinan seorang individu bawah umur dengan individu dewasa, majoritinya lelaki yang berumur lebih 18 tahun.

Hanya 14% jumlah kes perkahwinan melibatkan perkahwinan dua individu bawah umur, sementara 86% pula melibatkan individu bawah umur dikahwinkan dengan individu dewasa.

Pecahannya pula dalam tempoh 15 tahun daripada 2000 hingga 2015, sebanyak 368 kes melibatkan perkahwinan individu bawah umur dengan individu berumur lebih 40 tahun, 61 kes dengan individu berumur 50 tahun dan 31 kes melibatkan perkahwinan dengan individu berusia 60 tahun.

Rekod jarak umur paling jauh perkahwinan bawah umur di Amerika Syarikat adalah 60 tahun, melibatkan seorang individu lelaki berusia 74 tahun mengahwini seorang gadis kecil berumur baru 14 tahun di Alabama!

Sudah terhantuk baru nak mengadah

Realiti Perkahwinan Bawah Umur Di Amerika Syarikat

Semua statistik ini hanya mula diberikan perhatian serius selepas Fraidy berusaha melobi kerajaan Amerika Syarikat melalui gerakan NGO yang diasaskannya.

Sebelum itu pihak masyarakat termasuklah kerajaan Amerika Syarikat dilihat seolah acuh tak acuh dengan amalan ini di kalangan masyarakat mereka.

Bermula dengan kajian pengumpulan data berkenaan perkahwinan bawah umur di negerinya sendiri New Jersey, kejutan yang diterima meneliti statistik yang diperolehi membuatkan Fraidy nekad meneruskan usahanya memastikan wanita-wanita tidak perlu melalui apa yang telah dilaluinya.

Kajian kedua di New York diperoleh membuktikan kota sehebat New York hanya gah pada luarannya namun masih lagi bersikap primitif dalam mengenengahkan isu perkahwinan bawah umur yang berleluasa.

Dengan maklumat daripada lebih 30 negeri, Fraidy mendedahkan kajiannya yang membuka mata semua pihak mendedahkan kepincangan undang-undang di negara mereka, yang amat mudah dipatahkan.

Usaha untuk melobi pemimpin kerajaan di Amerika Syarikat telah dijalankan Fraidy dan anggota NGOnya.

Hasil usahanya, kajian-kajian lain mula dilaporkan menunjukkan masalah perkahwinan bawah umur memang berkait rapat dengan tahap kemiskinan.

Keluarga di bandar-bandar jarang sekali melakukan tindakan mengahwinkan anak-anak mereka, tidak seperti keluarga di kawasan pedalaman Amerika Syarikat yang kerap memilih jalan tersebut dalam membantu kehidupan anak mereka.

Pada bulan Mei 2017 - kerajaan negeri New Jersey menjadi negeri pertama Amerika Syarikat mengumumkan undang-undang melarang perkahwinan melibatkan individu bawah umur, namun di halang secara veto oleh Gabenornya, Chris Christie.

Beliau berpendapat perlu ada kebenaran khas diberikan untuk berkahwin pada pasangan atas sebab-sebab keperluan, bukan sekadar larangan bersifat bersifat mutlak.

Delaware menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat melarang perkahwinan bawah umur secara mutlak pada bulan Mei 2018.

Walaupun begitu, sehingga kini ada 24 lagi negeri di Amerika Syarikat yang langsung tidak mempunyai undang-undang atau syor berkenaan isu perkahwinan bawah umur, membolehkan mana-mana ibu bapa untuk mengahwinkan anak mereka tak kira berapa saja usianya bila mereka rasakan perlu tanpa memerlukan sebarang persetujuan mahkamah atau badan pemerintah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

5 Khasiat Taugeh Untuk Kesihatan Terutamanya Kepada Wanita

5 Khasiat Taugeh Untuk Kesihatan Terutamanya Kepada Wanita

Bagi orang yang gemar makan taugeh, ia merupakan sejenis sayuran biasa dan no big deal pun kewujudannya dalam menu makanan terutama dalam mee goreng, kuetiau goreng dan sup tapi, bagi orang yang tidak suka taugeh, ia bolehlah kita ibaratkan sebagai kryptonite bagi mereka.

5 Khasiat Taugeh Untuk Kesihatan Terutamanya Kepada Wanita

Tiada tolenrasi taugeh dalam makanan mereka, malah ada yang sanggup tak sentuh langsung makanan kalau terdapat taugeh dalam masakan.

Kenapakah sayuran ringkas yang tidaklah mempunyai rasa pahit atau jengkel ini cukup untuk membuatkan ramai yang tak suka kepadanya? Sebab tak ada sebarang rasa atau bagaimana?

Tapi, tahukah korang bahawa taugeh mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan memberi banyak kelebihan terutamanya kepada golongan wanita?

Nak tahu apakah khasiatnya jom ikutinya di bawah.

1. MENCEGAH KANSER PAYUDARA

Antara zat yang terkandung dalam taugeh ialah vitamin E yang mempunyai fungsi antioksida.

Dan antioksida ini berfungsi untuk mengawal sel radikal bebas yang mampu menjadi trigger kepada kanser terutamanya kanser payudara bagi golongan wanita.

2. MENINGKATKAN TAHAP IMUNISASI

Taugeh juga mengandungi zat yang dikenali sebagai saponin yang berfungsi untuk memperbaiki sistem pertanahan badan dengan cara meningkatkan aktiviti sel-sel darah.

Percayalah jika sistem pertahanan badan dijaga dengan baik korang sukar dijangkiti penyakit dan boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan baik dan hidup dengan sihat.

3. MERAWAT KULIT

Vitamin E yang terkandung di dalam tugeh juga boleh membantu untuk memperbaiki dan merawat kulit dari dalaman.

Untuk dapatkan kulit yang halus, kenyal, lembap dan terhindar dari masalah kulit makanlah taugeh!

4. MENCEGAH GANGGUAN MENSTRUASI

Mungkin ada sesetengah daripada korang sentiasa berdepan dengan masalah senggugut atau sakit perut ketika menstruasi.

Antara cara untuk elakkan daripada ia berulang ialah dengan meminum air putih yang mencukupi dan mengamalkan pemakanan sihat seperti buah dan sayur.

Antara sayur yang banyak memberi faedah kepada badan korang ialah taugeh yang mampu melancarkan perjalanan darah dan membantu mentruasi lebih lancar.

5. BANTU MERAWAT KULIT DAN KUKU

Bagi wanita selain kulit dan rambut, kuku juga merupakan antara anggota yang sangat penting.

Bak kata orang kuku merupakan ‘jendela’ kepada kebersihan diri seseorang.

Taugeh yang kaya dengan vitamin E mampu memberikan kuku yang lebih sihat, bersinar dan tidak mudah patah.

Kepada yang tidak gemar makan taugeh, bolehlah cuba untuk berjinak-jinak dengan sayur yang banyak disalah erti ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Saturday, July 14, 2018

Saintis Temui Vaksin 'Imbokodo' Penawar AIDS

Saintis Temui Vaksin 'Imbokodo' Penawar AIDS

Saintis mengumumkan penemuan Imbokodo, vaksin kepada sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) selepas hampir 40 tahun dunia menunggu perkembangan positif bagi membendung penyakit tersebut.

Saintis Temui Vaksin 'Imbokodo' Penawar AIDS

Menurut ketua penyelidikan, Dan Baraoch yang merupakan seorang profesor di Sekolah Perubatan Harvard, vaksin tersebut telah berjaya dalam ujian awal terhadap monyet.

Bagi membuktikan vaksin tersebut selamat kepada manusia, ubat itu kini dalam fasa seterusnya bagi proses percubaan prakelulusan dan akan diuji terhadap 2,600 wanita di selatan Afrika bagi melihat sama ada mampu menghalang jangkitan AIDS.

Walaupun keputusan setakat ini menggalakkan, pasukan penyelidik dan pakar memberi amaran tiada jaminan vaksin itu akan berfungsi dalam fasa percubaan seterusnya yang dipanggil HVTN705 atau Imbokodo yang bermaksud batu dalam bahasa Zulu.

“Walaupun data menunjukkan kejayaan, kami perlu terus berhati-hati.

"Hal ini kerana vaksin berkenaan hanya melindungi dua pertiga daripada monyet-monyet di dalam makmal.

"Ia tidak bermakna ubat ini akan melindungi manusia, kita perlu menunggu keputusannya.

“Selepas itu kita tahu apakah vaksin ini akan melindungi manusia atau tidak daripada jangkitan akibat virus Human Immunodeficiency (HIV)”, kata Baraoch kepada AFP.

Keputusan percubaan Imbokodo dijangka diumumkan pada tahun 2021 atau 2022.

Tambah Baraoch, ia merupakan vaksin kelima yang akan diuji untuk melihat keberkesanan terhadap manusia dalam sejarah 35 tahun mengenai wabak global HIV.

Setakat ini, hanya satu vaksin yang dikenali RV144 berjaya menghasilkan beberapa perlindungan.

Pada 2009, RV144 dilaporkan berjaya mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan 16,000 sukarelawan Thailand sebanyak 31.2 peratus, yang dianggap tidak memadai untuk ubatan berkenaan diteruskan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Tak kiralah betapa hebat sekalipun atau berapa banyak anugerah sekalipun yang berjaya dirangkul, setiap pemain bola sepak menyimpan cita-cita untuk beraksi di pentas kejohanan bola sepak paling berprestij, iaitu Piala Dunia.

Dianjurkan buat pertama kali pada tahun 1930 di Uruguay yang hanya disertai 13 negara sahaja, kini Piala Dunia menjadi acara 4 tahun sekali yang sangat dinantikan semua peminat.

Namun, terdapat ramai pemain-pemain ternama dunia yang hanya mampu menonton dari kaca TV seperti mana peminat bola sepak lain kerana tidak berpeluang beraksi.

Kami ingin kongsikan antara 5 pemain bola sepak terkemuka dunia yang tak pernah bermain di Piala Dunia.

1. Ryan Giggs – Wales

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Ryan Giggs adalah pemain yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris namun penghormatan ini datang daripada karier kelab yang sangat mengagumkan bersama Manchester United.

Kerjaya antarabangsanya bermula dengan England Schoolboys namun dia tak pernah layak menyertai pasukan kebangsaan England.

Walaupun begitu, Giggs berkata beliau sanggup terlepas peluang untuk bermain di kejohanan utama dunia daripada bermain untuk kelab yang mana bukan negara kelahirannya dan tiada kena mengena dengan ibu bapanya.

Pemain tengah berbisa ini membuat penampilan pertama bersama Wales menentang Jerman pada tahun 1991.

Beliau merupakan pemain termuda ketika itu yang mewakili Wales, pada usia 17 tahun 321 hari.

Pada tahun 1994, Wales hampir-hampir berjaya layak ke Piala Dunia. Dalam perlawanan penentuan kelayakan menentang Romania, Wales perlukan kemenangan.

Dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1, Paul Bodin gagal menyempurnakan sepakan penalti dan Romania memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1, sekali gus melenyapkan harapan Giggs untuk beraksi di Piala Dunia.

2. Gareth Bale – Wales

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Bintang Real Madrid, Gareth Bale adalah antara pemain terhebat generasi kini yang masih belum berpeluang beraksi di pentas Piala Dunia.

Pemain ini menjaringkan 4 gol ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 namun Wales berada di tangga ke-5 kumpulan dan tempat ke-3 kumpulan pada kelayakan 2018.

Bale adalah pemain termuda yang pernah bermain dengan skuad senior Wales iaitu pada usia 16 tahun 315 hari dan juga pemain termuda yang pernah menjaringkan gol untuk Wales.

Walaupun pernah memenangi liga paling berprestij di dunia iaitu Liga-Liga Juara Eropah sebanyak 4 kali bersama Real Madrid, Bale sedikit ketinggalan kerana tidak pernah beraksi di Piala Dunia, apatah lagi untuk menjulang trofi paling diidamkan itu.

Namun, Bale adalah satu-satunya pemain yang masih berpeluang untuk bermain di Piala Dunia dalam senarai ini.

3. George Best - Ireland Utara

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Sudah tentunya ramai yang tahu bahawa George Best seakan-akan mempunyai magik di kakinya, namun tak berdaya untuk membawa pasukan Ireland Utara ke pentas Piala Dunia ketika masih aktif bermain.

George bermain untuk Manchester United, dan membuat 37 penampilan bersama pasukan Ireland Utara, menjaringkan 9 gol.

Ketika Piala Dunia 1982 berlangsung di Sepanyol, Ireland Utara berjaya melayakkan diri, namun George yang berusia 36 tahun ketika itu tidak turut sama.

Pengurus pasukan ketika itu, Billy Bingham ingin membawa George bersama-sama ke Sepanyol namun ia tidak berlaku.

George dikatakan bermasalah kerana berhadapan dengan masalah alkohol.

4. Eric Cantona - Perancis

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Sikap panas baran Eric Cantona membuatkan beliau terlepas untuk bermain bersama pasukan Perancis untuk tempoh yang lama dan membuatkannya terlepas daripada beraksi di Piala Dunia.

Selepas menghina ketua jurulatih Henri Michel dengan berkata "piece of shit" kerana menggugurkannya daripada skuad kebangsaan ketika peringkat kelayakan Piala Dunia 1990, Cantona digantung daripada bermain mana-mana perlawanan antarabangsa.

Cantona kembali pada kempen kelayakan 1994 dan dengan hanya berbaki dua perlawanan di tempat sendiri, Perancis hanya memerlukan 1 mata untuk mengesahkan tempat di Piala Dunia Amerika Syarikat.

Malangnya, Perancis tewas dalam kedua-dua perlawanan tersebut kepada Israel dan Bulgaria.

Beliau menerima layanan yang baik dan beraksi dengan cemerlang ketika di bawah pimpinan Michel Platini dan Gerard Houllier.

Namun, selepas insiden di mana Cantona telah melakukan "flying kick" kepada seorang penonton, dia tersisih daripada Piala Dunia 1998 disebabkan oleh kehadiran Zinedine Zidane.

5. George Weah - Liberia

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Pemain bola sepak terbaik Afrika, George Weah, juga mengalami nasib yang sama iaitu tidak pernah berpeluang bermain di Piala Dunia.

Namun, ia tidak begitu mengejutkan kerana Weah bermain untuk Liberia, pasukan yang tak pernah layak ke Piala Dunia, dan hanya layak sebanyak 2 kali dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika iaitu pada tahun 1996 dan 2002.

Weah mempunyai 60 cap bersama Liberia dengan 22 jaringan.

Beliau bukan sahaja pemain yang hebat tetapi juga menjadi jurulatih pada satu ketika dan menjadi penaja kewangan bagi pasukan ini.

Apa yang terlepas dalam Piala Dunia dilihat di padang-padang di Eropah. Weah memenangi Pemain Terbaik Dunia pada tahun 1995 iaitu pemain bukan dari Eropah yang pertama memenangi anugerah ini.

Beliau juga satu-satunya pemain Afrika yang pernah memenangi anugerah Ballon d'Or, dan dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1989, 1994 dan 1995.

Arsene Wenger membawa Weah ke Eropah pada tahun 1988 ketika dia masih bersama Monaco.

Dalam 14 tahun kariernya, Weah bermain untuk pasukan-pasukan di Perancis, Itali dan England.

Beliau memenangi Lique 1 dengan PSG dan membawa pulang anugerah Kasut Emas di Liga Juara-Juara Eropah 1994.

Weah dinamakan oleh Pele dalam senarai 100 pemain hidup terhebat di dunia.

Kini, George Weah adalah Presiden Liberia yang ke-25.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi